Rabu, 17 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HADI TIDAK DIBOIKOT?

Posted: 17 Sep 2014 08:15 PM PDT

OLEH: AMIRULMUKMININ


Tindakan sekumpulan perwakilan Pemuda PAS memboikot ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bakal membuka jalan tindakan sama dilakukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok, kata pengguna media sosial.

Manakala itu, laman Facebook El-Haraki mencabar mereka yang tidak menyokong ulama dan presiden PAS agar keluar semasa ucapan dasar Hadi dalam Muktamar penuh PAS ke 60 pagi ini.

"Mendapat khabar berita, Mat Sabu and the geng sedang mengatur strategi pula untuk keluar dewan apabila Tuan Guru Presiden berucap di Muktamar penuh nanti. Keluarlah, tiada siapa yang bimbang dan takut," tulis laman Facebook anti kumpulan profesional PAS itu.

Semalam media melaporkan minoriti 50 daripada 700 perwakilan Pemuda PAS bertindak meninggalkan dewan muktamar sebaik saja Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu itu memulakan ucapan perasmian muktamar itu.

Bagaimanapun Mohamad dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan perkara itu berlaku. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat turut menepis laporan media tentang perkara itu.

Menurut laporan media semalam, perwakilan Pemuda PAS dari Terengganu yang memakai vest bertulis "Kami menyokong presiden dan Majlis Syura Ulama" keluar meninggalkan dewan muktamar dengan diikuti perwakilan dari beberapa negeri lain termasuk Pahang, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu penyokong presiden PAS meninggalkan muktamar.

"Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan semalam.

Tentang pakaian yang dipakai oleh mereka yang meninggalkan dewan itu, Mohamad berkata: "Pakaian itu biasa, kita tidak tentukan pakaian, ada yang pakai baju Unit Amal, bersama Pakatan."

Tindakan 50 perwakilan itu diserang pengguna laman sosial dengan menyifatkan mereka tidak beradab dan mencatat sejarah tersendiri apabila ia berlaku dalam muktamar Pemuda PAS semalam.

"Siapa kamu hendak dibandingkan dengan Abng Mat, hujung kuku beliau pun kamu tidak boleh lawan," tulis Zulkifli Yacob, bekas ketua pemuda PAS Kelantan dan bekas exco Pemuda PAS Pusat di akaun Facebooknya.

Zulkifli berkata, Mohamad konsisten sehingga kini dalam menentang Umno dan berkata:"Lokap adalah rumah keduanya, Kem Kemunting kampung halamannya, jatuh bangun, pujian dan fitnah adalah makanan hariannya, jutaan ringgit dikutip melalui ceramahnya untuk kelangsungan parti PAS.

"Sedikit kelemahannya bukan penyebab kamu hendak tolak sejuta jasa yang ditabur dalam perjuangan ini," tulis beliau hari ini merujuk kepada peristiwa semalam.

Tidak kurang juga yang menyindir tindakan ini sebagai "menggambarkan akhlak yang beradab tinggi, kerana menunjukkan setia dan wala' yang tinggi kepada presiden parti sebab itulah mereka memakai vest 'Kami bersama presiden dan majlis syura ulama'.

Mahmud Zaim Musa menambah, "Tindakan mereka sebenarnya menggambarkan hasil tarbiyyah dan doktrin wala' kepada presiden dan Majlis Syura Ulama".

Cadangan kaji tahaluf siasi dijangka panaskan Muktamar PAS 2014

Posted: 17 Sep 2014 07:05 PM PDT


Muktamar 2014 yang bermula hari ini dijangka panas dengan isu mengkaji semula kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Muktamar 2014 yang bermula hari ini dijangka panas dengan isu mengkaji semula kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Cadangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang kemudiannya menjadi resolusi Muktamar Dewan Ulama PAS semalam agar parti Islam itu mengkaji kerjasamanya dengan Pakatan Rakyat (PR) bakal menjadi isu panas muktamar PAS ke-60 yang bermula hari ini.
Ini kerana, sejak beberapa muktamar yang lalu, usul diluluskan agar kerjasama dengan PR diperkukuhkan.
Seorang peguam PAS, Fitri Asmuni berkata PAS mesti dilihat lebih berjaya berbanding kedudukan PAS yang ada sekarang jika PAS benar-benar mahu keluar PR.Haron ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama mencadangkan ulama PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) dalam PR, jika kerjasama yang ada melanggar syarat tahaluf.

Sehubungan itu, muktamar Dewan Ulama semalam meluluskan satu usul agar PAS menubuhkan jawatankuasa bagi mengkajinya.
Ia juga berkait dengan resolusi Multaqa Ulama yang diadakan pada 14 September 2013 di Alor Setar yang turut meminta ia dikaji.
Usul itu ialah: Mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam PR sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan PR untuk lonjakan PRU ke-14.
Sebelum ini, dalam Muktamar 2012 di Pengkalan Chepa, Kelantan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penutup muktamar itu menegaskan PR diperkasakan.
Berdasarkan usul yang diluluskan di muktamar itu, Hadi berkata, PAS terus beriltizam memperkukuhkan PR dengan mengambil kira parti itu tidak boleh bersendirian di Malaysia dalam suasana masyarakat majmuk.
Katanya, begitu juga Umno tidak boleh bersendirian memerintah negara dalam suasana masyarakat yang pelbagai.
"Kita memerintah dalam suasana masyarakat majmuk. Melalui PR kita berjaya menghasilkan resolusi dalam 3 konvensyen yang diadakan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada hari akhir muktamar di Putik itu. – 18 September, 2014.

PENDEDAHAN ZULHAZMI TENTANG HARON DIN?????

Posted: 17 Sep 2014 07:48 AM PDT

STATEMENT NI BUAT ORANG SENAK......HABIS LAAAAA

Posted: 17 Sep 2014 06:24 AM PDT

Wan Azizah calon MB Selangor terlampau layak, kata Mat Taib

 Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib bercakap pada forum anjuran Sinar Harian mengenai isu menteri besar Selangor di Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Beliau memberi sokongan  padu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 17 September, 2014.Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib bercakap pada forum anjuran Sinar Harian mengenai isu menteri besar Selangor di Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Beliau memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 17 September, 2014.Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon paling layak menjadi menteri besar Selangor, bagaimanapun nama lain perlu diberikan selepas pihak istana memberi isyarat.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, Dr Wan Azizah calon berkredibiliti berdasarkan pengalaman dan kepimpinan memimpin partinya sejak era reformasi lagi.
"Wan Azizah calon terbaik untuk mentadbir negeri Selangor," kata Muhammad dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk "Kerusi Panas MB Selangor".
Bagaimanapun, Muhammad berkata senario ketika ini sudah berubah susulan beberapa perkembangan terkini khususnya daripada pihak Istana Selangor sendiri selepas nama Dr Wan Azizah dihantar.
"Wan Azizah terlampau layak, tapi senario yang berlaku ini di mana istana sudah beri, isyarat beberapa perkara perlu dipertimbangkan," katanya.
Pandangan Muhammad dilihat berbeza dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak untuk menggalas jawatan menteri besar Selangor.
Muhammad bagaimanapun menggesa Pakatan Rakyat (PR) duduk semula dan berbincang bagi mencapai kesepakatan dalam nama calon menteri besar Selangor.
"Kalau betul-betul duduk bersama balik dan calonkan satu calon yang berkaliber, takkan istana nak tolak."
Menurut seorang lagi ahli panel Dr Abdul Aziz Bari, keputusan istana meminta lebih daripada dua nama sebagai sabotaj kepada kerajaan PR di Selangor.
"Kalau Selangor ini di bawah Umno adakah perkara ini berlaku? Ini tidak berlaku, seperti di Terengganu, tidak berlaku. Di Sarawak, sama juga.
"Tapi kalau PR, kita tidak boleh letak calon sendiri," katanya.
Bagi Aziz, proses yang selama ini digunakan di mana majoriti memilih calon MB tidak berlaku dalam krisis di Selangor.
Aziz berkata, sebarang perubahan politik dibuat oleh pihak parti dan bukan keputusan oleh Istana.
"Pertukaran politik itu keputusan parti, bukan keputusan istana. Bukan suruh istana jadi 'Pak Turut', tapi kerana majoriti yang pilih," katanya.
Aziz berkata, sepatutnya Dr Wan Azizah sudah dilantik menjadi menteri besar kerana disokong 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor. – 17 September, 2014.

HIMPUNAN ULAMAK TAPI HENTAM ANWAR

Posted: 16 Sep 2014 11:00 PM PDT






Perwakilan-Perwakilan yang mewakili pemuda-pemuda negeri nampaknya lebih banyak menghentam PKR dan Anwar Ibrahim berbanding menghentam UMNO.
Rasanya lebih banyak hentam Ketua Pemuda dan SU Pemuda berbanding UMNO.
Eloklah tu.
Dah semakin berjaya agenda PERPADUANG dgn UMNO dimulai dgn Pemuda.

Wan Azizah layak jadi MB Selangor dari sudut Islam, kata NGO


Pengarah Cesmacs Dr Muhammad Nur Manuty pada sidang media hari ini di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal,17 September, 2014.Pengarah Cesmacs Dr Muhammad Nur Manuty pada sidang media hari ini di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal,17 September, 2014.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail layak menjadi menteri besar Selangor yang baharu memandangkan sejarah Islam dan beberapa fatwa juga membuktikan wanita tidak ada halangan memegang jawatan tersebut, kata Dr Muhammad Nur Manuty.
Pengarah Kajian Modeniti dan Masyarakat Sivil (Cesmacs) itu berkata, isu kepimpinan wanita tidak menjadi halangan daripada segi syarak kerana hal yang sama juga berlaku di Pakistan dan Bangladesh.
"Kita mempunyai keyakinan tinggi Dr Wan Azizah akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab seandainya beliau diperkenankan Sultan Selangor," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Kota Anggerik di Shah Alam, hari ini.

Hujah daripada hadis riwayat Abi Bakrah turut digunakan:"Tidak akan berjaya bagi sesuatu kaum seandainya urusan pemerintahannya diketuai seorang perempuan". – 17 September, 2014.

Tiada ulasan: