WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar
- VIDEO : Hadi Awang Perlu Letak Jawatan - Aziz Bari
- Pakatan tidak akan ke Putrajaya selagi Hadi presiden PAS
- Krisis Selangor: Khalid MB tanpa parti?
- PAS jangan tikam belakang PR
- Khalid Ibrahim tak telus, akur arahan Daim?
Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar Posted: 27 Jul 2014 01:42 AM PDT Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStarIsu Menteri Besar Selangor: Rundingan sulit diantara pegawai-pegawai mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dijalankan untuk menentukan masa depan kepimpinan negeri itu. mStar Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin yang bertindak sebagai perantara, memberitahu The Star Online bahawa Khalid tidak perlu melepaskan kedudukannya jika dia memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan pucuk pimpinan PKR."Kami masih dalam proses rundingan. Terdapat beberapa syarat yang Anwar mahu Khalid penuhi. Jika beliau bersetuju, Khalid mungkin kekal sehingga penggalnya tamat," katanya ketika dihubungi. Namun, Azman enggan mendedahkan secara terperinci syarat-syarat tersebut kerana ia 'sulit dan persendirian' tetapi menegaskan ia tiada kaitan dengan projek di negeri itu. "Ia rundingan yang sukar tetapi ia bergantung kepada Khalid untuk bersetuju atau tidak," katanya. KLIK BACA APA TULISAN RAFIZI RAMLI MENGENAI KHALIDDifahamkan, antara syarat-syarat itu termasuk penyingkiran bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI). Azman berkata, sekiranya rundingan itu tidak berjaya, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang tiada pilihan melainkan berundur dan memberi laluan kepada peralihan kuasa. Terdahulu, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan calon pilihan mereka iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Adun Kajang. Bagaimanapun, menurut Azman, keputusan belum muktamad walaupun hampir pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan di negeri itu. "Khalid mempunyai tempoh sehingga 10 atau 11 Ogos untuk membuat keputusan kerana ia adalah tarikh akhir DAP dan PAS mengumumkan pendirian mereka," katanya. Azman juga berkata, beliau yakin Khalid tidak akan menasihati Istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun beliau sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. "Beliau tidak akan melakukan perkara seperti itu, beliau enggan menamatkan karier politiknya dengan memusnahkan parti. Beliau mahu penyelesaian secara baik terhadap krisis ini," katanya. Khalid kini terus menerima tekanan dari dalam parti yang mahu beliau melepaskan jawatannya sebagai menteri besar. DAP dan PAS pada dasarkanya bersetuju supaya Khalid memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk mengambil alih jawatannya. Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid dan mahu beliau mengekalkan jawatannya. mStar |
VIDEO : Hadi Awang Perlu Letak Jawatan - Aziz Bari Posted: 27 Jul 2014 01:04 AM PDT Andainya Khalid dapat berkompromi setahun laluSerentak dengan kemasukan ketua staf, Khalid melantik dua setiausaha politik baru iaitu Azman Bidin yang membantunya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Mustapha Mohd Talib bagi menggantikan Faekah Husin yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar atau MBI. Namun, walaupun ketua staf pejabat menteri besar, pejabat Saifudin diletakkan di tingkat 5 bangunan SUK bukan tingkat 21, iaitu pejabat Khalid. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik, pejabat Faekah kekal di tingkat 21. Sebaik saja melaporkan diri di pejabat MB, Saifudin diberikan tugas sebagai koordinator Projek Pembangunan Luar Bandar oleh Khalid. Walaupun agak pelik, Saifudin menerima dengan baik tugasan itu dan memberikan fokus mengambil hati dan minda (heart and mind) penduduk di lima kawasan Parlimen luar bandar yang gagal dimenangi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Banting. Walaupun bertembung sedikit dengan exco PAS yang menjaga pembangunan desa, Saifudin cuba mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan amanah berdasarkan pengalamannya sebagai Pengurus Tabung Tok Kenali ketika beliau bertugas di Kelantan sebelum itu. Namun beliau tidak boleh bertahan lama. Tidak sampai sebulan selepas itu, beliau terpaksa meninggalkan pejabatnya. Yang sedihnya, beliau terpaksa 'lari malam' apabila keluar dari pejabat MB tanpa salam. Majlis pelancaran projek pertama yang beliau uruskan terpaksa diboikot kerana segala apa yang beliau rancang dan susun tidak boleh dilaksana dan dihentikan oleh Khalid atas 'nasihat' para pegawai kanannya. Ketika itu, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Saifudin sebagai 'jambatan' antara partinya iaitu PKR dengan Pejabat MB. Ini kerana, PKR sangat tidak berpuas hati dengan Pejabat MB Selangor sedangkan Khalid adalah MB daripada PKR. Bagi PKR ketika itu, Saifudin juga boleh menjadi 'jambatan' kepada PAS dan DAP dengan Pejabat MB kerana Saifudin mempunyai hubungan baik dengan ramai pemimpin kedua-dua parti itu. Namun ekoran sabotaj yang dilakukan kepadanya, Saifudin terpaksa 'lari' dan tidak datang lagi ke Pejabat MB. Ramai beranggapan jika Saifudin berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi penghubung Pejabat MB dengan Pakatan Rakyat, apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku. Namun ia berlaku. Ia berlaku kerana pihak di Pejabat MB tidak boleh menerima 'orang yang kalah dalam PRU13' datang untuk memberikan nasihat kepada 'pasukan yang menang di Selangor'. Dalam PRU13, Saifudin kalah di Parlimen Kulim Bandar Baru selepas berpindah dari Parlimen Machang, Kelantan. Saifudin kalah bersama kalahnya para pemimpin PAS dan PKR yang lain di Kedah sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di negeri itu jatuh. Setahun selepas kejadian sedih dalam karier politik setiausaha agung PKR itu, berlaku apa yang berlaku hari ini. PKR tidak boleh bersabar lagi. Usaha mereka untuk menyelamatkan keadaan sudah tidak diendahkan. 23 Julai 2014, kira-kira setahun selepas Saifudin 'lari malam' dari Pejabat MB, Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR mengumumkan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal pengganti Khalid sebagai MB Selangor. Rakyat tidak senang dengan keputusan ini kerana mereka tidak tahu apa berlaku kepada hubungan antara PKR dan Pejabat MB Selangor khasnya Anwar sendiri. Pimpinan PR pula sentiasa memuji Khalid dalam ucapan mereka. Bagi rakyat, Khalid menjalankan tugas dengan baik sebagai MB Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak bertindak sebagai anggota pasukan PR yang memerintah Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak berunding dengan pemimpin PR apabila menjalankan tugas sebagai MB Selangor tetapi lebih bergantung kepada pasukan yang dilantiknya sendiri. Bagi mereka Khalid adalah yang terbaik dengan apa yang beliau buat untuk rakyat Selangor. Mereka juga tidak tahu bagaimana tiga pemimpin Pakatan Rakyat, satu dari setiap parti yang dilantik untuk menjalankan tugas menasihatkan Khalid dalam isu penstrukturan semula industri air di Selangor tidak pernah dapat bermesyuarat dengan Khalid sehingga kini. Dr Dzulkefly Ahmad daripada PAS, Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP) dilantik Majlis Presiden Pakatan untuk membantu Khalid dalam penstruktoran air di Selangor itu. Di samping mereka bertiga, seorang peguam kanan dalam urusan kontrak perniagaan ini, Tommy Thomas juga dilantik. Namun, pentadbiran Khalid tidak pernah menghormati pelantikan ini apabila mereka tidak pernah diajak berunding. Setahun selepas PRU13, kajian UMcedel menunjukkan sokongan kepada PR jatuh 15% di Selangor iaitu kepada 35% sahaja. Ia dibandingkan dengan kajian pada hujung 2012 di mana sokongan pada PR ketika itu adalah 50%. Saya yakin, jika ada data sokongan kepada PR menjelang PRU13, sudah tentu kadar sokongannya lebih 50% berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi PR iaitu 44 kerusi dari 56 kerusi DUN Selangor dalam PRU13. Ia membayangkan PR mendapat sokongan 78% rakyat. Jadi kadar kejatuhan kepada PR bukan setakat 15% sahaja bahkan lebih teruk lagi. Dengan kejatuhan 15% itupun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sangat terkejut dengannya. Beliau menjangkakan memang akan ada penurunan tetapi tidak menjangka ia seteruk itu. Kini semua sudah kacau-bilau di Selangor. PKR sudah umumkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid. Ia dimaklumkan secara rasmi kepada mesyuarat Majlis Presiden PR semalam, 23 Julai yang diadakan di bangunan Parlimen. Pemimpin PR pula mengaku hakikat PKR berhak berbuat demikian. Namun berjayakah ia dilaksanakan? Bagi saya, PAS atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan faktor penghalang dalam usaha ini sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Penghalang pertukaran ini adalah Khalid dan Istana Selangor. Jika Khalid tidak mahu berundur dan istana tidak bersedia untuk menukar Khalid, Wan Azizah tidak boleh diletakkan sebagai MB Selangor yang baharu. Jadi sebelum menekan PAS, lebih baik PKR khasnya Anwar membersihkan 'laluan' ke majlis angkat sumpah MB baru ini. Selagi laluan ini tidak 'bersih', sokongan sebulat suara PAS pun tidak akan membawa ke mana. Jika dipaksakan juga, besar kemungkinan Khalid akan menasihat sultan untuk mengisytiharkan DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihan raya semula terpaksa dibuat. Apakah PR akan menang lagi? Agak sukar berdasarkan pengalaman Terengganu dan Kelantan sebelum ini. Dan yang pasti, jika Khalid dan pasukannya bersedia untuk berkompromi setahun lalu, semua pihak akan selamat kini. Tetapi kerana tiada kompromi, jadilah apa yang berlaku hari ini, semua pihak sedang rasa tidak selamat. Daripada rugi seguni setahun kalu, kini semua pihak akan berdepan kerugian sepenuhnya, hilang segala-galanya. Semoga ia belum terlambat untuk diperbetulkan. – 24 Julai, 2014. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. Andainya Khalid dapat berkompromi setahun laluSerentak dengan kemasukan ketua staf, Khalid melantik dua setiausaha politik baru iaitu Azman Bidin yang membantunya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Mustapha Mohd Talib bagi menggantikan Faekah Husin yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar atau MBI. Namun, walaupun ketua staf pejabat menteri besar, pejabat Saifudin diletakkan di tingkat 5 bangunan SUK bukan tingkat 21, iaitu pejabat Khalid. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik, pejabat Faekah kekal di tingkat 21. Sebaik saja melaporkan diri di pejabat MB, Saifudin diberikan tugas sebagai koordinator Projek Pembangunan Luar Bandar oleh Khalid. Walaupun agak pelik, Saifudin menerima dengan baik tugasan itu dan memberikan fokus mengambil hati dan minda (heart and mind) penduduk di lima kawasan Parlimen luar bandar yang gagal dimenangi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Banting. Walaupun bertembung sedikit dengan exco PAS yang menjaga pembangunan desa, Saifudin cuba mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan amanah berdasarkan pengalamannya sebagai Pengurus Tabung Tok Kenali ketika beliau bertugas di Kelantan sebelum itu. Namun beliau tidak boleh bertahan lama. Tidak sampai sebulan selepas itu, beliau terpaksa meninggalkan pejabatnya. Yang sedihnya, beliau terpaksa 'lari malam' apabila keluar dari pejabat MB tanpa salam. Majlis pelancaran projek pertama yang beliau uruskan terpaksa diboikot kerana segala apa yang beliau rancang dan susun tidak boleh dilaksana dan dihentikan oleh Khalid atas 'nasihat' para pegawai kanannya. Ketika itu, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Saifudin sebagai 'jambatan' antara partinya iaitu PKR dengan Pejabat MB. Ini kerana, PKR sangat tidak berpuas hati dengan Pejabat MB Selangor sedangkan Khalid adalah MB daripada PKR. Bagi PKR ketika itu, Saifudin juga boleh menjadi 'jambatan' kepada PAS dan DAP dengan Pejabat MB kerana Saifudin mempunyai hubungan baik dengan ramai pemimpin kedua-dua parti itu. Namun ekoran sabotaj yang dilakukan kepadanya, Saifudin terpaksa 'lari' dan tidak datang lagi ke Pejabat MB. Ramai beranggapan jika Saifudin berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi penghubung Pejabat MB dengan Pakatan Rakyat, apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku. Namun ia berlaku. Ia berlaku kerana pihak di Pejabat MB tidak boleh menerima 'orang yang kalah dalam PRU13' datang untuk memberikan nasihat kepada 'pasukan yang menang di Selangor'. Dalam PRU13, Saifudin kalah di Parlimen Kulim Bandar Baru selepas berpindah dari Parlimen Machang, Kelantan. Saifudin kalah bersama kalahnya para pemimpin PAS dan PKR yang lain di Kedah sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di negeri itu jatuh. Setahun selepas kejadian sedih dalam karier politik setiausaha agung PKR itu, berlaku apa yang berlaku hari ini. PKR tidak boleh bersabar lagi. Usaha mereka untuk menyelamatkan keadaan sudah tidak diendahkan. 23 Julai 2014, kira-kira setahun selepas Saifudin 'lari malam' dari Pejabat MB, Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR mengumumkan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal pengganti Khalid sebagai MB Selangor. Rakyat tidak senang dengan keputusan ini kerana mereka tidak tahu apa berlaku kepada hubungan antara PKR dan Pejabat MB Selangor khasnya Anwar sendiri. Pimpinan PR pula sentiasa memuji Khalid dalam ucapan mereka. Bagi rakyat, Khalid menjalankan tugas dengan baik sebagai MB Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak bertindak sebagai anggota pasukan PR yang memerintah Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak berunding dengan pemimpin PR apabila menjalankan tugas sebagai MB Selangor tetapi lebih bergantung kepada pasukan yang dilantiknya sendiri. Bagi mereka Khalid adalah yang terbaik dengan apa yang beliau buat untuk rakyat Selangor. Mereka juga tidak tahu bagaimana tiga pemimpin Pakatan Rakyat, satu dari setiap parti yang dilantik untuk menjalankan tugas menasihatkan Khalid dalam isu penstrukturan semula industri air di Selangor tidak pernah dapat bermesyuarat dengan Khalid sehingga kini. Dr Dzulkefly Ahmad daripada PAS, Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP) dilantik Majlis Presiden Pakatan untuk membantu Khalid dalam penstruktoran air di Selangor itu. Di samping mereka bertiga, seorang peguam kanan dalam urusan kontrak perniagaan ini, Tommy Thomas juga dilantik. Namun, pentadbiran Khalid tidak pernah menghormati pelantikan ini apabila mereka tidak pernah diajak berunding. Setahun selepas PRU13, kajian UMcedel menunjukkan sokongan kepada PR jatuh 15% di Selangor iaitu kepada 35% sahaja. Ia dibandingkan dengan kajian pada hujung 2012 di mana sokongan pada PR ketika itu adalah 50%. Saya yakin, jika ada data sokongan kepada PR menjelang PRU13, sudah tentu kadar sokongannya lebih 50% berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi PR iaitu 44 kerusi dari 56 kerusi DUN Selangor dalam PRU13. Ia membayangkan PR mendapat sokongan 78% rakyat. Jadi kadar kejatuhan kepada PR bukan setakat 15% sahaja bahkan lebih teruk lagi. Dengan kejatuhan 15% itupun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sangat terkejut dengannya. Beliau menjangkakan memang akan ada penurunan tetapi tidak menjangka ia seteruk itu. Kini semua sudah kacau-bilau di Selangor. PKR sudah umumkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid. Ia dimaklumkan secara rasmi kepada mesyuarat Majlis Presiden PR semalam, 23 Julai yang diadakan di bangunan Parlimen. Pemimpin PR pula mengaku hakikat PKR berhak berbuat demikian. Namun berjayakah ia dilaksanakan? Bagi saya, PAS atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan faktor penghalang dalam usaha ini sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Penghalang pertukaran ini adalah Khalid dan Istana Selangor. Jika Khalid tidak mahu berundur dan istana tidak bersedia untuk menukar Khalid, Wan Azizah tidak boleh diletakkan sebagai MB Selangor yang baharu. Jadi sebelum menekan PAS, lebih baik PKR khasnya Anwar membersihkan 'laluan' ke majlis angkat sumpah MB baru ini. Selagi laluan ini tidak 'bersih', sokongan sebulat suara PAS pun tidak akan membawa ke mana. Jika dipaksakan juga, besar kemungkinan Khalid akan menasihat sultan untuk mengisytiharkan DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihan raya semula terpaksa dibuat. Apakah PR akan menang lagi? Agak sukar berdasarkan pengalaman Terengganu dan Kelantan sebelum ini. Dan yang pasti, jika Khalid dan pasukannya bersedia untuk berkompromi setahun lalu, semua pihak akan selamat kini. Tetapi kerana tiada kompromi, jadilah apa yang berlaku hari ini, semua pihak sedang rasa tidak selamat. Daripada rugi seguni setahun kalu, kini semua pihak akan berdepan kerugian sepenuhnya, hilang segala-galanya. Semoga ia belum terlambat untuk diperbetulkan. – 24 Julai, 2014. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. |
Pakatan tidak akan ke Putrajaya selagi Hadi presiden PAS Posted: 26 Jul 2014 10:01 PM PDT Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang membuat keputusan bersetuju agar Khalid digantikan PKR dihadiri pemimpin kanan parti Islam itu seperti timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli. Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media pada 23 Julai lalu, Majlis Pimpinan PR menyatakan mereka sudah sebulat suara bersetuju, "menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail." Isyarat yang diberikan presiden PAS itu kepada umum adalah beliau tidak peduli dengan keputusan PR dan timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan AJK parti itu tidak layak mewakili pandangan partinya. Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PR sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan milik PKR. Apabila PR bersetuju kerusi menteri Selangor itu milik PKR, PAS tidak seharusnya campurtangan siapa pun calon yang bakal diletakkan di negeri terkaya itu. Bayangkanlah jika PKR dan DAP campurtangan dalam pemilihan kerusi menteri besar di Kelantan atau di Kedah dahulu, bagaimana perasaan PAS? Sebagai respon balas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu di tangan Barisan Nasional (BN) selepas sepenggal diperintah PR. "PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari parti Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya. Sebelum PRU13 lalu, kerajaan negeri Kedah bergolak apabila timbulnya pergaduhan di antara kem Azizan dan orang nombor dua PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi. Pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri. Kedua-dua mereka membantah corak kepimpinan Azizan sebagai menteri besar Kedah. Akan tetapi Hadi tidak mempedulikan bantahan akar umbi dan terus mempertahankan Azizan sebagai calon menteri besar Kedah sehingga menyebabkan Kedah jatuh ke tangan BN pada PRU13 sepertimana Terengganu pada 2004. PAS akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini mengenai isu pertukaran menteri besar di Selangor dan sudah pasti keputusan majoriti akan memihak kepada Hadi kerana konsep "wala" atau taat yang diamalkan parti Islam itu. Ini bukan kali pertama Hadi "mensabotaj" PR. Sebelum PRU13 lalu pada ketika PR bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri, sekumpulan pemimpin PAS yang rapat dengan Hadi bertemu dengan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk menawarkan jawatan itu kepadanya. Ini dilakukan pada ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh Anwar sebagai calon perdana menteri PR. Hadi juga secara peribadinya memberi kebenaran kepada Ridzuan Ismail untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada PRU13 lalu walaupun PR sudah bersetuju kerusi tersebut dipertahankan presiden PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding di atas tiket PKR kerana partinya bukan anggota PR. Kedua-duanya Nasir dan Ridzuan akhirnya tewas kepada BN. Jika Hadi terus menerajui PAS, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau lagi. Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri dan BN akan terus berkuasa selagi Hadi menjadi presiden PAS. Cita PR untuk menawan Putrajaya hanya menjadi angan-angan. Jika diimbau kembali sejarah, Hadi juga merupakan punca mengapa Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 berpecah. – 27 Julai, 2014. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. |
Krisis Selangor: Khalid MB tanpa parti? Posted: 26 Jul 2014 09:26 PM PDT Tindakan Khalid yang enggan berundur dari posisi Menteri Besar walaupun Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai MB baru dilihat 'kurang ajar' dalam praktik politik. Dalam sistem politik Malaysia seseorang dilantik ke jawatan MB dengan persetujuan parti yang menghantar beliau ke jawatan itu. Apabila persetujuan ditarik balik maka jawatan itu diserah kepada orang lain. Tidak wujud apa yang dikata Khalid rakyat masih suka kepadanya.Sekiranya beliau masuk Umno pun akan ada rakyat yang suka kepadanya. Tetapi bukan rakyat yang dahulunya mengundi Pakatan Rakyat. Tak suka Khalid Pengundi PR tidak lagi suka kepada cara Khalid mentadbir. Isu catuan air di Lembah Kelang yang banyak menyusahkan orang ramai pada Mac - April lalu jelas memperlihatkan kelemahan pentadbirannya. Hanya apabila SPAN ingin catuan sehingga Julai barulah Khalid bertindak tidak lagi mengikut syor SPAN. Walaupun paras air empangan sungai Selangor di bawah 55 peratus tetapi selama beberapa bulan tanpa catuan menunjukkan bekalan air tidak bermasalah. Tindakan mengikut telunjuk pusat itu menjadi duri dalam daging bagi PR untuk merealisasikan visinya memerintah lebih baik dan menjadikan Selangor contoh untuk PR menawan Putrajaya. Belum lagi isu sampah yang gagal diselesaikan Khalid. Beliau menamatkan kontrak Alam Flora untuk menjimatkan RM10 juta. Bagaimanapun selepas itu sampah bertimbun-timbun dan kekerapan mengutip semakin kurang. Sampah yang banyak tidak mampu diselesaikan oleh majlis perbandaran. Khalid tidak boleh terlalu berjimat sehingga menyusahkan pentadbiran negeri dan dalam pilihan raya kerajaan hilang kuasa. Kelemahan pungutan sampah mungkin menjadi punca demam denggi yang menjadi wabak di Selangor sekarang ini. Sampah yang tidak dipungut boleh menjadi tempat nyamuk aedes membiak. Mungkir janji Begitu juga dengan isu lebuh raya Kidex. Khalid secara terang-terangan memungkiri janji PR untuk tidak membina lebuh raya yang akan menambah masalah kepada rakyat. PR dalam manifesto pilihan raya tidak mahukan pembangunan yang menyusahkan rakyat. Khalid sebaliknya memberi persetujuan kepada lebuh raya itu. Malah beliau gembira untuk membina tiga lagi lebuhraya baru yang belum tentu kesan baiknya ke atas aliran trafik. Sedangkan manifesto PR adalah mempertingkatkan kemudahan awam. Lebih banyak bas dalam laluan yang sesak bagi mengurangkan penggunaan kereta persendirian. Sikap bertentangan dengan janji parti yang diberi kuasa tidak dialu-alukan. Bagaimanakah Khalid berkata dia mendapat sokongan rakyat terbanyak? Sedangkan sokongan itu hanya dijana dengan menyalahguna media kerajaan negeri TV Selangor dan SelangorKini bagi mendewa-deakan beliau sebagai pemimpin terbaik abad ini. Setelah dua penggal memerintah, rakyat mula muak, sehinggakan kajian Umcedel baru-baru ini mendapati hanya 35 peratus rakyat bersetuju dengan pemerintahan PR di Selangor daripada 50 peratus ketika PRU lalu. Jelas Selangor akan tumbang sekiranya Khalid terus memerintah. Jadi mengapakah dia berdegil? Adakah mungkin benar spekulasi yang menyebut Khalid sengaja ingin mensabotaj Pakatan? Semua itu akan terjawab sekiranya Selangor mendapat MB Umno dalam PRU 14! |
Posted: 26 Jul 2014 09:26 PM PDT Bagi beliau Khalid tidak rasuah dan tiada alasan untuk ditukar. Jelas Hadi menggunakan pendekatan ulama silam dalam mempertahankan kepimpinan. Dalam ijtihad ulama, untuk menjadi imam solat, walaupun seseorang itu saleh dan alim tetapi jika makmum tidak setuju maka tidak bolah menjadi imam. Tetapi bagi ketua negara, jika bergelumang maksiat sekalipun dan pemimpin itu berdegil tidak mahu turun takhta maka beliau harus dikekalkan. Maksiat adalah perbuatan peribadi dan tidak boleh menjadi sebab berlakunya pertelagahan di kalangan umat menjatuhkan khalifah. Pendekatan itu amat sukses digunakan Hadi di Kedah mempertahankan pentadbiran Azizan Razak. Biarpun exco negeri memboikot Azizan dan Hadi mengetahui kelemahan Azizan, beliau berkeras mempertahankan MB itu. Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum, PAS menghantar Ketua Dewan Ulama ketika itu Harun Taib untuk memberi syor apakah perlu Azizan dikekalkan. Syor mendapati Azizan wajar diganti. Azizan ditolak Arus dalaman di Kedah mahu seseorang yang lebih mesra teguran sebagai MB dan menolak polisi Azizan yang degil. Sekiranya PAS mencadangkan Pahlolradzi, Amiruddin atau Dr Hayati sebagai MB selepas PRU maka PAS akan bertahan. Sebaliknya Hadi menolak syor Harun dan mempertahankan Azizan atas prinsip jangan menimbulkan pertelagahan umat. Dia lupa dalam demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan tidak perlu bertelagah. Tidak perlu bertikam dan berbalas tembakan. Hanya membuang undi maka kerajaan ditukar. Lalu rakyat Kedah yang bosan dengan Azizan memilih untuk bertukar kepada Umno. Walaupun selepas BN memerintah tidak ada kemajuan yang dijanjikan. Di Selangor Hadi mengambil pendekatan serupa. Beliau tidak mendapat cukup maklumat dan sesetengah sumber dalaman mendakwa Hadi tidak mahu ambil peduli bukti kelemahan Khalid. Beliau hanya mempercayai maklumat sesetengah pihak yang memuji Khalid. Dalam hal ini, kelemahan Hadi membolehkan PAS mengganti presiden mereka dengan calon lain yang lebih telus dalam menimbangkan risiko. Sementelah Hadi pula sering uzur kebelakangan ini. Dalam Pakatan, DAP dan PKR hairan dengan tindakan Hadi yang memusuhi Anwar. Dapat difahami ada penasihat Hadi bekerja di GLC Selangor yang memberitahu tujuan PKR ingin menurunkan Khalid kerana ingin merebut projek. Tetapi Hadi jangan menggunakan alasan itu mempertahankan Khalid tanpa meneliti bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakan politik PAS. Hadi tidak wajar menyalahguna prinsip walak dalam Islam, taat kepada pemimpin sehingga ke tahap membuta tuli. PAS memang terkenal dengan ketaatan dan ahli akan melakukan apa sahaja tanpa berfikir dua kali jika pemimpin mengarahkan sesuatu. Prinsip walak hanya sesuai dalam keadaan pemimpin memperkatakan yang benar. Sekiranya kuasa pemerintahan negeri menjadi taruhan seperti di Kedah maka walak tidak patut diterima. Hadi sewajarnya tidak terlalu berkeras dengan Anwar. Pengorbanan Anwar dalam perjuangan Reformasi menyebabkan PAS menjadi parti arus perdana. Tanpa Anwar dipenjara malah sekiranya Anwar menerima apa sahaja yang Mahathir lakukan sehingga pemimpin itu tamat kuasanya dan melakukan perubahan selepas menjadi PM maka PAS tiada negeri sekarang ini. Rakyat Kelantan pernah terpesona dengan imej Anwar sehingga hampir mengalahkan kerajaan Tok Guru Nik Aziz pada pilihan raya umum 1995. Anwar Timbalan PM Pengorbanan Anwar yang lebih besar berlaku pada Ogos tahun lalu apabila Umno menawarkan kerajaan campuran bersama PKR. Rundingan melibatkan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti. Umno menawarkan jawatan 5 menteri kepada PKR dengan Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tentu sekali kes liwatnya tidak lagi relevan dan beliau akan menikmati persaraan yang lumayan selepas 5 tahun. Tetapi atas setiakawan PKR - PAS - DAP Anwar menolak mentah-mentah idea itu. Beliau bersedia merengkok sekali lagi dalam penjara daripada mengkhianati rakan seperjuangan. Apakah yang dilakukan oleh PAS membalas pengorbanan Anwar? Jawabnya mudah. Menikam Anwar dari belakang! Hadi menjadi musuh ketat Anwar mempertahankan Khalid. Inikah corak kepimpinan Islam yang dibanggakan PAS? Maka tidak hairanlah banyak bloggers mengutuk kepimpinan PAS sejak akhir-akhir ini. Malah penulis politik hebat seperti Sayuti Omar pun tidak bersetuju dengan sikap gila kuasa sesetengah ulama PAS yang lebih cenderung untuk menikmati kesenangan dunia bergabung dengan pemimpin Umno. Malah, ahli parti sosialis lebih baik dalam setiakawan walaupun mereka tidak mempercayai landasan agama. Sepatutnya ulama tidak bersikap hipokrit dalam perjuangan, dan mengutamakan keputusan konsensus daripada keputusan peribadi. Pergolakan politik di Selangor akan menguji kepimpinan PAS. Apatah lagi puak reformis dalam PAS Pusat dan PAS Selangor didakwa kali ini tidak akan walak kepada presiden dalam isu menukar menteri besar. Mereka sedar Malaysia ditadbir secara demokrasi dan kerajaan boleh bertukar sekelip mata. Kaedah ulama silam dalam menukar pemimpin hanya sesuai dengan corak pemerintahan khalifah yang sukar dijatuhkan dan umat jangan memberontak biar pun khalifah tidak disukai. Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukan pendapat suarapakatandaily |
Khalid Ibrahim tak telus, akur arahan Daim? Posted: 26 Jul 2014 09:26 PM PDT Setakat ini, hanya sedikit sahaja laman-laman web telah melaporkan isu itu. Namun begitu, ia tidak membuat pendedahan yang mendalam terhadap penyelesaian luar mahkamah itu memandangkan implikasinya yang agak besar. Dipendekkan cerita, The Edge Financial Daily telah menyoal Khalid Ibrahim berkaitan terma-terma penyelesaian di luar mahkamah kerana khabar angin mengatakan bahawa Bank Islam telah menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor dalam pertukaran potongan menjangkau nilai RM80 juta. Terma dirahsiakan Khalid Ibrahim pernah meminjam RM60 juta daripada Bank Islam untuk membeli saham dan apabila harga saham jatuh, dia akhirnya terpaksa membayar sebanyak jumlah itu(ditambah pula dengan faedah) kepada Bank Islam. Mereka yang berada dalam bidang perbankan mengetahui bahawa penyelesaian di luar mahkamah diketuai oleh Rashid Manaf yang juga dikenali sebagai bekas peguam Daim yang juga kroni Umno melalui Renong dan transaksi - transaksi lain. Apa yang mungkin tidak diketahui ialah Khalid Ibrahim telah menyembunyikan semua perbincangan mengenai penyelesaian itu dari peguamnya, Malik Imtiaz yang tidak tahu menahu walau sedikit pun. Potongan muktamad selepas Khalid setuju serah aset air Ini berlaku pada masa yang paling sesuai - setelah Selangor mengumumkan bahawa ia bersedia untuk menyerahkan aset air kepada kerajaan persekutuan dan sikap berdiam diri Khalid Ibrahim dalam menangani isu-isu agama dan kaum yang bermula di Selangor. Kepada rakyat Malaysia yang biasanya bersifat ingin tahu, siri perkembangan ini boleh dikatakan sangat mencurigakan dan amat wajar jika penelitian lebih dekat dilakukan terutamanya di pihak Khalid Ibrahim, sekurang-kurangnya demi ketelusan dan integrity beliau. Apabila The Edge Financial Daily menanyakan soalan ini kepada Khalid Ibrahim, beliau dipetik seperti cuba mengelakkannya dengan menyatakan bahawa ia adalah transaksi peribadinya yang tiada kaitan dengan kerajaan mahupun parti. Apabila Haris Ibrahim mula menerbitkan isu ini di blog , saya merasa bertanggungjawab untuk menulis kepada laman-laman web kerana demi ketelusan dan integriti, Khalid Ibrahim dan Bank Islam perlu menjelaskan apakah asas dan terma-terma penyelesaian . Khalid dibeli? Biar rakyat membuat keputusan untuk diri mereka sendiri sama ada terdapat mana-mana perjanjian yang terlibat kerana ia adalah perlu untuk membersihkan nama mereka dengan segera. Jika tidak, khabar angin bahawa perkembangan di Kajang bermula kerana Khalid Ibrahim berada dalam situasi yang agak sukar akan terus menjadi buah mulut. Oleh sebab itulah saya fikir ianya adil jika laman-laman web seperti Malaysiakini dan yang lain untuk melaporkan perkara ini dengan lebih bersungguh-sungguh daripada mengejar spekulasi yang membayangi perjanjian air. Saya faham bahawa imej Khalid Ibrahim begitu baik di mata orang ramai. Untuk mempertahankan imej itu, beliau tertakluk kepada penelitian awam untuk memberi penjelasan terutamanya apabila broker yang ada kaitan dengan Umno seperti Rashid Manaf juga terlibat. Saya kini menunggu untuk melihat sama ada Malaysiakini , The Malaysian Insider , The Malaymail Online, Malaysia Chronicle, fz.com , The Heat, FreeMalaysiaToday dan yang lain-lain akan mendedahkan cerita ini. Jika tidak (dan saya tidak hairan), mungkin masalah yang lebih besar masih lagi media yang berat sebelah, hanya melaporkan berita untuk siapa yang mereka sokong. - Rakyat Prihatin - MELBAG |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Memang banyak keburukan Khalid ni. Elok benar diantikan Azizah sebagai proksi Anwar. Walaupun Anwar secara fizikal tidak ada namun beliau boleh memain peranan sebagai pentadbir bagi menambahkan kebaikan pada keluarga yang ada di Selangor. Mahathir, Pak Lah dan Najib sukar ditumbangkan dan Khalid yang dah jadi duri dalam pakatan tak kan sukar dijatuhkan. Rafizi mungkin boleh memberi idea baru... tak apa jika ia melibatkan duit rakyat kerana rakyat negeri selangor sedar dah tak ada alon anak selangor yang sesuai kecuali orang luar yang sengaja menetap di kajang dan sg buloh. Ha haha ini kecik punya hallah..
Catat Ulasan