Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


LY & Baiduri Cipta Lagu Khas Buat Pesawat MH370

Posted: 22 Mar 2014 05:00 PM PDT

LY dan Baiduri cipta lagu khas untuk beri harapan kepada keluarga dan anak kapal MH370.

SHAH ALAM: Komposer LY bersama isterinya, penulis lirik Baiduri mencipta sebuah lagu khas bagi meluahkan rasa simpati mereka terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.
LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, lagu yang belum diberi nama itu menceritakan tentang harapan setiap masyarakat untuk melihat kepulangan pesawat tersebut dalma keadaan selamat.

"Salah seorang kenalan saya ada dalam pesawat tersebut, itu membuatkan saya sangat sedih dan rasa terpanggil untuk membuat lagu ini,".

"Lagu yang saya cipta ini khas buat ahli keluarga mangsa yang terlibat, ia adalah sebagai kata-kata semangat dan harapan agar pesawat itu kembali dengan selamat," katanya ketika ditemui pada majlis LY dan Baiduri meraikan peminat dan media, di Taman Tema Wet World, di sini, Sabtu.

Tambahnya, sejak kehilangan pesawat tersebut dilaporkan, dia dan isteri antara yang paling aktif mengikuti perkembangan terkini yang dilaporkan media.

Katanya, biarpun tidak mampu untuk memberi pertolongan dalam usaha pencarian tersebut, namun dia mengambil inisiatif memberi semangat melalui lagu terbaharu ciptaannya itu.

"Lagu ini bukan tentang kesedihan sebaliknya, naluri saya kuat mengatakan mereka semua berada dalma keadaan selamat dan akan pulang tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, pemilihan Riz AF2 atau nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi menyampaikan lagu tersebut adalah berikutan kesesuaian suara penyanyi tersebut.

"Lagu ini baru siap Khamis lalu dan saya fikir Riz AF2 mempunyai suara yang sesuai dengan lagu ini," katanya.

Mungkin Berlaku Kebakaran Dalam MH370 - Pakar

Posted: 22 Mar 2014 05:52 AM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 4:46 PM

Contoh bateri litium ion dan bateri itu juga digunakan pada telefon bimbit.

PETALING JAYA: Sebuah syarikat perunding penerbangan tidak menolak kemungkinan berlaku kebakaran di dalam pesawat itu walaupun senario tersebut mustahil untuk berlaku.
Pengarah Urusan Leeham Co., Scott Hamilton berkata, dalam kebanyakkan kes, kelewatan juruterbang melaporkan mengenai sesuatu kejadian kepada menara kawalan berpunca daripada rintangan api dalam pesawat.
Menurutnya, kejadian sama pernah berlaku terhadap pesawat Swissair 111 yang terhempas di Nova Scotia pada tahun 1998.
Jelasnya, dalam insiden tersebut juruterbang dikesan telah berbau asap di ruang kokpit selepas mereka berlepas dari New York.
"Bagaimanapun, juruterbang telah terlewat melaporkan kejadian itu untuk memboleh mereka mendarat secepat mungkin di lapangan terbang berdekatan," katanya dalam kiriman e-mel di sini pada Sabtu.
Teori kebakaran mula dikentengahkan pelbagai pihak apabila Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mendedahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang turut membawa bateri litium ion yang mudah terbakar sebagai kargo.
Kebakaran dalam pesawat yang berpunca daripada bateri litium ion pernah berlaku terhadap pesawat Boeing 747F di Dubai dan Asiana Airlines 747 di Lautan Pasifik.
Sementara itu, seorang juruterbang veteran Kanada turut berpendapat telah berlaku kebakaran di dalam pesawat MH370 dan bukannya disebabkan oleh rampasan.
Chris Goodfellow berkata, mungkin telah berlaku kebakaran di dalam pesawat MH370 yang menyebabkan juruterbang tidak dapat melaporkan senario itu kepada menara kawalan.
"Bila berlaku kebakaran, perkara yang perlu dilakukan adalah memutuskan litar yang berbahaya dan mengurangkan risiko kebakaran itu," jelasnya.
Teori kebakaran mula dikentengah pelbagai pihak apabila Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mendedahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang turut membawa bateri litium ion yang mudah terbakar sebagai kargo.

'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang'

Posted: 22 Mar 2014 05:02 AM PDT

  •  Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar Ibrahim
 1 / 1 
KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.

Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.

Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.

"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.


"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh  Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.

"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.

Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.

Terdahulu, Ibrahim mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim pada 10 Mac mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yassin kononnya untuk mencari di manakah pesawat MH370 yang gagal dikesan

MH370: Wanita ketuai Tentera Laut Australia cari pesawat

Posted: 22 Mar 2014 01:06 AM PDT

MELBOURNE 22 Mac - Seorang wanita Australia memainkan peranan penting dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, yang akan tiba di kawasan pencarian pagi Sabtu, memberitahu News Corp menerusi telefon satelit, beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.

Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana.

"Ini tidak menjejaskan keupayaan kami dalam misi mencari," katanya.

Sekiranya menemui sebarang serpihan daripada pesawat hilang itu, anak kapal akan cuba mengambilnya dengan menggunakan bot penyelamat dan mungkin kren, katanya kepada akhbar itu.

Norris berkata anak kapal sedar akan betapa pentingnya operasi itu dan mereka telah diberikan taklimat mengenai apa yang perlu dicari.

Misi mereka - mencari objek sepanjang 24 meter yang mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat itu, katanya.

Norris menyertai tentera laut sejak 1987 sebagai pegawai dan pakar perang.

Beliau merupakan pegawai memerintah kapal frigat HMAS Melbourne sebelum ditugaskan di daratan dan kemudiannya dilantik pegawai memerintah HMAS Success pada Disember 2012.

Beliau merupakan pegawai eksekutif di Melbourne semasa dikerahkan bertugas di Teluk di bawah operasi "Operation Catalyst" dan pernah berkhidmat di HMAS Sydney di Timur Tengah.

Pada 2010 beliau disenaraikan sebagai finalis bagi kategori komuniti dan kerajaan bagi bahagian ACT anugerah 'Telstra Business Woman'.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - BERNAMA


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 9

Posted: 22 Mar 2014 09:13 PM PDT









PRK Dun Kajang: Sekitar pembuangan undi

Posted: 22 Mar 2014 09:02 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 8

Posted: 22 Mar 2014 09:01 PM PDT






PRK Dun Kajang: Ayam, Teropong hangatkan kempen

Posted: 22 Mar 2014 09:00 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 7

Posted: 22 Mar 2014 08:23 PM PDT










PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 6

Posted: 22 Mar 2014 08:10 PM PDT









PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 5

Posted: 22 Mar 2014 07:57 PM PDT











PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 4

Posted: 22 Mar 2014 07:47 PM PDT

PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 3

Posted: 22 Mar 2014 07:33 PM PDT













PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 2

Posted: 22 Mar 2014 07:17 PM PDT










PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 1

Posted: 22 Mar 2014 06:20 PM PDT

PRK Dun Kajang: Apa pilihan penduduk Kajang?

Posted: 22 Mar 2014 05:25 PM PDT

Walaupun tempoh rasmi kempen hanya 12 hari, dengan kedua pihak yang bertanding telahpun memulakan kempen 'tidak rasmi' mereka sebaik kerusi DUN Kajang dikosongkan 27 Januari lalu; ini mungkin kempen PRK paling lama dalam sejarah.

Seramai 38,055 pengundi bakal mengundi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.

Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidak adilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama ini adalah melihat sama ada calon PKR yang diramalkan menang, Datuk Seri De Wan Azizah Wan Ismail mampu menambah majoriti hampir 7000 undi pada 2013 atau sebaliknya.

Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu sekaligus membuktikan parti itu masih relevan.

Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

PRK Dun Kajang :Jangan pilih calon memudarat Islam - TGNA

Posted: 22 Mar 2014 04:48 PM PDT


NASIHAT saya kepada pengundi di Dun Kajang atau di mana sahaja hendaklah memilih calon yang boleh mendaulatkan Islam dan bukannya memudaratkan Islam.
Dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja untuk bertanggungjawab menjaga rakyat.PAS diwujudkan pada 1951 telah meletak calon muslimat yang pertama di Dungun iaitu Khatijah Sidek.
Syukur kita di Kelantan telah ramai calon muslimat ditampilkan. Antaranya Mumtaz Md Nawi menang majoriti paling tinggi di Dun Demit pada pilihan raya umum lepas.
Oleh itu pengundi di Dun Kajang hendaklah meneruskan kecemerlangan itu dengan menyokong calon Pakatan Rak yat, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Setiap kali pilihan raya kita berdepan dengan pelbagai kekangan apa yang disebut demokrasi ala-Malaysia.
Media tidak diberi ruang setimpal kepada kita. Demokrasi dibiarkan terus pincang kerana hanya memihak kepada mereka yang berkepentingan.
Tetapi walaupun kempen tidak tidak seimbang, harapan saya semoga rak yat tetap berjuang selagi ada ikhtiar untuk memenangkan perjuangan Islam.
Pilihan raya perlu kita gunakan kesempatan untuk memenangkan parti yang boleh mendaulatkan Islam.
Kajang bukan kepunyaan kita, tetapi kepunyaan Allah. Kita sebagai pengundi, bukan milik ibu bapa, sebaliknya milik Allah.
Kerana itu sebelum kita mencari harta, ilmu atau pangkat, ibu bapa perlu memberi kefahaman kepada anak-anak mereka, guru memberi kefahaman kepada pelajar.
Manakala pemimpin per lu memberi kefahaman kepada rakyat berhubung tuntutan tersebut.
Ini kerana kita duduk atas bumi Allah Taala ada peraturan iaitu agama.
Begitu juga untuk mengundi mesti memilih antara dua iaitu calon yang hendak menangkan Islam atau memusnahkan Islam.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS

PRK Dun Kajang : Undilah pemimpin berjiwa rakyat

Posted: 22 Mar 2014 04:46 PM PDT

AHAD, 23 Mac ialah hari mengundi untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang. Inilah peluang keemasan untuk pengundi di Kajang sebagai mewakili rakyat Malaysia membuat pilihan yang bijak dan berwibawa.

Pengundi di Kajang harus ingat bahawa calon Pakatan Rakyat iaitu Wan Azizah Wan Ismail pernah menjadi Ahli Parlimen tunggal daripada parti KeADILan di Parlimen selepas pilihan raya umum 2004.
Ini menunjukkan kemampuan beliau untuk mempertahankan KeADILan daripada kepupusan dalam sejarah politik tanah air.
Dengan kemampuan yang ada pada beliau, beliau dapat membantu ramai orang terutamanya rakyat yang susah, miskin dan berpendapatan rendah kerana beliau sendiri pun bukan orang yang senang ataupun kaya-raya.
Justeru, beliau akan lebih memahami kehidupan yang terpaksa diharungi oleh warga marhaen.
Orang seperti inilah yang harus menjadi pemimpin kerana mereka bukan orang yang memandang dari atas, bahkan mereka bersama rakyat sebagai rakan dalam pengalaman hidup.
Ini bererti mereka faham mengenai kesusahan yang rakyat hadapi setiap hari.
Rakyat haruslah memilih pemimpin yang faham mengenai kesusahan golongan warga marhaen. Selamat mengundi dan undilah dengan bijak dan cermat.

PRK Dun Kajang: Pilih yang tulen, gesa Wan Azizah

Posted: 22 Mar 2014 04:44 PM PDT

Pengundi Kajang digesa pilih perjuangan tulen Pakatan Rakyat oleh calon mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

wan azizah ceramah_kajangKAJANG: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meneruskan 'Langkah Kajang' menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Kajang untuk mengundi 'perjuangan tulen' Pakatan Rakyat (PR).
Dalam ceramah terakhirnya beberapa jam sebelum tempoh berkempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang tamat, Wan Azizah menggesa pengundi Kajang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat.
"(Mengundi) itu adalah tanggungjawab, itu hak untuk mengundi masa depan. Barisan Nasional (BN) – MCA ciplak, bila kita kata demi rakyat mereka pun kata demi rakyat," katanya
"Vote for original, don't vote for ciplak man (Undi yang asli, jangan undi yang ciplak)," tegas Wan Azizah sambil disambut tepukan hadirin yang menghadiri program tersebut.
Sambil mengenang kembali hukuman penjara selama enam tahun yang dijatuhkan kepada Anwar pada 1998, Wan Azizah berkata anaknya bertanya kepada bapanya adakah tempoh itu satu tempoh yang lama.
"Betapa sedihnya saya rasa masa itu.
"Bila Anwar tak boleh bertanding kali ini, Pakatan Rakyat (PR) bermesyuarat dan memilih saya untuk bertanding. Saya panggil anak-anak saya dan mereka berkata 'go for it'," katanya lagi.
Wan Azizah turut menggesa pengundi untuk keluar mengundi awal untuk mengelakkan tempat mereka digantikan pengundi hantu.
"Kalau tak keluar awal-awal, hantu undi untuk kita. Hantu bangla, hantu mana lagi," katanya sambil ketawa.
Read More / Baca Lagi >>

PKR buka kaunter aduan jika kesan kes dakwat tidak kekal

Posted: 22 Mar 2014 04:42 PM PDT

KAJANG 23 MAC: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang disaran membuat aduan di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika berdepan kejadian yang menyalahi peraturan pilihan raya.
Antara kemungkinan peraturan yang tidak dipatuhi dakwat kekal yang dicalit pada jari penggundi boleh ditanggal.
Calon Pakatan Rakyat (PR) dari PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pengundi boleh membuat laporan di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat.
"Esok mungkin akan ada penggunaan dakwat kekal yang dicalit di jari tangan sebelah kiri.
"Kalau sesiapa yang mendapati dakwat kekal itu tidak kekal, mereka boleh datang untuk membuat laporan," katanya  pada sidang media di Bilik Gerakan Utama di sini, semalam.
Penggunaan dakwat kekal, kali pertama dipraktikkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal dalam PRU itu mencetuskan kontroversi apabila dakwat itu didapati mudah tanggal.

PKR berkempen hingga saat akhir pastikan Dr Wan Azizah menang majoriti besar

Posted: 22 Mar 2014 04:40 PM PDT


Siapa di antara dua calon wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun (kiri) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan menang menjadi Adun Kajang akan diketahui malam ini. Gambar fail The Malaysian Insider.Siapa di antara dua calon wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun (kiri) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan menang menjadi Adun Kajang akan diketahui malam ini. Gambar fail The Malaysian Insider.Pada saat-saat terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyeru pengundi keluar mengundi bagi memastikan mereka memperolehi jumlah majoriti lebih besar.
Sebelum ini pelbagai analisis mengatakan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan menang dengan majoriti rendah kerana tidak berjaya menembusi pengundi Melayu.
"Esok keluar pagi-pagi, kita mengundi. Kalau tidak nanti hantu yang undi," kata Dr Wan Azizah dalam kempen terakhirnya di Kajang malam tadi.
"Buka mata, buka hati ... esok undi saya," katanya.
Selain Dr Wan Azizah, pemimpin dari PAS, dan PKR seperti Dr Hatta Ramli dan Nurul Izzah Anwar turut menyeru agar pengundi di Kajang memastikan mereka memilih Dr Wan Azizah dan memastikan kemenangan beliau.
"Esok hari cukup penting bukan sahaja orang Kajang, tapi seluruh Malaysia," kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
"Dengan ada kerajaan yang kuat kita boleh tuntut mereka (BN) jumpa balik rakyat.
"Kita kena bagi undi dan majoriti paling besar kepada Kak Wan. Jangan ada provokasi, kalau ada benda tidak betul laporkan kepada petugas PR," kata pengarah strategi PKR itu, merujuk kepada Dr Wan Azizah.
Read More / Baca Lagi >>

Najib hadir taklimat akhir sebelum pengundian DUN Kajang .!!

Posted: 22 Mar 2014 04:39 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) buat julung kalinya turun ke Kajang malam tadi untuk memberi sokongan moral kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun pada waktu terakhir hari berkempen.
Beliau hadir ke Bilik Gerakan Utama BN untuk memberi taklimat tertutup kepada jentera BN, yang turut dihadiri beberapa pemimpin parti komponen BN.
Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan turut dihadiri Chew sendiri.
Difahamkan pada taklimat itu, Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno meminta jentera parti menjaga nama baik BN sewaktu hari mengundi esok serta memastikan pengundi Kajang dapat keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab.
Chew akan berdepan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil itu.
Kerusi DUN Kajang kosong ekoran peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Februari atas alasan demi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

MH370: Operasi mencari diperhebat susulan objek besar dikesan satelit China

Posted: 22 Mar 2014 04:37 PM PDT


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussin memaklumkan kepada media mengenai penemuan satelit China sambil memegang nota yang dihantar oleh kerajaan China pada sidang media semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussin memaklumkan kepada media mengenai penemuan satelit China sambil memegang nota yang dihantar oleh kerajaan China pada sidang media semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.Pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) diperhebatkan selepas satu objek besar terapung dikesan oleh satelit China di koridor selatan Lautan Hindi.
Maklumat mengenai penemuan objek itu yang dikesan oleh satelit pemerhati China "Gaofen-1" kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing disampaikan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa beliau mengadakan sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang, semalam.
Maklumat daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang disampaikan kepada Hishammuddin dalam nota bertulis.
Agensi berita nasional China Xinhua dalam laman webnya www.xinhuanet.com berkata, jurucakap Kementerian Luar negara itu, Hong Lei berkata, China memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan, berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar, di selatan Lautan Hindi.
Satu lagi agensi kerajaan China, Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind) berkata, imej dari satelit itu merakamkan objek berkenaan pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longtitud timur, di selatan Lautan Hindi.
Menurut Xinhua, lokasi objek berkenaan dikesan di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin dilalui oleh Penerbangan MH370, dan kira-kira 120 km ke barat dari lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Objek ditemui satelit China mungkin sayap MH370, kata pakar

Posted: 22 Mar 2014 04:36 PM PDT


Objek yang ditemui satelit China di Lautan Hindi mungkin sayapa pesawat Boeing 777-200ER. Gambar fail.Objek yang ditemui satelit China di Lautan Hindi mungkin sayapa pesawat Boeing 777-200ER. Gambar fail.Berita satelit China menemui objek lain di Lautan Hindi semalam memberikan dorongan baru untuk mencari pesawat MH370 dalam misi pencarian yang sudah masuk minggu ketiga.
Lebih banyak pesawat dan kapal menyertai operasi mencari dan menyelamat antarabangsa mengeruk kawasan laut terpencil Bumi, selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata penemuan satelit terkini merupakan objek berukuran kira-kira 22.5m panjang dan 13m lebar.
Dr John Blaxland dipetik berkata kepada agensi berita China, Xinhua, jika ukuran tepat, ia konsisten dengan sayap pesawat Boeing 777-200ER, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.
Apabila ditanya apakah penemuan satelit China itu menyerupai imej satelit awal diumumkan Australia, Dr Blaxland dari Australian National University berkata, ia berbeza.
"Bentuknya sama tetapi jika ukuran tepat, ini lebih besar saiznya," katanya.
Menurut pihak berkuasa pentadbiran Sains, Teknologi dan industri bagi Pertahanan Negara berkata, objek dikesan oleh satelit pemantauan bumi "Gaofen-1", kira-kira jam 12 pagi 18 Mac waktu Beijing, lapor SMH.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Kos mencari cecah RM10j.!!

Posted: 22 Mar 2014 04:35 PM PDT

Kuala Lumpur: Jika benar objek yang dikesan pihak berkuasa China dan Australia di Lautan Hindi adalah pesawat MH370, kos mencari bangkai pesawat dan kotak hitam diyakini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta.
Ini berikutan tiga alat yang boleh digunakan untuk mencari kotak hitam iaitu 'autonomous underwater vehicle' (AUV), 'remotely operated vehicles' (ROV) dan alat teknologi sonar yang dinamakan pemerum gema berbilang alur (PGBA) boleh mencecah nilai berkenaan.

Malaysia tidak memiliki PGBA manakala AUV dan ROV lazimnya digunakan untuk operasi cari gali minyak.

Selain itu, faktor tempoh operasi yang mungkin berlanjutan boleh menambah kos pencarian kotak hitam.
Foto

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata teknologi terkini diperlukan dalam proses pencarian ini yang kosnya pasti membabitkan berjuta-juta ringgit.

Anwar Ibrahim: Mahathir, Saya Bersama Rakan-Rakan, Akan Pertahankan Tiap Rakyat Anak Malaysia

Posted: 22 Mar 2014 04:28 PM PDT

(MH370) Anwar Ibrahim: Media Kata Saya Kutuk Malaysia Di Peringkat Antarabangsa?

Posted: 22 Mar 2014 04:23 PM PDT

Chegubard: Masa Najib Tanya Apa Lagi Cina Mahu, Apa Chew Mei Fun Cakap?

Posted: 22 Mar 2014 04:20 PM PDT

G Manivanan: Setiap Undi Untuk Kak Wan, Adalah Undi Kita Hapuskan UMNO BN Selama-Lamanya

Posted: 22 Mar 2014 04:19 PM PDT


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT