Ahad, 15 Jun 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PEMANDU TEKSI BANGUN MELAWAN

Posted: 15 Jun 2014 07:32 PM PDT




KULI BATAK KAYAKAN KRONI

DATA SENANG HILANG
kalau setiap pemndu teksi diberi lesen individu, jenuh la jabatan teksi negara nak cetak permit beribu2 keping. nak bukak beribu2 fail individu. bila nak hantar surat atau kemuka borang, kena print beribu2 surat dan borang setiap kali. pengarah jabatan atau menteri teksi dan beca pulak cramp peha dok sign beribu2 surat setiap kali. kan leceh tu. kejap je fail dah cecah siling.

 kau bukan tak tau, kerajaan nak go green go hybrid, jimat kertas jimat pokok. Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian Bio, kepelbagaian Bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini, kita semua adalah sebahagian dari jaringan dari kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous
on 6/14/14

Umno/bn tetap celaka..no matter what!!! on KELUARKAN PANDANGAN 3
michael jackson
on 6/14/14
JADI JADI KAYA
Si Kaya pergunakan Si Miskin utk mengkayakan lg Si Kaya. Yg kaya semakin kaya, yg miskin papa kedana. Awat pemandu2 teksi ni xnak buka mata dok sokong lg kerajaan zalim BN ni? Dah buta hati ke? Ayuh rakyat semua - hapuskan kezaliman BN. Tumbang!!! on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous
on 6/13/14

Abg ipar aku mula bawa teksi mmg kena byr mcm tu. Skrg ada lesen sendiri dah, ambik alih abg dia punya, alhamdulillah. Sistem sewa mcm tu mmg zalim! on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous
on 6/13/14


Drebar teksi ni ada yang baik ada yang kurang ajar sangat. Mungkin sebab tension kena bayar RM55 sehari. on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous
on 6/13/14

najib kalau bertukar jadi seekor babi halala tak makan?..... sebab najib seorang islam.... kah...kah....kah.... on PANDANGAN PEMBACA 3
Anonymous
on 6/13/14


BAPAK BAWA TEKSI 20 TAHUN
Bapak aku dah bawak teksii dekat 20 tahun. Tapi tak dapat permit. Terpaksa sewa dgn syarikat. Kalau nak dapat kena apply bawah kuota Umngok! Itu pun belum tentu dapat sebab biasa kroni2 dapat dulu.

 Satu lagi mesti pandai hulur dan muka tebal kalau nak dapat permit. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Sampai duit byk habis tapi masih tak dapat2. Permit teksi ni untuk rakyat. Tapi syarikat kroni dah sebat. Permit tu harga rm1 je. Tapi punyelah susah nak dapat. on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous
on 6/13/14

sebab pemandu teksi mmg bodoh. tunduk sangat dgn ketuanan gerombolan. apa lagi, mogok laa 6 bulan. on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous
on 6/13/14
JANGAN KACAU 
PERIOK NASI MENTERI
inilah cara jaga kebajikan melayu... sebab majoirit pemandu tu melayu... senang urus... tak banyak kerenah... sewa harian... cara ni berjalan selama nie pun tak ada yang bising... nak.mula.bising... permit sapa kontol... semua kroni bala pak pak mulia yang dok jadi free loader tu lah kah kah kah... 

sham engkau pi lah buat kerja baik sikit... asyik nak hasut orang... projek sham nie penghasut no 1 malaysia oah kah kah... jangan kacau periuk nasi menteri tu... kalau tak silap orang bukit gantang kah kah kah... sama sama menoreh dulu...la nie jadi menteri lah kah kah kulit lupa kacanglahkaha kaha kaha on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous
on 6/13/14


SAYA SEORANG KRONI
Hai saya adalah salah seorang kroni yg mendapat permit teksi. Sepatutnya kalau masalah sepatutnya selesai semasa pemimpin yg dibuang dari kerajaan dahulu mengusulkan semasa di puncak kuasa dahulu.Tetapi sayang seribu kali sayang semasa dikekuasaan dahulu mereka juga menikmati hasilnya.sekian dari kami kroni yg bijak. on KELUARKAN PANDANGAN 3
Anonymous





----------

PECAH BERITA - PJ SENTRAL

Posted: 15 Jun 2014 06:49 PM PDT






 HOT HOT HOT


ini dia dokument
projek pj sentral

hanya tukar tiub
berani langgar
laporan jelas


-------------

LAWAK PAGI INI

Posted: 15 Jun 2014 06:48 PM PDT






KOMENTAR
lihat perkataan difisit
digunakan
apa makna difisit?
kenapa guna perkataan susah
mak cik felda tak faham

difisit ialah hutang

dapat  gaji 100 ringgit
belanja 160 ringgit
ertinya defisit 60 rinngit
ertinya berhutang

dalam laporan berita

sengaja tidak ditulis
berapa jumlah hutang negara
yang dilaporkan hanya peratus
% % % % % % %
apa guna peratus
kenapa tak tulis
jumlah hutang?


inilah contoh akhbar ketuanan melayu
menipu bani melayu

Bajet 2015: Fokus kurangkan defisit
IPOH 15 Jun - Malaysia perlu mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi melebihi 5 ke 5.5 peratus biar apa jua senario ekonomi dunia pada tahun depan, bagi memastikan pengurangan defisit secara beransur-ansur...



KAH KAH KAH

woit kah kah kah

pagi pagi

dah buat lawak


kah kah kah





-----------

HOT TERNOWWW - PECAH BERITA

Posted: 15 Jun 2014 06:22 PM PDT



TERNOW 

TERHOTT

HOT HOT HOT

dokumen rasuah
projek pj sentral
telah ditemui
hot hot hot
tunggu surat
dari khairul anwar

HOT HOT HOT

SEMANGAT NASIONALISMA MEREBAK

Posted: 15 Jun 2014 05:45 PM PDT





KOMENTAR
akhirnya
semua pekong terbuka
nasionalisma dayak
nasionalisma iban
nasionalisma kadazan
semakin merebak
kerana iban dan dayak
tidak mahu  di buli
oleh bani melayu semenanjung


NGO Sarawak dakwa Perjanjian Malaysia 1963 tak sah

Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini.
Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.
"Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
- baca disini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-sarawak-dakwa-perjanjian-malaysia-1963-tak-sah#sthash.WQjgYDW3.dpuf


KAH KAH KAH

pekong di dada

tak boleh

tutup dengan

tisu

kah kah kah

---------

RABU MALAM - KELAS FALSAFAH

Posted: 15 Jun 2014 06:00 AM PDT







RABU MALAM

st. thomas 

aquinas

1225-1274

melihat pengaruh ibu rushd
dalam 
pemikiran thomas aquinas


PINTU IJTIHAD
Kawan Isham yang baik hati. Surah Isra' ayat 14 : "Bacalah kitabmu,cukuplah dirimu sendiri hari ini JADI PENGHITUNG dosa pahalamu" Telah bergema dan berkumandang mengatakan pintu ijtihad(kaji,selidik,pendapat,tafsir ikut fikiran sendiri)telah ditutup oleh Imam Ghazali. Bersumber dari mana maklumat menyatakan beliau menutup pintu Ijtihad tidaklah di ketahui hujung pangkalnya. 

Telah seabad lamanya terpacul dari mulut busuk pendusta dan si angan-angan mengatakan mereka telah hadam akan kitab Ihya Ulumiddin.Namun hakikatnya adalah mereka hadam ilmu tahi kambing yang mereka telan lalu berahi mencari akan maksud hakikat dan makrifat. Mukadimah Ihya Ulumiddin pun tak paham. Tidakkah sampai di telinga atau terpampang di depan mata, Imam Ghazali membatalkan semua kitab karangan beliau kecuali kitab Ihya Ulumiddin? 

Bukankah beliau juga yang memancung beratus-ratus mazhab sesat yang muncul sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w dan matinya para sahabat ? Bukankah beliau juga yang meninggalkan on MALAM INI - KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL
Publish | Delete | Spam
Sudin
on 6/10/14


BAB FEKAH WOW
(sambungan) Apakah dengan ilmu yang tidak berdiri dengan sendiri(Falsafah) dapat ditelanjang(bogel) zat Allah s.w.t pada umum ? 

Bukankah jalan ini telah dibuka oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin ? Adalah menjadi tragedi sedih kepada beliau dan kita pada hari ini akan kisah Mansur Hussin AL-HALAJ.Adakah beliau menempelak apa yang diisytiharkan(ucapkan) oleh AL-HALAJ ?

 Tidak...! Siapa AL-HALAJ DAN IMAM GHAZALI...? Mereka adalah wali-wali Allah. Siapa kita untuk menyebut sewenang-wenangnya apa yang diucapkan oleh Al-Halaj dan Imam Ghazali...?Sedangkan kita masih lagi makan-minum,tidur-bangun, berak-kenching,beranak bebini,berangan-angan.....! Agar tak lupa....untuk memahami Ihya Ulumiddin(Jiwa/Nyawa Agama) adalah dengan jalan Tauhid.Berlapis-lapis taraf pembaca.

Kalau bab fekah wow..! suka sangat ustad-ustad setan hari ini ?Dengan wirid dan doa yang lengkap berhabis umur menghafal.Tetapi hakikat dan makrifat tak jumpa. Apakah kita tidak faham akan maksud utusan Allah? "Berbuat on MALAM INI - KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL
Publish | Delete | Spam
Sudin
on 6/10/14


.

------------

MENCECAH DULI

Posted: 14 Jun 2014 11:39 PM PDT




Pimpinan yang tidak berkepimpinan

ASPAN ALIAS
.
TENGKU Razaleigh sebagai pemimpin (planner) penting dalam mencadang dan melaksanakan dasar negara semasa itu diberikan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas


KAH KAH KAH

laaaaa...

ada lagi

mamat ni....

ingatkan dah...

ya ampoooon

KAH KAH KAH



-----------

WHO THE FUCK IS HIS BOSS?

Posted: 14 Jun 2014 09:00 PM PDT



INI RUPA KELING ITU


KOMENTAR
untuk pembaca yang kurang faham
biar diterangkan disini

pkr sedang mengadakan pemilihan

malik husin adalah salah seorang
ahli jawatan kuasa
yang mengendalikan pemilihan

keling yang bernama xavier
ni dikatakan bertanding
keling ini dahulu 
ada kes salah guna kuasa
dalam hal pembelian beg sekolah
kerana itu keling ini
telah digugurkan dari
jawatan exco 
takut perangai keling ini merebak

keling ini telah memberi duit
pada malik husin ahli jawatankuasa pemilihan
malik husin marah
lalu membaling kembali duit rasuah ini
sambail berkata ' fuck your boss'

tukar tiub telah menjalankan siasatan
telah mendapat maklumat tepat
bahawa sebelum malik membawa
kes keling ini
ke dalam biro politik
malik telah berbincang 
dengan ketua umum dahulu

sila ambil perhatian
malik husin bukan ahli biro politik
tetapi dipanggil khas
untuk membuka kesah keling ini

NOTA
soalan hakiki ialah
who the fuck
is keling ini punya boss
kah kah kah



Mkini perjelas laporan dakwaan rasuah dalam pemilihan PKR

Merujuk kepada artikel tersebut, 'PKR top leaders implicated in bribery claim'Malaysiakini kesal laporan itu telah disiarkan sementara menunggu komen diperolehi dari Dr A Xavier Jayakumar.
 
Wartawan yang menulis laporan itu telah berusaha menelefon Xavier sebanyak lima kali tetapi tidak menerima respons. Dia kemudiannya meninggalkan namanya dan nombor telefonnya kepada pembantu Xavier dalam usaha seterusnya untuk mendapat respons daripada beliau. Di samping itu, dia turut menghantar SMS meminta Xavier untuk segera menghubunginya.
 
Sementara dalam laporan tersebut, yang disiarkan pada jam 3.35 petang 5 Jun, menyatakan usaha sedang dibuat untuk menghubungi Xavier bagi mendapatkan komennya, namun Malaysiakini kesal kerana telah menyiarkan laporan tersebut sebelum mendapat komen berkenaan.



KAH KAH KAH

woit

nampak jelas

auta keling

inilah pesan 

nenek moyang

jumpa ular

jumpa keling

ketuk kepala 

madey dulu

KAH KAH KAH


---------

BERITA BAIK UNTUK NEGARA

Posted: 14 Jun 2014 08:48 PM PDT



ANAK BADAK BERENDAM



KUALA LUMPUR 14 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan menganjurkan program menurunkan berat badan ala rancangan realiti terkenal The Biggest Loser untuk mengatasi masalah kegemukan melampau...


KAH KAH KAH

sila jemput

rosmah mansor

sebagai penaung

atau

resmikan 

kempen

KAH KAH KAH





-------------

SIASAH

SIASAH


ISIS di Iraq: Punca dan implikasi

Posted: 14 Jun 2014 10:43 PM PDT

Kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syam, yang lebih dikenali dengan singkatan nama dalam bahasa Inggeris, ISIS, dengan agak mudah menawan dan menguasai satu bahagian besar wilayah utara dan barat Iraq, bermula di sempadan dengan negara jiran Syria hingga menghampiri ibu negara Baghdad.

Negara yang menjadi medan persaingan kuasa Arab Saudi yang memimpin sikap dunia Islam Sunni dengan Iran yang mewakili Syiah itu kini berdepan risiko semakin berpecah berdasarkan garis mazhab dan etnik, dan perluasan penguasaan ISIS kini menampakkan dengan jelas lagi perang proksi antara Riyadh dengan Tehran.

Kumpulan ekstremis yang satu ciri utamanya ialah sikap anti-Syiah dan sekutu telah menunjukkan kecenderungan politiknya sejak awal kegiatan, yang memuncak semasa konflik menentang pemerintah Syria - medan ISIS membina pengaruh hingga muncul dengan kekuatan seperti disaksikan hari ini - yang disokong Iran dan mendapat bantuan gerakan militan Syiah Lubnan, Hizbullah.

ISIS menampakkan sikap politik anti-Syiah dan sekutu dalam konflik Syria, dengan penentangan terhadap rejim Bashar al-Assad dilakukan sebagai satu penentangan terhadap paksi Syria-Iran.

Seperti dijelaskan oleh namanya, rancangan besar ISIS ialah menubuhkan sebuah negara Islam menurut tafsirannya di Iraq dan Syam, satu kawasan besar meliputi Iraq yang majoriti penduduknya Syiah dan Syam yang turut meliputi Syria.

ISIS kelihatan mendapat sokongan oleh satu jumlah besar Muslim Sunni yang dipengaruhi fahaman anti-Syiah dan yang beraliran Wahabi, ekoran eksploitasi sentimen sektarian ekoran konflik di Iraq dan Syria.

Keruntuhan Iraq selepas perang yang menampakkan dengan lebih jelas perbezaan mazhab dan konflik di Syria yang sering digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menunjukkan perbezaan mazhab bagi memarakkan persengketaan.

Kedua-dua Iraq dan Syria berjaya dijadikan medan disebabkan ketiadaan undang-undang dan kestabilan, dan ketegangan yang tinggi akibat konflik memudahkan sentimen sektarian dimainkan, dan memudahkan pemerolehan senjata.

Ketiadaan kerajaan yang efektif di kedua-dua Iraq dan Syria memudahkan kumpulan-kumpulan militan termasuk ISIS bergerak dan meluaskan pengaruh, dan kesediaan kuasa-kuasa berkepentingan menyalurkan senjata meningkatkan lagi keadaan ganas yang sedia berleluasa.

Sentimen persengketaan mazhab meningkat selepas kejatuhan rejim Baath Iraq - yang walaupun sekular, masih mewakili minoriti Sunni negara itu - dan pilihan raya yang menyaksikan penguasaan politik Syiah, sehingga menimbulkan kebimbangan kuasa-kuasa serantau yang bimbang dengan peningkatan Syiah di rantau Arab, yang kuasa sentralnya ialah Iran.

Berlatarkan perkembangan ini, sentimen anti-Syiah digerakkan dengan agresif, yang dijelaskan mengapa sasaran utama kegiatan ISIS ialah Iraq dan Syria, dua wilayah yang Iran berjaya membina dan mengukuhkan pengaruh.

Pada masa sama, rejim-rejim di seluruh dunia Arab yang korup dan tidak mentadbir berdasarkan prinsip Islam meningkatkan lagi sentimen untuk membangunkan "negara Islam" oleh kumpulan-kumpulan seperti ISIS, dengan pelaksanaan peraturan dan undang-undang yang bersumber Islam menurut tafsiran mereka.

Di Syria, ISIS semakin kukuh ekoran bekalan persenjataan yang canggih dibiayai oleh kuasa serantau seperti Arab Saudi dan Qatar yang sampai ke negara itu, serta kemasukan Muslim dari seluruh dunia untuk turut serta berjuang menentang rejim Bashar.

Kemasukan ramai pejuang asing menyumbang kepada keadaan yang kini disaksikan di Syria dan Iraq, yang sebahagian besarnya melibatkan sentimen ekstrem yang berleluasa hasil konflik di Syria dan Iraq.

Konflik di kedua-dua Iraq dan Syria menyediakan medan yang subur untuk kegiatan militan, dan lebih buruk lagi, digerakkan oleh sentimen ekstrem untuk kepentingan kuasa-kuasa serantau dan global yang mempunyai agenda yang merosakkan.

Tetapi, dalam kes Iraq, pemimpin Nouri al-Maliki yang berfahaman Syiah juga berperanan dalam menyuburkan konflik sektarian di negara dilanda perang itu, ekoran dasar anti-Sunni dan dendam kelompoknya terhadap minoriti Sunni yang menguasai Iraq selama ini.

Hal ini memungkinkan satu bentuk kerjasama Baath Iraq yang telah tersingkir dengan ISIS atau mana-mana kumpulan anti-Syiah, dalam usaha menentang kerajaan al-Maliki dan Syiah yang menguasai Iraq.

Perkembangan yang sedang berlaku di Iraq ini membuka satu fasa baharu, dan tidak akan reda dalam masa terdekat. Iraq kini memperlihatkan kesan daripada konflik Syria yang menjadi medan persaingan kuasa serantau, pada masa sama Iraq telah lebih 10 tahun menjadi medan persaingan yang sama.

Semua ini, berkait dengan kebangkitan Arab yang memuncak pada 2011, yang di Syria menjadi konflik bersenjata ekoran campur tangan asing dengan agenda masing-masing.

Paling utama, perkembangan ini mendedahkan kelemahan umat Muslim di rantau Arab dan juga seluruh dunia yang terlibat, yang menjadi alat menyumbang kepada lebih banyak kerosakan. - Jun 13, 2014

Kenapa Dyana Sofya kalah di Teluk Intan

Posted: 13 Jun 2014 10:32 PM PDT

Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan telah berakhir dengan kemenangan calon Barisan Nasional daripada Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Kieong, merampas kerusi parlimen itu daripada DAP yang memenanginya dalam dua pilihan raya umum sebelum ini.

Mah menang dengan majoriti 238 undi apabila memperolehi 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mendapat 19,919 undi.

Kemenangan ini menjadi satu pencapaian besar kepada Gerakan, memandangkan kerusi ini boleh disifatkan sebagai satu kawasan yang agak selamat bagi DAP.

M Manogaran daripada DAP memenangi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dengan memperolehi 18,486 undi, mengatasi Mah yang mendapat 17,016 undi.

Mah sekali lagi tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila hanya mendapat 20,086 undi, berbanding calon DAP Seah Leong Peng yang memenangi 27,399 undi. Seorang lagi pesaing, calon bebas Moralingam Kannan mendapat 279 undi.

Teluk Intan menyediakan peluang kedua selepas Kajang untuk pengundi di negara ini menunjukkan faktor kaum bukan penentu dalam pilihan raya, seperti yang disebut oleh pemimpin-pemimpin parti politik sebagai menolak politik berasaskan kaum.

Tetapi, ternyata pengundi mempunyai pelbagai faktor untuk dipertimbangkan, dan Mah nampaknya mempunyai faktor-faktor yang dikehendaki oleh sebahagian besar pengundi Teluk Intan.

Dilihat dari sudut pengundian berdasarkan kaum, keputusan memberi gambaran yang pengundi Cina mengundi "bakal menteri besar" di Kajang dan "bakal menteri kabinet" di Teluk Intan.

Pengundi Cina di Teluk Intan - yang mengundi dan yang memilih untuk tidak mengundi - kelihatan mempunyai pertimbangan pragmatik tersendiri dalam membuat pilihan dalam pilihan raya kecil ini.

Pelbagai faktor telah ditimbulkan sebagai punca kekalahan Dyana, seperti faktor kaum dan agamanya. Isu berkaitan hukum syariah termasuk hudud yang disebut sebagai satu punca bukan sahaja memberi kesan kepada pilihan raya, tetapi masih berterusan hingga selepas tamat pilihan raya, antara pemimpin PAS dan DAP.

Imej awal kemunculan Dyana kelihatan telah memberi kesan kepada hubungan PAS dengan DAP. Beliau muncul dalam keadaan tidak bertudung dan laporan beliau "menolak hudud" terbit pada masa awal kempen Teluk Intan.

Isu ini mungkin dilihat sebagai remeh oleh sesetengah pihak, tetapi sensitiviti parti-parti yang beragam dalam kerjasama Pakatan rakyat yang berbeza-beza membolehkan pelbagai isu memberi kesan kepada pihak yang terlibat.

Hal ini telah memberi kesan kepada penglibatan dan komitmen PAS dalam kempen pilihan raya kecil ini, terutama melibatkan kelompok yang lebih konservatif dalam PAS.

Bangsa dan agama Dyana telah memberi kesan kepada kedua-dua PAS dan DAP, seperti penjelasan berhubung pendirian beliau menolak hudud dan penerimaan pengundi Cina tempatan terhadap anak muda Melayu ini.

Ini turut dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sendiri, mengakui yang percubaan kali ini tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Lim dilapor berkata penurunan undi Cina mungkin disebabkan Dyana seorang Melayu.

DAP melihat tindakan meletakkan calon berbangsa Melayu ini sebagai satu usaha membawa politik baharu yang tidak berasaskan kaum, dan akan diterima pada masa depan. Pencalonan Dyana disifatkan sebagai satu pelaburan untuk masa depan.

Mungkin yang paling menjejaskan kepada masyarakat Cina ialah kaitan beliau dan ibunya dengan pertubuhan Perkasa, sehingga mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Ibrahim Ali. Banyak gambar yang menjelaskan hubungan ini telah terdedah sepanjang kempen.

Isu ini pula ditimbulkan berkali-kali dan terus hidup hingga ke saat-saat akhir kempen, tanpa jawapan yang meyakinkan daripada Dyana. Malah, jawapan beliau mendedahkan lebih banyak kekusutan.

Tindakan ibu beliau keluar daripada Perkasa membuktikan penglibatan dalam pertubuhan itu, dan menimbulkan persoalan sama ada adakah beliau bertindak sedemikian selepas pendedahan penglibatan beliau dibuat, dan adakah tindakan sama akan dilakukan sekiranya hal ini tidak terdedah.

Tidak kurang penting yang menjadi sebab kekalahan Dyana ialah politik dalaman DAP sendiri, disebabkan faksi-faksi yang bersaing dalam politik parti di negeri Perak.

Dyana bukan pilihan utama kumpulan-kumpulan utama dalam DAP di Perak, dan dibawa oleh Lim Kit Siang untuk bertanding di Teluk Intan. Beliau berdepan lawan seorang pemimpin veteran dan jauh lebih dikenali penduduk Teluk Intan. Kesemua faktor ini akhirnya menyebabkan kekalahan Dyana, walaupun dengan undi yang kecil.

Teluk Intan telah menunjukkan satu cabaran besar dalam menangani sensitiviti antara parti dalam Pakatan yang mudah terusik, dan sensitiviti pengundi terhadap pelbagai faktor, yang berkait dengan pertimbangan pragmatik kehendak setempat.

Semua ini menyediakan satu kes penting untuk dinilai oleh parti-parti Pakatan dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-14. - Jun 3, 2014

Obama, presiden pasca-Amerika

Posted: 12 Jun 2014 10:30 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI

Ucapan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di akademi tentera di West Point telah menegaskan satu pendirian menolak campur tangan ketenteraan di luar negara, satu pendirian yang bertentangan dengan haluan utama dasar luar AS selama berdekad lalu, terutama presiden Republikan terakhir George W Bush.

Dinilai sebagai ucapan mempertahankan dasar luarnya yang dilihat sebagai gagal, lemah dan tidak terfokus, ucapan Obama dengan tegas mempersoalkan pendekatan memilih penyelesaian ketenteraan melibatkan konflik di seluruh dunia, termasuk fahaman campur tangan kemanusiaan yang menjadi pegangan golongan liberal antarabangsa.

Ucapan menggariskan dasar luar Obama itu menegaskan kepercayaan beliau terhadap kedudukan istimewa AS di arena antarabangsa, yang mungkin tidak bermakna bagi pengkritik beliau kerana keengganan memilih penyelesaian ketenteraan di Syria.

Menurutnya, penting untuk AS pada masa ini memilih kerjasama multilateral dan mematuhi norma dan undang-undang antarabangsa, sesuatu yang lebih menjelaskan lagi haluan berbeza dasar luar beliau. Tegas Obama, keperluan tindakan unilateral AS perlu dikurangkan, dan memilih kerjasama multilateral tidak wajar dinilai sebagai satu kelemahan.

Obama menyebut contoh-contoh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa, IMF, empat pertubuhan yang dikuasai AS - sama ada sepenuhnya atau sebahagian - sebagai contoh kebaikan multilateralisme.

Obama dengan jelas mengatakan yang beliau tidak menentang tindakan ketenteraan termasuk secara unilateral, tetapi hanya sekiranya kepentingan hakiki AS tergugat, dan bukan bertindak dengan menganggap penyelesaian ketenteraan sebagai jawapan kepada semua masalah.

Sepanjang ucapannya, Obama menggunakan kata multilateral sebanyak tiga kali, sokongan, pendapat, norma dan undang-undang antarabangsa sebanyak 11 kali, termasuk sekali menyebut konvensyen undang-undang laut ketika mengajak kongres meratifikasikan penerimaan AS terhadap peraturan itu, dan kata rakan dan perkongsian sebanyak 16 kali.

Isu Syria, yang bermula pada 2011 dan masih tidak menunjukkan tanda akan berakhir segera, jelas sekali menjadi isu utama dasar luar di bawah Obama, mencetuskan debat panas di Washington, dalam kalangan komuniti dasar luar daripada penasihat sekeliling Obama, ahli-ahli politik di kongres, hingga kepada tokoh kumpulan pemikir dan akademik.

Jawapan paling utama yang diberikan dalam ucapannya itu ialah berhubung konflik Syria, yang menjadi punca dasar luar beliau dikritik sebagai lemah dan tidak tegas kerana tidak bertindak secara ketenteraan terhadap rejim Bashar al-Assad. Persepsi tentang kelemahan dasar luar beliau ditambah lagi dengan peristiwa di Ukraine, apabila Rusia merampas Crimea, dan kemudian di Asia dengan China yang semakin agresif dan angkuh terhadap sekutu-sekutu AS.

Konflik di Syria kini telah menjadi satu penanda pembentukan satu orde dunia yang baharu. Konflik ini menyaksikan peranan kuasa-kuasa sedang meningkat seperti Turki, Iran, dan Qatar dan keupayaan Rusia dan China mengimbangi AS dan kuasa-kuasa Barat.

Di Syria, Rusia - dan juga Iran - telah dilihat berjaya menahan kemaraan orde dunia yang dibawa AS, dengan melawan norma, peraturan dan pandangan alam AS dan sekutu-sekutu Baratnya dengan tegas. Hal ini ditambah lagi dengan tindakan Rusia di Ukraine, yang menampakkan dengan jelas lagi realiti dunia yang pantas menuju keadaan pasca-Amerika. Kemudian, tidak lama selepas itu, Rusia mengukuhkan aliansi dengan China, yang turut mempunyai visi anti-AS yang jelas.

Perkembangan ini semua menunjukkan satu perubahan orde dunia yang sedang berlangsung, yang menunjukkan kedudukan AS yang jauh daripada realiti dunia pada awal 1990-an semasa AS di puncak dunia unipolar. Hal ini mungkin menjadi faktor yang meresahkan ramai pihak di AS, sehingga mencetuskan reaksi yang kuat terhadap dasar luar Obama yang dilihat sebagai lemah.

Obama mengambil alih tampuk pemerintahan AS pada masa dunia termasuk AS sendiri mengalami perubahan, melibatkan kuasa-kuasa lain yang semakin kuat dan yakin, yang bermakna secara relatif kekuatan AS mula merosot, dan dunia yang seperti disaksikan pada hari ini ialah hasil daripada perkembangan ini, yang sukar dielakkan dan mempengaruhi pendirian Obama ini.

Obama walau bagaimanapun menegaskan yang AS terus menyokong kerajaan baharu Mesir, disebabkan pertimbangan dasar luar di Asia Barat yang meletakkan keselamatan Israel dan pengekalan rejim yang mesra AS atau tidak menunjukkan penentangan terhadap penguasaan AS di rantau itu. Malah, pada 2009, beliau meningkatkan kerahan tentera AS ke Afghanistan, dan turut meningkatkan serangan dron di Afghanistan dan Pakistan.

Tetapi secara keseluruhannya, Obama menumpukan pada visi dasar luar idealistik sambil memberi jawapan kepada pilihan dasar luarnya kepada pengkritik. Pengkritik Obama tetap melihat isu pilihan untuk campur tangan di Syria sebagai penegasan kedudukan istimewa dan kekuasaan AS memelihara orde dunia yang dipimpin kuasa besar itu.

Obama tetap dilihat sebagai tidak mampu memimpin di pentas dunia, walaupun menegaskan yang beliau masih percaya dengan kedudukan istimewa AS dan hanya AS yang dapat memainkan peranan kepimpinan.

Ucapan Obama menggambarkan AS sebagai satu kuasa yang sedang merosot, dengan pilihan dan peranan kepimpinan yang semakin mengecil, seiring dengan peningkatan kuasa-kuasa lain di dunia. - Mei 29, 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenali Singa Padang Pasir

Posted: 15 Jun 2014 05:59 AM PDT


Shakir Wahiyib adalah komander miltia yang digeruni bagi Negara Islam Iraq dan al-Sham. Beliau tidak menutup wajahnya kepada media.

 Dalam pasukan militia yang bertopeng, berpakaian hitam, dia adalah orang yang tidak pernah malu untuk menunjukkan mukanya. 

 Pergerakan yang dikenali sebagai ISIS, secara amnya mengarahkan anggotanya bertopeng untuk mengelak dari dikesani oleh kerajaan Iraq. 


 "Dia membunuh tanpa menutup mukanya, dan sedang berusaha mengisytiharkan sebuah negara Islam," kata Kolonel Yassin Dwaij, pegawai kanan polis di wilayah Anbar barat Iraq, di mana pegawai-pegawai meletakkan hadiah $ 50,000 di atas kepalanya."Beliau adalah berbahaya dan licik."

 Berumur dalam lingkungan lewat 20-an, Wahiyib mula terkenal melalui video penyejukan yang muncul di laman web jihad pada musim panas lalu, menunjukkan beliau dan kumpulannya membunuh tiga pemandu lori Syria yang telah memandu melalui wilayah ISIS di Anbar.Lihat  di sini


 Walaupun berprofil tinggi, hanya sedikit yang diketahui tentang latar belakang sebenar Wahiyib, yang disebut sebagai "Desert Lion" oleh penyokongnya. 

Walau bagaimanapun, nama keluarga puak beliau - Fahdawi - menunjukkan dia adalah dari Albu Fahd suku berasaskan Anbar, yang dikenali oleh tentera AS sebagai salah satu daripada "enam jahat" yang pertama bersekutu dengan al-Qaeda selepas kejatuhan Saddam Hussein.

Forum jihadi talian mendakwa dia pertama kali ditangkap oleh pasukan Amerika Syarikat pada awal tahun 2006, dan kekal di penjara sehingga 2012, apabila ISIS melancarkan pembebasan tahanan dari penjara di bandar rumah Saddam dari Tikrit. Beberapa laporan mendakwa bahawa ia adalah semasa di dalam penjara bahawa beliau telah bertemu pemimpin ISIS, al-Baghdadi.

ISIS telah ditubuhkan pada April 2013 dan berkembang daripada al-Qaeda di Iraq (AQI). 

Selepas beberapa waktu telah berpisah dengan al-Qaeda dan menjadi salah satu kumpulan jihad utama memerangi tentera kerajaan di Syria dan telah membuat kejayaan tentera yang besar.



  Pada bulan Mac 2013, ia mengambil alih bandar Syria Raqqa - ibu kota wilayah yang pertama jatuh di bawah kawalan pemberontak. 

Pada bulan Januari 2014, ia mengambil kesempatan keatas ketegangan yang semakin meningkat antara minoriti Sunni Iraq dan kerajaan yang dipimpin Syiah dengan mengambil aleh kawalan bandar Fallujah yang kebanyakannya adalah Sunni , di wilayah barat Anbar.

 Ia turut merampas bahagian-bahagian besar ibukota wilayah, Ramadi, dan mempunyai kehadiran di beberapa bandar-bandar berhampiran sempadan Turki dan Syria. 

Kumpulan ini telah mendapat reputasi  sebagai 'Pemerintah Kejam' di kawasan-kawasan yang ia kuasai. 

Walau bagaimanapun, penaklukan Mosul pada bulan Jun ini telah menghantar gelombang kejutan di seluruh dunia. Amerika Syarikat berkata kejatuhan bandar kedua Iraq kepada ISIS merupakan satu ancaman kepada seluruh rantau ini.

Orang bangang pun tak buat kelaku cincang air.....

Posted: 14 Jun 2014 07:17 PM PDT


Kalau setakad nak terangkan Hudud kepada kalangan ahli sendiri sampai bila-bila pun rakyat tidak akan faham.Rakyat Malaysia bukan terdiri hanya dari kalangan orang PAS sahaja.Inilah masalah PAS hari ini, buat program syok sendiri. 

Dah tu pula panelisnya pula dari kalangan orang Umno ....peliknya, apakah Umno memahami benar pasal Hudud nih sehingga mereka tidak perlu dijemput hadir bersama?




Surat jemputan hadhir atau arahan untuk hadhir kepada ahli-ahli tertentu juga menimbulkan tanda tanya.Ada yang dakwa surat itu bukan ori. Ada juga yang kata surat itu mengarahkan ahli-ahli hadir itu tidak mendapat restu dari Dewan Harian PAS Kelantan. Tak tahu duduk perkara sebenar.



Apa yang jelas, melihat kepada tajuk 'AIR DICINCANG' itu adalah merupakan episod jejak kasih antara PAS dan Umno semakin bercambah. Ketua Penerangan PAS Kuala Kerai turut teruja sama....



Paling menakjubkan ialah khabarnya hudud tidak menjadi perbincangan....
"Dalam pada itu difahamkan dalam forum tersebut isu hudud tidak dibenarkan ditimbulkan sama sekali. Kenapa? Bukankah hudud menjadi isu yang laris, popular dan masih menjadi persoalan umum mengenai untung nasibnya. Tidak sepatutnya kalau isu hudud dihalang untuk diwacanakan malam ini." beritanya di sini