Sabtu, 29 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin

Posted: 29 Mar 2014 10:38 PM PDT


(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370.
SaifuddinPertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.
"Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.
"Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas," ujarnya kepada Keadilandaily.
Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.
"Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara," ujarnya.
Kritikan media antarabangsa
Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.
"Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal," ujarnya lagi.
Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa
"Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu," ujarnya.
"Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah," kata Saifuddin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60421

Tragedi MH370 : Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas

Posted: 29 Mar 2014 06:27 PM PDT


  • Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempasSarah Bajc di temubual dalam BBC News.
 1 / 1 
SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

"Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

"Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas," katanya.


Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'.

"Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

"Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami," katanya.

Memali : Mahathir kata dia tak ingat

Posted: 29 Mar 2014 07:23 AM PDT



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. - malaysiakini

MH370 : Setelah bertemu Hishammuddin ...Keluarga Penumpang Taruh Harapan Tinggi

Posted: 29 Mar 2014 05:29 AM PDT

PUTRAJAYA 29 Mac - Rata-rata keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang kelihatan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pemangku Menteri Pemangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahkan menaruh harapan tinggi agar penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu ditemui dalam keadaan selamat.

Salah seorang ahli keluarga penumpang MH370 Mohamad Sahril Shaari, 36, berkata penjelasan yang diterima itu sekaligus menambahkan lagi semangat kepada beliau dan ahli keluarga yang lain.

"Alhamdulillah, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein datang dan terjawab soalan kami. Kita tanya satu soalan Hishammuddin sudah menghuraikan segalanya dan kita tidak tahu apa lagi mahu tanya," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Hishammuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di Hotel Everly Putrajaya pagi tadi.


Mohamad Sahril merupakan sepupu kepada penumpang Ahmad Razahan Zamani yang dalam perjalanan ke Beijing untuk berbulan madu bersama isteri Norliakmar Hamid.

Dalam masa sama beliau memberitahu persoalan utama yang diutarakan adalah berkaitan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Media tempatan dan asing semuanya ucap takziah sedangkan kami masih tidak mengakui ia (penumpang dan krew) sudah tiada. Kami anggap ia masih ada kerana belum ada bukti (terhempas). Tadi Hishammuddin kata masih mencari dan kita masih ada harapan. Dapat sedikit serpihan menandakan bukti kukuh dan kotak hitam dapat menghuraikan semuanya," ujar beliau.

Selain itu Mohamad Sahril turut memohon supaya dunia tidak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden berkenaan serta memberi harapan penuh kepada penemuan kotak hitam bagi merungkai segala persoalan.

"Kita rasa benda ini merupakan tekanan hebat, dunia kecam kita macam-macam. Saya harap pada dunia jangan sebab nila setitik satu rakyat Malaysia terima akibatnya. Bagaimana rakyat kita yang mahu ke negara China, saya harap daripada kotak hitam itulah yang boleh merungkai segala jawapan," katanya

Tambahnya, beliau juga akan berlepas ke Perth, Australia sekiranya terdapat penemuan bukti pesawat MH370 di sana.

Ketika menceritakan situasi keluarga, Mohamad Sahril memberitahu kakak beliau yang juga ibu kepada penumpang sudah pasti berada dalam kesedihan apatah lagi melihat gambar anaknya itu di kaca televisyen.

Namun yang demikian keluarga ini masih meletakkan harapan tinggi berikutan tiada bukti kukuh menandakan pesawat tersebut terhempas.

"Masih ada harapan kerana tiada apa-apa bukti. Bila dia (ibu kepada Ahmad Razhan) tengok dalam TV gambar anak dia pasti menangis. Memang berat, susah hendak lupa selagi tidak jumpa anaknya mahupun bukti. Kalau benar di Lautan Hindi, mustahil ada yang hidup kerana kita tahu bagaimana geloranya lautan di sana. Selepas dapat tahu (ketentuan) mungkin dia akan reda," jelas beliau lagi.

Pertalian kedua-dua sepupu ini begitu rapat sekalipun mempunyai jarak umur yang agak jauh. Ahmad Razhan juga dikatakan seorang sepupu yang periang dan gemar bergurau sesama keluarga.

"Tidak sangka dalam 200 orang itu salah seorang adalah ahli keluarga kita," katanya.

Iktibar Tanah Suci: Musibah akibat tak jaga mulut

Posted: 29 Mar 2014 02:33 AM PDT

Iktibar Tanah Suci: Musibah akibat tak jaga mulut
Taubat nasuha, sabar wajar jadi bekalan ke Tanah Suci

Tanah Suci Makkah adalah tempat untuk beribadat dengan penuh takzim dan rendah diri. Hati kita perlu bersih sebersihnya tanpa ada sekelumit pun rasa bangga diri, bongkak apatah lagi terlalu meninggi diri. 

Sebelum berangkat ke Tanah Suci amat perlu bertaubat sepenuh hati, insaf akan kesilapan diri atau dalam erti kata lain bermuhasabah diri sepenuhnya. 


Cerminlah diri sendiri, adakah kita bersih daripada segala penyakit hati seperti takbur dan suka berlagak seolah-olah kitalah paling hebat di dunia ini. 



Lihat di sekeliling kita, betapa kerdilnya kita berbanding kuasa Ilahi yang mencipta seluruh alam, sedangkan kita hanyalah insan yang serba-serbi kekurangan. 


Buat taubat nasuha 

Untuk itu sebelum berangkat pastikan diri sudah bertaubat nasuha, bersih daripada segala dosa dan lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaik mungkin. 
Selain mempelajari apakah rukun haji atau cara membuat umrah, amat perlu kita mempelajari budaya hidup di Makkah, bukan membabi- buta saja kerana silap langkah padah menanti. 

Pengalaman kali pertama ke Makkah bersama beberapa teman sepejabat amat berharga untuk saya mengambil iktibar daripadanya dan saya ingati selamanya. 

Selepas bersarapan pagi di hotel, saya bersama yang lain ke Tanaem untuk bermiqat dengan menaiki bas awam. Saya tersilap, ingatkan melalui pintu depan, sedangkan wanita perlu menggunakan pintu belakang. 


Ditegur pemandu bas 

Pemandu bas menegur saya dalam bahasa Arab yang tidak saya fahami, tetapi rasanya dia mengatakan wanita perlu menggunakan pintu belakang. Saya memang mulut celupar membalas balik, kata saya, "pintu depan atau belakang sama saya kerana kita akan ke destinasi yang sama". 

Pak Arab itu lantas memarahi saya, jadi terpaksalah saya keluar semula dari bas itu dan memasuki pintu belakang khusus untuk wanita. Setiba di Tanaem, saya terpijak jubah saya sendiri lantas tersungkur, tak semena-mena, teman saya berkata, "itulah mulut tak reti nak jaga, ini Tanah Suci tau bukan Malaysia". 

Lutut saya luka dan saya beristighfar banyak kali, baru saya sedar jahat mulut dapat balasan Allah sekelip mata saja, tak sampai setengah jam. 

Sejak itu saya bertaubat dan mematuhi apa saja peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi barulah saya dapat menunaikan ibadah sepenuhnya. 

Tetapi, itu sekali, kali kedua pula saya melalui jalan dari hotel ke Masjidil Haram, ramai peniaga memanggil "Ya Rahmah Ya Rahmah, belilah kapet kami", mereka memang pandai berbahasa Melayu bila mahu menjual barang kepada rombongan Malaysia. 


Tak henti niaga waktu azan 

Dalam hati saya berkata, azan dah berbunyi mereka ni sibuk lagi berjual, tak sembahyang Maghrib ke? Malangnya beberapa langkah selepas itu, entah dari mana datangnya paku karat saya terpijak, tak pasal- pasal darah menitis di kaki saya, sarung kaki yang pakai dipenuhi darah. 

Aduh, sakitnya bukan kepalang, terdengkot-dengkot saya untuk ke Kaabah, tetapi melihatkan darah yang banyak saya terus ke telaga Zamzam membersihkannya. Ya Allah, saya cakap sendirian dalam hati Allah marah dan terus mendapat balasannya, lantas saya bertaubat dan tidak lagi celupar serta sentiasa rendah diri. 

Tidak cukup dengan itu, saya ditempatkan sebilik dengan nenek berusia 75 tahun dan seorang lagi 63 tahun yang benar-benar mencabar kesabaran saya. Banyaknya ragam yang ditunjukkan, dah tua kurang pendengaran. 

Semua ini saya dapat bertahan, kerana disiplin diri semakin baik. Setiap kali tiba waktu makan, saya sediakan makanan untuk mereka. Begitu juga bila mereka meminta saya membelikan barang keperluan atau cenderahati, susah payah saya pasti membelinya, mungkin naluri saya terhadap orang lebih tua amat tersentuh, malah saya sedih melihat mereka, seolah-olah terbayang di mata saya jika saya tua nanti, macam tulah agaknya. 

Atau memang tabiat asal saya gemar melayan orang tua kerana teringat datuk dan nenek yang sudah sekian lama pergi serta abah mahupun mak di kampung yang saya jaga selama ini. Saya pastikan mereka hidup aman sejahtera. 

Alhamdullillah, syukur kepada Allah, akhirnya umrah saya disempurnakan dengan baik dan dua kali dapat mengucup Harajul Aswad, sehingga masih teringat baunya hingga ke hari ini.

Tiada ulasan: