Jumaat, 25 Julai 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Wan Azizah tarik pengundi wanita jika jadi MB, kata bekas pengarang NST

Posted: 25 Jul 2014 04:15 AM PDT


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi wanita jika dilantik sebagai menteri besar, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi wanita jika dilantik sebagai menteri besar, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.






















Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan saja boleh mencipta sejarah sebagai menteri besar wanita pertama di negara ini, pelantikan beliau juga akan meletakkan PKR mendahului parti politik lain dalam memberi pengiktirafan kepada wanita dalam politik Malaysia, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

"Ini akan mempunyai kesan kepada pengundi wanita muda kepada parti dan gabungan PR," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Bagaimanapun, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata:"Kekangan yang timbul ialah Dr Wan Azizah tidak mempunyai pengalaman pentadbiran selain memegang jawatan dalam PKR ketika suaminya berada di dalam penjara.


"Tetapi kekurangan Azizah di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan boleh menjadi kecacatan berbanding dengan pengalaman yang luas Khalid dalam kedua-dua bidang," katanya.
  Bagaimanapun, Kadir berkata pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar belum selesai lagi.
Beliau berkata, 'tiada kemungkinan besar' ahli Dewan Undangan Negeri akan menyahut cabaran Khalid buat undi tidak percaya terhadapnya.

"Oleh itu, pelantikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor perlu menunggu sedikit masa lagi," katanya.

Khalid menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk meletak jawatan berikutan caranya mengendalikan hal ehwal Selangor.

Ini termasuk pengurusan air, Lebuhraya Kidex, rampasan Bible Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pakatan menerima secara rasmi cadangan PKR untuk menyokong Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid, melengkapkan "Langkah Kajang" dan mereka akan membincangkan cadangan itu dengan parti masing-masing.

Pakatan mensasarkan Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid selepas sambutan Aidilfitri, tetapi Kadir berkata ia tidak mungkin berlaku secepat itu.

Merujuk kepada niat Khalid untuk kekal sehingga dia selesai penggal kedua sebagai menteri besar, Kadir berkata, bekas pemimpin korporat boleh terus berjuang dalam parti atau di luar.

Satu lagi pilihan untuk Khalid akan menyertai PAS, kata Kadir.

"Dia tidak begitu berjaya dalam Umno. Tetapi jika dia menyertai PAS, beliau akan membuat parti yang lebih kukuh dalam DUN dan dengan itu mengukuhkan kedudukan sendiri.

"Sekiranya dia memilih laluan itu, dia akan membantu PAS untuk menjadi parti PR yang terbesar di DUN itu - meningkatkan jumlahnya daripada 15 ke 16 dan mengurangkan PKR ke 13 kerusi dan DAP mempunyai 15 manakala Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi.


"Tetapi persoalan yang besar ialah, adakah PAS berani mengambil kesempatan daripada kegawatan dalam PKR?" soal beliau.


Beliau berkata, Khalid juga boleh memilih untuk kekal dalam PKR dan menjadi 'duri dalam daging' untuk Dr Wan Azizah dan penyokongnya.


Katanya, Umno terlalu lemah dan tanpa pemimpin untuk mengambil kesempatan daripada kegawatan semasa dalam PKR untuk memperoleh apa-apa kepentingan politik. – 25 Julai, 2014.



HJ HADI SOKONG KHALID ? TAK PERCAYA , SELANGOR TUMBANG PILIHANRAYA 2014

Posted: 25 Jul 2014 04:11 AM PDT

Hadi sokong Khalid, PKR mahu penjelasan


Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

"Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Mahfuz diminta mengulas laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.

Khalid bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan persetujuan PKR dan DAP agar Khalid ditukar dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KHALID TAK BUAT KERJA , ORANG LAIN DAPAT NAMA...

Posted: 25 Jul 2014 04:07 AM PDT

Penjelasan isu penstrukturan air Selangor – Rafizi

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

rafizi_pkrHQ_Mosti

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini.

Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu:

1.Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula

2.Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum

3.Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya

4.Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail

5.Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor

6.Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat

Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini.

Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut "equity portion") kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis.

Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor.

Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah.

Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini.

Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil.

Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Strategi KEADILAN



dollah yankee

dollah yankee


Khalid dok 'pikiaq-pikiaq'

Posted: 25 Jul 2014 07:14 AM PDT



Ketika Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk melaksanakan "Langkah-Kajang" untuk menukar MB Selangor, gurkah-gurkah politik di'port' tidak menolak kemungkinan pilihanraya negeri akan berlaku.

Kalau Khalid Ibrahim merasa nak keluar dari opis MB dengan cara 'jahat' dia boleh saja membubarkan DUN Selangor.

Tapi kalau difikir-fikir tentang niat jahat dia ini (kalau dia ada niat laa..) memang tak patut! Sebab ianya bukan saja akan membebankan rakyat Selangor tetapi juga terpaksa mengeluar belanja yang besar.

PR, jika boleh tidak mahu perkara yang sebegini berlaku kerana ini yang Najib,umno dan BN dok tunggu-tunggu. Jika Khalid nak juga ia berlaku, umno/BN berpeluang untuk menyerang habis-habisan, sebabnya hingga hari ini ada banyak juga isu-isu yang masih tak selesai yang boleh mendapat perhatian daripada rakyat Selangor apabila dihasut nanti dan di 'jolok' dengan fulus al'mahfuz.

Jika dilihat kepada Khalid Ibrahim yang sedang 'frust menonggeng' dengan layanan dan tekanan-tekanan dari kawan-kawan nya dalam PKR , gurkah-gurkah politik di'port' ini berani bertaruh yang Khalid Ibrahim akan lawan balik (walaupun dalam keadaan yang ter'gagap-gagap) dengan kuasa sebagai MB yang ada dalam tangan dia.

Dengan banyak isu-sisu yang masih gagal diselesaikan olih kerajaan negeri, Sultan Selangor pasti akan sokong Khalid Ibrahim dan bersetuju dengan pembubaran jika dia minta perkenan baginda untuk membubarkan DUN.

Sampai saat ini Khalid masih lagi dok 'pikiaq-pikiaq' macam mana dan apa cara dia nak buat.

Memandangkan dia memang tak boleh pandang Azmin Ali, tambahan pula kalau Azmin yang akan ganti dia, rasa-rasanya dia mungkin akan jumpa Sultan untuk minta perkenan baginda.

dollah yankee -
Kalau Khalid buat juga,memangKhalid Ibrahim ni musibat besar!!!

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Haji Hadi tidak amanah - mengenepikan jawatankuasa PAS dan buat keputusan sendiri

Posted: 25 Jul 2014 09:52 AM PDT


Kenyataan media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR):

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima (MENERIMA BUKAN BERERTI BERSETUJU TETAPI MENERIMA CADANGAN UNTUK DIBAWA BINCANG KE PARTI MASING-MASING) cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

 DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.

Berikut kenyataan Haji Hadi pagi Jumaat kelmarin, maka saya ada beberapa persoalan yang perlu Haji Hadi perjelaskan kepada jemaah:

1) Berdasarkan kepada kenyataan media MPPR diatas, adakah PAS sudah mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing?

2) Haji Hadi kata, "saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik.." Bukankah lebih wajar Haji Hadi mengemukakan pendapatnya itu dalam mesyuarat MPPR pada 23 Julai 2014 lalu supaya dapat dibincang sama tetapi Haji Hadi menguzurkan dirinya dan cuma menghantar wakil sebagai pemerhati sahaja.Kenapa ?

Pada saya, Haji Hadi telah gagal untuk menggunakan mesyuarat sebagai medan untuk menyalurkan pandangan.. dia ponteng mesyuarat dan hanya hantar wakil pemerhati.

Apabila sesuatu keputusan telah diputuskan di dalam mesyuarat.. timbul pula rasa tidak puas hati dan cuba mengagalkan keputusan mesyuarat yang telah diputuskan..iaitu  ~ (MENERIMA BUKAN BERERTI BERSETUJU TETAPI MENERIMA CADANGAN UNTUK DIBAWA BINCANG KE PARTI MASING-MASING).

Berikut adalah Transkrip temubual Haji Hadi melalui HARAKAHDAILY 25/7/2014 sumber
MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

 SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor. 

 Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

 Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan). 
 Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS. 
Soalan : Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?               Jawapan : InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.
Soalan: Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?                                                                    Jawapan  : Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.
Soalan: Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?                                                                             Jawapan: Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua. 
Soalan: Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?        Jawapan: Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu. 
Soalan: Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?                  Jawapan: Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.
Soalan: Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?Jawapan: Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu. 
Soalan: Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?
Jawapan: Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.
  Soalan: Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?                                                            
Jawapan: Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).
Soalan: Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?                                                                             Jawapan: Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR. 
Soalan: Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?                                                    Jawapan: Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.
Soalan: Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?                                                  Jawapan: Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.  [end]

Abdul Hadi sokong Abdul Khalid Ibrahim

Posted: 25 Jul 2014 02:43 AM PDT

MARANG, 25 Julai – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

 "Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

 "Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

 Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

 Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

 Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

 Abdul Hadi berkata alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

 "Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. "Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

 Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

 Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.

 Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

 "Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambal menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

 Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

 Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). – BERNAMA

Kerajaan Singapura berikrar US $ 100,000 kepada usaha-usaha bantuan kemanusiaan di Gaza

Posted: 24 Jul 2014 09:37 PM PDT

Pekerja penyelamat Palestin memeriksa mayat di sebuah rumah yang musnah 
oleh serangan udara Israel di Bandar Gaza 23 Julai 2014. Photo: Reuters
SINGAPURA - Kerajaan Singapura menyandarkan AS $ 100,000 (S $ 124,000) untuk "usaha antarabangsa untuk meringankan krisis kemanusiaan" sebagai tindak balas kepada "Keadaan kemanusiaan yang mendesak" di Gaza, Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari ini.

 Kenyataan MFA berkata sumbangan akan dihantar melalui Persatuan Palang Merah Singapura, yang sudah bekerja dengan rakan-rakan antarabangsanya di kawasan yang terjejas untuk menyediakan bekalan bantuan segera seperti pakej kecemasan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan air dan alat-alat kebersihan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin melalui Biro Kebajikan UMNO ....Malaysia tidak ada Persatuan Bulan Sabit/ Palang Merah? 

Biaqpila

Biaqpila


LETUPAN BOM GEGAR PEKAN BETONG

Posted: 25 Jul 2014 10:14 AM PDT




Betong Thailand 25 Julai 14: Maklumat terkini..Satu kejadian letupan bom yg di letakkan dlm sebuah kereta telah meletup di depan hotel Holiday, Betong . kejadian berlaku jm 1630 ( waktu Thailand)Jumlah kematian dan kecederaan belum di pastikan lagi gambar tempat kejadian akan diusahakan .



SAAT RAMADHAN PERGI...

Posted: 24 Jul 2014 08:10 PM PDT





"Ramadhan akan pergi tanpa janji untuk bertemu kembali."

Hmm.. entahlah.. entah bagaimana hendak digambarkan perasaan hati ketika ini.


Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Ramadhan yang dipenuhi dengan kemuliaan, keberkatan serta keluasan rahmat daripada Allah bakal melabuhkan tirai. Pemergian Ramadhan sudah pasti dirindui oleh mereka yang merasai keindahan nikmatnya.

Allahuakbar.. terasa sayu hati tatkala mengenang kembali kehidupan dalam bulan Ramadhan.
Sememangnya, ramai orang tidak akan berpuas hati dengan kualiti amalannya. Ramai orang akan sentiasa merasa tidak cukup. Merasa tidak sempurna. Merasa kekurangan dalam setiap amalan.

"Adakah Ramadhan kali ini lebih baik atau lebih teruk berbanding sebelumnya?"

"Adakah amalan-amalan aku akan diterima?"

"Adakah dosa-dosaku sebelum ini sudah diampunkan?"

"Adakah diri ini menuju ke arah taqwa seperti yang diharapkan?"

Begitulah.. Macam-macam persoalan timbul apabila diimbau semula ibadah-ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadhan. Kadang-kadang perasaan risau juga datang menerjah diri. Terutamanya apabila teringat satu potongan hadis berkenaan orang yang paling celaka dalam bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Jibril ('Alaihissalam) telah membisikkan (doa) kepadaku. Katanya; 'Celakalah bagi orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampunkan'. Lalu akupun mengaminkan doa tersebut." [HR Al-Hakim]


Bayangkanlah… Rasulullah SAW sendiri mengaminkan doa Malaikat Jibril yang menyebutkan bahawa orang-orang yang keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan tidak mendapat keampunan daripada Allah adalah celaka. 



Aduhh.. alangkah ruginya..

Duhai diri.. ada secebis pesanan buatmu..

Mahukah diri kita dilabel celaka? mahukah?

Sudah pasti tidak.. Tidak ada sesiapa yang mahu meraih kecelakaan itu. Celaka dalam bulan yang mulia, Celaka kerana menolak tawaran pengampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun. 

"Semoga kita terhindar daripada kecelakaan itu.. amen.."

Bukankah galakan dan motivasi daripada Rasulullah SAW untuk memantapkan amalan selalu diperingatkan kepada kita ketika berada dalam bulan Ramadhan?

"Sesiapa yang mendirikan ibadah dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (Pengharapan agar amalan diterima), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu." 
[Riwayat Bukhari & Muslim]

Lihatlah.. lihatlah betapa luasnya ruang pengampunan yang telah dibuka buat kita semua. Khusus dalam bulan Ramadhan, Allah menjanjikan pengampunan terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan agar diri kita menjadi bersih. Bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Kita kembali kepada fitrah insani.
Adakah dosa-dosa kita sudah diampunkan?


Yakinlah.. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Yakinlah dengan pengampunan Allah itu kerana Allah menurut sangkaan hambaNya.

"Aku (Allah) menurut sangkaan hambaKu terhadapKu." [Hadis Kudsi, Jami' Al-Tirmidzi]

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ
 إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [39:53]

Jelasnya, semua orang mahu diampunkan. Tidak ada sesiapa yang mahu dilabel celaka. Termasuk diri  kita sendiri. Maka, marilah sama-sama kita buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla bahawa kita sangat mengharapkan Rahmat dan pengampunan daripadaNya.


Buktikan bahawa kita merupakan antara golongan hamba yang telah kembali kepada fitrah insani selepas menjalani tarbiyah Ramadhan.

Bagaimana?

Jadikanlah didikan serta amalan-amalan dalam bulan Ramadhan ini sebagai tarbiyah yang berterusan sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya. Berusahalah untuk hidup dengan amalan-amalan kebajikan sebagai bukti bahawa kita benar-benar bertaubat memohon keampunan Allah SWT.


وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَاباً 




"Dan sesiapa yang bertaubat dan mengerjakan amalan-amalan soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-sebenarnya." [25:71] 

Istiqamahlah dalam menjalankan ketaatan kepadaNya..


Mudah-mudahan segala amalan kita diterima dan mendapat redha daripadaNya.



"Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu."










~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~ 






adriariff

MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hadi sokong Khalid, PKR mahu penjelasan

Posted: 25 Jul 2014 04:17 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

"Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Mahfuz diminta mengulas laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.

Khalid bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan persetujuan PKR dan DAP agar Khalid ditukar dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apa strategi kalahkan bangsa Yahudi?

Posted: 25 Jul 2014 04:12 AM PDT

 Oleh MEJAR (B) MOHAMMAD QAYYUM A BADARUDIN  


 















KITA harus belajar dari bangsa Yahudi sendiri iaitu bangsa Palestin itu harus kuat, harus pintar, harus sabar dengan cara mengalah dan menyusun kekuatan, iaitu kekuatan peringkat dalaman, kekuatan ekonomi, kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan teknologi senjata, kekuatan melobi menjadi pengaruh besar di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, jika anda ingin membantu agar bangsa Palestin tidak tertindas, tidak ada lain kecuali empat perkara pokok itu harus dimulai dari sekarang untuk membolehkan Islam kita mengalahkan bangsa Yahudi.

Itupun dalam keadaan jika bangsa Yahudi itu berdiam diri, tidak terus berkembang.

Keempat-empat unsur penting itu adalah pertamanya ekonomi, keduanya teknologi perang, ketiganya melobi dunia dan keempat harus bersatu bersama-sama menghalang kekuatan sama ada dalaman atau dari luaran.

1. Mulai sekarang berjihad dan belajarkan dengan sekuat tenaga untuk menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi sampai tiba ketikanya kita dapat mengatasi bangsa Yahudi.

2. Mulai sekarang belajarlah ekonomi dunia, kuasailah segala sektor untuk kekuatan ekonomi, sektor industri, sektor komunikasi, sektor hiburan dalam ranga penguasaan ekonomi dunia. Mulailah belajar membuat filem yang mendidik dan bukannya merosakkan, menguasai jalur lebar media massa, media hiburan, olahraga dan sebagainya.

3. Buat teknologi perang, persenjataan lebih maju berbanding Amerika Syarikat, Eropah dan Yahudi.Buat roket yang canggih, pesawat tempur yang tidak boleh dikesan. Pasukan tempat yang tidak takut mati, teknologi satelit, geografi, radar dan sebagainya.

Buat sistem pertahanan berlapis, tahan peluru, tahan bom bahkan bom nuklear.

4. Mulai sekarang bersatulah dan jangan beralasan dan bersyarat. Tetapi bersatulah menyusun kekuatan dalam rangka strategi membuat bangsa Yahudi tidak berjaya. Kuasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan organisasi dunia untuk kita mempunyai kuasa memutus.

5. Tetap berdoa agar Allah berpihak kepada kita, sebab orang Yahudi juga berdoa. Bezanya doa kita pada Tuhan yang betul, yang telah mencipta alam ini dan segala isinya.

Abdul Khalid tidak akan berundur

Posted: 25 Jul 2014 04:06 AM PDT



Abdul Khalid (kanan) berbincang sesuatu bersama Sultan Selangor ketika Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa. Turut hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (kiri). Abdul Khalid (kanan) berbincang sesuatu bersama Sultan Selangor ketika Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa. Turut hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (kiri).
 
 
 
KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sekali lagi tidak akan berundur ataupun melepaskan jawatannya meskipun mendapat desakan pucuk pimpinan parti.

Adun Pelabuhan Klang itu turut berjanji dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk bekerja sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi sebaik sahaja mandat sebagai menteri besar berakhir.

"Saya sendiri sudah berkata kepada baginda tuanku untuk bekerja sebaik mungkin sehingga habis penggal...bahkan sudah keluarkan kenyataan sebelum ini bagi mana-mana pihak yang mahu saya berundur, kena patuh enakmen.

"Saya tegaskan, baginda tuanku memandang serius perkara ini dan yang paling penting baginda mahu pentadbiran yang amanah, teguh dan bertanggungjawab untuk rakyat Selangor," katanya yang enggan mengulas 'perbincangan' yang dibuat bersama Sultan Selangor pada majlis berbuka puasa semalam.

Terdahulu, Abdul Khalid mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

"PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian menteri besar.

"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

"Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar," katanya.

Malulah wahai pemfitnah Uncle Sim!

Posted: 25 Jul 2014 04:03 AM PDT


Sejak beberapa hari lepas, saya - dan saya percaya ramai orang lain juga - terima mesej berantai yang dihantar melalui Facebook apa yang didakwa sebagai kisah sebenar di sebalik insiden 'steering lock' membabitkan Kiki dan Uncle Sim di Kuantan tempoh hari.

Yang tidak sedapnya, mesej ini berbaur perkauman yang sangat kelat. Kononnya apa yang membuatkan Kiki marah hingga jadi begitu emosi, bukan sebab kereta Peugeot 208 CDM25 kesayangannya itu dilanggar tetapi kononnya kerana ada provokasi perkauman oleh Uncle Sim.

Gambaran diberi seolah-olah ada halimunan yang duduk bertenggek di tepi kereta itu pada masa kejadian. Dia dengar dan rakam. Apa yang didengar dan dirakam itulah kemudiannya disebarkan. Sebabnya, cerita itu detail dengan skrip yang teratur.

Bagi yang menerima, itulah cerita yang sebenar, lalu disebarkan pula tanpa ragu-ragu.

Kita mudah percaya kerana cerita itu ada provokasi perkauman, dan kita pun jadi emosi kerana percaya Uncle Sim telah menghina bangsa kita. Kita percaya kerana perkauman, bukan atas dasar kita pasti bahawa itu memang sesuatu yang benar!

Secara logik, saya tidak yakin Kiki akan minta maaf secara terbuka kalau apa yang didakwa dalam cerita yang disebar itu benar. Sebagai insan yang waras lagi berakal sudah tentu dia akan mempertahankan tindakannya, bercerita apa yang sebenarnya jika ada perkara hak yang dia nak pertahankan.

Ini persoalan maruah. Mengapa Kiki nak jatuhkan maruah sendiri dengan mengaku bersalah, mengamuk hanya kerana kereta dilanggar oleh seorang warga emas kalaulah dia tidak bersalah?

Orang bukan sahaja tidak akan mencemuh, malah dia mungkin akan dipuji jika benar mempertahankan diri daripada provokasi perkauman sebagaimana dakwaan yang disebarkan.

Tidakkah kita sedar, dengan menyebarkan mesej seumpama itu, kita hanya merendahkan lagi martabat dan pandangan orang terhadap Kiki sendiri?

Setelah dia meminta maaf secara terbuka, kita sebarkan pula satu cerita lain, lalu tindakan kita itu seolah-olah menidakkan kemampuan Kiki untuk berfikir dan menimbang apa yang betul. Kalau dia tidak bersalah ataupun bersalah atas sebab telah diprovokasi secara melampau, mengapa perlu dia minta maaf?

Satu perkara yang lebih besar, kenyataan warga emas itu, "saya orang Kristian, saya maafkan dia dan minta polis jangan hukum dia" secara tidak langsung sudah jadi tamparan bagi kita orang Islam.

Bulan yang mulia ini harus mempengaruhi kita untuk bersikap lebih baik. Malangnya, akhlak kita tidak seperti yang diajar oleh agama, dan sekarang kita tambah pula dengan menyebarkan fitnah atas perkara yang kita sendiri tidak pasti.

Tidak. Saya bukanlah mahu membela lelaki warga emas itu begitu sahaja tetapi oleh sebab mereka sesama mereka sudah saling memaafkan, mengapa kita pula yang mahu humban diri ke dalam neraka?

Saya percaya, dalam kalangan mereka yang menyebarkan mesej ini, sebilangannya adalah mereka yang dahulu membelasah Kiki di media sosial tanpa segan silu. Hari ini, orang yang sama juga tiba-tiba mahu jadi pembela dia No. 1.

Ya, hakikatnya ramai daripada kita yang jenis tidak berfikir panjang, tidak ambil kisah pasal undang-undang, apa lagi hukum-hakam.

Yang kita tahu, mahu berseronok jadi tukang karut tanpa memikirkan kesan daripada tindakan yang kita lakukan bukan sahaja boleh mendatangkan dosa, malah juga mungkin bawa masyarakat jadi huru-hara.     

Masakan tidak jika hal-hal sensitif yang berkait dengan perkauman disebarkan dan kita pun tahu, apa yang disebar melalui internet tidak akan mampu dikawal jika ia telah merebak, sama macam api. Kecil jadi kawan, apabila besar kita sendiri pun boleh terbakar!

Kita tidak akan dapat menjangka bahawa mesej seperti itu mungkin boleh membakar perasaan orang lain hingga terjadi pergaduhan.

Kerana itu, jangan main-main dengan hal yang seperti ini. Adat resam dan budi bahasa Melayu tidak mengajar kita untuk jadi serendah itu. Apa lagi ajaran Islam yang sentiasa mendidik kita untuk tetap menghormati sesama manusia, tidak kira yang Islam ataupun bukan.

Apakah kita anggap dengan memfitnah orang bukan Islam itu tidak berdosa?

Bagaimana jika ada yang percaya daripada sebaran tidak bertanggungjawab kita, sampai berdendam dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Uncle Sim?

Bukankah ini perbuatan yang jelas menganiaya?

Jangan rendahkan martabat ajaran agama kita. Jangan berdosa sesama manusia, jangan juga berdosa kepada ALLAH. Islam agama kita terlalu tinggi darjatnya sebagai agama yang hak di sisi ALLAH dan yang paling adil hukum hakamnya.

Berfikirlah saudaraku sekalian. Berdakwah melalui akhlak, jangan jadi assobiyah secara membabi-buta hingga orang bukan sahaja tidak hormati kita malah memandang rendah agama kita.

MAS masih terbang di ruang udara penuh konflik

Posted: 25 Jul 2014 03:57 AM PDT



Oleh Sonia Ramachandran


 Tragedi yang menimpa pesawat MH17 MAS pada 17 Julai lalu sememangnya satu kejadian malang tidak berbau. Namun seperti biasa, jari ditunding bagi menyalahkan pihak-pihak tertentu di dalam insiden itu.MAS yang malap selepas kehilangan MH370 kini dibelenggu tuduhan terbang di ruang udara di daerah bergolak sedangkan syarikat penerbangan lain mengambil laluan berbeza, demi menjimatkan bahan api.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri LiowTiong Lai menafikan tuduhan itu sambil berkata laluan yang digunakan mendapat kelulusan ICAO dan IATA.

Akhbar The Guardian bagaimanapun berkata syarikat penerbangan lain termasuk British Airways, Qantas dan Cathay Pacific mengelakkan ruang udara tersebut beberapa bulan sebelum ini.

Ramai yang mengutuk MAS kerana masih menggunakan ruang udara tersebut walaupun wilayah Crimea diisytihar tidak selamat oleh badan penerbangan AS dan Eropah.

Time pula melaporkan FAA Amerika Syarikat melarang pesawat negara itu terbang di ruang udara bergolak di Ukraine dan Russia namun bukan di kawasan MH17 dibedil peluru berpandu.

Tetapi, akhbar The Guardian melaporkan pada 3 April bahawa Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah mengeluarkan buletin keselamatan sempena Eurocontrol dan nasihat ICAO akan mengelakkan ruang udara Crimea di selatan Ukraine.

Ia menyebut bahawa FlightRadar24, sebuah laman sesawang, menunjukkan 100 pesawat dari 60 negara terbang di daerah yang sama dalam tempoh seminggu sebelum kejadian nahas itu.

Jadi memanglah MAS tidak wajar dipersalahkan kerana sama seperti syarikat lain, ia terbang di ruang udara Ukraine.

Namun MH17 terbang selepas dua pesawat Ukraine ditembak jatuh di situ.

Dan kini Reuters melaporkan MAS telah mengalih laluannya ke ruang udara di atas Syria (pada 20 Julai) selepas ruang udara Ukraine ditutup.

Di dalam tweetnya bagi mengulas berita penerbangan dari Kuala Lumpur ke London MH004 terbang di ruang udara Syria pada jam 1.20 tengahari, MAS berkata "laluan tersebut dibuat mengikut kelulusan ICAO."

"Mengikut Notis kepada Juruterbang yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Syria, ruang udara tersebut tidak ditutup. MAS berada di laluan yang mendapat kelulusan ICAO," ujarnya.

Reuters pula memetik FAA sebagai berkata ruang udara itu di antara yang paling ketat dan tidak digalakkan bagi pesawat AS, menurut notis pada Mei 2013.

Perang saudara di Syria masih berlanjutan dan telah mengorbankan 170,000 nyawa sejak 2o11.

Wajarkah MAS mengambil risiko itu atau ia perlu menggunakan laluan lain yang jauh sedikit?
-Sumber http://bm.theantdaily.com

Tukar MB: Ketiga-tiga parti perlu setuju

Posted: 25 Jul 2014 03:50 AM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


KAJANG - Persetujuan ketiga-tiga parti dalam PR penting dalam menentukan calon menteri besar kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil kira perkara berkenaan sebelum memberi perkenan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya salah satu parti tidak bersetuju maka calon yang dipilih tidak dapat memegang jawatan berkenaan.

"Untuk kefahaman masyarakat, semasa saya dicadangkan untuk dilantik menjadi menteri besar pada 2008, saya telah diminta oleh tuanku Sultan untuk bawa tiga surat dari PR.

"Tiap-tiap surat itu ditandatangani oleh Presiden PKR, Pas dan DAP. Selepas PRU13, saya juga menghadap Sultan Sharafuddin dan baginda menerima pelantikan saya bersama dengan surat dari Pas, PKR dan DAP," katanya selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri 2014 Peringkat Selangor di Plaza Tol, Sungai Balak, semalam.

Beliau berkata, pelantikan menteri besar ini bukan dibuat oleh satu parti saja tetapi oleh pakatan.

Abdul Khalid juga mengulangi pendirian bahawa pelantikan atau pengguguran menteri besar perlu dilakukan mengikut tatacara seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Apa pun, untuk mendapat jawatan menteri besar, ada peraturan dan enakmen yang perlu diikuti supaya pelantikan atau pengunduran menteri besar itu dapat dilakukan dengan tertib dan cermat," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad dan Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi membantah keputusan PKR yang mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid.

Menurut Iskandar, Pas Selangor mahupun Pusat tidak pernah memutuskan pertukaran Abdul Khalid dengan Wan Azizah.

Sidang media Majlis Presiden PR kelmarin memaklumkan menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor yang mencalonkan Wan Azizah.

Pas dan DAP juga akan membawa cadangan ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan keputusan akan dimuktamadkan selepas Aidilfitri.

Hadi: Tiada pengkhianatan, Khalid perlu kekal

Posted: 25 Jul 2014 03:41 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu mengadakan sidang media berhubung sokongannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya di Rusila di Marang, hari ini. - Foto Bernama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu mengadakan sidang media berhubung sokongannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya di Rusila di Marang, hari ini. - Foto Bernama


MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-ALLAH itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi Pas bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.
  
Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada PRU13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.
 
Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid  dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. - Bernama

Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Pesawat MH370 Adalah Konspirasi Peringkat Tertinggi & Permainan Pengganas Bertaraf Dunia?

Posted: 25 Jul 2014 12:47 AM PDT

 


MH370 Mahathir


Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dinafikan figura politik yang gemar membaca dan menganalisa setiap laporan, topik mahupun isu semasa yang berbangkit di Malaysia.

Berita Semasa boleh katakan di sini….Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang terbaik daripada sudut berkata-kata dan hujah yang cuba disampaikan kepada media. Semuanya kerana "ilmu" dan sikapnya yang suka membaca. Ada benarnya dan ada juga "kurang tepat"
Siapa sangka sebuah kapal terbang sepanjang 63 meter boleh hilang begitu sahaja tanpa khabar berita sehingga ke hari ini setelah 4 bulan berlalu setelah aspek teknikal dan faktor manusia digunakan. Tiada langsung.
  • Meletup pun tidak
  • Samada dirampas pun tidak pasti
  • Terhempas pun bukan
  • Tetapi hilang…..hilang di mana sehingga ke hari ini tiada lokasi yang spesifik dan petunjuk yang lebih meyakinkan
  • Bangkai pesawat dan serpihan pesawat Mh370 apatah lagi, jauh sekali untuk dijumpai
  • Semuanya bertitik tolak kepada kemungkinan, mungkin, mungkin dan mungkin
  • Dan kapal terbang MH370 terus kekal misteri

Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Analisa Tun Mahathir?

Misteri Kapal Terbang MH370


Sangat tidak logik bunyi tetapi seluruh dunia umumnya dan industri perbengan dunia telah pun tercacat sejarah di mana pesawat MH370 telah hilang "di dunia" walaupun Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan MH370 telah "berakhir" lautan Hindi (SEPERTI DI SINI). Tetapi masih ramai lagi yang masih sangsi dan sukar untuk mempercayainya. Termausklah Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia
  1. Tun Dr Mahathir ada bertanyakan kepada pakar-pakar penerbangan dunia, semuanya tidak pasti status misteri pesawat MH370
  2. Malah Tun Mahathir sangat yakin pesawat MH370 sebenarnya tidak terhempas pun tetapi Tun Mahathir mengatakan kemungkinan besar Agensi Pusat Perisikan CIA dan syarikat Boeing yang bertanggungjawab dalam tragedi MH370 kali ini
  3. Tun Mahathir mengatakan sesuatu yang membazir wang dan masa mencari kononnya serpihan pesawat Mh370 di lautan Hindi
  4. Tun Mahathir mengatakan sebenarnya pesawat MH370 telah disembunyikan pada ketika ini di suatu lokasi yang tidak diketahui yang mana identiti dan logo MAS telah dibuang
  5. Tun Mahathir mengatakan ada kemungkinan CIA telah "merampas" kawalan kapal terbang MH370 Malaysia Airlines dari jarak jauh sehingga menyebabkan penerbangan autopilot MH370 telah terganggu di udara
Tun Mahathir merasakan pesawat MH370 yang berada jauh di udara pasti akan turun ke permukaan muka samada berjaya mendarat dengan selamat ataupun terhempas, bukannya hilang begitu sahaja tanpa petunjuk dan khabar berita

Apatah lagi dengan sistem komunikasi yang berteknologi tinggi, radio, satelit pengesan dan kamera perakam yang mampu merakam diseluruh pelusuk dunia sepanjang masa dengan jelas pada kapasiti yang besar lebih-lebih melibatkan peralatan tentera termasuk mengesan siapa yang mahu membangunkan teknologi nuklear, bom dan pasang roket

Di zaman ini tidak boleh sembunyi.

Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Laporan FlightGlobal

 

Kapal Terbang MH370 HilangDan mengejutkan, apabila berdasarkan laporan artikel Flightglobal.com oleh John Croft pada 1 Disember 2006 telah menunjukkan di sini :
  • Boeing telah mendapat paten teknologi yang mana mereka boleh pasangkan paralatan pada sesuatu pesawat upaya boleh mengambil alih kawalan kapal terbang dari jarak jauh daripada juruterbang. Juruterbang tidak boleh buat apa-apa
  • Penerbangan autopilot yang dinyahaktifkan samada oleh juruterbang ataupun "daripada jarak jauh" oleh agensi-agensi berkaitan termasuklah Agensi Pusat Perisikan andaikata terdapat pengganas yang cuba mengambil kawalan terhadap penerbangan sediaadake lokasi pendaratan yang telah ditetapkan
  • Bermakna, juruterbang pesawat hari ini boleh hilang kawalan di udara secara "tiba-tiba" atas arahan "peringkat tertinggi" atas "sebab-sebab tertentu".

Lagi Dokumen Flight Global

 

Tun Mahathir menegaskan di zaman moden dan canggih hari ini, kapal terbang sebenar 63 meter tidak boleh hilang sama sekali tanpa siapa tahu, mustahil.
  • Yang mana semua penerbangan telah direkod oleh satelit yang bukan milik Malaysia, di mana ke mana pesawat ini. Tetapi malangnya kita tidak dimaklumkan mengenai rekod tersebut
  • Andaikata pesawat MH370 jatuh terhempas di Lautan Hindi sekalipun, tidak dapat tidak pesawat MH370 mesti pecah terdapat serpihannya pada bahagian tertentu
  • Masakan pesawat jatuh terhempas dan terbenam ke dasar laut tanpa meninggal sebarang serpihan sekalipun? Kita hidup di zaman apa sekarang ini? 20an, 50an 70an, 90an?
Berita MH370 CIA

 

Punca Pesawat MH370 Menjadi sasaran?

 

  • Tun Mahathir tidak mahu komen lanjut mengenai persoalan tersebut kerana beliau tidak pasti dan tidak tahu. Tetapi yang menarik Tun Mahathir ada membidas kalangan yang menuduh Kapten Zaharie kerana Tun Mahathir sama sekali tidak percaya tuduhan seperti itu. (BUKTINYA DI SINI)
  • Walaubagaimanapun, Tun Mahathir merasakan situasi di dalam kokpit cukup genting pada waktu kejadian yang mana besar kemungkinan Kapten Zaharie dan Co Pilot telah mati. Besar kemungkinan
  • Manakala krew kapal terbnag Mh370 yang lain trmasuk penumpang "sudah tiada upaya lagi"
Gambar MH370 Terkini


Tun Mahathir pada mulanya merasakan tragedi Mh370 adalah kemalangan biasa, jatuh dan terhempas ke dalam laut. Tetapi apabila keluarnya laporan rasmi yang mengatakan MH370 telah belok ke kiri dan berpatah balik merentasi pula Semenanjung Malaysia dan "berakhir" dan hilang di Lautan Hindi" tanpa apa-apa petunjuk yang lebih meyakinkan. Tambahan pula pesawat MH370 "memilih" untuk Lautan Hindi lokasi yang cukup misteri dan mencabar. Jadi adalah sangat tidak munasabah plot cerita tragedi MH370 yang diberitahu kepada umum ketika ini

Tun Mahathir menegaskan sekali lagi tragedi Mh370 adalah permainan "licik" pengganas bertaraf dunia. Sekarang ini Malaysia dibebankan pula dengan nahas MH17 (KLIK SINI)

P/S : Di zaman ini sebuah pesawat MH370 yang sebenar 64 meter yang membawa 239 orang boleh hilang di dunia begitu sahaja adalah tidak munasabah

PP/S : Tragedi Air France di Lautan Atlantik, Airbus menawarkan 16 juta Euro untuk operasi membantu manakala Boieng untuk tragedi MH370 hanya mampu diam membisu.

PPP/S : Hakikatnya, hari ini bukan sahaja duit syiling yang jatuh bawah kerusi boleh hilang tetapi misteri kehilangan MH370 telah membuktikan bahawa ia "mampu terjadi dan telah berlaku"


MH17: Dua menteri dilantik urus jenazah

Posted: 25 Jul 2014 12:38 AM PDT

BERNAMA


PELABUHAN KLANG: Kerajaan bersetuju melantik dua menteri bagi mengendalikan proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dua menteri berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi jenazah Islam manakala Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam.

Selain itu katanya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula dilantik bagi menguruskan waris jenazah berkenaan.

"Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan menteri ini akan bermesyuarat untuk membincangkan kaedah sesuai dalam pengurusan jenazah. Ini tidak termasuk menteri lain seperti (Menteri Luar) Datuk Seri Anifah Aman dan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut sama menyumbang dalam isu ini.

"Angkatan Tentera Malaysia pula diberi tanggungjawab dari sudut adat istiadat ketenteraan untuk menyambut jenazah tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar bersama Pegawai Kanan ATM dan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kapal KD Mahawangsa di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Khamis lepas, pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan timur Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Pesawat itu dilaporkan berlepas pada 12.15 tengah hari waktu Belanda dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi Jumaat.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata walaupun negara sedang dihimpit tragedi pesawat MH17, namun usaha mencari serta mengesan kehilangan pesawat MH370 yang sejak Mac lepas masih diteruskan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerjasama kerajaan dengan negara China dan Australia dalam pencarian pesawat MH370 masih diberi perhatian khusus sehingga ia berjaya ditemui semula. - BERNAMA

Palang besi: DBKL kejam terhadap warga miskin kota

Posted: 25 Jul 2014 12:36 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Dapur Jalana mengecam tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membuat pemasangan palang besi di bangku-bangku awam sekitar ibu negara.



Dalam satu kenyataan pihaknya berkata, tindakan tersebut adalah kejam dan tidak bertimbang rasa serta satu bentuk serangan baru pemerintah terhadap warga miskin kota.

Menurut mereka, DBKL sepatutnya menghormati semangat perundingan yang sedang berjalan antara organisasi-organisasi yang prihatin tentang warga miskin kota termasuk Dapur Jalanan Kuala Lumpur dengan Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.

Jelasnya mesyuarat sudah diadakan dua kali serta masuk ke peringkat merangka penyelesaian.

Pertemuan secara terus di antara pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan komuniti warga miskin kota sedang dirancang, ujarnya.

"Masalah timbul kerana tindakan DBKL itu membelakangi semangat perundingan dan perbincangan.

"Tindakan agresif memasang palang besi di bangku-bangku awam ini juga telah mensabotaj usaha semua pihak dalam mencari penyelesaian isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.," kenyataan itu dipetik. - HARAKAHDAILY

Dividen hak semua, Felda jangan hukum peneroka

Posted: 25 Jul 2014 12:35 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan pembayaran dividen serta duit raya kepada peneroka yang terlibat menyaman agensi itu.

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Felda tidak boleh menggunakan pemberian dividen itu sebagai sejata untuk menekan peneroka.

"Dividen adalah hak semua pemegang saham yang termasuk peneroka manakala bantuan duit raya diberi atas semangat perayaan agama," katanya dalam satu kenyataan.




Semalam seramai 20 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan ekoran dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.

Mereka adalah sebahagian daripada lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sebagaimana sepatutnya, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahawa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Mengulas lanjut Maria berkata, sabiknya Felda mengadakan perbincangan dengan peneroka yang tidak berpuas hati dengan mereka dan bukannya menyekat dividen dan bantuan duit raya seperti yang dilakukan sekarang ini.

"Felda kelihatan cenderung untuk menghukum peneroka ini dan menjadikan mereka contoh kepada yang lain bahawa perkara sama boleh menimpa kepada mereka yang mencabar Felda," katanya lagi. - HARAKAHDAILY

Khalid: Lantik MB baru bukan kerana 'satu pihak'

Posted: 25 Jul 2014 12:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengendahkan tekanan agar beliau berundur dari jawatan menteri besar Selangor dan bertegas bahawa jawatan tersebut hanya boleh dilantik dengan persetujuan semua pihak.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya Selangor di Kajang petang tadi, Khalid berkata pelantikan  menteri besar tidak harus menurut pendapat "satu pihak sahaja."

"Untuk melantik menteri besar, bukan berdasarkan keputusan satu kumpulan sahaja tapi pelbagai kumpulan.

"Sultan perlu terima keputusan semua, baru boleh jadi menteri besar," katanya.

Katanya, perkara itu boleh dilihat apabila semua pihak mencadangkan namanya apabila beliau dilantik ke jawatan tersebut, selepas pilihan raya umum ke-12.

"Sultan turut meminta (semua komponen) Pakatan Rakyat untuk buat surat bersetuju pelantikan saya," kata beliau.

Kenyataan itu timbul memandangkan Pakatan sendiri masih belum sependapat untuk menyokong calon penggantinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tentangan itu disuarakan seorang pemimpin PAS Selangor yang memberi alasan, PKR menunjukkan sikap "kurang hormat" kerana tidak memaklumkan usul tersebut kepada merea.

Ia berbeza dengan sikap DAP yang sepakat agar Wan Azizah menggantikan Khalid sebagai kesinambungan pada "Langkah Kajang".

Sementara itu, Khalid ketika ditemui pemberita hari ini turut ditanya sekali lagi mengenai cadangan untuk mengemukakan usul tidak percaya di DUN untuk membolehkan beliau disingkirkan.

"Saya dah kata sebelum ini saya akan mengikut lunas undang-undang. (Ada) enakmen-enakmen yang perlu diikuti kerajaan negeri Selangor sebab ada beberapa tatacara yang perlu dilakukan," kata beliau.

Khalid sebelum ini bertegas bahawa beliau akan kekal berkhidmat sebagai menteri besar untuk penggal ini.

'Air Algerie terhempas, tiada rakyat M'sia terbabit'

Posted: 25 Jul 2014 12:25 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers semalam.
  
Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
  
"Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya di ibu negara hari ini.
  
Agensi berita Xinhua melaporkan penerbangan AH5017 membawa 110 penumpang dan enam anak kapal hilang dari skrin radar setelah 50 minit berlepas dari Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso menuju ke Algiers, Algeria.
  
Pesawat itu hilang semasa terbang di Wilayah Gao, Mali kira-kira 500 km dari selatan sempadan Algeria, menurut laporan itu.
  
Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra mengesahkan pesawat itu terhempas di negara jiran, Mali.  
-Bernama

Felda tidak boleh tahan dividen, kata NGO

Posted: 25 Jul 2014 12:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


KINIBIZ Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak boleh memilih dan memutus peneroka untuk menerima dividen kerana undang-undang syarikat di Malaysia menetapkan semua pemegang saham mesti dilayan sama rata, kata NGO Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).

"Setiap pemegang saham daripada kelas yang sama perlu dilayan dengan sama rata, termasuk bayaran dengan jumlah yang sama bagi dividen sesaham," Ketua Pegawai Eksekutif MSWG Rita Bushon melalui emel kepada KiniBiz.

"Selagi mereka merupakan pemegang saham yang sah, dividen tidak boleh ditahan," tambahnya.

Beliau mengulas keputusan Lembaga Pengarah Felda bahawa peneroka yang menyaman agensi tanah itu tidak akan mendapat dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan wang saguhati hari raya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, seorang jurucakap bahagian komunikasi korporat Felda menjelaskan dividen yang tidak diberikan itu adalah dividen dari tabung amanah peneroka.

"Ini bukan kepada pemegang saham berdaftar. Ia adalah daripada tabung amanah peneroka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini.




Laporan tambahan oleh Abdul Rahim Sabri

DAP hilang sabar, mahu MB ditukar

Posted: 25 Jul 2014 12:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP sedia memberi sokongan penuh kepada "siapa sahaja" calon menteri besar yang dicadangkan oleh PKR, tidak kira sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau pemimpin PKR lain, selepas hilang sabar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malaysiakini difahamkan DAP Selangor telah sampai ke satu peringkat di mana mereka terlalu kecewa dengan kepimpinan Khalid di mana mereka tidak lagi membezakan sama ada untuk memilih Wan Azizah atau pemimpin PKR lain yang dikatakan mahu kepada jawatan itu, Azmin Ali.

"Kamu sampai kepada satu peringkat di mana kamu tidak boleh berkomunikasi lagi dengan MB," kata pemimpin kanan DAP peringkat bahagian kepada Malaysiakini.

Pemimpin itu mendakwa Khalid yang juga ADUN Pelabuhran Klang tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan melihat perbezaan pandangan yang berbeza sebagai satu masalah.

Pemimpin DAP itu mendakwa Khalid mahu semua pihak mengikut caranya berhubung isu lebuhraya Kidex dan meyifatkan hanya beliau seorang sahaja yang mampu berfikir mengenainya.

Ambiga: Hati-hati keluar kenyataan, Tun Hamid

Posted: 25 Jul 2014 12:18 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga mengingatkan bekas ketua hakim Tun Abdul Hamid Mohamad supaya mengawal kemarahan ekoran kenyataannya yang mendakwa Islam terancam di Pulau Pinang.

Ambiga, peguam yang mengetuai NGO Negara-Ku, berkata hakim mesti berhati-hati mengeluarkan kenyataan sekalipun selepas bersara kerana ia boleh memberi kesan terhadap badan kehakiman.

Bercakap selepas menyampaikan ucapan dalam satu forum di Pulau Pinang, Ambiga, bekas pengerusi bersama BERSIH, berkata sekalipun selepas hakim bersara, mereka diharap dapat mengurus diri mengikut cara yang tertentu.

"Mereka perlu melakukan (hal) ini supaya ia tidak beri kesan buruk terhadap badan kehakiman

"Ia seperti peraturan tidak bertulis tetapi di negara-negara lain, mereka sebenarnya mempunyai garis panduan itu," katanya bagi mengulas mengenai kenyataan Hamid itu.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang menolak dakwaan bekas ketua hakim negara dengan menyifatkannya sebagai "karut sama sekali, tidak berasas dan banyak bergantung kepada khabar angin".

Umno Selangor mahu Khalid kekal MB

Posted: 25 Jul 2014 12:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Umno Selangor berpendirian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar ketika PKR nekad mahu menukarnya dengan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Kata Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias, peralihan kuasa yang ingin dilaksanakan PKR jelas bahawa parti itu hanya mementingkan kuasa semat-mata.
 
"Orang ramai sudah menerima Khalid (sebagai menteri besar). Jadi demi pembangunan, dia perlu teruskan.
 
"Krisis ini menunjukkan ramai dalam PKR yang hanya berminat dengan kuasa," kata  sebagaimana dilaporkan oleh The Star hari ini.
 
Tambahnya sebelum ini Khalid pernah menegaskan ini adalah penggal terakhirnya meneraju Selangor.
 
"Ketika dia dipilih memegang jawatan itu, dia dipuji tetapi tidak sampai setahun, mereka mahu menggantikan dia.
 
"Dalam apa kes pun, kita akan teruskan kerja kita sebagai pembangkang," jelasnya.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media malam kelmarin memaklumkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan untuk melantik presiden PKR Dr Wan Azizah menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.
 
Ia kemudiannya dibawa kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang kemudiannya diputuskan oleh PAS dan DAP untuk dibincangkan dengan parti masing-masing sebelum memuktamadkannya.
 
Khalid mula mendapat tekanan semenjak PKR melancarkan Langkah Kajang MAC lalu bagi membolehkan Anwar menggantikan Khalid sebagai menteri besar namun niat itu gagal apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.
 
Kini, Dr Wan Azizah yang memenangi kerusi Kajang dicadangkan oleh PKR menggantikan Khalid sebagai kesinambungan Langkah Kajang itu.

Angkat berat sumbang pingat pertama

Posted: 25 Jul 2014 12:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GLASGOW: Atlet angkat berat Mohd Zulhelmi Pisol membuat kejutan apabila muncul sebagai penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow semalam.
 
Atlet pelapis berusia 21 tahun itu meraih pingat perak bagi kategori 56kg dengan jumlah angkatan 245kg di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint.
    
Atlet berasal dari Pulau Pinang itu membuat angkatan snatch 108kg dan clean and jerk seberat 137kg. Dua atlet dari India Sukhen Dey dan Ganesh Mali, masing-masing meraih pingat emas dan gangsa.
    
Sukhen melakukan angkatan seberat 248kg yang melibatkan snatch 109kg dan clean and jerk 139kg manakala Ganesh pula 244kg dengan angkatan snatch 111kg dan clean and jerk 133kg.
    
Mohd Zulhelmi ketika ditemui berkata beliau sangat teruja selepas berjaya meraih pingat pada penampilan pertamanya di Sukan Komanwel.
    
"Saya masih baru dalam kejohanan besar seperti ini, jadi memang sudah menjangkakan saingan sengit daripada atlet-atlet senior.
    
"Namun saya masih tidak berpuas hati dengan angkatan clean and jerk sebab saya pernah melakukan angkatan seberat 140kg ketika berlatih," katanya kepada pemberita.
    
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau memuji semangat dan kesungguhan atlet muda seperti Mohd Zulhelmi yang tidak mudah putus asa untuk bersaing dengan barisan atlet berpengalaman pada kejohanan berprestij itu.
    
"Pada awal angkatannya Mohd Zulhelmi ketinggalan, namun saya puji beliau bersemangat untuk bangkit dan meraih pingat buat negara, saya juga percaya atlet angkat berat yang lain mampu menyumbang pingat emas dalam saingan seterusnya nanti," kata Khairy. - Bernama

PM Ukraine letak jawatan

Posted: 25 Jul 2014 12:06 AM PDT

Post Pic

 ANTARAPOS.COM
 
 
DONETSK: Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan pada Khamis malam.
 
Pengumuman mengejutkan itu dibuat selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.
 
Keputusan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak.
 
Pada ketika ini pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat Penerbagan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh 17 Julai lalu.
 
Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.
 
Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.
 
Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.
 
Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.
 
Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia.

Bayi antara 15 maut dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah

Posted: 25 Jul 2014 12:04 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza semalam.
 
Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera dalam kejadian tersebut.
 
Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang.
 
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa serangan, tetapi seorang wartawan AFP yang berada dekat rumah mayat berkata, mayat-mayat yang tiba dari tempat kejadian termasuk seorang ibu dan bayinya yang berusia setahun.
 
Ia merupakan insiden terbaharu membabitkan serangan Israel yang menyasarkan sekolah dan hospital di wilayah Palestin, dengan jumlah kematian dalam serangan militan Gaza sejak 17 hari lalu mencecah lebih 770 orang.
 
Sementara itu, seorang pegawai PBB mengesahkan beberapa orang maut dan cedera di sekolah di Beit Hanun, yang digunakan sebagai pusat perlindungan beratus-ratus rakyat Palestin. - AFP

MH17: K'jaan negeri juga batal rumah terbuka Aidilfitri

Posted: 25 Jul 2014 12:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kerajaan-kerajaan negeri turut membatalkan atau menangguhkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri 2014, ketika negara diselubungi kesedihan dengan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.
  
Pembatalan atau penangguhan itu juga selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 yang diumumkan pejabat Perdana Menteri semalam.
  
Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.
  
Walaupun seluruh negara sedang bersedih atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.
  
Majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi perlulah bersederhana dan penuh tertib.

Pesawat MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, terhempas di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai. Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Di JOHOR BAHARU, rumah terbuka Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sepatutnya diadakan pada 1 Syawal di kediaman rasminya di Saujana telah ditangguhkan ke 3 Ogos.
  
Mohamed Khaled menerusi twitternya berkata majlis itu diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang mulai  11 pagi hingga 3 petang.
  
"Keputusan ini dibuat bagi menghormati kejadian yang menimpa pesawat MH17," katanya.
  
Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengumumkan kerajaan negeri telah mengambil keputusan menangguhkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dijadualkan pada 1 Syawal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
  
Sebaliknya, beliau menerusi kenyataan hari ini berkata majlis itu akan diadakan pada 9 Ogos di tempat yang sama bermula pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.
  
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Seri Iman yang dijadualkan 1 Syawal turut dibatalkan.
  
Di LABUAN, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rosman Isli berkata Rumah Terbuka Aidilfitri Labuan dibatalkan atas arahan Kementerian Wilayah Persekutuan selaras dengan keputusan Kabinet.
  
Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan setiap tahun oleh Perbadanan Labuan dengan dihadiri semua lapisan masyarakat.
  
Di SEREMBAN, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dijadualkan pada 1 Syawal di perkarangan Dewan Undangan Negeri dibatalkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
  
Bagaimanapun, katanya rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, pada 2 Ogos akan diadakan mengikut jadual dari 10 pagi hingga 5 petang.

Malaysia Sudah Mewah, Masih Perlu Belajar Dari Indonesia?

Posted: 24 Jul 2014 11:59 PM PDT


jokowi



WAN HAMIDI


Apabila disebut perkataan Indonesia, yang timbul dalam fikiran kita biasanya adalah: pembantu rumah, pekerja asing, percutian di Bali atau Medan atau Bandung, kesesakan lalu lintas di Jakarta, dan "kacau-bilau" politik.

Tidak ramai antara kita yang mengaitkan Indonesia dengan budaya ilmu, kesenian dan kesusasteraan, sejarah tamadun, kematangan politik sejak awal abad lalu dan keberanian serta kesungguhan menentang penjajahan dan kejayaan mencapai kemerdekaan melalui perjuangan revolusi.

Malah tidak ramai antara kita yang sedar rukun negara Indonesia yang digelar Pancasila, atas prinsip Bhinneka Tunggal Ika (bersatu walau berbeza), sedikit-sebanyak memastikan tidak wujud ketuanan mana-mana kaum atau agama, walaupun 90% penduduknya adalah umat Islam.

Kita sudah mewah?

Apakah kita orang Malaysia sudah merasa diri serba cukup, serba kaya dan serba mewah yang hanya melihat Indonesia sebagai sebuah negara miskin yang cuma mampu mengeksport buruh dan pembantu rumah ke negara kita?

Apakah kita orang Malaysia menjadikan "kemewahan" kita (kerana mampu menggajikan pembantu rumah) sebagai kayu ukuran tidak ada apa yang boleh kita pelajari dari negara jiran kita itu walaupun ia kaya dengan sejarah, budaya dan tamadunnya?

Atau apakah kita sebenarnya masih leka hidup dalam dunia sempit ciptaan pentadbir yang bernama Barisan Nasional di mana kita tidak sedar minda kita dikongkong melalui:
  • Kawalan ketat ke atas media massa yang memerlukan lesen dan permit, dan sentiasa dipantau badan pengawas bernama Kementerian Dalam Negeri
  • Kawalan ketat ke atas sekolah, maktab, kolej dan universiti yang mana propaganda Barisan Nasional yang dikuasai Umno yang mewarisi politik penjajah Inggeris (pecah perintah mengikut kaum dan agama) dijadikan nadi pendidikan;
  • Kawalan ketat ke atas agama yang dijadikan hegemoni untuk menguasai kaum majoriti dan menakutkan kaum-kaum minoriti melalui hegemoni Umno dalam agensi pentadbir, mahkamah dan pelbagai aparatus pentadbir.
Mungkin semua atau sesetengah andaian ini menjadikan kebanyakan orang Malaysia angkuh sehingga tidak sedar Indonesia sebagai jiran terdekat mampu menawarkan sedikit sebanyak pengajaran dalam kehidupan sosial dan politik.

Memang Indonesia bukan sempurna. Memang Indonesia punya seribu masalah seperti Malaysia. Memang kacau-bilau berlaku di Indonesia seperti mana ia berlaku di banyak negara lain.

Berkongsi sejarah hitam

Memang benar Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah hitam masing-masing. Malah hingga hari ini kalangan pemimpin politik kedua-dua negara juga terpalit dengan korupsi, rasuah dan salah guna kuasa.

Daripada segi diskriminasi kaum, misalnya, Indonesia mempunyai rekod buruk terhadap minoriti kaum Cina yang sering menjadi kambing hitam apabila republik itu dilanda krisis besar. Malah diskriminasi itu menjadi ganas dengan pembunuhan dan perogolan beramai-ramai terhadap kaum Cina seperti yang berlaku dalam krisis politik 1965 dan 1998.

Malaysia juga mengalami masalah yang sama walau ada bezanya apabila kepimpinan Umno yang kini semakin kukuh menguasai pentadbiran kerajaan melihat kaum Cina dengan penuh curiga.

Walapun tiada kes keganasan yang teruk seperti di Indonesia, diskriminasi yang bersifat institusi terus dilaksanakan dalam pelbagai sektor termasuk pentadbiran awam, sekolah, maktab, kolej dan universiti, syarikat berkaitan kerajaan dan sebagainya.

Namun, di Indonesia semakin ramai pemimpin politiknya sedar diskriminasi kaum atau agama hanya akan menghancurkan masyarakat. Dengan itu banyak langkah diambil kerajaan Indonesia selepas Reformasi 1998 untuk mengembalikan hak kaum Cina yang disekat dan dikawal sejak merdeka.

Sebaliknya di Malaysia, kerajaan Umno-BN membiarkan saja anasir perkauman terus-menerus mengugut dan mengancam masyakarat Cina dan kaum bukan Melayu di negara ini, termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Begitu juga sejarah hitam komunisme di mana Malaysia dan Indonesia sama-sama mengalaminya walaupun dengan pengalaman amat berbeza. Yang berbeza adalah jumlah korban. Yang menjadi persamaan ialah keadaan di mana kedua-dua kerajaan menggunakan aparatus negara, khususnya media massa dan agensi pentadbir, untuk membasuh otak rakyat supaya membenci komunisme, sosialisme dan apa-apa bentuk politik yang dianggap kiri.

Bukan isu ideologi tapi masalah tutup minda

Namun begitu ini bukan soal ideologi atau sistem komunis itu sendiri. Ini adalah kerana soal ideologi dan sistem politik boleh ditangani melalui dialog, wacana atau debat. Yang menjadi isu besar ialah penyalahgunaan kuasa kerajaan mempergunakan wang rakyat dan hasil sumber negara untuk menyebarkan propaganda serta menutup segala ruang diskusi dan perbincangan.

Dengan itu, lebih setengah abad lamanya minda rakyat tertutup daripada perbincangan untuk mencari kebenaran tentang tuduhan dan progapanda. Ini bererti ia melahirkan generasi yang malas berfikir dan hanya percaya kepada propaganda; malah pada hari ini propaganda tentang kaum dan agama mudah diterima tanpa banyak soal kerana rakyat sudah lama dididik sejak sekolah untuk menerima tanpa mempersoalkan apa-apa.

Ada orang menyebut fenomena ini sebagai proses pembodohan rakyat, iaitu jika rakyat bodoh maka mudah kerajaan menguasai minda mereka. Mungkin kata-kata itu terlalu keras dan menghiris hati sesetengah pihak. Namun bagi kebanyakan pemikir Indonesia, ia perlu keluar dari tempurung pembodohan untuk membuka semula minda rakyat.

Jika orang Malaysia, khususnya mereka yang berkuasa, walau daripada parti politik mana sekali pun, sedar Indonesia yang kaya dengan budaya pelbagai kaum dan agama sedang gigih berusaha untuk keluar dari acuan politik lama yang korup serta tidak bebas, ia patut menjadi teladan yang baik.

Tidak ada gunanya jika orang Malaysia bangga dengan "kemewahan" harta dan wang ringgit tetapi miskin dengan akal budi. Malah, di kalangan orang Malaysia sendiri sudah sedar sikap bodoh sombong akan membinasakan diri pada suatu masa kelak.

Kesan pemilihan Jokowi sebagai presiden Indonesia

Dalam hal ini, walaupun ramai antara kita yang mungkin tidak peduli dengan pemilihan presiden Indonesia, ia sebenarnya sentiasa memberi kesan kepada Malaysia sebagai rakan serantau.

Pasangan Joko Widodo – Jusuf Kalla yang dilihat sebagai gandingan progresif konservatif diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pemilihan tersebut. Jokowi, gelaran popular singkatan namanya, dilihat sebagai pemimpin yang bakal memberi harapan baru untuk Indonesia agar terus maju, bukan saja ekonomi tetapi juga membasmi korupsi dan mengukuhkan masyarakat sivil.

Mungkin harapan ini akan dituduh sebagai khayalan tetapi Jokowi terbukti berjaya sebagai Gabenor Jakarta; lebih banyak bekerja daripada bercakap dan bersih serta bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Rakyat Indonesia menolak pasangan lawan Prabowo Subianto – Hatta Rajasa kerana melihat mereka sebagai gandingan konservatif yang mungkin mahu mengembalikan Indonesia kepada politik lama di mana "kerajaan tahu apa yang baik untuk rakyat, jadi rakyat jangan cabar pemerintah". Lagi pula Prabowo sebagai bekas jeneral tentera yang pernah melanggar hak asasi manusia tanpa segan silu mempolitikkan agama sepanjang kempen pilihan raya presiden tersebut.

Sudah tentu kemenangan Jokowi tidak bererti ia akan menjadi jalan mudah memulihkan kegawatan yang dialami Indonesia. Hidup ini bukan hitam putih, ia dipenuhi dengan ruang kelabu, apatah lagi politik yang sering memerlukan kompromi. Beliau perlu mengimbangkan sokongan yang diterimanya daripada golongan kapitalis dan pekerja, daripada NGO liberal dan NGO agama serta nasionalis, daripada golongan muda dan tua.

Memang tidak dinafikan sukar untuk mana-mana presiden Indonesia menjaga kemaslahatan 250 juta penduduk dalam sebuah negara yang penuh konflik politik serta sejarah silam yang masih menghantui rakyat sehingga ke hari ini. Namun ia bukan alasan untuk tidak berusaha memulihkan keadaan.

Perlu timba idea dari Indonesia?

Zaman pasca-Reformasi yang menjatuhkan pemerintahan autokrasi Suharto pada 1998 kini mekar berkembang melalui proses demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan media. Memang banyak cacat celanya tetapi banyak juga hasil kejayaannya berbanding negara yang lebih "mewah" yang masih mengongkong rakyat dengan menganggap rakyat sebagai kanak-kanak.

Jumlah populasi Indonesia sudah suku bilion orang. Penduduk Malaysia tidak sampai 30 juta, itu pun sudah dikira masuk warga asing yang entah macam mana mempunyai kad pengenalan Malaysia, terutamanya di Sabah. Maksudnya dalam kebanggaan orang Malaysia dengan kemakmuran ekonomi, sistem pentadbiran negara masih tidak bersih dan dicemari korupsi.

Ini bukan soal negara siapa lebih baik. Ia cuma melontar satu daripada ratusan idea kepada kita yang mahu Malaysia menjadi sesuatu lebih baik, lebih adil, lebih saksama, lebih demokratik, lebih kebebasan dan tentunya mengurangkan korupsi, rasuah dan salah guna kuasa. Kerana kita cintakan Malaysia, kita tidak mahu tanah air ini dicabul perkauman dan keagamaan sempit serta penyelewengan pentadbiran.

Mungkin ini yang perlu diinsafi dan dipelajari oleh sesiapa sahaja yang cintakan keadilan dan hak sewajarnya. Sama ada kita sudah kaya raya atau merasa diri terlalu hebat, ia bukan alasan untuk tidak belajar atau setidak-tidaknya mencari ilham daripada orang lain, walaupun daripada kalangan mereka yang dikatakan tidak semewah kita, kononnya.

Ubah kaedah agih zakat, pegawai kena turun padang cari asnaf

Posted: 24 Jul 2014 11:54 PM PDT

tengku_zulpuri

Roketkini.com


MENTAKAB: Pusat zakat setiap negeri wajib mengubah pendekatannya dalam pengagihan zakat bagi memastikan setiap kutipan berjaya disalurkan kepada golongan asnaf, kata Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Katanya selain masalah birokrasi, punca utama pusat zakat gagal membantu golongan memerlukan ialah kerana ia tidak turun padang, sebaliknya hanya 'menunggu' golongan asnaf datang kepada mereka.

"Misalnya di Pahang, pengagihan zakat masih tidak menepati sasaran. Masih ada Orang Asal beragama Islam dan orang kelainan upaya (OKU) yang tidak terbela," kata Tengku Zulpuri kepada Roketkini.

"Sebelum ini, apabila saya beritahu ada keluarga yang tidak menerima bantuan, mereka (pegawai) cakap tidak tahu. Jadi, sikap 'menunggu' ini perlu diubah. Pegawai kena mula turun padang mencari asnaf, bukan sekadar tunggu di pejabat.

"Buat masa ini, mereka bergantung kepada laporan ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Jadi ada pengaruh peribadi, seperti ada kes yang tak dilaporkan kerana hubungan dengan ketua kampung kurang baik, atau kaum kerabat sendiri lebih diutamakan," kata Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab..

Tambahnya, laporan demi laporan berhubung kemelaratan hidup sebahagian anggota masyarakat, termasuk yang heboh baru-baru ini, iaitu golongan miskin kota menyebabkan semakin banyak pihak mengkritik pusat kutipan zakat yang tidak melaksanakan amanah.

Di Pahang kata Tengku Zulpuri, umat Islam yang tidak membayar zakat fitrah kepada amil dilantik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), boleh didakwa di bawah Seksyen 40 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 yang membawa hukuman denda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Namun, ketika sistem kutipan zakat diperhebat seperti kaunter bayaran yang dibuka pada hujung minggu atau kaunter 'pandu lalu' diwujudkan, kegiatan pengagihan masih berada di takuk lama.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang DUN Pahang itu mencadangkan pusat zakat bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang giat menjalankan program kemasyarakatan.

"Badan zakat boleh turun bersama-sama NGO yang sering membantu orang miskin. Di sini misalnya, ada NGO Buddha yang ada hubungan dengan kita yang turut membantu orang Islam.

"Mereka boleh adakan pertemuan bulanan dengan NGO yang akan bentangkan laporan mengenai orang miskin. Mereka boleh gunakan maklumat itu untuk pengagihan (zakat)," ujarnya. – Roketkini.com

Pulang ke kampung berhari raya, sampaikan mesej Negara-Ku

Posted: 24 Jul 2014 11:50 PM PDT

NEGARAKU

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia digalakkan untuk menyebarkan mesej keamanan oleh NGO Negara-Ku apabila pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Negara-Ku Zaid Kamaruddin berkata, beliau yakin majoriti rakyat Malaysia berkongsi keinginan dan cita-cita bersama Negara-Ku dan menjemput orang ramai turut serta dalam kegiatan gerakan itu.

"Kami yakin majoriti rakyat menyokong idea Negara-Ku. Mereka selama ini hanya membisu sehinggakan ruang awam dikuasai oleh suara segolongan kecil yang mengajak kepada perpecahan.

"Kita semua perlu memainkan peranan untuk mengambil kembali ruang awam ini. Maka amat penting untuk mesej dan usaha Negara-Ku ini disebarkan," kata Zaid pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.

Piagam Negara-ku antara lain bertujuan menggerakkan rakyat untuk menolak sebarang bentuk ketaksuban dan diskriminasi serta membentuk masyarakat inklusif dengan kembali kepada asas pembentukan negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukunegara.

Gabungan yang dianggotai 68 NGO ketika penubuhannya 10 Julai lalu kini telah disertai 85 NGO.

Justeru peningkatan sokongan yang diterima, Negara-Ku turut menyediakan borang atas talian untuk diisi sesiapa yang berminat menyertai gerakan, selain memudahkan Sekratariat Negara-Ku menghubungi mereka melalui pautan ini (http://bit.ly/1nThNkx)

"Anda boleh mencetak piagam serta menyalin video dari laman Facebook kami dan sebarkan kepada saudara-mara dan rakan.

"Marilah kita sama-sama memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang apakah gerakan Negara-ku ini," kata Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu lagi.

Negara-Ku kembang sayap ke Sabah dan Sarawak

Dalam pada itu, Zaid berkata, Negara-Ku bakal mengembangkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak melalui beberapa penganjuran program sejurus selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

"Harapan kita adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan saudara kita di Sabah dan Sarawak tentang apa yang telah dijanjikan kepada mereka dalam Perjanjian Malaysia. Kita berusaha membawa keadilan yang sangat mereka perlukan, yang sangat kita inginkan. – Roketkini.com