Sabtu, 21 Jun 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KHALID MUNGKIN DINASIHAT MELEPASKAN JAWATAN DEMI PAKATAN KEKAL DI SELANGOR

Posted: 21 Jun 2014 06:46 PM PDT

Biar mesyuarat Pakatan putuskan nasib Khalid, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.‎
"Itu bukan kenyataan rasmi. Keputusan mengekal atau membuat perubahan dibuat secara perbincangan keputusan PR dengan perkenan Tuanku.

"Jadi bukan keputusan daripada yang kita dengar melalui desas-desus," katanya kepada pemberita selepas berucap mengenai Asian Renaissance di Puchong, hari ini. Beliau berkata sedemikian dalam responsnya mengenai desakan pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor yang mahu agar menteri besar ditukar kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Anwar berkata, kenyataan daripada pemimpin PAS dan DAP Selangor itu hanya satu pandangan peribadi sahaja dan tidak melibatkan pendirian rasmi PR.
"Mereka lahirkan pandangan mereka berdasarkan beberapa perkembangan baru.
"Kita tengok, kita bincang, dan kita akan putuskan," katanya.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman berkata, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti dalam Pakatan.
Ahli Parlimen PAS Khalid Samad pula berkata, memandangkan keputusan sudah dibuat, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.
"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," katanya.
Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo juga sebelum ini pernah mengkritik pentadbiran Khalid termasuk isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Namun, desakan dan tekanan itu tidak diambil berat oleh Khalid yang menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik.
Katannya, persepsi sering memandang beliau lemah dalam pentadbiran negeri kerana kerap menangani isu sensitif, antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Ketidakgembiraan adalah perkara biasa‎ kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan.
"Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tatatertibnya dan undang-undang," katanya. – 21 Jun, 2014.

KEBENCIAN TERHADAP KHALID MEMBUAK.PENYOKONG MENJADI MANGSA

Posted: 21 Jun 2014 06:28 PM PDT


Panas! penyokong TSKI dipukul di Kuala Langat! (bergambar) 

KREDIT...SNIPER N POLITIK PERAK

 

Video yang dikongsikan oleh facebook Isupolitiksemasa ini didakwa kejadian di Kuala Langat semalam yang membawa kepada kejadian berdarah seorang penyokong Khalid juga merupakan anggota JPP Pemilihan PKR 2014.

Diawal penyebaran video ini ada yang mendakwa kumpulan penyokong Abdullah Sani yang membuat serangan ini kerana tidak berpuas hati dengan Khalid.


Penyokong TSKI selepas menerina rawatan di hospital.

ADAKAH HJ HADI MENGHALANG DISEBABKAN MENANTU?

Posted: 21 Jun 2014 06:18 PM PDT

Haji Hadi Bakal Serah Selangor pada BN

Setelah Terengganu, Perak dan terakhir Kedah diserahkan kepada UMNO di bawah pemerintahan Haji Hadi Awang, sekarang ni Selangor adalah negeri keempat yang akan jatuh ke tangan BN.

Di Kedah, Haji HAdi telah mendapat amaran seawal dua tahun sebelum PRU 13. Namun, Presiden PAS kekal dgn keputusan beliau mengekalkan arwah Ust Azizan sebagai calon MB.

Akhirnya, kerajaan PAS jatuh terguling di Kedah.

Jelas, amaran kerajaan akan jatuh ni tidak ada kesan dgn Haji Hadi Awang.

Dia tak kesah kalau kerajaan2 di bawah pemerintahan PAS jatuh ke BN.

Sekarang ni Presiden PAS lebih berminat menyerahkan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat kepada BN.

Tak taulah apa sebenarnya matlamat PAS ni?

Hendak berjuang Islam ataupun menjadi alat memenangkan Barisan Nasional.

Rekod Haji Hadi Awang menyerah 3 negeri pada BN dan Selangor bakal menjadi negeri keempat.

TULANG BESI

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KESAH DARI KUANTAN

Posted: 21 Jun 2014 08:04 PM PDT


 
PAGI INI
minum pagi dalam hotel
telor asin
dengan kacang rebus
dan kopi
kuatan redup berjerebu
 
KELMARIN
pagi nasi berlauk  warung sebelah hotel
saperti biasa
tak special
tapi kopi mak cik ni
kira okaylaaa
tak ada 434 arang pun berguna juga
kemudian
mencari kedai gunting
ini amalan untuk menyoronokan hidup
selain dari makan
bercukur adalah nikmat
kesian jantan yang tak ada bulu
 
tapi kesian juga
pada betina yang banyak bulu
 
MAKAN TENGAH HARI
restoran buaya
tepi sungai
dinamakan restoran buaya kerana
mak cik punya warung pernah
bersurah satu ketika dahulu
buaya buat perangai
naik ke tepi tebing sebelah warung
 
TAPI
rasanya dah bertukar tukang masak
tapi singgang ikan tongkol masih terbaik
tempoyak masih ada
ulam banyak
tapi datang jam 2 sayur sudah habis
 
MANDI LAUT BASERAH
jam empat petang kami menuju ke pantai
pantai kosong
hanya ada  seorang perempaun india
dan dua jantan
perempuan ini sedang mandi tolak bala
atau
berubat
banyak asam limau
bertaburan ditepi pantai
 
CAFE CAFE CAFE
nak tak payah tulis café ini
malam pertama dah datang sini
ini kali kedua
meja yang sama
apa nam café ini
cari sendirilaaa
 
betul betul digigi laut
apa nak makan
makanan laut
 
PETANG INI
ke gebeng untuk bersetiakawan
dengan himpunan hijau
yang akan melakukan
halangan ke pintu masuk
kilang santau lyanas
 
 



-----------

MAT MONGOL MENIPU LAGI

Posted: 21 Jun 2014 06:27 PM PDT





MELAKA 21 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertambahan hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membolehkan kerajaan berbelanja lebih untuk rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit....INI LOJIK BANGANG....kah kah kah..

kah kah kah..DUIT DAH ADA DALAM  POKET RAKYAT.... kah kah kah..

kah kah kah...DIRAMPAS OLEH KERAJAAN ROSMAH NAJIB.... kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS TU KERAJAAN BOLEH BELANJA LEBIH.... kah kah kah

woit... KENAPA NAK USIK USIK DUIT RAKYAT.... kah kah kah..

kah kah kah...TINGGALKAN TERUS DLM POKET RAKYAT... kah kah kah..

kah kah kah..... MEMANG NAK MENIPU.... kah kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

----------

DI MANA HILANGNYA AZMIN ALI

Posted: 21 Jun 2014 07:30 AM PDT





KAH KAH KAH

Macai Kartel Azmin @Macai_Kartel_AA 2h
sdang mengerjakan umrah kah3

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... MERAJUK LAGI KE?..... kah kah kah...

kah kah kah.... KAH KAH KAH.... kah kah kah


-----------

BERITA BAIK UNTUK GERAKAN ANTI KERAJAAN

Posted: 21 Jun 2014 06:30 AM PDT



KOMENTAR
berita baik untuk
semua yang anti kerajaan
ertinya kerajaan najib rosmah
sedang kena tibai

tahniah kepada ngo hak asasi Malaysia
ngo ngo ini wajib meneruskan kempen
buruk kan kerajaan Malaysia
di luar Negara

dimana saje ada peluang kutuk kerajaan
jangan lepaskan pelung
di London
di new York
atau di Geneva
tibai habis habisan

biar kerajaan najib rosmah ini
dianggap kerajaan pariah
macam kerajaan Zimbabwe
macam kerajaan korea utara



modern day slavery new small badge

US penalises Malaysia for shameful human trafficking record

Continued failure to curb traffickers prompts US to downgrade Malaysia in its annual Trafficking in Persons report

The US has downgraded Malaysia to the lowest ranking in its annual human trafficking report, relegating the southeast Asian nation to the same category as Zimbabwe, North Korea and Saudi Arabia. The move could result in economic sanctions and loss of development aid

"When you Google 'Malaysia', it's among the five worst countries for refugees," said Lia Syed, executive director of the Malaysia Social Research Insitute, which supports refugees. "There is no policy for refugees in Malaysia at all. They are not recognised, they do not have legal status, they are just considered illegal migrants. It doesn't matter what country they come from, what their story is, they do not get any support officially from the government."

Malaysia's downgrade to tier 3 is an automatic relegation after four years on the tier 2 watchlist and it is the third time in seven years that the country has sunk to the lowest ranking.

The downgrade is likely to be seen as a considerable blow to Malaysia's image and is sure to strain diplomatic relations. Malaysia is a strategic US partner in President Barack Obama's "pivot" to the east, with the US serving as Malaysia's largest foreign investor and fourth-largest trading partner.


----------

LANGKAH AMAT BAHAYA

Posted: 21 Jun 2014 02:30 AM PDT





AWAS BAHAYA


KUALA LUMPUR 19 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mengeluarkan arahan khas dalam masa terdekat bagi menukarkan pegawai dan anggota barisan hadapannya yang mengalami obesiti ke bahagian lain yang...

 
 
KAH KAH KAH
 
ini bahaya
 
apakah
 
 bik mama
 
akan
 
dipindahkan
 
kepada
 
 zahid hamidi

KAH KAH KAH





----------

DARI MANA DATANGNYA MELAYU DAN KELING

Posted: 21 Jun 2014 01:00 AM PDT



 
 
 

 refugees in darfur
ASAL MELAYU
Bangsa Melayu pasa asalnya tidak wujud.Mereka merupakan orang asal/asli yang tidak bertamadun yang wujud di Tanah melayu. Orang Asal yang tidak bertamadun dan tidak mempunyai apa apa agama sehingga Raja Raja India yang beragama Hindu/Budhda (Srivijaya/langkasuka/gangga/raja chola) menakluk kepulauan Melayu (Indonesia/Malaysia/Thailand/Kemboja).

 Dari penaklulkan inilah lahirnya ketamadunan di kepulauan Melayu. Oarng Asal atau melayu diturunkan agama hindu/budhda oleh penakluk ini. Orang Melayu di tanah Melayu masih beragama Hindu sehingga Parameswara memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Raja Iskandar Shah.

Bangsa Melayu tidak mempunyai budaya/bahasa/makanan/gaya hidup yang asal/original.Semuanya telah diambil/dipinjam daripada bangsa lain (india/cina/arab/inggeris/belanda/portugis). Bahkan keris yang terdapat dalam bendera Umno tue pun asalnya daripada agama Hindu dimana keris merupakan lambang/simbol kepada Tuhan Panah/petir. Lihat bentuk keris itu secara teliti, mesti on DARI MANA DATANGNYA MELAYU
Publish | Delete | Spam 
Anonymous
on 6/20/14
 
refugees in darfur
ASAL  KELING
nenek aku cerita..keling ni asal nye mase nenek aku keje kt estet dulu2..org india jd kuli british..so mase keje jt estet tu, kaki org india ni kene gari..bile jalan, dgr bunyi kling2..sbb tu bile org ckp keling, dorg marah..umpama kn dorg tu masih lg hamba..dgr cite org tua2 la..xtau la betul o x.. on TEORI TENTANG KELING
 

----------

AZMIN ALI MELARIKAN DIRI

Posted: 20 Jun 2014 10:05 PM PDT




APA MAKNA BERITA INI
azmin ali ialah salah seorang lembaga pengatah PKNS
ertinya kerajaan selangor melantik azmin
untuk menjaga kepentingan  PKNS
azmin mewakili kerajaan selangor dalamn PKNS

 
PROJEK PJ SENTRAL  ini  adalah projek
dari zaman khir toyo
kerajaan pakatan hanya meneruskan projek ini
kerana semua perjanjin telah dibuat

dalam kes projek pj sentral ini
pkns memiliki 30% kepentingan

syarikat yang mendapat projek ini
ialah nusa garpurna
sama ada ini krooni atau tidak bukan persoalan

YANG JADI TANDA TANYA:

1- bagaimana pkns boleh hilang
kepentoing 30% dalam projek ini

2- projek pj sentarl  telah dijual kepada MRCB

3 -semua kepentingan pkns terjual sama

SOALAN YANG PERLU DIJAWAB
1 - bagaimana ini boleh berlaku?
2 - apa peranan azmin ali dalam kes jual beli ini?

AZMIN  DALAM KES INI PERLU SOAL SIASAT
1- kerana azmin ali adalah ahli lembaga pengarah pkns

JUSTERU
juru audit dalaman sedang cuba
mencarai azmin ali untuk soal siasat

TETAPI
1- kenapa azmin tidak dapat disoal siasat
2- kenapa azmin ali enggan disisasat
3- apa yang ingin disorokkan

APA KAH ADA DUIT BERTUKAR TANGAN?
inilah soalan yang mahu ditanyakan
apabila projek ini dijual kepada mrcb

mahu jawapan ini
bukan  hanya dari pkns
bukan hanya untuk  warga Selangor
tetapi
termasuk juga para penyokong parti keadilan rakyat

NOTA
apakah duit ini telah dibalingkan
oleh malik husin
ketika seorang keeling bernama
xavier cuba beri rasuah
semua ini perlu pejelasan
kah kah kah

AKAN BUAT
LAPORAN POLIS
kah kah kah

Audit dalaman PKNS gagal menyoal Azmin berhubung isu PJ Sentral

Bahagian Audit Dalaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) gagal mendapatkan penjelasan daripada ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu membabitkan anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) dalam transaksi berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral). Berdasarkan dokumen audit dalaman PKNS yang diperolehi The Malaysian Insider, pihak audit gagal meneruskan siasatan mereka ekoran "kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai" untuk bertemu Azmin yang juga ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif, untuk disiasat.

 Pasukan audit hanya berjaya menghubungi setiausaha politik kepada Azmin, iaitu Hilman Idham. googletag.cmd.push(function() {googletag.display('div-gpt-ad-1400601790726-3');}); "Temubual bersama Azmin sebagai ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif masih belum dapat dilaksanakan memandangkan kesukaran untuk mendapatkan tarikh yang sesuai," kata dokumen laporan audit tersebut.

Malah, bahagian audit dalaman dan Pemangku Pengurus Besar PKNS Azlan Md Alifiah mencadangkan supaya penyiasatan ini dilaksanakan oleh firma audit swasta sekiranya pengerusi PKNS bersetuju dengan perkara itu.

 "Sekiranya pengerusi perbadanan memutuskan supaya siasatan lanjut perlu dibuat kerana ianya melibatkan isu-isu komersial dan perundangan," kata dokumen berkenaan.

 Dokumen berkenaan turut merekodkan kegagalan mereka dalam setiap percubaan menghubungi Azmin sejak 11 April 2014 sehingga 22 Mei 2014. Azlan sebelum ini berkata, satu arahan dikeluarkan kepada Jabatan Audit Dalaman PKNS untuk menjalankan siasatan secara terperinci, termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada Azmin dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

 Kedua-dua mereka merupakan ahli Lembaga Pengarah PKNS Holdings yang mewakili PKNS. Pada Februari lalu, PKNS kalah dalam samannya terhadap Nusa Gapurna Development Sdn Bhd dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) berhubung pelanggaran perjanjian pemegang saham berkaitan kepentingan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim menolak saman itu selepas mendengar keterangan enam saksi dan memerintahkan PKNS membayar kos RM100,000 kepada Nusa Gapurna dan RM50,000 kepada MRCB.


BACA DISINI: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/audit-dalaman-pkns-gagal-menyoal-azmin-berhubung-isu-pj-sentral#sthash.KQ4sfgbP.dpuf

 

----------

MALIKUL TAK SELAMAT

Posted: 20 Jun 2014 09:00 PM PDT





KOMENTAR
adakah muhyiddin
akan selamat?

PUTRAJAYA 20 Jun -  Najib Razak menyifatkan laporan media sosial kononnya timbalan beliau,  Muhyiddin Yassin akan berundur daripada Kabinet sebagai 'rekaan politik' pihak tertentu.
 
Isteri Rosmah turut menegaskan, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan Muhyiddin.

''Sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkaitan dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



KAH KAH KAH
 
woit

ingat macam mana
 
baca utusan
 
KAH KAH KAH


----------

BANGUN LAWAN CUKONG

Posted: 20 Jun 2014 07:51 PM PDT





BANGUN



 LAWAN

CUKONG




----------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Azri Jadi nelayan, Papa Gomo jadi tukang balun....

Posted: 21 Jun 2014 09:00 AM PDT



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris menangguhkan bayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.Baca seterusnya di sini

Ada pula yang menyindir dalam face book dengan menulis :
"....Saya nelayan pantai, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. tapi saya tinggal di rumah besar, ada motor besar, ada pejabat besar, utk pendapatan luar. saya tulis blog, nak jadi 'king blogger' saya keluarkan video 'blue'.saya buat fitnah saya kena saman, saya boleh bayar RM100.00 sahaja, saya ingat nak bayar dgn joran Rm3ribu sebagai batter trade.. tp siapa pula nak bayar RM5ribu. Saya ada funder, funder pula menantu Menteri. Apa menantu menteri suruh buat, saya buatlah, asal saya senang."
Blogger haprak ni balas.....dia sindir  kononnya penulis tu pernah raba bontol orang ....


Kah! kah! Depa gaduh sakan kat face book. Dia balas balik :


Dia juga dedahkan ,rupa-rupanya blogger haprak ini kaki balun! :


Aku sengaja sensor gambar tu... Kalau korang nak sangat tengok gambar porno tu, korang carilah sendiri...Hi! Hi! Hi!

Mayat hidup dikurung ...(video)

Posted: 21 Jun 2014 06:04 AM PDT

NILAI - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyelamatkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikurung di sebuah rumah pangsa, di sini semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati), kira-kira jam 2 pagi tadi.

 Remaja tempatan berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, di mana tubuhnya kurus kering seperti mayat, dipercayai akibat kekurangan zat.

 Lebih menyedihkan, remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu juga dibiarkan bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah.Baca beritanya di sini


Kesian : Lionel Messi jadi mangsa peminat rakus!

Posted: 20 Jun 2014 07:00 PM PDT

Kesian sungguh dengan nasib malang yang menimpa bintang bolasepak Argentina ini. Tak semena-mena dia telah menjadi mangsa peminatnya sendiri yang benar-benar rakus!

 Para peminat bola sepak seolah-olah semakin tidak dapat mengawal emosi mereka apabila bersemuka dengannya. Mereka mencubit dan menggigit Messi tanpa ada rasa belas kesihan langsung!

 Beberapa bintang bolasepak dunia seperti Wayne Rooney, Steven Gerrard, Ronaldo, Andrea Pirlo telah turut sama menjadi mangsa kerakusan para peminat masing-masing....

 Ini semua kerana perbuatan seorang chef, Domenico Crolla yang mempunyai restoran di Glasgow.

Dia telah menggunakan bakat yang ada padanya membuat pizza yang berpotretkan bintang-bintang bolasepak dunia yang terkenal. 

 Dia mengambil kesempatan yang tepat pada masanya ketika pertandingan bolasepak dunia FIFA sedang berlangsung.


 Dia menamakan pizzanya itu sebagai 'Pizza Piala Dunia' yang tentunya menarik minat pelanggannya dan juga para peminat bintang-bintang bolasepak yang ternama dunia.

 Harganya? Tentulah mahal sedikit....korang ingat nilai bintang bolasepak dunia tu macam pemain Malaysia ker? Tunggulah Malaysia masuk piala dunia nanti...


 Ada pizza Lionel Messi, Wayne Rooney … Pizza mana korang nak makan?

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Adun Bukit Assek meninggal dunia

Posted: 21 Jun 2014 09:52 AM PDT

SHAH ALAM 22 JUN: Adun Bukit Assek di Sarawak, Wong Ho Leng, meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi.

Kematian itu disahkan melalui twitter Roketkini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang di twitternya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di atas pemergian itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri.

Berdasarkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula 20 Jun 2011.

wong ho lengPada 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang Robert Lau Hoi Chew dalam pilihan raya parlimen Sibu tetapi tewas kesemuanya.

Pada 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan Bukit Assek dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr Wong Soon Kai.

Beliau tewas kepada Tiong Thai King dalam pilihan raya parlimen pada 1999. Pada 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek.

Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada Daniel Ngieng Kiong Ann dengan majoriti besar sebanyak 4,751 undi dalam Pilihanraya DUN Sarawak 2006.

Dalam pilihan raya kecil Sibu 2010, beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN Sibu dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.

Pilihan Raya Sarawak 2011 telah menyaksikan kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek, dengan jumlah undi sebanyak 13,527 undi, manakala lawan beliau, Chieng Buong Toon dari SUPP memperolehi 4,700 undi dan calon bebas Hii Tiong Huat, hanya 180 undi.

Keputusan Penuh Perlawanan-Perlawanan ‪#‎LigaSuper2014‬ 20 dan 21 Jun 2014

Posted: 21 Jun 2014 07:58 AM PDT

Keputusan Penuh Perlawanan-Perlawanan ‪#‎LigaSuper2014‬ 20 dan 21 Jun 2014:

Selangor 3-0 Sarawak
42', 61' PAULO RANGEL
65' HAZWAN BAKRI

Pahang 2-1 PKNS
47' AZIDAN SARUDIN (PAH)
54' SAIFULNIZAM (PAH)
88' KARLO PRIMORAC (PKNS)

Sime Darby 1-1 T-Team
8' PATRICH WANGGAI (TTM)
22' MOHD FADZLI SAARI (SDA)

LionsXII 0-2 Perak
17' ABDULAFEES ABDULSALAM
65' MILAN PUROVIC

Johor DT 3-0 Kelantan
26' Amirulhadi Zainal (JDT)
53' Nazrin Nawi (JDT)
88' Luciano Figueora (JDT)

Terengganu 1-1 ATM
59' Farhan (TER)
64' Fabrice Noël (ATM)

Pemilihan PKR Yang Memalukan Dan Menjijikan

Posted: 21 Jun 2014 07:49 AM PDT



Seorang penyokong calon yang bertanding di pukul dalam sebuah gerai tadi.

Pkr nak apa lagi?

Keadaan remaja OKU dilaporkan tidak membimbangkan

Posted: 21 Jun 2014 05:30 AM PDT



SEREMBAN - Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau.

"Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya," katanya kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS di sini, hari ini.

Beliau meminta polis agar menyiasat perkara itu jika terdapat unsur penderaan dan pengabaian.

"Setakat ini, remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Remaja itu berada di bawah pengawasan dan pemantauan JKM," katanya.

Remaja itu ditemui semasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menjalankan operasi bersepadu Ops 6P di kawasan itu pagi ini.

Ketika ditemui, remaja itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.

Di Putrajaya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengarahkan JKM melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian pengabaian remaja kurang upaya itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sekiranya benar terdapat unsur pengabaian, JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM.

"JKM juga akan memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohani berkata siasatan awal JKM mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun itu merupakan OKU 'celebral palsy'.

"Dia dan ibunya berasal dari Sabah. Ibu bapanya telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, ibu remaja berkenaan menafikan anaknya dikurung dan diabaikan. - Bernama

Nik Aziz Tempat Cuci Dosa? Asyraf, Jamil Dan Muhyiddin?

Posted: 20 Jun 2014 04:38 PM PDT



Betul juga kata ketua pemuda pas kelantan ini.

Siapa cuci dosa?

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dilema Khalid Ibrahim: Dari tokoh korporat ke MB sebuah negeri terkaya

Posted: 21 Jun 2014 03:29 AM PDT

ANALISIS OLEH ZULKIFLI SULONG


Pendekatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan menjadi masalah yang meletakkannya dalam situasi di mana ramai yang inginkan beliau ditukar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Pendekatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan menjadi masalah yang meletakkannya dalam situasi di mana ramai yang inginkan beliau ditukar. – Gambar fail The Malaysian Insider 


"Tan Sri. Kami tidak bercadang menukar Tan Sri tetapi Tan Sri yang perlu bertukar." Itulah yang dibisikkan oleh Adun Meru yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman ketika 'Kajang Move' digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu.

Ketika itu, pimpinan PKR sudah membuat keputusan, Khalid perlu ditukarkan dan Anwar sendiri menawarkan dirinya untuk mengambil alih tempat Khalid.

Namun PAS, rakan utama kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak nampak sebarang sebab besar mengapa Khalid perlu ditukar. Ini kerana rakyat Selangor masih berdiri teguh bersama Khalid.

Benar, para ahli politik bermasalah dengan Khalid kerana beliau tidak pernah memberi muka kepada mereka dalam mentadbir Selangor. Bagi beliau, semua perlu mengikut peraturan dan inilah yang akan menentukan kejayaan sesuatu perkara.

 Di depan mungkin Khalid senyap ketika dihadapkan dengan sesuatu perkara yang beliau tidak persetujui, namun apabila pelaksanaannya, Khalid akan mengikut caranya.

 PAS juga berpandangan bukan semudah itu untuk menukar Khalid. Ini kerana ia perlu mendapat persetujuan daripada istana.

Di samping itu, apa kebaikan yang diperolehi PAS jika Khalid ditukar sedangkan mereka adalah rakan komponen utama di negeri itu. Ketika itulah datangnya nasihat Dr Rani kepada Khalid ini.

Bagi Dr Rani, Khalid perlu mengubah caranya bekerja iaitu dengan lebih banyak berbincang dan berunding dengan rakannya dalam Pakatan.

 Ini kerana merekalah yang sebelum ini membuat keputusan untuk meletakkan beliau di situ. Jika ini boleh dilakukan maka tidak perlu lagi Khalid ditukar. Namun Khalid adalah Khalid.

Inilah Khalid yang dulunya berada dalam Umno dan inilah juga Khalid yang kini bersama dengan Pakatan Rakyat dan menjadi menteri besar di negeri paling kaya di Malaysia.

 Bagi rakyat, Khalid sangat ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Beliau tidak dilihat berbuat sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri khasnya jika berkait dengan kewangan.

Ini kerana Khalid sudah cukup kaya dan tidak perlu lagi duit lain. Lihatlah komen-komen pembaca ketika berita negatif disiarkan oleh media termasuk oleh The Malaysian Insider sendiri terhadap Khalid.

Mereka akan bangkit membela beliau. Bagi mereka, Khalid mungkin ada silap atau kelemahan, tetapi ia tidak mewajarkan beliau untuk ditukar. Bahkan serangan terhadap beliau ditolak mentah-mentah oleh mereka.

Ada beberapa isu yang menjadikan Khalid sasaran rakan-rakannya dalam Pakatan: Lebuhraya Kidex Kerajaan pusat meluluskan lebuhraya ini. Namun seperti Langat II, projek ini melalui negeri Selangor dan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum dilaksanakan.

 Bagi orang politik Pakatan, Kidex adalah anugerah Umno untuk peguamnya Datuk Hafarizan Harun dan bekas peguamnya yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi kerana konsesinya selama 48 tahun dipegang oleh mereka secara langsung atau keluarga mereka.

Bagi penduduk Petaling Jaya, mereka bakal menjadi mangsa projek ini kerana ia bakal membelah kawasan mereka yang sudah sesak dan bakal menambahkan kesesakan lagi.

Mereka juga mempertikaikan mana janji Pakatan, khasnya Khalid sendiri yang mahu membina lebuhraya percuma sebagaimana yang dinyatakan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Namun bagi Khalid, Kidex adalah salah satu alternatif untuk menyelesaikan kesesakan trafik yang setiap pagi dan petang dihadapi oleh pengguna jalan raya di MRR2. Ia adalah projek pusat bukan Selangor.

Janji lebuhraya percuma adalah untuk luar kawasan pembangunan pesat untuk membina kawasan pertumbuhan baru sebagaimana yang beliau lakukan untuk Lebuhraya Guthrie.

 Lihatlah bagaimana Lebuhraya Guthrie berjaya membina banyak kawasan pertumbuhan baru. 2) Rampasan Bible Melayu dari Persatuan Bible Malaysia (PBM) Bagi orang politik Pakatan, tindakan ini akan menghalau sokongan bukan Islam kepada mereka.

 Ini kerana, hasil sokongan penuh merekalah Pakatan menang besar di Selangor dalam pilihan raya lalu. Mereka menganggap pihak yang pro-Umno di belakang rampasan ini menunjukkan sikap tidak baik kerajaan Pakatan di mata bukan Islam.

Khalid pula tersepit antara enakmen yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dengan tekanan politik. Istana pula berada di sana yang akan menjaga kepentingan mereka. Pemimpin Pakatan pula nampak jalan keluar apabila Peguam Negara campur tangan. Ikut sajalah.

Namun sebelum Khalid bertindak, Istana pula membuat kenyataan. Maka Khalid terikat.

Isu pihak berkuasa tempatan 

Banyak ahli politik bawahan di Selangor mengambil kesempatan untuk menjadi ahli-ahli majlis kerajaan tempatan bagi kepentingan diri dan parti mereka.

Yang utama adalah melalui pasar-pasar malam dan uptown yang dibuka. Ia digunakan sebagai sumber kewangan untuk individu pimpinan dan juga parti.

 Khalid tidak senang dengan amalan ini. Bagi beliau ini satu perkara yang boleh merosakkan nama baik parti dan pemimpin berkenaan untuk jangka panjang.

Maka, urusannya diserahkan kepada pegawai PBT bukan lagi Jawatankuasa Penduduk atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang selama ini dikuasai oleh parti-parti yang memerintah Selangor iaitu PR.

 Hasilnya, berlaku pertembungan antara parti peringkat akar umbi dengan Khalid.

 Isu penstrukturan semula industri air Sejak awal lagi, Khalid menganggap mengembalikan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri Selangor adalah legasi yang perlu beliau tinggalkan sebelum berhenti. Para pegawai beliau selalu berkata, selepas selesai isu ini Khalid sedia untuk berhenti.

Bagi Pakatan pula, banyak isu politik di belakang isu penstrukturan air ini. Khalid seorang tidak cukup untuk mengendalikannya. Lalu mereka melantik satu jawatankuasa untuk menasihati Khalid.

Namun Khalid semacam tidak mengiktiraf jawatankuasa ini. Sebab itulah sehingga kini jawatankuasa ini tidak pernah dapat bertemu dengan Khalid untuk menjalankan tugas mereka. Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid mempunyai penasihat industri tersendiri dalam melaksanakan penstrukturan ini.

Dengan pengalaman di PNB dan Guthrie, Khalid yakin beliau lebih mempunyai kelebihan dalam isu ini. Inilah empat isu besar yang menyebabkan Khalid berada dalam dilema. Di sinilah datangnya kewajaran nasihat Adun Meru Dr Rani Othman kepada Khalid. Khalid tidak perlu ditukar sebenarnya.

Yang perlu ditukar adalah pendekatan beliau dalam berparti dan memerintah negeri. Khalid bukannya mengendalikan sebuah syarikat yang bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah yang limited sahaja, tetapi mentadbir sebuah kerajaan yang mempunyai parti yang meletakkan beliau di situ, rakyat yang perlu dijaga kepentingannya di samping peraturan perlu diikuti serta Istana yang turut ada kepentingannya.

Memang... sesiapapun yang duduk di kerusi Khalid akan berada dalam dilema. Semoga Khalid cekal untuk hadapi dilema ini dan semua yang lain juga bersabar dalam menghadapi dilema ini.

Ops Warta: Adilkah diburu macam penjenayah?

Posted: 21 Jun 2014 03:04 AM PDT

DR AZMAN IBRAHIM








Ops Warta, rakyat diburu habis-habisan kerana kesalahan lalu lintas. Sekatan demi sekatan jalan raya, pintu ke pintu, rumah ke rumah. Kesian kepada rakyat bawahan di saat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup dari segenap penjuru yang menekan. Pelaku perasuah, penyeleweng, pemakan harta rakyat apakah juga diburu sehingga ke lubang cacing seperti ini?

Saya memahami bahawa tak semua kesalahan lalu lintas bermakna kita berdosa dengan Allah. Ada banyak peraturan lalu lintas adalah persoalan teknikal. Kadang-kadang mereka melanggarnya secara tak sengaja dan tak membahayakan nyawa sesiapa pun.

Contohnya, seorang pesalah trafik berkata...

Saya langgar lampu isyarat merah pada jam 3 pagi ketika jalan sunyi sepi. Tak kan saya nak berhenti tunggu lampu hijau sedangkan laluan adalah selamat. Hantu pun tengah tidur ketika itu. Selepas langgar lampu merah, tengok-tengok di hadapan ada kereta peronda polis. Polis tu pula kononnya nak bagi syarahan agama. Katanya, "mencuri kita tak boleh buat sama ada ketika ada orang atau pun orang tak nampak."

Ada pulak langgar lampu merah nak dikiaskan dengan mencuri. Kesudahannya kena saman. Adilkah?

Memandu lebih sikit dari had laju di kawasan sekolah ketika hari cuti sekolah. Jalan hadapan sekolah tersebut lebar dan lurus. Memang had lajunya cuma 30 km/jam dan had laju ini sangat penting untuk keselamatan anak-anak sekolah. Tapi saya melalui jalan tersebut ketika hari Jumaat, sekolah cuti dan sunyi sepi. Tak ada seorang pun pelajar sekolah yang kelihatan. Tak kan nak bawak 30 km/jam juga. Mungkin saya bawa kereta 70 atau 80 km/jam. Tidak terlalu laju sebenarnya tetapi hakikatnya saya telah melanggar had laju dan kena saman. Adilkah?

Memotong sebuah kereta yang dipandu 30 km/jam di garisan berkembar. Biasa kita berjumpa dengan kereta yang dipandu dengan sangat perlahan. Apakah memang perangkap atau bagaimana? Tempat tersebut pula garisan berkembar. Dalam hidup ini ada ketikanya kita perlu cepat. Lantas kereta kura-kura tersebut dipotong. Tiba-tiba muncul anggota polis dari dalam semak dengan bendera merah mengarahkan saya ke tepi dan kena saman lagi! Adilkah?

Terlupa pakai tali pinggan keledar. Saya tak mengancam nyawa sesiapa sekadar tak pakai tali pinggang keledar. Memang ianya salah dari segi peraturan. Tapi adilkah saya diburu macam penjenayah?

Pagi ini saya terima maklumat seorang rakan dari Pasir Puteh. Polis tahan kenderaan secara rambang di jalan sehala. Pemandunya dibawa masuk ke balai untuk pemeriksaan. Mana-mana yang ada saman akan ke lokap! Kerja apa ini?

Apa sebenarnya matlamat dari Ops Warta ini? Nak didik rakyat atau nak 'kekoh pitih' rakyat? -

2 Adun DAP Melaka mogok lapar

Posted: 21 Jun 2014 02:55 AM PDT



Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiu (Bandar Hilir) bertindak sedemikian bertujuan mendesak polis mengambil berat berhubung kadar jenayah yang semakin meningkat di Melaka.

melaka_misc_300x200
MELAKA: Dua Adun DAP dari Melaka mengadakan mogok lapar selama 24 jam bermula kelmarin di  hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiu (Bandar Hilir), bertindak sedemikian bertujuan mendesak polis mengambil berat berhubung kadar jenayah yang semakin meningkat di Melaka.

"Kami mewakili rakyat Melaka dan berharap dengan tindakan sebegini, polis akan memberikan jawapan bagaimana mereka akan bertindak untuk menangani kadar jenayah yang semakin meruncing di negeri ini.

"Sebelum ini kami sudah menggunakan beberapa saluran termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis dan membangkitkan isu kadar jenayah ini di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Walaubagaimanapun kami melihat tiada perubahan. Kadar jenayah yang meruncing ini membimbangkan rakyat negeri ini.

"Justeru itu kami mengambil langkah terakhir ini iaitu mogok lapar dengan harapan pihak polis akan melakukan sesuatu untuk mengawal kadar jenayah di Melaka.

"Saya harap pihak polis menubuhkan satu jawatankuasa khas dengan segera untuk tangani kes jenayah yang semakin meningkat di Melaka.

"Saya harap lebih ramai anggota polis ditugaskan di barisan hadapan (frontline)," kata Khoo.

Pesalah trafik diburu, penjenayah bagaimana?

Posted: 21 Jun 2014 02:49 AM PDT

DR RIDUAN MOHD NOR


Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Terengganu dikatakan sedang memburu 5,916 pesalah trafik yang gagal menyelesaikan saman mereka di negeri itu.

Sebanyak 4,619 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap pesalah trafik terbabit.

Sejak operasi itu (Ops Warta) dilaksanakan, seramai 60 individu dengan waran tangkap telah ditahan di 16 lokasi di negeri Terengganu.

Nampaknya PDRM Terengganu secara serius berusaha memburu pesalah trafik di negeri itu dan memastikan jejak mereka dikesan serta diambil tindakan sewajarnya.

Jika masalah pelanggaran trafik di Terengganu menjadi suatu isu yang serius, ditambah dengan kadar kemalangan yang begitu mendadak di negeri itu, maka tindakan keras wajar diambil bagi mencegah kesalahan trafik yang menjadi sebab berlakunya kemalangan.

Pesalah trafik yang sengaja melanggar trafik dan tidak mengendahkan saman yang dikemukakan terhadap mereka perlu diambil tindakan.

Mereka perlu mendapat pengajaran yang berharga agar tidak mengulangi kesalahan mereka, dan ia sekaligus menjadi pengajaran buat individu lainnya.

Namun demikian, memburu pesalah trafik melalui pelbagai operasi termasuk mengadakan sekatan jalan raya, menyediakan pasukan trafik di kebanyakan lokasi untuk mengesan pesalah, serta menahan kenderaan yang disyaki di mana-mana merupakan suatu perkara yang sukar untuk diterima.

Ia menimbulkan lebih banyak kekalutan, kegelisahan serta tidak tenteram dalam  masyarakat.

Sekadar tidak membayar saman yang dikemukakan, tidak perlu memburu pesalah sehingga 'ke lubang cacing'.

Sepatutnya ada sikap toleransi dengan melihat permasalahan mereka. Faktor kemampuan juga menjadi sebab saman tidak dibayar, bahkan ada pesalah trafik rela dipenjara kerana tidak mampu membayar saman mereka.

Rundingan dan perbincangan boleh dibuat, kerana matlamat utama bukanlah saman itu, sebaliknya pendidikan dan pengajaran terhadap kesalahan trafik yang dilakukan. Saman adalah sebahagian cara mendidik, menggerunkan juga membebankan.

Lebih dari itu, pesalah trafik bukanlah penjenayah yang berbahaya. Mereka adalah pesalah kategori biasa, dan saman adalah hukuman mereka. Penjara adalah maksimum jika gagal menjelaskan saman.

Sepatutnya PDRM mengambil langkah tegas memburu pesalah yang lebih serius dan membahayakan ketenteraman awam. Mereka terdiri daripada penjenayah, penyeleweng dan perasuah.

Dengan statistik jenayah yang begitu membimbangkan negara ini, Terengganu boleh menjadi contoh memburu penjenayah sehingga 'ke lubang cacing'.

Kerana kesalahan merekalah, rakyat menjadi gusar, keselamatan awam terutama kanak-kanak dan wanita terancam, kes rogol dan bunuh meningkat, amalan rasuah meningkat, bangunan menjadi 'runtuh', sikap berpilih kasih, penyelewengan demi penyelewengan yang memusnahkan institusi negeri dan negara.

Jika demikian, berbaloi tugas PDRM dengan memburu penjenayah berbahaya seperti ini melalui pelbagai tindakan keras dan tegas dalam pelbagai operasi yang dijalankan.

*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Lelaki maut ditembak ketika tunggang motosikal

Posted: 21 Jun 2014 02:48 AM PDT

BERNAMA 


ALOR SETAR: Seorang lelaki maut setelah ditembak ketika sedang menunggang motosikal di Taman Songket, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani malam tadi.
  
Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu, M. Gurubaran, 24, dari Taman Keladi, Sungai Petani maut di tempat kejadian selepas dipercayai terkena tiga das tembakan yang dilepaskan dua lelaki.
  
Mangsa dikatakan diekori empat lelaki yang menunggang dua motosikal sebelum beberapa tembakan dilepaskan ke arahnya sebaik mangsa memasuki kawasan perumahan tersebut.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata kesan tembakan tersebut menyebabkan mangsa jatuh bersama motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
  
"Tembakan itu menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikal dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan. Dua suspek itu pula melarikan diri sebaik melepaskan tembakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Katanya siasatan mendapati terdapat beberapa kesan tembakan di badan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh.
  
"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes ini dan pihak polis sedang berusaha untuk mengesan mereka. Motif pembunuhan juga masih dalam siasatan," katanya.
  
Mohd Nashir berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tembakan di bahagian kepala dan dada. - Bernama

Mesej ugutan, bangkai ayam atas katil

Posted: 21 Jun 2014 02:46 AM PDT



HARAKAHDAILY






KUALA LUMPUR: BILIK Pengerusi Pro-Mahasiswa UMS Kampus Labuan (UMSKL) Jamhuri Mohamed dipecah masuk malam tadi dan bangkai seekor ayam diletak atas katil serta mesej ugutan diconteng di dinding.

Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL, Hasnur Faridah Abbas berkata kejadian disedari Jamhuri sendiri apabila pulang dari forum berkaitan dengan 16 Mahasiswa yang dikenakan AUKU kira-kira jam 12 malam.

Menurut beliau, bangkai ayam diletakkan di atas katil Jamhuri turut disertakan contengan mesej "berambuslah bodoh" dengan cat di dinding bilik tersebut.

Ekoran kejadian itu, Jamhuri telah membuat laporan polis malam tadi.

"Pro M UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme diantara mahasiswa kerana jelas, perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar Universiti," kata Hasnur.

Jamhuri adalah salah seorang pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran  Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana menulis artikel bertajuk 'Rampas Kedai: Mahasiswa Serah Memo' yang disiarkan di Harakah Daily 28 Februari lalu

Dalam artikelnya, Jamhuri mengecam tindakan Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Ismail Ali kerana merampas kedai mahasiswa kendalian sekretariat Masjid Al Hikmah.

Jamhuri dituduh melanggar Kaedah-kaedah 3(a) Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar) 1976 yang menyebut seseorang pelajar tidak boleh menyatakan bangkangan terhadap 'sama ada di dalam atau di luar kampus, melalui apa-apa cara yang merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Institusi atau pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi'.

Beliau juga dikenakan pertuduhan baru iaitu memudaratkan nama baik pengarah UMSKAL, Dr Ismail Ali melalui tulisan disiarkan Harakahdaily tersebut.

Menurut notis bertarikh 17 Jun lalu, prosiding tatatertib terhadap Jamhuri kini ditetapkan untuk pendengaran pada 27 Jun 2014

Kerajaan Negeri sumbang RM10,000 keluarga Imam Besar Masjid Shah Alam

Posted: 21 Jun 2014 02:44 AM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM - Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.
Sumbangan disampaikan oleh Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail kepada isteri Allahyarham, Nurazira Ahmad Bashir.

Rodziah

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam (Jais), Ahmad Zaki Arshad.

Rodziah berkata sumbangan itu sebagai tanda prihatin Kerajaan Negeri terhadap Allahyarham yang banyak meninggalkan jasa kepada Kerajaan Negeri mahupun rakyat Selangor.

Katanya, pihaknya juga akan melihat keperluan balu Allahyarham dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

"Seperti biasa Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan individu yang meninggalkan jasa yang besar kepada Kerajaan Negeri.

"Jadi kita akan lihat keperluan mereka yang lain dan cuba membantu dari segi pendidikan anak-anak dan sebagainya.

"Allahyarham berkhidmat sebagai imam di Masjid Negeri selama 13 tahun, sudah tentu kematian beliau sangat dirasai khususnya warga Selangor kerana Allahyarham sangat aktif dengan program keagamaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di kediaman Kuarters Masjid Negeri, di sini.

Selain itu, Rodziah berkata Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan pihak Jais supaya membuat pembayaran penuh kos rawatan Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM130,000.

"Pihak Jais juga akan membayar pampasan kepada keluarga Allahyarham selama tempoh perkhidmatan arwah.

d8"Kita juga akan menyumbang sumbangan khairat kematian kepada keluarga arwah. Kita tahu tabungan ini tidak akan cukup, namun sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka.

"Arwah juga meninggalkan sesuatu yang berguna iaitu naskah Al-Quran untuk dicetak semula pada masa depan. Walaupun ia untuk dijadikan sebagai wakaf tetapi mungkin setiap cetakan boleh di pulangkan sebagai royalti," katanya.

Sementara itu, Nurazira berkata beliau terharu dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan keluarganya.

"Sangat berterima kasih dan terharu dengan sumbangan ini dan juga gembira mendengar apabila sudi membantu beliau untuk mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal dan pendidikan anak-anak," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di IJN akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.

Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008.

d5

Beliau merupakan Imam Besar yang banyak pembaharuan dilakukan termasuk program mengimarahkan masjid.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia di antara 11 tahun hingga tiga bulan.EZY

MB: RM5 juta bina Sekolah Tamil Berasrama pertama di Malaysia

Posted: 21 Jun 2014 02:38 AM PDT

Oleh :LIZAWATI MADFA


KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi mendirikan sebuah sekolah Tamil berasrama yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekolah itu dijangka dapat memberi kemudahan asrama kepada kira-kira 500 pelajar India dari golongan berpendapatan rendah.

MB

Katanya, usaha itu selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri untuk menjadikan pendidikan satu hak yang harus dinikmati rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.

"Ini merupakan satu program baru yang tidak pernah dibuat, untuk memberi kemudahan khususnya kepada anak pekerja-pekerja ladang.

"Kita mahu memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam arus pembangunan kerana anak dan pendidikan adalah aset masa depan, makin pandai, makin mahir mereka, maka majulah negara," katanya.

Beliau hadir menyempurnakan majlis penyerahan dana kepada enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daripada DUN Bukit Melawati di Kolej Universiti Inpens di sini yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abdul Rahman.

Sekolah berasrama itu akan dibina di atas tanah seluas 10 ekar di Coalfield di sini dengan persetujuan pihak pemaju, Syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad.

Kerja-kerja pembinaan kini dalam proses dan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan dijangka siap pada tahun 2017.

Sementara itu, Penasihat Majlis, K. Vasantha berkata inisiatif Kerajaan Negeri khususnya kepada kaum India merupakan peluang kebajikan yang tidak pernah dirasai sejak puluhan tahun di bawah Barisan Nasional (BN).

"Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang sememangnya ikhlas membantu rakyat tidak kira masa, tidak perlu tunggu pilihan raya.

"Kalau BN, sebelum Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) begitu banyak peruntukan dia bagi, tetapi selepas itu satu apa pun tak dapat, tunggulah pilihan raya akan datang," katanya.

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri memberi peruntukan RM 4 juta setahun kepada 97 buah SJKT di seluruh Selangor.EZY

Kolam tadahan banjir bakal siap sebelum September 2014

Posted: 21 Jun 2014 02:34 AM PDT

 
 
Dr Xavier JeyakumarKLANG: ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar menjangkakan kerja pembinaan kolam tadahan banjir di Bandar Botanic bakal siap pada September 2014.

Katanya, kolam tadahan yang dibina ini mampu menampung 80,000m3 air dan 63% kerja telah pun selesai setakat ini.

Walau bagaimanapun, katanya, perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya akan diadakan dalam masa terdekat memandangkan terdapat sedikit masalah di longkang Jalan Kebun Nanas.

"Saya percaya dengan adanya kolam tadahan ini, masalah banjir yang berlaku sejak 15 tahun lepas akan berakhir. Masalah banjir yang sering berlaku di sekitar kawasan Bandar Puteri dan Taman Sentosa ini disebabkan keadaan longkang yang kecil dan tidak dapat menampung air tadahan ketika musim hujan," katanya selepas melawat tapak kawasan tadahan bersama  Pegawai Majlis Perbandakan Kelang (MPK), Mohd Noor Mahmud dan Hijaz Sanusi yang turut disertai pegawai Gamuda.

Tambahnya, berhubung dengan isu pembinaan kolam tadahan air ini, beliau berharap agar kos penyelenggaraan dapat ditanggung oleh JKR ataupun Tenaga Nasional Berhad memandangkan kabel 33kw milik TNB berada di kawasan tersebut.

"Sebelum musim hujan tiba, saya berharap kerja pembinaan kolam tadahan ini dapat disiapkan. Kolam ni adalah inisiatif untuk atasi banjir demi keselesaan penduduk Taman Sentosa," katanya.

Tilawah Al-Quran guna Braille usaha martabat OKU

Posted: 21 Jun 2014 02:32 AM PDT

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sentiasa prihatin terhadap peranan golongan kurang upaya (OKU) di negeri ini bagi memastikan hak dan penyertaan mereka disamaratakan dalam pembangunan masyarakat.

Terbaru, usaha bagi mengiktiraf golongan itu diperhebatkan melalui penganjuran Majlis Tilawah al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan yang menyaksikan golongan OKU daripada pelbagai peringkat umur tampil menunjukkan kemahiran mengalunkan ayat suci al-Quran.

tilawah al-quran braille 2 aExco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapannya berkata Kerajaan Negeri sentiasa menghargai usaha memartabatkan golongan OKU terutama dari sudut pendidikan supaya mereka tidak terpinggir.

Beliau berkata langkah itu juga adalah sejajar dengan hasrat Selangor untuk menjadikan negeri ini sebagai sebuah pusat hab ilmu, maju dan berkebajikan.

"Kalau rakyat tiada ilmu, apalah erti kemajuan kepada negeri dan sampai bila-bila Selangor tidak akan dapat memenuhi visinya untuk menjadi negeri idaman.

"Kerajaan Negeri sentiasa menghargai inisiatif daripada mana-mana pihak untuk memberi peluang kepada golongan cacat penglihatan ini dalam memartabatkan ilmu terutama al-Quran," katanya.

braille 2 aBeliau turut memuji usaha penganjur majlis berkenaan iaitu KL Braille Resources yang menjadi syarikat pertama menerbitkan kitab suci al-Quran dalam tulisan braille.

Katanya usaha itu sekaligus memudahkan golongan cacat penglihatan untuk membaca al-Quran meskipun dilahirkan tidak sempurna.

"Mereka (KL Braille) membantu golongan yang kurang bernasib baik dan tidak membenarkan orang menggunakan alasan cacat penglihatan tidak mampu membaca al-Quran.

"Inilah modal insan yang kita mahukan di negeri Selangor malah saling membantu dari sudut ilmu sangat dituntut dalam Islam," katanya lagi.

Seramai 12 peserta amatur dan berpengalaman dengan perbezaan latar belakang terlibat dalam pertandingan itu, majlis yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda itu menyaksikan penglibatan dari beberapa buah negeri antaranya Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengarah Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad dan Pengarah Urusan KL Braille Resources, Datuk Mah Hassan Omar. EZY

MB: Projek bahaya & rugikan rakyat boleh dibatalkan

Posted: 21 Jun 2014 02:29 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak akan teragak-agak menarik semula kelulusan diberikan sebarang projek yang terbukti mampu mengundang bahaya dan merugikan rakyat termasuk projek dikendalikan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata setiap rancangan pembangunan patut mematuhi proses undang-undang, perancangan tempatan, pendengaran awam, kajian bebas pandangan awam, kajian impak taksiran daripada semua aspek.

kidex12

"Perlu diingat bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam terutamanya apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan komunikasi dan pengangkutan serta kerja-kerja am dan utiliti adalah di bawah skop kuasa kerajaan persekutuan.

"Yakinlah bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan pematuhan proses undang-undang, perancangan tempatan, pendengaran awam, tinjauan pendapat awam yang bebas, penilaian kajian impak dari semua aspek dan semua prosedur lain serta keperluan sebelum apa-apa projek diluluskan," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 – 'Folklore Festival' di Jalan Yong Shook Lin di sini, malam tadi.

Sementara itu ketika menyentuh festival yang turut disertai pelbagai delegasi dalam dan luar negeri, Abdul Khalid berkata festival yang berlangsung dari 17 hingga 22 Jun itu dijangka mampu menarik kunjungan ribuan pengunjung.

Kata Abdul Khalid acara seumpama ini mampu memberi pelbagai manfaat kepada negara perserta dalam pelbagai aspek seperti menjalin hubungan pelbagai hala diplomatik dan ekonomi.

Abdul Khalid dalam ucapannya turut mengambil kesempatan menjemput delegasi dalam dan luar negara yang mengambil bahagian dalam festival kali ini mengunjungi Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2015.EZY

MB: Jawatan politik ada pasang surut & mencabar

Posted: 21 Jun 2014 02:25 AM PDT

Oleh :LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Jaminan jawatan dalam arena politik bukan sesuatu yang tetap dan sentiasa berdepan pasang surutnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata realiti itu adalah jauh berbeza dengan dunia korporat yang diceburinya sebelum ini yang biasanya menjanjikan kestabilan sesuatu jawatan.

Sumbangan Ramadhan MB aBagaimanapun, katanya, perbezaan itu diambil sebagai cabaran yang harus ditangani sejak mula memegang jawatan Menteri Besar sejak tahun enam tahun lalu.

"Perasaan tidak puas hati adalah perkara biasa. Tugas saya (kadang kala) berdepan dengan isu-isu sensitif dan bukan untuk mendapat keselesaan atau memuaskan semua pihak.

"Apa saya lakukan agar segala perkara atau isu dilakukan secara tertib, teratur dan mengikut lunas undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini yang turut dihadiri Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

Semalam, beberapa wakil rakyat PAS di Selangor meluahkan perasaan kurang senang dengan corak pentadbiran Abdul Khalid di Selangor.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kritikan yang diberikan kepadanya oleh rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dijadikan sebagai satu cabaran dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

"Jaminan jawatan memang tidak ada kerana saya kini dalam arena politik, bukan sektor korporat lagi, jadi saya ambil sebagai satu cabaran dan tanggungjawab," katanya lagi.EZY

Najib ‘tidak ikhlas’ mengenai isu royalti

Posted: 21 Jun 2014 02:20 AM PDT

 
Banyak masa untuk bahas isu tersebut tetapi kerajaan tidak benarkan
Malaysian Prime Minister Najib Razak at the 20th International Conference on The Future of Asia

KUCHING: Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak ikhlas mengenai permintaan Kerajaan Sarawak untuk menaikkan kadar royalti minyak kepada 20 peratus dari sekarang 5 peratus.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata bahawa "Najib telah gagal ujian keikhlasan".

"Terdapat masa yang mencukupi untuk membincangkan usul mengenai royalti minyak itu pada hari Khamis tetapi sebaliknya Kerajaan memilih untuk tidak melakukan perdebatan pada waktu petang dan ditangguhkan pada 1 tengah hari.

"Wakil Perintah Tetap Dewan membacakan watikah bahawa Dewan boleh disambung semula pada jam 2.30 petang dan berterusan sehingga 5.30 petang," kata Chong. "Dengan memilih untuk tidak mempunyai perbahasan di sebelah petang, ia sangat jelas yang Najib cuba mengelakkan isu royalti minyak."

Chong berkata bahawa ia adalah penting bahawa terdapat perdebatan di Dewan Rakyat pada Resolusi yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan Kerajaan. Jika tidak, katanya, dan mana-mana ikrar oleh Perdana Menteri masih kosong dan hanya tinggal janji-janji manis sahaja.

Najib telah berjanji ketika di Miri semasa Gawai Dayak mengenai beliau akan mempertimbangkan permintaan tersebut sama ada secara langsung "atau dalam bentuk lain".

Chong yang juga Ahli Parlimen Kuching dan Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, mengemukakan Usul Surat Petisyen kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Parlimen, dimana Surat tersebut ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen termasuk tiga Ahli Parlimen BN Sarawak.

Usul terbabiti, menurut Chong, berbunyi seperti berikut:

(1) Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permintaan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan royalti minyak dan gas yang perlu dibayar kepada Sarawak sebagai ganti hak minyak dan gas dari sekarang 5% kepada 20% daripada nilai kasar minyak dan gas yang diekstrak daripada perairan di sekitar Sarawak;

(2) Kerajaan Persekutuan hendaklah dalam tahun ini dikuatkuasakan semua dokumentasi undang-undang untuk kenaikan hak Royalti berkata daripada 5% kepada 20%.

DAP berpendapat bahawa terdapat perbezaan di antara BN peringkat Persekutuan dan negeri mengenai isu royalti minyak.

"Walaupun DUN Sarawak dan Kerajaan Sarawak menyokong peningkatan royalti minyak, hanya tiga Ahli Parlimen BN menyokong usul DAP," katanya.

"BN Sarawak harus mengkaji semula kedudukannya dalam BN dan status Sarawak dalam Persekutuan Malaysia."

Chong tidak mendedahkan nama-nama tiga BN Ahli Parlimen.

Bulan lepas, beliau berkata jika referendum dibuat untuk menentukan sama ada perlu atau tidak Sarawak kekal di Malaysia dilakukan hari ini, 75% penduduk Sarawak akan minta pemisahan.

Dun Sarawak meluluskan Resolusi bagi kenaikan royalti minyak pada 6 haribulan bulan lepas.

Isma, Perkasa dijemput sertai himpunan solidariti Kg Chubadak

Posted: 20 Jun 2014 07:01 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal mempelawa semua NGO masyarakat untuk menyertai himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak pada Isnin ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, beliau turut menjemput Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) untuk turun ke himpunan tersebut.

Menurut Mazlan, beliau menghargai usaha Perkasa yang turun melawat penduduk Kg Chubadak Tambahan biarpun agak lewat.

"Bagi saya meskipun tindakan Perkasa agak lewat, ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.

"Saya juga telah menghantar surat kepada Isma dan badan NGO lain untuk menyemarakkan himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak pada isnin ini," kata Mazlan.
Sebelum ini Mazlan dalam kenyataannya melahirkan rasa kesal dengan sikap NGO yang mendakwa mahu membela nasib orang Melayu tetapi membisu dalam isu Kg Chubadak.
Ekoran kenyataan itu, Perkasa kemudian dilihat turun bertemu penduduk kampung terbabit.

Himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak akan diadakan Isnin ini di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpr (DBKL) bermula jam 9 pagi.

Himpunan ini anjuran Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) dengan kerjasama Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat.

"Kerajaan mesti kekalkan Kg Chubadak, Kg Puah Seberang dan saki baki kampung tradisi melayu di Kuala Lumpur.

"Jadikan ia kampung warisan, naik taraf perkampungan dan kemudahan asas demi survival umat Islam di bandar," kata Mazlan.

Jururunding bebas siasat mendapan di KLIA2

Posted: 20 Jun 2014 06:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Masalah mendapan tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tidak menjejaskan keselamatan lapangan terbang itu.
  
Sebaliknya, KLIA2 telah memenuhi standard antarabangsa, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Beliau berkata masalah mendapan itu akan terus dipantau oleh juru runding bebas Ikram Premier Consulting (Ikram) dan Organisasi Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO).
  
"Saya telah meminta MAHB (Malaysia Airports Holding Berhad) untuk memberi kerjasama dalam perkara itu. Sekarang Ikram dalam fasa kedua kajian dan ia memerlukan beberapa bulan lagi," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai KLIA2 di Sepang hari ini.
  
Sebelum ini, kedua-dua juru runding bebas itu dilantik untuk menyiasat dakwaan mengenai mendapan dan takungan air yang didakwa berlaku di landasan dan kawasan tempat letak pesawat klia2.
  
Pada masa sama, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berpuas hati dengan operasi KLIA2 berdasarkan maklum balas positif yang diterimanya.
  
"Tetapi ada beberapa perkara perlu ditambah baik seperti banyakkan papan tanda dan kemudahan 'walkerlator' untuk keselesaan pengguna terutama warga emas," katanya.- Bernama

Teladan Al-Fatih dan isu rampasan Bible di Selangor

Posted: 20 Jun 2014 06:52 PM PDT

Oleh KHALID SAMAD


Pada Selasa 17 June 2014, 4 orang Ahli Parlimen PAS Selangor telah mengadakan sidang media di lobi Parlimen. Isu yang ingin dirungkaikan adalah persoalan tindakan MAIS/JAIS merampas 'Bible Al-Kitab' dari Pejabat Bible Society Malaysia dan keengganan mereka memulangkannya setelah diarahkan oleh Peguam Negara.

Dalam soal ini tiga perkara utama ingin disampaikan kami.

1. ISLAM MENJAMIN HAK PENGANUT AGAMA BUKAN ISLAM MENGAMAL AGAMA MEREKA

PAS berpegang kepada ajaran Islam yang menjamin hak bukan Islam mengamalkan agama mereka tanpa diganggu-gugat. Prinsip menghormati kitab dan tempat ibadat orang bukan Islam wajib diamalkan walaupun dalam keadaan berperang, apatah lagi pada ketika mereka hidup aman damai bersama ummat Islam seperti ketika ini. Pesanan Rasulullah (SAW) dan para khulafa ar Rasyidin kepada tentera Islam supaya tidak mencerobohi tempat ibadah orang bukan Islam telah disebut berulang kali.

Baru-baru ini saya telah berpeluang pula untuk mendengar tazkirah seorang ustadz berhubung peristiwa semasa Sultan Muhammad Al-Fatih memasuki kota Constantinople atau Istanbul sepertimana ianya dinamakan sekarang. Apabila memasuki Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih mendapati bahawa ada peluru meriam tenteranya telah menembusi dinding sebuah gereja dan kelihatan helaian kertas bertaburan di atas lantai gereja tersebut. Apabila ditanya dari mana datangnya kertas tersebut, beliau diberitahu bahawa ianya helaian muka surat kitab Bible gereja berkenaan. Oleh yang demikian, Sultan Muhammad Al-Fatih dengan segera mengarahkan tenteranya mengutip kembali helaian tersebut, membersihkannya semua, menyusunnya dan diikat kembali setiap satu kitab Bible yang telah bertebaran sedemikian rupa. Setelah ianya dilakukan, beliau mengarahkan supaya Bible tersebut dikembalikan kepada pihak gereja berkenaan.

Ajaran Islam berhubung menghormati hak bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka, serta menghormati tempat ibadah serta kitab mereka adalah merupakan ajaran yang baru dan 'revolutionary' pada waktu tersebut. Pada ketika itu, golongan yang berbeza agama ditindas dan dizalimi. Pertukaran agama atas sebab paksaan dan penyeksaan merupakan perkara biasa. Islam membawa perubahan revolutionary ini dengan mengistiharkan "Laa ikraha fiid-Diin" atau tiada paksaan dalam agama.

Oleh itu, tindakan JAIS atas arahan MAIS untuk menceroboh ke pejabat Bible Society Malaysia dan merampas Bible Bahasa Malaysia, Bidayuh dan Iban adalah merupakan tindakan yang pada dasarnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Ia merupakan tindakan yang mencemar imej Islam dan menyebabkan orang bukan Islam merasa terancam dalam soal amalan dan hak beragama mereka. Dengan itu mereka akan mempertikaikan sejauh mana Islam akan menjamin hak dan kebebasan beragama mereka dan dengan itu akan pandang serong terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini!

Ianya lain sekiranya Bible Bahasa Malaysia tersebut dirampas dalam keadaan ianya sedang disebar ke khalayak ramai, khususnya kepada orang Islam! Dalam keadaan sedemikian, pihak JAIS berhak untuk merampas Bible berkenaan kerana ia telah menyalahi undang-undang yang menghalang penyebaran agama selain Islam di kalangan orang Islam.

Dan kami yakin, inilah sebabnya mengapa Peguam Negara sendiri memutuskan bahawa tidak akan ada sebarang pendakwaan dalam kes ini. Ianya adalah kerana pihak Bible Society Malaysia telah tidak melakukan kesalahan kerana Bible yang dirampas berada di dalam premis mereka, iaitu pejabat persatuan Kristian, dan bukan sedang disebar kepada orang Islam.

Kami melihat tindakan dan sikap MAIS/JAIS sebagai penghalang kepada usaha PAS membina keyakinan masyarakat Malaysia, samada Muslim atau bukan Muslim, bahawa Malaysia akan lebih aman, adil dan selamat sekiranya pantadbirannya diasaskan kepada prinsip pemerintahan Islam.

Oleh itu tindakan MAIS/JAIS dianggap bukan sekadar mencemar imej Islam tetapi juga menyumbang kepada ketakutan terhadap pemerintahan berasas kepada ajaran Islam yang diperjuangkan PAS. Tidak boleh dinafikan bahawa ada yang menganggap bahawa itulah sebenarnya matlamat di sebalik tindakan sebegini.

Dengan ketakutan terhadap PAS disematkan di kalangan bukan Islam, maka mereka akan kembali kepada BN. Kami tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan ini, tetapi kami tidak mampu menolak kemungkinan ianya benar.

2. PAS DIPALIT DENGAN TINDAKAN MAIS/JAIS

Sebagai ahli Parlimen, kami telah mendapat banyak kritikan terhadap tindakan MAIS/JAIS dan dituduh pula bahawa PAS adalah yang sebenarnya di sebalik tindakan ini. Exco-Agama kerajaan Negeri dari PAS dituduh sebagai dalang sebenar di sebalik operasi ini dan ini adalah wajah PAS yang sebenar, mengikut mereka, iaitu ektrimis dan tidak menghormati hak agama lain.

Kami mengambil kesempatan ini untuk menafikan apa jua jenis penglibatan, bukan sahaja dari PAS tetapi juga oleh kerajaan Negeri, dan menyatakan dengan terus terang bahawa kedua-dua pihak ini, iaitu Exco-agama dan kerajaan Negeri, telah dibelakangkan oleh MAIS dan JAIS dalam soal ini. Serbuan dan rampasan telah dilakukan tanpa merujuk kepada Exco-Agama ataupun Kerajaan Negeri. Apabila perkara ini ditimbulkan, Pengerusi MAIS menjawab bahawa mereka tidak perlu dirujuk!

Dengan perkembangan terbaru, di mana arahan Peguam Negara turut disanggah oleh MAIS/JAIS, ianya amat jelas bahawa MAIS/JAIS ingin menjadi satu entiti yang tidak mendengar pandangan dari mana-mana pihak. Ini adalah seolah-olah mereka ingin dianggap sebagai 'kerajaan dalam kerajaan'.

Sekiranya benar, maka keadaan wujudnya 'kerajaan dalam kerajaan' adalah semestinya sesuatu yang tidak sihat dan perlu dihentikan. Sekiranya tidak, maka apa jua usaha kerajaan negeri untuk membina kefahaman Islam di kalangan ummat Islam dan menjalin perasaan keharmonian di antara berbilang bangsa dan agama boleh sahaja digagalkan oleh pihak yang menganggap diri mereka bebas dari apa jua jenis pertanggung-jawaban terhadap tindakan mereka. Ini adalah kerana mereka dilantik dan bukan dipilih dan oleh itu tidak perlu dipertanggung-jawabkan oleh rakyat terhadap tindakan mereka.

Ada yang mengatakan bahawa itulah kelebihan MAIS/JAIS! Oleh kerana mereka 'bebas dari pengaruh politik' maka mereka akan bertindak mengikut prinsip Islam semata-mata. Untuk mengandaikan MAIS/JAIS adalah bebas dari kepentingan politik adalah naïf dan kebudak-budakan. Adakah Pengerusi MAIS, Dato Adzib dan salah seorang ahli Majlisnya, sebagai contoh, Dato Dr. Hassan Ali, boleh dianggap bebas dari kepentingan politik?

Dan inilah yang dikhuatiri. Iaitu kemungkinan kuasa eksekutif kerajaan Negeri melalui Exco-Agamanya dirampas secara dari pintu belakang oleh pihak yang ditolak rakyat, seperti UMNO, tanpa disedari.

3. KAJI KEMBALI KUASA EKSEKUTIF YANG ADA PADA MAIS

Umum mengetahui bahawa MAIS adalah institusi yang dikaitkan dengan Sultan Selangor. Berpegang kepada konsep Raja Berperlembagaan, seseorang Sultan tidak seharusnya mempunyai kuasa eksekutif. Ini adalah demi menjaga imej dan nama baik institusi kesultanan itu sendiri.

Apabila mempunyai kuasa eksekutif, maka institusi kesultanan akan terdedah kepada kritikan dan teguran kerana seperti biasa, mustahil sesuatu tindakan eksekutif dipersetujui semua pihak atau tindakan eksekutifnya betul dalam setiap ketika.

Dalam keadaan itu, pihak yang mengambil tindakan eksekutif tersebut akan dicemuh dan ditertawakan. Bagi mengelakkan dari ini dari berlaku, Sultan perlu berada dikedudukan yang bebas dari dan melangkaui segala tindakan eksekutif supaya tidak tercemar atau tercela.

Tindakan MAIS/JAIS menyiasat perkahwinan seorang wanita Hindu bernama Zarina tempoh hari boleh dilihat sebagai satu contoh. Betapa tindakan itu telah menyebabkan teguran dan celaan dari setiap lapisan masyarakat, Muslim dan bukan Muslim. Tanpa disedari, institusi kesultanan juga mungkin telah mendapat tempias darinya. Kritikan yang disalah-alamatkan kepada exco-agama pada hakikatnya dituju kepada MAIS dan dengan secara tidak langsung kepada Sultan!

Alhamdulillah, akhirnya ianya diselesaikan dengan pihak MAIS/JAIS berbaik kembali dengan keluarga Zarina yang telah pada awalnya marah dan menyelar tindakan MAIS/JAIS. Hanya mungkin kita bernasib baik kerana masih ramai yang tidak mengaitkan secara terus tindakan MAIS dengan Sultan. Tetapi untuk berapa lama?

Begitu juga, pendirian Peguam Negara berhubung rampasan Bible Al-Kitab dari pejabat Bible Society Malaysia. Ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tamparan terhadap MAIS/JAIS itu sendiri. Ini jelas memalukan. Keengganan memulangkan Bible yang dirampas setelah dinasihati untuk berbuat begitu oleh hampir semua pihak, hanya menimbulkan lagi teguran dan kritikan. Ini semua dengan sendirinya boleh menyebabkan nama baik institusi kesultanan turut tercemar.

Pada masa yang sama, seorang Sultan adalah Sultan kepada seluruh rakyat di negerinya. Ini termasuk yang Islam dan yang bukan Islam. Sekiranya mana-mana pihak merasa terinaya, maka Sultan juga merupakan tempat mengadu bagi semua. Tetapi sekiranya institusi yang melakukan tindakan yang dianggap menganiaya itu dikaitkan dengan Sultan, ke mana rakyat berkenaan boleh mengadu?

Maka di atas sebab seperti di atas, demi menjaga nama baik institusi kesultanan dan kasih rakyat yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda, maka kami ingin mencadangkan supaya kuasa eksekutif MAIS dikaji kembali oleh kerajaan Negeri.

Biarlah JAIS terletak di bawah pengurusan Exco-Agama seperti yang sepatutnya. Dan Exco-agama yang dilantik sekarang adalah jauh lebih layak, dari segi keilmuannya, berbanding semua exco-agama sebelum ini. Sekiranya di bawah yang tidak semampu sekali pun JAIS, kedudukan JAIS dan agama Islam tidak tercabar, maka apatah lagi sekiranya ianya di bawah yang lebih mampu. Sudah pasti ianya akan jauh lebih berkesan sekiranya tidak dihalang dan diganggu oleh pihak lain.

Isu Cadbury: Persatuan pengguna pun pening

Posted: 20 Jun 2014 06:49 PM PDT


Nadzim Johan  
Nadzim Johan


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akui masih keliru dengan status halal produk coklat Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi, baru-baru ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan Cadbury bebas DNA babi namun pihaknya masih ragu.

"Sekejap ada sekejap tak ada (DNA babi). Jadi kami pun tak tahu mana satu.  Kita di persatuan pun jadi pening kepala. Sebab itu kita pakat dengan persatuan pemborong untuk boikot.

"Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kata ada DNA babi. Jakim pula keluar kenyataan kata bebas DNA babi. Jadi, adakah analisa KKM itu tidak betul?," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-29, Isu Halal:Apa Hak Pengguna di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh soal kenyataan yang menyebut coklat dikaji tiada pencemaran ekoran diambil dari kilang.

"Kalau dikatakan Cadbury dari kilang tidak tercemar, kita kena beli coklat dari kilang sajalah. Tak boleh beli di luar lagi.

"Mungkin juga ini sabotaj atau makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Oleh sebab itu, kita minta polis buat siasatan," katanya.

Lokasi pencarian baharu MH370 diumum 2 minggu lagi

Posted: 20 Jun 2014 06:47 PM PDT

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa sidang media selepas menghadiri taklimat dan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, hari ini. - Foto Bernama Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa sidang media selepas menghadiri taklimat dan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, hari ini. - Foto Bernama


SEPANG - Fasa baharu lokasi pencarian MH370 akan diumum dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
 
Bagaimanapun, katanya lokasi pencarian baharu itu masih kekal di koridor selatan.
 
"Carian kita tidak pernah berhenti tetapi sebelum diumum fasa baharu kawasan pencarian yang akan kita beri tumpuan bersama-sama China dan Australia, kita juga akan kenal pasti aset-aset kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata selepas itu, semua aset-aset tambahan akan dihantar untuk membantu usaha pencarian di lokasi baharu.
  
Terdahulu, beliau menghadiri taklimat mengenai persiapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sempena perasmian lapangan terbang itu yang dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa depan.
      
Hishammuddin menjelaskan aset-aset tambahan dari China, Belanda serta syarikat swasta Petronas dan SapuraKencana sudah sedia untuk dihantar.
 
Antaranya ialah Kapal Zhu Kenzhen 872 dari China, Fugeo Equator (dari Belanda) dan Deftech Phoenix International (Petronas) dan Multi-beam Echo Sounder dan Sun Bottom prOflier (SapuraKencana).
  
Selain itu, Hishammuddin berkata jawatankuasa aset yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri akan bekerjasama dengan China dan Australia untuk mengenal pasti aset-aset itu benar-benar memenuhi keperluan.

Dalam fasa baharu pencarian itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi pula akan melihat dari segi panel pakar teknikal termasuk kerjasama dengan Boeing, Immarsat, Rolls Royce, Lembag Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat dan Jabatan Siasatan Kemalangan Udara China, katanya.
   
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER itu yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
  
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
  
Tujuh belas hari kemudian, Penerbangan MH370 itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Menanti 'durian runtuh' di Teluk Intan

Posted: 20 Jun 2014 06:45 PM PDT

RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS 


Bahang selepas berakhir Pilihan Raya Kecil P076 Parlimen Kawasan Teluk Intan masih dirasai berikutan kematian penyandangnya mendiang Seah Leong Peng yang meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 1 Mei 2014 yang lalu.

7 Mei 2014, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan pada 31 Mei 2014 untuk hari mengundi manakala hari penamaan calon pada 19 Mei 2014 dan 27 Mei 2014 untuk hari pengundian awal kepada pemilih yang layak.

Pertembungan di Teluk Intan antara Parti DAP dan Parti Gerakan dimana DAP meletak Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Kawasan Gelang Patah, Lim Kit Siang dan manakala Barisan Nasional (BN) meletak Presiden Parti Gerakan.

Pada 17 Mei 2014, kedua-dua pihak telah membuat pengumuman calon-calon mereka dimana Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon DAP dan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN walaupun terdapat empat borang telah diambil.

Penduduk Teluk Intan tentu ingat tentang projek mega lebuhraya bernilai RM5 Bilion antara Taiping dengan Banting yang turut melalui jajaran ke Teluk Intan yang telah dibentangkan di dalam Belanjawan 2012 yang telah dilancarkan.

Pelancaran dilakukan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Jentera BN bagi memastikan kemenangan Datuk Mah untuk cubaan kali kedua telah beberapa kali bersama rakyat di Teluk Intan.

Sebelum ini, Presiden Parti PPP Datuk Seri Dr M. Kayveas yang telah bertanding di salah satu Dewan Undangan Negeri di Teluk Intan Kawasan Pasir Berdamar telah tewas pada Pilihan Raya Umum ke – 13, 5 Mei 2013 yang lalu.

Datuk Mah, secara 'solo' pada 26 Mei 2014 yang lalu telah membentangkan Manifestonya untuk ditawarkan kepada penduduk Teluk Intan tanpa kehadiran pimpinan utama peringkat Nasional mahunpun dari peringkat Negeri Perak.

Antara tawaran-tawarannya adalah berusaha menjadikan ikon Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menjadikan hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan dan peluang pekerjaan untuk golongan muda.

Selain itu untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat makanan di Hilir Perak, membangunkan projek pembangunan bersepadu tepi sungai dan membina kompleks sukan bersepadu untuk golongan belia antara tawarannya itu.

Beliau juga akan memastikan lebih banyak padang futsal di Teluk Intan, selain akan menyelesaikan masalah setempat seperti perparitan dan lampu jalan di sekitar Teluk Intan sebelum beliau diumumkan menang sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula pada 22 Mei 2013 bersedia membantu untuk menambah baik kemudahan jalur lebar di Teluk Intan seperti yang dihasratkan golongan muda di kawasan itu.

Manakala Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menjanjikan lebih banyak pembangunan akan didatangkan ke Teluk Intan jika BN menang.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pada 24 Mei 2014 akan menaja uniform baru bagi 8,639 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang layak mengundi di Teluk Intan jika Datuk Mah menang.

Pada 29 Mei 2014  pula Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN mengumumkan untuk melantik Datuk Mah sebagai menteri jika Presiden Parti Gerakan itu menang.

Dan pada 30 Mei 2014 pula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan akan menyelesaikan masalah tempat pembakaran mayat kaum India dan akan membantu sekolah Tamil jika BN menang di Teluk Intan.

Banyak janji dan akujanji kali ini BN tawarkan, tidak termasuk tawaran manifesto dan beberapa 'projek mee segera' yang dilimpahkan di Teluk Intan dan sudah tentu antaranya adalah jalan-jalan baru semasa tempoh berkempen.

Akhirnya, julung-julung kalinya hadirlah Datuk Seri Najib ke Teluk Intan dengan beberapa pengumuman baru yang amat mengejutkan seperti janji penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Teluk Intan.

Bagi tujuan itu, kampus tersebut akan menempatkan 1,000 orang guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal yang akan siap pada 14 Jun 2018 iaitu dalam tempoh empat tahun yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib.

Benar, Datuk Mah juga telah menjanjikan penubuhan universiti baru tetapi bukannya pula Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang kebiasaannya menjadi lubuk kroni-kroni tertentu terutamanya sudah berakhir perkara penting.

Satu lagi janji seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Tengku Adnan tentang pembangunan dan seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib iaitu pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) termasuk peruntukan RM5 Juta bagi projek pembangunan di situ.

Projek PR1MA di Teluk Intan ini akan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS).

Bagi projek PR1MA sebagai permulaan sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina dengan kawasan seluas 202 hektar yang dijangka dijual pada harga tidak melebihi RM150,00 seunit dan siap dalam tempoh tiga tahun pada 14 Jun 2017.

Baru dua janji yang telah diumumkan dan banyak lagi janji yang menanti penduduk Teluk Intan dalam tempoh berakhir 5 Mei 2018 yang akan datang dengan Ahli Parlimen baru yang akan menjadi Menteri ini.

Marilah kita sama-sama menunggu Kementerian apakah yang akan diisi oleh Datuk Mah nanti dan marilah sama-sama kita menunggu janji turun padang untuk melihat masalah longkang sebelum tiga tahun yang akan datang.

Dengan perasaan seronok dan gembira penduduk Teluk Intan, kami juga menumpang bersama atas limpahan yang diterima seperti menunggu 'durian runtuh' akan projek-projek mega tersebut nanti.

*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar

Muhyiddin masih diperlukan, kata Najib

Posted: 20 Jun 2014 06:41 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan disenarai dalam barisan kabinet baru beliau selepas rombakan dibuat.

Najib berkata, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang baik dengan timbalannya itu.

Beliau juga berkata, masih banyak perkara perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin dalam terutama dalam memperkukuh Umno BN.

"Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN," katanya.

Sebelum ini, bloger Umno melaporkan Muhyiddin akan berundur dari kabinet bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Desas-desus itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa Muhyiddin memang sudah lama memendam kecewa dan pernah menyatakan untuk berundur.

Perkara itu katanya memang diketahui oleh kawan-kawan rapat Muhyiddin.

UiTM: Bukan pasal model tapi soal kroni

Posted: 20 Jun 2014 06:40 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Penjelasan UiTM berhubung projek penswastaan pembinaan beberapa kampus universiti itu tidak langsung menjawab persoalan kronisme yang wujud tetapi lebih berkisar kepada model pembiayaan yang bukannya menjadi pokok persoalan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) berkata, pihak pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan beliau mengenai kroni-kroni Umno yang berada di belakang syarikat-syarikat konsesi tersebut malah gagal menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti didedahkan beliau.

"Saya mengalu-alukan jawapan rasmi dari pengurusan UiTM mengenai projek-projek penswastaan UiTM kampus-kampus cawangan Pasir Gudang, Jasin, Seremban III, Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan.

"Kenyataan media UiTM semalam merupakan jawapan rasmi yang pertama setelah seminggu saya mendedahkan bagaiman kroni Umno yang akhirnya mengaut keuntungan dari dasar penswastaan kampus-kampus baru UiTM yang sedang dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rafizi, penjelasan UiTM itu telah membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta yang dikemukakan selama ini mengenai kroni di belakang setiap syarikat konsesi dan pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat.

Pengurusan UiTM, ujar beliau hanya mampu menjawab bahawa pendekatan menswastakan kampus-kampus cawangan UiTM kepada syarikat-syarikat konsesi ini menguntungkan UiTM kerana wang didahulukan oleh syarikat konsesi melalui kaedah "private finance initiatives" (PFI).

Beliau turut mempersoalkan kaedah PFI yang diguna pakai UiTM bagi membina kampus-kampus baru memandangkan konsesi dianugerahkan kepada syarikat-syarikat kroni secara rundingan terus.

"Saya tidak pernah mempersoalkan kaedah PFI sekiranya ia dibuat secara telus dan terbuka. Negara-negara lain turut mengamalkan kaedah PFI dalam beberapa projek tetapi tender dibuka kepada semua. Akhirnya, syarikat yang menawarkan harga dan nilai terbaik kepada kerajaan yang akan terpilih," ujarnya.

Menurut beliau, apabila konsesi penswastaan dianugerahkan kepada syarikat-syarikat kroni secara rundingan terus, ia menimbulkan banyak masalah.

"Pertamanya, syarikat-syarikat kroni ini tidak ada pengalaman dalam menguruskan projek sebesar itu kerana kebanyakan mereka hanyalah pemimpin Umno yang tidak mempunyai perniagaan besar sebelum itu dan syarikat mereka hanya ditubuhkan semata-mata untuk mendapatkan konsesi.

"Akhirnya, pelaksanaan projek mengalami banyak masalah termasuklah kemudahan yang tidak mengikut spesifikasi, khidmat penyenggaraan yang tidak baik kelak dan lain-lain," ujarnya.

Rafizi menambah, apabila konsesi penswastaan dirunding terus dengan syarikat-syarikat kroni, terma perjanjian konsesi adalah berat sebelah dan hanya menguntungkan pemegang konsesi.

Dalam kes konsesi penswastaan UiTM, jelas beliau kos keseluruhan menanggung bayaran sewa tahunan kepada syarikat konsesi sebanyak RM8.6 bilion adalah lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.

Menurutnya, rakyat Malaysia telah lama terbeban dengan bayaran tahunan kepada pemegang konsesi akibat dari perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh BN dan syarikat kroni.

"Beban itu sekarang dirasakan terus oleh rakyat, misalnya kadar elektrik yang lebih tinggi akibat perjanjian konsesi penjanaan bebas (IPP) yang membebankan Tenaga Nasional Berhad dan kadar tol yang terus menguntungkan syarikat tol sedangkan rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barang," ujarnya.

Malah tambah beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa mewarisi perjanjian konsesi dengan syarikat kroni di dua institusi pendidikan tinggi iaitu Unisel dan KUIS.

Kedudukan kewangan Unisel dan KUIS, tambah beliau terjejas kerana bayaran sewa yang hanya menguntungkan syarikat kroni milik wakil rakyat Umno dan pelajar pula terbeban dengan kenaikan sewa kampus mengikut perjanjian konsesi.

"Sebab itu, saya tekad untuk terus menentang penswastaan kampus-kampus cawangan UiTM ini kepada syarikat konsesi.

"Bagi tahun 2014 sahaja, bayaran sewa (yang hanya merupakan sebahagian saja sewa tahunan) kepada syarikat konsesi telah mencecah 14% dari peruntukan keseluruhan UiTM.

"Apabila siap sepenuhnya dan lebih banyak kampus diswastakan dengan cara ini, bayaran sewa kepada syarikat konsesi akan menjadi belanja paling besar yang ditanggung oleh UiTM setiap tahun – seperti mana bayaran kepada syarikat IPP menjadi tanggungan paling besar TNB setiap tahun," tegas beliau.

Beliau khuatir UiTM terpaksa mengikat perut dan memotong peruntukan untuk perkara-perkara lain yang lebih penting malah kebajikan pelajar akan terabai apabila sewa bilik di kampus akan naik kerana UiTM perlu membayar sewa.

"Peruntukan melanjutkan pelajaran kepada pensyarah-pensyarah terpaksa dikecilkan kerana peruntukan digunakan untuk membayar sewa. Program-program naik taraf kampus akan dihentikan kerana kampus bukan lagi milik UiTM tetapi milik syarikat konsesi.

"Dan pelbagai kesan lain yang hanya merugikan pelajar dan warga UiTM," ujarnya memberi amaran.

Sehubungan itu beliau menyeru semua warga UiTM untuk bersatu menentang penswastaan kampus cawangan UiTM demi kelangsungannya sebagai institusi pengajian tinggi utama rakyat terbanyak.

Beli barangan Muslim, majukan ekonomi umat

Posted: 20 Jun 2014 06:38 PM PDT


 Dr Mohd Asri Zainul Abidin  
Dr Mohd Asri Zainul Abidin


SHAH ALAM - Bagi memastikan ekonomi umat Islam terus berkembang maju, serta soal halal haram tidak timbul umat Islam disaran agar membeli barangan keluaran Muslim.

Menurut Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin, umat Islam perlu merubah minda serta amalan, supaya lebih mengutamakan barangan keluaran Muslim ketika membeli barangan keperluan.

"Jadi Muslim beli barangan Muslim, semua beli barangan Muslim.

"Tapi kita tidak 'support' diri kita, jadi perkara ini perlu diubah, jadikan ini satu kesedaran," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Oleh itu Asri menegaskan bahawa umat Islam boleh mencontohi sikap masyarakat Yahudi dari segi memperkayakan ekonomi masyarakatnya.

"Yang bagusnya orang Yahudi ini ialah mereka sokong sepenuhnya keluaran barangan orangnya.

"Mereka teliti dan betul-betul memastikan bahawa satu-satu produk keluaran masyarakatnya, baru mereka beli," jelasnya.

Pimpinan PR perlu bincang pilih MB Selangor baru

Posted: 20 Jun 2014 06:34 PM PDT


Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat


SHAH ALAM – Pas Selangor menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

"Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan Pas pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).

"Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Hari ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

"Saya rasa untuk kerajaan PKR ini betul-betul mencapai kejayaan dan menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin, kita mesti ada MB yang diterima ketiga-tiga parti.

"Sekarang ini, PKR dan DAP sendiri sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid, maka bagaimana beliau boleh bertahan atas sokongan satu daripada tiga parti itu saja. Jadi, Pas pun kena fikirkanlah tentang keadaan yang sebegini rupa," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor tersebut.

"Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.

Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR," katanya.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.

Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

"Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.

"Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini," katanya.

"Percikan api di setiap kampus, termasuk kubu Umno"

Posted: 20 Jun 2014 06:22 PM PDT


Oleh Ahmad Lutfi Othman


Setahun dua ini saya lebih kerap bertemu rakan-rakan pimpinan gerakan pelajar. Ia bukan lagi terhad kepada universiti sekitar Lembah Klang. Kampus-kampus baru yang berselerak di seluruh negara, termasuk di Sabah Sarawak, juga menggamit perhatian.

Perjumpaan juga tidak terbatas untuk membincangkan soal penyertaan dalam pilihan raya kampus setahun sekali, tetapi lebih merata dan menyeluruh. Apatah lagi kumpulan yang memenanginya agak seimbang, di antara Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, petanda kecenderungan politik majoriti pelajar semakin terbuka.

"Sebenarnya banyak kampus dikuasai oleh kumpulan  Pro-Mahasiswa atau lebih tepat, yang independen dan tidak dikongkong Umno-BN, tetapi mereka memilih untuk tidak bersuara lantang dan mengidentifikasikan diri dengan mana-mana kumpulan," kata sumber.

Walaupun lama ditubuhkan, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) nampak agak terpencil di utara, tetapi sesekali turut mewarnai kemeriahan politik kampus. Begitu juga Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dan Pekan yang merakamkan keberanian aktivis mahasiswanya berdepan "kecurangan" pentadbiran tertingginya  memanipulasikan proses pilihan raya kampus.

"Ada percikan api di sana!" saya menjawab soalan seorang teman apabila mendapat tahu saya turun ke Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Johor meninjau gelodak rasa masyarakat terpelajar yang terus dikongkong.

"Potensi anak muda sebagai agen perubahan tidak pernah padam, walaupun kadang-kadang nampak suram, sampai masanya ia menggelegak juga," saya cuba menekankan fungsi gerakan mahasiswa  yang bertenaga untuk mempengaruhi lanskap sosio-politik tanahair, atau secara lebih khusus membela kepentingan rakyat tertindas.

Bayangkan, jumlah pelajar IPTA, IPTS, IPG (Institut Pendidikan Guru), politeknik dan kolej komuniti mencecah 1.3 juta orang. Mereka merupakan kelompok yang paling strategik dan kritikal untuk mana-mana gerakan perubahan. Tanpa mendampingi anak-anak muda ini usaha pembaharuan dan reformasi akan terbantut.

Terbaru, saya lebih tertarik mendengar kampus-kampus Universiti Teknologi Mara yang  juga mula berkocak. Umno sering berbangga dengan UiTM, manakala pergerakan mahasiswanya teruk ditekan. Pengurusan kanannya seolah-olah mahu memastikan setiap siswazah "menurut kata" dan "tidak melawan".

UiTM mempunyai pelajar paling ramai dan kampus cawangannya ada pada setiap negeri, kecuali Wilayah Persekutuan. Saya tidak pasti berapa ramai jumlah keseluruhan mahasiswanya, tetapi merujuk kenyataan Perdana Menteri pada 14 September 2013, pengambilan pelajar UiTM sudah mencapai 180,000, dengan sasaran 250,000 menjelang tahun 2020.

"Sdr jangan abaikan potensi hebat UiTM. Jumlah pelajar dan cawangannya yang merata adalah kekuatan yang kini tersembunyi dan perlu digilap," pesan saya kepada sekumpulan pimpinan mahasiswa yang berkunjung ke pejabat Harakah, 10 Jun lalu, apabila menyedari salah seorang daripadanya daripada UiTM.

Tentunya ramai masih ingat karenah dan kontroversi bekas Naib Canselor UiTM, Dr Ibrahim Abu Shah. Lagaknya umpama Ketua Umno Cawangan atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK).

Nada ucapan Ibrahim semasa mengetuai UiTM sarat dengan perkauman. Tidak pelik beliau dilantik Najib Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, hujung November 2013.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Teluk Intan yang menyaksikan setiausaha politiknya, lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud bertanding, menyifatkan pelajar UiTM bukan lagi robot.

"Dyana Sofya adalah testimoni kegagalan Ibrahim Abu Shah selama sembilan tahun menjadi Naib Canselor UiTM untuk menjadikan pelajarnya sebagai robot Umno dan membunuh idealisme serta impian anak muda Malaysia," kata Ketua Parlimen DAP itu.

Terkini, kes Mohd Fathihie Daimin dari UiTM Kota Kinabalu, yang dikenakan prosiding tatatertib, hanya disebabkan kenyataannya dalam Facebook, yang dianggap menggugat kepentingan UiTM, dan terlibat dalam perhimpunan tanpa kebenaran, menjolok mata sekali.

"Menarik sekali. Pertama, babitkan pelajar UiTM. Kedua, dari Sabah pula tu," respons segera seorang rakan, juga peminat politik kampus.

Sayang sekali, ketika rakan-rakannya, termasuk tiga pimpinan pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bertandang ke rumah saya, baru-baru ini, Fathihie terpaksa pulang awal ke KK dan kami tidak sempat berkenalan lebih lanjut.

UMSKAL -- nun jauh di Labuan -- yang begitu jarang diperkatakan, malah mungkin sebahagian mahasiswa sendiri tidak menyedari kewujudannya, sebenarnya menyimpan cerita penuh warna-warni.

Sejumlah 16 aktivis pelajarnya dibicarakan pada 26 Mei lalu, atas tuduhan mengadakan perhimpunan dan perarakan dalam kampus tanpa kebenaran. Tiga digantung pengajian satu semester, lapan diberi amaran dan dibuang dari kolej kediaman, manakala lima lagi masih dalam proses prosiding.

Sering menerima tetamu dari kalangan anak-anak muda yang kental semangat dan padu tekadnya itu  juga, sekurang-kurangnya buat saya, satu rahmat tersembunyi. Ya, ia bagai terapi merawat keuzuran yang bertindan-tindih. Sekurang-kurangnya nyalaan obor jiwa muda dikembalikan walaupun jasad agak longlai!

Sedar tak sedar, saya sering dipanggil "Pak Lutfi" oleh pimpinan mahasiswa yang bertamu -- sambil isteri tidak jemu-jemu menyediakan juadah nasi Arab versi Melayu -- mengingatkan bahawa hampir 30 tahun zaman kampus  telah ditinggalkan. Tempoh yang cukup lama, tetapi masih terasa segar, membekas dan nostalgik.

Sehinggalah apabila sempat berbicara dengan Pengerusi Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku/ Akta 174, Khairol Najib Hashim, di kediaman saya, di Bukit Ampang dan terusnya di pejabat, di Jalan Pahang Barat, saya terasa GMMA/174 tidak boleh dipandang ringan.

Benar, setiap generasi mahasiswa mempunyai gerakan tersendiri untuk membatalkan akta drakonian itu dan sehingga kini mereka belum berjaya. Namun, saya dapat merasai, keazaman lebih 20 aktivis pelajar bersama Khairol Najib, yang bersembang santai di Harakah hampir dua jam petang Selasa itu, cukup  tinggi.

"Anda semua harus buktikan, gerakan mansuh Auku kali ini pasti membekas, dan bukannya hanya mengulangi lagu lama atau sekadar rutin buat setiap generasi kepimpinan mahasiswa," saya
seolah-olah mencabar.

Mereka menyedari ia tidak mudah dan sejarah perlu diukir. "Jika ISA boleh dimansuhkan selepas puluhan tahun ditentang, masakan Auku juga tidak boleh dikuburkan?" kata seorang daripadanya.

"Tapi ISA hanya mansuh selepas demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur?" jolok seorang yang hadir.

"Auku juga mungkin begitu ... kita tidak tolak pilihan himpunan raksasa," terdengar respons segera, disambut gelak ketawa, bukan petunjuk meremehkannya, tapi tanda kerelaan untuk turun ke padang.

Usaha membebaskan kongkongan yang berpanjangan sejak 1971, dan diperketatkan pada 1975 itu, memerlukan lonjakan dan momentum baru, sehingga Auku dimansuhkan sepenuhnya.

Bukan lagi dikaburi pindaan kosmetik, misalnya pada 2012 yang membenarkan mahasiswa berpolitik, sedangkan kebebasan berorganisasi dan bersuara dalam konteks lebih luas tetap terpasung kukuh.

Apa pun, jasa dan komitmen luhur bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah akan tetap terakam dalam sejarah. Dia memang seorang tokoh pembaharu dalam dunia pendidikan. Sayang, khidmatnya tidak lama.

Situasi sebenar di menara gading masih cukup menyedihkan. Anak-anak muda berpotensi, seperti ungkapan Dr Siddiq Fadil, telah dicederakan atau dicacatkan secara sengaja oleh ibu bapa mereka sendiri. Sadis sekali.

Agenda mansuhkan Auku tidak harus dibebankan hanya kepada mahasiswa ataupun warga kampus yang lain, misalnya tenaga akademik ataupun  para pensyarah. Ia tanggungjawab bersama, melibatkan setiap individu-kumpulan prihatin yang peduli dan resah dengan kebobrokan melampau ini, ya ... termasuk Harakah, 'kan?