RAKYAT MARHAEN |
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 9
- PRK Dun Kajang: Sekitar pembuangan undi
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 8
- PRK Dun Kajang: Ayam, Teropong hangatkan kempen
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 7
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 6
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 5
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 4
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 3
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 2
- PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 1
- PRK Dun Kajang: Apa pilihan penduduk Kajang?
- PRK Dun Kajang :Jangan pilih calon memudarat Islam - TGNA
- PRK Dun Kajang : Undilah pemimpin berjiwa rakyat
- PRK Dun Kajang: Pilih yang tulen, gesa Wan Azizah
- PKR buka kaunter aduan jika kesan kes dakwat tidak kekal
- PKR berkempen hingga saat akhir pastikan Dr Wan Azizah menang majoriti besar
- Najib hadir taklimat akhir sebelum pengundian DUN Kajang .!!
- MH370: Operasi mencari diperhebat susulan objek besar dikesan satelit China
- Objek ditemui satelit China mungkin sayap MH370, kata pakar
- MH370: Kos mencari cecah RM10j.!!
- Anwar Ibrahim: Mahathir, Saya Bersama Rakan-Rakan, Akan Pertahankan Tiap Rakyat Anak Malaysia
- (MH370) Anwar Ibrahim: Media Kata Saya Kutuk Malaysia Di Peringkat Antarabangsa?
- Chegubard: Masa Najib Tanya Apa Lagi Cina Mahu, Apa Chew Mei Fun Cakap?
- G Manivanan: Setiap Undi Untuk Kak Wan, Adalah Undi Kita Hapuskan UMNO BN Selama-Lamanya
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 9 Posted: 22 Mar 2014 09:13 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Sekitar pembuangan undi Posted: 22 Mar 2014 09:02 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 8 Posted: 22 Mar 2014 09:01 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Ayam, Teropong hangatkan kempen Posted: 22 Mar 2014 09:00 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 7 Posted: 22 Mar 2014 08:23 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 6 Posted: 22 Mar 2014 08:10 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 5 Posted: 22 Mar 2014 07:57 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 4 Posted: 22 Mar 2014 07:47 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 3 Posted: 22 Mar 2014 07:33 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 2 Posted: 22 Mar 2014 07:17 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Lensa Hari Undi - Part 1 Posted: 22 Mar 2014 06:20 PM PDT |
PRK Dun Kajang: Apa pilihan penduduk Kajang? Posted: 22 Mar 2014 05:25 PM PDT Walaupun tempoh rasmi kempen hanya 12 hari, dengan kedua pihak yang bertanding telahpun memulakan kempen 'tidak rasmi' mereka sebaik kerusi DUN Kajang dikosongkan 27 Januari lalu; ini mungkin kempen PRK paling lama dalam sejarah. Seramai 38,055 pengundi bakal mengundi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu. Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidak adilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama ini adalah melihat sama ada calon PKR yang diramalkan menang, Datuk Seri De Wan Azizah Wan Ismail mampu menambah majoriti hampir 7000 undi pada 2013 atau sebaliknya. Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu sekaligus membuktikan parti itu masih relevan. Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini. |
PRK Dun Kajang :Jangan pilih calon memudarat Islam - TGNA Posted: 22 Mar 2014 04:48 PM PDT NASIHAT saya kepada pengundi di Dun Kajang atau di mana sahaja hendaklah memilih calon yang boleh mendaulatkan Islam dan bukannya memudaratkan Islam. Dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja untuk bertanggungjawab menjaga rakyat.PAS diwujudkan pada 1951 telah meletak calon muslimat yang pertama di Dungun iaitu Khatijah Sidek. Syukur kita di Kelantan telah ramai calon muslimat ditampilkan. Antaranya Mumtaz Md Nawi menang majoriti paling tinggi di Dun Demit pada pilihan raya umum lepas. Oleh itu pengundi di Dun Kajang hendaklah meneruskan kecemerlangan itu dengan menyokong calon Pakatan Rak yat, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail. Setiap kali pilihan raya kita berdepan dengan pelbagai kekangan apa yang disebut demokrasi ala-Malaysia. Media tidak diberi ruang setimpal kepada kita. Demokrasi dibiarkan terus pincang kerana hanya memihak kepada mereka yang berkepentingan. Tetapi walaupun kempen tidak tidak seimbang, harapan saya semoga rak yat tetap berjuang selagi ada ikhtiar untuk memenangkan perjuangan Islam. Pilihan raya perlu kita gunakan kesempatan untuk memenangkan parti yang boleh mendaulatkan Islam. Kajang bukan kepunyaan kita, tetapi kepunyaan Allah. Kita sebagai pengundi, bukan milik ibu bapa, sebaliknya milik Allah. Kerana itu sebelum kita mencari harta, ilmu atau pangkat, ibu bapa perlu memberi kefahaman kepada anak-anak mereka, guru memberi kefahaman kepada pelajar. Manakala pemimpin per lu memberi kefahaman kepada rakyat berhubung tuntutan tersebut. Ini kerana kita duduk atas bumi Allah Taala ada peraturan iaitu agama. Begitu juga untuk mengundi mesti memilih antara dua iaitu calon yang hendak menangkan Islam atau memusnahkan Islam. TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Mursyidul Am PAS |
PRK Dun Kajang : Undilah pemimpin berjiwa rakyat Posted: 22 Mar 2014 04:46 PM PDT AHAD, 23 Mac ialah hari mengundi untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang. Inilah peluang keemasan untuk pengundi di Kajang sebagai mewakili rakyat Malaysia membuat pilihan yang bijak dan berwibawa. Pengundi di Kajang harus ingat bahawa calon Pakatan Rakyat iaitu Wan Azizah Wan Ismail pernah menjadi Ahli Parlimen tunggal daripada parti KeADILan di Parlimen selepas pilihan raya umum 2004. Ini menunjukkan kemampuan beliau untuk mempertahankan KeADILan daripada kepupusan dalam sejarah politik tanah air. Dengan kemampuan yang ada pada beliau, beliau dapat membantu ramai orang terutamanya rakyat yang susah, miskin dan berpendapatan rendah kerana beliau sendiri pun bukan orang yang senang ataupun kaya-raya. Justeru, beliau akan lebih memahami kehidupan yang terpaksa diharungi oleh warga marhaen. Orang seperti inilah yang harus menjadi pemimpin kerana mereka bukan orang yang memandang dari atas, bahkan mereka bersama rakyat sebagai rakan dalam pengalaman hidup. Ini bererti mereka faham mengenai kesusahan yang rakyat hadapi setiap hari. Rakyat haruslah memilih pemimpin yang faham mengenai kesusahan golongan warga marhaen. Selamat mengundi dan undilah dengan bijak dan cermat. |
PRK Dun Kajang: Pilih yang tulen, gesa Wan Azizah Posted: 22 Mar 2014 04:44 PM PDT Pengundi Kajang digesa pilih perjuangan tulen Pakatan Rakyat oleh calon mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dalam ceramah terakhirnya beberapa jam sebelum tempoh berkempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang tamat, Wan Azizah menggesa pengundi Kajang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. "(Mengundi) itu adalah tanggungjawab, itu hak untuk mengundi masa depan. Barisan Nasional (BN) – MCA ciplak, bila kita kata demi rakyat mereka pun kata demi rakyat," katanya "Vote for original, don't vote for ciplak man (Undi yang asli, jangan undi yang ciplak)," tegas Wan Azizah sambil disambut tepukan hadirin yang menghadiri program tersebut. Sambil mengenang kembali hukuman penjara selama enam tahun yang dijatuhkan kepada Anwar pada 1998, Wan Azizah berkata anaknya bertanya kepada bapanya adakah tempoh itu satu tempoh yang lama. "Betapa sedihnya saya rasa masa itu. "Bila Anwar tak boleh bertanding kali ini, Pakatan Rakyat (PR) bermesyuarat dan memilih saya untuk bertanding. Saya panggil anak-anak saya dan mereka berkata 'go for it'," katanya lagi. Wan Azizah turut menggesa pengundi untuk keluar mengundi awal untuk mengelakkan tempat mereka digantikan pengundi hantu. "Kalau tak keluar awal-awal, hantu undi untuk kita. Hantu bangla, hantu mana lagi," katanya sambil ketawa. Read More / Baca Lagi >> |
PKR buka kaunter aduan jika kesan kes dakwat tidak kekal Posted: 22 Mar 2014 04:42 PM PDT KAJANG 23 MAC: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang disaran membuat aduan di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika berdepan kejadian yang menyalahi peraturan pilihan raya. Antara kemungkinan peraturan yang tidak dipatuhi dakwat kekal yang dicalit pada jari penggundi boleh ditanggal. Calon Pakatan Rakyat (PR) dari PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pengundi boleh membuat laporan di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat. "Esok mungkin akan ada penggunaan dakwat kekal yang dicalit di jari tangan sebelah kiri. "Kalau sesiapa yang mendapati dakwat kekal itu tidak kekal, mereka boleh datang untuk membuat laporan," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama di sini, semalam. Penggunaan dakwat kekal, kali pertama dipraktikkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada Mei tahun lalu. Bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal dalam PRU itu mencetuskan kontroversi apabila dakwat itu didapati mudah tanggal. |
PKR berkempen hingga saat akhir pastikan Dr Wan Azizah menang majoriti besar Posted: 22 Mar 2014 04:40 PM PDT Pada saat-saat terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyeru pengundi keluar mengundi bagi memastikan mereka memperolehi jumlah majoriti lebih besar. Sebelum ini pelbagai analisis mengatakan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan menang dengan majoriti rendah kerana tidak berjaya menembusi pengundi Melayu. "Esok keluar pagi-pagi, kita mengundi. Kalau tidak nanti hantu yang undi," kata Dr Wan Azizah dalam kempen terakhirnya di Kajang malam tadi. Selain Dr Wan Azizah, pemimpin dari PAS, dan PKR seperti Dr Hatta Ramli dan Nurul Izzah Anwar turut menyeru agar pengundi di Kajang memastikan mereka memilih Dr Wan Azizah dan memastikan kemenangan beliau. "Esok hari cukup penting bukan sahaja orang Kajang, tapi seluruh Malaysia," kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. "Dengan ada kerajaan yang kuat kita boleh tuntut mereka (BN) jumpa balik rakyat. "Kita kena bagi undi dan majoriti paling besar kepada Kak Wan. Jangan ada provokasi, kalau ada benda tidak betul laporkan kepada petugas PR," kata pengarah strategi PKR itu, merujuk kepada Dr Wan Azizah. Read More / Baca Lagi >> |
Najib hadir taklimat akhir sebelum pengundian DUN Kajang .!! Posted: 22 Mar 2014 04:39 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) buat julung kalinya turun ke Kajang malam tadi untuk memberi sokongan moral kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun pada waktu terakhir hari berkempen. Beliau hadir ke Bilik Gerakan Utama BN untuk memberi taklimat tertutup kepada jentera BN, yang turut dihadiri beberapa pemimpin parti komponen BN. Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan turut dihadiri Chew sendiri. Chew akan berdepan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil itu. Kerusi DUN Kajang kosong ekoran peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Februari atas alasan demi memperkukuhkan Pakatan Rakyat. |
MH370: Operasi mencari diperhebat susulan objek besar dikesan satelit China Posted: 22 Mar 2014 04:37 PM PDT Pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) diperhebatkan selepas satu objek besar terapung dikesan oleh satelit China di koridor selatan Lautan Hindi. Maklumat mengenai penemuan objek itu yang dikesan oleh satelit pemerhati China "Gaofen-1" kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing disampaikan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa beliau mengadakan sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang, semalam. Maklumat daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang disampaikan kepada Hishammuddin dalam nota bertulis. Satu lagi agensi kerajaan China, Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind) berkata, imej dari satelit itu merakamkan objek berkenaan pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longtitud timur, di selatan Lautan Hindi. Menurut Xinhua, lokasi objek berkenaan dikesan di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin dilalui oleh Penerbangan MH370, dan kira-kira 120 km ke barat dari lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
Objek ditemui satelit China mungkin sayap MH370, kata pakar Posted: 22 Mar 2014 04:36 PM PDT Berita satelit China menemui objek lain di Lautan Hindi semalam memberikan dorongan baru untuk mencari pesawat MH370 dalam misi pencarian yang sudah masuk minggu ketiga. Lebih banyak pesawat dan kapal menyertai operasi mencari dan menyelamat antarabangsa mengeruk kawasan laut terpencil Bumi, selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata penemuan satelit terkini merupakan objek berukuran kira-kira 22.5m panjang dan 13m lebar. Dr John Blaxland dipetik berkata kepada agensi berita China, Xinhua, jika ukuran tepat, ia konsisten dengan sayap pesawat Boeing 777-200ER, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini. "Bentuknya sama tetapi jika ukuran tepat, ini lebih besar saiznya," katanya. Menurut pihak berkuasa pentadbiran Sains, Teknologi dan industri bagi Pertahanan Negara berkata, objek dikesan oleh satelit pemantauan bumi "Gaofen-1", kira-kira jam 12 pagi 18 Mac waktu Beijing, lapor SMH. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Kos mencari cecah RM10j.!! Posted: 22 Mar 2014 04:35 PM PDT Kuala Lumpur: Jika benar objek yang dikesan pihak berkuasa China dan Australia di Lautan Hindi adalah pesawat MH370, kos mencari bangkai pesawat dan kotak hitam diyakini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta. Ini berikutan tiga alat yang boleh digunakan untuk mencari kotak hitam iaitu 'autonomous underwater vehicle' (AUV), 'remotely operated vehicles' (ROV) dan alat teknologi sonar yang dinamakan pemerum gema berbilang alur (PGBA) boleh mencecah nilai berkenaan. Malaysia tidak memiliki PGBA manakala AUV dan ROV lazimnya digunakan untuk operasi cari gali minyak. Selain itu, faktor tempoh operasi yang mungkin berlanjutan boleh menambah kos pencarian kotak hitam. Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata teknologi terkini diperlukan dalam proses pencarian ini yang kosnya pasti membabitkan berjuta-juta ringgit. |
Anwar Ibrahim: Mahathir, Saya Bersama Rakan-Rakan, Akan Pertahankan Tiap Rakyat Anak Malaysia Posted: 22 Mar 2014 04:28 PM PDT |
(MH370) Anwar Ibrahim: Media Kata Saya Kutuk Malaysia Di Peringkat Antarabangsa? Posted: 22 Mar 2014 04:23 PM PDT |
Chegubard: Masa Najib Tanya Apa Lagi Cina Mahu, Apa Chew Mei Fun Cakap? Posted: 22 Mar 2014 04:20 PM PDT |
G Manivanan: Setiap Undi Untuk Kak Wan, Adalah Undi Kita Hapuskan UMNO BN Selama-Lamanya Posted: 22 Mar 2014 04:19 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan