Jumaat, 25 Julai 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Wan Azizah tarik pengundi wanita jika jadi MB, kata bekas pengarang NST

Posted: 25 Jul 2014 04:15 AM PDT


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi wanita jika dilantik sebagai menteri besar, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi wanita jika dilantik sebagai menteri besar, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.






















Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan saja boleh mencipta sejarah sebagai menteri besar wanita pertama di negara ini, pelantikan beliau juga akan meletakkan PKR mendahului parti politik lain dalam memberi pengiktirafan kepada wanita dalam politik Malaysia, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

"Ini akan mempunyai kesan kepada pengundi wanita muda kepada parti dan gabungan PR," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Bagaimanapun, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata:"Kekangan yang timbul ialah Dr Wan Azizah tidak mempunyai pengalaman pentadbiran selain memegang jawatan dalam PKR ketika suaminya berada di dalam penjara.


"Tetapi kekurangan Azizah di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan boleh menjadi kecacatan berbanding dengan pengalaman yang luas Khalid dalam kedua-dua bidang," katanya.
  Bagaimanapun, Kadir berkata pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar belum selesai lagi.
Beliau berkata, 'tiada kemungkinan besar' ahli Dewan Undangan Negeri akan menyahut cabaran Khalid buat undi tidak percaya terhadapnya.

"Oleh itu, pelantikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor perlu menunggu sedikit masa lagi," katanya.

Khalid menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk meletak jawatan berikutan caranya mengendalikan hal ehwal Selangor.

Ini termasuk pengurusan air, Lebuhraya Kidex, rampasan Bible Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pakatan menerima secara rasmi cadangan PKR untuk menyokong Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid, melengkapkan "Langkah Kajang" dan mereka akan membincangkan cadangan itu dengan parti masing-masing.

Pakatan mensasarkan Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid selepas sambutan Aidilfitri, tetapi Kadir berkata ia tidak mungkin berlaku secepat itu.

Merujuk kepada niat Khalid untuk kekal sehingga dia selesai penggal kedua sebagai menteri besar, Kadir berkata, bekas pemimpin korporat boleh terus berjuang dalam parti atau di luar.

Satu lagi pilihan untuk Khalid akan menyertai PAS, kata Kadir.

"Dia tidak begitu berjaya dalam Umno. Tetapi jika dia menyertai PAS, beliau akan membuat parti yang lebih kukuh dalam DUN dan dengan itu mengukuhkan kedudukan sendiri.

"Sekiranya dia memilih laluan itu, dia akan membantu PAS untuk menjadi parti PR yang terbesar di DUN itu - meningkatkan jumlahnya daripada 15 ke 16 dan mengurangkan PKR ke 13 kerusi dan DAP mempunyai 15 manakala Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi.


"Tetapi persoalan yang besar ialah, adakah PAS berani mengambil kesempatan daripada kegawatan dalam PKR?" soal beliau.


Beliau berkata, Khalid juga boleh memilih untuk kekal dalam PKR dan menjadi 'duri dalam daging' untuk Dr Wan Azizah dan penyokongnya.


Katanya, Umno terlalu lemah dan tanpa pemimpin untuk mengambil kesempatan daripada kegawatan semasa dalam PKR untuk memperoleh apa-apa kepentingan politik. – 25 Julai, 2014.



HJ HADI SOKONG KHALID ? TAK PERCAYA , SELANGOR TUMBANG PILIHANRAYA 2014

Posted: 25 Jul 2014 04:11 AM PDT

Hadi sokong Khalid, PKR mahu penjelasan


Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

"Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Mahfuz diminta mengulas laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.

Khalid bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan persetujuan PKR dan DAP agar Khalid ditukar dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KHALID TAK BUAT KERJA , ORANG LAIN DAPAT NAMA...

Posted: 25 Jul 2014 04:07 AM PDT

Penjelasan isu penstrukturan air Selangor – Rafizi

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

rafizi_pkrHQ_Mosti

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini.

Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu:

1.Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula

2.Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum

3.Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya

4.Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail

5.Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor

6.Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat

Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini.

Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut "equity portion") kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis.

Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor.

Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah.

Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini.

Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil.

Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Strategi KEADILAN



Tiada ulasan: