RAKYAT MARHAEN |
- MH370: Hanya Kerana Bomoh, Reputasi Najib Terbarai Di Mata Dunia
- MH370: Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan
- MH370: Pentagon percaya pautan data, transponder sengaja ditutup berasingan
- Dalam Ini Dunia...! Malaysia Boleh......Zam Zam Ala Kazam.......!!
- PRK Dun Kajang: AKHIRNYA JUMPA JUGA AYAM RM1 ....
- MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam lapor Utusan Malaysia milik Umno
- Teori pesawat MH370 dirampas semakin kuat
- Khutbah JAKIM: Jangan sebar berita palsu MH370
- Makin Keliru: Iran Dakwa Amerika Perancang Konspirasi Culik Pesawat MH370
- 'Significant likelihood' plane at bottom of Indian Ocean
- The mechanics of Malaysia's missing flight
- MH 370: IMEJ MALAYSIA TURUT ‘TERHEMPAS DAN BERKECAI’
- Spekulasi MH370 satu jenayah, dosa?
- Awasi campur tangan kuasa asing waktu krisis
- Jangan guna bomoh cari MH370
- Satelit terima isyarat ‘ping’ dari pesawat hilang
- Amerika dakwa Malaysia beri data MH370 terbang 4 jam selepas hilang
- Anwar Ibrahim: Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
- PRK Dun Kajang : Peniaga nafi ada ayam dijual RM1 - Kak Wan
- PRK Dun Kajang: 'Beri BN isyarat supaya berehat'
- Cara Putrajaya urus kehilangan pesawat MH370 jadi isu kempen di Kajang
- Amerika ada petunjuk MH370 hilang di Lautan Hindi, kapal digerakkan untuk mencari
- MH370: Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A Poseidon
- MH370: Nombor telefon daripada keluarga penumpang dari AS, bukan China, kata MAS
- MH370: Tiada data diterima Rolls Royce atau Boeing selepas 1.07 pagi, kata MAS
MH370: Hanya Kerana Bomoh, Reputasi Najib Terbarai Di Mata Dunia Posted: 13 Mar 2014 08:56 PM PDT Sebagaimana yang dijangka sebelum ini, lagi lama misteri kehilangan pesawat MH370 berlarutan, lagi berat tekanan yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Ini kerana seluruh dunia sedang memberi tumpuan tentang bagaimana kerajaan menyelesaikan krisis tersebut yang sudah berlangsung selama hampir seminggu tanpa sebarang petunjuk positif. Jika di awal bermulanya tragedi ini, kerajaan dipertikai kerana sering memberikan maklumat yang tidak telus dan tidak tepat dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dengan penerbangan dan keselamatan pula saling bercanggah dalam memberi maklumat, keadaan kini bertambah buruk dengan imej Najib mula dipertikai dan diperlekeh di peringkat antarabangsa. Ketika episod pesawat hilang ini juga, terdedah pelbagai kelemahan kerajaan seperti pintu masuk negara yang mudah dibolosi walau dengan pasport curi, ketiadaan persiapan menghadapi krisis dan lebih buruk lagi ia turut menyerlahkan sikap pimpinan politik dan kerajaan yang turut tidak berwibawa dengan bukan saja memberi maklumat tidak tepat, bercanggah dengan anak buah sendiri serta menempelak kakitangan agensi di bawah kementerian sendiri tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Sementara pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menjalankan tugasnya dan melebarkan lagi lingkungan pencarian, kehadiran seorang bomoh silat yang bernama Ibrahim Mat Zain melakukan upacara ritual di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat yang hilang itu, bukan saja mengundang kritikan dalam negara, bahkan juga melebar sehingga ke peringkat antarabangsa. Dengan ritual pertama menggunakan teropong buluh dan bubu manakala ritual kedua pula menggunakan tikar terbang dan buah kelapa serta mendakwa dijemput untuk melakukan ucapaca itu oleh seorang VIP, Najib segera dikritik oleh media Arab sebagai mengamalkan ilmu sihir untuk mencari pesawat yang hilang itu. Di Barat pula, pengguna media sosialnya melabelkan Najib sebagai pemimpin yang tiada otak serta memalukan rakyat Malaysia kerana membenarkan upacara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kemajuan manusia itu diadakan sebanyak dua kali di KLIA tanpa sebarang halangan. Walaupun beberapa pemimpin kerajaan seperti Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin menafikan penglibatan kerajaan dalam menaja bomoh tersebut tetapi yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana kerajaan yang mempunyai pelbagai agensi penguatkuasaan dan beribu-ribu anggota, tetapi tiada satu pun yang berani menyentuh raja bomoh itu sehingga ini. Ia seolah-olah ada benarnya pengakuannya sebelum ini bahawa kehadirannya itu adalah atas jemputan seorang VIP yang mempercayai kebolehan dan kemampuan ilmu perbomohannya. Tindakan raja bomoh ini, jika berdasarkan cemuhan di peringkat antarabangsa dan media Arab, jelas sudah memalu serta mengaibkan Najib dan kerajaan. Najib akan dipandang buruk di peringkat antarabangsa selepas ini dan kehadirannya di mata dunia seolah-olah sudah tercabut wibawanya. Bagaimana Najib mahu berhadapan dengan pemimpin dunia selepas ini? Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan Posted: 13 Mar 2014 08:50 PM PDT Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan. Jika usaha mencari pesawat hilang MH370 gagal setelah memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak akan dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan. Merujuk kepada nahas 1972 melibatkan pesawat Pan Alaska Airways, Sylvia Adcock menerusi laman sesawang CNN berkata, pesawat Cessna berlepas dari sempadan Anchorage ke Juneau dalam cuaca buruk namun pesawat itu tidak mendarat. Berhubung pesawat Malaysia Airlines 777-200ER yang hilang pada Sabtu dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, Adcock berkata, satelit China dapat mengesan imej yang dikatakan kawasan nahas. Namun pesawat Malaysia dan Vietnam yang melakukan kerja pencarian di Laut China Selatan semalam mendapati tiada tanda pesawat Boeing 777 berada di kawasan itu. |
MH370: Pentagon percaya pautan data, transponder sengaja ditutup berasingan Posted: 13 Mar 2014 08:49 PM PDT Pentagon percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan, lapor ABC News, hari ini. Menurut laporan itu, dua pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar. "Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan," kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC. Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit. Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu. Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur. |
Dalam Ini Dunia...! Malaysia Boleh......Zam Zam Ala Kazam.......!! Posted: 13 Mar 2014 08:43 PM PDT |
PRK Dun Kajang: AKHIRNYA JUMPA JUGA AYAM RM1 .... Posted: 13 Mar 2014 08:20 PM PDT Sebagai mendengar dan akur akan nasihat Najib Razak agar jadilah pembeli yang bijak macam dirinya yang boleh beli ayam sekeor dengan harga RM1 .. maka setelah dua hari merayau di pasar tani dan pasar basah sekitar Kajang akhirnya calon KEADILAN/PR semasa berkunjung di Pasar Malam Sg Sekamat, Kajang semalam telah berjaya jumpa ayam harga RM1 ... tetapi bukan seekor tetapi satu kepak ayam goreng saja. Jadilah warga bijak .. tolak BN pada PRK Kajang nanti .. cukuplah rakyat dihina dan diperbodohkan pemimpin UMNO/BN selama lebih 57 tahun .. tunjukkan kini rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan politik murahan UMNO/BN. |
Posted: 13 Mar 2014 08:08 PM PDT Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam. Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam. "Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja. "Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin. Read More / Baca Lagi >> |
Teori pesawat MH370 dirampas semakin kuat Posted: 13 Mar 2014 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Adakah pesawat MH370 milik penerbangan Malaysia dirampas dan 'dibawa lari' ke lokasi yang tidak diketahui? Kemungkinan itu sedang disiasat agensi perisikan Amerika Syarikat, lapor Wall Street Journal, edisi 13 Mac lalu. Wartawan akhbar tersebut, Andy Pasztor dan Jon Ostrower mendedahkan hasil penyiasatan agensi perisikan Amerika Syarikat ke atas kehilangan misteri MH370. Antara hasil siasatan adalah MH370 telah terbang selama 5 jam, iaitu satu jam sebelum ia hilang dari radar Trafik Kawalan Udara Vietnam pada jam 1.30 pagi Sabtu, 8 Mac 2014 dan 4 jam lagi selepas itu. Para penyiasat juga mengkaji kemungkinan kapal terbang itu telah mendarat di suatu lokasi yang tidak diketahui dengan juruterbang atau orang lain dari kalangan penumpang telah mengubah haluan kapal terbang dan mematikan alat transponder kapal terbang itu bagi mengelakkan dikesan radar. Penyiasatan masih di peringkat awal dan para penyiasat belum lagi menemui bukti-bukti jelas untuk menyokong teori bahawa kapal terbang itu dirampas pengganas atau disabotaj. Pegawai-pegawai dari jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dilapor belum menemui sesuatu yang spesifik untuk menyimpulkan bahawa kapal terbang itu dirampas oleh pengganas. Namun, mereka belum lagi menolak secara konklusif bahawa kehilangan MH370 sama sekali tidak ada kena mengena dengan keganasan, lapor akhbar tersebut. Dua persoalan yang amat membingungkan para penyiasat adalah ke mana kapal terbang itu meneruskan penerbangan dan mengapa alat transpondernya dimatikan? Ini menyebabkan timbulnya teori di kalangan penyiasat bahawa kapal terbang itu telah "diambilalih dan dikuasai" oleh pihak lain untuk tujuan tertentu. Teori ini dimaklumkan kepada pegawai jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dan pelbagai agensi berkaitan. Read More / Baca Lagi >> |
Khutbah JAKIM: Jangan sebar berita palsu MH370 Posted: 13 Mar 2014 07:27 PM PDT Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru semua pihak supaya tidak memanipulasikan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan menyebarkan berita palsu. Khutbah itu memohon supaya semua pihak bertenang dan bersabar dengan setiap ujian yang melanda kerana ada hikmah di sebaliknya. "Justeru, semua pihak berkewajipan supaya tenang dan tidak mengambil kesempatan dalam suasana ini untuk memanipulasi keadaan dengan menyebarkan berita palsu sama ada melalui media massa, media cetak, internet dan sebagainya." Khutbah itu mengimbas kembali kisah Nabi Ayub AS yang mengharungi kehilangan semua anaknya, kehabisan semua hartanya, dijangkiti penyakit, dan ditinggalkan kaum kerabat serta isterinya sendiri. Namun, tegasnya, Nabi Ayub tetap mengharungi kehidupan dengan penuh sabar dan tenang kerana yakin dengan takdir Allah. Khutbah itu juga menegaskan bahawa ujian itu satu bentuk kasih sayang Allah agar manusia kembali ke jalanNya. Ia juga meminta dilakukan solat hajat dan berdoa supaya insiden tersebut diatasi dengan baik. |
Makin Keliru: Iran Dakwa Amerika Perancang Konspirasi Culik Pesawat MH370 Posted: 13 Mar 2014 07:25 PM PDT Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan & Polisi Luar Iran , memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi. Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah "plot". "Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis. Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam," katanya. Soal penumpang yang menggunakan paspot curi di dalam penerbangan MH 370 telah disahkan oleh Interpol pada hari Ahad lalu. Mereka adalah Mohammed Reza Delavar, 29 tahun, dan Pouria Nourmohammadi, 19 tahun. Kedua-duanya menggunakan pasport milik seorang warga Austria dan seorang Itali yang dilaporkan hilang beberapa waktu sebelumnya. Read More / Baca Lagi >> |
'Significant likelihood' plane at bottom of Indian Ocean Posted: 13 Mar 2014 07:18 PM PDT |
The mechanics of Malaysia's missing flight Posted: 13 Mar 2014 07:17 PM PDT |
MH 370: IMEJ MALAYSIA TURUT ‘TERHEMPAS DAN BERKECAI’ Posted: 13 Mar 2014 06:49 PM PDT Aku cuba menyembunyikan perasaan aku mengenai banyak perkara berkaitan dengan misi penyelamat MH 370 ini. Aku cuba menyembunyikan juga apa yang aku dengar tentang 'cakap-cakap' orang mengenai pemimpin dan pegawai tinggi di negara aku. Setakat yang aku termampu aku cuba mencari helah dan dalih untuk mempertahankan pemimpin dan pegawai tinggi dari Malaysia yang menjadi bahan cemuhan dan kritikan umum seluruh dunia kini. Cuma yang aku dapati tidak ada kritikan hanya dari negara Eskimo sahaja disebabkan tidak ada rakan dan taulan aku dari sana. Selain dari itu hampir seluruh dunia menyampaikan ke telinga aku 'cerita' tentang misi penyelamat MH 370. Terakhir aku baca mengenai kritikan terhadap negara kita adalah dari Bloomberg melalui artikel, Malaysia Finds Managing Crisis Exposes Leadership Limits' bertarikh 12 Mac 2014. Antara yang dipaparkan ialah tentang,' Malaysia, aspiring to become a developed nation in six years, is finding that more than 50 years under one coalition and tight control over information is a mismatch for handling a rapidly growing crisis followed across the world' Memang kewajipan aku untuk cuba mempertahankan sedaya upaya pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan di negara aku dari segenap segi. Namun disebabkan bertubi-tubi 'asakan dan hentaman' yang ditujukan maka akhirnya aku seolah-olah mengaku kalah juga. Setiap hujah yang aku kemukakan untuk 'menegakkan benang basah' aku, maka sepantas kilat mereka menafikan dengan hujah-hujah yang cukup konkrit sehingga aku tidak dapat 'bernafas'. "They're handling a huge global issue as if it was domestic politics," said Clive Kessler, Emeritus Professor of Sociology and Anthropology at the University of New South Wales in Sydney, who has analyzed the nation's politics for half a century. "With the cause of the disappearance still unknown you can understand the need for discretion and caution but it's being perceived in Malaysia and elsewhere in the region as a bid to hide the truth." Malaysia Finds Managing Crisis Exposes Leadership Limits' bertarikh 12 Mac 2014 Read More / Baca Lagi >> |
Spekulasi MH370 satu jenayah, dosa? Posted: 13 Mar 2014 06:47 PM PDT Oleh H FANSURI Saat ini terlalu banyak spekulasi berterbangan di mana-mana. Ada spekulasi yang jujur dan andaian yang bingung dan menyesatkan. Marah-marah Umno kerap terarah kepada orang yang berspekulasi, membina andaian dan membangun anggapan masing-masing. Spekulasi ini terbina dengan sebab perlakuan menteri sendiri yang enggan mengulas. Maka, apabila tiada jawapan, di sinilah semakin terbukanya ruang berspekulasi dalam kalangan rakyat dengan lebarnya. Spekulasi MH370 kini adalah musuh dan seteru kepada Umno padahal orang berspekulasi itu juga turut membantu rakyat berfikir. Rakyat kini, membina rumusan berhubung kawalan keselamatan di lapangan terbang Malaysia yang kelihatannya sangat longgar dibanding kawalan keselamatan negara Eropah lain, dan di mana-mana negara maju. Selain itu, terbit rumusan bersifat Ketuhanan dalam kalangan rakyat yang beragama, di mana segala kejadian ini dikaitkan dengan urusan hukuman Tuhan, hukum karma ke atas dosa-dosa masyarakat yang terlalu banyak. Sebutlah sahaja isu apa sekali pun -- rasuah, penyelewengan kuasa dalam jabatan-jabatan kerajaan yang berlaku hampir setiap masa. Laporan audit membariskan dosa-dosa ini tanpa dihukum sesiapa pun. Namun, apabila hal spekulasi ini dibahas, maka ada pula suara sumbang yang cuba menutup perbahasan dengan rentak nada beragama juga. Kata mereka, "Sudah, sudahlah. Berdoalah sahajalah kepada Tuhan." Maka, perbincangan mengenai spekulasi apa pun jadi terhalang dan tersekat oleh kebuntuan berfikir kita sendiri. Jadi antara hikmah kejadian kehilangan MH370 ini adalah ia menjadi kayu ukur kepada sejauh mana cara berfikir masyarakat selama ini. Dan keadaan perbincangan bergolak ini memaksa kita bersabar dengan perbualan yang wujud pada setiap masa. Saat ini, dilaporkan tujuh buah negara terbabit dalam gerakan mencari pesawat MH370 yang dilaporkan hilang itu. Kehilangannya di Laut China Selatan itu amat misteri apatah lagi kawasan ini agak tegang mutakhir ini ditambah dengan tuntutan China ke atas kawasan perairan itu. Maka, setiap orang tertanya-tanya dan sudah berspekulasi sesama sendiri -- bagaimana pesawat hebat dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatannya yang baik termasuk memiliki juruterbang berpengalaman dalam menerbangkan sejumlah pesawat itu, kini boleh hilang begitu sahaja? Read More / Baca Lagi >> |
Awasi campur tangan kuasa asing waktu krisis Posted: 13 Mar 2014 06:46 PM PDT Oleh ARIF ATAN Meletak simbol #PrayForMH370 (seperti tidak boleh saja ditulis dalam bahasa ibunda kita #DoakanMH370) kononnya sebagai tanda solidariti atas kesedihan menimpa memang semudah menempelkan foto bersiar-siar di Facebook. Sebab apa? Sebab kita sendiri tidak terasa diri dan keluarga kita sedang menurut jejak nasib sama seperti 239 nyawa penumpang pesawat itu cuma dalam bentuk berbeza atau mungkin lebih menakutkan! Ramai yang masih leka negara ini sudah terdedah kepada campur tangan kuasa besar. Kita tidak endah dengan amaran tersirat dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 (bagi generasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah - KBSM) dipelajari dahulu tentang pelbagai alasan mudah British untuk campur tangan (baca: menjajah) negeri-negeri Melayu seawal kurun ke-18 lagi. Bila pesawat MH370 ghaib, kita menjadi begitu mudah pasrah dan mengajar pula orang lain supaya "doa saja" seolah-olah menyerahkan seluruh usaha untuk mengelak keburukan lebih besar pada masa akan datang hanya kepada Tuhan semata-mata sebelum kita leka hanyut dengan gelak tawa kosong di Astro Warna. Para penumpang dan anak kapal pesawat itu sudah tentu dalam bahaya tetapi masa depan 30 juta rakyat dari Perlis hingga ke Sabah belum tentu akan terus selamat! Ya. Anda terbeliak mata, terhenti untuk 'posting' gambar makan-makan di Facebook sebelum mengulang lagi, "jangan politikkan isu MH370. Doa sajalah mereka selamat"? Sempadan negara sudah sedia longgar sebelum ini. Kalau ketat kawalan, tidaklah Malaysia dilambakkan jutaan pendatang termasuk penjenayah asing. Tanpa kita sedar dan buat-buat tidak sedar, sudah berduyun-duyun perisik juga sebenarnya sudah lolos memperkosa setiap inci butiran dan maklumat kedaulatan wilayah negara ini. Buktinya tahun lalu saja. Lahad Datu dengan mudah diceroboh sehingga mengorbankan lebih 10 anggota keselamatan ketika Menteri Dalam Negeri waktu itu, Dato' Seri Hishammuddin Hussein awalnya berkata mereka bukan pengganas! (Oh, sekarang dia juga jadi Menteri Pertahanan! Tak tahan!) Terfikirkah kita, sebelum isu MH370 sudah berapa ramai orang asing termasuk dengan agenda perisikan lepas masuk ke negara ini dengan menggunakan pasport palsu? Bukan dua penumpang sahaja yang guna pasport curi seperti kes MH370. Ramai lagi sebelum ini, kita tidak tahu, berapa banyak jumlahnya dan paling penting rahsia negara terbongkar. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 13 Mar 2014 06:13 PM PDT IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyifatkan usaha pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 secara jelas bertentangan dengan Islam. Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, masyarakat di negara ini terutama umat Islam, digesa tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. "Tindakan itu bukan sahaja memberi kesan pemahaman negatif kepada penganut agama lain, malah agama Islam turut dipermainkan. Bukan itu sahaja, ia satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan ALLAH SWT. "Yakinlah ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat untuk kita bergantung dan bertawakal, tiada kuasa lebih agung dari kekuasaan ALLAH. "Apa yang mereka buat ini bukan cara disuruh dalam Islam, dan saya mohon kepada media dalam negara tidak perlulah 'beri muka' dengan mainkan cerita mengenai mereka," katanya di sini, semalam. Mohd Yusop berkata, pihaknya mengajak rakyat terus berdoa agar pesawat MH370 yang hilang, segera ditemui. Biodata Ibrahim Mat Zin, Raja Bomoh Sedunia yang secara sukarela tampil ke hadapan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan pesawat MH370 yang hilang. Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin Umur: 80 Tahun Warganegara: Malaysia Asal: Teluk Intan, Perak Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Pengalaman Bomoh: 50 Tahun Pekerjaan: Bomoh dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM) Kejayaan Karier Bomoh: Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam Kronologi Karier Bomoh: 2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan. 2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara. |
Satelit terima isyarat ‘ping’ dari pesawat hilang Posted: 13 Mar 2014 06:10 PM PDT Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan semalam. Namun isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal dihubungi menara kawalan. Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali. Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat itu yang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara. Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman dan perairan di sekitar Malaysia. Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia. |
Amerika dakwa Malaysia beri data MH370 terbang 4 jam selepas hilang Posted: 13 Mar 2014 05:58 PM PDT Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini. Dengan "maklumat terbaru" belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat. Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut. Pegawai kanan itu berkata, pihak berkuasa Malaysia yang memberikan data tersebut kepada AS. Akhbar The Wall Street Journal yang pertama melaporkan penyiasat AS mengesyaki enjin pesawat MH370 yang hilang itu terus hidup empat jam sebelum ia tiba ke lokasi yang belum dapat dipastikan. Akhbar itu kemudian membetulkan laporannya dan berkata ia berdasarkan kepada data satelit, bukan isyarat daripada sistem pemantau yang dipasang di enjin Rolls-Royce pesawat itu. Putrajaya menafikan laporan awal itu. Perkembangan itu datang ketika kerajaan Malaysia mengakui ada perkembangan sedikit dalam menyelesaikan misteri pesawat yang lesap itu. Pegawai AS hari ini berkata, mereka tidak tahu arah pesawat itu terbang – atau sama ada ia hanya membuat bulatan – sepanjang kira-kira empat jam penerbangan itu atau sama ada mereka memang berada di udara atau tidak. Tetapi, tambahan waktu penerbangan itu mungkin membolehkan pesawat itu berada di Lautan Hindi, menyebabkan pegawai AS mempertimbangkan meluaskan pencarian ke kawasan itu. Seorang pegawai yang bercakap dengan syarat nama dirahsiakan itu berkata butiran terperinci siasatan berkenaan akan dibincangkan, kata akhbar itu. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim: Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Posted: 13 Mar 2014 05:24 PM PDT Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahir wabarukatuh. "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Al-Maidah 5:8 Mukaddimah Tan Sri Yang Di-Pertua, Terlebih dahulu, saya melafazkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya saya berpeluang mengambil bahagian membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung. Dalam dewan yang mulia ini, saya ingin mempertegaskan pendirian Pakatan Rakyat bahawa kami menyatakan ikrar kesetiaan dan kasih tak berbelah bahagi kepada DYMM SPB Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan simpati dan keprihatinan saya selaku Ketua Pembangkang Parlimen yang mewakili kesemua Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ke Beijing pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014. Penjelasan Boikot Tan Sri Yang Di-Pertua, Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan dalam dewan yang mulia ini bagi menjelaskan tindakan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memulau beberapa acara tertentu pada hari pembukaan Parlimen pada hari Isnin, 10hb Mac 2014. Pada hari tersebut, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bersepakat untuk bertindak: i. Tidak memakai pakaian rasmi Parlimen (Dress Code No. 1) ii. Tidak menyertai perbarisan istiadat pembukaan Parlimen iii. Memulau Majlis Minum Petang DiRaja. Sebagai kesinambungan protes, kami juga mengambil keputusan memulau sesi pembukaan perbahasan usul yang dibentangkan oleh pencadang Ahli Barisan Nasional dan penyokongnya pada hari Selasa, 11hb Mac 2014. Alasan Boikot Tan Sri Yang Di-Pertua, Kami mempunyai alasan yang kukuh mengapa tindakan tersebut diambil. Pemulauan ini adalah suatu pernyataan protes yang telah dimaklumkan terlebih awal kepada SPB Yang Di-Pertuan Agung melalui surat saya kepada baginda pada awal pagi 10hb Mac 2014. Dalam surat itu, saya selaku Ketua Pembangkang dan mewakili pimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan kepada Tuanku bahawa: i. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir acara Majlis Perasmian Sesi Titah Diraja pada hari Isnin, 10hb Mac 2014 sebagai menghormati takhta SPB Agong. ii. Pakatan Rakyat telah merafakkan maaf kepada SPB Agong kerana tidak hadir ke Majlis Jamuan DiRaja selepas Majlis Perasmian Parlimen. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat membantah cara pemerintah dan proses kehakiman yang dilihat amat tergesa-gesa dan bersungguh-sungguh untuk menghukum saya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari Jumaat, 7hb Mac 2014. iii. Pakatan Rakyat menyelar tindakan kerajaan yang dilihat merestui proses kehakiman yang pincang yang gopoh lagi melampau menghukum saya. Ini hanyalah bertujuan untuk menghalang saya daripada bertanding dalam PRK DUN Kajang dan ini merupakan pengkhianatan terhadap aspirasi rakyat yang mahukan perubahan yang lebih baik. Sekali lagi saya ingin mengulangi pendirian Pakatan Rakyat bahawa kami menjunjung kasih dan taat setia kepada SPB Agong. Saya memberi amaran kepada Barisan Nasional agar tidak memutarbelitkan pendirian kami ini. Tan Sri Yang Di-Pertua, Pada hari semalam, media portal Malaysiakini melaporkan Timbalan Perdana Menteri mendakwa bahawa keputusan kehakiman ke atas saya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional mahupun Kerajaan Persekutuan. Ini adalah suatu kenyataan yang dangkal, yang cuba memutihkan tangan-tangan kotor yang berkonspirasi untuk mengaibkan saya dan menafikan keadilan terhadap diri saya serta menyekat agenda perubahan Pakatan Rakyat. Tangan-tangan kotor ini telah sekian lama merencanakan konspirasi jahat lagi rakus dan zalim. Oleh yang demikian, saya tidak terkejut apabila pada hari Jumaat yang lalu Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang telah membebaskan saya daripada tuduhan yang diatur sekian lama untuk mengaibkan peribadi saya. Saya sedar dengan penuh yakin bahawa konspirasi politik peringkat tertinggi yang menghukum saya pada tahun 1998 dahulu kini berulang kembali dengan skrip yang usang. Maka dengan itu, Pakatan Rakyat mengambil keputusan membantah sekeras-kerasnya cara pemerintah dan proses kehakiman yang menafikan keadilan dan proses kehakiman baru-baru ini. Kami yakin wujud konspirasi politik dan persekongkolan aparat pemerintah untuk menghukum saya. Konspirasi Politik Tan Sri Yang Di-Pertua, Kami tidak syak lagi bahawa wujud konspirasi politik peringkat tertinggi sejak dari awal yang bertujuan memfitnahkan saya. Konspirasi ini telah bermula lebih awal daripada dakwaan palsu yang berupa fitnah yang terancang. Pada 24hb Jun 2008, YAB Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri sendiri mengaku bahawa beliau bertemu Saiful Bukhari Azlan. Pertemuan itu diadakan di Kediaman Rasmi Najib Razak pada 26hb Jun 2008, iaitu dua hari sebelum dakwaan fitnah Saiful terhadap saya. Ia turut dihadiri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Kemudiannya, barulah disusuli dengan aduan polis yang dibuat oleh Saiful pada 28hb Jun 2008. Menurut laporan Malaysiakini bertarikh 3hb Julai 2008, (TPM) Najib Razak mengaku bahawa Saiful datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat aduan polis terhadap saya. Menurutnya lagi, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat aduan polis (28hb Jun 2008), bercerita mendakwa telah diliwat oleh saya yang didakwa Saiful berlaku pada 26hb Jun 2008. Pendek kata, ia begini Tan Sri Yang Di-Pertua; "Hari ini jumpa Najib, kemudian esok lusa buat cerita diliwat lagi dua hari." Ini cukup menghairankan dan merupakan lawak lucu politik. Tan Sri Yang Di-Pertua, |
PRK Dun Kajang : Peniaga nafi ada ayam dijual RM1 - Kak Wan Posted: 13 Mar 2014 04:50 PM PDT KAJANG, 13 MAC : Calon Parti Keadilan Pakyat (PKR)N N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka menjual dengan harga RM1 seekor. "Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," katanya kepada wartawan. Memetik laporan Harakah Daily, beliau berkata, Pasar Kajang harus diberi perhatian khususnya daripada segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan. "Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga. "Kita akan senaraikan keutamaan dan itu perkara pertama harus dilaksanakan," katanya. Pelbagai barangan yang boleh diperoleh di Pasar Kajang daripada barangan basah, kering serta pakaian, selain terdapat beberapa kedai borong yang turut menjadi tumpuan peniaga kecil. Pada kesempatan itu, Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga. "Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai danakan masak sambal petai," katanya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa tertentu. Pasar Kajang adalah satu-satunya pasar yang ada di kawasan berkenaan menyebabkan ia menjadi tumpuan utama penduduk di sana. |
PRK Dun Kajang: 'Beri BN isyarat supaya berehat' Posted: 13 Mar 2014 04:44 PM PDT KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru kepada pengundi Kajang supaya bersamanya untuk melakukan perubahan pada negara. Jelasnya sudah tiba masanya untuk BN berehat daripada arena politik tanah air, justeru langkah pengundi Kajang ialah dengan memberi kemenangan kepadanya ini sekaligus memberi 'signal' kepada BN bahawa parti itu sudah tidak diterima lagi. "Negara sudah teruk, di mahkamah kita tidak dapat pembelaan. Semua barang naik, tol naik, kangkung naik, oleh itu kita perlu buat sesuatu kepada negara. "Perkara ini, saya seorang tidak boleh, kamulah (pengundi) Kajang tolong bersama-sama saya. Beri 'signal' kepada BN, bagi mereka rehatlah," katanya ketika ceramah di Sungai Chua hari ini. Oleh itu, jelas Wan Azizah rakyat Kajang harus berani 'menyuarakan' bantahan mereka terhadap BN menerusi peti undi nanti. "Kita harus berani lakukan perubahan, berani menentang kezaliman," katanya. PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Wan Azizah dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu. |
Cara Putrajaya urus kehilangan pesawat MH370 jadi isu kempen di Kajang Posted: 13 Mar 2014 04:42 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu kelemahan pengendalian kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 oleh Putrajaya ketika kempen ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Kajang malam tadi, dengan berkata kepimpinan tegas diperlukan dalam pengurusan krisis sedemikian. Anwar sebelum itu di Dewan Rakyat membangkitkan isu berkenaan kewujudan "Bomoh Do Re Mi" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Parlimen dan menyifatkan tindakan berkenaan adalah "bodoh dan memalukan negara." "Yang orang kritik seperti New York Times, Guardian, dan akhbar China mengkritik keras (kerajaan Malaysia). Vietnam juga kata kalau kamu tidak beri maklumat, mereka mahu menarik kerjasama kami. Jakarta Post juga menegur kepincangan berlaku kerana kerajaan Malaysia tidak telus. Anwar turut mengulangi gesaan yang dibuatnya sebelum ini apabila mencadangkan Putrajaya melantik seorang jurucakap untuk membuat pengumuman ataupun makluman supaya tidak lagi berlaku percanggahan terhadap maklumat yang disampaikan berhubung insiden berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
Amerika ada petunjuk MH370 hilang di Lautan Hindi, kapal digerakkan untuk mencari Posted: 13 Mar 2014 04:41 PM PDT Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini. Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu. "Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu. AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi. Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang. Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata "tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan" di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu. Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A Poseidon Posted: 13 Mar 2014 04:40 PM PDT KUALA LUMPUR - Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas. Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter. "Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan. Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. - Bernama |
MH370: Nombor telefon daripada keluarga penumpang dari AS, bukan China, kata MAS Posted: 13 Mar 2014 04:39 PM PDT Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat, dan bukan China. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy, berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika. Terdahulu, seorang anggota keluarga penumpang MH370 mendakwa beliau menerima panggilan yang dialih dari satu nombor selepas ia hilang dan menggesa MAS menyiasat sumbernya bagi mengesan kedudukan pesawat malang itu. Khabar angin berkaitan MH370 tersebar luas di internet termasuk panggilan telefon berkenaan dan ini sedikit sebanyak menghidupkan kembali harapan anggota keluarga penumpang serta anak kapal pesawat itu, yang sebelum ini kian pudar. - Bernama |
MH370: Tiada data diterima Rolls Royce atau Boeing selepas 1.07 pagi, kata MAS Posted: 13 Mar 2014 04:33 PM PDT Rolls Royce dan Boeing menafikan menerima sebarang data dihantar oleh pesawat penerbangan MH370 selepas pesawat itu hilang, kata Malaysia Airlines (MAS). Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya (gambar) hari ini menegaskan transmisi terakhir diterima daripada pesawat itu adalah pada 1:07 pagi Sabtu lepas, dan tiada lagi selepas itu. Beliau berkata syarikat penerbangan kebangsaan telah bertanya secara khusus kepada Rolls Royce dan Boeing mengenai laporan menyatakan pesawat hilang itu masih terbang beberapa jam selepas ia hilang, dan mengesahkan ia tidak betul. Arahan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut menyatakan pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyelenggaraan. Semua pemeriksaan penyelenggaraan dilakukan secara teratur, dengan rutin terakhir penyelenggaraan dilakukan pada 23 Februari tahun ini dan servis akan datang dijadual pada 19 Jun. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata hubungan terakhir pesawat itu dengan radar Malaysia ialah semasa pemindahan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam. "Kami hilang pesawat itu daripada radar pada ketika kami memindahkan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam, secara spesifiknya di kawasan bernama Igari," katanya. Pesawat dalam penerbangan ke Beijing itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac. – Bernama |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan