Khamis, 13 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


#dimanaMH370 : Lautan Hindi pula - Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A

Posted: 13 Mar 2014 05:01 PM PDT

WASHINGTON: Lautan Hindi mungkin menjadi kawasan pencarian terbaru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata White House, awal pagi tadi.
Jurucakap White House Jay Carney berkata, tumpuan di Lautan Hindi berdasarkan maklumat baru namun tidak semestinya muktamad."Kami dalam perbincangan bersama sekutu antarabangsa untuk memastikan aset yang sepatutnya dikerah ke kawasan itu," katanya.

Namun, Carney tidak memberi penjelasan lanjut mengenai maklumat baru ini.

Amerika Syarikat termasuk Tentera Lautnya antara beberapa negara yang terbabit dalam operasi SAR pesawat MH370 yang hilang, Sabtu lalu.

"Terdapat beberapa senario yang masih disiasat mengenai apa yang berlaku kepada penerbangan ini. Kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku tetapi pihak kami giat mengambil bahagian dalam operasi SAR ini. Kami sentiasa mencari maklumat, mengikut petunjuk dan bekerja sama dalam siasatan yang diketuai Kerajaan Malaysia," katanya ketika taklimat berita biasanya, di sini. - Reuters

Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A

KUALA LUMPUR: Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter. 

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan. 

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. - Bernama

Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?

Posted: 13 Mar 2014 10:23 AM PDT


  • Ahmad Fadli KC | 13 2014
  • Sidang Dewan Rakyat petang ini gamat seketika apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejadian bomoh melakukan upacara di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.

    Menurut Anwar (kiri), tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

    "Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan).

    "Saya hendak desak mesti ada siasatan penuh kerana ia kejadian yang memalukan negara.

    "Siapa yang desak? Siapa yang luluskan? Siapa yang bayar? Ini memalukan negara.

    "Nanti terpampang pula bomoh 1Malaysia," kata Anwar seraya menepuk dadanya, tempat pin 1Malaysia biasanya disematkan buat mereka yang memakai kot.

    'Tak tuduh, tapi tanya PM, Rosmah'

    Anwar juga sempat mengusik anggota Parlimen BN apabila menggesa kemunculan Ibrahim dirujuk kepada perdana menteri dan isterinya.

    "Tanyalah pada perdana menteri dan isteri. Saya kata tanya, saya tak buat tuduhan," kata Anwar sambil tersenyum simpul.

    Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya yang diberi julukan "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

    Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

    Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.

    Tampar mati buaya tembaga

    Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.

    Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.

    Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.

    Kemunculan kali kedua beliau semalam mengundang pelbagai reaksi daripada personaliti agama, NGO serta menteri.

    Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

    Beliau juga didakwa pernah menampar seekor buaya tembaga sehingga mati. - malaysiakini

MH370: Media antarabangsa lapor pengguna media sosial gelar Najib ‘tidak ada otak’

Posted: 13 Mar 2014 04:21 AM PDT


on Thursday, March 13, 2014 
Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak ("brainless") apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.






Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar terbang.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama menyifatkannya sebagai tindakan khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan "tikar terbang" yang dilakunkan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee. - TMI

Tiada ulasan: