Khamis, 13 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


#dimanaMH370 : Lautan Hindi pula - Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A

Posted: 13 Mar 2014 05:01 PM PDT

WASHINGTON: Lautan Hindi mungkin menjadi kawasan pencarian terbaru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata White House, awal pagi tadi.
Jurucakap White House Jay Carney berkata, tumpuan di Lautan Hindi berdasarkan maklumat baru namun tidak semestinya muktamad."Kami dalam perbincangan bersama sekutu antarabangsa untuk memastikan aset yang sepatutnya dikerah ke kawasan itu," katanya.

Namun, Carney tidak memberi penjelasan lanjut mengenai maklumat baru ini.

Amerika Syarikat termasuk Tentera Lautnya antara beberapa negara yang terbabit dalam operasi SAR pesawat MH370 yang hilang, Sabtu lalu.

"Terdapat beberapa senario yang masih disiasat mengenai apa yang berlaku kepada penerbangan ini. Kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku tetapi pihak kami giat mengambil bahagian dalam operasi SAR ini. Kami sentiasa mencari maklumat, mengikut petunjuk dan bekerja sama dalam siasatan yang diketuai Kerajaan Malaysia," katanya ketika taklimat berita biasanya, di sini. - Reuters

Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A

KUALA LUMPUR: Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter. 

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan. 

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. - Bernama

Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?

Posted: 13 Mar 2014 10:23 AM PDT


  • Ahmad Fadli KC | 13 2014
  • Sidang Dewan Rakyat petang ini gamat seketika apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejadian bomoh melakukan upacara di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.

    Menurut Anwar (kiri), tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

    "Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan).

    "Saya hendak desak mesti ada siasatan penuh kerana ia kejadian yang memalukan negara.

    "Siapa yang desak? Siapa yang luluskan? Siapa yang bayar? Ini memalukan negara.

    "Nanti terpampang pula bomoh 1Malaysia," kata Anwar seraya menepuk dadanya, tempat pin 1Malaysia biasanya disematkan buat mereka yang memakai kot.

    'Tak tuduh, tapi tanya PM, Rosmah'

    Anwar juga sempat mengusik anggota Parlimen BN apabila menggesa kemunculan Ibrahim dirujuk kepada perdana menteri dan isterinya.

    "Tanyalah pada perdana menteri dan isteri. Saya kata tanya, saya tak buat tuduhan," kata Anwar sambil tersenyum simpul.

    Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya yang diberi julukan "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

    Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

    Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.

    Tampar mati buaya tembaga

    Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.

    Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.

    Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.

    Kemunculan kali kedua beliau semalam mengundang pelbagai reaksi daripada personaliti agama, NGO serta menteri.

    Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

    Beliau juga didakwa pernah menampar seekor buaya tembaga sehingga mati. - malaysiakini

MH370: Media antarabangsa lapor pengguna media sosial gelar Najib ‘tidak ada otak’

Posted: 13 Mar 2014 04:21 AM PDT


on Thursday, March 13, 2014 
Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak ("brainless") apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.






Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar terbang.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama menyifatkannya sebagai tindakan khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan "tikar terbang" yang dilakunkan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee. - TMI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Ketua Pembangkang Parlimen Bahas Titah Diraja 2014

Posted: 13 Mar 2014 08:26 AM PDT

)

MH 370..MEMALUKAN ....

Posted: 13 Mar 2014 08:13 AM PDT

)

Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik – Aspan Alias

Posted: 13 Mar 2014 08:00 AM PDT

Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik – Aspan Alias

Kita semua dalam dilemma berkaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 kerana sehingga hari ini yang sudah masuk hari ke-6, masih tidak menampakkan apa-apa kejayaan dalam pencarian kita.
Kini sudah menjangkau keluasan kawasan kepada 27,000 batu persegi untuk pencarian tersebut.
Tidak siapa yang menafikan yang kerajaan sedang melakukan apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang sangat besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti kerajaan kita dan pimpinannya, tetapi kita juga mahukan kejujuran itu dipandu oleh kemahiran dan kebijaksanaan pimpinan hari ini.
Keadaan begitu meruncing sehinggakan Vietnam telah mengurangkan skala penglibatannya sehingga Putrajaya memberikan panduan dan kehendak perancangan pencarian secara tegas dan meyakinkan.Kita memahami yang kejadian kehilangan pesawat ini merupakan kejadian tidak diminta dan yang tidak ditunggu-tunggu.
Yang menghadapi musibah ini ialah negara kita, dan kita tidak mungkin wajar untuk menyerahkan segala tugas mengkoordinasi itu kepada agensi antarabangsa.

Kerajaan dan penguasa negara kita perlu melakukan koordinasi ini maka ia memerlukan fokus dan tumpuan yang betul dalam menghadapi krisis yang sangat besar ini.
Krisis kali ini bukannya krisis yang pertama yang dihadapi oleh negara. Krisis Japanese Red Army pada tahun 70an juga merupakan krisis yang besar tetapi semasa itu kita mempunyai pemimpin yang diakui kredibilitinya seperti Tun Ghazali Shafie.

Kita masih ingat yang kerajaan tidak membenarkan terlalu ramai yang memberikan kenyataan untuk tidak mengelirukan orang ramai.
Dalam krisis itu hanya King Ghaz sahaja yang mengeluarkan apa-apa kenyataan dan krisis yang sangat besar itu selesai hasil dari kelicinan perjalanan pengurusan krisis itu.
Kita boleh memberikan alasan yang krisis yang kita hadapi sekarang adalah satu krisis yang berlainan bentuk dan keadaannya, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah kaedah mengendalikan krisis ini.
Kita tidak pernah menafikan keikhlasan pihak yang berwajib dalam menangani krisis ini tetapi yang kita persoalkan, kita tidak mempunyai koordinasi yang tepat dalam menghadapi media dan orang ramai.
Memilih seseorang sebagai koordinator dalam menghadapi masyarakat dan media antarabangsa ini perlu dilakukan dengan teliti dan jika lebih baik keputusan itu perlu dibuat oleh Kabinet kerajaan.
Dengan mengambil keputusan kabinet, ia akan menentukan akauntabiliti keputusan ini diambil oleh kabinet sendiri. Buat masa ini kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap isu ini.
Ramai yang bertanya siapa yang kita hendak dengar? Adakah dari DCA atau APMM? Adakah dari tentera laut atau tentera udara? Atau kita yakini kenyataan Hishammuddin atau Ahmad Zahid Hamidi?
Kalau kita amati dan mengikuti perkembangan sejak enam hari yang lepas kita telah mendengar kenyataan Shahidan Kassim yang terlalu rendah kredibilitinya untuk menghadapi situasi yang sangat serius ini.
Kita terpaksa menyebut ini semua kerana ia membabitkan imej dan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa dan sekaligus ia menjahanamkan kredibiliti "government of the day".
Jika ini berterusan maka persepsi semua pihak terhadap kerajaan akan tidak dapat diperbaiki lagi sedangkan pimpinan hari ini sudah tersedia menghadapi krisis keyakinan yang amat serius jika pun insiden kehilangan pesawat ini tidak pernah berlaku.
Sekarang kita sudah "conclusive" yang pemimpin-pemimpin hari ini sebenarnya belum diuji tentang kepimpinan masing-masing.
Pemimpin-pemimpin hari ini adalah dari kumpulan yang menaiki tangga kepimpinan melalui jalan yang tidak diuji kepimpinan mereka.
Mungkin mereka boleh mengumpulkan orang dan membawa rakyat untuk berfikir dengan budaya ampu mengampu yang hanya diperkuatkan dengan otot yang ada kepada kerajaan itu.
Kita belum lagi mengalami penukaran kerajaan seperti negara lain yang sudah tersedia dengan pengalaman sebagai demokrasi sistem dua parti.
Oleh kerana pembangkang belum lagi mempunyai pengalaman menjadi kerajaan di peringkat persekutuan ini, maka mereka juga belum pasti boleh menyelesaikan krisis seperti ini jika sekarang mereka yang memimpin kerajaan hari ini.
Krisis yang sebesar ini perlu ditangani oleh pemimpin yang benar-benar berpengalaman dan tidak menggunakan kesempatan untuk mempamirkan diri di muka media sahaja.
Krisis yang melanda MAS kali ini adalah krisis yang boleh mempengaruhi kepimpinan negara dan ia patut di selenggara dengan penuh teliti dan ketulinan kemahiran kepimpinan mereka.
Kita tidak boleh mengendalikan isu ini seperti kita mengendalikan politik kepartian yang sedang berperang. Kita sekarang bukan sedang membuat pilihan di antara calon-calon PRK Kajang yang terhasil dari krisis dalaman PKR.
Ini krisis nasional yang amat serius yang melibatkan negara dan masa depan negara di kaca mata masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi yang melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Yang perlu di fahami ialah tidak ada seorang yang mahu melihat perkara seperti ini berlaku dan seperti yang disebut dalam posting yang lepas tiada siapa yang tidak berdoa untuk keselamatan semua penumpang dan anak kapal itu.
Semua mahu melihat kebaikan walaupun sekarang sudah sampai hari ke-6 kehilangan pesawat itu. Kita dapat menumpang merasakan kesedihan dan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang terlibat.
Kita tidak pernah menjangkakan yang kemalangan "of this magnitude" berlaku kepada

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MH370: Hanya Kerana Bomoh, Reputasi Najib Terbarai Di Mata Dunia

Posted: 13 Mar 2014 08:56 PM PDT


Sebagaimana yang dijangka sebelum ini, lagi lama misteri kehilangan pesawat MH370 berlarutan, lagi berat tekanan yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Ini kerana seluruh dunia sedang memberi tumpuan tentang bagaimana kerajaan menyelesaikan krisis tersebut yang sudah berlangsung selama hampir seminggu tanpa sebarang petunjuk positif.

Jika di awal bermulanya tragedi ini, kerajaan dipertikai kerana sering memberikan maklumat yang tidak telus dan tidak tepat dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dengan penerbangan dan keselamatan pula saling bercanggah dalam memberi maklumat, keadaan kini bertambah buruk dengan imej Najib mula dipertikai dan diperlekeh di peringkat antarabangsa.

Ketika episod pesawat hilang ini juga, terdedah pelbagai kelemahan kerajaan seperti pintu masuk negara yang mudah dibolosi walau dengan pasport curi, ketiadaan persiapan menghadapi krisis dan lebih buruk lagi ia turut menyerlahkan sikap pimpinan politik dan kerajaan yang turut tidak berwibawa dengan bukan saja memberi maklumat tidak tepat, bercanggah dengan anak buah sendiri serta menempelak kakitangan agensi di bawah kementerian sendiri tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
Sementara pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menjalankan tugasnya dan melebarkan lagi lingkungan pencarian, kehadiran seorang bomoh silat yang bernama Ibrahim Mat Zain melakukan upacara ritual di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat yang hilang itu, bukan saja mengundang kritikan dalam negara, bahkan juga melebar sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan ritual pertama menggunakan teropong buluh dan bubu manakala ritual kedua pula menggunakan tikar terbang dan buah kelapa serta mendakwa dijemput untuk melakukan ucapaca itu oleh seorang VIP, Najib segera dikritik oleh media Arab sebagai mengamalkan ilmu sihir untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Di Barat pula, pengguna media sosialnya melabelkan Najib sebagai pemimpin yang tiada otak serta memalukan rakyat Malaysia kerana membenarkan upacara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kemajuan manusia itu diadakan sebanyak dua kali di KLIA tanpa sebarang halangan.

Di Parlimen pula, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut menyelar kehadiran bomoh beserta amalan syirik dan berlawanan dengan ajaran agama itu serta menuntut kerajaan menjelaskan, siapakah yang membenarkan dan membayar untuk bomoh tersebut menjalankan kerjanya.

Walaupun beberapa pemimpin kerajaan seperti Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin menafikan penglibatan kerajaan dalam menaja bomoh tersebut tetapi yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana kerajaan yang mempunyai pelbagai agensi penguatkuasaan dan beribu-ribu anggota, tetapi tiada satu pun yang berani menyentuh raja bomoh itu sehingga ini.

Ia seolah-olah ada benarnya pengakuannya sebelum ini bahawa kehadirannya itu adalah atas jemputan seorang VIP yang mempercayai kebolehan dan kemampuan ilmu perbomohannya.
Tindakan raja bomoh ini, jika berdasarkan cemuhan di peringkat antarabangsa dan media Arab, jelas sudah memalu serta mengaibkan Najib dan kerajaan. Najib akan dipandang buruk di peringkat antarabangsa selepas ini dan kehadirannya di mata dunia seolah-olah sudah tercabut wibawanya. Bagaimana Najib mahu berhadapan dengan pemimpin dunia selepas ini?
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan

Posted: 13 Mar 2014 08:50 PM PDT

Jika usaha mencari pesawat MH370 gagal setelah memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan. – Gambar Reuters, 14 Mac, 2014. Jika usaha mencari pesawat MH370 gagal setelah memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan. – Gambar Reuters, 14 Mac, 2014. Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan.
Jika usaha mencari pesawat hilang MH370 gagal setelah memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak akan dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan.
Merujuk kepada nahas 1972 melibatkan pesawat Pan Alaska Airways, Sylvia Adcock menerusi laman sesawang CNN berkata, pesawat Cessna berlepas dari sempadan Anchorage ke Juneau dalam cuaca buruk namun pesawat itu tidak mendarat.
Pencarian pesawat itu diperluaskan mencakupi kawasan seluas 325,000 kaki persegi dengan 3,600 jam penerbangan untuk kerja pencarian. Namun usaha tersebut menemui jalan buntu setelah 39 hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Berhubung pesawat Malaysia Airlines 777-200ER yang hilang pada Sabtu dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, Adcock berkata, satelit China dapat mengesan imej yang dikatakan kawasan nahas.
Namun pesawat Malaysia dan Vietnam yang melakukan kerja pencarian di Laut China Selatan semalam mendapati tiada tanda pesawat Boeing 777 berada di kawasan itu.

MH370: Pentagon percaya pautan data, transponder sengaja ditutup berasingan

Posted: 13 Mar 2014 08:49 PM PDT


Pentagon percaya dua sistem komunikasi dalam pesawat MH370 sengaja ditutup secara berasingan sebelum ia hilang pada pagi Sabtu. Gambar fail.Pentagon percaya dua sistem komunikasi dalam pesawat MH370 sengaja ditutup secara berasingan sebelum ia hilang pada pagi Sabtu. Gambar fail.Pentagon percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan, lapor ABC News, hari ini.
Menurut laporan itu, dua pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar.
"Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan," kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC.
Transponder itu adalah peralatan yang menyampaikan lokasi dan altitud.
Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.
Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu.
Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur.

Dalam Ini Dunia...! Malaysia Boleh......Zam Zam Ala Kazam.......!!

Posted: 13 Mar 2014 08:43 PM PDT


PRK Dun Kajang: AKHIRNYA JUMPA JUGA AYAM RM1 ....

Posted: 13 Mar 2014 08:20 PM PDT


Sebagai mendengar dan akur akan nasihat Najib Razak agar jadilah pembeli yang bijak macam dirinya yang boleh beli ayam sekeor dengan harga RM1 .. maka setelah dua hari merayau di pasar tani dan pasar basah sekitar Kajang akhirnya calon KEADILAN/PR semasa berkunjung di Pasar Malam Sg Sekamat, Kajang semalam telah berjaya jumpa ayam harga RM1 ... tetapi bukan seekor tetapi satu kepak ayam goreng saja.

Jadilah warga bijak .. tolak BN pada PRK Kajang nanti .. cukuplah rakyat dihina dan diperbodohkan pemimpin UMNO/BN selama lebih 57 tahun .. tunjukkan kini rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan politik murahan UMNO/BN.

MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam lapor Utusan Malaysia milik Umno

Posted: 13 Mar 2014 08:08 PM PDT


Upacara ritual ala menaiki permaidani terbang dengan buah kelapa yang dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA dikecam ramai pihak. Gambar fail.Upacara ritual ala menaiki permaidani terbang dengan buah kelapa yang dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA dikecam ramai pihak. Gambar fail.Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.
Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.
"Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.
"Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.
Read More / Baca Lagi >>

Teori pesawat MH370 dirampas semakin kuat

Posted: 13 Mar 2014 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Adakah pesawat MH370 milik penerbangan Malaysia dirampas dan 'dibawa lari' ke lokasi yang tidak diketahui?
Kemungkinan itu sedang disiasat agensi perisikan Amerika Syarikat, lapor  Wall Street Journal, edisi 13 Mac lalu.
Wartawan akhbar tersebut, Andy Pasztor dan Jon Ostrower mendedahkan hasil penyiasatan agensi perisikan Amerika Syarikat ke atas kehilangan misteri MH370.
Antara hasil siasatan adalah MH370 telah terbang selama 5 jam, iaitu satu jam sebelum ia hilang dari radar Trafik Kawalan Udara Vietnam pada jam 1.30 pagi Sabtu, 8 Mac 2014 dan 4 jam lagi selepas itu.
Para penyiasat juga mengkaji kemungkinan kapal terbang itu telah mendarat di suatu lokasi yang tidak diketahui dengan juruterbang atau orang lain dari kalangan penumpang telah mengubah haluan kapal terbang dan mematikan alat transponder kapal terbang itu bagi mengelakkan dikesan radar. 
Penyiasatan masih di peringkat awal dan para penyiasat belum lagi menemui bukti-bukti jelas untuk menyokong teori  bahawa kapal terbang itu dirampas pengganas atau disabotaj.
Pegawai-pegawai dari jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dilapor belum menemui sesuatu yang spesifik untuk menyimpulkan bahawa kapal terbang itu dirampas oleh pengganas.
Namun, mereka belum lagi menolak secara konklusif bahawa kehilangan MH370 sama sekali tidak ada kena mengena dengan keganasan, lapor akhbar tersebut.
Dua persoalan yang amat membingungkan para penyiasat adalah ke mana kapal terbang itu meneruskan penerbangan dan mengapa alat transpondernya dimatikan? 
Ini menyebabkan timbulnya teori di kalangan penyiasat bahawa kapal terbang itu telah "diambilalih dan dikuasai" oleh pihak lain untuk tujuan tertentu.
Teori ini dimaklumkan kepada pegawai jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat  dan pelbagai agensi berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

Khutbah JAKIM: Jangan sebar berita palsu MH370

Posted: 13 Mar 2014 07:27 PM PDT

Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru semua pihak supaya tidak memanipulasikan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan menyebarkan berita palsu.

Khutbah itu memohon supaya semua pihak bertenang dan bersabar dengan setiap ujian yang melanda kerana ada hikmah di sebaliknya.

"Justeru, semua pihak berkewajipan supaya tenang dan tidak mengambil kesempatan dalam suasana ini untuk memanipulasi keadaan dengan menyebarkan berita palsu sama ada melalui media massa, media cetak, internet dan sebagainya."

Khutbah itu mengimbas kembali kisah Nabi Ayub AS yang mengharungi kehilangan semua anaknya, kehabisan semua hartanya, dijangkiti penyakit, dan ditinggalkan kaum kerabat serta isterinya sendiri.

Namun, tegasnya, Nabi Ayub tetap mengharungi kehidupan dengan penuh sabar dan tenang kerana yakin dengan takdir Allah.

Khutbah itu juga menegaskan bahawa ujian itu satu bentuk kasih sayang Allah agar manusia kembali ke jalanNya.

Ia juga meminta dilakukan solat hajat dan berdoa supaya insiden tersebut diatasi dengan baik.

Makin Keliru: Iran Dakwa Amerika Perancang Konspirasi Culik Pesawat MH370

Posted: 13 Mar 2014 07:25 PM PDT

Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh, Hossein Naghavi Hosseini, menuding Amerika Syarikat sengaja "menculik" pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 370. Menurutnya, Amerika melakukan itu untuk "mensabotaj hubungan baik Iran dengan Cina dan Asia Tenggara."

Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan & Polisi Luar Iran , memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi. Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah "plot".

"Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis. Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam," katanya.

Soal penumpang yang menggunakan paspot curi di dalam penerbangan MH 370 telah disahkan oleh Interpol pada hari Ahad lalu. Mereka adalah Mohammed Reza Delavar, 29 tahun, dan Pouria Nourmohammadi, 19 tahun. Kedua-duanya menggunakan pasport milik seorang warga Austria dan seorang Itali yang dilaporkan hilang beberapa waktu sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

'Significant likelihood' plane at bottom of Indian Ocean

Posted: 13 Mar 2014 07:18 PM PDT

The mechanics of Malaysia's missing flight

Posted: 13 Mar 2014 07:17 PM PDT

MH 370: IMEJ MALAYSIA TURUT ‘TERHEMPAS DAN BERKECAI’

Posted: 13 Mar 2014 06:49 PM PDT

Aku cuba menyembunyikan perasaan aku mengenai banyak perkara berkaitan dengan misi penyelamat MH 370 ini. Aku cuba menyembunyikan juga apa yang aku dengar tentang 'cakap-cakap' orang mengenai pemimpin dan pegawai tinggi di negara aku. Setakat yang aku termampu aku cuba mencari helah dan dalih untuk mempertahankan pemimpin dan pegawai tinggi dari Malaysia yang menjadi bahan cemuhan dan kritikan umum seluruh dunia kini. Cuma yang aku dapati tidak  ada kritikan hanya dari negara Eskimo sahaja disebabkan tidak ada rakan dan taulan aku dari sana. Selain dari itu hampir seluruh dunia menyampaikan ke telinga aku 'cerita' tentang misi penyelamat MH 370.
Terakhir aku baca mengenai kritikan terhadap negara kita adalah dari Bloomberg melalui artikel, Malaysia Finds Managing Crisis Exposes Leadership Limits' bertarikh 12 Mac 2014. Antara yang dipaparkan ialah tentang,' Malaysia, aspiring to become a developed nation in six years, is finding that more than 50 years under one coalition and tight control over information is a mismatch for handling a rapidly growing crisis followed across the world'
Memang kewajipan aku untuk cuba mempertahankan sedaya upaya pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan di negara aku dari segenap segi. Namun disebabkan bertubi-tubi 'asakan dan hentaman' yang ditujukan maka akhirnya aku seolah-olah mengaku kalah juga. Setiap hujah yang aku kemukakan untuk 'menegakkan benang basah' aku, maka sepantas kilat mereka menafikan dengan hujah-hujah yang cukup konkrit sehingga aku tidak dapat 'bernafas'.
"They're handling a huge global issue as if it was domestic politics," said Clive Kessler, Emeritus Professor of Sociology and Anthropology at the University of New South Wales in Sydney, who has analyzed the nation's politics for half a century. "With the cause of the disappearance still unknown you can understand the need for discretion and caution but it's being perceived in Malaysia and elsewhere in the region as a bid to hide the truth."
Malaysia Finds Managing Crisis Exposes Leadership Limits' bertarikh 12 Mac 2014
Read More / Baca Lagi >>

Spekulasi MH370 satu jenayah, dosa?

Posted: 13 Mar 2014 06:47 PM PDT

Oleh H FANSURI
Saat ini terlalu banyak spekulasi berterbangan di mana-mana. Ada spekulasi yang jujur dan andaian yang bingung dan menyesatkan. Marah-marah Umno kerap terarah kepada orang yang berspekulasi, membina andaian dan membangun anggapan masing-masing.
Spekulasi ini terbina dengan sebab perlakuan menteri sendiri yang enggan mengulas. Maka, apabila tiada jawapan, di sinilah semakin terbukanya ruang berspekulasi dalam kalangan rakyat dengan lebarnya. 

Spekulasi MH370 kini adalah musuh dan seteru kepada Umno padahal orang berspekulasi itu juga turut membantu rakyat berfikir. Rakyat kini, membina rumusan berhubung kawalan keselamatan di lapangan terbang Malaysia yang kelihatannya sangat longgar dibanding kawalan keselamatan negara Eropah lain, dan di mana-mana negara maju.

Selain itu, terbit rumusan bersifat Ketuhanan dalam kalangan rakyat yang beragama, di mana segala kejadian ini dikaitkan dengan urusan hukuman Tuhan, hukum karma ke atas dosa-dosa masyarakat yang terlalu banyak. Sebutlah sahaja isu apa sekali pun -- rasuah, penyelewengan kuasa dalam jabatan-jabatan kerajaan yang berlaku hampir setiap masa.

Laporan audit membariskan dosa-dosa ini tanpa dihukum sesiapa pun. Namun, apabila hal spekulasi ini dibahas, maka ada pula suara sumbang yang cuba menutup perbahasan dengan rentak nada beragama juga. Kata mereka, "Sudah, sudahlah. Berdoalah sahajalah kepada Tuhan."

Maka, perbincangan mengenai spekulasi apa pun jadi terhalang dan tersekat oleh kebuntuan berfikir kita sendiri. Jadi antara hikmah kejadian kehilangan MH370 ini adalah ia menjadi kayu ukur kepada sejauh mana cara berfikir masyarakat selama ini.

Dan keadaan perbincangan bergolak ini memaksa kita bersabar dengan perbualan yang wujud pada setiap masa. Saat ini, dilaporkan tujuh buah negara terbabit dalam gerakan mencari pesawat MH370 yang dilaporkan hilang itu.
Kehilangannya di Laut China Selatan itu amat misteri apatah lagi kawasan ini agak tegang mutakhir ini ditambah dengan tuntutan China ke atas kawasan perairan itu.
Maka, setiap orang tertanya-tanya dan sudah berspekulasi sesama sendiri -- bagaimana pesawat hebat dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatannya yang baik termasuk memiliki juruterbang berpengalaman dalam menerbangkan sejumlah pesawat itu, kini boleh hilang begitu sahaja?

Read More / Baca Lagi >>

Awasi campur tangan kuasa asing waktu krisis

Posted: 13 Mar 2014 06:46 PM PDT

Oleh ARIF ATAN
Meletak simbol #PrayForMH370 (seperti tidak boleh saja ditulis dalam bahasa ibunda kita #DoakanMH370) kononnya sebagai tanda solidariti atas kesedihan menimpa memang semudah menempelkan foto bersiar-siar di Facebook.
Sebab apa? Sebab kita sendiri tidak terasa diri dan keluarga kita sedang menurut jejak nasib sama seperti 239 nyawa penumpang pesawat itu cuma dalam bentuk berbeza atau mungkin lebih menakutkan! 

Ramai yang masih leka negara ini sudah terdedah kepada campur tangan kuasa besar. Kita tidak endah dengan amaran tersirat dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 (bagi generasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah - KBSM) dipelajari dahulu tentang pelbagai alasan mudah British untuk campur tangan (baca: menjajah) negeri-negeri Melayu seawal kurun ke-18 lagi.
Bila pesawat MH370 ghaib, kita menjadi begitu mudah pasrah dan mengajar pula orang lain supaya "doa saja" seolah-olah menyerahkan seluruh usaha untuk mengelak keburukan lebih besar pada masa akan datang hanya kepada Tuhan semata-mata sebelum kita leka hanyut dengan gelak tawa kosong di Astro Warna.
Para penumpang dan anak kapal pesawat itu sudah tentu dalam bahaya tetapi masa depan 30 juta rakyat dari Perlis hingga ke Sabah belum tentu akan terus selamat!
Ya. Anda terbeliak mata, terhenti untuk 'posting' gambar makan-makan di Facebook sebelum mengulang lagi, "jangan politikkan isu MH370. Doa sajalah mereka selamat"?
Sempadan negara sudah sedia longgar sebelum ini. Kalau ketat kawalan, tidaklah Malaysia dilambakkan jutaan pendatang termasuk penjenayah asing.
Tanpa kita sedar dan buat-buat tidak sedar, sudah berduyun-duyun perisik juga sebenarnya sudah lolos memperkosa setiap inci butiran dan maklumat kedaulatan wilayah negara ini.
Buktinya tahun lalu saja. Lahad Datu dengan mudah diceroboh sehingga mengorbankan lebih 10 anggota keselamatan ketika Menteri Dalam Negeri waktu itu, Dato' Seri Hishammuddin Hussein awalnya berkata mereka bukan pengganas! (Oh, sekarang dia juga jadi Menteri Pertahanan! Tak tahan!)
Terfikirkah kita, sebelum isu MH370 sudah berapa ramai orang asing termasuk dengan agenda perisikan lepas masuk ke negara ini dengan menggunakan pasport palsu? Bukan dua penumpang sahaja yang guna pasport curi seperti kes MH370. Ramai lagi sebelum ini, kita tidak tahu, berapa banyak jumlahnya dan paling penting rahsia negara terbongkar. 
Read More / Baca Lagi >>

Jangan guna bomoh cari MH370

Posted: 13 Mar 2014 06:13 PM PDT

MH370
IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyifatkan usaha pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 secara jelas bertentangan dengan Islam.

 Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, masyarakat di negara ini terutama umat Islam, digesa tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tindakan itu bukan sahaja memberi kesan pemahaman negatif kepada penganut agama lain, malah agama Islam turut dipermainkan. Bukan itu sahaja, ia satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan ALLAH SWT.

"Yakinlah ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat untuk kita bergantung dan bertawakal, tiada kuasa lebih agung dari kekuasaan ALLAH.

"Apa yang mereka buat ini bukan cara disuruh dalam Islam, dan saya mohon kepada media dalam negara tidak perlulah 'beri muka' dengan mainkan cerita mengenai mereka," katanya di sini, semalam.

Mohd Yusop berkata, pihaknya mengajak rakyat terus berdoa agar pesawat MH370 yang hilang, segera ditemui.

 


Biodata Ibrahim Mat Zin, Raja Bomoh Sedunia yang secara sukarela tampil ke hadapan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin

Umur: 80 Tahun

Warganegara: Malaysia

Asal: Teluk Intan, Perak

Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP

Pengalaman Bomoh: 50 Tahun

Pekerjaan: Bomoh dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)

Kejayaan Karier Bomoh: Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam

Kronologi Karier Bomoh:

2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.

2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

Satelit terima isyarat ‘ping’ dari pesawat hilang

Posted: 13 Mar 2014 06:10 PM PDT


Operasi mencari dan menyelamat MH370 digerakkan di laut dan udara untuk mengesan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu. Gambar fail.Operasi mencari dan menyelamat MH370 digerakkan di laut dan udara untuk mengesan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu. Gambar fail.Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan semalam.
Namun isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal dihubungi menara kawalan.
Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali.
Namun, ping sahaja tidak menjadi bukti pesawat itu berada di udara, menurut sumber.
Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat itu yang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara.
Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman dan perairan di sekitar Malaysia.
Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia.

Amerika dakwa Malaysia beri data MH370 terbang 4 jam selepas hilang

Posted: 13 Mar 2014 05:58 PM PDT


Dua anggota tentera turut menulis kata-kata semangat kepada keluarga penumpang MH370 di papan kenyataan yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Mac, 2014.Dua anggota tentera turut menulis kata-kata semangat kepada keluarga penumpang MH370 di papan kenyataan yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Mac, 2014.Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini.
Dengan "maklumat terbaru" belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat.
Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut.
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, data menunjukkan enjin pesawat terus hidup empat jam selepas komunikasi terputus diterima daripada Pusat Komunikasi dan Pelaporan Sistem, Pesawat (ACARS), kemungkinan pesawat menghubungi melalui radio atau isyarat satelit.
Pegawai kanan itu berkata, pihak berkuasa Malaysia yang memberikan data tersebut kepada AS.
Akhbar The Wall Street Journal yang pertama melaporkan penyiasat AS mengesyaki enjin pesawat MH370 yang hilang itu terus hidup empat jam sebelum ia tiba ke lokasi yang belum dapat dipastikan.
Akhbar itu kemudian membetulkan laporannya dan berkata ia berdasarkan kepada data satelit, bukan isyarat daripada sistem pemantau yang dipasang di enjin Rolls-Royce pesawat itu. Putrajaya menafikan laporan awal itu.
Perkembangan itu datang ketika kerajaan Malaysia mengakui ada perkembangan sedikit dalam menyelesaikan misteri pesawat yang lesap itu.
Pegawai AS hari ini berkata, mereka tidak tahu arah pesawat itu terbang – atau sama ada ia hanya membuat bulatan – sepanjang kira-kira empat jam penerbangan itu atau sama ada mereka memang berada di udara atau tidak.
Tetapi, tambahan waktu penerbangan itu mungkin membolehkan pesawat itu berada di Lautan Hindi, menyebabkan pegawai AS mempertimbangkan meluaskan pencarian ke kawasan itu.
Seorang pegawai yang bercakap dengan syarat nama dirahsiakan itu berkata butiran terperinci siasatan berkenaan akan dibincangkan, kata akhbar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 13 Mar 2014 05:24 PM PDT



Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahir wabarukatuh.

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
Al-Maidah 5:8
Mukaddimah
Tan Sri Yang Di-Pertua,
Terlebih dahulu, saya melafazkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya saya berpeluang mengambil bahagian membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung.
Dalam dewan yang mulia ini, saya ingin mempertegaskan pendirian Pakatan Rakyat bahawa kami menyatakan ikrar kesetiaan dan kasih tak berbelah bahagi kepada DYMM SPB Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan simpati dan keprihatinan saya selaku Ketua Pembangkang Parlimen yang mewakili kesemua Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ke Beijing pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014.
Penjelasan Boikot
Tan Sri Yang Di-Pertua,
Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan dalam dewan yang mulia ini bagi menjelaskan tindakan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memulau beberapa acara tertentu pada hari pembukaan Parlimen pada hari Isnin, 10hb Mac 2014.
Pada hari tersebut, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bersepakat untuk bertindak:
i. Tidak memakai pakaian rasmi Parlimen (Dress Code No. 1)
ii. Tidak menyertai perbarisan istiadat pembukaan Parlimen
iii. Memulau Majlis Minum Petang DiRaja.
Sebagai kesinambungan protes, kami juga mengambil keputusan memulau sesi pembukaan perbahasan usul yang dibentangkan oleh pencadang Ahli Barisan Nasional dan penyokongnya pada hari Selasa, 11hb Mac 2014.
Alasan Boikot
Tan Sri Yang Di-Pertua,
Kami mempunyai alasan yang kukuh mengapa tindakan tersebut diambil. Pemulauan ini adalah suatu pernyataan protes yang telah dimaklumkan terlebih awal kepada SPB Yang Di-Pertuan Agung melalui surat saya kepada baginda pada awal pagi 10hb Mac 2014.
Dalam surat itu, saya selaku Ketua Pembangkang dan mewakili pimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan kepada Tuanku bahawa:
i. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir acara Majlis Perasmian Sesi Titah Diraja pada hari Isnin, 10hb Mac 2014 sebagai menghormati takhta SPB Agong.
ii. Pakatan Rakyat telah merafakkan maaf kepada SPB Agong kerana tidak hadir ke Majlis Jamuan DiRaja selepas Majlis Perasmian Parlimen. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat membantah cara pemerintah dan proses kehakiman yang dilihat amat tergesa-gesa dan bersungguh-sungguh untuk menghukum saya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari Jumaat, 7hb Mac 2014.
iii. Pakatan Rakyat menyelar tindakan kerajaan yang dilihat merestui proses kehakiman yang pincang yang gopoh lagi melampau menghukum saya. Ini hanyalah bertujuan untuk menghalang saya daripada bertanding dalam PRK DUN Kajang dan ini merupakan pengkhianatan terhadap aspirasi rakyat yang mahukan perubahan yang lebih baik.
Sekali lagi saya ingin mengulangi pendirian Pakatan Rakyat bahawa kami menjunjung kasih dan taat setia kepada SPB Agong. 
Saya memberi amaran kepada Barisan Nasional agar tidak memutarbelitkan pendirian kami ini.
Tan Sri Yang Di-Pertua,
Pada hari semalam, media portal Malaysiakini melaporkan Timbalan Perdana Menteri mendakwa bahawa keputusan kehakiman ke atas saya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional mahupun Kerajaan Persekutuan.
Ini adalah suatu kenyataan yang dangkal, yang cuba memutihkan tangan-tangan kotor yang berkonspirasi untuk mengaibkan saya dan menafikan keadilan terhadap diri saya serta menyekat agenda perubahan Pakatan Rakyat. 
Tangan-tangan kotor ini telah sekian lama merencanakan konspirasi jahat lagi rakus dan zalim. Oleh yang demikian, saya tidak terkejut apabila pada hari Jumaat yang lalu Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang telah membebaskan saya daripada tuduhan yang diatur sekian lama untuk mengaibkan peribadi saya.
Saya sedar dengan penuh yakin bahawa konspirasi politik peringkat tertinggi yang menghukum saya pada tahun 1998 dahulu kini berulang kembali dengan skrip yang usang.
Maka dengan itu, Pakatan Rakyat mengambil keputusan membantah sekeras-kerasnya cara pemerintah dan proses kehakiman yang menafikan keadilan dan proses kehakiman baru-baru ini.
Kami yakin wujud konspirasi politik dan persekongkolan aparat pemerintah untuk menghukum saya.

Konspirasi Politik
Tan Sri Yang Di-Pertua,
Kami tidak syak lagi bahawa wujud konspirasi politik peringkat tertinggi sejak dari awal yang bertujuan memfitnahkan saya. Konspirasi ini telah bermula lebih awal daripada dakwaan palsu yang berupa fitnah yang terancang.
Pada 24hb Jun 2008, YAB Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri sendiri mengaku bahawa beliau bertemu Saiful Bukhari Azlan.
Pertemuan itu diadakan di Kediaman Rasmi Najib Razak pada 26hb Jun 2008, iaitu dua hari sebelum dakwaan fitnah Saiful terhadap saya. Ia turut dihadiri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Kemudiannya, barulah disusuli dengan aduan polis yang dibuat oleh Saiful pada 28hb Jun 2008.
Menurut laporan Malaysiakini bertarikh 3hb Julai 2008, (TPM) Najib Razak mengaku bahawa Saiful datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat aduan polis terhadap saya. Menurutnya lagi, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat aduan polis (28hb Jun 2008), bercerita mendakwa telah diliwat oleh saya yang didakwa Saiful berlaku pada 26hb Jun 2008.
Pendek kata, ia begini Tan Sri Yang Di-Pertua; "Hari ini jumpa Najib, kemudian esok lusa buat cerita diliwat lagi dua hari."
Ini cukup menghairankan dan merupakan lawak lucu politik.
Tan Sri Yang Di-Pertua,
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang : Peniaga nafi ada ayam dijual RM1 - Kak Wan

Posted: 13 Mar 2014 04:50 PM PDT

KAJANG, 13 MAC : Calon Parti Keadilan Pakyat (PKR)N N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka menjual dengan harga RM1 seekor.
"Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," katanya kepada wartawan.
Memetik laporan Harakah Daily, beliau berkata, Pasar Kajang harus diberi perhatian khususnya daripada segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan.
"Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga.
"Kita akan senaraikan keutamaan dan itu perkara pertama harus dilaksanakan," katanya.
Pelbagai barangan yang boleh diperoleh di Pasar Kajang daripada barangan basah, kering serta pakaian, selain terdapat beberapa kedai borong yang turut menjadi tumpuan peniaga kecil.
Pada kesempatan itu, Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga.
"Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai danakan masak sambal petai," katanya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa tertentu.
Pasar Kajang adalah satu-satunya pasar yang ada di kawasan berkenaan menyebabkan ia menjadi tumpuan utama penduduk di sana.

PRK Dun Kajang: 'Beri BN isyarat supaya berehat'

Posted: 13 Mar 2014 04:44 PM PDT

KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru kepada pengundi Kajang supaya bersamanya untuk melakukan perubahan pada negara.

Jelasnya sudah tiba masanya untuk BN berehat daripada arena politik tanah air, justeru langkah  pengundi Kajang ialah dengan memberi kemenangan kepadanya ini sekaligus memberi 'signal' kepada BN bahawa parti itu sudah tidak diterima lagi.

"Negara sudah teruk, di mahkamah kita tidak dapat pembelaan. Semua barang naik, tol naik, kangkung naik, oleh itu kita perlu buat sesuatu kepada negara.

"Perkara ini, saya seorang tidak boleh, kamulah (pengundi) Kajang tolong bersama-sama saya. Beri 'signal' kepada BN, bagi mereka rehatlah," katanya ketika ceramah di Sungai Chua hari ini.

Oleh itu, jelas Wan Azizah rakyat Kajang harus berani 'menyuarakan' bantahan mereka terhadap BN menerusi peti undi nanti.

"Kita harus berani lakukan perubahan, berani menentang kezaliman," katanya.

PRK  Dun  Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Wan Azizah dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu.

Cara Putrajaya urus kehilangan pesawat MH370 jadi isu kempen di Kajang

Posted: 13 Mar 2014 04:42 PM PDT


Calon PKR di Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berceramah ketika kempen di Sungai Kantan, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mac, 2014.Calon PKR di Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berceramah ketika kempen di Sungai Kantan, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mac, 2014.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu kelemahan pengendalian kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 oleh Putrajaya ketika kempen ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Kajang malam tadi, dengan berkata kepimpinan tegas diperlukan dalam pengurusan krisis sedemikian.
Anwar sebelum itu di Dewan Rakyat membangkitkan isu berkenaan kewujudan "Bomoh Do Re Mi" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Parlimen dan menyifatkan tindakan berkenaan adalah "bodoh dan memalukan negara."
"Yang orang kritik seperti New York Times, Guardian, dan akhbar China mengkritik keras (kerajaan Malaysia). Vietnam juga kata kalau kamu tidak beri maklumat, mereka mahu menarik kerjasama kami. Jakarta Post juga menegur kepincangan berlaku kerana kerajaan Malaysia tidak telus.
"Satu dunia menyerang kita sekarang kerana cara kendali. Pemangku menteri pengangkutan beritahu empat orang guna passport curi, ketua polis negara kata dua, ini apa dia?" kata Anwar dalam ceramahnya di bandar Kajang, malam tadi.
Anwar turut mengulangi gesaan yang dibuatnya sebelum ini apabila mencadangkan Putrajaya melantik seorang jurucakap untuk membuat pengumuman ataupun makluman supaya tidak lagi berlaku percanggahan terhadap maklumat yang disampaikan berhubung insiden berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Amerika ada petunjuk MH370 hilang di Lautan Hindi, kapal digerakkan untuk mencari

Posted: 13 Mar 2014 04:41 PM PDT


Gambar kapal pemusnah peluru berpandu USS Kidd di Lautan Pasifik yang dirakamkan pada 18 Mei, 2011 oleh tentera laut AS. Kidd dan USS Pinkney digerakkan ke Selat Melaka dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu. – Gambar Reuters.Gambar kapal pemusnah peluru berpandu USS Kidd di Lautan Pasifik yang dirakamkan pada 18 Mei, 2011 oleh tentera laut AS. Kidd dan USS Pinkney digerakkan ke Selat Melaka dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu. – Gambar Reuters.Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.
Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.
"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.
Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.
AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.
Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang.
Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata "tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan" di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.
Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A Poseidon

Posted: 13 Mar 2014 04:40 PM PDT

MH370
KUALA LUMPUR - Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu  terbang pada  ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan.

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. - Bernama

MH370: Nombor telefon daripada keluarga penumpang dari AS, bukan China, kata MAS

Posted: 13 Mar 2014 04:39 PM PDT

Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat, dan bukan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy, berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika.
Terdahulu, seorang anggota keluarga penumpang MH370 mendakwa beliau menerima panggilan yang dialih dari satu nombor selepas ia hilang dan menggesa MAS menyiasat sumbernya bagi mengesan kedudukan pesawat malang itu.
Beliau menyerahkan nombor itu kepada Ong untuk siasatan lanjut ketika sesi taklimat sebelum itu.
Khabar angin berkaitan MH370 tersebar luas di internet termasuk panggilan telefon berkenaan dan ini sedikit sebanyak menghidupkan kembali harapan anggota keluarga penumpang serta anak kapal pesawat itu, yang sebelum ini kian pudar. - Bernama

MH370: Tiada data diterima Rolls Royce atau Boeing selepas 1.07 pagi, kata MAS

Posted: 13 Mar 2014 04:33 PM PDT


Rolls Royce dan Boeing menafikan menerima sebarang data dihantar oleh pesawat penerbangan MH370 selepas pesawat itu hilang, kata Malaysia Airlines (MAS).
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya (gambar) hari ini menegaskan transmisi terakhir diterima daripada pesawat itu adalah pada 1:07 pagi Sabtu lepas, dan tiada lagi selepas itu.
Beliau berkata syarikat penerbangan kebangsaan telah bertanya secara khusus kepada Rolls Royce dan Boeing mengenai laporan menyatakan pesawat hilang itu masih terbang beberapa jam selepas ia hilang, dan mengesahkan ia tidak betul.
"Kami telah hubungi kedua-dua sumber mengenai data itu, Rolls Royce dan Boeing. Kedua-dua syarikat menyatakan mereka tidak menerima data itu," katanya dalam taklimat media di Sepang hari ini.
Arahan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut menyatakan pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyelenggaraan.
Semua pemeriksaan penyelenggaraan dilakukan secara teratur, dengan rutin terakhir penyelenggaraan dilakukan pada 23 Februari tahun ini dan servis akan datang dijadual pada 19 Jun.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata hubungan terakhir pesawat itu dengan radar Malaysia ialah semasa pemindahan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam.
"Kami hilang pesawat itu daripada radar pada ketika kami memindahkan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam, secara spesifiknya di kawasan bernama Igari," katanya.
Pesawat dalam penerbangan ke Beijing itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac. – Bernama