Sabtu, 22 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


LY & Baiduri Cipta Lagu Khas Buat Pesawat MH370

Posted: 22 Mar 2014 05:00 PM PDT

LY dan Baiduri cipta lagu khas untuk beri harapan kepada keluarga dan anak kapal MH370.

SHAH ALAM: Komposer LY bersama isterinya, penulis lirik Baiduri mencipta sebuah lagu khas bagi meluahkan rasa simpati mereka terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.
LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, lagu yang belum diberi nama itu menceritakan tentang harapan setiap masyarakat untuk melihat kepulangan pesawat tersebut dalma keadaan selamat.

"Salah seorang kenalan saya ada dalam pesawat tersebut, itu membuatkan saya sangat sedih dan rasa terpanggil untuk membuat lagu ini,".

"Lagu yang saya cipta ini khas buat ahli keluarga mangsa yang terlibat, ia adalah sebagai kata-kata semangat dan harapan agar pesawat itu kembali dengan selamat," katanya ketika ditemui pada majlis LY dan Baiduri meraikan peminat dan media, di Taman Tema Wet World, di sini, Sabtu.

Tambahnya, sejak kehilangan pesawat tersebut dilaporkan, dia dan isteri antara yang paling aktif mengikuti perkembangan terkini yang dilaporkan media.

Katanya, biarpun tidak mampu untuk memberi pertolongan dalam usaha pencarian tersebut, namun dia mengambil inisiatif memberi semangat melalui lagu terbaharu ciptaannya itu.

"Lagu ini bukan tentang kesedihan sebaliknya, naluri saya kuat mengatakan mereka semua berada dalma keadaan selamat dan akan pulang tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, pemilihan Riz AF2 atau nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi menyampaikan lagu tersebut adalah berikutan kesesuaian suara penyanyi tersebut.

"Lagu ini baru siap Khamis lalu dan saya fikir Riz AF2 mempunyai suara yang sesuai dengan lagu ini," katanya.

Mungkin Berlaku Kebakaran Dalam MH370 - Pakar

Posted: 22 Mar 2014 05:52 AM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 4:46 PM

Contoh bateri litium ion dan bateri itu juga digunakan pada telefon bimbit.

PETALING JAYA: Sebuah syarikat perunding penerbangan tidak menolak kemungkinan berlaku kebakaran di dalam pesawat itu walaupun senario tersebut mustahil untuk berlaku.
Pengarah Urusan Leeham Co., Scott Hamilton berkata, dalam kebanyakkan kes, kelewatan juruterbang melaporkan mengenai sesuatu kejadian kepada menara kawalan berpunca daripada rintangan api dalam pesawat.
Menurutnya, kejadian sama pernah berlaku terhadap pesawat Swissair 111 yang terhempas di Nova Scotia pada tahun 1998.
Jelasnya, dalam insiden tersebut juruterbang dikesan telah berbau asap di ruang kokpit selepas mereka berlepas dari New York.
"Bagaimanapun, juruterbang telah terlewat melaporkan kejadian itu untuk memboleh mereka mendarat secepat mungkin di lapangan terbang berdekatan," katanya dalam kiriman e-mel di sini pada Sabtu.
Teori kebakaran mula dikentengahkan pelbagai pihak apabila Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mendedahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang turut membawa bateri litium ion yang mudah terbakar sebagai kargo.
Kebakaran dalam pesawat yang berpunca daripada bateri litium ion pernah berlaku terhadap pesawat Boeing 747F di Dubai dan Asiana Airlines 747 di Lautan Pasifik.
Sementara itu, seorang juruterbang veteran Kanada turut berpendapat telah berlaku kebakaran di dalam pesawat MH370 dan bukannya disebabkan oleh rampasan.
Chris Goodfellow berkata, mungkin telah berlaku kebakaran di dalam pesawat MH370 yang menyebabkan juruterbang tidak dapat melaporkan senario itu kepada menara kawalan.
"Bila berlaku kebakaran, perkara yang perlu dilakukan adalah memutuskan litar yang berbahaya dan mengurangkan risiko kebakaran itu," jelasnya.
Teori kebakaran mula dikentengah pelbagai pihak apabila Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mendedahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang turut membawa bateri litium ion yang mudah terbakar sebagai kargo.

'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang'

Posted: 22 Mar 2014 05:02 AM PDT

  •  Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar Ibrahim
 1 / 1 
KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.

Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.

Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.

"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.


"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh  Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.

"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.

Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.

Terdahulu, Ibrahim mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim pada 10 Mac mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yassin kononnya untuk mencari di manakah pesawat MH370 yang gagal dikesan

MH370: Wanita ketuai Tentera Laut Australia cari pesawat

Posted: 22 Mar 2014 01:06 AM PDT

MELBOURNE 22 Mac - Seorang wanita Australia memainkan peranan penting dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, yang akan tiba di kawasan pencarian pagi Sabtu, memberitahu News Corp menerusi telefon satelit, beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.

Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana.

"Ini tidak menjejaskan keupayaan kami dalam misi mencari," katanya.

Sekiranya menemui sebarang serpihan daripada pesawat hilang itu, anak kapal akan cuba mengambilnya dengan menggunakan bot penyelamat dan mungkin kren, katanya kepada akhbar itu.

Norris berkata anak kapal sedar akan betapa pentingnya operasi itu dan mereka telah diberikan taklimat mengenai apa yang perlu dicari.

Misi mereka - mencari objek sepanjang 24 meter yang mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat itu, katanya.

Norris menyertai tentera laut sejak 1987 sebagai pegawai dan pakar perang.

Beliau merupakan pegawai memerintah kapal frigat HMAS Melbourne sebelum ditugaskan di daratan dan kemudiannya dilantik pegawai memerintah HMAS Success pada Disember 2012.

Beliau merupakan pegawai eksekutif di Melbourne semasa dikerahkan bertugas di Teluk di bawah operasi "Operation Catalyst" dan pernah berkhidmat di HMAS Sydney di Timur Tengah.

Pada 2010 beliau disenaraikan sebagai finalis bagi kategori komuniti dan kerajaan bagi bahagian ACT anugerah 'Telstra Business Woman'.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - BERNAMA

Tiada ulasan: