Ahad, 27 Julai 2014

dollah yankee

dollah yankee

Raya tahun depan...GST !

Posted: 27 Jul 2014 08:10 AM PDT

dollah yankee -
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014@1435 hijrah kepada semua. Tahun depan kita akan 'RAYA dengan GST' lah pulak !!! , Kah..Kah..Kah..

Menteri Pengangkutan nak 'resign',PM kata 'NO'!

Posted: 27 Jul 2014 08:01 AM PDT

New Zealand minister offers to resign after evading airport security

Bukan Liow Tiong Lai, tapi Menteri Pengangkutan New Zealand Gerry Brownie yang telah menawarkan diri untuk 'resign'. Puncanya hanya kerana dia tidak melalui pemeriksaan keselamatan dan pemeriksaan x-ray di lapangan terbang kerana menggunakan jalan pintas iaitu menggunakan laluan berjalan keluar kerana bergegas hendak balik ke Wellington.

Perdana Menteri nya John Key ternyata begitu kecewa dengan sikap Gerry Brownie tetapi telah menolak hasrat Menteri Pengangkutan ini yang mahu 'resign'.

"While he was obviously in a hurry, lots of people are in a hurry too and that is not an excuse. He has made a stupid mistake," Kata John Key

dollah yankee -
Kalau menteri di malaysia ada sikap yang macam ini lah..boleh bergoyang 'Petronas Twin Tower'

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar

Posted: 27 Jul 2014 01:42 AM PDT

Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar

anwar dan khalid ibrahim

Isu Menteri Besar Selangor: Rundingan sulit diantara pegawai-pegawai mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dijalankan untuk menentukan masa depan kepimpinan negeri itu. mStar

Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin yang bertindak sebagai perantara, memberitahu The Star Online bahawa Khalid tidak perlu melepaskan kedudukannya jika dia memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan pucuk pimpinan PKR.

"Kami masih dalam proses rundingan. Terdapat beberapa syarat yang Anwar mahu Khalid penuhi. Jika beliau bersetuju, Khalid mungkin kekal sehingga penggalnya tamat," katanya ketika dihubungi.

Namun, Azman enggan mendedahkan secara terperinci syarat-syarat tersebut kerana ia 'sulit dan persendirian' tetapi menegaskan ia tiada kaitan dengan projek di negeri itu.
Beliau juga mengakui terdapat beberapa syarat yang sukar dipenuhi oleh Khalid.

"Ia rundingan yang sukar tetapi ia bergantung kepada Khalid untuk bersetuju atau tidak," katanya.

KLIK BACA APA TULISAN RAFIZI RAMLI MENGENAI KHALID 
Difahamkan, antara syarat-syarat itu termasuk penyingkiran bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI).

Azman berkata, sekiranya rundingan itu tidak berjaya, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang tiada  pilihan melainkan berundur dan memberi laluan kepada peralihan kuasa.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan calon pilihan mereka iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Adun Kajang.

Bagaimanapun, menurut Azman, keputusan belum muktamad walaupun hampir pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan di negeri itu.

"Khalid mempunyai tempoh sehingga 10 atau 11 Ogos untuk membuat keputusan kerana ia adalah tarikh akhir DAP dan PAS mengumumkan pendirian mereka," katanya.

Azman juga berkata, beliau yakin Khalid tidak akan menasihati Istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun beliau sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Beliau tidak akan melakukan perkara seperti itu, beliau enggan menamatkan karier politiknya dengan memusnahkan parti. Beliau mahu penyelesaian secara baik terhadap krisis ini," katanya.

Khalid kini terus menerima tekanan dari dalam parti yang mahu beliau melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

DAP dan PAS pada dasarkanya bersetuju supaya Khalid memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk mengambil alih jawatannya.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid dan mahu beliau mengekalkan jawatannya. mStar

VIDEO : Hadi Awang Perlu Letak Jawatan - Aziz Bari

Posted: 27 Jul 2014 01:04 AM PDT

Andainya Khalid dapat berkompromi setahun lalu

Pada 11 Julai 2013, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail menunjukkan surat yang diterima daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada saya, iaitu surat melantiknya sebagai ketua staf Pejabat Menteri Besar Selangor. Sebagai ketua staf, semua kakitangan pejabat MB perlu menerima arahan daripadanya.
Serentak dengan kemasukan ketua staf, Khalid melantik dua setiausaha politik baru iaitu Azman Bidin yang membantunya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Mustapha Mohd Talib bagi menggantikan Faekah Husin yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar atau MBI.
Namun, walaupun ketua staf pejabat menteri besar, pejabat Saifudin diletakkan di tingkat 5 bangunan SUK bukan tingkat 21, iaitu pejabat Khalid. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik, pejabat Faekah kekal di tingkat 21.

Sebaik saja melaporkan diri di pejabat MB, Saifudin diberikan tugas sebagai koordinator Projek Pembangunan Luar Bandar oleh Khalid. Walaupun agak pelik, Saifudin menerima dengan baik tugasan itu dan memberikan fokus mengambil hati dan minda (heart and mind) penduduk di lima kawasan Parlimen luar bandar yang gagal dimenangi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Banting. Walaupun bertembung sedikit dengan exco PAS yang menjaga pembangunan desa, Saifudin cuba mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan amanah berdasarkan pengalamannya sebagai Pengurus Tabung Tok Kenali ketika beliau bertugas di Kelantan sebelum itu.
Namun beliau tidak boleh bertahan lama. Tidak sampai sebulan selepas itu, beliau terpaksa meninggalkan pejabatnya. Yang sedihnya, beliau terpaksa 'lari malam' apabila keluar dari pejabat MB tanpa salam.
Majlis pelancaran projek pertama yang beliau uruskan terpaksa diboikot kerana segala apa yang beliau rancang dan susun tidak boleh dilaksana dan dihentikan oleh Khalid atas 'nasihat' para pegawai kanannya.
Ketika itu, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Saifudin sebagai 'jambatan' antara partinya iaitu PKR dengan Pejabat MB. Ini kerana, PKR sangat tidak berpuas hati dengan Pejabat MB Selangor sedangkan Khalid adalah MB daripada PKR.
Bagi PKR ketika itu, Saifudin juga boleh menjadi 'jambatan' kepada PAS dan DAP dengan Pejabat MB kerana Saifudin mempunyai hubungan baik dengan ramai pemimpin kedua-dua parti itu.
Namun ekoran sabotaj yang dilakukan kepadanya, Saifudin terpaksa 'lari' dan tidak datang lagi ke Pejabat MB.
Ramai beranggapan jika Saifudin berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi penghubung Pejabat MB dengan Pakatan Rakyat, apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku.
Namun ia berlaku. Ia berlaku kerana pihak di Pejabat MB tidak boleh menerima 'orang yang kalah dalam PRU13' datang untuk memberikan nasihat kepada 'pasukan yang menang di Selangor'.
Dalam PRU13, Saifudin kalah di Parlimen Kulim Bandar Baru selepas berpindah dari Parlimen Machang, Kelantan. Saifudin kalah bersama kalahnya para pemimpin PAS dan PKR yang lain di Kedah sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di negeri itu jatuh.
Setahun selepas kejadian sedih dalam karier politik setiausaha agung PKR itu, berlaku apa yang berlaku hari ini. PKR tidak boleh bersabar lagi. Usaha mereka untuk menyelamatkan keadaan sudah tidak diendahkan.
23 Julai 2014, kira-kira setahun selepas Saifudin 'lari malam' dari Pejabat MB, Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR mengumumkan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal pengganti Khalid sebagai MB Selangor.
Rakyat tidak senang dengan keputusan ini kerana mereka tidak tahu apa berlaku kepada hubungan antara PKR dan Pejabat MB Selangor khasnya Anwar sendiri. Pimpinan PR pula sentiasa memuji Khalid dalam ucapan mereka.
Bagi rakyat, Khalid menjalankan tugas dengan baik sebagai MB Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak bertindak sebagai anggota pasukan PR yang memerintah Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak berunding dengan pemimpin PR apabila menjalankan tugas sebagai MB Selangor tetapi lebih bergantung kepada pasukan yang dilantiknya sendiri.
Bagi mereka Khalid adalah yang terbaik dengan apa yang beliau buat untuk rakyat Selangor.
Mereka juga tidak tahu bagaimana tiga pemimpin Pakatan Rakyat, satu dari setiap parti yang dilantik untuk menjalankan tugas menasihatkan Khalid dalam isu penstrukturan semula industri air di Selangor tidak pernah dapat bermesyuarat dengan Khalid sehingga kini.
Dr Dzulkefly Ahmad daripada PAS, Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP) dilantik Majlis Presiden Pakatan untuk membantu Khalid dalam penstruktoran air di Selangor itu. Di samping mereka bertiga, seorang peguam kanan dalam urusan kontrak perniagaan ini, Tommy Thomas juga dilantik. Namun, pentadbiran Khalid tidak pernah menghormati pelantikan ini apabila mereka tidak pernah diajak berunding.
Setahun selepas PRU13, kajian UMcedel menunjukkan sokongan kepada PR jatuh 15% di Selangor iaitu kepada 35% sahaja. Ia dibandingkan dengan kajian pada hujung 2012 di mana sokongan pada PR ketika itu adalah 50%.
Saya yakin, jika ada data sokongan kepada PR menjelang PRU13, sudah tentu kadar sokongannya lebih 50% berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi PR iaitu 44 kerusi dari 56 kerusi DUN Selangor dalam PRU13. Ia membayangkan PR mendapat sokongan 78% rakyat. Jadi kadar kejatuhan kepada PR bukan setakat 15% sahaja bahkan lebih teruk lagi.
Dengan kejatuhan 15% itupun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sangat terkejut dengannya. Beliau menjangkakan memang akan ada penurunan tetapi tidak menjangka ia seteruk itu.
Kini semua sudah kacau-bilau di Selangor. PKR sudah umumkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid. Ia dimaklumkan secara rasmi kepada mesyuarat Majlis Presiden PR semalam, 23 Julai yang diadakan di bangunan Parlimen.  Pemimpin PR pula mengaku hakikat PKR berhak berbuat demikian.
Namun berjayakah ia dilaksanakan?
Bagi saya, PAS atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan faktor penghalang dalam usaha ini sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Penghalang pertukaran ini adalah Khalid dan Istana Selangor.
Jika Khalid tidak mahu berundur dan istana tidak bersedia untuk menukar Khalid, Wan Azizah tidak boleh diletakkan sebagai MB Selangor yang baharu. Jadi sebelum menekan PAS, lebih baik PKR khasnya Anwar membersihkan 'laluan' ke majlis angkat sumpah MB baru ini. Selagi laluan ini tidak 'bersih', sokongan sebulat suara PAS pun tidak akan membawa ke mana.
Jika dipaksakan juga, besar kemungkinan Khalid akan menasihat sultan untuk mengisytiharkan DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihan raya semula terpaksa dibuat. Apakah PR akan menang lagi? Agak sukar berdasarkan pengalaman Terengganu dan Kelantan sebelum ini.
Dan yang pasti, jika Khalid dan pasukannya bersedia untuk berkompromi setahun lalu, semua pihak akan selamat kini. Tetapi kerana tiada kompromi, jadilah apa yang berlaku hari ini, semua pihak sedang rasa tidak selamat.
Daripada rugi seguni setahun kalu, kini semua pihak akan berdepan kerugian sepenuhnya, hilang segala-galanya. Semoga ia belum terlambat untuk diperbetulkan. – 24 Julai, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zulkifli-sulong/article/andainya-khalid-dapat-berkompromi-setahun-lalu#sthash.AP0Csvlj.dpuf

Pakatan tidak akan ke Putrajaya selagi Hadi presiden PAS

Posted: 26 Jul 2014 10:01 PM PDT

Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor membuktikan beliau tidak peduli dan tidak kisah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang membuat keputusan bersetuju agar Khalid digantikan PKR dihadiri pemimpin kanan parti Islam itu seperti timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media pada 23 Julai lalu, Majlis Pimpinan PR menyatakan mereka sudah sebulat suara bersetuju, "menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."

Isyarat yang diberikan presiden PAS itu kepada umum adalah beliau tidak peduli dengan keputusan PR dan timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan AJK parti itu tidak layak mewakili pandangan partinya.
  "Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, pada Jumaat.

Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PR sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan milik PKR.

Apabila PR bersetuju kerusi menteri Selangor itu milik PKR, PAS tidak seharusnya campurtangan siapa pun calon yang bakal diletakkan di negeri terkaya itu.

Bayangkanlah jika PKR dan DAP campurtangan dalam pemilihan kerusi menteri besar di Kelantan atau di Kedah dahulu, bagaimana perasaan PAS?

Sebagai respon balas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu ‎di tangan Barisan Nasional (BN) selepas sepenggal diperintah PR.

"PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari parti Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya.

Sebelum PRU13 lalu, kerajaan negeri Kedah bergolak apabila timbulnya pergaduhan di antara kem Azizan dan orang nombor dua PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.

Kedua-dua mereka membantah corak kepimpinan Azizan sebagai menteri besar Kedah.

Akan tetapi Hadi tidak mempedulikan bantahan akar umbi dan terus mempertahankan Azizan sebagai calon menteri besar Kedah sehingga menyebabkan Kedah jatuh ke tangan BN pada PRU13 sepertimana Terengganu pada 2004.

PAS akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini mengenai isu pertukaran menteri besar di Selangor dan sudah pasti keputusan majoriti akan memihak kepada Hadi kerana konsep "wala" atau taat yang diamalkan parti Islam itu.

Ini bukan kali pertama Hadi "mensabotaj" PR.

Sebelum PRU13 lalu pada ketika PR bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri, sekumpulan pemimpin PAS yang rapat dengan Hadi bertemu dengan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk menawarkan jawatan itu kepadanya.

Ini dilakukan pada ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh Anwar sebagai calon perdana menteri PR.

Hadi juga secara peribadinya memberi kebenaran kepada Ridzuan Ismail untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada PRU13 lalu walaupun PR sudah bersetuju kerusi tersebut dipertahankan presiden PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding di atas tiket PKR kerana partinya bukan anggota PR.

Kedua-duanya Nasir dan Ridzuan akhirnya tewas kepada BN.

Jika Hadi terus menerajui PAS, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau lagi.
Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri dan BN akan terus berkuasa selagi Hadi menjadi presiden PAS. Cita PR untuk menawan Putrajaya hanya menjadi angan-angan.
Jika diimbau kembali sejarah, Hadi juga merupakan punca mengapa Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 berpecah. – 27 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Krisis Selangor: Khalid MB tanpa parti?

Posted: 26 Jul 2014 09:26 PM PDT

Tindakan Khalid yang enggan berundur dari posisi Menteri Besar walaupun Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai MB baru dilihat 'kurang ajar' dalam praktik politik.

Dalam sistem politik Malaysia seseorang dilantik ke jawatan MB dengan persetujuan parti yang menghantar beliau ke jawatan itu. Apabila persetujuan ditarik balik maka jawatan itu diserah kepada orang lain.

Tidak wujud apa yang dikata Khalid rakyat masih suka kepadanya.Sekiranya beliau masuk Umno pun akan ada rakyat yang suka kepadanya. Tetapi bukan rakyat yang dahulunya mengundi Pakatan Rakyat.

Tak suka Khalid

Pengundi PR tidak lagi suka kepada cara Khalid mentadbir. Isu catuan air di Lembah Kelang yang banyak menyusahkan orang ramai pada Mac - April lalu jelas memperlihatkan kelemahan pentadbirannya. Hanya apabila SPAN ingin catuan sehingga Julai barulah Khalid bertindak tidak lagi mengikut syor SPAN. Walaupun paras air empangan sungai Selangor di bawah 55 peratus tetapi selama beberapa bulan tanpa catuan menunjukkan bekalan air tidak bermasalah.

Tindakan mengikut telunjuk pusat itu menjadi duri dalam daging bagi PR untuk merealisasikan visinya memerintah lebih baik dan menjadikan Selangor contoh untuk PR menawan Putrajaya.

Belum lagi isu sampah yang gagal diselesaikan Khalid. Beliau menamatkan kontrak Alam Flora untuk menjimatkan RM10 juta. Bagaimanapun selepas itu sampah bertimbun-timbun dan kekerapan mengutip semakin kurang.

Sampah yang banyak tidak mampu diselesaikan oleh majlis perbandaran. Khalid tidak boleh terlalu berjimat sehingga menyusahkan pentadbiran negeri dan dalam pilihan raya kerajaan hilang kuasa. Kelemahan pungutan sampah mungkin menjadi punca demam denggi yang menjadi wabak di Selangor sekarang ini. Sampah yang tidak dipungut boleh menjadi tempat nyamuk aedes membiak.

Mungkir janji

Begitu juga dengan isu lebuh raya Kidex. Khalid secara terang-terangan memungkiri janji PR untuk tidak membina lebuh raya yang akan menambah masalah kepada rakyat. PR dalam manifesto pilihan raya tidak mahukan pembangunan yang menyusahkan rakyat. Khalid sebaliknya memberi persetujuan kepada lebuh raya itu.

Malah beliau gembira untuk membina tiga lagi lebuhraya baru yang belum tentu kesan baiknya ke atas aliran trafik. Sedangkan manifesto PR adalah mempertingkatkan kemudahan awam. Lebih banyak bas dalam laluan yang sesak bagi mengurangkan penggunaan kereta persendirian.

Sikap bertentangan dengan janji parti yang diberi kuasa tidak dialu-alukan. Bagaimanakah Khalid berkata dia mendapat sokongan rakyat terbanyak?

Sedangkan sokongan itu hanya dijana dengan menyalahguna media kerajaan negeri TV Selangor dan SelangorKini bagi mendewa-deakan beliau sebagai pemimpin terbaik abad ini.

Setelah dua penggal memerintah, rakyat mula muak, sehinggakan kajian Umcedel baru-baru ini mendapati hanya 35 peratus rakyat bersetuju dengan pemerintahan PR di Selangor daripada 50 peratus ketika PRU lalu.

Jelas Selangor akan tumbang sekiranya Khalid terus memerintah. Jadi mengapakah dia berdegil? Adakah mungkin benar spekulasi yang menyebut Khalid sengaja ingin mensabotaj Pakatan? Semua itu akan terjawab sekiranya Selangor mendapat MB Umno dalam PRU 14!

PAS jangan tikam belakang PR

Posted: 26 Jul 2014 09:26 PM PDT

Walaupun Timbalan Presiden Muhammad Sabu dan perwakilan PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai MB baru Selangor tetapi Presiden Hadi Awang tidak mahu menerima kenyataaan dan terus mempertahankan Khalid.

Bagi beliau Khalid tidak rasuah dan tiada alasan untuk ditukar. Jelas Hadi menggunakan pendekatan ulama silam dalam mempertahankan kepimpinan. Dalam ijtihad ulama, untuk menjadi imam solat, walaupun seseorang itu saleh dan alim tetapi jika makmum tidak setuju maka tidak bolah menjadi imam.

Tetapi bagi ketua negara, jika bergelumang maksiat sekalipun dan pemimpin itu berdegil tidak mahu turun takhta maka beliau harus dikekalkan. Maksiat adalah perbuatan peribadi dan tidak boleh menjadi sebab berlakunya pertelagahan di kalangan umat menjatuhkan khalifah.

Pendekatan itu amat sukses digunakan Hadi di Kedah mempertahankan pentadbiran Azizan Razak. Biarpun exco negeri memboikot Azizan dan Hadi mengetahui kelemahan Azizan, beliau berkeras mempertahankan MB itu. Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum, PAS menghantar Ketua Dewan Ulama ketika itu Harun Taib untuk memberi syor apakah perlu Azizan dikekalkan. Syor mendapati Azizan wajar diganti.

Azizan ditolak

Arus dalaman di Kedah mahu seseorang yang lebih mesra teguran sebagai MB dan menolak polisi Azizan yang degil. Sekiranya PAS mencadangkan Pahlolradzi, Amiruddin atau Dr Hayati sebagai MB selepas PRU maka PAS akan bertahan. Sebaliknya Hadi menolak syor Harun dan mempertahankan Azizan atas prinsip jangan menimbulkan pertelagahan umat.

Dia lupa dalam demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan tidak perlu bertelagah. Tidak perlu bertikam dan berbalas tembakan. Hanya membuang undi maka kerajaan ditukar. Lalu rakyat Kedah yang bosan dengan Azizan memilih untuk bertukar kepada Umno. Walaupun selepas BN memerintah tidak ada kemajuan yang dijanjikan.

Di Selangor Hadi mengambil pendekatan serupa. Beliau tidak mendapat cukup maklumat dan sesetengah sumber dalaman mendakwa Hadi tidak mahu ambil peduli bukti kelemahan Khalid. Beliau hanya mempercayai maklumat sesetengah pihak yang memuji Khalid.

Dalam hal ini, kelemahan Hadi membolehkan PAS mengganti presiden mereka dengan calon lain yang lebih telus dalam menimbangkan risiko. Sementelah Hadi pula sering uzur kebelakangan ini.

Dalam Pakatan, DAP dan PKR hairan dengan tindakan Hadi yang memusuhi Anwar. Dapat difahami ada penasihat Hadi bekerja di GLC Selangor yang memberitahu tujuan PKR ingin menurunkan Khalid kerana ingin merebut projek. Tetapi Hadi jangan menggunakan alasan itu mempertahankan Khalid tanpa meneliti bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakan politik PAS.

Hadi tidak wajar menyalahguna prinsip walak dalam Islam, taat kepada pemimpin sehingga ke tahap membuta tuli. PAS memang terkenal dengan ketaatan dan ahli akan melakukan apa sahaja tanpa berfikir dua kali jika pemimpin mengarahkan sesuatu. Prinsip walak hanya sesuai dalam keadaan pemimpin memperkatakan yang benar. Sekiranya kuasa pemerintahan negeri menjadi taruhan seperti di Kedah maka walak tidak patut diterima.

Hadi sewajarnya tidak terlalu berkeras dengan Anwar. Pengorbanan Anwar dalam perjuangan Reformasi menyebabkan PAS menjadi parti arus perdana. Tanpa Anwar dipenjara malah sekiranya Anwar menerima apa sahaja yang Mahathir lakukan sehingga pemimpin itu tamat kuasanya dan melakukan perubahan selepas menjadi PM maka PAS tiada negeri sekarang ini.

Rakyat Kelantan pernah terpesona dengan imej Anwar sehingga hampir mengalahkan kerajaan Tok Guru Nik Aziz pada pilihan raya umum 1995.

Anwar Timbalan PM

Pengorbanan Anwar yang lebih besar berlaku pada Ogos tahun lalu apabila Umno menawarkan kerajaan campuran bersama PKR. Rundingan melibatkan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti. Umno menawarkan jawatan 5 menteri kepada PKR dengan Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tentu sekali kes liwatnya tidak lagi relevan dan beliau akan menikmati persaraan yang lumayan selepas 5 tahun.

Tetapi atas setiakawan PKR - PAS - DAP Anwar menolak mentah-mentah idea itu. Beliau bersedia merengkok sekali lagi dalam penjara daripada mengkhianati rakan seperjuangan.

Apakah yang dilakukan oleh PAS membalas pengorbanan Anwar? Jawabnya mudah. Menikam Anwar dari belakang! Hadi menjadi musuh ketat Anwar mempertahankan Khalid. Inikah corak kepimpinan Islam yang dibanggakan PAS?

Maka tidak hairanlah banyak bloggers mengutuk kepimpinan PAS sejak akhir-akhir ini. Malah penulis politik hebat seperti Sayuti Omar pun tidak bersetuju dengan sikap gila kuasa sesetengah ulama PAS yang lebih cenderung untuk menikmati kesenangan dunia bergabung dengan pemimpin Umno.

Malah, ahli parti sosialis lebih baik dalam setiakawan walaupun mereka tidak mempercayai landasan agama. Sepatutnya ulama tidak bersikap hipokrit dalam perjuangan, dan mengutamakan keputusan konsensus daripada keputusan peribadi.

Pergolakan politik di Selangor akan menguji kepimpinan PAS. Apatah lagi puak reformis dalam PAS Pusat dan PAS Selangor didakwa kali ini tidak akan walak kepada presiden dalam isu menukar menteri besar. Mereka sedar Malaysia ditadbir secara demokrasi dan kerajaan boleh bertukar sekelip mata.

Kaedah ulama silam dalam menukar pemimpin hanya sesuai dengan corak pemerintahan khalifah yang sukar dijatuhkan dan umat jangan memberontak biar pun khalifah tidak disukai.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukan pendapat suarapakatandaily

Khalid Ibrahim tak telus, akur arahan Daim?

Posted: 26 Jul 2014 09:26 PM PDT

Saya amat bimbang apabila Malaysiakini terus mengetengahkan spekulasi perjanjian air di sebalik perkembangan di Kajang tetapi menutup mata terhadap salah sebuah tindakan yang paling kontroversi iaitu penyelesaian luar mahkamah antara Khalid Ibrahim dan Bank Islam.

Setakat ini, hanya sedikit sahaja laman-laman web telah melaporkan isu itu. Namun begitu, ia tidak membuat pendedahan yang mendalam terhadap penyelesaian luar mahkamah itu memandangkan implikasinya yang agak besar.

Dipendekkan cerita, The Edge Financial Daily telah menyoal Khalid Ibrahim berkaitan terma-terma penyelesaian di luar mahkamah kerana khabar angin mengatakan bahawa Bank Islam telah menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor dalam pertukaran potongan menjangkau nilai RM80 juta.

Terma dirahsiakan

Khalid Ibrahim pernah meminjam RM60 juta daripada Bank Islam untuk membeli saham dan apabila harga saham jatuh, dia akhirnya terpaksa membayar sebanyak jumlah itu(ditambah pula dengan faedah) kepada Bank Islam.

Mereka yang berada dalam bidang perbankan mengetahui bahawa penyelesaian di luar mahkamah diketuai oleh Rashid Manaf yang juga dikenali sebagai bekas peguam Daim yang juga kroni Umno melalui Renong dan transaksi - transaksi lain.

Apa yang mungkin tidak diketahui ialah Khalid Ibrahim telah menyembunyikan semua perbincangan mengenai penyelesaian itu dari peguamnya, Malik Imtiaz yang tidak tahu menahu walau sedikit pun.
Potongan muktamad selepas Khalid setuju serah aset air

Ini berlaku pada masa yang paling sesuai - setelah Selangor mengumumkan bahawa ia bersedia untuk menyerahkan aset air kepada kerajaan persekutuan dan sikap berdiam diri Khalid Ibrahim dalam menangani isu-isu agama dan kaum yang bermula di Selangor.

Kepada rakyat Malaysia yang biasanya bersifat ingin tahu, siri perkembangan ini boleh dikatakan sangat mencurigakan dan amat wajar jika penelitian lebih dekat dilakukan terutamanya  di pihak Khalid Ibrahim, sekurang-kurangnya demi ketelusan dan integrity beliau.

Apabila The Edge Financial Daily menanyakan soalan ini kepada Khalid Ibrahim, beliau dipetik seperti cuba mengelakkannya dengan menyatakan bahawa ia adalah transaksi peribadinya yang tiada kaitan dengan kerajaan mahupun parti.

Apabila Haris Ibrahim mula menerbitkan isu ini di blog , saya merasa bertanggungjawab untuk menulis kepada laman-laman web kerana demi ketelusan dan integriti, Khalid Ibrahim dan Bank Islam perlu menjelaskan apakah asas dan terma-terma penyelesaian .

Khalid dibeli?

Biar rakyat membuat keputusan untuk diri mereka sendiri sama ada terdapat mana-mana perjanjian yang terlibat kerana ia adalah perlu untuk membersihkan nama mereka dengan segera. Jika tidak, khabar angin bahawa perkembangan di Kajang bermula kerana Khalid Ibrahim berada dalam situasi yang agak sukar akan terus menjadi buah mulut.

Oleh sebab itulah saya fikir ianya adil jika laman-laman web seperti Malaysiakini dan yang lain untuk melaporkan perkara ini dengan lebih bersungguh-sungguh daripada mengejar spekulasi yang membayangi perjanjian air.

Saya faham bahawa imej Khalid Ibrahim begitu baik di mata orang ramai. Untuk mempertahankan imej itu, beliau tertakluk kepada penelitian awam untuk memberi penjelasan terutamanya apabila broker yang ada kaitan dengan Umno seperti Rashid Manaf juga terlibat.

Saya kini menunggu untuk melihat sama ada Malaysiakini , The Malaysian Insider , The Malaymail Online, Malaysia Chronicle, fz.com , The Heat, FreeMalaysiaToday dan yang lain-lain akan mendedahkan cerita ini.

Jika tidak (dan saya tidak hairan), mungkin masalah yang lebih besar masih lagi media yang berat sebelah, hanya melaporkan berita untuk siapa yang mereka sokong. - Rakyat Prihatin - MELBAG

fcamel 雜記

fcamel 雜記

桌遊與人生

Posted: 27 Jul 2014 10:05 AM PDT

今天和久久沒見的K男、try、大頭玩桌遊。玩到《御竹園》時, 特別有感觸。桌遊有點像人生的縮影, 看似充滿運氣, 變化多端, 但是在有目的且策略性地發展之下, 得到的結果會比漫無章法地玩好出許多。

要試個幾輪才會明白有那些方向, 接著了解怎麼依據起始條件和後來獲得的手牌調整發展路線, 最後才能在各種情況下, 將運氣的影響降到最低。即便如此, 運氣還是有一定的影響, 這也是桌遊的樂趣之一。

此外, 無論在什麼樣的逆境, 都要盡可能的思考, 打出自己最好的一步, 步步為營地等待好時機出現。如此獲得成果之時, 也會更加地滿足。

Tukar Tiub

Tukar Tiub

SELAMAT HARI RAYA

Posted: 27 Jul 2014 03:42 AM PDT

SELAMAT 

HARI RAYA
hari akhir kita berpuasa
hari ini untuk yang dikampong
aku nak beritahu
kuala lumpur jerebu
lengang dan tak sibuk
senyap dan jalan tak jam

ada kesayuan
kerana tetiba
semua selesai
tetiba
bulan puasa tamat
tetiba raya  sampai

MALAM INI
nak gi last minit
shopping
di batu road
betul ke kuih murah?
betul ke
baju murah?
nak try
malam in ni

TAHUN INI
aku tak balik kampong
raya bangla

-------

SATU LAGI KES BANGANG

Posted: 27 Jul 2014 12:07 AM PDT

Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM - Pas Selangor menzahirkan rasa lega dan bersyukur dengan kenyataan Presiden Pas,  Hadi Awang yang mahu  Abdul Khalid Ibrahim kekal...

KAH KAH KAH
woit
awalnya
malaon ini
dicadang ganti khalid
sayang maloan ini
mi spik no inglis
bukan saja
mi spik no inglish
bahasa melayu pun
tak betul

menerima keputusan...
ertinya bersetuju
bukan menerima bungkusan

inilah masalah 
bila sekolah lari

KAH KAH KAH
---------

KESAH DUA EKOR MALAON

Posted: 26 Jul 2014 11:37 PM PDT

TANAH UNTUK ADIK VINCENT
TT, tanah yang mana? tanah dekat2 felda Soeharto ke felda sg. Tengi selatan di hulu selangor ke? on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/27/14
PERLU DI TERANGKAN
Beri penerangan dlm pertemuan pkr, pas & dap. Dok tulis dlm blog mcm ni bukan boleh percaya sangat. X de fakta. Bagi rakyat faham terutama penyokong2 pakatan.. Nanti penyokong menyampah kaorang sibuk la ceramah rata rinti. Kah..kah...kah. juga jgn buat org lain bodoh dgn kebodohan kita. on SYABAS TUAN GURU HADI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/26/14
AGAMAWAN BANGANG
Pala butuh la TT. Ni contoh agamawan bangang. Agamawan ni gila UG. Agamawan ni mcm pak lah, terlebih sayang menantu. Agamawan ni bodoh, cita2 nak jadi PM tapi tak yakin dgn PR. Agamawan ni baik jadi nelayan je bagus, jadi ahli politik buat byk dosa jer. on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14
PENGARUH MENANTU
Tolong jgn bagitau haji hadi yg menantu dia ada kat kumpulan perangsang..menantu masyuk anak senang on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14
PAS JADI TIDAK RELEVAN LAGI
PAS akan menjadi tidak relevan tidak lama lagi. Sebagai sebuah parti politik yang membawa agama sebagai landasan perjuangan tidak akan membawa kemercuan. Orang Islam sendiri lebih rela diperintah oleh kafir negara ini. Tengok di pulau pinang... melayu cukup senang bawah pemerintahan yang berlandaskan amar makruf nahi mungkar kah kah kah. Lebai kopiah putih.semua wayang tv aje. Mungkin.baik dalam agama tetapi tidak layak sebagai pemimpin... perak jatuh kedah jatuh selangor akan pasti jatuh Kah kah kah Tunggu dan lihat Lebai kena beli dengan dollar Kah kah kah on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14
HADI BELUM JELAS
Takkan perkara ni tk boleh mesyuarah tuan guru Hadi? Takkm x tahu yg Khlid tlh merugikn rakyat Sgor bila dia sign agreemnt air dgn federal gomen. N beli syarikat kroni syabas punck niaga tk berfungsi tu jauh lebh tinggi dr harga pasaran? Trima lh nsihat cerdik pandai dlm pas n rakan sekutu d PR: manusia no tk lari dr buat silap tpi yg penting belajar dr kesilapan. Tganu n Kedah dh tergadai atas kesilapan , takkn ni biarkn Selangor jatuh ke Noh Omar n rakan2 nya tu?? on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14
HADI KAKI BOHONG
hadi awing sebenarnya tak suka kat DSAI. sbb tu tak habis2 sabotaj. kes kota damansara, kes pil kuda. bg aku, keputusan hadi tak boleh diguna pakai sbb dia telah hilang kelayakan apabila 2 negeri pas telah beri pada umno sms pemerintahan hadi. ahli pas adalah org2 bodoh bahlol sbb masih simpan org yg dah 2 kali kecundang ditgn musuh. atau pas sengaja beri tganu dan Kedah pada umno? mana pergi post mortem kedua2 negeri?

ckp bohong, janji palsu. adakah mudarat DSAI lebih besar dari mudarat umno? dgn pertukaran kempimpinnan pas kpd yg pro ug, adakah pas ingin memberikan Selangor kpd umno spt yg telah dilakukan didua negeri? silalah beri Kelantan kpd umno sbb tindakan kamu dikelantan menunjuk kearah itu. bg hadi dan kepimpinan pas skrg, kamu tanggunglah dosa penderitaan dan kesusahan rakyat Kedah dan Terengganu. on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14
DIN AYAM LAGI
Ko ingat haji hadi nak dgr pasal duit 80 juta tu.tan sri khalid dah bisik kat telinga haji hadi klu dia kena tukar maka din ayam terkontang konteng kat perangsang nanti.peduli apa sumua tu yg penting menantu masyuukk..ha ha ha on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14
PEMIMPIN KELDAI
apa kah sama Ketua Pemimpin Yang Bahalol bak Keldai , dengan Ketua Pemimpin Bijaksana Lagi Matang ??? Tidak sama , tengok sama muka Keldai sudah tahu ianya Bahalol... Sekim Pembahalolan Bangsa yang di bawa LORD REID ber jaya masok ke dalam pemikiran pak ulamak tempatan sehingga jadi Bahalol. Apa kah sama Orang Yang Membaca , dengan Orang Yang Malas Jenis GAGAL... ??? Kenali lah Ketua Pimpinan kita dahulu sebelum memilih Keldai !!! on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14
TANGKAP IKANG
Tt Memang laa nelayan handal laut dlm Suci murni Pasal ape dia tau tangkap ikan dan baca kitab je Bukan tau sangat hal2 dunia on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/26/14

PELOK BIK MAMA
Kali ni TT dah kene main.. tuan guru ni, dia bukan nak dengaq pasal projek juta2.. Tuan TT kene tahu circle kehidupan tuan guru ni.. hidupnya simple, dapat makan buah kurma barang sebijik, jadi la.. kalau dia dapat kentut, nescara sekonyong2nya dia akan bangun berwuduk, lalu sembahyang selama 8 juta tahun tanpa henti diikuti oleh 90 juta malaikat jibril menjadi makmumnya.. beliau tersohor di muka bumi dan seluruh penduduk langiy sudah lama mengenalinya...

jika dapat bangun pagi, dapat pula solat subuh pun, umpama dapat memeluk bik mama.. apatah lagi dapat jadi imam solat, mcm vincent tan boleh kowtim ngan tengku fraud la kana...konfem dapat projek pukat tunda world cup la.. ini circle dia.. dia tak mampu keluar dari fikrah ala din ayam ni.. lu cakap la apa benda segala mak nenek lojik pun, sumer takkan masuk otak mereka lagi..muntah hantu juga yang dia berahi.. Hidup mereka memang untuk ditipu.. masuk lubang biawak berulang kali pun, mereka tiadalah pandai berdendam mahupun on SYABAS TUAN GURU HADI
Anonymous
on 7/25/14
SPRM TAK AMBIL POT 
 SPRM GENG GEROMBOLAN
Tak payah bg tau hj hadilah hisham, mu pegi report kat sprm jer... Pastu buat press conference, jgn lupa sediakan banyak evidence untuk tangkap tski, jgn duduk menyalak dlm blog saja.... Ada berani ke? on SYABAS TUAN GURU HADI

-----------

UCAPAN TULUS IKHLAS

Posted: 26 Jul 2014 10:59 PM PDT

UCAPAN
dengan tulus ikhlas
jagan makan banyak
nanti jadi rosmah

SATU KENYATAAN
Hari raya bangla sudah menjadi kenyataan Dimana saja akan ada bangla Setengah kawasan sudah menjadi koloni.bangla.indon myanmar vietnam nepal india Inilah malaysia sekarang Yang ni pukisa tak.nampak Yang ni pukida tak sedar Yang ni.

beras jati tak rasa Setiap hari kerakyatan.dijual.kepada warga asing Ekonomi bergantung.kepada warga asing Lambat laun politik juga akan tergadai Kampung halaman sudah kena jual Cukong dan lintah berleluasa Pembodohan bangsa terus dilaksana Atas nama ketuanan agama bangsa Kah kah kah 

Sedih pilu bila pemimpin Sama sama menghasut memporak peranda rakyat demi matlamat politik Tiada visi menyatu padukan rakyat Masing x main sentimen perkauman Kah kah kah kah 

Akhirnya semua akan hilang Diambil orang dijual orang dirampas orang Kalau indon dan bangla balik Market tak buka Kilang tak buka Kerja tak boleh jalan Sampah merata Sampai berak kencing kena kunci Kah kah kah Bani memang cepat lupa Sejarah Kah kah kah Selamat hari raya Bangla on SELAMAT BERBUKA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/26/14

------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN

Mesir memusnahkan 13 lagi terowong Gaza

Posted: 27 Jul 2014 11:27 AM PDT

Tentera Mesir menggunakan jentolak untuk memusnahkan 
terowong di sempadan dengan Mesir dan Semenanjung Gaza. 
Mesir telah memusnahkan 13 lagi terowong antara negara itu dan Semenanjung Gaza, yang telah berada di bawah sekatan Israel sejak tujuh tahun lalu.

 Tentera Mesir berkata pada hari Ahad bahawa ia telah memusnahkan terowong di Semenanjung Sinai, tetapi tidak mengatakan bila dirobohkan. 

Terowong adalah satu-satunya talian hayat untuk rakyat Palestin hidup di bawah pengepungan Israel dan Mesir setakat ini meletakan sisa 1,639 daripada mereka. 

 Sejak penyingkiran bekas Mesir Presiden Mohamed Morsi Julai lalu, tentera Mesir telah melancarkan kempen untuk memusnahkan terowong, menghalang rakyat Gaza daripada membawa masuk kebanyakan barangan asas mereka seperti bahan binaan, makanan, dan bahan api ke Gaza, yang telah terkena serangan udara Israel sejak 8 Julai.

 Beribu-ribu tentera Israel melancarkan serangan darat ke dalam jalur yang padat dengan penduduk pada 17 Julai.

 Lebih 1,000 rakyat Palestin telah terbunuh setakat ini dalam keganasan Israel dan sekurang-kurangnya 6,000 orang lain cedera dalam serangan.

 Israel berkata 43 tentera Israel terbunuh dalam peperangan, tetapi sumber-sumber Hamas meletakkan angka korban pada kira-kira 90.

Gaza dikepung oleh rejim Israel sejak Jun 2007, keadaan yang telah menyebabkan kemerosotan dalam taraf hidup, tahap tidak pernah berlaku sebelumnya; pengangguran, dan kemiskinan tanpa kesudahan.

 Rejim apartheid Israel menafikan kira-kira 1.7 juta penduduk di Gaza hak-hak asasi mereka seperti kebebasan pergerakan, pekerjaan yang membayar gaji yang betul, dan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan pendidikan.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu adalah bohong si dajal

Posted: 27 Jul 2014 06:35 AM PDT

Pihak admin facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba menutup bangkai gajah dengan daun pisang sehelai? Admin tersebut bertujuan untuk bekap Haji Hadi yang jelas telah Mengkhianati Pakatan Rakyat dan AJK PAS Pusat dengan memperalatkan facebook tersebut.

Berikut adalah kenyataan yang kononnya dari Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat melalui facebooknya :

 Saya tidak pasti siapa sebenarnya admin facebook Tuan Guru itu. Tetapi saya berasa amat sangsi untuk mempercayai bahawa kenyataan itu adalah dari buah tutur  Tuan Guru sediri.

Ada sahabat blogger yang mendakwa bahawa itu adalah kenyataan Nik Abduh!, anak Tuan Guru sendiri. Allahu a'lam.

 Terlebih dahulu saya menjemput kalian untuk menghalusi tiap butir ayat yang tertulis berikut yang kononnya adalah kenyataan TGNA :
PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya
 Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.
 Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan. (Seterusnya kalian boleh ikuti di sini)
Saya ingin mengajak kalian meneliti dengan cermat perenggan kedua kenyataan diatas :
 ....saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor........ maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan. 
Kalaulah benar TGNA telah ditanya bertubi-tubi oleh pihak media  sehingga di asak untuk mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang didakwa itu, soalan saya ialah : 

1) Kenapa Tuan Guru Nik Aziz tidak membuat kenyataan itu melalui sidang media     bersama pihak media yang mendesaknya untuk buat kenyataan? 

2) Bukankah membuat kenyataan melalui sidang media bersama pihak yang             bertanya bertubi-tubi itu   merupakan respon yang sewajarnya?

3) Perlukah Tuan Guru  melayan pertanyaan 'bertubi-tubi' itu hanya melalui               facebook?

4) Apakah soalan-soalan yang dikatakan bertubi-tubi itu?

Kepada admin facebook TGNA, sorilah brother, aku tidak sebangang itu untuk mempercayai temberang kamu itu. Aku akan percaya hanya apabila TGNA cakap sendiri dalam sidang akhbar dan menjawap soalan-soalan yang pasti panas yang akan dikemukakan oleh pihak media.

Apa yang kamu tulis semata-mata mahu menyokong pendirian Hadi itu adalah tidak ubah sama sepertimana sokongan puak-puak Umno terhadap Khalid di sini