Nuffnang

Pengikut

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Memali: Setelah 30 tahun, Musa Hitam membongkar Tembelang Mahathir

Posted: 28 Mar 2014 05:11 PM PDT




 
 

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.


Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."


Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.


"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.


Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana. 


Adakah Musa mangsa kambing hitam Mahathir,,,???

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.


Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.


Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.


Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.


"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.


Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.


Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.


Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.


Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.


PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


MEMALI: PENDEDAHAN MUSA HITAM TUNJUK WAJAH SEBENAR MAHATHIR

Posted: 28 Mar 2014 05:58 AM PDT


Hasbullah Awang Chik, TMI
www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_02_khalid-samad
Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.
"Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai.
"Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini," katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.
Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.
Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.
"Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.
"Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Pesawat India Dipercayai Terlibat SAR MH370 Terhempas

Posted: 28 Mar 2014 02:59 AM PDT


Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 5:02 PM

C-130J Hercules
  (Ubah saiz teks)
NEW DELHI: Sebuah pesawat kargo C-130J Hercules yang membawa lima anak kapal terhempas pada Jumaat di tengah India, kata seorang jurucakap Tentera Udara.
Kapten kumpulan, Gerard Galway berkata, Tentera Udara sedang melakukan proses pencarian lokasi kemalangan yang berlaku di pinggir Gwalior di Madhya Pradesh.
"Operasi menyelamat sedang dijalankan. Kami cuba untuk mengetahui keadaan mangsa," katanya kepada AFP.
Walau bagaimanapun, rangkaian berita NDTV India berkata, semua anak kapal yang berada di atas pesawat itu meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.
Pesawat itu dalam penerbangan rutin dan berlepas dari sebuah pangkalan udara di bandar pelancongan di Agra.
Pesawat operasi khas berkenaan dilaporkan pernah digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 baru-baru ini.
Ia juga digunakan dalam operasi bantuan banjir di Uttarakhand dan bagi tujuan pendaratan Daulat Beg Oldie berhampiran sempadan China, kata NDTV. -  mStar

FBI tak jumpa bukti yang boleh mengaitkan Kapt Zaharie

Posted: 28 Mar 2014 12:55 AM PDT

Kuala Lumpur: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.
Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia. 
Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.


Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.
Foto

Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370. - NYT

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Umno tandus pemimpin, tiada yang berani cabar Najib, kata bekas editor NST

Posted: 28 Mar 2014 09:24 PM PDT


Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.Apakah Umno terlalu ketandusan bakat kepimpinan sehinggga menyebabkan tidak ada yang mahu mencabarnya ketika kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat sebagai paling lemah sekarang, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin.
Kadir dalam blognya The Scribe berkata, satu keanehan atau ironi kerana Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak tercabar.
"Adakah ini disebabkan oleh Umno ketandusan bakat kepemimpinan atau sudah menjadi begitu autokratik sehingga presiden tidak boleh dicabar lagi," katanya.
Atau, katanya,  adakah negara kita sebenarnya lebih terkongkong dan tidak bebas walaupun diuar-uarkan sebagai terbuka, liberal dan sederhana.
Beliau berkata, keadaan ini mungkin boleh diterima oleh majoriti ahli dan penyokong Umno, tetapi sama ada ia akan diterima oleh pengundi dan rakyat jelata amnya adalah persoalan yang berbeza.
"Sekali lagi mungkin ada dikotomi antara kedudukan Najib yang kukuh dan selamat sebagai PM dengan sokongan pengundi terhadap Umno dan BN," tulisnya.
Read More / Baca Lagi >>

TAKBIR Jumpa Polis! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 28 Mar 2014 09:20 PM PDT

Qasidah/Zikir Sambil Melompat/Menari - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 28 Mar 2014 09:19 PM PDT

Kenyataan "Hukum ISLAM Tak Sesuai Di Zaman Sekarang!" - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 28 Mar 2014 09:18 PM PDT

Nak Tahu TAUBAT Diterima ALLAH Atau Tidak - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 28 Mar 2014 09:18 PM PDT

Nak Solat TAHAJJUD Tapi Tak TIDUR Dulu - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 28 Mar 2014 09:17 PM PDT

Egypt police clash with anti-Sisi protesters

Posted: 28 Mar 2014 09:08 PM PDT

Taliban attacks foreign guesthouse in Kabul

Posted: 28 Mar 2014 09:07 PM PDT

Pemilihan Calon PKR : Khalid Yakin Menang

Posted: 28 Mar 2014 09:06 PM PDT

Interpol: Hanya 0.2 saat semak pasport curi...Menteri KDN cuba memperbodohkan dunia..!!!

Posted: 28 Mar 2014 08:52 PM PDT

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit'

  Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

Karpal letak jawatan Pengerusi DAP selepas sabit kes hasutan

Posted: 28 Mar 2014 07:34 PM PDT


Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.Pengerusi DAP, Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti itu susulan daripada  dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes itu selesai.
Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jika dia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.
Karpal berkata, beliau dengan rendah diri akan memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Persatuan untuk membenarkan beliau mengekalkan jawatannya dengan sabitan itu.
"Saya akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
"Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan.
"Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, yang beliau gambarkan sebagai "perundangan lapuk dan tidak relevan kerana ia sudah berusia 66 tahun dan peninggalan penjajahan British".

Memali: Mangsa dakwa Dr Mahathir jadi dalang

Posted: 28 Mar 2014 07:33 PM PDT

Susulan pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, keluarga dan mangsa tragedi  Memali melahirkan rasa kesal mereka dengan penggelapan berita selama ini lalu membuat kesimpulan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah dalang sebenar peristiwa ini dan Musa hanya kambing hitamnya.
Salah seorang mangsa, Yusof Che Mid dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "Kalau begitu, bagi saya Dr Mahathir mastermind dalam kes ini."
"(Tun) Musa hanya kambing hitam sahajalah kalau begitu," kata Yusof kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di rumahnya di Baling.
Yusof adalah dua orang kanan Ustaz Ibrahim Libya yang cuba ditangkap oleh kerajaan ketika peristiwa pada 1985 itu.
Di Parlimen, sehari selepas kejadian, Musa ketika itu yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata operasi itu adalah untuk menangkap tiga "penjenayah" iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli Che Mid dan Yusuf Che Mid.
Bagaimanapun, Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur rumah itu yang mengorbankan 14 nyawa.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan Dr Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Read More / Baca Lagi >>

Missing pilot's friend: Accusations pure speculation

Posted: 28 Mar 2014 07:27 PM PDT

Dari Reformasi ke Reformasi 2.0

Posted: 28 Mar 2014 07:02 PM PDT


Satelit Orang Mencerap Imej....Satelit Malaysia..??

Posted: 28 Mar 2014 06:14 PM PDT


Apco Gagal: Mampukah pesawat MH370 membawa perubahan politik?

Posted: 28 Mar 2014 06:11 PM PDT


Mampukah lanskap dan perpecahan politik dalam Malaysia berubah selepas pengajaran yang diterima daripada krisis dan tragedi MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Mampukah lanskap dan perpecahan politik dalam Malaysia berubah selepas pengajaran yang diterima daripada krisis dan tragedi MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Adakah rakyat Malaysia masih mahu mencari kesalahan sesiapa secara politik selepas krisis MH370?
Seorang penulis di laman web Al Jazeera berkata, pada masa ini ramai yang letih daripada segi emosi dengan apa yang berlaku dan apabila tiba saat semua jawapan terjawap dan kekeruhan jadi jernih, kehidupan pastinya sudah berjalan seperti biasa di Malaysia.
 "Sebaik saja tragedi itu selesai, bolehkah pengajaran di sebaliknya menjadi pemangkin kepada perubahan politik, atau sesuatu yang menyedarkan, yang amat Malaysia perlukan sekarang?
"Adakah rakyat Malaysia akan mendesak jawapan lebih baik daripada kerajaan bermula sekarang – dan apa yang lebih penting bolehkah pemerintah yang elit sekarang berkhidmat lebih baik?" kata penulis sambilan, Zarina Banu dalam Al Jazeera minggu ini.
Beliau berkata, komunikasi bercanggah dan tidak cekap mengenai pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, masih belum ada bangkai atau serpihan dijumpai.
Tetapi, katanya, rakyat Malaysia berpecah mengenai cara kepimpinan mengendalikan kejadian malapetaka itu – rekahan yang mencerminkan secara maya politik terbahagi 50-50 di antara kerajaan dan pembangkang

Egypt police clash with anti-Sisi protesters

Posted: 28 Mar 2014 06:07 PM PDT

Search ships approach new debris field

Posted: 28 Mar 2014 05:14 PM PDT

MH370: Tiada bukti kaitkan juruterbang – FBI

Posted: 28 Mar 2014 05:12 PM PDT

Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.
Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.
Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.
Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370.

Objek ditemui selepas pencarian MH370 berpindah ke utara

Posted: 28 Mar 2014 04:57 PM PDT


Operasi mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan MH370 diteruskan di Lautan Hindi dengan arah baru ke kawasan utara, semalam, selepas menerima maklumat baru. Gambar fail Reuters.Operasi mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan MH370 diteruskan di Lautan Hindi dengan arah baru ke kawasan utara, semalam, selepas menerima maklumat baru. Gambar fail Reuters.Pencarian udara dan laut ke atas pesawat MH370 yang hilang berpindah ke 1,100km ke utara semalam apabila pihak berkuasa  Australia menyusun semula operasi pencarian selepas menerima maklumat dari Malaysia yang mencadangkan pesawat itu mungkin kebahibsan minyak lebih awal berbanding jangkaan awal mereka.
Perubahan dramatik kawasan carian itu, bergerak lebih jauh dari jarak antara London dan Berlin, berikutan analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat yang hilang itu bergerak lebih pantas daripada kiraan sebelum ini, dan akan menghabiskan minyak lebih cepat.
Australia berkata semalam, lima kapal terbang menemui "beberapa objek dalam pelbagai warna" di kawasan carian baru itu.
"Imej objek itu dicerap, diambil gambar dan akan dikaji secepat mungkin," kata pihak berkuasa keselamatan maritim Australia (Amsa) dalam kenyataannya.

Speak up for good governance

Posted: 28 Mar 2014 04:52 PM PDT

The way things are going, we resemble a Third World nation.

Malaysia is now undergoing a tough time due to the MH370 tragedy. It certainly did not help that two passengers managed to get on board with stolen passports.
MalaysianHowever, credit must be given to the Malaysian government for heading the largest ever Search And Rescue (SAR) operation in history. Learning from this episode, our airport immigration and security procedures have to be improved. The government must acknowledge that there were weaknesses and these have to be acted upon and rectified.
The two major issues pertaining to the MH370 tragedy which posed questions are why was no action taken to check on the turn back done back by MH370, and also the issue of the contents of its cargo.
People are demanding answers to these questions.
In addition to the above incident, on March 21 flight MH114 from Kuala Lumpur to Kathmandu was hit by ducks while approaching Tribhuvan International Airport in Nepal and MH066 from KL to Incheon in South Korea was directed to Hong Kong on March 24, 2014 due to a generator problem.
From here it shows that we are still far away from achieving Vision 2020 status, what with the recent news that the water ration will continue indefinitely.
The way things are going, we resemble a Third World nation. If we are on the road towards industrialisation and First World status, there should not be a water ration now as we are only six years away from year 2020, not sixteen years away.
No. We have not progressed but regressed. Our nation too has a big national debt (official figure of RM531 billion) and a big household debt (standing at 82%). This does not bode well for the nation despite economic growth of above 5%. The money is just not trickling down to the poor and the lowly.
Recently in Parliament, the government has also requested for more funding via the Supplementary Supply Bill. The additional funds requested amounted to RM2.39 billion. The breakdown is as follows:
1. Treasury allocation to the statutory funds – RM2 billion
2. Natural Resources and Environment Ministry – RM8.4 million (inclusive of panda project of RM5.6 million)
3. Public Service Department – RM55 million
4. Prime Minister's Department – RM53 million
5. Works Ministry – RM50 million
6. Communication and Multimedia Ministry – RM46.9 million
7. Foreign Ministry – RM28 million
8. Agriculture and Agro-based Industry Ministry – RM20 million
9. Home Ministry – RM15.9 million
10.Energy, Green Technology and Water Ministry – RM13.8 million
Is the government spending wisely? What is happening? What can we as the small, powerless Joe Public say? We are voiceless.
Stop playing politics
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia, tiga yang lain terperangkap dalam serangan di Kabul

Posted: 28 Mar 2014 04:49 PM PDT


Polis tempatan memindahkan warga asing dari rumah tumpangan yang diserang oleh ahli Taliban hari ini. – Gambar Reuters.Polis tempatan memindahkan warga asing dari rumah tumpangan yang diserang oleh ahli Taliban hari ini. – Gambar Reuters.Seorang warga Malaysia, dan tiga lagi warga asing terperangkap dalam rumah tetamu di Kabul, Afghanistan selepas sekumpulan anggota Taliban menyerang rumah tersebut, kata polis.
Saksi Reuters di lokasi berkenaan berkata, beliau melihat 20 individu bukan Afghanistan dilihat dikeluarkan dari rumah tersebut dengan keadaan pucat dan ketakutan.
Pertempuran berlaku selepas pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar bangunan dan tembakan berterusan selama sejam selepas letupan.
Kumpulan bantuan Root for Peace dari Amerika Syarikat (AS) berkata empat individu terperangkap dalam rumah tersebut yang masih lagi diserang Taliban.
Read More / Baca Lagi >>

Kiwis, Aussies report objects in missing plane's new search zone

Posted: 28 Mar 2014 04:40 PM PDT

Orang Asli: Constant struggle for land rights

Posted: 28 Mar 2014 04:30 PM PDT

A show of support for Sisi in Tahrir Square

Posted: 28 Mar 2014 04:27 PM PDT


fcamel 雜記

0
sumber :-

fcamel 雜記


三月的獅子 97 回觀後小感

Posted: 28 Mar 2014 09:18 AM PDT

《三月的獅子》總是會喚起我心裡遺失的碎片, 讓我從新想起過去憧憬的生活方式。

那樣一心一意地追求一個目標, 不間斷地往前、迷惘、再往前、再迷惘, 說不出個合理的理由, 但還是一心向前。

偶而會自認為跳脫出原本的想法, 用更宏觀的角度看待生活, 尋找更多元化的目標。偶而又會想起, 過去那樣單純衝刺的自己。在兩種路線中徘徊。

無法用言語表達清楚的想法, 這部漫畫卻相當生動地刻劃出來, 看得過程常常讓我不能自己。是啊, 我還是想過這樣的生活, 卻也明白自己沒有足夠的才能, 也沒有足夠的毅力。但我不想就此放棄, 還是想再掙扎一陣子。到頭來, 不斷地反覆掙扎, 就是最接近我追求的生活方式吧。


Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


LAGI TIPU MAK CIK FELDA

Posted: 28 Mar 2014 07:14 AM PDT



Dakwaan Malaysia salur maklumat MH370 tidak tepat tidak benar, kata Shabery

Tuduhan media antarabangsa yang Malaysia menyalurkan maklumat tidak tepat berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370 adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia i Ahmad Shabery Cheek 

MANA BOLEH PERCAYA
rekod altantuya boleh hilang dari pejabat imigrisen
media malaysia tak ada kerja lain
tiap ari tipu  pembaca
tv Malaysia tiap ari
tipu penoton

tu pasal dunia tak caya

----------

BOMOH? BIAR BETUL

Posted: 28 Mar 2014 06:30 AM PDT



KUALA LUMPUR 27 Mac - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat tindakan seorang bomoh melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kononnya.

KAH KAH KAH
Woit
jangan lupa siasat juga
bilik rosmah
ada bomoh india

tak caya?
gi tanya yb raba raba bontot

KAH KAH KAH


---------

JAKIM INI APA?

Posted: 28 Mar 2014 02:08 AM PDT




MH370: Jangan percaya teori rekaan

 

sendiri, kata Jakim


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyelar perbuatan segelintir pihak yang suka menyebarkan... SELANJUTNYA

SOALAN 
UNTUK KURUN INI
jakim ini sendiri boleh kah dipercayai

saje tanya jangan marah
kah kah kah
kah kah kah

kah kah kah
--------

ISTERI BUAT LAWAK

Posted: 28 Mar 2014 01:35 AM PDT




MANILA 27 Mac - Perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina hari ini di Istana Presiden, Istana Malacanang di sini telah mengangkat imej Malaysia serta semakin dihormati...

ISTERI ROSMAH BUAT  lAWAK BERDIRI
kah kah kah
kah kah kah

kah kah kah

-----------

ANAK LELAKI TIPU MELAYU

Posted: 28 Mar 2014 01:18 AM PDT





Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu  Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini. Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri...

KOMENTAR TUKAR TIUB
dari awal lagi hishamuddin rais
telah menulis  bahawa 
anak lelaki iskandar kutty ini
tidak boleh dipercayai

dari awal lagi hishamuddin rais
telah cuba menyakinkan warga malaysia
bahawa sesiapa yang cuba melupuskan
sejarah bangsa dan ketururnan  keluarga
adalah sosok yang sakit jiwa

mahathir muhamad cuba melupuskan
bahawa dia adalah orang india
nama  bukan bin
tetapi anak lelaki 
anak lelaki kepada iskandar kutty

untuk menipu orang melayu
semau ini dilupuskan
gambar iskandar kutty tidak muncul
hanya gambar keluarga
isteri yang muncul




---------

SAJE NAK TANYA JANGAN MARAH

Posted: 28 Mar 2014 01:03 AM PDT




  TANYA RPK 


A 'GENTLE REMINDER' TO HIS HIGHNESS THE SULTAN


No, I am not threatening His Highness the Sultan of Selangor. I am just giving His Highness a 'gentle reminder' that the Royal Council should not be ignored in such an important matter as appointing an outsider as the new Menteri Besar of Selangor, especially if this outsider is awoman or someone born outside Malaysia.

His Highness the Sultan of Selangor has indicated that he will respect the wishes of the voters and His Highness will go along with whatever the voters decide. That is well and fine and in a constitutional monarchy that would be the spirit to adopt.
However, His Highness needs to remember that a Sultan rules not at the pleasure of the voters. The State Government rules at the pleasure of the voters. His Highness rules at the pleasure of the Royal Council and the Royal Council decides who gets to sit on the throne of Selangor.
Hence, if Dr Wan Azizah Wan Ismail does win the Kajang by-election later today (and which most likely she would and we would know that in five hours or so), and if on Tuesday they attempt to remove Khalid Ibrahim and replace him with an outsider, His Highness cannot make a unilateral decision and consent to this replacement.

WOIT  RAJA PERTRA KATA :

perempuan tak leh jadi mb selangor

orang luar tak leh jadi mb selangor

boleh kah mat saleh jadi sultan?

saje nak tanya jangan marah

kah kah kah

----------

PANDANGAN PEMBACA

Posted: 28 Mar 2014 12:54 AM PDT





APA JADI DENGNAN SATELIT KITA

banyak lurah lendir pun ada satelit...... kah...kah...kah.... on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
Anonymous
on 3/28/14

nak guna satelit astro kene bayar dulu. on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
Anonymous
on 3/28/14

aset msia semua tak boleh pakai kah kah kah... kalau bodoh jangan.heboh heboh... senyap senyap sudah lah kah kah kah on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/28/14
 BANI KETUANAN MELAYU
Pengikut rejim Ketuanan Melayu berpegang kepada yang agama Islam dan bani Melayu aje yang boleh menyelesaikan masalah sosioekonominya. Maka diusulkan Bank Islam untuk menyelesaikan masalah perbankanan, adanya tadika Islam untuk memberi pendidikan terbaik pada para anak-anak kecil bagi mengatasi masala pendidikan Barat, adanya, syariah Islam untuk menyelesaikan isu moral, jenayah, aqidah, kawin mati orang Melayu dan makanan halal bagi menjamin nutrien terbaik untuk orang Islam/Melayu dan macam-macam yang harus ada Islamik termasuk radar Islam yang belum dicipta lagi.

 Radar orang 'kapir' boleh mengesan beberapa objek di udara, radar Islam mungkin boleh menangkap lebih pada itu dengan lebih tajam lagi. Malah bomoh Islam boleh berprestasi lebih pada itu, pada hal kini 24 negara 'kapir' sedang mengatasi isu MH370. Aset drp Ketuanan Melayu cuma boleh menyelaras aje, teknologi dan aset dari rejim Ketuanan Melayu masih ketinggalan. on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
Anonymous
on 3/28/14
 TUMPANG ORANG PUNYA
Pasal apa caj astro asik naik je......tumpang satelite negara lain......pasal apa satelite tu kadang kadang ado kadang kadang takdo......bomoh ibrahim zin hantar ke alam gooooohib.......hehehehe....dijaga burung garuda...pin masuk melawat kena sebut....atok tampar ko ery mcm atok tampor buaya..zam zam ala kazam....jangan shate password ni kat sesiapa...nanti caj astro tak naik naik....kang world cup kansel pulak gara gara anwar ibrahim.....hahahahahhaa.... on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
DIDI KOTA BELUD
on 3/28/14

Sorry Isham. Setelit Malaysia full used laa, sedang diguna untuk tetopong dam ambil gambar dalam bontot Saiful...nak cari air mani Anwar srbanyak mungkin. Tak do maso nak teropong MH370. on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
Anonymous
on 3/28/14
 BUAT FILEM
satelit mesia utk teropong & rakam aktiviti badak berendam kat putrajaya. Tak lama lagi keluar pula filem "badak berendam kat putrajaya" di hollywood, penerbitnya anak badak itu sendiri............pasti meletop!!! Maklumlah sebulan bil air sampai ribu-riban utk berendam- tiap2 hari tukar air kolam renang sebab itu bil melimpah ruah .......... on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
Anonymous
on 3/28/14
 DALAM AYER
BRO ORANG TAK CARI BENDA DALAM LAUT GUNA KAPAL SELAM PERANG. ORANG PAKAI ROV (REMOTELY OPERATED VEHICLE). NI LINK LAPORAN ASTRO AWANI. Teknologi Remotely Operated Vehicle (ROV) http://www.youtube.com/watch?v=5p-IAfVFGLs TEKNOLOGI KAPAL SELAM PERANG TAK SAMA DENGAN TEKNOLOGI UNDERWATER VEHICLE UNTUK CARI BARANG. on APA JADI SATELIT MALAYSIA?
Anonymous
on 3/28/14
 KAH KAH KAH

memang suwey bacalah perenggan pertama satelit berkamera malaysia ini http://en.wikipedia.org/wiki/RazakSAT kah kah kah kah on APA JADI SATELIT MALAYSIA?

----------

BILA NAK SAMAN WARTWAN INI

Posted: 27 Mar 2014 08:00 PM PDT





PADAN MUKA

Akhbar China salahkan Malaysia gagal kendali tragedi MH370

Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370 kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini.
Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati antarabangsa.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
WOIT !
bila nak saman
samanlah media

dan wartawan ini
  
Guardian- London-telegraph London-Daily mail london
The observer London-The time London-The independent London
Le monde paris-Liberation paris-New york times-Los angles times
Washington post-Sydney morning herald-The age Melbourne
Dawn Karachi Pakistan-El pais – madrid-Des spegeil – german
TV PULAK
Bbc-Cnn-sky news-cctv-abc 

dan dan dan
WOIT 
KAH KAH KAH
saman la
 kah kah kah
---------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT