Sabtu, 29 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin

Posted: 29 Mar 2014 10:38 PM PDT


(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370.
SaifuddinPertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.
"Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.
"Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas," ujarnya kepada Keadilandaily.
Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.
"Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara," ujarnya.
Kritikan media antarabangsa
Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.
"Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal," ujarnya lagi.
Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa
"Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu," ujarnya.
"Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah," kata Saifuddin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60421

Tragedi MH370 : Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas

Posted: 29 Mar 2014 06:27 PM PDT


  • Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempasSarah Bajc di temubual dalam BBC News.
 1 / 1 
SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

"Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

"Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas," katanya.


Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'.

"Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

"Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami," katanya.

Memali : Mahathir kata dia tak ingat

Posted: 29 Mar 2014 07:23 AM PDT



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. - malaysiakini

MH370 : Setelah bertemu Hishammuddin ...Keluarga Penumpang Taruh Harapan Tinggi

Posted: 29 Mar 2014 05:29 AM PDT

PUTRAJAYA 29 Mac - Rata-rata keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang kelihatan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pemangku Menteri Pemangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahkan menaruh harapan tinggi agar penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu ditemui dalam keadaan selamat.

Salah seorang ahli keluarga penumpang MH370 Mohamad Sahril Shaari, 36, berkata penjelasan yang diterima itu sekaligus menambahkan lagi semangat kepada beliau dan ahli keluarga yang lain.

"Alhamdulillah, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein datang dan terjawab soalan kami. Kita tanya satu soalan Hishammuddin sudah menghuraikan segalanya dan kita tidak tahu apa lagi mahu tanya," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Hishammuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di Hotel Everly Putrajaya pagi tadi.


Mohamad Sahril merupakan sepupu kepada penumpang Ahmad Razahan Zamani yang dalam perjalanan ke Beijing untuk berbulan madu bersama isteri Norliakmar Hamid.

Dalam masa sama beliau memberitahu persoalan utama yang diutarakan adalah berkaitan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Media tempatan dan asing semuanya ucap takziah sedangkan kami masih tidak mengakui ia (penumpang dan krew) sudah tiada. Kami anggap ia masih ada kerana belum ada bukti (terhempas). Tadi Hishammuddin kata masih mencari dan kita masih ada harapan. Dapat sedikit serpihan menandakan bukti kukuh dan kotak hitam dapat menghuraikan semuanya," ujar beliau.

Selain itu Mohamad Sahril turut memohon supaya dunia tidak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden berkenaan serta memberi harapan penuh kepada penemuan kotak hitam bagi merungkai segala persoalan.

"Kita rasa benda ini merupakan tekanan hebat, dunia kecam kita macam-macam. Saya harap pada dunia jangan sebab nila setitik satu rakyat Malaysia terima akibatnya. Bagaimana rakyat kita yang mahu ke negara China, saya harap daripada kotak hitam itulah yang boleh merungkai segala jawapan," katanya

Tambahnya, beliau juga akan berlepas ke Perth, Australia sekiranya terdapat penemuan bukti pesawat MH370 di sana.

Ketika menceritakan situasi keluarga, Mohamad Sahril memberitahu kakak beliau yang juga ibu kepada penumpang sudah pasti berada dalam kesedihan apatah lagi melihat gambar anaknya itu di kaca televisyen.

Namun yang demikian keluarga ini masih meletakkan harapan tinggi berikutan tiada bukti kukuh menandakan pesawat tersebut terhempas.

"Masih ada harapan kerana tiada apa-apa bukti. Bila dia (ibu kepada Ahmad Razhan) tengok dalam TV gambar anak dia pasti menangis. Memang berat, susah hendak lupa selagi tidak jumpa anaknya mahupun bukti. Kalau benar di Lautan Hindi, mustahil ada yang hidup kerana kita tahu bagaimana geloranya lautan di sana. Selepas dapat tahu (ketentuan) mungkin dia akan reda," jelas beliau lagi.

Pertalian kedua-dua sepupu ini begitu rapat sekalipun mempunyai jarak umur yang agak jauh. Ahmad Razhan juga dikatakan seorang sepupu yang periang dan gemar bergurau sesama keluarga.

"Tidak sangka dalam 200 orang itu salah seorang adalah ahli keluarga kita," katanya.

Iktibar Tanah Suci: Musibah akibat tak jaga mulut

Posted: 29 Mar 2014 02:33 AM PDT

Iktibar Tanah Suci: Musibah akibat tak jaga mulut
Taubat nasuha, sabar wajar jadi bekalan ke Tanah Suci

Tanah Suci Makkah adalah tempat untuk beribadat dengan penuh takzim dan rendah diri. Hati kita perlu bersih sebersihnya tanpa ada sekelumit pun rasa bangga diri, bongkak apatah lagi terlalu meninggi diri. 

Sebelum berangkat ke Tanah Suci amat perlu bertaubat sepenuh hati, insaf akan kesilapan diri atau dalam erti kata lain bermuhasabah diri sepenuhnya. 


Cerminlah diri sendiri, adakah kita bersih daripada segala penyakit hati seperti takbur dan suka berlagak seolah-olah kitalah paling hebat di dunia ini. 



Lihat di sekeliling kita, betapa kerdilnya kita berbanding kuasa Ilahi yang mencipta seluruh alam, sedangkan kita hanyalah insan yang serba-serbi kekurangan. 


Buat taubat nasuha 

Untuk itu sebelum berangkat pastikan diri sudah bertaubat nasuha, bersih daripada segala dosa dan lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaik mungkin. 
Selain mempelajari apakah rukun haji atau cara membuat umrah, amat perlu kita mempelajari budaya hidup di Makkah, bukan membabi- buta saja kerana silap langkah padah menanti. 

Pengalaman kali pertama ke Makkah bersama beberapa teman sepejabat amat berharga untuk saya mengambil iktibar daripadanya dan saya ingati selamanya. 

Selepas bersarapan pagi di hotel, saya bersama yang lain ke Tanaem untuk bermiqat dengan menaiki bas awam. Saya tersilap, ingatkan melalui pintu depan, sedangkan wanita perlu menggunakan pintu belakang. 


Ditegur pemandu bas 

Pemandu bas menegur saya dalam bahasa Arab yang tidak saya fahami, tetapi rasanya dia mengatakan wanita perlu menggunakan pintu belakang. Saya memang mulut celupar membalas balik, kata saya, "pintu depan atau belakang sama saya kerana kita akan ke destinasi yang sama". 

Pak Arab itu lantas memarahi saya, jadi terpaksalah saya keluar semula dari bas itu dan memasuki pintu belakang khusus untuk wanita. Setiba di Tanaem, saya terpijak jubah saya sendiri lantas tersungkur, tak semena-mena, teman saya berkata, "itulah mulut tak reti nak jaga, ini Tanah Suci tau bukan Malaysia". 

Lutut saya luka dan saya beristighfar banyak kali, baru saya sedar jahat mulut dapat balasan Allah sekelip mata saja, tak sampai setengah jam. 

Sejak itu saya bertaubat dan mematuhi apa saja peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi barulah saya dapat menunaikan ibadah sepenuhnya. 

Tetapi, itu sekali, kali kedua pula saya melalui jalan dari hotel ke Masjidil Haram, ramai peniaga memanggil "Ya Rahmah Ya Rahmah, belilah kapet kami", mereka memang pandai berbahasa Melayu bila mahu menjual barang kepada rombongan Malaysia. 


Tak henti niaga waktu azan 

Dalam hati saya berkata, azan dah berbunyi mereka ni sibuk lagi berjual, tak sembahyang Maghrib ke? Malangnya beberapa langkah selepas itu, entah dari mana datangnya paku karat saya terpijak, tak pasal- pasal darah menitis di kaki saya, sarung kaki yang pakai dipenuhi darah. 

Aduh, sakitnya bukan kepalang, terdengkot-dengkot saya untuk ke Kaabah, tetapi melihatkan darah yang banyak saya terus ke telaga Zamzam membersihkannya. Ya Allah, saya cakap sendirian dalam hati Allah marah dan terus mendapat balasannya, lantas saya bertaubat dan tidak lagi celupar serta sentiasa rendah diri. 

Tidak cukup dengan itu, saya ditempatkan sebilik dengan nenek berusia 75 tahun dan seorang lagi 63 tahun yang benar-benar mencabar kesabaran saya. Banyaknya ragam yang ditunjukkan, dah tua kurang pendengaran. 

Semua ini saya dapat bertahan, kerana disiplin diri semakin baik. Setiap kali tiba waktu makan, saya sediakan makanan untuk mereka. Begitu juga bila mereka meminta saya membelikan barang keperluan atau cenderahati, susah payah saya pasti membelinya, mungkin naluri saya terhadap orang lebih tua amat tersentuh, malah saya sedih melihat mereka, seolah-olah terbayang di mata saya jika saya tua nanti, macam tulah agaknya. 

Atau memang tabiat asal saya gemar melayan orang tua kerana teringat datuk dan nenek yang sudah sekian lama pergi serta abah mahupun mak di kampung yang saya jaga selama ini. Saya pastikan mereka hidup aman sejahtera. 

Alhamdullillah, syukur kepada Allah, akhirnya umrah saya disempurnakan dengan baik dan dua kali dapat mengucup Harajul Aswad, sehingga masih teringat baunya hingga ke hari ini.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


IKHWAN 529: Wartawan wanita dibunuh oleh regim Zionis As-Sisi

Posted: 29 Mar 2014 08:53 PM PDT

Wartawan wanita terbunuh  
Mayada maut ditembak dikepala ketika membuat liputan di Ein Shams, kelmarin.
KAHERAH - MESIR. Lima terbunuh, termasuk seorang wartawan wanita ketika perhimpunan antikerajaan di Kaherah dan Iskandariah, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, kesemua mereka terbunuh selepas tercetus pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan ketika demonstrasi menentang pencalonan bekas Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan bulan hadapan.

Keganasan tercetus selepas solat Jumaat itu juga berlaku selepas ribuan rakyat tidak berpuasa hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap 529 penyokong Mursi dan 700 yang lain bakal didakwa minggu depan.

Pegawai Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib berkata, wartawan akhbar milik persendirian Al-Dustour, Mayada Ashraf, 23,  maut ditembak di kepala ketika membuat liputan termasuk tiga individu lain dalam kejadian di Ein Shams.

"Empat orang cedera dalam pertempuran di wilayah utara Damietta," katanya menurut laporan Agensi.

Read More / Baca Lagi >>

Henti sebar gambar palsu 529 penyokong Mursi

Posted: 29 Mar 2014 08:51 PM PDT

Henti sebar gambar palsu 529 penyokong Mursi  
Puluhan jenazah ini adalah mangsa serangan senjata kimia di Syria Ogos lalu.
SHAH ALAM - Sejak minggu lalu, puluhan laman web dan blog menyebarkan beberapa gambar dan fakta palsu mengenai 529 penyokong presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penyokong pemimpin itu termasuk Mursyidul Am  Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie namun hukuman terbabit masih belum dilaksanakan.

Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London Abdullah el-Haddad menerusi wawancara dengan BBC berkata, hukuman terbabit hanya satu 'gertakan' atau mesej ancaman bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tentera Mesir kebal dan negara itu kini dalam tempoh melaksanakan pemerintahan diktator.

"Hukuman ini mungkin satu ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat," katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau turut mengetengahkan trend 'Mesir Baharu' iaitu pemerintahan diktator yang mungkin diamalkan selepas Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dilantik menjadi Presiden.

Bagaimanapun, penyebaran gambar dan maklumat palsu terbabit mencetuskan situasi cemas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Gambar jenazah siap dikafan dan foto seorang lelaki berbaju biru tersenyum ketika digantung dikhalayak ramai yang disebarkan sejak Rabu lalu adalah bukanlah gambaran sebenar hukuman gantung terhadap 529 penyokong Mursi.

Ia adalah gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia pada Ogos tahun lalu.

MH370: Bercanggah Lagi, Hishamuddin Kata Ada Harapan Selagi Tiada Bukti Kukuh...

Posted: 29 Mar 2014 08:11 PM PDT

Keluarga puas hati penjelasan Hishammuddin

PUTRAJAYA: Kalangan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 berpuas hati dengan penjelasan diberikan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kehilangan pesawat itu dalam sesi pertemuan di Hotel Everly di sini hari ini.

Sharil Shaari, 36, berkata semua persoalan dan ketidakpuasan hati yang terbuku di hati anggota keluarga rakyat tempatan dan China telah terjawab dalam pertemuan yang berlangsung sejam setengah itu.

"Sebelum ini, kami tidak begitu memahami dengan beberapa pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk pengakhiran pesawat itu di Lautan Hindi tetapi selepas pertemuan ini, semuanya telah selesai," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sharil yang juga sepupu Mohd Razahan Zamani, 23, berkata Hishammuddin juga memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat akan tetap diteruskan selain usaha mencari kotak hitam menjadi keutamaan.

Beliau juga memuji Hishammuddin seorang yang berani menyatakan perkara sebenar, selain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.

Selamat Omar, 60, bapa Mohd Khairul Amri, 29, berkata, beliau percaya kerajaan tidak menyembunyikan sebarang fakta seperti digembar-gemburkan oleh media sosial.

"Mengenai laporan berita ada satelit menjumpai objek, beliau (Hishammuddin) memberitahu perkara berkenaan perlu dianalisis dan kajian terlebih dahulu. Respons mengenainya tidak boleh dibuat melulu atau segera," katanya.

Selamat turut melahirkan rasa terharu kerana Hishammuddin sudi bertemu dan mendengar luahan hati anggota keluarga dan itu membuktikan beliau sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat malang itu.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lalu, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - BERNAMA
Read More / Baca Lagi >>

Luka Memali berdarah kembali

Posted: 29 Mar 2014 07:42 PM PDT


Amin Iskandar@Black

Di antara dosa terbesar dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang Melayu-Islam di negara ini adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November, 1985.
Selepas 29 tahun berlalu, kes ini panas kembali apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada awal minggu ini mendedahkan sebuah fakta penting yang beliau sembunyikan selama ini.
Menurut Musa, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan dan dua tiga hari selepas kejadian sedangkan selama ini majoriti rakyat Malaysia difahamkan bekas perdana menteri itu berada di China.
"Titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang," kata Musa pada majlis Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru minggu ini dan menambah itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana jika ditanya mengenai tragedi berdarah Memali.
Ramai yang bertanya mengapa selepas 29 tahun baru perkara ini didedahkan Musa?
Saya tidak akan bertanya soalan seperti ini kerana apa yang dilakukan Musa sama seperti dilakukan Michael Corleone dalam filem The Godfather III apabila beliau membuat pengakuan kepada Cardinal Lamberto mengenai dosanya besarnya mengarahkan pembunuhan abangnya Fredo.
Manusia tidak akan mampu memendamkan sesuatu dengan terlalu lama apa lagi kesalahan besar seperti pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali.
Ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur semalam mengenai pendedahan Musa, Dr Mahathir berkata: "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Hotel Istana malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Nama Pak Lah teratas, diawasi ejen keselamatan Amerika, lapor akhbar Jerman

Posted: 29 Mar 2014 06:31 PM PDT


Nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada paling atas dalam senarai yang diawasi Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Gambar fail.Nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada paling atas dalam senarai yang diawasi Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Gambar fail.Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.
Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.
Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.
Menurut akhbar itu, dokumen itu tidak memberikan maklumat yang cukup untuk menentukan bentuk pengawasan, manakala NSA pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut.
Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA.
Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ)  menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman.
Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan  terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia.
Read More / Baca Lagi >>

Peristiwa Memali konspirasi jahat Umno, media arus perdana jadi alat Mahathir

Posted: 29 Mar 2014 06:30 PM PDT

MahfuzSHAH ALAM, 29 MAC: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China mengukuhkan lagi dakwaan peristiwa berdarah Memali berlaku hasil konspirasi jahat kepimpinan Umno.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, peristiwa Memali sebagai satu perbuatan jijik yang dilakukan Mahathir berdasarkan jawapan ringkas yang diberikan Tun Musa Hitam.
"Pendedahan Musa Hitam memberikan jawapan yang memperkukuhkan dakwaan sebelum ini ketika peristiwa itu berlaku bahawa ia terhasil daripada konspirasi politik jahat kepimpinan Umno sendiri.
"Apabila Musa mengatakan Mahathir berada di Malaysia ketika itu dan beberapa hari selepas kejadian tetapi media arus perdana melaporkan beliau (Mahathir) berada di China.

"Walaupun kenyataan Musa begitu pendek dan ringkas, tetapi sudah cukup menggambarkan bahawa sebenarnya media arus perdana diatur sebegitu rupa supaya melaporkan Mahathir tidak berada dalam negara dan orang tidak mengesyaki sebarang pembabitan beliau dalam peristiwa Memali dan lebih menuding jari kepada Timbalannya (Musa)," katanya kepada Selangor Kini.
Musa yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu mendedahkan perkara berkenaan dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan
Sekarang anjuran Kerajaan Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, pada 26 Mac lalu.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa
mengamalkan ajaran sesat, namun beliau tidak mahu menyerah diri hingga polis merempuh perumahannya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh, pada 19 November 1985.
Mahfuz berkata, kerajaan didesak mengemukakan usul di Dewan Rakyat supaya membatalkan Kertas Putih berkenaan peristiwa Memali yang
dibentangkan di Parlimen pada tahun 1986, selain menarik fatwa 'Bughah' yang dikenakan terhadap Allahyarham Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas

Posted: 29 Mar 2014 05:37 PM PDT

Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

"Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

"Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas," katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'.

"Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

"Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami," katanya.

Survival Pemimpin Lwn Kelangsungan Rakyat Jelata

Posted: 29 Mar 2014 05:30 PM PDT

A Kadir Jasin

RASANYA sudah cukup lama kita tidak mengulas dan menganalisis politik serta ekonomi tanah air kerana kita mahu memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada semua pihak, khususnya kepemimpinan negara, menangani misteri MH370 tanpa gangguan.
Tetapi selepas lebih tiga minggu, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER MAS itu jauh daripada selesai dan kita pun sudah lihat dengan jelas buruk serta baik prestasi kepemimpinan kita menangani krisis.
Bukan krisis lesapnya MH370 sahaja. Serentak itu kita juga mengalami kemarau, kebakaran hutan, jerebu dan catuan air. Sebelum itu, wilayah kita dilanggar penjahat Filipina.
Kita sudah memberikan masa yang cukup lama dan panjang kepada mereka, khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mengatasi krisis-krisis ini sehingga timbul tanda-tanda yang mereka berasa lega berselindung di sebalik tragedi MH370.
Saya tertarik dengan analisis sebuah portal berita yang mengatakan kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri adalah selamat dan terjamin walaupun negara dan rakyat jelata menderita pelbagai krisis.
Kata portal berita itu, walaupun tahap keyakinan terhadap beliau mungkin berada di paras paling rendah sejak menjadi PM pada tahun 2009, beliau akan kekal sebagai PM.

Disember lalu, populariti beliau mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%. Sebanyak 67% daripada orang yang dikaji menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Mohd Najib.

Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India. Sokongan orang India terhadap beliau jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%.

Main Selamat Baik Bagi Mohd Najib

Penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Mohd Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti.
Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan Muhyiddin Mohd Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Mohd Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu.

Bukan itu saja. Malah tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM. Ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Mohd Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: FBI tidak jumpa petunjuk mencurigakan dalam simulator Kapten Zaharie

Posted: 29 Mar 2014 05:23 PM PDT


Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama simulator penerbangan di rumahnya. Gambar fail.Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama simulator penerbangan di rumahnya. Gambar fail.Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan ia melegakan keluarga dan rakannya.
Menurut laporan, pegawai Amerika yang rapat dengan penyiasatan dan FBI berkata siasatan tidak  menemui sebarang petunjuk daripada peralatan komputer dan simulator Zaharie.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga berkata tiada petunjuk yang mencurigakan ditemui dalam simulator penerbangan milik juruterbang itu.
Sebelum ini, pelbagai dakwaan dihalakan kepada Zaharie termasuk beliau mempunyai motif membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhbar British melaporkan, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah ketika hukuman itu dijatuhkan dan merupakan penyokong fanatik pembangkang.
Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal.
Read More / Baca Lagi >>

Kapal China, Australia hanya jumpa sampah, belum temui serpihan MH370

Posted: 29 Mar 2014 05:21 PM PDT


Wartawan BBC menunjukkan objek pelbagai warna yang ditemui dan sebenarnya ia hanya cebisan jaring yang besar kemungkinan daripada bot nelayan, bukan MH370.Wartawan BBC menunjukkan objek pelbagai warna yang ditemui dan sebenarnya ia hanya cebisan jaring yang besar kemungkinan daripada bot nelayan, bukan MH370.Kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.
Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.
Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.
Susulan penemuan itu, kapal China membuat pencarian di kawasan itu bagi mengesan pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Ia adalah pencarian yang memasuki minggu keempat selepas penemuan tanda palsu yang disangka serpihan pesawat itu sebelum ini.
Pihak berkuasa Australia menyusun semula pencarian ke 1,100 km ke utara Jumaat lalu selepas analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada andaian sebelum ini.
Penemuan objek pelbagai warna oleh kapal terbang China itu berikutan laporan kapal antarabangsa pada Jumaat yang melihat objek pelbagai warna, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa).
Amsa berkata, sesetengahnya dilihat seperti daripada kapal nelayan dan ia tidak boleh disahkan sehingga diambil oleh kapal laut yang mencari.
Read More / Baca Lagi >>

MH370 didakap Lautan Tebusan

Posted: 29 Mar 2014 04:48 PM PDT

DASAR Lautan Hindi dipercayai berceranggah dan sentiasa berubah kerana aliran magma daripada gunung berapi. - Gambar hiasan


KETIKA Fernando Schnabl sedang menanti isteri dan anak lelakinya tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis, dia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Air France 447 (AF447).
Pesawat jenis Airbus A330 itu dinaiki pasangan anak-beranak tersebut untuk pulang daripada percutian mereka di Brazil.
Fernando bersama anak perempuannya, Celine terlebih dulu tiba di Perancis menerusi pesawat berasingan.
"Kami dalam perjalanan pulang apabila salah seorang anak kapal memberitahu sebuah pesawat yang berlepas dari Rio de Janeiro hilang daripada radar," cerita Fernando seperti dipetik portal Daily Mail.
Dalam kejadian pada 1 Jun 2009, pesawat berkenaan telah terhempas di Lautan Atlantik menyebabkan 228 penumpang terbunuh.
Turut terkorban ialah isteri Schnabl, Christine dan anak lelakinya, Philipe.
Operasi SAR dilakukan pada keesokan harinya namun harapan untuk menemui mangsa yang selamat adalah tipis meskipun dibantu dengan teknologi paling canggih.
Menurut jurucakap tentera laut Perancis, Hugues du Plessis d'Argentre, kedalaman Lautan Atlantik yang mencecah 3,926 meter (m) membuatkan misi mencari menjadi sukar.
"Kami terpaksa berhadapan dengan laut bergelora, angin kencang dan keadaan laut yang tidak menentu," katanya.
Selepas 25 hari, pasukan SAR menghentikan operasi mencari setelah gagal menemui kotak hitam pesawat itu.
Bagaimanapun, kotak hitam tersebut ditemui dua tahun kemudian.
Cabaran untuk mengesan kotak hitam AF447 yang terhempas enam tahun lalu itu hampir serupa dengan usaha mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Meskipun demikian, ada yang menyifatkan usaha mencari pesawat jenis Boeing 777 itu lebih sukar kerana ia hilang secara misteri, tidak seperti AF447 yang diketahui kedudukannya.
Paling menakutkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar pada 24 Mac lalu mengesahkan perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi.
Sejurus selepas berita sedih itu disampaikan, usaha pasukan SAR yang membabitkan 12 negara terus bertumpu ke arah mencari kotak hitam pesawat berkenaan di selatan lautan itu.
Pakar pencari bangkai pesawat dalam laut Amerika Syarikat (AS), David Mearns yang pernah terlibat dalam operasi mencari serpihan AF447 mengakui misi mencari komponen pesawat MH370 di Lautan Hindi tidak sama seperti yang disertainya di Lautan Atlantik sebelum ini.
"Berbanding Lautan Atlantik yang terletak di antara benua Afrika dan Amerika, Lautan Hindi sangat terpencil dan jarang dilalui kapal-kapal dagang," kata Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Rizal Arshad.
Maka tidak hairanlah, lautan ketiga terbesar di dunia itu terkenal dengan jolokan The Lonely Ocean atau Lautan Sepi.
Menurut Rizal, Lautan Hindi mempunyai kedalaman sembilan hingga sepuluh kali ganda berbanding ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420m.
Tambahnya, dengan kedalaman mencecah 4,000m, lautan itu turut mempunyai arus yang kuat selain dasarnya yang gelap dan kerap berubah.
"Di sesetengah kawasan seperti Jurang Jawa, kedalamannya mencecah 7,000m. Jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Objek Yang Ditemui Hanyalah Sampah Yang Terapung

Posted: 29 Mar 2014 04:33 PM PDT

Kapal Haixun 01 dan HMAS Success dilaporkan berjaya mengambil beberapa objek di Lautan Hindi yang dipercayai berkaitan dengan MH370, namun tiada satu pun disahkan berkaitan dengan MH370.
Jurucakap AMSA menjelaskan beberapa imej objek yang dikesan oleh satelit beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370, mungkin terkesan imej kayu atau objek-objek plastik sisa tsunami di Aceh pada Disember 2004 atau tsunami di Sumatera Barat pada 2010 yang dihanyutkan oleh ombak.

Pasukan SAR juga menemui satu peralatan menangkap ikan yang dikenal pasti dari beberapa objek yang ditemui. Aktiviti perikanan giat dijalankan di kawasan pencarian menyebabkan kesukaran usaha mencari bukti-bukti objek yang berkaitan dengan MH370.

Wan Azizah diharap mampu satukan dua pemimpin PKR Selangor

Posted: 29 Mar 2014 04:25 PM PDT


Ahli PKR menaruh harapan tinggi kepada presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) untuk mengakhiri permusuhan antara Tan Sri Khalid Ibrahim (dua dari kanan) dan Mohamed Azmin Ali (kanan sekali). Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli PKR menaruh harapan tinggi kepada presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) untuk mengakhiri permusuhan antara Tan Sri Khalid Ibrahim (dua dari kanan) dan Mohamed Azmin Ali (kanan sekali). Gambar fail The Malaysian Insider.Adun Kajang yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipercayai mempunyai tugas besar di negeri Selangor iaitu menyatukan antara dua kepimpinan utama di negeri itu yang selama ini dilihat berlainan arah dan pendekatan.
Demikian harapan ahli PKR negeri itu serta rakyat Selangor memandangkan beliau mempunyai jawatan yang tertinggi dalam parti.
"Dr Wan Azizah sebenarnya boleh menyelesaikan masalah dalaman PKR di Selangor meskipun tanpa menyertai pentadbiran negeri memandangkan beliau mempunyai hierarki tertinggi dalam parti.
"Namun, sejauh mana Khalid ingin mendengar nasihat beliau kita tidak tahu, kerana Khalid berada dalam pentadbiran eksekutif negeri, dan beliau mempunyai jawatan tertinggi dalam sistem pentadbiran negeri," kata penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal menyaksikan penyertaan presiden PKR itu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang baharu, sekali gus tugas berat kini sekali lagi menanti isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang secara rasmi pada 7 April, sempena permulaan sidang DUN Selangor.
Dr Wan Azizah menjadi bidan terjun menggantikan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang apabila suaminya itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
Read More / Baca Lagi >>

Memali: Kenapa Musa Ingat Tapi Mahathir Tak Ingat?

Posted: 29 Mar 2014 04:07 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".

Memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.

Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi.

Bagaimanapun haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu. Sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Malaysia perlu tingkat kekuatan aset kata Hisham

Posted: 29 Mar 2014 04:03 PM PDT

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik.

"Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenaikeupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," katanya secara berseloroh.

"Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untukmencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," kata Pemangku Menteri Pengangkutanitu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di sini hari ini.

Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi sepertisonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean.

Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Cerita aneh 'penumpang MH370'

Posted: 29 Mar 2014 04:02 PM PDT

Cerita aneh 'penumpang MH370' MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY

SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Read More / Baca Lagi >>

Lagu R4BIA Gabungan Artis Dunia [EDITED] Malaysian Version

Posted: 29 Mar 2014 03:36 PM PDT

New Objects Spotted in Search for Malaysian Jet

Posted: 29 Mar 2014 03:35 PM PDT

TPPA merugikan negara - Tun Dr Mahathir

Posted: 29 Mar 2014 03:33 PM PDT

Egypt: History repeating itself?

Posted: 29 Mar 2014 03:32 PM PDT

Pemilihan PKR 2014 : Manifestasi Politik Baru

Posted: 29 Mar 2014 08:09 AM PDT

Prof Agus: PAS atau UMNO? Satu pengakuan

Posted: 29 Mar 2014 08:07 AM PDT

Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL

Posted: 29 Mar 2014 08:03 AM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan 2014: Tawar pertahan jawatan kerana bimbang Anwar dihalang jadi presiden, kata Dr Wan Azizah

Posted: 29 Mar 2014 07:54 AM PDT


Penyandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan jawatan partinya sebagai langkah persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat memimpin PKR. – Gambar fail.Penyandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan jawatan partinya sebagai langkah persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat memimpin PKR. – Gambar fail.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan langkah menawarkan diri mempertahankan jawatan presiden PKR sebagai persediaan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada menjadi pemimpin utama parti tersebut.
Mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang baru-baru ini, Dr Wan Azizah tidak menolak Umno akan cuba melakukan sedaya-upaya menyekat kemaraan Anwar.
"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Insiden hukuman penjara ke atas Anwar sebelum PRK Kajang merupakan bukti segala-galanya boleh berlaku tanpa diduga, kata Dr Wan Azizah.
"Tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding."
Dr Wan Azizah juga berkata taktik kotor pemerintah juga boleh digunakan sekali lagi dalam pemilihan PKR kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hukuman mati: M'sia perlu desak Mesir henti kezaliman

Posted: 29 Mar 2014 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa supaya Malaysia mendesak Kerajaan Mesir memberhentikan kezaliman terhadap Ikhwanul Muslimin.

Setiausaha Agung PUM Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, kerajaan Malaysia harus menunjukkan keberanian dan menyatakan pendirian yang tegas dalam hal ini.

"Sepertimana kehadiran Perdana Menteri ke Gaza pada bulan Januari 2013 yang lalu bagi memberi sokongan kepada penduduk Gaza, sekurang-kurangnya tindakan yang sama atau bantahan kepada Mesir harus dilakukan untuk memberi sokongan moral kepada Ikhwanul Muslimin," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, hukuman mati oleh mahkamah tentera itu adalah satu bentuk kezaliman yang melampau dalam dunia hari ini.

Malau beliau mempersoal, di mana suara bantahan hak asasi negara barat yang dilihat membisu dalam isu ini.

"Amat malang sekali apabila kuasa barat dan sekutunya di timur tengah tidak langsung menyatakan bantahan terhadap keputusan terhadap 529 orang tersebut.
Read More / Baca Lagi >>