Ahad, 14 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TERKINI: DPIM Selangor yakin Dr Wan Azizah mampu tarik pelabur

Posted: 14 Sep 2014 12:26 PM PDT

OLEH: AMIRULMUKMININ


Kenyataan Media: Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor) merafak sembah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Sharaffudin Idris Shah Sultan Selangor Darul Ehsan, mohon perkenan Tuanku agar Tuanku Sultan dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dalam Negeri Selangor berkaitan isu Perlantikan Menteri Besar yang Baharu dengan bijaksana.
DPIM Selangor  memahami bahawa Menteri Besar yang dilantik itu mestilah yang mendapat sokongan majoriti  Ahli Dewan Negeri Selangor.  Apabila seorang ADUN dicadangkan menjadi Menteri Besar dan disokong majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor ia secara langsung menggambarkan sokongan padu rakyat Selangor, kerana ADUN adalah dipilih oleh rakyat melalui proses penggundian dalam Pilihanraya.

Sebagaimana makluman yang kami terima calon yang mendapat sokongan majoriti adalah Y.B. Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato ' Wan Ismail,  ADUN Selangor kawasan Kajang.

Kami DPIM Selangor menyokong penuh  DSWA sebagai MB Selangor yang baharu. Sokongan kami adalah berdasarkan kepada rekod-rekod pencapaian DSWA semenjak beliau menuntut di Universiti lagi, dimana DSWA telah mendapat beberapa anugerah daripada Institusi Pengajian, Badan Profesional serta Badan-Badan kesukarelawan dalam negara dan luar negara.

Walaupun DSWA seorang wanita beliau mempunyai bakat kepimpinan yang luar biasa, beliau dapat menubuhkan parti yang beliau pimpin hingga sekarang malah telah mengharugi empat kali Pilihanraya umum dengan peningkatan yang cukup memberangsangkan.

Sebagai seorang Pakar Perubatan sudah semestinya DSWA akan menjadi pemimpin yang teliti yang akan membawa penawar kepada kemelut yang berlaku di Selangor.

Sebagai sebuah badan NGO yang menaungi ahli-ahli bisnes di negeri Selangor sudah pastinya DPIM Selangor sangat mengimpikan seorang  Menteri Besar yang mesra dengan ahli Bisnes dan berusaha keras membawa pelabur luar bagi menggadakan usaha pelaburan.

DPIM Selangor cukup yakin hubungan baik DSWA di peringkat antarabangsa seperti dengan ahli perdagangan daripada Dhubai,  Turki, Filipina,  China dan Indonesia akan dapat menarik ramai pelabur-pelabur tersebut membuat pelaburan di Selangor. Dengan kehadiran para pelabur ini pastinya akan merancakkan suasana bisnes serta meningkatkan ekonomi negeri Selangor.

Peningkatan pelaburan dalam pelbagai sektor yang pastinya akan membuka banyak peluang pekerjaan juga peluang bisnes baru, peluang ini sangat dinanti-nantikan oleh generasi muda yang sedang mencari pekerjaan serta yang sedang membina kerjaya.

Dato' Haji Mat Ghazali bin Abdul Rakim
Pengerusi DPIM Selangor

TERKINI: Kekalkan Hadi, rakyat akan singkir PAS

Posted: 14 Sep 2014 12:16 PM PDT


Oleh : amirulmukminin
Dalam temubual bersama portal berita Malaysiakini, sekumpulan pemimpin profesional puak 'Erdogan' dalam PAS berkata, Muktamar PAS ke 60 di Johor tidak mungkin digunakan untuk menyingkir Hadi sebagai presiden.

"Kami tahu jika kami menekan Hadi dalam muktamar, kami akan dihukum oleh akar umbi parti. Jika kami mahu melakukannya, ia perlu berlaku tanpa sesiapa sedar ia dilakukan, secara senyap," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiar.

Dengan komen itu dan tiada harapan kumpulan Erdogan akan menyingkirkan Hadi maka masa depan PAS akan ditentukan oleh rakyat pada PRU 14.

Puak ulama yang menyangka dengan kekuatan 1.3 juta ahli, PAS terlalu ampuh dan membolehkan parti itu bergerak sendirian  tanpa kerjasama dengan mana-mana parti politik akan diajar oleh rakyat.

Keluar parti

Puak ulama terlalu angkuh dan tidak sedar ahli yang mendaftar majoritinya inginkan politik baharu menggantikan BN. Jika PAS pro BN atau keluar dari PR maka mereka sama ada akan mengundi calon PR atau tidak langsung membuang undi.

Mereka juga tidak akan melakukan gerak kerja pilihan raya, selain keluar parti dan menyertai sama ada DAP atau PKR.

PAS tidak mungkin menjadi seperti parti Hizbollah di Lubnan, yang mana biar pun mereka meletakkan perjuangan Islam di kedudukan tertinggi tetapi tetap mendapat sokongan puak Kristian dan sekular.

Di Malaysia politik berbilang kaum tidak membenarkan PAS bergerak seperti Hizbollah. BN juga terdiri dari parti terbesar Melayu yang mana Umno merupakan tunjang utama. Mereka bermain dengan isu agama, sultan dan Ketuanan Melayu. PAS tiada tempat untuk menyelitkan agenda perjuangannya dalam pentas permainan yang dikuasai Umno, melainkan bergabung dengan Pakatan Rakyat dan berjuang atas isu-isu ketelusan pemerintahan.

Hari ini, imej PAS menunjukkan mereka tidak memperjuangkan isu ketelusan dan dalam krisis di Selangor PAS menyokong kuat Khalid biar pun ketelusan Khalid diragui. Dengan menyamakan rentak perjuangan seperti Umno, PAS tidak akan mempunyai pengundi yang cukup untuk mereka meraih kuasa.

Agenda Hudud

PAS juga telah terperangkap dengan agenda Hudud yang dimainkan Umno. Umno telah menubuhkan jawatankuasa teknikal untuk meluluskan undang-undang Hudud di Kelantan. Sehingga kini jawatankuasa itu masih senyap dan tidak menyatakan sebarang perkembangan mengenai Hudud.

Dijangkakan Hudud akan terus menjadi mainan Umno sehingga tiba pilihan raya umum ke 14. Dalam keadaan ini PAS tidak mungkin survive di Kelantan tanpa Pakatan. Rakyat Kelantan difahamkan oleh media pro Umno bahawa PAS mahu Hudud dan Umno turut mahu undang-undang sama.

Situasi ini memberi kelebihan kepada Umno kerana rakyat tidak lagi mempunyai masalah untuk menyokong Umno. Malah Umno yang dihukum berdosa diundi juga dibebaskan dari label tersebut. Mengundi parti yang mahukan Hudud tentunya tidak mendatangkan dosa.

Dengan agenda Hudud, Umno akan kelihatan lebih bernilai berbanding PAS kerana mempunyai kewangan yang banyak. Rakyat Kelantan yang dahagakan pembangunan akan mendapat jalan raya baru, longkang, pembandaran baru, lapangan terbang, lebuh raya dan pelbagai lagi seperti rakyat Terengganu.

Sekiranya PAS mampu survive dengan ahli 1.3 juta maka mereka dipersilakan meninggalkan PR dalam keadaan Umno mempunyai kelebihan di Kelantan. Mereka akan tahu untung nasib apabila menjadi pembangkang di Kelantan kelak dan hanya tinggal dua atau tiga kerusi di Terengganu dan Kedah.

CARTA PERANGSANG SELANGOR...ADA SESIAPA YANG DIKAITKAN DENGAN INI?

Posted: 14 Sep 2014 04:36 AM PDT

Raja Petra dengan Raja Idris ni adik beradik... TGHH dengan Din Ayam ni Pak Mertua dengan Menantu...
Adik Petra dengan Menantu TGHH ni 2-2 ada Jawatan dalam GLC Selangor...
Sebab adik dengan menantu masing2 ada jawatan dalam GLC Selangor, 2-2 ni kluar lepak2 dekat London... Husnuzon.



Pasang kain rentang provokasi, Umno tiada modal – Zuraida

Posted: 14 Sep 2014 04:30 AM PDT


(Ermizi Mohamad)
AMPANG 14 SEPT: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin percaya penyokong Umno BN sengaja membuat provokasi dengan memasang kain rentang di beberapa tempat di sekitar Pandan Indah dan Ampang.
banner 2Menurut Zuraida, beliau tidak menolak tindakan sedemikian adalah strategi Umno meraih sokongan dan mahu menunjukkan seolah-olah Pakatan Rakyat membelakangkan institusi raja.
"Mereka tak ada modal dah. Jadi dengan cara begini sahajalah kononnya mereka boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap Pakatan Rakyat.
"Sedangkan rakyat tak akan terpengaruh langsung dengan provokasi sedemikian, sebab rakyat sendiri sudah bijak menilai dan memahami permainan Umno untuk meraih sokongan," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Tinjauan Keadilan Daily di sekitar Ampang baru-baru ini mendapati, beberapa kain rentang diletakkan di persimpangan jalan dan di atas jejambat yang memaparkan sokongan terhadap Sultan Selangor.
Ia tertera perkataan seperti 'Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Tuanku', 'Allah Selamatkan Negeri Selangor Di Bawah Tuanku' dan 'Rakyat Selangor Tetap Setia Di Belakang Tuanku'.
Bagaimanapun, kain rentang berwarna kuning itu tidak mempunyai nama pihak yang bertanggungjawab menulis mesej tersebut.
banner 3Lebih mengundang persoalan, ia turut digantung di kawasan Bangunan Umno Ampang, pejabat KEADILAN Ampang  dan sekitar kawasan perumahan di Pandan Indah.
"Bagi saya isu ini langsung tidak timbul sebab apa yang berlaku di Selangor sekarang ini langsung tidak membelakangkan kuasa Sultan. Ini hanya cubaan dari mereka (Umno) kononnya kemelut di Selangor kini telah meruntuhkan institusi beraja," jelas Zuraida.
Katanya lagi, beliau meminta semua pihak berhenti melakukan sebarang provokasi terhadap sentimen sistem beraja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian di negara ini.

Tiga kali tukar nama MB: Buang tabiat, undurkan Hadi

Posted: 13 Sep 2014 09:51 PM PDT

oleh  : Amirulmukminin


Idea Presiden PAS Hadi Awang akan memantau Khalid Ibrahim sebagaimana dikatakannya kepada Ketua Angkatan Muda KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad dalam pertemuan ketua-ketua pemuda Pakatan menjadi gurauan paling lucu dalam tahun ini.

"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Persoalannya, dengan cara apakah Hadi akan memantau Khalid? Sebelum ini Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang lebih berwibawa, bekas Menteri Kewangan dan dihormati Khalid juga tidak mampu memantau Khalid yang degil itu. Bagaimanakah Hadi yang kurang pengetahuan ekonomi dan hanya pernah menjadi MB gagal di Terengganu mampu memantau dan memberi arahan?

Jelas sekali Hadi membuat jenaka dan membiarkan seluruh negara memandang sinis kepadanya. Terdahulu Hadi juga yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai pengganti Khalid dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos.

Kemudian mencadangkan hanya nama Azmin pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS pada 25 Ogos. Bayangkan jika AJK PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari itu bersetuju Azmin dihantar kepada sultan. Mereka akan malu besar kerana Hadi dengan kuasa vetonya menghantar nama Dr Idris Ahmad, Dr Yaakob Sapari dan Ir Iskandar Samad kepada Sultan Selangor seminggu kemudian.

Tindakan Hadi menyebabkan rakyat beragama Islam tertanya-tanya. Ustaz mengajarkan mereka jangan khianat pada janji. Malah ulama PAS sejak sedekad lalu berdakwah kerjasama dalam Pakatan mengambil model perjanjian Hudaibiah di zaman rasullullah. Namun Nabi Muhammad tidak pernah khianat pada janji sehinggalah puak Quraisy mengkhianatinya.

Adakah Hadi mempunyai dalil lain yang membenarkan beliau khianat pada janji yang dibuatnya sendiri?

Tindakan Hadi bukan sahaja merosakkan pandangan umat Islam kepada PAS tetapi juga bukan Islam. Daripada parti yang dipercayai dan dihormati oleh bukan Islam kerana mengambil Islam sebagai jaminan amanah, berakhir sebagai parti yang mungkir janji.

Janji amat penting membezakan parti yang bertanding berbanding BN. Rakyat kenal BN sering mengkhianati janji pilihan raya sebaik sahaja menang. Barang keperluan, minyak, tol dan sebagainya yang dijanji tidak naik tetapi selepas pilihan raya melambung ke langit harganya.

Jika PAS juga mengkhianati janji maka rakyat akan menyamakan PAS seperti BN. BN walaupun khianat pada janji tetapi memegang kekayaan kerajaan pusat dan masih boleh memberi pelbagai bantuan sara diri bagi memujuk rakyat. Tetapi PAS yang khianat janji tiada apa-apa yang mampu diberi kecuali sakit hati kepada pengundi.

Malah kali ini Hadi juga telah khianat pada sultan. Beliau menandatangani tiga nama dari PKR dan PAS tetapi kemudian mengusulkan penyelesaian, Khalid yang telah memohon meletak jawatan itu dikekalkan sebagai MB.

PAS dan seluruh ahlinya dalam dilema di bawah kepimpinan Hadi yang flip flop. Tidak diketahui apakah punca Hadi yang konsisten berjuang tiba-tiba seolah-olah 'nyanyuk' dan tidak ingat keputusan yang dibuatnya sendiri.

Sekiranya PAS mengikut aliran politik moden maka situasi yang menimpa Hadi ini dianggap hilang kredibiliti memimpin. Sama ada akibat masalah kesihatan ataupun nafsu peribadi mengatasi pertimbangan waras.

Ubatnya tidak sukar iaitu perwakilan PAS menghantar mesej jelas dalam Muktamar di Johor meminta Hadi berundur secara baik. Tidak ada seorang pun rakyat yang waras akan mengundi PAS jika presidennya boleh menukar nama MB tiga kali dalam sebulan.

Hadi tidak boleh diselamatkan. Kenyataannya yang terbaharu adalah penamat kepada karier politiknya. Setiap pemimpin mempunyai tamat tempoh tersendiri. Iaitu apabila keputusaannya tidak lagi relevan buat ahli parti dan rakyat yang akan mengundi.

Perwakilan perlu menunjukkan jalan keluar buat Hadi dengan menolak ucapan dasarnya. Hanya itu yang mampu dilakukan perwakilan bagi menyelamatkan PAS daripada dianggap parti nyanyuk oleh rakyat dan kalah besar dalam PRU 14.

Jika perwakilan kali ini tetap membodek Hadi sebagaimana muktamar lalu maka mereka perlu bersiap sedia menjadi parti kecil dan hanya berkuasa di beberapa kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tiada lagi kerajaan negeri.

dollah yankee

dollah yankee


GST: Petrol ada kena?

Posted: 14 Sep 2014 04:30 PM PDT

Sudah banyak forum,sudah banyak sesi-sesi penerangan tentang cukai-cukai GST yang dianjurkan dan dibuat olih pihak Jab Kastam M'sia untuk kita semua. Tetapi mereka masih main tarik-tarik tali dengan kita. Kita masih tidak dijelaskan sama ada bahan bakar keperluan harian dan utama kita semua, iaitu petrol, tidak akan dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Tetapi bila dirujuk kepada laporan akhbar The Sun pada 11 haribulan lalu, menurut kenyataan Jabatan Kastam Malaysia dalam sebuah forum bahawa kita semua akan terpaksa membayar 6% lebih apabila mengisi minyak. Ini bermakna petrol tidak akan dikecualikan daripada GST
Baru saja bulan Jun lalu, Tim Menteri Kewangan,Ahmad Maslan (yang 'tak bodoh' sebab dia dapat CGPA 3.5 semasa diuniversiti dulu) berkata kerajaan (mereka) akan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015 nanti.
Petrol dan Diesel adalah produk yang mendapat subsidi kerajaan dan bila dikenakan cukai GST keatasnya, maka sama subsidi petrol sebanyak 0.13 sen telah dihapuskan secara sulit.
Hari ini harga petrol jenis RON95 bersubsidi adalah pada kadar RM2.10 seliter, dan bila dikenakan GST harganya akan menjadi RM2.23 seliter. Itu pun kalau lah harga petrol RON95 ini masih akan dikekalkan pada harga RM2.10 seliter sehingga Julai 2015.
Perlukah kita semua menggesa dan mendesak Najib untuk kaji semula keputusan untuk mengenakan GST ke atas petrol dan diesel dan menyenaraikannya sebagai produk cukai sifar di bawah GST? Tak perlu lah kot sebab kan dia dah cakap yang dia tak akan membebankan rakyat dengan GST ini?!
dollah yankee - Gaji 1,000 ringgit...Kalau belanja semua duit gaji tu, kita kena tambah pula 60 ringgit  'kot ataih'.untuk cukai GST.
Bila nak tipu orang kampong, Najib akan kata GST ini cukai progresif, bukan regresif. Ternga-nga makcik dengan pakcik kat felda Gunong Bongsu. Terbeliak mata orang-orang kat Dublin Estate dengaq ayat progresif dan regresif. Kah..Kah..Kah..

Cakap pusing-pusing!

Posted: 13 Sep 2014 10:30 PM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.


Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.
______________________________________________________

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. 

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.


dollah yankee -
Soalnya sekarang ini bukan siapa yang layak jadi MB, tetapi soalnya adalah kenapa CAKAP PUSING-PUSING?

Tukar Tiub

Tukar Tiub


RAKYAT TERENGGANU UNTUNG

Posted: 14 Sep 2014 06:30 PM PDT



PasMa untuk jatuhkan Presiden PAS?

 | September 14, 2014

Nasrudin Hassan melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi mengakui bahawa pentas politik tanahair masa ini semakin menarik dengan lahirnya NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS.
Namun, Nasrudin Hassan juga meragui kewujudan PasMa apabila pertemuan NGO tersebut pada 31 Ogos yang lalu di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu tempohari dikatakan jelas membincangkan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ini mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar.


KAH KAH KAH

mustahil hadi
akan diketepikan
tapi kalaau pasma berjaya
rakyat teragganu juga
yang untung
terangganu akan dapat
seorang lagi nelayan
KAH KAH KAH



--------

KESEDARAN 50 TAHUN KEMUDIAN

Posted: 14 Sep 2014 06:00 PM PDT




KOMENTAR

apa maknanya berita ini?

maknanya 50 tahun dahulu
warga sabah 
warga sarawak
belum memiliki kesedaran
belum ramai ilmuan
belum tahu apa
malapetaka yang akan sampai

kini kesedaran datang
kini ilmuan banyak
kini sedang melihat
malapetaka dalam rumah sendiri







Aktivis mahu RCI Malaysia



 | September 14, 2014
RCI akan menjadi seperti Suruhanjaya Kebenaran dan Pemulihan selepas 50 lebih tahun sejarah yang bermasalah.
sabah-sarawak-flagKOTA KINABALU: Aktivis NGO hak asasi manusia Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiM) yang berpangkalan di UK melihat penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang Malaysia sebagai cara yang terbaik untuk maju ke hadapan di Borneo selepas 50 lebih tahun Sabah dan Sarawak berada dalam persekutuan dengan semenanjung.
"Kita perlu menginstitusikan perbahasan itu melalui satu mekanisme dan RCI adalah pendekatan yang sesuai," kata Presiden BoPiM Daniel John Jambun melalui satu panggilan telefon. "RCI akan menjadi seperti Suruhanjaya Kebenaran dan Pemulihan selepas 50 lebih tahun sejarah yang bermasalah."
Beliau mengulas laporan media bahawa pihak berkuasa sedang memburu Doris Jones, anak Sabah misteri kelahiran Labuan yang berpangkalan di UK yang telah menarik sambutan hangat sejak kebelakangan ini melalui pergerakan beliau Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di ruang siber.

RCI, tegas Daniel, akan membantu menyembuhkan jurang antara Borneo dan semenanjung.
"Jurang ini telah diutarakan lagi oleh degenerasi Persekutuan kepada sebuah negara kesatuan, perbahasan tahunan pada Ogos /September tentang umur sebenar Malaysia, dan kekecohan yang berterusan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 ," kata Daniel. "Kemudian ada ketakutan bahawa Kerajaan sedang menulis semula Perlembagaan melalui Mahkamah untuk memudahkan desekularisasi dan Islamisasi menjalar ."
Beliau mencadangkan bahawa RCI juga memeriksa dokumen-dokumen penjajah mendedahkan laporan yang boleh memberi penerangan tentang sifat sebenar dan perlepasan Borneo dari British.
BoPiM, dedah Daniel, telah menjalankan penyelidikan sejarah kolonial dan telah mencapai kesimpulan bahawa Projek Malaysia 1963 adalah bukan tentang orang Borneo, Singapura dan Tanah Melayu, tetapi lebih mengenai kebimbangan British dan pengakhiran empayar mereka di bahagian dunia ini.
"Kami ingin tahu sama ada kerajaan Malaya dan British bersekongkol di Borneo," kata Daniel. "RCI harus memeriksa tempoh 1963 sehingga kini selepas Rejimen Askar Melayu Diraja berarak ke Borneo."
Pendirian British mengenai pemergian mereka di Borneo, adalah suatu kontradiksi apabila dibandingkan dengan sejarahnya di India, kata Daniel dalam memetik contoh yang paling relevan mengenai penjajahan berbelah dan bermuka dua.
"Di Borneo, ia adalah sebaliknya, dua orang yang sangat berbeza dan dipisahkan oleh lautan beribu-ribu kilometer terpaksa wujud bersama-sama dalam hubungan yang sukar yang menjadi semakin lama semakin teruk."

KAH KAH KAH


semangat
nasionalisma
iban dan dayak
semakin membakar

KAH KAH KAH


------------

AZMIN ALI PADANG TEMBAGA

Posted: 14 Sep 2014 07:00 AM PDT





KOMENTAR
umum pasti
tertanya tanya
kenapa pkr tidak
hantar nama azmin
kernapa nama azmin ali
tidak cadangkan  sama
untuk menjadi menteri besar selangor

jawabnya cukup senang:

semua pemimpin pkr tahu
semua pemimpin pkr sedar
bahawa azmin ali ini
terlibat dalam kes projek pj sentral

hingga ke hari ini azmin ali
masih lari larau
tidak dapat disoal siasat
oleh jawatankuasa dalaman selangor
tentang peranannyua dalam penjualan
30% kepentingan syarikat pkns
kepasa syarikat mrcb

Azmin digesa hentikan 'lakonan'

 | September 13, 2014
Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.
KUALA LUMPUR: "Azmin Ali sila berhenti menjadi watak baik di depan tetapi duri di belakang," berikut adalah kenyataan aktivis terkenal, Che'gu Bard dalam satu sidang media sebentar tadi.
Jelas beliau, Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.
"Selepas PRU-13, dia menjaja cerita kononnya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia.

KAH KAH KAH
woit
malaon padang tembaga
ini bukan saja terlibat
kes rasuah projek pj sentral
tak sangka sangka
rupa rupanya
sang malaon ini 
pandai  juga berlakon
kah kah kah
habis bradd pitt
tak dapat cari makan

KAH KAH KAH


-----------

BELI INSURAN

Posted: 14 Sep 2014 06:00 AM PDT




KOMENTAR
musa hasan
musa hitam
deepak karpet
adalah diantra 
beberapa ekor malaoan
yang telah mengambil insuran
sebelum pru13

malaon-malaon ini
membaca bahawa pakatan
akan menang
maka mereka telah beli insuran

insuran?


senang sahaja
membuat beberapa kenyataan
yang boleh dibaca sebagai
tidak berapa minat dengan
united malays national organisation
atau
kritikal terhadap rosmah dan najib

Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan

bm.harakahdaily.net/.../18796-musa-hasan-dilantik-pe...
Translate this page
Apr 29, 2013 - KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat 

  • Deepak dedahkan hubungannya dengan Rosmah.. - Anak ...

    darisungaiderhaka.blogspot.com/.../deepak-dedahkan-...
    Translate this page
    Nov 27, 2012 - Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan ... Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan ...
  • Hukuman mati hanya cadangan

    SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan menyifatkan, tindakannya mencadangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah Akta Hasutan 1948 hanyalah satu cadangan biasa.

    Katanya, sebagai sebuah negara yang mempunyai kebebasan hak bersuara, tidak salah sekiranya beliau mengeluarkan pendapat dalam usaha memperkasakan lagi akta tersebut.


    KAH KAH KAH


    malaon ini
    cadang hukum gantung
    anak iskandar kutty cadang
    malaon ini digantung dulu
    kah kah kah
    padan muka
    tahu pulak takut

    KAH KAH KAH

    -----------

    WAHAI BANI MELAYU

    Posted: 14 Sep 2014 01:44 AM PDT





    WAHAI BANI MELAYU

    lihat betul betul
    padangan puas puas
    berlaku jujur pada diri
    lihat sekali lagi gambar ini
    adalah ini sosok melayu

    I REST MY CASE MY LORD

    Jangan peduli cakap melayu

    September 14, 2014
    Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang UMNO, jangan pedulikan suara orang Islam.
    Untitled-1PETALING JAYA: Zainuddin Maidin hari ini menyatakan  Najib Razak mesti dengar suara Idris Jala mengenai tuduhan Akta Hasutan kepada pensyarah Universiti Malaya (UM) Azmi Sharom.
    Sindir Zainuddin dalam blognya hari ini, ini kerana Idris Jala adalah Menteri Kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan serta telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh paling berpengaruh dalam bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia.
    "Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang UMNO, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 telah semakin hebat terutama dari Guan Eng yang maki KPN, Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk (Najib) akan merudum," katanya.

    KAH
     KAH KAH
    woit
    nak setuju pun susah
    zainuddin mydin ini keling
    buat apa dengar cakap keling
    tak tahu apa ajenda keling ini
    dari zaman kesultanan melaka lagi
    keling keling dah bikin kacau

    keling yang baik
    ialah keling yang dah mati

    KAH KAH KAH





    ----------

    WAJIB DIKETAHUI

    Posted: 14 Sep 2014 01:00 AM PDT






    10 perkara yang anda perlu tahu tentang 
    Akta Hasutan 1948

    1. Akta Hasutan 1948 diperkenalkan oleh ke Malaya oleh British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu. Maknanya, ia tidak digubal oleh Parlimen kita, tetapi oleh British. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, ia menjadi sebahagian daripada undang-undang kita sehinggalah hari ini. 

    2. Walaupun Akta itu diperkenalkan oleh British, kesalahan mengasut telahpun dimansuhkan di United Kingdom. Pendakwaan terakhir untuk kesalahan menghasut di UK adalah pada tahun 1972. 

    3. Mengikut Akta ini, adalah menjadi satu kesalahan untuk melakukan apa-apa yang menghasut ataupun menyebut kata-kata menghasut. Menghasut adalah perbuatan atau kata-kata yang mempunyai 'kecenderungan menghasut'.

    4. Apa itu 'kecenderungan menghasut'? Ia adalah, antara lain, kecenderungan membangkitkan perasaan benci atau tidak suka terhadap mana-mana Raja atau kerajaan, mengembangkan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka di kalangan rakyat dan juga menyoal peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

    5. Takrifan 'kecenderungan menghasut' adalah terlalu luas. Contohnya, apa-apa jenis kritikan terhadap kerajaan boleh didakwa sebagai menghasut. Begitu juga dengan mengatakan apa-apa yang orang lain tidak suka. Luasnya kecenderungan menghasut ini telah membolehkan ia disalahguna oleh pihak berkuasa:

    i. Lim Guan Eng telah disabitkan kesalahan menghasut kerana mengkritik Peguam Negara di suatu kes rogol gadis bawah umur.

    ii. Melan Abdullah, seorang wartawan, disabitkan kesalahan menghasut kerana menulis laporan tentang ucapan yang diberikan oleh seorang ahli Parlimen Barisan Nasional. Ahli Parlimen tersebut tidak didakawa. 

    iii. Karpal Singh telah disabitkan kesalahan menghasut kerana pendapatnya bahawa Sultan Perak pada ketika itu telah terkhilaf semasa krisis politik Perak pada tahun 2009. 

    iv. RSN Rayer telah didakwa kerana mengeluarkan kata-kata 'UMNO celaka'. 

    v. Prof Azmi Sharom telah didakwa kerana mengkritik keputusan Mahkamah di dalam krisis politik di Perak. 

    6. Akta Hasutan bukan hanya digunakan ke atas ahli politik pembangkang dan aktivis. Ia juga digunakan ke atas peguam, pensyarah, wartawan, ustaz dan orang biasa yang lain. Contohnya seorang pelatih anjing telah ditahan di bawah Akta Hasutan dan beberapa orang biasa turut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana status mereka di Facebook, termasuklah seorang budak sekolah. 

    7. Di dalam kes hasutan, pendakwaan tidak perlu membuktikan bahawa tertuduh mempunyai niat menghasut. Pendakwaan juga tidak perlu membuktikan bahawa orang lain telah terhasut/terpengaruh dengan apa yang dikatakan. 

    8. Sama ada apa yang dikatakan itu benar atau tidak juga tidak penting, bandingkan dengan kes fitnah di mana kebenaran apa yang dikatakan itu boleh dijadikan sebagai pembelaan.

    9. Apa yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan hanyalah bahawa kata-kata yang dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut itu telah dibuat atau dikatakan oleh tertuduh. Oleh sebab ini, pendakwaan di bawah Akta Hasutan selalunya akan berjaya dan tertuduh akan disabitkan dengan kesalahan tersebut.

    10. Jika seseorang itu didapati bersalah atas kesalahan menghasut, orang itu boleh dikenakan hukuman maksima denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun. 

    Apa itu Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)?

    Gerakan HAH adalah pergerakan yang disokong oleh 128 diterajui oleh SUARAM, Lawyers for Liberty, Amnesty International Malaysia dan IKRAM, antara lain. Matlamat GHAH adalah untuk menganjurkan kempen kebangsaan untuk menamatkan ancaman ke atas kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan kebebasan akhbar melalui Akta Hasutan. 

    Tuntutan GHAH adalah:

    1. Mansuhkan Akta Hasutan 1948.

    2. Gugurkan semua pendakwaan yang sedia ada dan bebaskan semua yang dihukum di bawah Akta tersebut.

    3. Tidak ada Akta gantian dengan peruntukan yang sama zalim. 

    4. Bebaskan semua tahanan.

    GHAH juga akan disokong oleh Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan Majlis Peguam melalui kempen mereka, #MansuhkanAktaHasutan yang mempunyai matlamat yang sama.

    Hubungi kami
    Untuk matlumat lanjut tentang GHAH anda boleh hubungi kami dengan:
    Facebook : https://www.facebook.com/HapusHasutan
    Twitter : @HapusHasutan
    E-mail : GHAH@gmail.com
    Alamat : 433A, Jalan 5/46, Gasing Indah, Petaling Jaya, 46000 Selangor

    Telefon : +03 -77-84-35-25



    --------

    AIR BADAK SIAPA PUNYA?

    Posted: 13 Sep 2014 11:38 PM PDT




    'Cerita Malam Jumaat bukan cerita sex'

    Penganjur program pengucapan jenaka 'Cerita Malam Jumaat' berkata acara tersebut bukanlah satu program ceramah politik tetapi bersifat sebagai persembahan yang mengetengahkan kritikan berhubung isu semasa.

    Jurucakapnya, Faisal Mustaffa (kiri) dari Rumah Anak Teater berkata, kontroversi yang timbul sebelum ini hanya berpunca dari persembahan seorang aktivis politik, Hishamuddin Rais.

    Menurutnya, persembahannya pada 12 Jun itu antara lainnya membangkitkan mengenai isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Ekoran itu, ada sesetengah golongan yang tidak memahami konsep sebenar lawak ini dan menganggapnya sebagai ceramah politik, jelas Faisal ketika dihubungi Malaysiakini.

    Sementara itu Hishamuddin ketika dihubungi menjelaskan, jenakanya itu merujuk kepada perbahasan yang timbul pada tahun lalu mengenai kos menyelenggara Seri Perdana - kediaman rasmi perdana menteri dan isteri.

    Ia berpunca dari laporan bahawa rakyat menanggung kos lebih RM2.2 juta untukmembiaya bil elektrik Seri Perdana pada 2012.

    Para MP pada masa itu turut mempersoalkan mengenai bil air Seri Perdana, yang kemudiannya didapati berjumlah RM311,174 untuk tahun sama.

    "Air itu yang digunakan oleh Rosmah Mansor untuk mandi di Putrajaya," kata Hishamuddin kepada Malaysiakini.
    http://www.malaysiakini.com/news/274534


    KAH KAH KAH


    tukar tiub buat lawak
    air mandi suami najib
    dibotolkan dan dipasarkan
    sebagai air badak
    kah kah kah


    JUMPA  DI JB
    ---------

    SIAPA PEMBOHONG DISINI?

    Posted: 13 Sep 2014 09:04 PM PDT






    الدجاجدينالدجادين

    Hadi tangkis dakwaan masih mahu Khalid kekal

    Presiden PAS  Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. 

    Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.



    KAH KAH KAH
    woit
    nik nazmi bohong
    atau hadi bohong
    atau dua dua
    kaki bohong
    atau
    malaysiakini buat
    berita bohong


    --------