RAKYAT MARHAEN |
- IKHWAN 529: Wartawan wanita dibunuh oleh regim Zionis As-Sisi
- Henti sebar gambar palsu 529 penyokong Mursi
- MH370: Bercanggah Lagi, Hishamuddin Kata Ada Harapan Selagi Tiada Bukti Kukuh...
- Luka Memali berdarah kembali
- Nama Pak Lah teratas, diawasi ejen keselamatan Amerika, lapor akhbar Jerman
- Peristiwa Memali konspirasi jahat Umno, media arus perdana jadi alat Mahathir
- MH370: Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
- Survival Pemimpin Lwn Kelangsungan Rakyat Jelata
- MH370: FBI tidak jumpa petunjuk mencurigakan dalam simulator Kapten Zaharie
- Kapal China, Australia hanya jumpa sampah, belum temui serpihan MH370
- MH370 didakap Lautan Tebusan
- MH370: Objek Yang Ditemui Hanyalah Sampah Yang Terapung
- Wan Azizah diharap mampu satukan dua pemimpin PKR Selangor
- Memali: Kenapa Musa Ingat Tapi Mahathir Tak Ingat?
- MH370: Malaysia perlu tingkat kekuatan aset kata Hisham
- Cerita aneh 'penumpang MH370'
- Lagu R4BIA Gabungan Artis Dunia [EDITED] Malaysian Version
- New Objects Spotted in Search for Malaysian Jet
- TPPA merugikan negara - Tun Dr Mahathir
- Egypt: History repeating itself?
- Pemilihan PKR 2014 : Manifestasi Politik Baru
- Prof Agus: PAS atau UMNO? Satu pengakuan
- Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL
- Pemilihan 2014: Tawar pertahan jawatan kerana bimbang Anwar dihalang jadi presiden, kata Dr Wan Azizah
- Hukuman mati: M'sia perlu desak Mesir henti kezaliman
IKHWAN 529: Wartawan wanita dibunuh oleh regim Zionis As-Sisi Posted: 29 Mar 2014 08:53 PM PDT Mayada maut ditembak dikepala ketika membuat liputan di Ein Shams, kelmarin. KAHERAH - MESIR. Lima terbunuh, termasuk seorang wartawan wanita ketika perhimpunan antikerajaan di Kaherah dan Iskandariah, kelmarin.Media tempatan melaporkan, kesemua mereka terbunuh selepas tercetus pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan ketika demonstrasi menentang pencalonan bekas Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan bulan hadapan. Keganasan tercetus selepas solat Jumaat itu juga berlaku selepas ribuan rakyat tidak berpuasa hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap 529 penyokong Mursi dan 700 yang lain bakal didakwa minggu depan. Pegawai Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib berkata, wartawan akhbar milik persendirian Al-Dustour, Mayada Ashraf, 23, maut ditembak di kepala ketika membuat liputan termasuk tiga individu lain dalam kejadian di Ein Shams. "Empat orang cedera dalam pertempuran di wilayah utara Damietta," katanya menurut laporan Agensi. | |
Henti sebar gambar palsu 529 penyokong Mursi Posted: 29 Mar 2014 08:51 PM PDT Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penyokong pemimpin itu termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie namun hukuman terbabit masih belum dilaksanakan. Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London Abdullah el-Haddad menerusi wawancara dengan BBC berkata, hukuman terbabit hanya satu 'gertakan' atau mesej ancaman bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tentera Mesir kebal dan negara itu kini dalam tempoh melaksanakan pemerintahan diktator. "Hukuman ini mungkin satu ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat," katanya. Dalam kenyataan sebelum ini, beliau turut mengetengahkan trend 'Mesir Baharu' iaitu pemerintahan diktator yang mungkin diamalkan selepas Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dilantik menjadi Presiden. Bagaimanapun, penyebaran gambar dan maklumat palsu terbabit mencetuskan situasi cemas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Gambar jenazah siap dikafan dan foto seorang lelaki berbaju biru tersenyum ketika digantung dikhalayak ramai yang disebarkan sejak Rabu lalu adalah bukanlah gambaran sebenar hukuman gantung terhadap 529 penyokong Mursi. Ia adalah gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia pada Ogos tahun lalu. | |
MH370: Bercanggah Lagi, Hishamuddin Kata Ada Harapan Selagi Tiada Bukti Kukuh... Posted: 29 Mar 2014 08:11 PM PDT Keluarga puas hati penjelasan Hishammuddin PUTRAJAYA: Kalangan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 berpuas hati dengan penjelasan diberikan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kehilangan pesawat itu dalam sesi pertemuan di Hotel Everly di sini hari ini. Sharil Shaari, 36, berkata semua persoalan dan ketidakpuasan hati yang terbuku di hati anggota keluarga rakyat tempatan dan China telah terjawab dalam pertemuan yang berlangsung sejam setengah itu. "Sebelum ini, kami tidak begitu memahami dengan beberapa pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk pengakhiran pesawat itu di Lautan Hindi tetapi selepas pertemuan ini, semuanya telah selesai," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu. Sharil yang juga sepupu Mohd Razahan Zamani, 23, berkata Hishammuddin juga memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat akan tetap diteruskan selain usaha mencari kotak hitam menjadi keutamaan. Beliau juga memuji Hishammuddin seorang yang berani menyatakan perkara sebenar, selain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu. Selamat Omar, 60, bapa Mohd Khairul Amri, 29, berkata, beliau percaya kerajaan tidak menyembunyikan sebarang fakta seperti digembar-gemburkan oleh media sosial. "Mengenai laporan berita ada satelit menjumpai objek, beliau (Hishammuddin) memberitahu perkara berkenaan perlu dianalisis dan kajian terlebih dahulu. Respons mengenainya tidak boleh dibuat melulu atau segera," katanya. Selamat turut melahirkan rasa terharu kerana Hishammuddin sudi bertemu dan mendengar luahan hati anggota keluarga dan itu membuktikan beliau sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat malang itu. Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pada Isnin lalu, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - BERNAMA Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 29 Mar 2014 07:42 PM PDT Amin Iskandar@Black Di antara dosa terbesar dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang Melayu-Islam di negara ini adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November, 1985. Selepas 29 tahun berlalu, kes ini panas kembali apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada awal minggu ini mendedahkan sebuah fakta penting yang beliau sembunyikan selama ini. "Titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang," kata Musa pada majlis Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru minggu ini dan menambah itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana jika ditanya mengenai tragedi berdarah Memali. Ramai yang bertanya mengapa selepas 29 tahun baru perkara ini didedahkan Musa? Saya tidak akan bertanya soalan seperti ini kerana apa yang dilakukan Musa sama seperti dilakukan Michael Corleone dalam filem The Godfather III apabila beliau membuat pengakuan kepada Cardinal Lamberto mengenai dosanya besarnya mengarahkan pembunuhan abangnya Fredo. Manusia tidak akan mampu memendamkan sesuatu dengan terlalu lama apa lagi kesalahan besar seperti pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali. Ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur semalam mengenai pendedahan Musa, Dr Mahathir berkata: "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa. "Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Hotel Istana malam tadi. Read More / Baca Lagi >> | |
Nama Pak Lah teratas, diawasi ejen keselamatan Amerika, lapor akhbar Jerman Posted: 29 Mar 2014 06:31 PM PDT Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat. Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad. Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad. Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut. Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA. Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman. Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia. Read More / Baca Lagi >> | |
Peristiwa Memali konspirasi jahat Umno, media arus perdana jadi alat Mahathir Posted: 29 Mar 2014 06:30 PM PDT SHAH ALAM, 29 MAC: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China mengukuhkan lagi dakwaan peristiwa berdarah Memali berlaku hasil konspirasi jahat kepimpinan Umno. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, peristiwa Memali sebagai satu perbuatan jijik yang dilakukan Mahathir berdasarkan jawapan ringkas yang diberikan Tun Musa Hitam. "Pendedahan Musa Hitam memberikan jawapan yang memperkukuhkan dakwaan sebelum ini ketika peristiwa itu berlaku bahawa ia terhasil daripada konspirasi politik jahat kepimpinan Umno sendiri. "Apabila Musa mengatakan Mahathir berada di Malaysia ketika itu dan beberapa hari selepas kejadian tetapi media arus perdana melaporkan beliau (Mahathir) berada di China. "Walaupun kenyataan Musa begitu pendek dan ringkas, tetapi sudah cukup menggambarkan bahawa sebenarnya media arus perdana diatur sebegitu rupa supaya melaporkan Mahathir tidak berada dalam negara dan orang tidak mengesyaki sebarang pembabitan beliau dalam peristiwa Memali dan lebih menuding jari kepada Timbalannya (Musa)," katanya kepada Selangor Kini. Musa yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu mendedahkan perkara berkenaan dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, pada 26 Mac lalu. Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat, namun beliau tidak mahu menyerah diri hingga polis merempuh perumahannya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh, pada 19 November 1985. Mahfuz berkata, kerajaan didesak mengemukakan usul di Dewan Rakyat supaya membatalkan Kertas Putih berkenaan peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen pada tahun 1986, selain menarik fatwa 'Bughah' yang dikenakan terhadap Allahyarham Ibrahim Libya dan pengikutnya. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas Posted: 29 Mar 2014 05:37 PM PDT Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas. Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut. "Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik. "Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas," katanya. Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense. Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'. "Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan. "Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami," katanya. | |
Survival Pemimpin Lwn Kelangsungan Rakyat Jelata Posted: 29 Mar 2014 05:30 PM PDT A Kadir JasinRASANYA sudah cukup lama kita tidak mengulas dan menganalisis politik serta ekonomi tanah air kerana kita mahu memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada semua pihak, khususnya kepemimpinan negara, menangani misteri MH370 tanpa gangguan. Tetapi selepas lebih tiga minggu, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER MAS itu jauh daripada selesai dan kita pun sudah lihat dengan jelas buruk serta baik prestasi kepemimpinan kita menangani krisis. Bukan krisis lesapnya MH370 sahaja. Serentak itu kita juga mengalami kemarau, kebakaran hutan, jerebu dan catuan air. Sebelum itu, wilayah kita dilanggar penjahat Filipina. Kita sudah memberikan masa yang cukup lama dan panjang kepada mereka, khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mengatasi krisis-krisis ini sehingga timbul tanda-tanda yang mereka berasa lega berselindung di sebalik tragedi MH370. Saya tertarik dengan analisis sebuah portal berita yang mengatakan kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri adalah selamat dan terjamin walaupun negara dan rakyat jelata menderita pelbagai krisis. Kata portal berita itu, walaupun tahap keyakinan terhadap beliau mungkin berada di paras paling rendah sejak menjadi PM pada tahun 2009, beliau akan kekal sebagai PM. Disember lalu, populariti beliau mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%. Sebanyak 67% daripada orang yang dikaji menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Mohd Najib. Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India. Sokongan orang India terhadap beliau jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%. Main Selamat Baik Bagi Mohd Najib Penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Mohd Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti. Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan Muhyiddin Mohd Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Mohd Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu. Bukan itu saja. Malah tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM. Ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Mohd Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: FBI tidak jumpa petunjuk mencurigakan dalam simulator Kapten Zaharie Posted: 29 Mar 2014 05:23 PM PDT Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan ia melegakan keluarga dan rakannya. Menurut laporan, pegawai Amerika yang rapat dengan penyiasatan dan FBI berkata siasatan tidak menemui sebarang petunjuk daripada peralatan komputer dan simulator Zaharie. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga berkata tiada petunjuk yang mencurigakan ditemui dalam simulator penerbangan milik juruterbang itu. Akhbar British melaporkan, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah ketika hukuman itu dijatuhkan dan merupakan penyokong fanatik pembangkang. Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal. Read More / Baca Lagi >> | |
Kapal China, Australia hanya jumpa sampah, belum temui serpihan MH370 Posted: 29 Mar 2014 05:21 PM PDT Kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja. Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370. Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua. Ia adalah pencarian yang memasuki minggu keempat selepas penemuan tanda palsu yang disangka serpihan pesawat itu sebelum ini. Pihak berkuasa Australia menyusun semula pencarian ke 1,100 km ke utara Jumaat lalu selepas analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada andaian sebelum ini. Penemuan objek pelbagai warna oleh kapal terbang China itu berikutan laporan kapal antarabangsa pada Jumaat yang melihat objek pelbagai warna, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa). Amsa berkata, sesetengahnya dilihat seperti daripada kapal nelayan dan ia tidak boleh disahkan sehingga diambil oleh kapal laut yang mencari. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 29 Mar 2014 04:48 PM PDT KETIKA Fernando Schnabl sedang menanti isteri dan anak lelakinya tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis, dia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Air France 447 (AF447). Pesawat jenis Airbus A330 itu dinaiki pasangan anak-beranak tersebut untuk pulang daripada percutian mereka di Brazil. Fernando bersama anak perempuannya, Celine terlebih dulu tiba di Perancis menerusi pesawat berasingan. "Kami dalam perjalanan pulang apabila salah seorang anak kapal memberitahu sebuah pesawat yang berlepas dari Rio de Janeiro hilang daripada radar," cerita Fernando seperti dipetik portal Daily Mail. Dalam kejadian pada 1 Jun 2009, pesawat berkenaan telah terhempas di Lautan Atlantik menyebabkan 228 penumpang terbunuh. Turut terkorban ialah isteri Schnabl, Christine dan anak lelakinya, Philipe. Operasi SAR dilakukan pada keesokan harinya namun harapan untuk menemui mangsa yang selamat adalah tipis meskipun dibantu dengan teknologi paling canggih. Menurut jurucakap tentera laut Perancis, Hugues du Plessis d'Argentre, kedalaman Lautan Atlantik yang mencecah 3,926 meter (m) membuatkan misi mencari menjadi sukar. "Kami terpaksa berhadapan dengan laut bergelora, angin kencang dan keadaan laut yang tidak menentu," katanya. Selepas 25 hari, pasukan SAR menghentikan operasi mencari setelah gagal menemui kotak hitam pesawat itu. Bagaimanapun, kotak hitam tersebut ditemui dua tahun kemudian. Cabaran untuk mengesan kotak hitam AF447 yang terhempas enam tahun lalu itu hampir serupa dengan usaha mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas. Meskipun demikian, ada yang menyifatkan usaha mencari pesawat jenis Boeing 777 itu lebih sukar kerana ia hilang secara misteri, tidak seperti AF447 yang diketahui kedudukannya. Paling menakutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar pada 24 Mac lalu mengesahkan perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Sejurus selepas berita sedih itu disampaikan, usaha pasukan SAR yang membabitkan 12 negara terus bertumpu ke arah mencari kotak hitam pesawat berkenaan di selatan lautan itu. Pakar pencari bangkai pesawat dalam laut Amerika Syarikat (AS), David Mearns yang pernah terlibat dalam operasi mencari serpihan AF447 mengakui misi mencari komponen pesawat MH370 di Lautan Hindi tidak sama seperti yang disertainya di Lautan Atlantik sebelum ini. "Berbanding Lautan Atlantik yang terletak di antara benua Afrika dan Amerika, Lautan Hindi sangat terpencil dan jarang dilalui kapal-kapal dagang," kata Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Rizal Arshad. Maka tidak hairanlah, lautan ketiga terbesar di dunia itu terkenal dengan jolokan The Lonely Ocean atau Lautan Sepi. Menurut Rizal, Lautan Hindi mempunyai kedalaman sembilan hingga sepuluh kali ganda berbanding ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420m. Tambahnya, dengan kedalaman mencecah 4,000m, lautan itu turut mempunyai arus yang kuat selain dasarnya yang gelap dan kerap berubah. "Di sesetengah kawasan seperti Jurang Jawa, kedalamannya mencecah 7,000m. Jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Objek Yang Ditemui Hanyalah Sampah Yang Terapung Posted: 29 Mar 2014 04:33 PM PDT Kapal Haixun 01 dan HMAS Success dilaporkan berjaya mengambil beberapa objek di Lautan Hindi yang dipercayai berkaitan dengan MH370, namun tiada satu pun disahkan berkaitan dengan MH370. Jurucakap AMSA menjelaskan beberapa imej objek yang dikesan oleh satelit beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370, mungkin terkesan imej kayu atau objek-objek plastik sisa tsunami di Aceh pada Disember 2004 atau tsunami di Sumatera Barat pada 2010 yang dihanyutkan oleh ombak. Pasukan SAR juga menemui satu peralatan menangkap ikan yang dikenal pasti dari beberapa objek yang ditemui. Aktiviti perikanan giat dijalankan di kawasan pencarian menyebabkan kesukaran usaha mencari bukti-bukti objek yang berkaitan dengan MH370. | |
Wan Azizah diharap mampu satukan dua pemimpin PKR Selangor Posted: 29 Mar 2014 04:25 PM PDT Adun Kajang yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipercayai mempunyai tugas besar di negeri Selangor iaitu menyatukan antara dua kepimpinan utama di negeri itu yang selama ini dilihat berlainan arah dan pendekatan. Demikian harapan ahli PKR negeri itu serta rakyat Selangor memandangkan beliau mempunyai jawatan yang tertinggi dalam parti. "Dr Wan Azizah sebenarnya boleh menyelesaikan masalah dalaman PKR di Selangor meskipun tanpa menyertai pentadbiran negeri memandangkan beliau mempunyai hierarki tertinggi dalam parti. Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal menyaksikan penyertaan presiden PKR itu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang baharu, sekali gus tugas berat kini sekali lagi menanti isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang secara rasmi pada 7 April, sempena permulaan sidang DUN Selangor. Dr Wan Azizah menjadi bidan terjun menggantikan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang apabila suaminya itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya. Read More / Baca Lagi >> | |
Memali: Kenapa Musa Ingat Tapi Mahathir Tak Ingat? Posted: 29 Mar 2014 04:07 PM PDT Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku. Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak". Memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya. Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi. Bagaimanapun haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu. Sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang. Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini? Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara? Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Malaysia perlu tingkat kekuatan aset kata Hisham Posted: 29 Mar 2014 04:03 PM PDT KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik. "Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenaikeupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," katanya secara berseloroh. "Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untukmencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," kata Pemangku Menteri Pengangkutanitu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di sini hari ini. Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi sepertisonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean. Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 29 Mar 2014 04:02 PM PDT SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai. Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370. "Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya. Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas. 'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas. | |
Lagu R4BIA Gabungan Artis Dunia [EDITED] Malaysian Version Posted: 29 Mar 2014 03:36 PM PDT | |
New Objects Spotted in Search for Malaysian Jet Posted: 29 Mar 2014 03:35 PM PDT | |
TPPA merugikan negara - Tun Dr Mahathir Posted: 29 Mar 2014 03:33 PM PDT | |
Egypt: History repeating itself? Posted: 29 Mar 2014 03:32 PM PDT | |
Pemilihan PKR 2014 : Manifestasi Politik Baru Posted: 29 Mar 2014 08:09 AM PDT | |
Prof Agus: PAS atau UMNO? Satu pengakuan Posted: 29 Mar 2014 08:07 AM PDT | |
Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL Posted: 29 Mar 2014 08:03 AM PDT Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985. Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut. "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam). "Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini. Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 29 Mar 2014 07:54 AM PDT Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan langkah menawarkan diri mempertahankan jawatan presiden PKR sebagai persediaan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada menjadi pemimpin utama parti tersebut. Mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang baru-baru ini, Dr Wan Azizah tidak menolak Umno akan cuba melakukan sedaya-upaya menyekat kemaraan Anwar. "Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding." Dr Wan Azizah juga berkata taktik kotor pemerintah juga boleh digunakan sekali lagi dalam pemilihan PKR kali ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Hukuman mati: M'sia perlu desak Mesir henti kezaliman Posted: 29 Mar 2014 06:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa supaya Malaysia mendesak Kerajaan Mesir memberhentikan kezaliman terhadap Ikhwanul Muslimin. Setiausaha Agung PUM Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, kerajaan Malaysia harus menunjukkan keberanian dan menyatakan pendirian yang tegas dalam hal ini. "Sepertimana kehadiran Perdana Menteri ke Gaza pada bulan Januari 2013 yang lalu bagi memberi sokongan kepada penduduk Gaza, sekurang-kurangnya tindakan yang sama atau bantahan kepada Mesir harus dilakukan untuk memberi sokongan moral kepada Ikhwanul Muslimin," kata beliau dalam satu kenyataan. Beliau menegaskan, hukuman mati oleh mahkamah tentera itu adalah satu bentuk kezaliman yang melampau dalam dunia hari ini. Malau beliau mempersoal, di mana suara bantahan hak asasi negara barat yang dilihat membisu dalam isu ini. "Amat malang sekali apabila kuasa barat dan sekutunya di timur tengah tidak langsung menyatakan bantahan terhadap keputusan terhadap 529 orang tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan