ALHUSSEYN |
- Haji Hadi tidak amanah - mengenepikan jawatankuasa PAS dan buat keputusan sendiri
- Abdul Hadi sokong Abdul Khalid Ibrahim
- Kerajaan Singapura berikrar US $ 100,000 kepada usaha-usaha bantuan kemanusiaan di Gaza
Haji Hadi tidak amanah - mengenepikan jawatankuasa PAS dan buat keputusan sendiri Posted: 25 Jul 2014 09:52 AM PDT Kenyataan media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR): Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima (MENERIMA BUKAN BERERTI BERSETUJU TETAPI MENERIMA CADANGAN UNTUK DIBAWA BINCANG KE PARTI MASING-MASING) cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat. DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN. Berikut kenyataan Haji Hadi pagi Jumaat kelmarin, maka saya ada beberapa persoalan yang perlu Haji Hadi perjelaskan kepada jemaah: 1) Berdasarkan kepada kenyataan media MPPR diatas, adakah PAS sudah mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing? 2) Haji Hadi kata, "saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik.." Bukankah lebih wajar Haji Hadi mengemukakan pendapatnya itu dalam mesyuarat MPPR pada 23 Julai 2014 lalu supaya dapat dibincang sama tetapi Haji Hadi menguzurkan dirinya dan cuma menghantar wakil sebagai pemerhati sahaja.Kenapa ? Pada saya, Haji Hadi telah gagal untuk menggunakan mesyuarat sebagai medan untuk menyalurkan pandangan.. dia ponteng mesyuarat dan hanya hantar wakil pemerhati.
| ||
Abdul Hadi sokong Abdul Khalid Ibrahim Posted: 25 Jul 2014 02:43 AM PDT MARANG, 25 Julai – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. "Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza. "Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini. Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor. Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. Abdul Hadi berkata alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar. "Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. "Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya. Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi". Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat. Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian. "Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambal menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa. Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas. Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). – BERNAMA | ||
Kerajaan Singapura berikrar US $ 100,000 kepada usaha-usaha bantuan kemanusiaan di Gaza Posted: 24 Jul 2014 09:37 PM PDT
SINGAPURA - Kerajaan Singapura menyandarkan AS $ 100,000 (S $ 124,000) untuk "usaha antarabangsa untuk meringankan krisis kemanusiaan" sebagai tindak balas kepada "Keadaan kemanusiaan yang mendesak" di Gaza, Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari ini. Kenyataan MFA berkata sumbangan akan dihantar melalui Persatuan Palang Merah Singapura, yang sudah bekerja dengan rakan-rakan antarabangsanya di kawasan yang terjejas untuk menyediakan bekalan bantuan segera seperti pakej kecemasan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan air dan alat-alat kebersihan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin melalui Biro Kebajikan UMNO ....Malaysia tidak ada Persatuan Bulan Sabit/ Palang Merah? |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan