Selasa, 8 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Puting Agnez Mo Tersembul Keluar Dalam MV Coke Bottle?

Posted: 08 Apr 2014 12:20 AM PDT


 8 APRIL 2014: Tengah Murai Batu sedap-sedap minum kopi di sebuah kafe malam tadi, tiba-tiba telefon bimbit Murai Batu berdering.
Nombor telefon yang keluar dari pemanggil datangnya dari seorang teman dari negara seberang. Kebetulan dah lama Murai Batu tak borak-borak dengan teman dari Indonesia ni.
So, Murai Batu pun excitedlah untuk jawab panggilan tersebut. Macam-macam yang dia tanya MUrai batu termasuklah tentang perkembangan #MH370.
Kemudian, dia tanya Murai Batu, dah tengok tak muzik video internasional Agnez Mo berjudul Coke Bottle yang menampilkan rapper Timbaland dan T.I?
Murai Batu pun kasilah feedback pasal Coke Bottle. Dia pun tak nafikan bahawa muzik video (MV) Coke Bottle Agnez MO itu nampak murah dan tak berkualiti. Tak macam muzik video Agnez Mo dalam lagu-lagu Indonesianya sebelum ini termasuklah Matahari yang cukup digemari di kalangan peminat Agnez di Malaysia.
Apapun, kata teman Murai Batu lagi, selain kecoh memperkatakan tentang MV Coke Bottle yang tak mencapai expectation serta nampak macam hasil kerja seorang pengarah yang amatur, ada satu lagi isu baru yang timbul tentang Agnez Mo.
Menariknya, ia masih lagi mengaitkan tentang MV Coke Bottle tersebut. Kata teman Murai Batu segelintir peminat Agnez Mo terkejut apabila mendapati bahawa puting di sebelah kanan payu dara Agnez Mo terkeluar dalam MV tersebut.
Disebabkan itu, lebih ramai yang mengecam Agnez Mo kerana tidak peka apabila putingnya terkeluar sewaktu menjayakan MV tersebut.
Malah ada juga yang menukar salah satu ayat kepada lirik lagu Coke Bottle - I see you lookin' at my curves, coke bottle kepada I see you lookin' at my nipples, coke bottle.....
Hmmmm... Macam-macamlah..

.- murai.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Demo gergasi 1 Mei bantah pelaksanaan GST

Posted: 08 Apr 2014 09:15 PM PDT

GST 6PERCENT APKUALA LUMPUR 9 APRIL: Demonstrasi besar-besaran bakal menggegar negara 1 Mei ini jika kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.
Amaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu susulan Dewan Rakyat pada Isnin lalu meluluskan Rang Undang-Undang GST.
Penyelaras Kebangsaan Sekretariat GST SAMM, Mohd Faizal Ab Rahman menegaskan, ketika ini Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan GST.
Menurut beliau, pertemuan pihaknya dengan banyak pihak untuk melihat sejauh mana keperluan pelaksanaan cukai berkenaan terbukti mereka menolak percukaian itu.
"Ketirisan dalam pentadbiran negara harus diatasi terlebih dahulu dengan laporan audit yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah.
"Pelaksanaan GST secara tergesa-gesa tanpa memikirkan aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat akan membebankan ditambah pula peningkatan harga barang dan kos sara hidup," kata Faizal dalam kenyataan.
Katanya, kelulusan pelaksanaan GST yang mendapat sokongan Ahli Parlimen BN dilihat untuk kepentingan tertentu dan bukan atas kepentingan rakyat.
Faizal berkata, pelaksanaan GST yang bakal dimulakan dengan 6% pada April 2015, dikhuatiri akan melonjak pada kadar 8% pada 2016.
"Ekoran itu, SAMM gesa Kerajaan Malaysia untuk umum penangguhan pelaksanaan GST atau memilih jalan raya untuk meluahkan protes bantahan dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei nanti," tegas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor: Pasukan pakar ditubuh kaji persempadanan semula pilihan raya

Posted: 08 Apr 2014 09:14 PM PDT

03SHAH ALAM 9 APRIL : Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pasukan pakar ditubuhkan bagi mengkaji usaha persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan terbabit juga akan memberikan nasihat kepada unit ekonomi sebagai sekretariat bagi menentukan perkara yang perlu dalam Pilihan Raya akan datang seterusnya menyelaras kehendak demokrasi negara.
Katanya, cadangan mengikut piawaian antarabangsa satu rakyat satu undi satu nilai juga diperbincangkan namun sebarang keputusan muktamad masih belum dibuat oleh Kerajaan Negeri.
"Adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan persempadanan ini mahupun Parlimen.
"Tiap-tiap 10 tahun proses ini dijalankan, namun Kerajaan Negeri pada September 2013 memutuskan supaya memahami dan mengkaji isu ini dilakukan.
"Ia dilakukan ekoran kerana jumlah penduduk meningkat tinggi oleh itu ada usaha untuk menyelaras perkara ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kapal Australia kesan dua isyarat, yakin temui serpihan MH370 sehari dua ini, lapor media

Posted: 08 Apr 2014 09:13 PM PDT

Kapal respons kecemasan daripada kapal pertahanan Australia Ocean Shield dalam pencarian serpihan di Lautan Hindi untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 semalam. Dua lagi isyarat dikesan kapal pencari Australia hari ini. – Gambar Reuters, 9 April, 2014. 
Kapal respons kecemasan daripada kapal pertahanan Australia Ocean Shield dalam pencarian serpihan di Lautan Hindi untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 semalam. Dua lagi isyarat dikesan kapal pencari Australia hari ini. – Gambar Reuters, 9 April, 2014.

Kapal pencari Australia menerima dua lagi isyarat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang dan pihak pencari yakin boleh menemui serpihan kapal ini dalam sehari dua ini, lapor AFP hari ini.
Koordinator pencarian ini, Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston mengumumkan penemuan maklumat baru ini.
CNN pula melaporkan, kapal Ocean Shield mengesan isyarat itu  yang sejajar dengan penentuan tempat pesawat itu - kedua-duanya pada Selasa, kata Houston.
Sehingga kini kapal itu telah mengesan empat isyarat dari kawasan yang luas itu: dua Sabtu lepas dan dua lagi pada Selasa.
"Saya yakin kita mencari di kawasan yang betul tetapi kita perlu mengenalpasti gambar serpihan sebelum kita boleh sahkan dengan yakin ini adalah tempat terakhir MH370," kata Houston seperti yang dilaporkan oleh CNN.
Bagaimanapun, kata Houston: "Saya tidak akan sahkan apa-apa sehingga sesaorang melihat sendiri serpihan."
Read More / Baca Lagi >>

Pegawai pelajaran Bachok sahkan senarai pertukaran 80 guru, tetapi ‘tidak rasmi’..!!

Posted: 08 Apr 2014 09:12 PM PDT

Isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman antara yang tersenarai dalam guru yang hendak dipindahkan dari daerah Bachok yang tidak rasmi. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.  
Isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman antara yang tersenarai dalam guru yang hendak dipindahkan dari daerah Bachok yang tidak rasmi. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.

Pegawai pelajaran Bachok Amran Mustapha mengesahkan bahawa terdapat senarai guru-guru yang hendak dipindahkan dari daerah Bachok tetapi "ia tidak rasmi".
Katanya, ia "senarai lama" yang dikumpulkan oleh pegawai pelajaran daerah lama yang tidak lagi bertugas di Bachok, lapor Malaysiakini.
"Tiada perpindahan dibuat berdasarkan senarai ini," jelas Amran yang menyertai pejabat pelajaran Bachok minggu lepas, lapor portal itu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan alasan mengapa pejabat pelajaran daerah mengesan sama ada guru-guru menjadi penyokong Pakatan.
Semalam, Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.
Antara yang tersenarai adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar) iaitu Datin Rohana Abd Rahman.
Read More / Baca Lagi >>

MP DAP Puchong mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Posted: 08 Apr 2014 09:07 PM PDT

Ketua Pembangkang mencelah memarahi BN Setiu memfitnah beliau dalam dewan

Posted: 08 Apr 2014 09:06 PM PDT

NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MAU PARTI LIAR DI TENTANG KERANA TIDAK SESUAI DI NEGARA INI?

Posted: 08 Apr 2014 09:00 PM PDT

Pesta liar seperti 'Topless Friday Beach Party' yang mahu diadakan di sebuah kelab di Jalan Ampang Jumaat ini perlu ditentang.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, pesta seumpama itu tidak sesuai di negara ini.

"Parti tidak bermoral seperti itu perlu ditentang semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda, terutama yang beragama Islam, kerana ia boleh merosakkan akidah.

"Semua pihak perlu menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan," katanya melalui kenyataan akhbar, semalam.

Menurutnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama Islam di semua negeri perlu sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini.

"Kami mahu ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menganjurkan parti (liar) seumpama ini.

Malaysia Boleh: ROS lantik Peguam UMNO untuk lawan kes DAP

Posted: 08 Apr 2014 08:56 PM PDT

Pendaftar Pertubuhan (ROS) melantik peguam yang berkaitan Umno Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam permohonan semakan kehakiman oleh DAP.

Perkara itu dibawa kepada pengurusan kes hari ini selepas Hakim Zaleha Yusof memberikan kebenaran kepada DAP untuk memulakan permohonan semakan kehakiman pada 26 Mac.

Permohonan DAP itu dibuat DAP Februari lalu bagi memaksa ROS mengiktiraf penjawat atasan parti itu ekoran pemilihan semula jawatankuasa pusat parti itu.

Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata, parti itu diminta menyerahkan dokumen sebelum 11 Jun.

"Selepas itu Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh pendengaran.

"Kami juga dapat tahu hari ini bahawa Shafee dilantik ROS untuk mewakili mereka," kata Gobind yang juga anggota Parlimen Puchong.

Beliau menjangkakan tarikh pendengaran untuk permohonan semakan kehakiman itu akan ditetapkan pada Jun atau Julai.

Mula bersikap seperti universiti bertaraf dunia, kata Ambiga kepada universiti tempatan

Posted: 08 Apr 2014 08:54 PM PDT


Selepas dihalang daripada bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan universiti tempatan sepatutnya bersikap seperti universiti bertaraf dunia dan berhenti menyekat hak kebebasan bersuara pelajar. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.  
Selepas dihalang daripada bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan universiti tempatan sepatutnya bersikap seperti universiti bertaraf dunia dan berhenti menyekat hak kebebasan bersuara pelajar. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.

Institusi pengajian tinggi Malaysia sepatutnya berkelakuan sebagai universiti bertaraf dunia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan, selepas keengganan Universiti Malaya (UM) membenarkan peguam terkemuka itu bercakap di konvensyen undang-undangnya minggu lepas.
Bekas pengerusi Bersih itu mendakwa tindakan tersebut tidak masuk akal bagi universiti tersebut yang hanya menunjukkan contoh tidak baik dengan menyekat hak pelajar dan menghalang kebebasan akademik.
"Ini perlu berhenti. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang sempit fikiran memberitahu kita semua ini. Institusi pengajian awam patut mula berkelakuan seperti universiti bertaraf dunia," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ambiga dijadualkan untuk bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac.
Seorang wakil pelajar mengatakan sepucuk surat rasmi sudah pun dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk mendapat kebenaran bagi Ambiga untuk menyampaikan ceramahnya pada 25 Mac.
Pada mulanya universiti itu bersetuju dengan syarat adanya penceramah pro-kerajaan di konvensyen tersebut untuk memastikan adanya keseimbangan.
Bagaimanapun, persetujuan itu ditarik balik dengan alasan ceramah Ambiga bukan sebahagian daripada program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Undang-Undang UM.
Sekumpulan pelajar UM menghantar memorandum kepada MP Pakatan Rakyat (PR) semalam untuk membantah keputusan universiti tersebut yang cuba menghalang hak mereka.
Presiden persatuan pelajar Progressive University Malaya, Richtyne Yusuf mengatakan universiti tersebut seperti mengamalkan 'double standard' dengan penceramah yang dibenarkan menyampaikan ceramah.
"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk memberikan ceramah, tiada sebarang isu yang timbul. Tetapi apabila Ambiga yang dijemput, seminar itu dibatalkan. Ini tidak adil," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet BTN RM30 juta setahun tidak mencukupi, kata timbalan menteri

Posted: 08 Apr 2014 08:53 PM PDT


Jabatan Perdana Menteri hari ini mendedahkan peruntukan kepada Biro Tata Negara (BTN) sebanyak RM30 juta setahun tidak mencukupi dan meminta agar ia ditambah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata meskipun dengan bajet yang sedemikian diberikan kepada BTN namun hanya 6% belia yang berjaya didekati menerusi program itu.
"Perbelanjaan yang disediakan kepada BTN bagi menjalankan program latihan berjumlah sekitar RM30 juta setahun. Pada 2011, RM30.22 juta disediakan, 2012 pula sebanyak RM27.7 juta dan 2013 sebanyak RM26.4 juta.
"Daripada jumlah ini sebenarnya tidak mencukupi untuk melatih semua belia dan anak muda. Kita hanya dapat mendekati sekitar 6% sahaja anak muda untuk terlibat dalam BTN," katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Razali berkata sejak 2012, BTN berjaya menjalankan sebanyak 7,110 program dan lebih seribu juta belia mendapat manfaat daripada program itu.

MP PKR Bukit Katil mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan)

Posted: 08 Apr 2014 08:50 PM PDT

MP PAS Pokok Sena membangkitkan Usul Batal Kertas Putih Memali

Posted: 08 Apr 2014 08:49 PM PDT

Bagaimana HAKIM Yang Mengenepikan HUDUD Dalam Menjatuhkan Hukuman? - UAI

Posted: 08 Apr 2014 08:37 PM PDT

Doktor Lelaki 'Check Jalan' Isteri Nak Bersalin - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Apr 2014 08:37 PM PDT

Mak Suka MENGUMPAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Apr 2014 08:36 PM PDT

Hukum Beri Semua Harta Kepada ANAK ANGKAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Apr 2014 08:35 PM PDT

Hubungan Menantu Dengan Madu Ibu Mertua - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Apr 2014 08:35 PM PDT

MH370 & Pemulihan MAS - Tan Sri Abdul Aziz

Posted: 08 Apr 2014 08:32 PM PDT

MH370 partner: The 'plane was taken by someone'

Posted: 08 Apr 2014 08:32 PM PDT

MH370 "island" conspiracy theory doesn't die

Posted: 08 Apr 2014 08:29 PM PDT

Ketua Pembangkang dari UMNO lupa mereka pembangkang di Selangor

Posted: 08 Apr 2014 08:09 PM PDT

Dun Selangor: Wan Azizah bidas ketua UMNO Selangor

Posted: 08 Apr 2014 08:09 PM PDT

MH370: Najib Dipaksa Bertindak Sebelum Obama Sampai...!!!

Posted: 08 Apr 2014 05:51 PM PDT

'Bekas Duta AS Ke Malaysia Beri Amaran Kepada Najib'.

Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot (gambar kanan) menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.
"Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan "tidak masuk akal" itu.
Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.
"Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.
"Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.
"Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?
"Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?," soalnya.
Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370′ oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya.

Kerajaan kaji harga lantai getah selepas demonstrasi Baling 2.0

Posted: 08 Apr 2014 05:44 PM PDT

Ekoran berlaku perhimpunan besar-besaran di Baling Sabtu lepas, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan melalui kementerian itu mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai pendekatan membantu pekebun kecil.
  
"Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat, lapor Bernama.
  
Dalam soalannya, Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan yang sesuai agar pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung kehidupan keluarga mereka.
  
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Arab Spring dan ”bahaya dari gunung”

Posted: 08 Apr 2014 05:41 PM PDT

DR SYED AZMAN SYED AHMAD
 
ARAB SPRING yang melanda seluruh benua Arab sejak beberapa tahun lalu telah menyaksikan rakyat secara spontan bangkit dan keluar ke jalan-jalanraya menuntut hak dan kebebasan mereka.
Bermula dari Sidi Bouzid sebuah bandar kecil di Tunisia, ia terus merebak ke Moroko, Libya, Syria, Mesir dan negara-negra Arab lain. Tuntutan mereka adalah perubahan politik yang lebih besar serta kembali kepada asas sistem demokrasi yang bertunjangkan rakyat.
Perubahan ini juga telah memberi nafas baru kepada pertubuhan Ikhwan Muslimin. Gerakan ini yang telah sejak sekian lama dinafikan hak mereka, kembali bergiat secara terbuka dan berjaya menguasai kepimpinan politik di beberapa negara seperti Moroko, Tunisia dan Mesir. Di Mesir,  Presiden Mubarak telah digulingkan selepas berlakunya kebangkitan rakyat yang keluar ke jalan-jalanraya membantah pemerintahan diktator beliau. 
Namun perubahan 'Arab Spring' ini amat menggerunkan pemimpin-pemimpin di negara-negara Teluk seperti UAE, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Arab Saudi. Ini ditambah lagi dengan apa yang dilihat sebagai 'kebangkitan semula Ikhwan Muslimin' di dunia Arab. Negara-negara teluk yang kaya dengan hasil minyak dan gas ini juga telah lama menjadi sekutu rapat pemerintah Amerika Syarikat dan Kuasa Barat.

NASIB GERAKAN ISLAM
Kini segala-galanya telah berubah. Kerajaan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang adil hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Beliau telah diguling oleh junta tentera yang di ketuai Jeneral Abdul Fattah Sisi.
Di Tunisia, pelbagai cara juga telah digunakan bagi 'melemahkan' serta 'mensabotaj' kerajaan yang di kuasai oleh parti Nahdah yang dilihat rapat dengan Ikhwan sehingga memaksa mereka 'berundur' dari menerajui kerajaan di Tunisia.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Moroko. Institusi kerajaan yang masih 'setia' dengan pemerintah diktator di negara-negara tersebut seperti badan kehakiman, ekonomi dan pelaburan serta polis dan tentera telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh Ikhwan Muslimin.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DUNIA KE TIGA

Posted: 08 Apr 2014 07:16 PM PDT




DALAM DUNIA KETIGA

pilihanraya adalah penipuan

KOMENTAR TUKAR TIUB

kenapa turun  ke jalan raya?

kerana ditipu dalam  pilihan raya

dalam pru 13 pakatan rakyat 
telah mendapat 52% undi popular

united malays national organisation 
hanya mendapat 47% undi
tapi gerombolan ini
diistihar menang

gerombolan menang
kerana penipuan yang dirancang oleh spr

tak caya?

dakwat kekal tak kekal
undi hantu berkeliaran
240,000 undi awal pekerja spr
undi polis
undi tentera

dr zul dari sabak bernak kalah
dr aziz bari kalah
undi rosak lebih banyak dari jumlah undi menang
kalau ini bukan tipu apa namanya

dalam sejarah dunia
dalam negara ketiga 
tidak ada kerajaan zalim undur dengan pilihan raya
semuanya dengan jalan  raya
suharto
marcos
mubarak
ziz ul haq
zainal abidin
muamar gadaffi

malah mahathir anak lelak

 iskandar kutty
 di halau melalui jalanm raya
jika tidak ada demo 1998
anak lelaki iskandar kutty 
sampai hari ini akan gila kuasa

NOTA
ke jalan raya
untuk menubuhkan satu
suruhanjaya yang baru
untuk
menjalankan pilihanraya 
bebas bersih dan adil

Definisi demokrasi perlu ditulis semula?

KUALA LUMPUR 8 April - Definisi demokrasi perlu ditulis semula sekiranya pembentukan sesebuah kerajaan melalui demonstrasi jalanan dibolehkan dan dianggap sah.

Mahathir Mohamad berkata, terdapat kecenderungan di sesetengah negara di mana kumpulan anti kerajaan berusaha menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses pilihan raya, melalui demonstrasi jalanan.

Beliau berkata, apa yang mendukacitakan ialah fenomena tersebut semakin berkembang dan pendekatan itu sering disalahgunakan oleh kumpulan tertentu sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

"Dalam demokrasi, rakyat majoriti memilih kerajaan, tetapi terdapat kumpulan minoriti yang berusaha menggulingkan kerajaan (dipilih melalui proses pilihan raya).

BACA KITAB INI
untuk faham
 penipuan pilihan raya


KAH  KAH KAH
tak kan nak kena
tipu sampai kiamat
kah kah kah

--------

NAJIB DARI SEWELSI

Posted: 08 Apr 2014 06:39 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB

najib memang nasib kurang baik
lepas satu bala
satui bala menimpa

kapal terbang hilang
majoriti warga china yang gugur teramai
najib tuduh ahli politik pakatan yang bakar isu

kena colek warga china
najib tuduh ada orang dalam
cuba retakan hubungan
china/malaysia

kali ini warga china mati tenggelam
siapakah akan dituduh
bertanggung jawab oleh najib
allah?
atau air laut?
atau anwar ibrahim?




KAH  KAH KAH
najib razak ini
berasal dari sewelasi

yb teng kata tb 
najib ini manusia sewey
sewey cakap china
ertinya sial
i rest my case my lord
kah kah kah


--------

SATU MEI ANTI GST

Posted: 08 Apr 2014 06:08 PM PDT



KENYATAAN MEDIA | 8 APRIL 2014

KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST DAN HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI
SAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.
Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;
·         Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.
·         Perlaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas yang kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat atau berpendapatan tinggi hanya akan menambahkan bebanan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dikala ketidaktentuan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.
Lebih dikhuatiri, jika cukai barangan dan perkhidmatan GST ini dimulakan dengan 6% pada tahun 2015, SAMM menjangkakan pada tahun 2016 kadar GST akan melonjak pada kadar 8%. Justeru, SAMM percaya dengan kos sara hidup yang melonjak selepas PRU13 lalu
Perkembangan terkini juga menunjukkan dewan rakyat telah melulus perlaksanaan GST dengan sokongan semua ahli parlimen Barisan Nasional, ternyata wakil rakyat yang menyokong GST ini adalah di atas kepentingan tertentu, bukan atas kepentingan rakyat. Ini sekaligus tidak memberikan rakyat pilihan lain, selain memilih jalanraya untuk meluahkan protes bantahan setelah dewan rakyat tidak membantu.
Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST, atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014.
Sesungguhnya kesabaran rakyat kini amat nipis sekali, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa. Kali ini, wang poket pula ingin dicuri sehabisnya, pasti perlawanan akan berbeza.
Sekian.
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Sekretariat GST SAMM


----------

SELANGOR PERLU MB BARU

Posted: 08 Apr 2014 06:38 AM PDT






KOMENTAR TUKAR TIUB
apa hubungam khalid dengan bank islam
kenapa bank islam selesaikan
bagaimana bank islam selesai hutang ini
walhal
hutang khalid yang berjuta juta

ini masih belum terjawab
dan 
ini wajib di jawab bukan sahaja untuk
ahli-ahli pkr
tetapi untuk rakyat malaysia
khususnya rakyat selangor

ADUN tegur pemusatan kuasa pada Khalid

ADUN Pakatan Rakyat Selangor menegur Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa bekerja secara bersendirian dan seolah-olah tidak percaya kepada exco dan wakil rakyat lain.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata kelemahan kerajaan Selangor sejak 2008 akibat pemusatan kuasa di tangan Khalid sehingga exco negeri "tiada kerja".

Beliau membangkitkan apa salahnya kita kuasa itu diagihkan kepada exco lain seperti Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehin Muhyi dan Seri Kembangan.


KAH KAH KAH
khalid ini banyak kuasa
bank islam pun
dia kontrol
kah kah kah


------

ILMU SEMIOTIK

Posted: 08 Apr 2014 04:37 AM PDT






GUNAKAN
ILMU
SEMIOTIK


Rodziah nafi dakwaan Zuraida, minta bukti atau ia hanya fitnah politik kotor

Calon Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menafikan dakwaan berlakunya unsur salah guna kuasa oleh calon dari Selangor dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan percubaan membawa politik kotor.
Beliau menolak dakwaan calon dari Selangor menggunakan kapasiti sebagai pentadbir kerajaan negeri meraih undi ahli parti, seperti yang didakwapenyandang jawatan itu, Zuraida Kamaruddin.
Rodziah berkata, Zuraida perlu mengemukakan bukti kukuh dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Selagi tidak ada bukti, kita anggap itu fitnah.

SEMIOTIK
dari ilmu semiotik
imej siapakah 
yang bercakap benar


---------

SERANGAN TANDA SEHAT

Posted: 08 Apr 2014 04:24 AM PDT




Baru sehari jadi Adun, Dr Wan Azizah mula jadi sasaran

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...
KAH KAH KAH
ini petanda baik
kalau tak kena serang
ertinya tak berguna
kalau di serang ertinya
bahaya untuk musuh

kalau utusan sokong
kalau tv3 bagi muka

ertinya alat musuh

lagi banyak diserang
lagi baik



------

ORANG MENTAL

Posted: 07 Apr 2014 07:08 PM PDT



Tiada petunjuk penumpang selamat, Hishammuddin  harap keajaiban

Hishammuddin Hussein berkata ‎hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
KAH KAH KAH
sepupu najib ini
 mental ke apa?
nak ajaib macam mana?
macam album ziana zain?
KAH KAH KAH
soalan nya
boleh kah orang mental
macam ini menggantikan najib

------