Tukar Tiub |
- GST - GASAK SAMPAI TERBURAI
- PEMBETULAN
- BANYAKNYA JATUH BANGKRAP
- THOGUT SUDAH SAMPAI
- ALANG ALANG BAIK PBB TANGKAP NAJIB
- BANGANG SANGAT
- MH17 - POLITIK DUNIA
- NASIONALISMA IBAN DAN DAYAK
- SIAPA DIA AZMIN ALI
- TUKAR TIUB DI JOHOR
Posted: 17 Sep 2014 07:07 PM PDT GASAK SAMPAI TERBURAI Kenaikan BR1M bukti kerajaan kongsi kekayaan, kata pemimpin Umno18 Sep — Pemimpin Umno mempertahankan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan menjadi RM950 sebagai bukti Putrajaya berkongsi kekayaan bersama rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin berkata kekayaan ekonomi negara perlu dikongsi… KAH KAH KAH woit bagaiaman dengan cukai gst cukai gst bukti gerombolan ketuanan melayu rembat duit rakyat gst cukai menyusahkan yang kaya tak kena cukai yang miskin dikenakan cukai ini makanya gerombolan tipu KAH KAH KAH INI JAWAPAN TEPAT ------------- |
Posted: 17 Sep 2014 06:30 PM PDT PEMBETULAN Publish | Delete | Spam Anonymous on 9/17/14 PEMBETULAN al-ghazali baca tulisan ibn rushd? bukan ke masa ibn rushd lahir selepas al-ghazali mati... on BANGANG SANGATPublish | Delete | Spam Anonymous on 9/18/14 TERIMA KASEH ------------- |
Posted: 17 Sep 2014 06:00 PM PDT EKSKLUSIF: Purata 68 individu muflis setiap hariKUALA LUMPUR: Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini, meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu. Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia. KAH KAH KAH woit satu tahun 24,820 orang sepuluh tahun 248,200 orang woit hebat ini blum masuk hutang ptptn KAH KAH KAH ------------- |
Posted: 17 Sep 2014 07:00 AM PDT THOGUT haji hadi semput...pakai kopiah dan serban basah lencun kena kencing tikus... on THOGUT THOGUT DAH SAMPAIbegudol on 9/14/14 BODOH MACAM HADI Kalo dulu bodoh macam Hasan Malek. Skrg masa sudah berubah. Bodoh macam Hadi Awang pulak. Contoh ayat. Hang ni Hadi Awang betullah. Baru jadi ketua kampung, suruh orang makan dedak mcm menantu jugak. Menantu makan dedak, bapa mentua suka hati. Nelayang apa makan dedak cenggini. on THOGUT THOGUT DAH SAMPAIAnonymous on 9/14/14 ANUGERAH HASAN MALEK disini aku nak cadangkan agar hadi dicalonkan utk Anugerah Hassan Malek 2014. Harap ada yg sokong. on THOGUT THOGUT DAH SAMPAIAnonymous on 9/14/14 SYED MOKHTAR Saya Rakyat Malaysia Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? – BERNAS! BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0. Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources, Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.Minum kopi mesti campur gula Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ; MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Tak nak on THOGUT SUDAH MARI Publish | Delete | Spam Anonymous on 9/14/14 MAKAN RIBA Hadi ni bank islam....RHB..STANDCHART...CIMB...pun bank gak....semua makan riba....hahhahahahahhaa on THOGUT SUDAH MARI---------- |
ALANG ALANG BAIK PBB TANGKAP NAJIB Posted: 17 Sep 2014 06:30 AM PDT PBB gesa k'jaan henti tindakan bawah Akta HasutanPejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia."Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria yang jelas untuk hasutan," kata jurucakap itu Rupert Collvile (kiri) dalam satu kenyataan. "Kami menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa." Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan. Colville menegaskan bahawa antara 19 orang yang berdepan tindakan di bawah akta tersebut sejak bulan Ogos termasuk anggota masyarakat sivil dan pemimpin agama. KAH KAH KAH woit alang alang cadangkan pada pbb buat sekatan ekonomi atau tangkap najib atau tangkap rosmah biar mereka rasa KAH KAH KAH -------------- |
Posted: 17 Sep 2014 12:39 AM PDT KOMENTAR keluar dewan tak mahu dengar ucapan bukan satu kerja politik matang keluar dewan kerana membantah juga kerja politik tak matang seharus dengar ucapan dengan teliti dengar dengan hari terbuka untuk di hujah secara baik dan bersopan ini tradisi ilmu ibnu rushd menulis tahufut al-tahafut tentang falsafah ini di jawab oleh iman al-ghazali dengan tahaful al-falasifah bayangkan jika ghazali tak membaca buku ibnu rushd hanya tutup telinga tutup mata bagaimana mahu behujah kritik buku tapi tak baca pun buku itu kritik filem tapi tak tonton pun filem itu bayangkan mereka yang tak mendengar ucapan nik nazmi ketua amk banyangkan mereka yang tak mendengar ucapan mat sabu timbalan presiden pas bayangkan jika ada yang tak mendengar ucapan haji hadi bagaimana mahu berhujah?
Ucapan Hadi mungkin diboikot esokTindakan sekumpulan perwakilan Pemuda PAS memboikot ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bakal membuka jalan tindakan sama dilakukan kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang esok, kata pengguna media sosial. Manakala itu, laman Facebook El-Haraki mencabar mereka yang tidak menyokong ulama dan presiden PAS agar keluar semasa ucapan dasar Hadi dalam Muktamar penuh PAS ke 60 pagi esok. "Mendapat khabar berita, Mat Sabu and the geng sedang mengatur strategi pula untuk keluar dewan apabila Tuan Guru Presiden berucap di Muktamar penuh nanti. Keluarlah, tiada siapa yang bimbang dan takut," tulis laman Facebook anti kumpulan profesional PAS itu. KAH KAH KAH rest my case mi lord ----------- |
Posted: 16 Sep 2014 09:18 PM PDT MH17 – POLITIK DUNIA Laporan awal tentang MH17 telah dikeluarkan oleh pihak berwajib di Belanda minggu lalu. Jelas kelihatan media dunia TIDAK lagi ambil pot tentang apa yang telah terjadi kepada MH17. Laporan dari Belanda tidak saheboh berita MH370. Tidak heboh saperti minggu pertama MH17 meledak. Apakah telah ada 'keletihan' dikalangan pembaca? Pembaca tidak letih. Apa yang letih ialah ' presstitute wartawan lonte' dan media Zionis-Anglo-Amerika yang telah kantoi. Saheh terbukti bahawa ledakan MH17 ini sebenarnya adalah sebahagian dari projek mengolah persetujuan yang dirancang oleh Deep State Daulah Terpendam imperialis Amerika. Projek mengolah persetujuan disasar untuk menyerang Rusia. Sabelum saya meneruskan pencerahan ini. Ada satu pekara yang wajib terus disedari. Jika lupa, jika tidak mengambil endah pekara ini – maka pembaca akan terus dalam kegelapan dan gagal memahami politik dunia hari ini. Pekara yang saya maksudkan ialah bahan bakar petrolium dan bahan bakar gas. Jika terlupa, jika alpa tentang dua pekara ini maka akan terpencong dan kabur segara pemahaman politik tentang dunia terkini. Bahan bakar minyak dan gas adalah ibu segala ibu. Saya telah lama merumuskan bahawa tamadun kita hari ini ialah tamadun PETROLIUM. Tamadun manusia telah melintasi zaman batu ke zaman gangsa ke zaman besi dan membawa masuk tamadun zaman petrolium. Karl Marx merumuskan tamadun manusia ini ialah perjuangan kelas. Ada benarnya tetapi tamadun kurun ke 21 ini lebih dari perjuangan kelas. Ianya adalah perebutan punca telaga bahan bakar petrolium. Negara yang menguasai telaga minyak akan menguasi alam ini. Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan minyak petrol yang menjadi kunci kepada kemenangan. Justeru Hitler membuat kereta Volkswagen yang tidak menggunakan air untuk menyeberang padang pasir bumi Arab dalam usaha menaklok terlaga minyak. Pada ketika ini Saudi Arabia pengeluar minyak utama dunia.Tetapi minyak Saudi semakin susut. Negara kedua pemilik bahan bakar ini ialah Rusia. Dalam congak ekonomi dunia Rusia menjadi bagitu penting. Tetapi Rusia bukan Saudi yang boleh disuruh arah. Rusia adalah negara super. Hakikatnya kuasa imperial Amerika tidak ada keupayaan untuk menjadikan Rusia negara macai. Maka dari sinilah berlakunya projek mengolah persetujuan untuk menyerang Rusia. Ketika ledakan MH17 berlaku – Obama dan David Cameron telah menuduh Rusia sebagai dalang. 'Presstitute atau wartawan lonte' dengan cepat seirama bermusik mempersalahkan Putin. Rusia dituduh sebagai dalang yang memberi senjata kepada gerakan pemisah. Rusia dituduh telah menghantar soldadu dan kereta kebal masuk ke wilayah Ukraine. Semua ini untuk menghangatkan suasana salepas ledakan MH17 berlaku. Provokasi demi provokasi dari Kiev, dari Obama dan dari Kesatuan Eropah telah diajukan kepada Rusia dan Putin. Semua ini adalah bertujuan untuk mengolah persetujuan agar Rusia 'halal' diserang. Provokasi ini disambut pula dengan langkah sekatan ekonomi yang lebih ketat. Sebelum ledakan MH17 telah wujud satu sekatan ekonomi. Tetapi sekatan ini gagal kerana TIDAK ada sambutan. Ledakan MH17 ini telah digunakan oleh Amerika melancarkan sekatan kedua. Tapi yang terjerat bukan Rusia. Untuk menyambut balas sekatan ini Rusia telah memberhentikan dari membeli bahan makan dari negara Kesatuan Eropah. Maka bertimbun-timbun buah limau di Sepanyol. Mengunung anggur di Peranchis. Tomato dan sayuran busuk diladang Itali. Semua terjadi kerana Rusia tidak mengimpot bahan makanan dari Kesatuan Eropah. Negara-negara Kesatuan Eropah yang sedang parah ekonominya kini bertambah parah. Melesetnya ekonomi Eropah ini tidak mematikan nafsu kuasa Zionis-Anglo-Amerika dari merancang dan bergerak untuk menakloki semua sumber minyak dalam dunia ini. Strateji dan prancangan untuk menaklok telaga minyak dunia ini telah diajukan oleh Zbigniew Brzezinski. Sosok ini ialah seorang ilmuan sosial saintis, seorang perancang dan pemikir strateji politik dari semenjak zaman Presiden Johnson. Sosok ini pernah menjadi Penasehat Keselamatan untuk Presiden Jimmy Carter. Hari ini dia bertugas sebagai penasehat kanan dasar luar negara untuk Presiden Obama. Dalam kitab klasik - The Grand Chessboard - tulisan Brzezinski terbit tahun 1997 – telah dicadangkan agar Amerika menguasai Eurasia. Mengikut hujah sosok ini wilayah ini paling stratejik dari segi geopolitik kerana terletak antara benua - Eropah dan Asia. Juga disinilah tersimpannya minyak dan gas yang masih belum dicari gali. Serangan terhadap Iraq, Afghanistan, Libya, Syria adalah sebahagian dari perancngan yang telah lama dieram. Apa yang sedang berlaku di Syria adalah sebahagian dari perancangan yang telah dilakar oleh Brzezinski. Negara-negara Arab termasuk Afghanistan, Iran dan Pakistan ini terletak dibahagian selatan Eurasia manakala Ukraine, Poland, Latvia, Georgia dibahagian barat. Negara di selatan boleh diserang manakala negara Eropah memadai jika NATO – North Atlantic Treaty Organisation - dibenarkan memasang peralatan senjata untuk mengepong Rusia. Kenapa Rusia perlu dikepong? Apakah keruntuhan Rusia dan Putin akan berakhirnya perancangan Amerika? Jawabnya tidak. Minyak dan gas Rusia wajib ditakloki. Jika tidak Rusia akan sekali lagi menjadi siangan hebat untuk Amerika. Dalam perancangan - satelah Rusia dimacaikan - sasaran akhir kuasa Zionis-Anglo-Amerika menaklok dunia ialah menundukkan China. China yang berkongsi sempadan dengan Rusia adalah musuh akhir yang wajib ditundukkan. Rancangan menyerang China pada ketika ini hanyalah perancangan. Ini kerana ada yang lebih penting wajib diselesaikan. Ukraine kini telah menjadi negara boneka Amerika. Ukraine telah bersedia untuk menerima kemasukan senjata NATO. Yang masih belum selesai ialah Syria dan Iran. Dua negara Timur Tengah ini masih lagi kukuh tegak berdiri. Maka satu projek mengolah persetujuan telah menetas. Apakah projek itu? Projek ini ialah ISIL – atau Negara Khalifah Islam. Dari segi sejarah ISIL ini ditelor, dieram dan menetas dalam kelambu Zionis-Anglo-Amerika. Pada awalnya gerombolan ISIL ini dipanggil Jabat al-Nusra. Tapi nama ini tidak penting. Yang penting gerombolan ini diberi dana oleh Saudi, Qatar dan negara Arab Telok. Manakala gerombolan ini dilatih dan diberi bekalan senjata oleh Zionis-Anglo-Amerika. Dalam strateji Amerika - Syria wajib dikalahkan untuk menjadi barua NATOsaperti Turki. Syria wajib dimusnahkan dalam usaha untuk mengepong Iran. Pada ketika ini Syria dan Iran memiliki hubungan setiakawan yang amat kukuh. Dalam masa yang sama Syria juga mendapat bantuan Rusia. Ini menjadikan ' angan-angan berahi' Brzezinski tidak terpancut. Resolusi NATO untuk mengebom Syria di Bangsa Bangsa Bersatu telah dipatahkan oleh Rusia dan China. Rejim Bashar al-Assad masih popular dan kukuh. Pilihan raya yang baru selesai telah menobatkan sekali lagi Bashar. Ini satu tamparan kepada kuasa Zionis-Anglo-Amerika. Saudi dan Negara Telok terus kecewa kerana Bashar masih lagi Presiden Syria. Maka dinar dan riyal terus masuk berlori-lori untuk membantu apa yang dipanggil "free syrian army'. Dasar Obama dan Cameron kelihatan lintang pukang. Mereka mempersenjati 'free syrian army' yang dianggap moderate. Tetapai ISIL dan Jabat Nusra yang juga melawan Bashar dianggap pengganas. Apakah kuasa Zionis-Anglo-Amerika mahu memusnahkan ISIL? Jawabnya tidak. Bagini lojiknya: serangan ISIL di utara Iraq dan Mosul baru baru ini adalah sebahagian dari perancangan Amerika. Saudi mengeluarkan dana untuk ISIL di Syria. Tetiba ISIL berpindah ke iraq dan menawan Mosul. Kenapa ini dibenarkan berlaku? Dalam manual tentera – dalam SOP (standard operating prosedure)– apabila tentera mengundur segala kelengkapan tentera wajib dimusnahkan. Simpanan peluru, bom dan senjata wajib diledakkan. Kereta kebal dan segala alat pengangkutan wajib dimusnah sama. Tetapi ini TIDAK berlaku apabila gerombolan ISIL menawan Mosul dan wilayah Kurdistan. Tentera Iraq mengundur dan meninggalan semua kelengkapan senjata. Pelik – semua soldadau lari yang tinggal dibelakang adalah senjata mereka. Kemudian satu perancangan media untuk mengolah persetujuan warga dunia tentang ganasnya ISIL dimulakan. Berita mula dibocorkan bagaimana penganut Kristian telah dibunuh mati oleh gerombolan ISIL. Tidak cukup dengan propaganda anti-Kristian, dilihatkan pula geromboloan ISIL ini memusnahkan Makam Nabi Yunus. Akhirnya dunia melihat bagaimana wartawan Amerika James Foley dan Steven Sotloff telah dipenggal leher. Dunia dikatakan terperanjat. Media Amerika heboh siang malam pagi petang. Soheh ISIL ini gerombolan ganas. Tetapi media Amerika TIDAK pernah melaporkan setiap hari Jumaat ada berbelas-belas 'orang luar' yang dipenggal kepala oleh rejim Saudi Arabia. Media Amerika dan Barat buat buat tak melihat kerana rejim Sausi ini kawan rapat Amerika. 'Presstitute dan wartawan lonte' TIDAK pula bertanya kenapa semua senjata itu ditinggalkan bagitu sahaja untuk dipunggah oleh pengganas ISIL? Jawabnya semua ini adalah rancangan untuk memberi senjata kepada ISIL tanpa Barak Obama disoal siasat oleh Congress atau tanpa Amerika dihadapkan ke persidangan Bangsa Bangsa Bersatu. Apkah betul ke apa yang saya tulis ini? Jawabnya betul. Minggu lalu Presiden Barack Hussein Obama telah berucap dihadapan rakyat Amerika dan berjanji untuk memusnahkan pengganas ISIL. Amerika akan mengebom ISIL dimana sahaja ISIL berada. Lalu timbul pertanyaan – dimana ISIL sekarang? ISIL yang hedak dibom oleh Obama kini berada kembali di Syria. Maka terbuktilah bahawa ISIL ini sedang dijadikan alasan untuk Amerika mengebom Syria. Bagaimana pula dengan MH17? Hingga ke hari ini 'presstitute wartawan lonte' media Zionis-Anglo-Amerika terus senyap TIDAK tidak bersuara. MH17 telah gagal dijadikan sebab untuk menyerang Rusia. Kita tunggu apakah ISIL berjaya menjadi sebab untuk mengebom Syria. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 |
Posted: 16 Sep 2014 08:31 PM PDT KOMENTAR tahun ini kelihatan jelas agenda sabah dan sarawak mahu merdeka semakin lantang ini berlaku kerana 50 tahun dahulu intelektual dan pemikir dari sabah dan sarawak belum lahir ketika projek british ini menetas kaum pemodal sabah dan serawak masih peniaga kecilan kini kalaum intelektual kini kaum pemodal sabah dan sarawak makin ampoh mereka inilah yang menyuarakan semangat merdeka sabah semangat merdeka sarawak ini bukan satu yang menghairankan pada satu ketika dahulu ada pakistan barat ada pakitan timur dua wilayah ini terpisah jaraknya beribu batu naik pesawat udara hampir tiga jam mereka semua beragama islam merdeka dari british pada tahun 1947 pakistan timur merdeka pakistan timur menjadi bangladesh MIRI 16 Sept. - Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea bodoh. Beliau berkata, selepas 51 tahun penubuhan... KAH KAH KAH woit memanglah malaon ini kata keluar malaysia idea bodoh kerana malaon ini kaya raya malaon ini rembat harta cuba tanya orang penan cuba tanya orang iban cuba tanya orang dayak cuba tanya orang kadazan semua nak merdeka KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 16 Sep 2014 08:00 PM PDT Chegubard tuduh Azmin cuba lobi istana untuk jadi MB Ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang digantung keahlian parti terus mengasak Mohamed Azmin Ali apabila menuduh timbalan presiden PKR itu cuba melobi Istana Selangor untuk menjadi menteri besar (BM) Selangor. Badrul berkata mengetahui cubaan Azmin mengadakan pertemuan dengan beberapa individu untuk mendapat akses ke istana. "Azmin dan kartelnya secara konsisten memberikan tekanan kepada pimpinan PKR kononnya memilih jalan salah mencipta konfrontasi dengan istana kerana tidak mengemukakan namanya. "Tidak terhenti di situ, Azmin sendiri bertemu beberapa individu untuk mendapat akses melobi ke istana," katanya dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini. Usaha menghubungi Azmin bagi mendapatkan maklum balas terhadap dakwaan tersebut bagaimanapun masih gagal setakat ini. Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, Badrul juga mencabar Azmin supaya mempersembahkan surat kepada istana, tidak akan menerima jawatan MB sekiranya dicalonkan. "Azmin dicabar mempersembahkan surat ke istana segera, maklumkan beliau tidak akan menerima jika dinamakan sebagai MB dan mempertahankan keputusan parti mencalonkan Dr Wan Azizah ( Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon MB," katanya. Beliau juga mendakwa pemimpin PKR tersebut sebagai punca kekalutan krisis Pakatan Rakyat di Selangor berlaku ketika ini. "Di hadapan umum dia bersetuju Dr Wan Azizah sebagai calon MB, malah kononnya menolak pencalonan tetapi umum perlu mengetahui lobinya untuk menjadi MB secara sulit sebagai punca kekalutan PKR, Pakatan dan Selangor ini," katanya. Tindakan tersebut bagi Badrul tidak menghairankan kerana Azmin sememangnya sudah lama mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu. "Memang sejak awal dia impikan jawatan MB Selangor. "Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Azmin menjaja cerita kononnya Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia," katanya. Badrul digantung kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus. Beliau juga didapati bersalah kerana membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan, "petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali". Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid. Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya. Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor apabila PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB. Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak sebagai pengganti Khalid. – 13 September, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chegubard-tuduh-azmin-cuba-lobi-istana-untuk-jadi-mb#sthash.c2gV8hkd.dpuf rest my case mi lord ------------ |
Posted: 16 Sep 2014 07:30 PM PDT KAH KAH KAH tukar tiub buat kah kah kah KLUANG Stand up comic @ Daerah Tanpa Tie #2 bersama Isham Rais Jumaat - 19 September 2014 - jam 2.00 petang hingga 12.00 malam - Jalan Dato' Captain Ahmad, Kluang (sebelah Arked Mara) Jom turun ramai-ramai ke Daerah Tanpa Tie #2 !! Daerah Tanpa Tie #2 disiarkan secara langsung dari www.radiobangsarutama.com KAH KAH KAH JAY BEE tukar tiub buat kah kah kah ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan