Jumaat, 28 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MEMALI: PENDEDAHAN MUSA HITAM TUNJUK WAJAH SEBENAR MAHATHIR

Posted: 28 Mar 2014 05:58 AM PDT


Hasbullah Awang Chik, TMI
www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_02_khalid-samad
Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.
"Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai.
"Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini," katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.
Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.
Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.
"Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.
"Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Pesawat India Dipercayai Terlibat SAR MH370 Terhempas

Posted: 28 Mar 2014 02:59 AM PDT


Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 5:02 PM

C-130J Hercules
  (Ubah saiz teks)
NEW DELHI: Sebuah pesawat kargo C-130J Hercules yang membawa lima anak kapal terhempas pada Jumaat di tengah India, kata seorang jurucakap Tentera Udara.
Kapten kumpulan, Gerard Galway berkata, Tentera Udara sedang melakukan proses pencarian lokasi kemalangan yang berlaku di pinggir Gwalior di Madhya Pradesh.
"Operasi menyelamat sedang dijalankan. Kami cuba untuk mengetahui keadaan mangsa," katanya kepada AFP.
Walau bagaimanapun, rangkaian berita NDTV India berkata, semua anak kapal yang berada di atas pesawat itu meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.
Pesawat itu dalam penerbangan rutin dan berlepas dari sebuah pangkalan udara di bandar pelancongan di Agra.
Pesawat operasi khas berkenaan dilaporkan pernah digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 baru-baru ini.
Ia juga digunakan dalam operasi bantuan banjir di Uttarakhand dan bagi tujuan pendaratan Daulat Beg Oldie berhampiran sempadan China, kata NDTV. -  mStar

FBI tak jumpa bukti yang boleh mengaitkan Kapt Zaharie

Posted: 28 Mar 2014 12:55 AM PDT

Kuala Lumpur: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.
Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia. 
Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.


Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.
Foto

Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370. - NYT

Tiada ulasan: