Rabu, 12 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tragedi MH370 : Kelam kabut di Hotel Sama-Sama KLIA kononnya pesawat dah jumpa...

Posted: 12 Mar 2014 10:24 PM PDT


Ini cerita dari pusat operasi media MH370 Hotel Sama-Sama KLIA pada malam Rabu lebih kurang 10.30 malam.

Al Kisah kononnya akan ada sidang media tergempar, entah dari mana dan siapa bawa cerita, kelam-kabut wartawan berkejar ke sana.

Ada yang sudah balik selepas sidang media terakhir jam enam petang Rabu, terpaksa berkejar semula. Ada krew yang terpaksa standby jika ada sidang media, walaupun Jabatan Penerangan kata tidak ada.

Misteri kepada tiba-tiba ada sidang media tersebut terjawab sebelas CNN menyiarkan imej satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan.

Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kedudukan longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

Bagaimanapun, Ketua Penerbangan Awam China berkata bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang.

"Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.



Objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan China yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.

Sementara itu pagi Khamis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China itu pagi ini

Perkara ini disahkan melalui pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael McKay.

Menurut beliau dia melihat pesawat yang terbakar di di udara kira-kira 50 - 70km dari lokasi beliau.

"Saya percaya telah melihat kapal terbang Malaysia Airlines terjunam. Masa yang tepat ," kata Encik McKay dalam e-mel.

" Saya memerhatikan ia terbakar pada di udara,"ujar beliau.-13/3/2014 - Agenda Daily

Kisah Benar Seorang Ustaz dengan Seorang Pramugari Boeing 777 MAS

Posted: 12 Mar 2014 07:00 AM PDT


Hari ini sudah masuk hari yang kelima dan sudah 116 jam berlalu tragedi pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines hilang. Kalangan pasukan penyelamat terus bertungkus lumus untuk terus mendapatkan petunjuk sekaligus melancarkan usaha menyelamat dan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370. Insyaallah…..

Disebaliknya itu, hari ini….ingin saya kongsikan di sini satu kisah benar & pengalaman seorang Ustaz dengan pramugari Malaysia Airlines MAS. Ia ditulis sendiri dengan harapan dapat memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap perilaku sesetengah pramugari Malaysia Airlines MAS. 



Sangat baik untuk dikongsikan bersama…

Kisah Yang Menyentap Jiwaku:

Pramugari Boeing 777-200 dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;

Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Malaysian Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.


Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang " Welcome a board sir, have a pleasant trip" atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, "Assalamu alaikum Ustaz", saya jawab "Wa alaikum salam". 

Agak terkejut, berkata dalam hati "mak ai akak tu kenal aku la..." Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari Agama, sesat, tak sempurna iman... dan macam-macam lagi. Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata "Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni".

Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan... pastinya "Guava Juice " pilihan ku dulu kini dan selamanya.Bila dah take of, " Teh Tarik"... kena pulak duduk di window seat... sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesaran Allah swt. 

Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yang mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum...saya pun balas senyum, dialognya begini;

Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,

Saya: Wa alaikum salam, yea.

Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz...

Saya: Tilawah Interaktif ka?

Pramugari: Yea Ustaz.Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.

Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.

Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)

Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan. 

Pramugari: Ini no saya ustaz... tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini. 

Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dalam perjalanan yang agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan. 

Moral of story "JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA".












Oleh: Ustaz Farid Ravi

sumber

JAKIM selar guna bomoh cari MH370

Posted: 12 Mar 2014 05:11 AM PDT


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.

"Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.


"Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini".

"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya.

Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.

"Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.

"Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat," katanya.

Sehubungan itu, Othman mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

"Umat Islam harus menyakini bahawa Allah swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal," tambahnya.

Menurutnya, setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan "maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa".

"Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua," tambah Othman.

Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

"Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam. - malaysiakini

#dimanaMH370 : Vietnam henti misi mencari pesawat

Posted: 12 Mar 2014 03:03 AM PDT

PHU QUOC - VIETNAM 12 Mac - Kerajaan Vietnam akan menghentikan aktiviti pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu hari ini berkata, operasi mencari pesawat yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu itu dihentikan selepas laporan media semalam menyebut bahawa tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu di Selat Melaka.  
"Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia (sejak semalam) untuk mengesahkan laporan media antarabangsa (berhubung kedudukan terakhir pesawat itu).
"Tiada jawapan diterima setakat ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi mencari dan menyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, pagi tadi.
Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi mencari dan menyelamat akan tetap dibuat hari ini tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan.
Beliau juga berkata, sehingga kini Vietnam hanya berhubung dengan seorang pegawai dari Malaysia dan maklumat yang diperolehi dari Malaysia tidak mencukupi.
Kerajaan Malaysia pada Sabtu lalu mengumumkan lokasi pencarian pesawat yang membawa 239 individu itu diperluas ke Selat Melaka.

MENCARI MH370 : JANGAN CAMPUR ADUKKAN DENGAN PERBUATAN KHURAFAT [Guna Raja Bomoh]

Posted: 12 Mar 2014 01:40 AM PDT




MENCARI MH370 : JANGAN CAMPUR ADUKKAN DENGAN PERBUATAN KHURAFAT
(12 Mac 2014)

Saya merujuk kepada kaedah menggunakan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 yang hilang. Raja Bomoh VVIP sedunia atau Ibrahim Mat Zin telah dipanggil dengan menggunakan peralatan tradisional disamping kaedah perbomohan bagi mencari pesawat tersebut.


Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai pelbagai kemahiran dan kemampuan tersendiri. Dalam keadaan teknologi cangih, jika tidak mampu mengesan lokasi pesawat itu berada, kaedah alternatif diperlukan supaya setiap orang berperanan membantu mencari pesawat MH370. Kerajaan telahpun menggunakan pelbagai cara, daripada Angkatan Tentera, Polis, Maritim, sehinggalah kepada nelayan dikerah bagi membantu mencari pesawat itu.

Namun demikian, menggunakan khidmat bomoh, apatah lagi menggunakan khidmat jin adalah dilarang dan diharamkan dalam Islam. Saya merasa kesal kerana ada segelintir masyarakat yang masih meletakkan harapan tinggi kepada perbuatan khurafat dan tahyul melalui perantaraan jin dengan kaedah perbomohan. Dalam usaha berikhtiar mencari pesawat MH370 yang hilang, jangan pula sampai menggunakan perkara yang terlarang dan diharamkan dalam Islam. Di Dalam Al Qur'an Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (an-Nisa': ayat 48). Firman Allah lagi. yang maksudnya "Janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat yang demikian itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang yang zalim" (Yunus:106). Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya," Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu tertolak".

Saya merasa bimbang kerana sudahlah pesawat tidak dijumpai, orang ramai pula diperbodohkan dengan aksi yang melucukan, malah mendapat dosa kerana percayakan perkara khurafat. Yang dikhuatiri orang ramai akan terjerumus kepada perbuatan syirik kerana meyakini kepada kekuasaan jin melebihi kekuasaan Allah SWT.

Sepatutnya, sebagai umat Islam, ikhtiar yang paling baik adalah menyerahkan diri kepada Allah SWT. Solat Hajat, bermunajat, berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT adalah jalan terbaik daripada menyerahkan nasib kepada para bomoh. Allah SWT mencipta setiap makhluk dan Allah SWT lebih mengetahui di mana pesawat itu berada ketika ini. Dalam saat genting seperti ini, seharusnya jagalah sensitif amalan agama dan jangan sesekali melakukan maksiat kepada Allah SWT. Saya bimbang, dengan munajat dan solat Hajat yang dilakukan bercampur baur dengan perbuatan khurafat dan syirik, akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT terhadap hambaNya sehingga memberi kesan terhadap usaha yang dijalankan ini.

Saya menyeru semua umat Islam agar kembali menyerahkan diri kepada Allah SWT, yakin dan bersangka baik kepada Allah SWT dan tidak sesekali melakukan perbuatan mungkar. Mungkin ia menjadi sebab bagi Allah mempermudah ujian yang sedang ditanggung di negara ini.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Jepun hantar pasukan bantu usaha cari MH370

Posted: 12 Mar 2014 01:01 AM PDT



Tokyo menghantar sebuah pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) semalam bagi memenuhi permintaan Kuala Lumpur membantunya mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
  
Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagaimanapun berkata tiada penetapan dibuat tentang skop tugas pasukan itu atau tempoh perkhidmatan unit utamanya.
  
Namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dijangka digunakan untuk membantu operasi menyelamat pesawat berkenaan.
  
Menurut kenyataan itu, sebuah pasukan hadapan yang mengandungi lapan pegawai Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Pasukan Pengawal Pantai dan Agensi Kejasama Antarabangsa Jepun berlepas ke Kuala Lumpur semalam.
  
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
  
Walaupun operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang turut melibatkan negara asing memasuki hari kelima hari ini, namun ia belum dijumpai dan nasib penumpang serta anak kapalnya juga tidak diketahui.

- Bernama

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Agensi satelit sertai misi cari MH370

Posted: 12 Mar 2014 09:05 PM PDT

MH370
PARIS - Beberapa agensi satelit pemantau Bumi menyertai misi mengesan pesawat MH370, menurut laporan pengurusan satelit semalam.

Menurut AFP, ini berikutan permintaan China supaya Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa dan Bencana Utama diaktifkan.

Di bawah persetujuan tersebut, sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan.

"Imej satelit kini sedang digunakan bagi mencari sebarang bukti kejadian sebelum dan selepas pesawat itu hilang.

"Sehingga hari ini, pencarian masih diteruskan," katanya dalam kenyataan.

Menurut ahli Agensi Angkasa Eropah (ESA), Pentadbiran Meteorologi China menyediakan data beresolusi tinggi bagi tujuan pencarian itu, bagaimana pun kawasan yang terlibat dalam pengimejan satelit itu tidak didedahkan.

Ini merupakan kali pertama Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa membantu dalam misi mencari pesawat yang hilang selepas ditubuhkan pada tahun 2000.

Selepas diaktifkan, juruteknik angkasa akan menimbangkan satelit yang paling sesuai digunakan untuk misi pencarian itu berdasarkan data radar darat atau gambar.

PDRM & INTERPOL Siasat Penumpang MH370 Punyai Kepakaran & Pernah Buat Kajian Simulasi Penerbangan

Posted: 12 Mar 2014 08:11 PM PDT

Kuala Lumpur: Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya.
Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain. 
"Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat," katanya.
Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki.
Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005.

MH370 : Seluruh Dunia, Akhbar Dan Agensi Berita Ternama Sudah Mula Menyelar Malaysia ??

Posted: 12 Mar 2014 08:08 PM PDT

Malaysia gagal beri petunjuk dalam misi mencari pesawat MH370
Di seluruh dunia, akhbar dan agensi berita ternama sudah mula menyelar Malaysia kerana "misteri, mengelirukan dan kekusutan" dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Setakat ini, pemimpin kerajaan daripada Datuk Seri Najib Razak ke bawah gagal dalam satu aspek penting: memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka tahu apa yang perlu diperkatakan dan dilakukan.

Terdapat fakta yang tidak konsisten dan bercanggahan sehingga Vietnam terpaksa menggantung operasi pencarian udara mereka sehingga Putrajaya dapat memberitahu arah terbaru untuk mencari Boeing 777-200ER yang hilang.

Ironinya, China meminta Malaysia untuk "lebih terbuka" dengan maklumat mengenai pesawat penumpang itu di mana dua pertiga daripada 239 penumpang merupakan rakyatnya.

Faktanya, pemimpin tertinggi Malaysia dan ahli politik berkemungkinan menyembunyikan maklumat, tidak dapat membuat keputusan atau tidak begitu tahu dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Tetapi rakyat Malaysia tidak seharusnya terkejut dengan prestasi pentadbiran Najib. Lagipun, mereka sudah beberapa kali tercabar dengan banjir di Pantai Timur beberapa bulan lalu.

Tidak ada sesiapa yang mengharapkan Najib mempengerusikan sidang akhbar harian atau mengetuai misi mencari dan menyelamat, tetapi tidak ada sesiapa menjangka beliau akan  terpinggir sementara pasukan tentera udara, polis, pihak berkuasa penerbangan dan Malaysia Airlines berlumba-lumba untuk memberikan maklumat bercanggah.

Di antara maklumat membingungkan yang kedengaran semenjak pesawat penumpang itu hilang pada Sabtu adalah Malaysia Airlines pada awalnya mengatakan Boeing 777 terputus hubungan dengan pusat kawalan udara pada 2.40 pagi selepas dua jam berada di udara.

Kemudian Malaysia Airlines mengatakan mereka terputus hubungan pada 1.30 pagi, mengikut maklumat ditunjukkan dalam laman sesawang pengesan pesawat.

Maklumat mengenai waktu yang tidak tepat itulah yang menyebabkan spekulasi pesawat terhempas di antara Vietnam dan China.

Dua hari lalu, maklumat bocor dan disahkan kemudiannya bahawa pesawat tersebut berpatah balik ke semenanjung Malaysia dan menuju ke arah barat di Laut Andaman sebelum hilang pada 2.40 pagi.

Maklumat ini mengubah arah misi mencari dan menyelamat daripada Laut China Selatan di pantai timur Semenanjung Malaysia ke pantai barat di mana terletaknya Selat Melaka.

Bukan sahaja keluarga mangsa dan wartawan antarabangsa merasa jengkel, ini menyebabkan jiran Malaysia yang menghantar pesawat dan kapal-kapal penyelamat ternganga.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Peniaga kata tiada ayam RM1 seekor – DS Wan Azizah

Posted: 12 Mar 2014 08:03 PM PDT


KAJANG: Calon PKR N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti mana yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.

"Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," ujar Wan Azizah kepada wartawan.

Menurutnya, Pasar Kajang perlu diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan.

"Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini, sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga.

"Kita akan senaraikan keutamaan dan perkara yang pertama kita perlu buat," katanya yang akui suka ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur.

Pada kesempatan itu Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga pasar kajang.

"Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai dan saya akan masak sambal petai," ujarnya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa-masa tertentu sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: Nilai hartanah diserah TALAM meningkat RM700 juta

Posted: 12 Mar 2014 07:59 PM PDT

KAJANG, 13 MAC: Nilai hartanah yang diserahkan Talam Corporation (TALAM) sebagai membayar hutang kepada Kerajaan Negeri pada 2012 meningkat daripada RM398 juta kepada hampir mencecah RM700 juta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peningkatan nilai hartanah itu berlaku berikutan usaha Kerajaan Negeri membangunkan tanah terbabit dan kawasan berhampirannya.
"MCA tidak boleh cakap banyak sebab sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). MCA nak salahkan Kerajaan Negeri konon tak pandai, tolong syarikat Talam.
"Apabila kiraan dibuat termasuk daripada audit negara, mereka kata bagus sebab aset atau pendapatan negeri bertambah.
"Dahulu RM398 juta, sekarang naik hampir RM700 juta sebab tanah itu saya urus jadi lebih baik," katanya dalam ceramah umum yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.
Abdul Khalid turut menyelar Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang cuba memutar belit fakta berhubung isu kutipan hutang TALAM oleh kerajaan negeri.
"MCA diam. Sekarang kalau MCA beri ceramah malu tak malulah," katanya.
Abdul Khalid berkata, ketika menjalankan proses tuntutan hutang itu, beliau dimaklumkan pemilik TALAM bahawa syarikat itu ada membuat pembayaran kepada pihak tertentu dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak dinyatakan indentitinya ketika diberikan tanah berkenaan.
"Maka kita dapat lihat dalam PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) berjaya tambah lapan kerusi, BN tinggal 12 kerusi sahaja daripada Umno, manakala MCA langsung tidak ada kerusi.
"Orang Kajang tidak payah pilih MCA sebab mereka tidak ada tempat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

Zamihan KDN: Bukan isyarat lucah pada Kassim..!!

Posted: 12 Mar 2014 07:57 PM PDT



Presiden Pertubuhan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Zamihan Mat Zain antara pihak yang paling lantang mengkritik pemikiran kontroversi Kassim Ahmad dalam hal ehwal agama, dengan mengatakan sarjana itu boleh terkeluar daripada Islam.

Bagaimanapun, selepas dialog satu jam setengah di rumah Kassim di Kulim, Kedah, beliau pula menjadi sasaran kritikan, khususnya di Internet apabila bergambar dengan cara yang dipertikaikan bersama Kassim.

Sekeping gambar yang dimuat naik ke Internet memaparkan Zamihan, yang juga pegawai agama  Kementerian Dalam Negeri (KDN), berdiri di belakang Kassim dengan menunjukkan isyarat tangan ibu jari ke bawah, tanda tidak bagus.

Gambar itu mengundang kritikan ramai, khususnya pengguna maya yang merasakan langkah itu tidak patut dibuat dan  tidak selari dengan akhlak Islam.

Zamihan bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini semalam berkata, beliau  tidak kisah perkara yang "sekecil itu" dibangkitkan kerana beliau sudah melaksanakan tanggungjawabnya.

"Saya tidak ambil perhatian benda kecil sebegitu, yang penting saya sudah ambil tindakan mendekati Kassim Ahmad dan cuba memperbetulkan fahaman beliau.

"Lagipun gambar itu bukan gambar isyarat lucah pun," katanya sambil menjelaskan, isyarat itu dibuat tanda dialog tidak berhasil mencapai kata sepakat dan tidak dengan niat lain.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah pengurus IT dari Chicago dapat menemui MH370 dengan ‘crowdsourcing’?

Posted: 12 Mar 2014 07:39 PM PDT

Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia menunjuk kepada skrin radar kawasan kemungkinan pesawat MH370 terhempas sebelum bertolak dari pangkalan untuk misi mencari dan menyelamat di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan semalam. Kini rakyat biasa juga berusaha mencari pesawat tersebut dengan kaedah crowdsourcing yang meneliti imej dari satelit dalam sebuah laman web khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 Mac, 2014.  
Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia menunjuk kepada skrin radar kawasan kemungkinan pesawat MH370 terhempas sebelum bertolak dari pangkalan untuk misi mencari dan menyelamat di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan semalam. Kini rakyat biasa juga berusaha mencari pesawat tersebut dengan kaedah crowdsourcing yang meneliti imej dari satelit dalam sebuah laman web khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 Mac, 2014.

Seorang pengurus IT dari Chicago, Amerika Syarikat, mungkin sudah dapat mengesan pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang – hanya dengan melayari Internet.
Laporan dalam akhbar Mirror berkata Mike Seberger mungkin menemui lokasi pesawat yang hilang itu selepas meneliti imej satelit beresolusi tinggi yang diambil dari atas laut di mana pesawat tersebut hilang pada pagi Sabtu.
Imej yang dijumpai Mike menunjukkan objek berupa kapal terbang di bawah gumpalan awan di Teluk Thailand.
Seberger, 47 tahun, terjumpa objek itu selepas memasuki laman Tomnod yang memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas pesawat itu hilang.
Lebih kurang setengah juta sukarelawan mendaftar untuk misi dalam talian itu pada hari pertama, dan sebanyak 100,000 orang menggunakan laman web itu dalam masa seminit. Laman web ini juga sering tergendala kerana trafik yang sesak.
Laman web ini berfungsi dengan memberi setiap pengguna sepetak kecil daripada kawasan pencarian itu.
Pengguna kemudiannya meneliti imej tersebut dengan terperinci – dalam kaedah ini yang dinamakan sebagai 'crowdsourcing'.

MH370: Malaysia hantar pesawat pencari ke kawasan objek ditemui satelit China

Posted: 12 Mar 2014 07:25 PM PDT


Imej daripada satelit China yang baru muncul pagi ini. Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, TUDM menghantar pesawat menuju ke kawasan itu untuk mencari penerbangan MH370 yang kemungkinan terhempas di kawasan tersebut.   – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Imej daripada satelit China yang baru muncul pagi ini. Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, TUDM menghantar pesawat menuju ke kawasan itu untuk mencari penerbangan MH370 yang kemungkinan terhempas di kawasan tersebut. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas, lapor CNN.
CNN memetik sumber daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tidak mahu dinamakan yang memaklumkan mereka pagi ini.
‎Awal hari ini, satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui "kawasan disyaki pesawat terhempas", lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini.
Ketua Penerbangan Awam China berkata hari ini bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang.
"Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.
Beliau menambah bahawa tiada sebarang bukti angkatan tentera Malaysia sedang menyembunyikan maklumat tentang pesawat itu.

Bebomoh.. Tahyul, Khurafat, Kerja Bodoh & Tidak Waras. - Dr Mohd Asri

Posted: 12 Mar 2014 07:23 PM PDT

Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusaha membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. Hari ini masuk hari kelima semanjak pesawat MH370 hilang pada Sabtu . – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.  
Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusaha membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. Hari ini masuk hari kelima semanjak pesawat MH370 hilang pada Sabtu .
 Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  (gambar sebelah) menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

"Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.


Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

"Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.


Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.
Read More / Baca Lagi >>

Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan

Posted: 12 Mar 2014 07:22 PM PDT

Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan
SHAH ALAM - Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370.

Parodi 'tikar terbang' yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam turut memuat turun gambar tiga jururawat hospital swasta sedang duduk di atas tikar dan berpura-pura 'berlepas' ke udara untuk memperkasakan lagi usaha mencari pesawat MH370.

"Harap-harap tidak ada pesakit yang akan bertambah sakit," memetik kenyataannya dari laman Twitter rasminya kira-kira jam 10 malam.

Terbaru, Ibrahim Mat Zim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi "Zam-Zam Alakazam" seperti filem Laksamana Do Re Mi itu.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Jangan tanya saya tentang pasport curi kata IGP

Posted: 12 Mar 2014 07:20 PM PDT


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas tentang versi bercanggah pasport curi yang digunakan dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370.

"Elok saya jangan bercakap. Tanyalah pada Interpol, tanyalah pada (Jabatan) Imigresan, janganlah tanya pada saya," katanya sewaktu ditanya wartawan tentang perkara itu selepas Malam Anugerah Sukan PDRM 2013, di Cheras malam tadi.

"Saya rasa hari ini saya tak mahu cakap apa-apa juga tentang perkembangan siasatan ini," katanya sambil memberi jaminan beliau akan memberi taklimat tentang perkara itu dalam masa terdekat nanti.

Jabatan Imigresen dan Interpol didapati mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai pasport curi yang digunakan oleh dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370.

Bercanggah dengan versi Interpol, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat berkata pasangan itu masuk ke Malaysia, masing-masing menggunakan pasport Itali dan Austria.

Aloyah berkata, Pouria Nourmohammadi, 19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Februari pada jam 8.28 malam dan mengemukakan pasport Austria.

Rakyat Iran kedua, Delavar Seyed mohammaderza, 29, tiba di KLIA pada 7 Mac jam 10.43 malam dengan pasport Itali.

Aloyah berkata kedua-dua lelaki itu dibenarkan masuk ke Malaysia berdasarkan tatacara operasi standard (SOP) oleh pegawai imigresen yang tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

Bagaimanapun, versi Interpol pula, seperti yang dilaporkan oleh Reuters berkata kedua-duanya datang dari Doha ke Kuala Lumpur menggunakan pasport Iran.

Apakah dipelajari dari MH370?

Posted: 12 Mar 2014 07:18 PM PDT

Walaupun MH370 mungkin terjumpa, namun pelbagai soalan telah mula membelenggu negara kita yang mesti ditangani segera oleh semua.

MH370 IIIMisteri kehilang pesawat Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing semakin hangat diperkata seluruh dunia.
Kejadian kehilangan sebuah pesawat bukanlah sesuatu yang tidak pernah terjadi tetapi dalam kejadian ini, soalan-soalan yang tidak terjawab telah mengakibatkan khabar-khabar angin yang keterlalauan.
Di laman-laman sosial seperti Facebook dan twitter, ada sahaja pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuat komen-komen yang tidak masuk akal atau memperlekehkan orang lain.
Walau bagaimanapun, dari kita membuang masa membidas kelakuan mereka, adalah lebih penting jika pihak bertanggungjawab dalam menangani tragedi ini bertindak dengan lebih profesional and teratur.
Boleh dikatakan bahawa menteri-menteri kita tidak cekap langsung dalam menyalurkan informasi yang terkini, bukan sahaja kepada media tetapi juga kepada saudara-mara penumpang-penumpang MH370.
Kenyataan-kenyataan yang bercanggah hanya mampu mengeruhkan keadaan yang ada pada masa kini.
Bayangkan diri kita sendiri jika dibiarkan dalam situasi yang memilukan lagi terpinga-pinga untuk mendapat jawapan yang membawa erti dan logik kepada kita.
Pelbagai teori disuap oleh pihak berkuasa tanpa berfikir panjang. Akibatnya selepas lebih lima hari MH370 hilang, saudara mara penumpang kelihatan lebih bengang dengan tatacara krisis ini ditangani.
Tidak masuk akal jika hanya selepas tiga hari pencarian dilakukan sebelah perairan pantai Timur Malaysia, tiba-tiba Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mengeluarkan kenyataan bahawa ada rekod menunjukkan kapalterbang tersebut membuat "Pusingan-U" merentasi bahagian utara Semananjung Malaysia; ke arah barat semenanjung.
Pencarian sekarang diperluaskan pula ke arah Selat Melaka. Soalnya: tidakkah mereka bertanggungjawab untuk bertindak lebih pantas dan secara terperinci memandangkan tahap keseriusan kejadian ini?
Usaha awal oleh 10 negara dalam operasi ini mungkin boleh digembeling dengan lebih efisien dari awal-awal lagi.
Sindiket pemerdagangan manusia
Dalam pada itu, penggunaan paspot yang dicuri di Thailand oleh dua warga Iran sama sekali tidak boleh diambil remeh oleh pihak polis dan imigresen Malaysia.
Bayangkan berapa ramai mungkin telah terlepas sebelum kejadian ini dari pemantauan pemerdagangan manusia, kecurian identiti dan sindikit-sindikit antarabangsa lain.
Adakah kita hanya bertindak dengan mata terbeliak bilamana malapetaka sebesar ini berlaku sambil mengambil sikap terlena sebelum itu?
Read More / Baca Lagi >>

AGAKNYA APA YANG OBAMA FIKIRKAN BILA TENGOK GELAGAT RAJA BOMOH ...!!!!

Posted: 12 Mar 2014 06:52 PM PDT

Setelah hampir seluruh dunia gelak kat kita.. Raja bomoh kata tak tahu di mana MH370...!!!

Posted: 12 Mar 2014 06:47 PM PDT

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah 'menampar' mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas.

Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.

"Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada," kata Ibrahim dalam nada bingung.

"Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi,"

"Saya ikhlas dalam hal ini," tambah beliau.

Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.


"Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,"

"Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam," ujar beliau lapor Free Malaysia Today..

Elok sangatlah tu.. setelah hampir satu dunia gelak kat kita rakyat Malaysia ni.. dia kata dia tak tahu..

Antara negara yang rakyatnya mempersendakan Malaysia kerana menggunakan khidmat Bomoh UMNO ini ialah rakyat Negara China..
 )
(Siapakah Yang Arahkan Bomoh Ni..???)

Baca ni...
Read More / Baca Lagi >>

[EDISI MEMALUKAN] Apa Sudah Jadi Ni?

Posted: 12 Mar 2014 06:43 PM PDT


Nampaknya semakin parah gerakan takhyul dan khurafat apabila dibiarkan. Lihat sajalah foto di atas. Tapi malangnya tak oriiginal. Sudah ciplak idea P.Ramli... zam zam ala kazam...

Keratan akhbar di bawah ini jelas menyatakan rawatan perbomohan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin sudah diputuskan sesat oleh panel JAKIM pada tahun 2004.

Tetapi malangnya masihkah ramai Melayu yang masih mahu percaya kepada hal-hal takhyul dan khurafat atau JAKIM sendiri sudah terlupa keputusannya itu atau kerana ...?

ADA HUBUNGAN DGN UMNO BN?
MAKA ITU TIADA TINDAKAN DIAMBIL?



SEMALAM


YANG TERBARU


AGAKNYA APA YANG OBAMA FIKIRKAN BLA TENGOK GELAGAT BOMOH INI?


EDISI PARODI oleh warga siber. Saksikan:


OOOOOH MY GOD!

Despite him making a FOOL out of our country before with his magic telescope...

The "RAJA BOMOH" came AGAIN to KLIA making a scene...and THIS time it's even WORST!

He came with some 'Coconuts', a 'Basket' and a so called 'FLYING CARPET!'

WHOSE in charge of this whole operation??? You should've gave bloody orders to keep this guy OUT of the Airport or ARRESTED ON 'SIGHT!'

This is Ridiculous and so bloody 'EMBARRASSING!'

It's embarrasing for the COUNTRY in front of International Press and its an embarrassement on 'Malays' themselves to show that we're still practising Pagan Culture and Ritualistic superstitious belief despite being so 'modern'???
-curi-curi wang malaysia

Pokoknya siapa VVIP yang panggil beliau nih? Yang menangis di KLIA hari tuh ker? Sebab dia tuh pun boleh tahan perbomohannya malah ada yang menganggapnya berpuaka... wallahu 'alam.

MH370: Pegawai Jais pantau KLIA elak bomoh lakukan ritual

Posted: 12 Mar 2014 06:42 PM PDT

SEPANG: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.
  
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.
  
Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam tadi.
  
Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam tadi.
  
Pasukan penguat kuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam.

Tengah hari semalam, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
  
Read More / Baca Lagi >>

Satelit China temui ‘kawasan disyaki’ MH370 terhempas

Posted: 12 Mar 2014 06:39 PM PDT

Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui "kawasan disyaki pesawat terhempas", lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini.
Imej pertama dari satelit China.  – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Imej pertama dari satelit China. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.
Imej kedua dari satelit China.  – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Imej kedua dari satelit China. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.
Imej ketiga dari satelit China.  – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Imej ketiga dari satelit China. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."
Objek ditemui satelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki).
Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200ER yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki).
Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rekod radar mungkin bantu rungkai kehilangan MH370

Posted: 12 Mar 2014 04:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Maklumat baharu berkaitan rekod radar dalam operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS), yang masuk hari kelima, mungkin membantu pakar serta pihak berkuasa terbabit merungkai misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat itu.
  
Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas.
  
Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu hilang.
  
Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-dua radar.
  
Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang terbang di ruang udara negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pasport Curi: Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370..!!!

Posted: 12 Mar 2014 04:31 PM PDT

Penjelasan PDRM isu gambar edit dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi. Foto dua penumpang warga Iran dalam pesawat MH370 telah mencetuskan kontroversi dilaman sosial apabila gambar kaki suspek utama tidak selari dengan foto badannya. Kesimpulannya, foto kaki suspek kedua digunakan dan dicantum kepada foto suspek pertama supaya menghasilkan gambar satu anggota badan yang lengkap. Berikut adalah penjelasan rasmi PDRM mengenai isu atau persoalan yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial.



Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370 Pasport Curi

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut. Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," katanya.

Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama. Menurutnya lagi, kedua-dua foto tersebut adalah sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan.

What's the big deal about transponders?

Posted: 12 Mar 2014 04:16 PM PDT

)

How YOU can help with Flight 370 search

Posted: 12 Mar 2014 04:15 PM PDT

)

China: Satellite images may show plane wreckage

Posted: 12 Mar 2014 04:14 PM PDT

)

Breaking down possible Malaysia flight wreckage images

Posted: 12 Mar 2014 04:13 PM PDT

)

Pengurusan krisis MH370 perlu diperkasakan

Posted: 12 Mar 2014 08:24 AM PDT


Dunia terus terkejut dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sebelum dinihari Sabtu 8 Mac 2014. Hingga kini segala usaha untuk mencari kesan pesawat dan 239 orang penumpang serta anak kapal yang malang masih belum berjaya.
Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa kini mula melahirkan kegusaran dengan cara pengendalian tragedi yang sangat mengecewakan.
Sehingga kini tidak terdapat satu task force yang mantap, dengan struktur yang jelas, kesatuan gerak kerja dan penampilan media yang professional dan meyakinkan.
Kita dihidangkan dengan ketidaktelusan maklumat, kecelaruan jurucakap yang memberikan pandangan carca-marba.
Contohnya siapakah jurucakap rasmi bagi krisis ini? Kenapa setiap agensi berlumba-lumba memberikan maklumat dan terdapat percangahan maklumat yang ketara, misalnya mengenai lima orang yang didakwa mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat.
Begitu juga dengan identiti pemegang pasport palsu yang sebutkan oleh seorang menteri sebagai berwajah Asia tetapi akhirnya dibuktikan sebaliknya.
Persoalan juga timbul mengenai pihak angkatan tentera yang mengumumkan pencarian di Selat Melaka dan kemudian menarik balik pengesahan bahawa pesawat dikesan terbang ke Selat Melaka.
Dalam keadaan rakyat dan dunia tertanya-tanya mengenai nasib yang menimpa penerbangan MH370, kecekapan dan profesionalisme Malaysia juga tercabar dan sehingga kini kecelaruan ini mencalar kewibawaan negara.
Kita amat berharap kerajaan mewujudkan satu task-force yang padu dan professional untuk menangani tragedi ini. Task force ini wajib mempunyai garis arahan yang jelas, struktur yg mantap dan seorang jurucakap yang berwibawa.
Kegagalan negara menangani krisis ini dengan professional akan terus menjadikan tindak-tanduk kita sebagai bahan ketawa masyarakat antarabangsa serta menjatuhkan imej negara.

* Dr Omar Yaakob Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia.

Misteri MH370 Kini Mula Bertukar Menjadi Tekanan Terhadap Najib

Posted: 12 Mar 2014 08:06 AM PDT

Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan perbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.

Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat.

Namun hari demi hari yang berlalu sebenarnya lebih membuktikan kira tidak cukup bersedia untuk menghadapi krisis dan bencana yang menimpa. Daripada pimpinan kerajaan, jabatan kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan terlihat seperti hilang punca dalam menangani dan menyalurkan maklumat mengenai insiden ini.

Hishammuddin Hussein yang diberi dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan memangku di Kementerian Pengangkutan oleh Najib Razak sebagai sebahagian pelan meningkatkan imejnya di kalangan perwakilan UMNO dan seharusnya bertanggungjawab penuh dalam menyeleras dan memastikan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelbagai pihak, ternyata gagal berbuat demikian.

Bloomberg hari ini, setelah hari kelima kehilangan pesawat itu masih menjadi misteri, secara terbuka mengkritik ketidakselarasan dan ketidakcekapan Malaysia dalam mengurus krisis yang digambarkan sebagai salah satu kelemahan kepimpinan Perdana Menteri kerana masih terbelenggu dengan kawalan ketat terhadap maklumat yang diamalkan kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>