Sabtu, 6 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Benarkah Presiden PAS Ada Kuasa Penuh Lantik MB?

Posted: 06 Sep 2014 08:13 PM PDT

GREENBOC


Ada lima (5) tugas Presiden yg dinyatakan di dlm perlembagaan.

Tidak ada satu pun memberitahu tugas Presiden ialah memberi kata putus dlm pelantikan MB mana mana negeri atau mempunyai kuasa pemutus atas satu satu perkara.

Mengambil contoh Kelantan dan Terengganu di mana Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz melantik terus Menteri Besar tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat adalah kesasar kerana sememangnya negeri-negeri tersebut adalah diperintah oleh PAS sepenuhnya.

Berbeza di Selangor dimana tiada satu parti pun di dalam Pakatan Rakyat yang memperolehi majoriti yang mencukupi untuk mendakwa MB itu milik mereka. (DAP 15, PKR 14, PAS 15). Dan telah disepakati dan diputuskan oleh Pakatan Rakyat, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR.

Justeru itu, membelakangkan Jawatankuasa PAS Pusat adalah sesuatu tindakan yang amat dikesalkan.

Di dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS di dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau menyerahkan isu MB Selangor ini kepada Jawatankuasa PAS Pusat, bukan kepada Presiden, bukan kepada Majlis Syura Ulama.

Sila tonton video di bawah:


Mengenai permintaan Sultan ang berkehndakkan lebi dari satu nama untuk calom Menteri Besar, itu adalah "permintaan" Sultan sahaja. Sebelum ni pun Pakatan Rakyat (termasuk PAS di dalamnya) hanya menghantar satu nama sahaja kepada Sultan sekalipun pihak istana telah meminta lebih dari satu nama. Petikan laporan BERNAMA sebelum ini:

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.


Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

TERKINI : HANYA WAN AZIZAH DICALONKAN SEBAGA CALON MB

Posted: 06 Sep 2014 07:28 PM PDT


 
 


PKR menafikan beberapa laporan yang berkaitan dengan pencalonan beberapa nama termasuk nama YB Azmin Ali, dan juga YB Idris Ahmad.

Beberapa portal dan blog menjelaskan kononnya PKR menghantar 3 nama kepada pihak Istana Selangor untuk mendapat pekenan Sultan.

Dr Wan Azizah merupakan calon tunggal yang di calonkan oleh PKR dan sokongan DAP dan 2 YB  dari PAS iaitu YB Saari Sungip dan juga YB Hasnul , dan membentuk 30 ADUN yang menyokong beliau sebagai YB.

PKR menghantar nama dan juga 30 SD bagi membentuk kerajaan Selangor dengan majoriti.

Komentar Kini

Komentar Kini


Pengkhianatkah dua ADUN

Posted: 06 Sep 2014 03:27 AM PDT


Penulis berasa hairan mengatakan dua ADUN PAS yang menyokong Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengkhianat.

Jika dua ADUN itu sebagai pengkhianat bagaimana pula dengan timbalan presiden PAS dan rakan rakan awal awal menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor itu.

Apakah timbalan presiden PAS dan rakan rakan yang jelas dan nyata tidak beradab dalam Jemaah itu bukan pengkhianat namanya.

 Mengapa dua ADUn itu dijadikan isu, sedangkan timbalan presiden dan rakan rakan telah melanggar adab adab berjemaah.

Apakah mereka bukan pengkhianat. Dua adun yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar ini bertindak kemudian 
berbanding dengan timbalan pressiden dan rakan rakan.

Pada penulis timbalan presiden dan rakan bukan setakat melanggar adab adab berjemaah, bahkan itulah pengkhianatan sebenar parti.

Tindakan seumpama itu tidak wajar boleh berlaku dalam PAS, kerana presiden parti berpihak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum di pecat parti.

Membelakangkan presiden sendiri adalah merupakan suatu pengkhianatan yang wajar di kenakan tindakan jawatankuasa tata tertib parti.

Sejarah telah membuktikan 12 orang ahli jawatankuasa pusat di gantung keahlian kerana melanggar adab adab berjemaah suatu masa dahulu.

Inilah yang membuat penulis berasa hairan. Dua ADUN yang menyokong PKR dan DAP isu menteri Selangor di anggap pengkhianat, manakala GROUP timbalan presiden terang terangan menyokong PKR dan DAP isu menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim bukan pengkhianat.

Pasti ada yang tidak kena dengan pentadbiran PAS pusat.dan macam ada usaha untuk jatuhkan presiden.





Tukar Tiub

Tukar Tiub


JATUH PENGSAN HILANG INGATAN

Posted: 06 Sep 2014 07:00 PM PDT






  1. This Is It !!: LAPORAN PENELITIAN KESEHATAN

    terrymbienugraha.blogspot.com/.../laporan-penelitian-...
    Translate this page
    Jul 8, 2013 - Berdasarkan laporan tahunan puskesmas pada Dinas Kesehatan Kota Madya Kendari bahwa angka kunjungan puskesmas perhari buka ...
KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Presiden Pas mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat. Perkara itu termaktub... 19:51:45


  • hilang ingatan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP

    prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hilang+ingatan
    Translate this page
    asmara (cendawan, cinta) hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. ~ darah a. berasa pening kerana melihat darah. b. pengsan kerana banyak keluar ...
  • pengsan - Dewan Bahasa dan Pustaka

    prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengsan - Translate this page
    pengsan /péngsan/, tidak sedarkan diri kerana sakit: Setelah sedar drpd ~nya, dia ...jatuh pengsan, menjadi pengsan;, Kamus Dewan Edisi Keempat. murca, sl .
  • KAH KAH KAH

    i rest my case may lord



    -------------

    KURANG OXYGEN

    Posted: 06 Sep 2014 06:00 PM PDT











    Saya guna budi bicara dan perlembagaan PAS namakan calon MB, kata Hadi


    Presiden PAS  Abdul Hadi Awang mengatakan beliau menggunakan budi bicaranya sendiri berdasarkan perlembagaan PAS ketika menghantar nama calon menteri besar Selangor baru-baru ini.
    "Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan.
    "Perlembagaan PAS mengatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, timbalan, naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat presiden," kata Hadi.

    KAH KAH KAH
    woit
    wajib sokong mamat ni
    buat apa abis masa
    meting meting
    bincang bincang
    ambil pandangan
    angkat tangan
    baru buat keputusan

    semua buang masa
    ikut mimpi
    ikut budi bicara
    lagi shafie..opps..
    ... lagi zahida rafiq

    KAH KAH KAH




    -----------

    SATU JEMPUTAN PANAS

    Posted: 05 Sep 2014 11:30 PM PDT






     HOT HOT HOT
     
    TERNOW TERHOTT
     
    TERPANAS
     
    radio bangsar
     akan buat siaran langsung 





    ------------

    KEMPEN BERMULA

    Posted: 05 Sep 2014 10:00 PM PDT






    Gerakan apus Akta Hasutan (Ghah) membantah penggunaan berterusan undang-undang zalim Akta Hasutan 1948. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2014.


    Lebih 100 NGO bersatu desak mansuhkan Akta Hasutan

    Sebuah gerakan dilancarkan hari ini membantah penggunaan berterusan undang-undang zalim Akta Hasutan 1948 yang dianggap satu cara penindasan dan keganasan politik. Menamakan diri mereka Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), sejumlah 112 pertubuhan masyarakat sivil bekerjasama menuntut undang-undang zaman penjajah itu dihapuskan sekiranya Malaysia benar-benar mahu menjadi sebuah negara yang bebas.

    Aktivis Hishamuddin Rais yang juga pernah dikenakan tindakan mengikut akta sama sebelum ini, mendakwa situasi terkini adalah tindak balas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap tuduhan Dr Mahathir yang beliau merupakan pemimpin lemah.

     "Ini cerita di belakang situasi yang kita hadapi sekarang. Najib cuba buktikan kepada Dr Mahathir beliau tidak lemah dan kita jadi mangsanya. "Namun, isu lebih besar ialah dengan adanya akta ini, kita tidak boleh bercakap atau berfikir," katanya.

    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH

    woit..INGAT MAT MONGOL LEMBIK..kah kah kah...

    kah kah kah... SEKARANG DIA LIBAS..kah kah kah

    kah kah kah..SEMUA MASUK JIL...kah kah kah

    kah kah kah... SILAP SILAP MALIKUL PUN MASUK ..kah kah



    ----------

    HABISKAN BOOREEEH

    Posted: 05 Sep 2014 09:00 PM PDT





    HABISKAN BOREEH
    tt betul. tak berguna semua spr, speaker, bazir duit sana sini kalau akhirnya sultan yang tentukan. lebih baik dari awal sultan pilih saja nama yang layak. ikut mood sultan la pulak masa tu. kalau mood ok dia pilih la mana yang dia nak. tapi? ada tapi la pulak. wujudiah sultan tu sendiri dah membazirkan duit&mengabihkan bogheh...

    kalau sultan2 ada kerja sendiri, pergi kerja naik myvi, lalu tol bayar dengan duit poket sendiri, beratur di tol macam orang lain, pergi hospital gomen kalau waktu sakit perut, anak sultan kawin di dewan orang ramai, anak sultan kena apply loan mara juga.

    mengaji di dalam Negara jugak, rumah sultan di taman perumahan jugak, beli ikan termenung di pasar jugak, boleh ngajar kitab jadi imam, ngajar mengaji jadi tukang mandi mayat boleh talkin boleh tahlil dll.......baru layak dipanggil amirulmukminin. aku takda kuasa. cuma aku boleh sedarkan orang ramai yang rakyat di Negara ni sebenarnya boleh hidup senang lenang. tapi terpaksa merempat selama mana sultan2 on SUARA SAEKOR KANG KONG
    Publish | Delete | Spam
    Anonymous

    on 9/5/14
    


    ----------

    PELANCARAN GHAH

    Posted: 05 Sep 2014 08:00 PM PDT




    SATU JEMPUTAN


    





    ------------

    ALHUSSEYN

    ALHUSSEYN


    Sila tunjukkan satu klausa dalam Perlembagaan PAS yang memberitahu bahawa Presiden PAS ader kuasa mutlak melangkaui kuasa Muktamar PAS

    Posted: 06 Sep 2014 09:35 AM PDT


    Jawapan Gua Kepada Hujah Hadi Awang Bhai Hadi Awang...

     Sori aaa... gua tau walaupun lu tak baca blog gua nih... tapi machai-machai lu jenis "wala' tak guna akal" dan "taksub tak guna otak" mesti ramai yang baca.... Hahaha... jadi sure at least benda nih akan sampai gak kat lu sedikit sebanyak...

     Camnie.... Walaupun lu lagi lama dalam PAS berbanding gua... dan lu plak duduk kat jawatan paling tinggi iaitu Presiden parti.... gua takder masalah nak peringatkan lu... even walau siapa pun... janji bukan Rasul atau Nabi ... pastinya gua akan tegur....



     Ini gua nak bagi hujahan dan jawapan gua kepada hujah lu Hadi Awang ooi yang dipublishkan kat Portal TheMalaysianInsider ...



     1. Dalam perlembagaan PAS setakat yang gua maklum memang takder klausa yang mengatakan Presiden ada kuasa mutlak yang boleh menyanggahi kuasa Muktamar. So dimana datangnya ader hujah lu mengatakan bahawa lu ader kuasa budi bicara dan mutlak (veto) melampaui kuasa Muktamar PAS?



     2. Dalam urusan melantik Nik Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan pada 1990 dahulu. Muktamar PAS tidak pernah ada duluan yang menukilkan perkara ini. Jadi atas dasar bahawa PAS menang dengan kerusi majoriti di Kelantan, maka Pesuruhjaya PAS Kelantan pada masa itu secara selayaknyer dilantik menjadi Menteri Besar. Jadi tiada isu mengatakan bahawa Fadzil Noor menggunakan budi bicara dan kuasa vetonya untuk melantik Nik Aziz Nik Mat jadi MB Kelantan. Tolong jangan fitnah orang yang sudah meninggal dunia yang tak boleh menjawab balik persoalan yang lu dah lemparkan.



     3. Dalam kes kemenangan di Terengganu sehingga menaikkan lu sebagai MB Terengganu.... Ingat.. ianya bukan kuasa perogeratif Presiden PAS yang melantik lu menjadi MB Terengganu... Akan tetapi pada masa tue PAS memiliki kerusi majoriti di Terengganu dan lu plak masa tue aderlah Pesuruhjaya PAS Terengganu. So maka itu lah lu dinaikkan jadi MB Terengganu.



     4. Lu jawab pada satu perenggan tue seperti nih "Begitulah bila kita menang tahun 1995, tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat," katanya" .... walhalnyer mesyuarat JK PAS Pusat ditangguhkan beberapa kali ...... Bukankah ini melambat-lambatkan membuat keputusan.... tambah lagi lu plak memandai buat keputusan awal tanpa merujuk kepada mesyuarat.


     5. Lu tau ker idak nih... bahawa PAS di Selangor bukan pon dapat kerusi majoriti.... Jadi aper kejadahnyer lu nak memandai plak menggunakan analogi dan cara yang sama kononnyer seperti yang pernah Fadzil Noor buat pada 1990 dan 1999 ..... Wei .. jangan nak ubah topik la..... Selangor punya situasi tak sama ngan kat Kelantan dan Terengganu...

     6. Kalo betul la lu kata sebagai Presiden PAS ader kuasa veto mutlak.... kenapa tak gunakan masa di Perak pada awal-awal kemenangan dulu... Kenapa dalam 24 jam pertama lu tak keluarkan arahan supaya orang PAS jadi MB Perak...... Akai ader letak mana aaa??

     7. Kenapa jugak pada masa Terengganu goyah beberapa bulan lalu masa Ahmad Said diturunkan dari jadi MB dan masa tue kerusi sudah jadi 50:50 antara UMNO dan PAS ..... kenapa lu tak gunakan kuasa veto macam gampang lu tue untuk naikkan Pesuruhjaya PAS Terengganu si Satipul Bahri jadi MB Terengganu dengan mengusulkan kepada Sultan Terengganu... Apersal pada masa tue lu bagi chan sama UMNO untuk betulkan masalah diorang... Lu ader pakat belakang ka???

     8. Opps... gua lupa .... Masa Kedah menang kat Pakatan Rakyat itu hari... Kerusi PAS memang majoriti... dan masa tue Azizan Razak aderlah Pesuruhjaya PAS Kedah... jadi secara otomatiknyer la dier akan pegang jawatan MB Kedah... Itu pon lu jangan nak sabitkan konon itu lu punya kuasa veto yang menentukan.... Poodah aaa.... Cukup banyak nih dulu...... sebab gua tau lu takder jawapan terbaek untuk patahkan hujah gua nih.... waima anak buah lu yang machai-machai Rusila tue pon takkan reti nak jawab secara ader akai....

     By the way...... sila tunjukkan satu klausa dalam Perlembagaan PAS yang memberitahu bahawa Presiden PAS ader kuasa mutlak melangkaui kuasa Muktamar PAS..... Kalo tabley bagi... jangan nak kencing la semua ahli PAS..... kalo nak kencing ahli UMNO ka... ahli Perkasa ka.... ahli JATI ka... itu semua lu boleh buat,.... takder hal...

     Babai... Ader paham ka??? Baca asalnya: di sini

    DIALOG RAKYAT

    DIALOG RAKYAT


    Kenaikan Harga Rokok Naik Lagi 2014. Harga Baru RM13 Sekotak. Perokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Bakal Herhenti Merokok?

    Posted: 06 Sep 2014 04:01 AM PDT




    harga rokok



    Kenaikan Harga Rokok Naik Lagi 2014. Harga Baru RM13 Sekotak. Perokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Bakal Herhenti Merokok : Berita Semasa boleh tafsirkan di sini, perokok adalah pembayar cukai yang setia atas nama mahu mententeramkan jiwa dan meredakan gelodak dalam hati dan jantung mereka untuk membuak-buak diminta mahu disuapkan asap rokok.

    Statistik ada menunjukkan kenaikan harga rokok naik lagi memberikan asbab untuk mereka berhenti merokok.

    Kalau ada pun, tidak dapat bertahan lagi. Paling kurang pun mereka akan beralih kepada yang lain. Terima kasih kata perokok kepada alternatif lain seperti…..

    Rokok elektronik ataupun rokok seludup. Berita terkini kenaikan harga rokok naik lagi bermula 8 September 2014 ini yang mana harga rokok baru bakal berada pada paras Rm13 berbanding RM12 sebelum ini.

    BERITA : Kenaikan Harga Rokok Naik Minggu Depan (30 September 2013). Dunhill RM12.00!
    Berita Terkini kenaikan harga rokok naik lagi 2014 telah membrikan pelbagai reaksi berbeza daripada kalangan rakyat Malaysia yang terbahagi kepada 3 kumpulan memberikan reaksi balas dengan berita ini :

    harga rokok naik

    Kumpulan perokok : kerajaan zalim

    Perokok pasif : Padan muka, terima kasih kerana bayar cukai

    Kumpulan isteri-isteri perokok : Bawa-bawalah berhenti merokok. Jikalau tidak sayang diri sendiri, sayangilah nyawa ahli keluarga dan anak-anak

    Berita kenaikan harga rokok naik lagi sehingga Rm13 sekotak melibatkan jenama rokok seperti :
    1. Peter Stuyvesan
    2. Pall Mall
    3. Rothmans
    4. Kent
    5. Benson & Hedges
    6. Harga rokok Dunhill sekotak
    7. Lucky Strikes

    Senarai Kenaikan Harga Rokok Naik 2014 : Harga Baru?

     

    Perbandingan Harga Rokok di Malaysia Vs Negara Lain

    1. Harga rokok di Singapura dijual dengan lebih $12 sekotak
    2. Harga rokok di Hong Kong lebih 60 dollar, tukar kepada ringgit sekalipun bernilai RM30 sekotak
    3. Dan tidak silap Berita semasa jikalau di UK harga rokok di UK adalah lebih daripada 8 pound sterling sekotak
    kenaikan harga rokok


    Dan pastinya kenaikan harga rokok naik 2014 kali ini adalah disebabkan kenaikan cukai rokok oleh kerajaan Malaysia baru-baru atas nama mahu membanteras jumlah perokok di Malaysia.

    Berita kenaikan harga rokok naik 2014 bakal memberikan suatu berita gembira kepada sindiket penyeludupan rokok haram yang terus mendapat permintaan tinggi dikalangan perokok tegar di Malaysia.

    Ini Sudah Korner Baring Namanya!!

    Posted: 06 Sep 2014 03:53 AM PDT

    shahbudindotcom


    Kali ini bukan U turn lagi, tapi sudah korner baring - barangkali ini ungkapan yang paling sesuai ditujukan kepada Pas dalam tindakan terbarunya berhubung isu pencalonan Menteri Besar Selangor.

    Setelah beberapa kali membuat U turn dan pendirian tidak tetap, kali ini Pas terus menimbulkan keributan dan ketegangan dengan pengakuan Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali bahawa parti itu telah mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, iaitu dua daripada PKR dan seorang daripada Pas sebagaimana yang dititahkan oleh Istana Selangor mesti dihantar selewat-lewatnya pada 3 September.

    Sebelum itu tersebar laporan bahawa Pas mencalonkan tiga Adunnya untuk jawatan Menteri Besar, namun ia segera dinafikan oleh Mustaffa Ali sebagai tidak benar. Menjelang petang pula, Mustaffa Ali mengakui tiga nama yang dihantar oleh Pas ialah dua daripada PKR dan satu daripada Pas.

    Walhal, baru semalam Mustaffa Ali membuat pengakuan bahawa Pas akan tetap berpegang kepada keputusan mesyuaratnya pada 17 Ogos lalu yang mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.

    Beberapa kali juga Mustaffa menegaskan sebelum ini bahawa Pas tidak akan mengemukakan calonnya bagi menggantikan Khalid Ibrahim kerana masih berpegang kepada persefahaman selepas PRU 13 lalu yang menyetujui jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

    Namun, apa sudah jadi sekarang?

    Dengan turut mengemukakan calon daripada partinya sendiri bagi jawatan Menteri Besar Selangor, Pas sebenarnya bukan saja sudah memungkiri janji dan mengkhianati rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah mengkhianati keputusan mesyuaratnya sendiri yang diadakan pada 17 Ogos itu.

    Dalam berjanji dan bermuafakat, Pas sebenarnya mengidam juga jawatan Menteri Besar Selangor ini.

    Selain turut mengemukakan calon daripada parti sendiri yang dipercayai ianya adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad, siapa dua calon daripada PKR yang dinamakan oleh Pas juga masih lagi misteri.

    Mustaffa Ali sekali lagi enggan mendedahkan nama-nama itu, tetapi desas-desus telah bertiup kencang bahawa nama Dr Wan Azizah tidak termasuk dalam senarai itu. Nama yang dicalonkan oleh Pas dikatakan ialah Azmin Ali bersama seorang lagi Adun PKR yang lain.

    Bagaimanapun ada juga laporan lain menyebut, nama Azmin juga tercicir daripada senarai Pas. Kedua-dua nama yang dicalonkan Pas dikatakan bukan saja mengenepikan Dr Wan Azizah, bahkan tidak memasukkan Azmin. Sebagaimana PKR mencuri dua Adun Pas, Shaari Sungib dan Hasnul Badaruddin untuk menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini, Pas juga nampaknya sudah pandai membalas dendam dengan mencilok dua Adun PKR untuk turut bermimpi menjadi Menteri Besar.

    Jika benar perkhabaran ini, bermakna sekali lagi Pas memungkiri janji dan khianat bukan saja kepada rakan gabungannya dalam PR tetapi juga kepada keputusan mesyuaratnya sendiri. Kalau khianat dan mungkir janji kepada rakan pun sudah dianggap salah besar, lebih memalukan keputusan mesyuarat sendiri juga dinodai sama.

    Sebab itu, tindakan terbaru Pas ini bukan lagi U turn, tetapi korner baring namanya.

    Sudah tentu banyak pihak, bukan saja dalam Pas tetapi juga rakyat biasa yang bingung dengan pendirian parti Islam ini. Apa sebenarnya sudah yang berlaku kepada Pas sekarang ini sedangkan Islam menjadi pegangan dan landasan perjuangannya? Tidakkah berpegang pada janji, menepati janji dan tidak khianat itu sebahagian ajaran Islam?

    Apakah ini tanda-tanda Pas mahu meninggalkan PR dan ingin berpeluk semula dengan UMNO? Benarkah Pas sebetulnya mungkin malu untuk meninggalkan PR semata-mata ingin berbaik dengan UMNO kerana akan menyebabkan ia dilabel sebagai jahat dan lari daripada landasan perjuangannya selama ini, lalu sengaja mencari pasal agar akhirnya mereka ditendang atau dikeluarkan daripada gabungan itu?

    Sekurang-kurangnya apabila ditendang keluar daripada PR dan bukannya ia memohon untuk keluar, Pas masih boleh menjaja simpati seolah-olah dianiaya.

    Tetapi jika ini niat Pas, ternyata mereka silap besar. Sudah ramai pemimpin Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad telah tampil memperingatkan betapa pentingnya Pas terus kekal dalam PR demi cita-cita politik mahu menawan Putrajaya dan agar perjalanan parti itu tidak mundur ke belakang. Malah meninggalkan PR diibaratkan kiamat bagi Pas.

    Tetapi sementara pimpinan profesional dalam Pas begitu bersungguh-sungguh mahu kekal dalam PR, terdapat pula segelintir daripada kalangan ulama Pas yang mula bermain mata dengan UMNO dengan hasrat mewujudkan kerajaan campuran di Selangor. Dalam mesyuarat Pas sendiri dilaporan berlaku ketegangan antara beberapa AJK Pas dengan Haji Hadi mengenai perkara itu setelah terdedahnya usaha beliau mahu mewujudkan kerajaan campuran dengan mengumpan Azmin Ali sebagai Menteri Besarnya.

    Walaupun perkara itu dinafikan oleh pegawai Haji Hadi dan menuntut portal berita yang melaporkannya memohon maaf serta menarik balik berita mengenainya, namun portal tersebut enggan berbuat demikian dan mempertahankan kesahihan laporan mereka. Sehingga ini, tiada pula tindakan susulan daripada pihak Haji Hadi untuk terus menafikan dan mengheret portal terbabit ke mahkamah.

    Hasrat segelintir pemimpin Pas mahu bergabung dengan UMNO memang aneh sebenarnya kerana ia bertentangan sama sekali dengan laungan dalam ceramah selama ini bahawa UMNO adalah parti assabiyah, taghut dan penentangan terhadap UMNO ialah kerana parti itu mengamalkan politik suku dan agama suku.

    Lebih aneh sebenarnya kerana di ketika semakin ramai pemimpin UMNO menyertai Pas seperti Mat Taib, Tamrin Ghafar dan Abdul Rahman Maidin tetapi Pas pula mengambil langkah songsang dengan mahu bergabung dengan UMNO. Tidakkah ia umpama dunia sudah terbalik jadinya?

    Apa pun pertimbangan Pas, jika bergabung dengan UMNO menjadi pilihannya, ia hanya menyebabkan parti itu terus ketinggalan dan menjadi gerabak yang senantiasa berada di belakang UMNO, manakala jika bersendirian pula akan memundurkan parti itu seperti tahun-tahun 80an yang hanya menjadikannya menang jumlah kecil kerusi di kawasan-kawasan tertentu saja.

    Pas sebenarnya masih ada masa depan yang baik jika dipimpin secara betul oleh mereka yang fokus dengan matlamat sebenar dalam perjuangan politiknya dan bergabung dengan PR adalah pilihan yang terbaik bagi memastikan kekuatan pembangkang terus utuh dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

    Barangkali semua yang berlaku dalam Pas mutakhir ini petanda bahawa Haji Hadi yang kini dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia oleh Dr Yusof Al-Qardawi sudah wajar mengundurkan diri dan menumpukan kekuatan ilmunya untuk hukum-hakam dan halal haram dalam agama saja.

    PKR Dakwa Saifuddin Tidak Keluarkan Kenyataan Tiga Calon MB

    Posted: 06 Sep 2014 03:19 AM PDT

    MSTAR ONLINE


     
     
     
    PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu telah menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar Selangor.

    Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, setelah membuat pengesahan, pihaknya mendapati dakwaan rencana Akhbar The Star dan portal berita mStar Online bertajuk "Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama dan "PKR finally agrees to nominate three candidates for MB" bukan daripada sumber yang benar.

    "Setelah mendapat pengesahan daripada Datuk Saifuddin Nasution, didapati bahawa rencana mStar Online dan The Star telah memetik sumber yang menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan jumlah nama calon menteri besar Selangor yang akan dihantar PKR kepada Istana Selangor.

    "Rencana-rencana tersebut turut cuba menimbulkan persepsi bahawa setiausaha agung mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang disebut "sumber" wartawan mStar Online dan The Star.

    "Ini tidak sepatutnya dilakukan kerana Datuk Setiausaha Agung tidak menjawab soalan mengenai isu jumlah nama calon," dakwanya dalam kenyataan pada Sabtu.

    The Star dan mStar Online pada Sabtu melaporkan bahawa PKR akhirnya menamakan tiga calon bagi jawatan menteri besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.

    Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

    Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti Adun.

    Bagaimanapun kedua-dua laporan itu hanya memetik Saifuddin sebagai mengesahkan kata sepakat telah diperolehi tanpa mendedahkan isi surat mahupun jumlah calon.

    Rencana tersebut boleh didapati di:  http://www.mstar.
    com
    .my/berita/berita-semasa/2014/09/06/pkr-kemuka-tiga-nama/

    85,000 Calon Buntu, Soalan Peperiksaan SPA Gagal Dimuat Turun

    Posted: 06 Sep 2014 03:16 AM PDT

    Oleh: D.KANYAKUMARI & RASHVINJEET S. BEDI
     
     
    Mahmood Adam.
     
     
     
    PETALING JAYA: Puluhan ribu calon yang sepatutnya menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan pegawai penguatkuasa kastam Gred W41, terpinga-pinga apabila soalan peperiksaan gagal dimuat turun pada pagi Sabtu. Namun, Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, mereka menyedari masalah tersebut dan menyakinkan calon masih boleh menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu sebaik saja gangguan itu berjaya diselesaikan.

    "Kira-kira 18 pelayan (komputer) tergendala dan kami berjaya memperbaiki sembilan daripadanya pada ketika ini.

    "Pasukan teknikal kami berusaha untuk memperbaiki masalah itu dan kami meminta calon untuk berada dalam keadaan sedia bagi menduduki peperiksaan itu pada bila-bila masa saja hari ini," katanya ketika dihubungi The Star Online pada Sabtu.

    Beliau berkata calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu.

    Ramai calon menyatakan aduan mereka di laman Facebook SPA dengan berkata, soalan peperiksaan tidak kelihatan walaupun mereka menunggu berjam-jam lamanya.

    Peperiksaan yang itu dijadualkan bermula pukul 9 pagi itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengetahuan am, penyelesaian masalah dan penilaian psikometrik.

    Peperiksaan itu boleh diduduki secara online dari mana-mana lokasi selagi mempunyai capaian Internet.

    Seramai 85,000 calon sepatutnya menduduki peperiksaan itu.

    Generasi muda dunia mula benci Israel?

    Posted: 06 Sep 2014 03:00 AM PDT

    SYAHIR SULAIMAN


    MAHA Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Al-Isra': 1)

    Konflik yang berlarutan sejak Mei 1948 di bumi Palestin dan benua Arab ini boleh dianggap sebagai 'Medan Amali Ketamadunan Manusia'.

    Bumi sempit ini telah menyaksikan beratus siri rundingan diselangi dengan beribu bedilan serangan, di samping usaha diplomasi antarabangsa dan keprihatinan NGO menabur jasa bagi mewujudkan keamanan di bumi penuh keberkatan ini. Terkini, setelah lebih 50 hari serangan bermula 8 Julai yang mengakibatkan kehilangan lebih 2,100 nyawa tidak berdosa dan kemusnahan lebih 4,000 rumah, masjid, dan prasarana utama di Gaza, gencatan senjata yang dimeterai pada 26 Ogos lalu memberi ruang untuk warga Gaza yang diselebungi kesedihan kembali bernafas, sedang warga Israel diselubungi ketakutan.

    Pertemuan di meja rundingan tersebut telah menatijahkan persetujuan bersama untuk Hamas menghentikan serangan roket manakala Israel bersetuju menghentikan pengeboman dan menarik balik sekatan yang dikenakan kepada Gaza, di samping rundingan tetap diteruskan bagi menyelesaikan beberapa syarat berbangkit di antara Gaza dan Israel.

    Laporan majalah The Economist edisi Ogos dan September 2014 berkaitan isu Gaza memberi dimensi menarik tentang konflik di bumi Gaza. Hamas digambarkan sebagai kumpulan Islamis eksterimis yang menolak toleransi, melancarkan roket dan membina terowong untuk membunuh dan menculik tentera Israel. Manakala Israel pula ditonjolkan sebagai simbol demokrasi tulen yang menjuarai hak asasi, perdagangan dan inovasi.

    Namun, serangan roket dan misil dalam Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh Israel Defense Forces (IDF) sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini telah membentuk pola pendapat dunia (world opinion) yang baharu tentang krisis kemanusian di bumi Palestin, khususnya dalam kalangan generasi muda. Fenomena baru ini sangat membimbangkan pihak Israel yang khuatir mereka hanya menang dalam pertempuran (winning the battle) tetapi kalah dalam peperangan (losing the war).

    Dimensi baru konflik Palestin - Israel

    Simpati dunia kepada Gaza kian memuncak. Dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh agensi berita BBC pada bulan Jun 2014, beberapa ribu responden daripada 23 buah negara ditanya 'Adakah Israel memberi kesan baik atau buruk kepada dunia?' – 26 peratus menyatakan Baik manakala 48 peratus menyatakan Buruk.

    Malah di negara Amerika, sekutu kuat Israel, turut menyaksikan peratusan penduduknya yang tidak bersetuju dengan kekerasan terhadap Gaza meningkat 5 peratus daripada tahun 2002 kepada 39 peratus, dan sokongan golongan berumur 18-29 tahun kian menguncup kepada 25 peratus. Di benua Eropah, semakin ramai yang menggelar Israel sebagai 'racist' setaraf dasar 'apartheid'. Ini kerana, tiada demokrasi moden yang boleh mengiktiraf peperangan di antara dua negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa.

    Sentimen sama turut dikongsi oleh belia Islam di Malaysia dan Indonesia. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Friedrich Naumann Foundation dan Merdeka Center berkaitan 'Muslim Youth in Southeast Asia - Surveys in Malaysia and Indonesia' pada tahun 2011, responden di Malaysia diminta menyenaraikan nama negara yang paling digemari dan tidak digemari dalm konteks hubungan antarabangsa – dapatannya sangat mengejutkan – Palestin diletakkan di kedudukan paling tinggi diikuti Jepun dan Singapura, manakala Israel diletakkan di kedudukan paling corot, di belakang Amerika dan Britain. Ditanya 'Adakah Amerika patut menghentikan sokongan kepada Israel?' – 80 peratus menyatakan Ya dan 20 peratus menyatakan Tidak. Malah, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyaksikan lautan peserta pelbagai kaum yang hadir dalam penganjuran himpunan - himpunan solidariti Gaza di samping jumlah kutipan derma mencecah jutaan ringgit.

    Ternyata pertembungan Palestin - Israel pasca 2014 telah memasuki fasa baru yang bukan lagi bergantung kepada aspek fizikal ketenteraan dan hubungan kerajaan (G2G), tetapi bergantung kepada aspek gerakan massa (civil society) yang melibatkan kuasa-beli (purchasing power) dan persepsi umum (public opinion).

    Israel kian tersepit dalam ketakutan. Dalam pertempuran sempadan, mereka berhadapan dengan kekuatan ketenteraan Hamas yang sukar untuk dipatahkan oleh Israel Defense Forces yang memiliki kelengkapan senjata tercanggih di dunia.

    Dalam persaingan pasaran, Israel bersendirian dalam menghadapi gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanction) – yang kian mendapat sokongan bank dan syarikat ternama dunia – untuk memboikot dan menghentikan pelaburan kepada Israel sebagai tekanan untuk Israel menghentikan pembinaan di Tebing Barat dan memulangkan hak tanah
    air
    kepada penduduk asal Palestin.

    Dalam pertembungan pemikiran, Israel yang berpaksikan kebebasan dan kedaulatan (liberty and sovereignty) makin gerun dengan kewujudan pola pemikiran baru – 'delegitimising' - yang mempersoalkan 'legitimasi' atau status negara haram Israel. Istilah ini sangat ditakuti regim Zionis Israel, sehingga ia secara rasmi digelar sebagai ancaman strategik (strategic threat) kepada mereka.

    Konsep 'delegitimising' terhadap Israel bukanlah perkara baru. Ia dikatakan bermula pada Sidang Sedunia Menentang Rasisma di Durban pada 2001, yang menghimpunkan 1500 delegasi kerajaan dan perniagaan di bawah naungan PBB. Di dalam salah satu resolusi sidang tersebut, regim Zionis Israel digolongkan sebagai gerakan rasis, yang seterusnya mencetuskan idea yang membentuk pola pemikiran 'delegitimising' ke seluruh dunia. Sentimen ini, walaupun kurang mendapat tempat di kalangan generasi tua, mudah untuk meresap ke dalam minda generasi muda yang hanya mengetahui peperangan melalui pembacaan buku sejarah dan aplikasi permainan komputer, tetapi tidak dapat menerima realiti berlakunya peperangan sebenar dalam dunia serba moden ini.

    Palestin kini tidak berseorangan dalam menghadapi Israel dan sekutunya. Walaupun tidak dibantu jiran sebangsa dan seagama seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi, warga Palestin kini mampu menguntum senyuman kerana mendapat simpati dan sokongan dari seluruh dunia yang cintakan keamanan.

    Sejauh mana dimensi baru ini mampu pergi bergantung kepada dinamika pola pemikiran generasi muda dunia. Namun dunia menyaksikan bahawa ketakutan di pihak Israel bermakna, kemenangan bagi kemanusiaan dan keamanan. – HARAKAHDAILY

    Jangan terlebih campuri urusan PAS

    Posted: 06 Sep 2014 02:58 AM PDT

    HARAKAHDAILY


    KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain.

    Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

    "Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

    "Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily Hari ini.

    Beliau mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut.

    Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.

    "Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS.

    Malah kata beliau, terdapat kenyataan-kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

    Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

    "Saya mengambil sikap, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya.- HARAKAHDAILY

    Hadi cabar kelompok PAS tubuh parti sendiri

    Posted: 06 Sep 2014 02:56 AM PDT

    MALAYSIAKINI


     


    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

    Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

    "Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

    "Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

    Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program dialog di Rusila, Terengganu semalam.

    Menurut laporan Harakahdaily semalam, Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

    Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

    Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

    Posted: 06 Sep 2014 02:50 AM PDT

    MALAYSIAKINI


     


    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

    Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

    "Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

    "Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor.

    "Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan," kata Abdul Hadi lagi.

    Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube.

    PKR, DAP Mungkin Jalin Kerjasama Dengan PasMA Selepas Hadi Buat Pusingan U

    Posted: 06 Sep 2014 02:41 AM PDT

    Oleh: SIRA HABIBU
     
     

    Abdul Hadi dikatakan menghantar senarai nama baharu untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
    PETALING JAYA: Tindakan dramatik yang menyaksikan PAS menghantar tiga nama dan menolak mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor membawa kepada satu ancaman untuk memecah-belahkan parti Islam itu.

    Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.

    PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.

    Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMA yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik.

    Pada Khamis, muka depan The Star melaporkan PAS menghantar senarai nama kepada Sultan Selangor dengan menamakan ahli exco PAS untuk mengisi jawatan tertinggi itu.

    Senarai nama pemegang jawatan PasMA yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan PAS, tersebar melalui media sosial.

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, PasMA ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak 1990.

    Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.

    "Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.

    "Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMA ditransformasikan sebagai sebuah parti politik," katanya.

    Dr Zuhdi merupakan pemimpin PAS pertama menyerang Anwar berhubung agenda Langkah Kajang.
    Presiden PasMA, Datuk Phahrol­razi Mohd Zawawi terkejut apabila mengetahui senarai nama pemegang jawatan dalam NGO itu yang berbeza, tersebar di media sosial.

    "Saya tidak tahu jika ada sesiapa merampas pertubuhan kami. PasMA adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).

    "Mungkin terdapat entiti lain yang menggunakan nama yang sama tetapi berfungsi sebagai parti politik tanpa saya sedari," katanya.

    Phahrolrazi, yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau merupakan Presiden PasMA dan Timbalannya adalah Ahmad Husin (Kelantan), manakala Taib Ahmad (Kedah) adalah setiausaha agung dan bendahari dipegang oleh Ismail Abdul Rahman.

    "Kami ada kira-kira enam ahli jawatankuasa dan wakil dari setiap negeri," katanya.

    Namun, di media sosial, nama pemegang jawatan yang tersebar berbeza dengan nama yang dinyatakan Phahrolrazi.

    Dalam senarai tersebut, Ahmad Awang (Perak) dinamakan sebagai Mursyidul Am PasMa, Muhammad Husin (Kelantan) timbalan, manakala Datuk Husam Musa sebagai presiden, Timbalan Presiden Dr Hatta Ramli, Naib Presiden Dr Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa.

    Ketua Pemuda adalah Sheikh Omar, Ustaz Mohamad Nor sebagai ketua ulama dan ketua muslimat adalah Aiman Athirah.

    Antara, ahli Jawatankuasa PasMA adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.

    Phahrolrazi berkata semasa Dr Hatta membantu penubuhan NGO itu, Husam tidak terlibat secara aktif.

    "Husam mengadakan jamuan makan malam untuk kami apabila kami mengadakan forum di Kelantan pada minggu lalu. Tetapi Husam tidak menghadiri forum tersebut," katanya.

    Phahrolrazi berkata, mereka merancang untuk mengadakan forum di Lembah Klang pada minggu lalu untuk membincangkan mengenai PAS dan Umno.

    Katanya, antara penceramah jemputan untuk forum tersebut termasuk Ahmad Awang, Husam dan Dr Mujahid.

    "PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan," katanya.

    Kes Safwan bukti transformasi Najib bohong

    Posted: 06 Sep 2014 02:40 AM PDT

    MUHAMMAD FAIZAL


    KUALA LUMPUR: Tindakan terhadap bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib, 24, yang disabit bersalah atas tuduhan menghasut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dilihat satu lagi kegagalan transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Keputusan terbaru itu menunjukkan betapa Najib tidak lebih dari berbohong untuk memansuhkan akta tersebut.

    Pengarah Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Wilayah, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi ketika dihubungi memberitahu keputusan mahkamah tersebut merupakan satu kejutan.

    "Kita melihat keputusan tersebut satu kejutan di saat Najib mengatakan menghapus akta hasutan itu.

    "Satu pembohongan jelas dalam janji beliau sebelum ini dan keputusan ini telah menyekat kebebasan rakyat di negara ini," jelasnya kepada Harakahdaily.

    Beliau turut berpendapat hukuman 10 bulan penjara dan ikat jamin RM15 ribu merupakan keputusan yang amat keras apatah lagi ia bukanya jenayah berat atau mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

    "Hukuman yang dikenakan itu terlalu berat, lagipun kenyataan Safwan mengikut fakta jelas mengenai isu pilihanraya yang telus.

    "Lagi pun ia bukannya jenayah berat serta mendatangkan kecederaan kepada sesiapa pun, kita pun tuntut pilihanraya yang bebas dan telus," kata yang juga merupakan Exco Pemuda PAS Malaysia.

    Ahmad Zamri turut menjangkakan empat orang lagi MP Batu Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, aktivis Adam Adli Abdul Halim, anggota PAS Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar dan aktivis Haris Fathillah Mohamed Ibrahim akan turut menerima nasib yang sama.

    Hakim Norsharidah Awang memutuskan Safwan bersalah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas berpuas hati ucapannya itu mengandungi elemen menghasut.

    Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan bermula hari ini.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di alamat Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei tahun lepas.- HARAKAHDAILY

    Orang baru kenal PAS rasa isu Selangor sudah berat

    Posted: 06 Sep 2014 02:39 AM PDT

    HARAKAHDAILY


    MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang baru mengenali dan menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku kini sangat teruk.

    "Kepada mereka (ahli) yang baru menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang 'mabuk laut' dan pening," ujarnya ketika berucap pada majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila petang semalam. (Video)

    Beliau berkata, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sedikit sangat tetapi kepada mereka yang baru hendak belajar politik merasakannya sudah berat.

    Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, kemelut yang berlaku di Selangor bukan masalah PAS.

    "Masalah yang dibuat oleh rakan kita, yang kita terpaksa menolong memikulnya.

    "Kita telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerajaan negeri Selangor kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan telah berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih hingga tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan," jelasnya pada majlis yang dianjurkan PAS Negeri Terengganu itu.

    Justeru, beliau mengingatkan ahli PAS berwaspada dengan 'gelombang' politik yang sedang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor agar tidak mengambil tindakan 'bodoh' dan merosakkan 'bahtera PAS'. - HARAKAHDAILY

    Hadiah paling bermakna selepas bersara jadi tetamu Allah

    Posted: 06 Sep 2014 02:37 AM PDT

    HAFIZAH KAMARUDDIN 


    MAKKAH: Bagi Abu Bakar Mohd Yusoff, hadiah paling bermakna selepas bersara dua tahun lepas ialah menerima khabar gembira menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

    Abu Bakar, 59, bersama isteri Kalsom Ibrahim, 56, dua anak perempuan - anak sulung Khairunnisa, 27, dan anak kedua, I'ffah, 26, gembira kerana dapat bersama-sama keluarga mengerjakan haji pada tahun ini.
      
    Kalsom, pesara pembantu tadbir Jabatan Agama Islam Melaka berkata ketika suaminya bekerja di Jabatan Kerja Raya mereka tidak pernah merasai pengalaman bercuti bersama keluarga tetapi sebaik suaminya bersara, mereka enam beranak memilih mengerjakan umrah pada tahun lepas.
      
    "Seminggu sebelum mengerjakan umrah pada 30 Dis tahun lepas, kami mendapat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kami bersyukur kerana ikut giliran sepatutnya pada 2017," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.
      
    Bagaimanapun beliau terkilan kerana terpaksa meninggalkan dua lagi anaknya, iaitu anak tunggal lelaki berusia 25 dan anak bongsu berusia 20 tahun kerana tidak mendaftar sekali kedua-dua anaknya untuk haji pada masa itu.  
      
    Namun Kalsom tetap bersyukur kerana Khairunnisa, penolong tadbir Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu dan I'ffah, juru ukur bahan syarikat swasta, dapat mengerjakan haji kerana sejak kecil anaknya mengimpikan untuk menjejak kaki di Tanah Suci apabila melihat nenek mereka mengerjakan haji pada 1996.
      
    "Saya telah membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak secara potongan gaji sejak mereka di tadika lagi," katanya.
      
    Sementara itu, Hanif Mohd Nosruddin, 23, yang mengiringi ibunya Solhah Mat Sarin, 52, jururawat yang bertugas di Hospital Teluk Intan melahirkan rasa bertuah kerana pada usia muda dijemput sebagai tetamu Allah.
      
    Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik, Hanif yang kematian bapanya sejak berusia tujuh tahun, merasakan generasi muda perlu menjadikan ibadah haji sebagai prioriti yang perlu dilakukan ketika usia muda kerana ibadah haji memerlukan tenaga dan kekuatan.
      
    Lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pengangkutan dan kini bekerja sebagai penyelia khidmat pelanggan di sebuah syarikat swasta itu, melahirkan rasa seronok dapat beribadah di Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.  
      
    Hanif yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Nornazatul Shima Halili, 23, pada Julai lepas menganggap tahun ini tahun yang amat bertuah baginya.
      
    "Saya amat berharap dapat kembali lagi menjadi tetamu Allah dengan membawa isteri dan adik-beradik perempuan saya," katanya.
      
    Bagi Tokimin Karso, 68, dari Sepang, Selangor berkata hatinya tiba-tiba menjadi sebak dan airmatanya terus mengalir dengan deras apabila pertama kali terpandang Kaabah yang selama ini dilihatnya melalui kaca televisyen.
      
    "Sebaik melihat Kaabah, pak cik terus menitiskan airmata semasa mengerjakan tawaf dan saie awal pagi semalam," katanya.
      
    Warga emas itu yang ditemani isteri Siti Rahmah Musdi bersyukur kerana dapat mengerjakan haji tahun ini memandangkan giliran mereka sepatutnya pada 2016 selepas mendaftar pada 2006.  
      
    Tokimin amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak menjejak kaki di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di Petaling Jaya pada 27 Ogos sehingga melakukan ibadah umrah.
      
    Malah, ibadah tawaf dan saie pagi semalam, turut berjalan lancar dengan Mutawif, atau orang yang membawa tawaf di Masjidil Haram, telah membawa mereka mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, dan bersaie dari Bukit Safa dan Marwah tujuh kali dengan teratur serta turut membaca doa untuk mereka ikuti, katanya.
      
    "Pak cik bersyukur di bawah pimpinan mutawif Masjidilharam dapat bersolat di belakang Makam Nabi Ibrahim berhadapan pintu Kaabah," katanya yang mempunyai penyakit lelah dan gout.
      
    Kesemua 412 jemaah haji kumpulan pertama yang tiba dari Madinah pada Khamis malam, melakukan umrah pada pagi Jumaat dengan dibawa berjalan dari maktab penginapan mereka di Abraj Al Janadiriyyah kira-kira 750 meter oleh petugas Muassasah Asia Tenggara ke Masjidilharam.
      
    Sementara itu, jemaah haji kumpulan kedua (KT2) sebanyak 254 orang dari Madinah tiba di Makkah pada 2 petang Jumaat (7 malam waktu Malaysia), dan KT3 sebanyak 266 jemaah tiba pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).  
      
    KT4 pula dengan 433 jemaah haji tiba pada 7.50 malam waktu tempatan (12.50 pagi Sabtu waktu Malaysia).
      
    Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah adalah 1,365 orang.
      
    Tiga lagi kapal terbang iaitu KT20, KT21 dan KT22 yang membawa 1,000 penumpang tiba di Madinah pada Jumaat.
      
    KT20 yang membawa 450 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 5.34 pagi Jumaat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 9 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia).
      
    Sementara K21 yang membawa 279 penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 1.20 tengah hari Jumaat, tiba 4.50 petang waktu tempatan (8.50 malam waktu Malaysia) dan KT22 yang membawa 271 penumpang berlepas dari KLIA pada 4.50 petang tiba di Madinah pada 8.35 malam waktu tempatan (12.35 pagi Sabtu waktu Malaysia).
      
    Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Tanah Suci, iaitu di Makkah dan Madinah, adalah seramai 7,010 orang. - Bernama



    Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama

    Posted: 05 Sep 2014 11:09 PM PDT

    MALAYSIAKINI


    Dr Idris Ahmad antara yang dinamakan sebagai calon PKR untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
     
     
     
    PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu.

    Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

    Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti.

    Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut.

    Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.

    "Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan kata sepakat telah dicapai tetapi enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

    "Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya," kata Saifuddin.

    Jelas beliau, surat tersebut akan diserahkan terus kepada Istana hari ini.

    Beliau berkata, mereka membalas surat dari Istana bertarikh 3 September berhubung senarai calon yang dihantar oleh parti itu pada 1 September lalu.

    Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan beliau kecewa sekiranya presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamakan tiga pemimpin PAS untuk jawatan menteri besar itu.

    "Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos, sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim dan Azmin Ali untuk jawatan itu. Presiden tidak harus menukar senarai itu tanpa memaklumkan kepada kami.

    "Saya sebagai Timbalan Presiden masih tidak jelas mengenai perkara itu," katanya ketika mengulas mengenai laporan bahawa Abdul Hadi menghantar senarai nama berasingan kepada Sultan Selangor.

    Lelaki lena dalam kebakaran

    Posted: 05 Sep 2014 10:59 PM PDT



    Gerai buah-buahan berkenaan hangus mengakibatkan peniaganya kerugian hampir RM15,000. Gerai buah-buahan berkenaan hangus mengakibatkan peniaganya kerugian hampir RM15,000.
     
     
     
    MARAN - Seorang lelaki ditemui tidur dalam keadaan berbogel di bawah rak buah selepas pihak bomba berjaya memadam kebakaran di sebuah gerai buah-buahan dekat Pasar Maran, semalam.

    Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai mabuk dan dalam kesejukan ekoran hujan pada malam tadi, dia tidak terjaga dari tidur meskipun gerai tersebut sedang marak terbakar.

    Peniaga gerai berkenaan, Samsuddin Yaakob, 47, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di rumah dan hanya diketahui selepas dimaklumkan seorang peniaga santan di Pasar Maran.

    Menurutnya, kebakaran disedari orang ramai apabila melihat api sedang marak dan tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda termasuk buah-buahan.

    "Tidak sampai 10 minit api berjaya dipadamkan pihak bomba dan kami tidak menyangka ada orang tidur di dalam gerai ini.

    "Pihak bomba berasa curiga ketika melihat ada sesuatu di bawah rak yang hanya bahagian atas terbakar.

    "Apabila disuluh, baharu nampak ada seorang lelaki tanpa pakaian sedang tidur dan masih tidak sedarkan diri namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

    Peniaga Fama itu berkata, kerugian dianggarkan hampir RM15,000 memandangkan semua jenis buah-buahan rosak termasuk peralatan berniaga.

    Menurutnya, ia merupakan kejadian pertama sejak 10 tahun berniaga berdekatan Pasar Maran dan tidak menolak kebakaran mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan.

    "Malam tadi hujan dan mungkin kerana kesejukan, dia hidupkan api sehingga menyebabkan kebakaran.

    "Sebelum ini tiada siapa yang tidur di gerai saya malah semua jenis buah disimpan di gerai," katanya.

    Ada perang dalam Umno?

    Posted: 05 Sep 2014 10:56 PM PDT



    Oleh Mohsin Abdullah


    Ada yang menyamakan siri penangkapan dan pendakwaan hasutan yang berlangsung sekarang dengan Ops Lalang 1987. Setuju atau tidak terpulang. (Bagi yang kurang arif tentang Ops Lalang harap google).

    Masa Operasi Lalang ramai yang kaitkannya dengan pergolakan dalaman Umno ketika itu. Walaupun itu tidak pernah dibuktikan, ramai yang membuat kesimpulan "bila orang Umno berperang orang lain akan menerima padah".  Betul atau tidak, itulah persepsinya. Itu cerita lama.

    Cerita baru ialah penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan ahli akademik. Adakah ini kerana Umno sedang berperang? (Jika "teori" 1987 menjadi sandaran).
    Mungkin tidak adil untuk menuduh demikian. Buat masa ini. Kerana yang harus ditanya terlebih dulu ialah adakah Umno sedang berperang? Tidak ada tanda jelas yang menunjukkan ke arah itu.

    Yang  ada, "sekadar" teguran terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak.

    Semua sudah maklum apa yang diperkatakan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian. Bagi orang Umno itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai "perang" atau "pergolakan" dalaman. Setuju.  Tetapi yang jelas,
    Umno tidak berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir berhubung tuduhan terhadap presiden mereka. Yang menarik ialah cara mereka menyatakan pendirian.

    Contoh: "Tun (Dr Mahathir) sepatutnya menegur 'in private' - bukan membuat kritikan terbuka. Jumpalah Najib dan bincang," kata beberapa 'panglima' Umno.

    Kata seorang lagi 'panglima':"Cara Najib sesuai dengan zaman ini, era Najib."

    Dan bagi seorang pemimpin tertinggi parti, Najib 'dengar dan bincang dalam Kabinet  sebelum mengambil keputusan dan menggubal dasar'. Najib katanya lagi 'bukan diktator'.

    Mengapa soal 'diktator' diketengahkan tidaklah diketahui. Pun begitu bagi golongan yang tidak meminati Umno, parti itu tidak berani menyangkal Dr Mahathir secara terbuka ketika mempertahankan presiden mereka. Sebaliknya memilih untuk 'cakap bunga-bunga '.

    Hanya Tun Musa Hitam yang berterus terang menjawab tuduhan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian juga kerana semua sudah maklum apa yang Musa kata. Dan tidaklah memeranjatkan.  Kerana pada 1980-an ketika memegang jawatan timbalan presiden Umno, Musa mahu orang Melayu mempunyai 'sikap kurang ajar'.

    Yang dimaksudkan ialah cakap berterus terang. Call a spade a spade. Kerana orang Melayu katanya amat suka bercakap 'bunga-bunga' dan berlapik. Namun musuh dalam Umno memutarbelitkan kenyataan itu dan menuduh Musa sebagai pemimpin Melayu menganjurkan budaya biadap, sesuatu yang bertentangan dengan budaya Melayu.

    Walau apa pun cara Umno menunjukan reaksi terhadap kritikan Dr Mahathir ke atas Najib, bekas presiden Umno itu nampaknya 'keseorangan'. Tetapi ketika membuat teguran dalam blognya, Dr Mahathir menyatakan pendapat beliau mengenai prestasi Najib ialah juga  'pendapat ramai yang datang menemui saya'.

    Maknanya bolehlah disimpulkan "ramai termasuk orang Umno datang mengadu hal" kepada Dr Mahathir dan ramai yang bersetuju dengan kritikan beliau tetapi tidak secara terbuka.

    Persoalan yang kerap diajukan ialah adakah langkah Dr Mahathir akan mendapat "traction?"

    Baru-baru ini seperti yang kita tahu, lebih 100 ketua bahagian Umno dikumpulkan untuk satu  majlis khas bersama Najib. Adakah perhimpunan itu bagi menunjukkan kesetiaan terhadap presiden parti dan menyatakan sokongan?

    "Lebih kurang macam itulah," kata sumber dalaman Umno.

    Bagaimanapun, katanya, Najib tidak sentuh pun isu yang dibangkit Tun (Dr Mahathir). Cakap benda lain. Patut jawab one by one.

    Kini ada pihak dalam Umno yang bertanya mengapa Dr Mahathir buat apa yang beliau buat terhadap Najib. Maka timbul tuduhan dan andaian.

    Rasanya ramai sudah dengar apa tuduhan dan andaian itu. Jadi tidak perlu diulangi di sini.

    Yang perlu ditanya (oleh Umno) ialah bukan mengapa Dr Mahathir kritik tetapi tanya benar atau tidak apa yang Dr Mahathir kata. Fakta atau fitnah? Dan ambil langkah susulan berdasarkan jawapan yang diperolehi.

    Berbalik kepada penangkapan dan pertuduhan mengikut Akta Hasutan yang rancak kini. Bagi PSM itu semua bagi Najib 'membuktikan' kepada Dr Mahathir beliau juga 'garang', bukan  'lemah' seperti yang digambarkan. Bagi orang Umno bukan itu sebabnya. Waullahualam.-MalaysiaInsider

    MAS: Pisang berbuah 4 kali?

    Posted: 05 Sep 2014 10:53 PM PDT




    Oleh SHIRZAD LIFEBOAT


    TRAGEDI menimpa Penerbangan Malaysia (MAS) lebih tragis daripada kehilangan dua buah pesawat.Dalam keadaan itu, sekiranya majoriti sahamnya tidak dimiliki kerajaan, rasanya sudah lama syarikat penerbangan nasional itu gulung tikar.

    Dari perspektif pengurusan dan perniagaan, dilihat dari sudut mana sekalipun, adalah agak mustahil untuk memulihkan MAS walaupun sekiranya diterajui oleh CEO terhandal di dunia.

    Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 hutang terkumpul MAS mencatatkan jumlah RM8.75 bilion. Mudahnya sahaja untuk mencongak betapa syarikat penerbangan nasional itu memerlukan masa sembilan tahun untuk menghapuskan tinta merah pada 'lembaran imbangan' penyata kewangannya sekiranya pengurusan baru boleh mencatatkan keuntungan pasca-cukai sebanyak RM1 bilion setahun.

    Beberapa minggu lalu, kerajaan menerusi Khazanah Nasional mengambil langkah untuk membeli semula saham MAS yang tidak dimilikinya berjumlah 31 peratus daripada modal berbayar syarikat berkenaan dengan membuat tawaran 27 sen sesaham.

    Susulan daripada keputusan ini, saham MAS digantung urus niaganya daripada Bursa Malaysia dengan objektif terakhir dikeluarkan daripada senarai saham tersebut harga bursa berkenaan.

    Tidaklah difahami apakah tujuan kerajaan mengambil tindakan drastik tersebut. Soal pemilikan saham sebagaimana umum maklum tidak menyangkut secara langsung dengan prestasi kewangan, sekurang-kurangnya dalam kes MAS. Begitu juga dengan soal penyenaraian dalam Bursa Malaysia.

    Mudah sahaja mengapresiasi hakikat sejak 2007 MAS sudah menjalani penstrukturan semula sebanyak tiga kali dah dalam tempoh itu saham MAS mengalami keadaan terumbangambing dalam Bursa Malaysia.

    Ketika itu kebanyakan pemerhati kewangan berpendapat MAS sebenarnya berdaya-maju tetapi ia tidak ditangani oleh pengurusan bertaraf profesional dalam bidang perniagaan penerbangan awam.

    Ramai masih ingat bagaimana sebaik MAS diswastakan kepada seorang kroni Umno pada 1997 seorang pengurus utama di bawah bekas kroni berkenaan membuat kenyataan media dengan nada seolah-olah telah bekerja dalam industri penerbangan awam selama lebih daripada 50 tahun.

    Namun sejak dari saat itu, prestasi MAS terus merosot. Sepatutnya sebagai sebuah syarikat awam tersenarai ia boleh menerbitkan bon pinjaman dan sebagainya,malangnya prestasi malap MAS sebagaimana dicerminkan oleh harga sahamnya di Bursa Malaysia mengakibatkan pelabur minoriti sama sekali hilang kepercayaan sekiranya pelaburan dalam MAS membawa sebarang faedah kewangan.

    Bermula dari saat inilah MAS menamatkan perkhidmatannnya ke Brussels (Belgium), Honolulu (Hawaii, AS), Madrid (Sepanyol), Munich (Jerman) dan Vancouver (Kanada). Tidak cukup dengan penamatan laluan ini, tekanan kewangan mengakibatkan syarikat penerbangan nasional itu membatalkan pula laluan Kuala Lumpur-: Manchester (England), Vienna (Austria), *****uoka dan Nagoya (Jepun), Kaherah (Mesir) dan Zurich (Switzerland).

    Selepas ini menyusuli pula pengguguran perkhidmatan ke Cape Town (Afrika Selatan), Dubai (Emriyah Arab Bersatu), Buenos Aires (Argentina), Rome (Itali), Karachi (Pakistan), Surabaya (Indonesia) dan New York (AS). Terakhir digugurkan ialah perkhidmatan ke Los Angeles (AS).

    Dan bermula saat ini jugalah MAS mencatatkan kerugian mercu tanda dengan kerugian terkumpul mengatasi paras RM10 bilion dan kerugian terburuk RM2.52 bilion bagi tahun kewangan 2011.

    Beberapa hari lalu Khazanah Nasional mengumumkan Kabinet telah pun meluluskan skim rombakan MAS. Kurang pasti sama ada satu kajian teliti bersumberkan analisis profesional dan berkelayakan telah dilakukan sebelum rombakan ini diluluskan oleh kerajaan sebagai pemilik induk MAS atau ia merupakan satu lagi keputusan bidang terjun sebagaimana tiga penstrukturan lalu.

    Apa pun para pemerhati dan penganalisis kewangan sudah mula melahirkan kesangsian sekiranya pembuangan 30 peratus kakitangan atau kirakira 20,000 pekerja (katanya termasuk eksekutif warga asing) serta pembatalan beberapa laluan lagi boleh menghapuskan tinta merah dalam penyata kewangan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

    Telah ditegur dan diperhatikan oleh banyak pihak masalah yang melanda MAS hampir dua dekad banyak berpunca daripada strategi pemasaran dan pengurusan operasi yang tidak kos efektif.

    Bekas CEO MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam satu wawancara tidak lama dulu turut menyatakan masalah MAS adalah akibat, "pelan perniagaan yang salah."

    Dengan kerugian sebanyak RM4.1 juta sehari sebagaimana dilaporkan oleh media, langkah terbaik sudah tentulah pengstrukturan semula syarikat.

    Namun, pengstrukturan korporat sahaja tidak akan memberi kesan kepada prestasi untung-rugi. Sebaliknya apa yang berkemungkinan memulihkan MAS ialah kecekapan pemasaran dan pelbagai aspek pengurusan.

    Justeru persoalannya bolehkah MAS melakukan hal itu. Rekod menunjukan banyak syarikat di bawah Khazanah Nasional dan GLC yang tidak diuruskan sebagaimana sepatutnya.

    Apakah MAS kelak di bawah penstrukturan terbaru ini akan berakhir dengan tragedi kewangan lebih buruk? Sebagai rakyat Malaysia kita tidak mahu pisang berbuah 'empat kali'. Namun kebarangkaliannya tetap ada dan tinggi.

    Menteri: 11 anggota PPS tak akan terlepas

    Posted: 05 Sep 2014 10:49 PM PDT

    MALAYSIAKINI



     


    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata polis menghormati kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat mengikut sistem demokrasi tetapi tindakan tetap akan diambil sekiranya kerajaan Pulau Pinang  melanggar undang-undang negara.

    Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya jangan mengambil tindakan terpilih dalam menguatkuasakan undang-undang.

    "Saya sudah nyatakan bahawa dalam bidang keselamatan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Memang kita perlu bantuan NGO (badan bukan kerajaan), persatuan orang ramai tapi jangan buat persatuan, pasukan tanpa merujuk kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri)," katanya merujuk kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

    Polis setia kepada kerajaan yang memerintah selagi tiada pelanggaran undang-undang tetapi jika undang-undang dilanggar apatah lagi oleh Anggota Parlimen, Ketua Menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri mahupun orang awam, tindakan akan diambil kerana undang-undang tidak mengenal sesiapa, katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera di Georgetown.

    Ahmad Zahid berkata 11 anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas undang-undang.- Bernama

    'Buang kerja kerana piket tak pernah berlaku'

    Posted: 05 Sep 2014 10:47 PM PDT

    MALAYSIAKINI



     


    Bekas presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Muhammad Abas hairan dengan tindakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad memberhentikan kakitangan yang menyertai piket.

    Beliau yang juga bekas presiden Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM) berkata, kakitangan yang menyertai piket pimpinannya sebelum ini tidak pernah dikenakan tindakan seperti itu.

    "Dulu pernah berlangsung piket selama 23 hari, tiada langsung pekerja yang diberhentikan tetapi ini baru tiga hari dah ada yang kena berhenti," katanya.

    Muhammad turut menekankan bahawa segala aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan pekerja tidak boleh dicampuri sama sekali oleh pihak majikan.

    Katanya, RUM harus mengemukakan perkara ini kepada perdana menteri kerana ia melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

    "Sebagai mantan presiden RUM, saya menyeru supaya KTMB mengambil semula pekerja yang telah diberhentikan kerana tindakan memberhentikan pekerja ini tidak relevan," katanya.

    Beliau mengulas tindakan KTMB menyingkirkan pemimpin RUM dan juga anggota kesatuan tersebut atas pembabitan dalam satu piket pada 9 Mei lalu.

    Piket yang disertai ratusan anggota RUM itu bagi mendesak presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan kerana didakwa menunjukkan prestasi yang kurang cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

    Anggota RUM tunggu masa diberhentikan kerja

    Posted: 05 Sep 2014 10:43 PM PDT

    MALAYSIAKINI



     


    Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata, beliau percaya saki-baki anggotanya yang menyertai piket Mei lalu kini hanya menunggu masa untuk diberhentikan kerja oleh majikan mereka.

    KTMB kini bertindak memberhentikan pekerja tersebut sedikit demi sedikit, katanya yang turut dikenakan tindakan sama, 29 Ogos lalu.

    Terbaru, seramai tiga orang pekerja KTMB diberhentikan kerja tanpa notis, menjadikan jumlah pekerja yang dikenakan tindakan tersebut seramai lima orang setakat ini, katanya.

    Tiga individu itu ialah wakil pembantu trafik Muhammad Faizal Shahibul Kiraya, wakil jawatankuasa RUM Kuala Lumpur Zahit Zakaria dan pengerusi RUM cawangan Ipoh Mohamad

    Yusuf
    Mohamed Rashid.

    "Setiap hari pekerja akan diberhentikan sehingga mencapai jumlah 110 orang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Jelasnya, 110 orang pekerja itu merupakan individu yang berjaya dikesan oleh pihak pengurusan KTMB sebagai peserta piket 9 Mei.

    Katanya, pihak pengurusan bertindak demikian kerana menganggap tindakan industri tersebut melanggar undang-undang.

    "Mereka (pengurusan KTMB) tiada kuasa untuk berkata begitu dan tindakan mereka ini mendahului kuasa mahkamah," katanya.

    Beliau memetik kandungan Sekyen 4 Akta 177, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menggariskan bahawa syarikat tidak berkuasa untuk menghalang aktiviti kesatuan.

    Beliau menegaskan bahawa RUM juga tidak akan merayu untuk mendapatkan semula jawatan masing-masing.

    "Kami berada di pihak yang benar,"  katanya yang turut bercadang untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah.

    Cabaran Kada tingkat hasil padi

    Posted: 05 Sep 2014 10:37 PM PDT



    Md Alwi Che Ahmad Md Alwi Che Ahmad
     
     
     
    LEMBAGA Kemajuan Pertanian Kemubu atau lebih dikenali Kada, salah sebuah agensi yang begitu sinonim dengan bidang pertanian khususnya penanaman padi. Apakah peranan sebenarnya agensi ini, adakah ia berkait dengan pengeluaran hasil padi kepada negara?

    Bagi tujuan itu, Sinar Harian melalui Ketua Biro, Mohd Zailani Abd Rahman dan Rosmiza Kasim menemu bual Pengerusi Kada, Datuk Md Alwi Che Ahmad di kediamannya di Ketereh, baru-baru ini.

    Sejarah Kada

    Disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973.

    Setelah Kada diwujudkan, Kerajaan Negeri Kelantan pula menyusuli tindakan dengan meluluskan Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 (Enakmen no.2 Tahun 1972 Kelantan) membolehkan Menteri Pertanian dan Perikanan melaksanakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 mulai 1 Ogos 1972.

    Kampung Kemubu terletak di tebing Sungai Kelantan, 30 kilometer dari Kota Bharu telah disemadikan namanya dalam lipatan sejarah Kada. Di situlah terbina sebuah rumah pam membekalkan
    air
    ke Rancangan Pengairan Kemubu (RPK), rancangan terbesar dalam gugusan rancangan-rancangan pengairan lain yang dipersatukan di bawah kuasa pengendalian Kada.

    Apakah reaksi pertama Datuk apabila dilantik sebagai Pengerusi Kada?

    Masa mula-mula mengambil alih Kada, perkara pertama yang saya lihat ialah apakah fungsi sebenar Kada kerana ada yang mempunyai tanggapan yang silap terhadap Kada. Ramai yang beranggapan Kada adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas yang berfungsi mengeluarkan bekalan padi negara, sebenarnya persepsi itu silap.
    Fungsi sebenar Kada adalah membantu pengairan kepada kawasan Kemubu dan sekitarnya untuk membolehkan padi ditanam. Urusan utama kami adalah padi, makanan asas negara.

    Adakah Datuk akan meneruskan pendekatan yang dibawa oleh pengerusi terdahulu?

    Semasa Tan Sri Annuar Musa ketuai Kada, beliau mewujudkan konsep 'Kada Baloh Negara'. Baloh ini bermaksud sebuah rumah kecil yang dijadikan tempat menyimpan hasil pertanian sebagai sumber bekalan makanan bagi sesebuah keluarga. Sekarang saya meneruskan apa yang telah beliau laksanakan.

    Cuma masalah kita adalah bekalan air tidak menentu, berpunca daripada pelbagai faktor termasuk faktor semula jadi dan juga ancaman oleh tindakan manusia. Punca utama kita adalah hanya bergantung kepada satu punca iaitu air Sungai Kelantan. Kita tidak ada sebarang empangan atau punca lain seperti perairan lain. Mada sendiri ada dua empangan iaitu empangan Muda dan Pedu. Sejak 30 tahun lalu air ini dipam ke tali air berjumlah 1,600 kilometer kemudian dari situ disalirkan  ke parit dan sawah.

    Bagaimana masalah air ini boleh berlaku dan ia pastinya menjadi cabaran utama bagi Datuk dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran padi?

    Pada mula-mula Kada diwujudkan, kajian yang dijalankan mengatakan air Sungai Kelantan tidak akan surut, parasnya akan berada pada tahap sembilan meter sepanjang masa tetapi dunia telah berubah akibat daripada pemanasan global dan akibat perkara yang tidak dijangka.

    Dahulu air sungai ada yang berada pada tahap lima meter, ada masanya dua meter dan ada masa satu meter sahaja. Air sungai menjadi laju dan sekiranya sebelum ini air sungai jernih, sekarang air sudah bercampur dengan lumpur. Itu cabaran yang saya hadapi. Jadi oleh kerana air sungai yang terlalu rendah sejak beberapa tahun akhir-akhir ini untuk membolehkan rumah pam dipam. Tahap air mesti lima meter untuk membolehkan rumah pam dipam. Jika kurang kita tidak boleh pam, sebab rumah pam direka begitu.

    Apakah tindakan seterusnya pihak Datuk?

    Jadi untuk membolehkan paras lima meter ini, kita cadangkan agar Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri bekerjasama untuk  membina empangan bagi mengatasi krisis bekalan air yang dihadapi petani. Empangan besar akan menenggelamkan tanah manakala empangan rendah untuk mengepam air di Kemubu. Ini langkah sementara, maka kita buat sejak tiga tahun lepas tetapi pelbagai masalah berlaku.

    Setakat ini berapa banyak peruntukan telah disalurkan kerajaan dalam membantu mengurangkan masalah bekalan air yang dihadapi oleh petani di kawasan Kada?

    Di Pasir Mas, kerajaan telah meluluskan peruntukan membuat empangan rendah kekal yang bernilai RM38 juta. Jadi saya jangka, langkah sementara boleh membantu petani yang sudah tiga tahun tidak menanam padi. Sekarang sudah mula dibina dan kesannya amat besar. Sebelum ini padi ditanam pada keluasan  29,000 hektar tetapi baru ini hanya 18,000 hektar sahaja  tanam kerana masalah air tidak sampai.

    Kerajaan negeri pimpinan Pas mempertikaikan jumlah peruntukan yang didakwa agak besar diterima Kada namun tidak ada perubahan. Apa penjelasan Datuk?

    Siapa kata tidak ada perubahan. Bajet Kada sebenarnya bajet mengurus, bayar gaji kakitangan. Bajet pembangunan kita dapat RM30 sehingga RM40 juta setahun. Selebihnya adalah bajet pengurusan, penyelenggaraan. Contohnya, perbelanjaan  buang lumpur sahaja RM6 juta. Enam bulan lepas bayaran bil elektrik RM6 juta. Dulu lagi teruk kerana guna generator. Lagipun baru-baru ini kita agihkan minyak percuma pula kepada rakyat untuk pam air masuk yang berjumlah RM1.2 juta.

    Bajet banyak yang disebut adalah subsidi, itu yang beratus juta. Kerajaan Negeri tidak nampak benda begitu. Subsidi dalam bentuk tunai, subsidi harga padi, baja, membajak, menuai, mengapur semua bentuk tunai.

    Bagi mereka yang menanam padi, di setiap peringkat ada subsidi iaitu menerima hampir RM1,800 satu hektar diberikan kepada setiap orang mengusahakannya. Kerajaan sediakan subsidi baja, sebelum itu subsidi membajak, RM100 seekar, subsidi racun, jual padi, subsidi harga, subsidi tenggala, subsidi baja, bantuan kapur tanah, subsidi dan merata tanah.

    Apakah program yang dibuat Kada dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi di negara ini?

    Bagi mengatasi masalah tersebut, Kada mewujudkan sistem Mini Estet. Satukan tanah-tanah kecil ini di bawah satu organisasi di bawah pertubuhan peladang atau di bawah program yang dibuat oleh Tan Sri Hussein Ahmad sebelum ini dan diteruskan oleh Tan Sri Annuar Musa.

    Program Ladang Merdeka itu kini diteruskan supaya tanah-tanah berkenaan disatukan untuk senang diurus dan tuan tanah akan dibayar mengikut jumlah perkongsian.

     Program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) diberi peruntukan untuk memperbaiki prasarana tetapi ia memerlukan persetujuan tuan tanah, tetapi masalahnya di antara tuan tanah dengan pengusaha.

    Di bawah NKEA sewa dibayar dengan mahal iaitu RM1,000 seekar. Ia dibayar untuk tempoh lima musim, musim keenam hasil akan lebih. Sekarang purata nasional adalah empat tan seekar dan kita jangka dengan kemudahan prasarana yang lebih baik dengan pembajaan tanah dan pengkapuran tanah hasilnya akan bertambah lapan hingga 10 tan seekar.

    Bagaimana dengan sasaran Kada dalam meningkatkan hasil padi?

    Dahulu kita sasarkan lima tan metrik sehektar dan sasaran itu sudah pun kita capai. Walaupun tidak semua kawasan mencapai sasaran itu namun secara purata kita sudah mencapai 4.6 tan metrik sehektar. Sekarang kita mahu lapan ke 10 tan sehektar. Malah sudah ada kawasan yang mampu mencapai pengeluaran sehingga 12 tan sehektar. Contohnya, di Bachok ada yang mencapai 12 tan untuk sehektar dan ini bergantung pada kesungguhan dan sikap petani. Sekiranya petani mengamalkan amalan pertanian yang baik saya yakin sasaran itu boleh dicapai. Secara keseluruhannya kita menyasarkan pengeluaran 320,000 tan menjelang 2020.

    Bagaimana jangkaan Kada terhadap pengeluaran padi musim ini?

    Saya menjangkakan untuk musim ini 18,000 sehingga 20,000 hektar sahaja dan tidak mencapai 29,000 hektar keluasan penanaman padi, bagaimanapun Kada akan berusaha. Ini cabaran yang saya hadapi. Kada tidak tanam padi, yang tanam padi adalah petani, Kada adalah agensi kerajaan yang membantu pengairan, pengagihan baja, subsidi dan sebagainya. Kita membantu menambah keinginan menanam padi dan sekiranya mereka rasa rugi kumpulan ini tidak akan melakukannya.

    Mat Sabu tetap sokong keputusan Pas Pusat

    Posted: 05 Sep 2014 10:29 PM PDT


    kemelut politik
     
     
     
    TUMPAT - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengulangi pendiriannya yang tetap menyokong keputusan Pas Pusat dalam soal calon Menteri Besar Selangor baharu.

    "Saya akan dengar taklimat dan saya akan bersama dengan keputusan Pusat, keputusan parti. Kita ada parti," katanya kepada media malam tadi.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada setuju dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun tetap dengan pilihan Pas Pusat.

    Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai senarai nama baharu untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

    Semalam, sebuah portal berita melaporkan, Abdul Hadi menghantar tiga nama terdiri daripada Exco Selangor kepada pihak istana untuk dipertimbang bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

    Laporan itu dipetik, Adun Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

    Ekoran tindakan itu, PKR melahirkan kekecewaan terhadap Pas kerana tidak menghormati keputusan muafakat PR dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Calon MB: Tindakan Pas kecewakan PKR]

    Mengulas lanjut mengenai kemelut di Selangor yang menampakkan wujud pertentangan di peringkat pimpinan parti Mohamad menambah, beliau berpegang kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu.

    "Saya tidak mahu tambah apa-apa kita pegang kepada keputusan 17 Ogos lalu, yang lain itu rumus yang saya tidak dapat taklimat lagi," katanya lagi.

    Majlis Syura Ulama tolak Azizah, Azmin jadi calon MB Selangor

    Posted: 05 Sep 2014 05:05 PM PDT

    ANTARAPOS.COM

     
    Post Pic



    SHAH ALAM: Majlis Syura Ulama PAS dikatakan menolak nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu, dedah setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali.

    Katanya, keputusan badan itu langsung bertentangan dengan PAS Pusat yang bersetuju mahu menyokong pancalonan Azizah dengan syarat Azmin turut dicalonkan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
     
    "Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia.
     
    PAS semalam dilaporkan menghantar dua nama ADUN PKR dan seorang ADUNnya kepada Istana Selangor biarpun parti itu sebelum ini berkali-kali menyatakan tidak berminat dengan kerusi nombor satu di Selangor itu.
     
    Senarai nama itu dihantar kepada istana menerusi sepucuk surat yang ditandatangani Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
     
    "Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.
     
    "Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu.
     
    Media sebelum ini melaporkan PAS mengejutkan PKR apabila tidak menghantar nama Azizah dan Azmin seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu.
     
    Malah PAS sehingga kini masih enggan mengesahkan senarai nama yang dihantar.
     
    Namun media turut melaporkan mereka yang dicalonkan adalah Iskandar Abdul Samad (ADUN PAS) dan dua orang daripada PKR,  Dr Idris Ahmad (ADUN Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik).
     
    "Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," kata Mustafa lagi.

    Penarik kereta dihukum gantung bunuh pengasas AmBank

    Posted: 05 Sep 2014 05:03 PM PDT

    ANTARAPOS.COM

     
    Post Pic



    KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat kerana bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, tahun lalu.

    Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin, memerintahkan Koong Swee Kwan, 45, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuan, 50.
     
    Mohd Azman membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
     
    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di
    No
    4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

    ‘Van buku’ persendirian pertama di Malaysia meriahi Pesta Buku Selangor

    Posted: 05 Sep 2014 04:57 PM PDT

    Oleh LIZAWATI MADFA


    SHAH ALAM- Orang ramai khususnya penggemar buku tidak patut melepaskan peluang mengunjungi 'van buku' atau sebenarnya sebuah kedai buku bergerak persendirian yang pertama di Malaysia, Mobile Book Cafe (MBC).

    Pengasasnya, Muhammad Azam Nor Anwar berkata pelbagai buku untuk pengunjung termasuk buku motivasi, pengetahuan am, agama Islam, ensiklopedia, novel, buku kanak-kanak ditawarkan.

    mamat

    Beliau berkata, pengunjung juga dibenarkan membaca buku tanpa perlu membelinya sambil menikmati kopi organik yang disediakan secara percuma.

    "Niat kami mahu orang ramai menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam merealisasikan misi menjadi negara maju.

    "Hanya dengan banyak membaca barulah kita akan mencapai status maju itu. Jika tidak, misi itu agak lambat untuk kita kecapi," katanya kepada Selangor Kini ketika menyertai dan memeriahi Pesta Buku Selangor di sini.

    lori

    MBC beroperasi dengan menggunakan kenderaan van yang diubah suai bagi membolehkan buku-buku disusun persis kedai buku sebenar.

    Azam berkata, MBC sentiasa menawarkan harga buku pada kadar istimewa setiap hari kepada pengunjung, berbeza dengan kedai buku biasa yang menawarkan pada masa tertentu sahaja.

    "Kami juga memasarkan buku penerbit bebas yang sukar mendapatkan tempat di kedai buku ternama.

    "Kami memberi peluang kepada terbitan tempatan berbanding terbitan luar negara kerana percaya karya tempatan juga mempunyai penerbitan bermutu," katanya.

    Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook melalui Mobilebookcafe atau Instagram MobileBookCafe.

    Nik Aziz mahu PAS bertanding di Pengkalan Kubor

    Posted: 05 Sep 2014 04:51 PM PDT

    MALAYSIAKINI


    Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan calon dari partinya bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September ini.
      
    "Saya orang PAS, saya nak PAS lah (bertanding)," katanya ketika ditanya calon dari parti manakah dalam kalangan Pakatan Rakyat yang beliau mahukan bertanding dalam PRK itu.
      
    Bekas menteri besar Kelantan itu berkata bagaimanapun keputusan mengenai calon yang bertanding akan ditentukan oleh jawatankuasa parti peringkat negeri tidak lama lagi.
      
    "Kalau tanya, hati saya nak PAS lah tetapi PKR macam mana, tak tahulah semua terserah, saya serahkan kepada jawatankuasa parti peringkat negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini.
      
    Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos  lepas.
      
    Dalam pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN  mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.- Bernama