Jumaat, 14 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sarikata penuh video kontroversi Teresa Kok ONEderful-Malaysia

Posted: 14 Feb 2014 11:28 PM PST

KUALA LUMPUR: Suara rasmi DAP, Roketkini.com sejak semalam meyiarkan sarikata penuh, video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Menurut laporan di web itu, tindakan tersebut bagi mengelak salah faham masyarakat terhadap isi kandungannya yang didakwa disiar tidak lengkap oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Menurut mereka, Utusan telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi sebahagian video ONEderful-Malaysia tersebut.

"Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit.

"Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum.

"Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia," lapor portal itu.

Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.

Berikut terjemahan sarikata penuh versi Bahasa Melayu, menurut laporan portal itu.


TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!

Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat.

Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.

Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .

ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai.

TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa "wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Anda semua ada sebarang komen?

MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang!

PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, ""Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung!

PUAN JIT: Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.

TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?

MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah 'dianugerahkan' tempat keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.

ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.

MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.
Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural ""Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik.

ABANG WAI: Sudah hilang, Sudah hilang.

MASTER YAN YAN: Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!

TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat sekarang ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?

ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu 'Bersih'. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.

MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.

PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.

Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.

ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.

PUAN JIT: Tidak apa.

TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Ada apa-apa tip untuk mereka?

ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!

TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar di sana tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan tegap! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.
Apa maksudnya?

PUAN JIT, MASTER YAN YAN & ABANG WAI Malaysia Boleh!

SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?

PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.

Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.
Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.

ABANG WAI: Atau anda boleh baca mantera ini "Steady, jangan lembik"

PUAN JIT & MASTER YAN YAN: Diamlah!

TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?

MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai feng shui yang sangat baik dan sangat murah juga. Apartmen tujuh bilik hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.

PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga.

MASTER YAN YAN: Pilihan yang baik!

TERESA: Ya, penonton ini.

SOALAN PENONTON: Tahun Kuda ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?

PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? ""Jual Cina!"

TERESA: ""Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual?

ABANG WAI: Jika anda ingin ""Jual Cina", anda perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi ""pengkhianat".

MASTER YAN YAN: Selepas menjadi ""pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua aspek kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.

PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada ""Menjual Cina"?

TERESA: Bagaimana dengan penonton ini, ada soalan?

PENONTON 3: Ada nasihat untuk mereka yang masih bujang atau sudah berkahwin?

PUAN JIT: Biar saya jawab. Apabila bercakap tentang hubungan, biar saya beritahu, anda mesti meletakkan kuda yang besar di tempat-tempat tertu, .. tempat temu janji, dewan perkahwinan dan bilik tidur. Bukan kuda emas atau kuda kayu, tapi kuda yang dibuat dengan paku dan skru.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Ahhh.. LO-SI-MA (Kuda yang dibuat dengan paku dan skru)

PUAN JIT: Ia membantu memperbaiki keintiman dalam perhubungan dengan pasangan. Anda tengok betapa sayangnya suami saya kepada saya, baru anda tahu…
(Penonton membaling sampah kepada panelis)

MASTER YAN YAN: Pakai pakaian dalam yang cantik, cipta suasana yang romantik, dan pakai pakaian yang cantik-cantik, aiyaa dengarlah cakap saya.

TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.

PUAN JIT: Apa-apalah!

MASTER YAN YAN: Anda mesti bijak, dengar cakap saya.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Yes yes yes!

PENONTON: No No No!

ABANG WAI: Steady, jangan lembik. Steady, jangan lembik.

PUAN JIT: Diamlah kau!

TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan yang tidak demokratik!

PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.

MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!

ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!

SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai Tahun Baharu Kuda yang "ONEderful"!

Video penuh boleh ditonton di sini.

Naib Presiden PKR: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas

Posted: 14 Feb 2014 10:19 PM PST


Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas. 

Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul.



"Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

"Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK)," katanya.

Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang".

Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.

Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang.

"Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu.

Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP.

Laporan itu menyatakan Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli yang mengatakan beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan Umno di Selangor.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian.

Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. -TMI

Cita-cita DSAI jadi MB Selangor mungkin tak kesampaian, Khalid enggan letak jawatan

Posted: 14 Feb 2014 08:49 PM PST

Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.

Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.

Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan PKR.

Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.


Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.

Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.

Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.

"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan.

Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.

Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.

Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.

Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.

Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.

Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.

Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya.

Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.

Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang.

Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor.

Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama.

Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.

Baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor.

Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu.

Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno.

Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan UMNO-15/2/2014 - mStar

Maksiat malam Hari Kekasih

Posted: 14 Feb 2014 07:51 PM PST

ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.

Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.

Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.

Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air.


Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.

"Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu.

"Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka  tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah," katanya

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor.

Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan.

Pasang terbabit turut memberi alasan akan berkahwin dalam masa terdekat bagi mengelak daripada ditahan.

Wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta dan pasangannya itu, bagaimanapun akur dan menurut perintah penguat kuasa.

Mereka dipercayai mendaftar masuk hotel berkenaan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Kekasih pasar raya dicekup

Dalam serbuan berlainan, seorang lelaki memberi alasan untuk menumpang tandas di rumah kekasihnya ketika diserbu penguatkuasa Jaik di sebuah rumah flat, Jalan Kuala Sungai, dekat sini.

Pasangan itu yang juga pekerja sebuah pasar raya besar ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila pihak berkuasa mendapati pintu gril dan pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan berkunci.

Selepas pintu rumah diketuk kira-kira lima minit, seorang wanita berusia awal 20-an membuka pintu. Manakala pasangannya keluar daripada bilik air dalam berseluar jeans tanpa memakai baju.

Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.


Operasi kurangkan gejala maksiat

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu, Jaik berjaya menahan empat pasangan yang masing-masing tidak mempunyai hubungan yang sah.

Operasi yang dianggotai 38 penguatkuasa termasuk anggota Rela Rakan Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah (KMK) memperlihatkan usaha membanteras gejala maksiat pada malam perayaan tertentu berhasil.

Sheikh Mohd Roshidi berkata, selain serbuan di hotel-hotel bajet yang menjadi sarang maksiat, pihaknya turut menerima aduan dan maklumat orang awam mengenai aktiviti tidak bermoral di rumah kediaman.

"Hasil operasi malam ini kita mendapati gejala maksiat di sekitar bandar raya ini semakin berkurangan berbanding tahun-tahun lalu.

"Ini adalah kesan daripada pemantauan dan serbuan yang dilakukan pihak kami dari semasa ke semasa. Bagaimanapun kita akan terus membuat pemantauan supaya kegiatan tidak bermoral diperangi habis-habisan," katanya.

Menurut beliau, pada operasi yang sama tahun lalu pihaknya berjaya menahan 10 pasangan yang turut membabitkan operasi di hotel-hotel bajet.

Beliau berkata, kesemua empat pasangan yang ditahan dalam Ops Kekasih itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Setar untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah," katanya.lam

Langkah Kajang.....Ketakutan Sangat Umno Terhadap DSAI ..!!!

Posted: 14 Feb 2014 06:02 AM PST


Amaran Ketua Pengarah psychiatry. Mereka yang lemah fikiran, dan pening bila baca artikel seperti ini dinasihatkan makan panadol banyak2 atau untuk segera selesai segala macam penyakit- disarankan minum paraquat. 


Terutamanya kepada orang Melayu: kenapa UMNO takut sangat Anwar jadi MB Selangor? Anwar itu bangsanya Melayu dan agama nya Islam. Jika dia jadi MB pemimpin negeri Selangor ialah Melayu. Oh—Anwar nanti akan jadi boneka DAP. Ini satu kenyataan yang tak boleh disokong oleh akal. Kurang kah keMelayuan Anwar dengan keMelayuan pemimpin UMNO yang semua nya ada rakan konsgi Cina dan bukan Melayu dalam perniagaan mereka?



UMNO tidak dpat terima bahawa orang Melayu semakin ramai menolak UMNO sebab mereka tahu, menolak UMNO tidak bererti mereka menghilangkan keMelayuan mereka.
Jika Anwar jadi MB apa masaalah nya? jika Anwar tidak berguna bukankah itu menguntungkan UMNO dan BN? Jika Anwar itu laknatullah seperti yang disebut oleh Adnan Mansor, bukankah ini untung kepada UMNO? Bayangkan ini- seorang seperti Adnan Mansor yang mempunyai latar belakang yang mencurigakan boleh melaknattullah kan Anwar!. Adnan Mansor sepatutnya bersyukur kerana mencapai kejayaan yang tinggi sejak bermula sebagai tukang jual carpet.



Tentunya Anwar tidak jadi ancaman kepada kesejahteraan dan hayat UMNO.
Lagipun, jika kita boleh meletakkan masa depan kita lama dalam tangan BN, apa yang hendak kita takut meletakkan masa depan selama 5 tahun dalam tangan Anwar dan PR?
Kalau kita hendak main politik, kita mainlah sebaiknya. Anwar ada political skills untuk mengimbangi komplot jahat yang sentiasa berligar dalam kepala BN. Kita hendak bermain a game of power- jadi lakukan sesuatu untuk mengukuhkan kuasa yang ada. Itu pun matlamat politik- mendapatkan kuasa memerintah. BN melakukan apa sahaja untuk kekalkan kuasa yang mereka ada. Kebebasan yang sama mesti diberikan kepada Pakatan rakyat. Anwar melakukan langkah Kajang ini, makna dia tahu bagaimana main power game ini.



Menjadikan Selangor model pengurusan PR- mungkin bukan suatu penerangan yang menarik sangat. Ianya akan menjadi kenyataan jika pemimpin negeri menanam etika kerja yang baru dan nilai2 pro kemajuan. Yang paling penting, ia memerlukan pemimpin yang tegas dan berani serta tidak takut melakukan perubahan.



Cabaran untuk rakyat Selangor ialah membentuk Selangor menjadi sebuah negeri yang ditadbir dengan baik. Ini tugas suatu creative minority yang membentuk cabaran tersebut dan memikirkan respon2 untuk menyahut cabaran tersebut.



Cabaran untuk Anwar bila dia jadi MB ialah menyediakan alat kelengakapan untuk menjawab cabaran dan agenda menjadikan Selangor model sebuah negeri yang ditadbir lebih baik dari negeri2 yang ditadbir oleh BN. Ini memerlukan antara nya kerajaan negeri yang baik yang dianggotai oleh barisan pemimpin yang berkualiti tinggi. Bukan nya rahsia bahawa rahsia sebuah kerajaan yang baik ialah anggota kerajaan yang baik- pimpinan politik klas satu, jentera pengkerajaan klas pertama, dan rakyat yang disedarkan. Kerana itu, saya tidak nyata, motif membawa kembali pemimpin2 seperti Mat Taib dan yang sewaktu dengan nya, merupakan suatu stateji yang baik.



Untungnya, hendak menjadikan Selangor model bagaimana pengkerajaan yang baik boleh berjaya, tidak lah sukar sangat. hanya perlu lakukan yang berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN.



Model BN ialah sebuah bad model- kepimpinan politik yang opportunis, rasuah, yang menjalankan dasar2 yang kabur meguntungkan sebahagian masyarakat. Negara ini sedang menuju kepada kehancuran kerana kita ada leadership yang disebut dalam istilah Perancis- fainéant leadership. Fainéant tidak sama dengan elegant silence. Fainéant erti nya- do nothing.



Itu yang sebenarnya jenis kerajaan yang kita ada dibawah Najib. Negara musnah dibawah fainéant leadership Najib. Kita ada a-do-nothing Leadership. Apa Najib buat mengenai perkelahian agama? Tidak ada apa2. Apa dia buat untuk menyekat ketegangan kaum? Do nothing. Apa dia buat untuk mengurangkan perbelanjaan yang membazir? Do nothing. Apa dia buat untuk memerangi rasuah? Do nothing. Jadi leadership dia boleh dideskripsi sebagai fainéant (fay-nay-yon) leadership- do nothing leadership.

Jika BN menyediakan pimpinan yang koro, Anwar mesti menyediakan bakat yang terbaik untuk mengurus Selangor. Jika kualiti jentera pentadbiran dalam negeri perintah BN hanya setakat boleh-lah, Anwar dan PR mesti menyediakan jentera pentadbiran yang kelas 1.



Yang menyebabkan UMNO dan BN cemas dan ketakutan, ialah cabaran2 ini semua adalah keberangkalian yang boleh dicapai diberi pimpinan politik yang inginkan itu semua. Sekali gus, ia akan menjadi penanda perbandingan dan rakyat akan melihat bahawa ada masa depan yang lebih baik bukan dibawah BN. peningkatan kesedaran rakyat inilah yang amat ditakuti oleh UMNO dan BN.



sakmongkol AK47

PRK Kajang : Zaid Ibrahim akan tentang Anwar Ibrahim di Kajang

Posted: 14 Feb 2014 02:19 AM PST

Zaid Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat berkata beliau 'tertarik' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai calon bebas.
Zaid berkata mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara.
"Menulis di dalam blog ini amat seronok tetapi ia lebih baik untuk bercakap dengan individu sebenar secara bersemuka, mendengar luahan mereka, sudah tentu makan sate bersama mereka.
"Berbual dengan pengundi Kajang turut menguji penerimaan beberapa idea saya, seterusnya ia boleh digunakan sebagai maklum balas kepada pembuat dasar," katanya dalam blognya. (www.zaid.my).
Zaid meninggalkan PKR pada 2011 dan menubuhkan parti Kita. - mStar 14/2/14

Nasi Lemak MAS masih "telanjang" .... MAS tolong jawab sat

Posted: 14 Feb 2014 01:42 AM PST


Sejak MAS menjelaskan bahawa "nasi lemak telanjang" adalah satu kesilapan teknikal, maka bolehkah penumpang kini mengharapkan set lengkap hidangan popular itu dalam penerbangan syarikat penerbangan nasional itu?

Nampaknya tidak begitu, berdasarkan pengalaman aktivis sosial Josh Hong, yang menaiki pesawat MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur pagi ini [14/2/14] dan mendapati tiada kacang tanah dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak.


"Sejuk di udara kerana masih telanjang!" bunyi foto kapsyen hidangan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau.

Hidangan ini mempunyai nasi lemak, separuh telur rebus, dan ada sambal bercampur dengan udang, tetapi gambar itu sukar untuk menentukan apa lagi yang telah dihidangkan bersamanya. - malaysiakini"

Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan

1/2/2014
Chef Wan tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.

Nasi Lemak
Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan. Sumber Instagram.com/ChefWan58

MS- Pihak MAS telah menjawab rungutan Chef Wan pada 1 Feb lalu. Kata mereka akan mengambil tindakan segera. Tapi hari ni dah 14 Feb nasi lemak mereka masih bertelanjang. Susah sangat ke MAS mendapatkan kacang tanah, ikan bilis dan timun? Ada siapa-siapa yang boleh tolong supply ketiga2 bahan tersebut.
Datuk Muzamir macamana ni?

MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan

Posted: 13 Feb 2014 11:19 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 14, 2014
Slip keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri MCM.Slip keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri MCM.Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron  berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.
Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka  berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. - 14 Febuari, 2014. -TMI

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kenapa kejar juruterbang TUDM yang jujur dan lepaskan jerung besar yang rasuah, soal DAP

Posted: 14 Feb 2014 08:50 PM PST


Pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan tindakan Putrajaya mendakwa juruterbang Mejar Zaidi Ahmad kerana mengadu mengenai dakwat kekal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara membiaran sahaja "jerung besar yang rasuah, mencuri ratusan juta ringgit hartanah dan kekayaan, berlagak bebas tanpa hukuman dan menikmati imuniti".
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya malu kerana berkelakuan jahat dan sempit terhadap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu.
"Mengapa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak degil dan tidak bertimbang rasa sehingga mereka lebih memilih mendakwa Zaidi menggunakan undang-undang ketenteraan yang berusia 40 tahun.
"Zaidi melakukan apa yang setiap warganegara Malaysia mahu buat, dia bercakap benar mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lalu kerana ia memang mudah dibasuh dan boleh tanggal.
"Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 terhadap Zaidi menunjukkan pemimpin ketenteraan tidak ada pendirian dan mengambil perintah daripada pemimpin politik," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Letak Jawatan: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas - Tian

Posted: 14 Feb 2014 08:48 PM PST

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas.
Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul.
"Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
"Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK)," katanya.
Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang".
Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.
Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang.
Read More / Baca Lagi >>

Kuasai ICT untuk menang Pilihan Raya Sarawak - Nizar

Posted: 14 Feb 2014 08:44 PM PST

KUCHING: Penguasaan ICT dan penggunaannya secara strategik, penting untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak, kata Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Berucap merasmikan Konvensyen ICT PAS Sarawak hari ini beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 lalu membuktikan betapa ICT memainkan peranan besar dalam menarik sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya di kawasan bandar.

"ICT berjaya menembusi maklumat kepada pengundi bandar, menyebabkan mereka dapat memberikan undi yang sangat baik kepada PAS dan pakatan rakyat.

"Salah satu perkara yang menyebabkan mrreka beralih daripada menyokong BN kepada PR adalah kerana mendapat maklumat sebenar daripada usaha-usaha pendokong kita melalui internet," katanya kepada lebih 80 peserta yang hadir hari ini.

Menurut Mohammad Nizar, berbeza dengan Umno, penggunaan ICT oleh bloger dan cybertroopers mereka lebih kepada menyebarkan fitnah dan bersifat lucah.

Mereka juga katanya, sering memainkan isu-isu agama dan perkauman semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Read More / Baca Lagi >>

KiniFocus: Economic woes threaten race relations

Posted: 14 Feb 2014 07:19 PM PST

BicaraKini: Demo sembelih ayam ibarat brek kepada semua provokasi....

Posted: 14 Feb 2014 07:19 PM PST

Tampar: Juham cadang Zahid diberi 'tuisyen percuma'

Posted: 14 Feb 2014 07:15 PM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyarankan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi tuisyen percuma tentang peruntukan Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

Pengarahnya, Norazmir Zakaria berkata kenyataan bahawa tidak salah menawarkan penampar kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti yang dibuat NGO pro Umno hanya menyerlahkan kedangkalan menteri Umno itu.

"Adalah sangat tidak munasabah dan cukup dangkal bagi seorang menteri kanan yang menjaga soal keselamatan negara bila mengatakan hanya jika tawaran membunuh YB Teresa dikeluarkan oleh NGO terbabit, barulah ianya dikira sebagai suatu kesalahan.

"Jika sebegitu sekali jahilnya Zahid tentang undang-undang, maka Juham merasakan adalah sangat wajar sekiranya Penasihat Undang-Undang KDN atau Penasihat Undang-Undang Umno memberi 'tuisyen percuma' bagi 'menyekolahkan' Zahid," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, dalam isu ini juga, memperlihatkan agensi penguatkuasa seperti berat sebelah dan double standard lebih-lebih lagi jika ianya berkait dengan Umno.

"Ini membenarkan sangkaan selama ini bahawa di Malaysia wujud dua set undang-undang yang berbeza dari segi penguatkuasaannya iaitu untuk pemimpin Umno BNdan seluruh suku sakat serta penyokongnya dan satu set lagi untuk rakyat biasa terutama yang tidak menyokong Umno BN," jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Seksyen 503 memperuntukkan bahawa perbuatan melakukan intimidasi jenayah adalah suatu kesalahan jenayah dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama iaitu penjara sehingga selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Kempen MCA paling lambat dalam sejarah

Posted: 14 Feb 2014 07:11 PM PST

Kempen MCA paling lambat dalam sejarah 
SHAH ALAM- "Gerakan kempen paling lambat dalam sejarah, sehingga saat ini, bahang kempen MCA belum dirasai", demikian menurut bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Menurutnya, sepanjang episod penglibatannya dalam sejarah menghadapi PRK sebelum ini, PRK Dun Kajang pada pengamatannya menyaksikan MCA benar-benar lambat dalam memalu gendang perang terhadap calon lawan.

"Dalam sejarah PRK yang pernah saya alami sebelum ini, PRK Dun Kajanglah yang menyaksikan ketidaksediaan MCA dalam memenangi kerusi tersebut.

"...bagi saya PRK Dun Kajanglah paling lambat dirasai...sebab dari segi kesediaannya kita belum nampak lagi, kalau kita lihat 'pihak sebelah sana' (Anwar) mereka bukan main lagi," katanya yang juga bekas Menteri Pengangkutan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tee Keat berpandangan, perkara itu berlaku berkemungkinan dek kerana sikap pemimpin tertinggi MCA sekarang yang dilihat lebih sibuk untuk "membuat keputusan baru bagi menyertai Kabinet".

Read More / Baca Lagi >>

Dendam terhadap Anwar Ibrahim tidak pernah padam dan mereka membuat rakyat faham apa itu UMNO....

Posted: 14 Feb 2014 06:33 PM PST

Dendam bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh pembangkang itu tidak pernah padam.

Bekas orang kuat Anwar seperti Datuk Ibrahim Ali, Ezam Mohd Noor, Zahid Mat Arip, Datuk Zulkifli Nordin, Ng Lum Yong,  Abdul Ghani Haron, S Gobalakrishnan serta Datuk S Nallakarupan.

Mereka merupakan bekas penggerak utama PKR sejak ditubuhkan pada 1998. Ezam adalah ketua Pemuda pertama; Zahid (naib ketua); Ng (pengasas). Begitu jugadengan Nallakarupan dan merupakan Zulkifli yang  pernah menjadi peguam dalam kes liwat 1.

Sebaik Anwar dipecat serta dipenjarakan, mereka menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat bahawa bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersalah dan konpirasi jahat Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri waktu itu.

Mereka melawan Dr Mahathir melakukan apa sahaja untuk menumbangkan Dr Mahathir dan BN. Ezam dan Abdul Ghani pernah dipenjarakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada 2001.

Bagaimanapun, seorang demi seorang meninggalkan Anwar. Ezam, Zahid, Abdul Ghani menyertai Umno manakala Nalla menjadi senator BN.

Ringkasnya, mereka menjadi penentang Anwar dan menggunakan pelbagai platform untuk menjatuhkan bekas pemimpin pujaan mereka sebelum ini. Kawan sudah menjadi lawan.

Ezam sudah lama mengadakan siri jelajah melawan Anwar. Dalam setiap pilihan raya kecil, bekas setiausaha politik itu tampil membantu calon BN melawan Pakatan Rakyat.

Kawan jadi lawan
Read More / Baca Lagi >>

Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam – Anwar

Posted: 14 Feb 2014 06:23 PM PST

DSC_2321KAJANG 15 FEB: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) perlu terus menganjurkan isu perpaduan antara umat Islan dan bukan Islam melalui khutbah Jumaat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, berkata teks khutbah yang baik menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan.
"(Jais) siapkan khutbah yang baik, menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan. Saya terpaksa puji. Ini permulaan baik," katanya yang bersolat di Masjid Sungai Sekamat.
Anwar juga menyatakan beliau dipelawa memberi ucapan di sebuah gereja di Kajang dan bersedia berhadapan kontroversi mengenai perkara itu.
DSC_2474"Kebimbangan Islam ialah Kristian nak kelirukan. Kita kena tegas, jangan izinkan…(tapi) kalau cara kita ini sombong, baling batu, hina, siapa yang minat kepada Islam? Dakwah itu keenam melalui hikmah.
"Ahad, saya diminta gereja Kajang. Nanti habislah media serang. Dulu masa dalam Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia), saya pernah datang gereja, masa menteri dulu pun pernah.
"Beberapa bulan lalu, pergi jumpa Pope pun kena. Lepas ini media Umno mesti serang saya habis-habisan.
"Saya anggap itu penghormatan sebab panggil saya. Kalau nak dia dengar (mengenai Islam), kena hormat dia," katanya sambil menegaskan Islam tetap agama rasmi di Selangor.
"…tapi orang Kristian, Buddha tak terjejas," katanya.

Taib Mahmud boleh jadi TYT S'wak sepanjang hayat....

Posted: 14 Feb 2014 06:20 PM PST

Walaupun pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketua menteri Sarawak selama 33 tahun akan berakhir hujung bulan ini, namun pengaruh politiknya masih jauh daripada berakhir.

Jika Taib dilantik sebagai yang dipertua negeri, tiada had masa
selama mana beliau boleh memegang jawatan itu - selagi tempoh penggal empat tahun - diperbaharui berulang kali oleh ketua menteri (KM) Sarawak, dengan restu Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kes ini, nampaknya pentingnya KM seorang yang disenangi Taib secara peribadi, dan pemilihan bekas adik iparnya, Adenan Satem, sebagai KM baru boleh menjamin Taib memegang jawatan yang dipertua negeri sepanjang hayat.

Tun Ahmad Zaidi Adruce menjadi yang dipertua negeri Sarawak kelima selama 15 tahun sehingga meninggal dunia pada 2001. Taib, yang kini beruaia 78 tahun mungkin mengikuti jejak langkahnya.

"Walaupun terdapat budi bicara Yang di-Pertuan Agong (dalam pelantikan yang dipertua negeri) selepas berunding dengan ketua menteri, namun amalannya ialah seri paduka hanya melakukan apa yang ahli-ahli politik - di pusat (persekutuan) dan negeri - kata," tegas pakar perlembagaan, Aziz Bari kepada Malaysiakini.

"Selepas 33 tahun Taib menerajui Sarawak, beliau boleh melakukan
perkara yang sama dari tempat yang berbeza," katanya.

Ini bermakna Taib mungkin kebal daripada pendakwaan sekiranya pihak berkuasa membuat keputusan untuk bertindak terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap orang kuat Sarawak itu.

Beliau kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Aziz juga berkata, Taib akan menjadi lebih kuat sebagai yang dipertua negeri berbanding dengan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub, yang juga mengambil alih jawatan yang dipertua negeri selepas melepaskan jawatan ketua menteri kepada Taib pada 1981.

Walaupun mempengaruhi pentadbiran negeri sebagai yang dipertua negeri selama empat tahun, didahului dengan sebelas tahun sebagai ketua menteri, Abdul Rahman akhirnya bersara pada 1986, atas alasan kesihatan.

Read More / Baca Lagi >>

Janji kerajaan 47% BN terhadap golongan minoriti dimungkiri sekali lagi, kata penganalisis

Posted: 14 Feb 2014 06:18 PM PST

Masyarakat India mengharapkan perjanjian di antara Hindraf dan Putrajaya akan membawa perubahan kepada kemiskinan yang membelenggu mereka selama ini. - Gambar fail.Masyarakat India mengharapkan perjanjian di antara Hindraf dan Putrajaya akan membawa perubahan kepada kemiskinan yang membelenggu mereka selama ini. - Gambar fail.Amaran kepada kumpulan minoriti di Malaysia: Berhati-hati dengan janji dan persetujuan kerajaan sebelum pilihan raya.
Beberapa penganalisis yang ditemuramah The Malaysian Insider berkata, ini adalah salah satu pengajaran daripada peletakan jawatan P Waytha Moorthy daripada pentadbiran Najib dan ketidakupayaan Putrajaya untuk mengotakan perjanjian 10 perkara dengan golongan Kristian berkenaan Bible Melayu dan kalimah Allah.
Walaupun mereka bersetuju bahawa pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) perlu turut dipersalahkan kerana langkah terburu-buru menandatangani perjanjian dengan Putrajaya beberapa hari sebelum pilihan raya 5 Mei dan menerima jawatan timbalan menteri selepas kemenangan Barisan Nasional (BN), ia jelas merupakan janji yang dimungkiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sekiranya Hindraf membuat keputusan melibatkan diri dalam kempen awam mengutuk PM dan agensi kerajaan kerana kegagalan mereka menunaikan janji pengundi India selepas menggunakan mereka semasa pilihan raya lepas, kerosakan kepada Najib secara peribadi dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan boleh dianggap agak besar dan lebih lama," kata penganalisis politik, Dr Lim Teck Ghee (gambar) memberikan amaran.
Beliau berkata, selain masyarakat India, kumpulan minoriti yang lain terutamanya di Malaysia Timur, juga memantau perkembangan perjanjian Hindraf dengan Najib.
Hindraf berkata, Putrajaya sengaja "berlengah-lengah" bagi menyempurnakan janji untuk membantu masyarakat India Malaysia yang miskin sebagai balasan terhadap sokongan dalam pilihan raya.
Waytha sendiri, berdiam diri dalam isu peletakan jawatannya dan tidak menjawab panggilan daripada media.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Maksiat malam Hari Kekasih

Posted: 14 Feb 2014 06:15 PM PST

Maksiat malam Hari Kekasih 
 Seorang lelaki berasal dari Pulau Langkawi (kiri) bersama pasangannya (duduk, kanan) ditahan di oleh penguatkuasa Jaik dalam Ops Kekasih, semalam.
ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.

Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.

Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.

Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air.

Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.

"Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu.

"Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka  tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah," katanya

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor.

Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: "Ayam Vietnam" cakar dan gigit..!!

Posted: 14 Feb 2014 04:55 PM PST

Ipoh: Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda.
Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis.

"Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang.
FotoANTARA pelacur Vietnam ditahan. Gambar atas, anggota polis memeriksa pelacur.

"Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan," kata sumber itu.

Kajang: MCA’s big test?

Posted: 14 Feb 2014 04:52 PM PST

Who knows, perhaps with Liow contesting, a few Chinese may want to give him a chance to prove his mettle.

The Kajang by-election fixed for polling on March 23 looks to be the first major test for MCA's new president, Liow Tiong Lai. Whether Liow is the candidate for Kajang still remains to be seen but it is only right he should contest because he is the most high profile person in MCA.
According to the Chinese political observers, Liow has to go for the jugular or else he will be deemed as cowardly.
Thus there is no choice for the Bentong MP. If MCA were to put any other candidate, it will only show MCA as throwing that said chosen candidate to be mauled at the ballot box and will definitely be mocked by the Chinese voters.
Although there is some talk that Umno may field a candidate in Kajang this time around, many Chinese is of the view that MCA will not give up the seat as it will be a slap in the face for MCA, free of charge at that.
MCA had already given up its Wangsa Maju and Gelang Patah seats to Umno in last year's general election and to do so a third time will only confirm MCA as weak, powerless and unable to stand its ground in BN.
Who knows, perhaps with Liow contesting, a few Chinese may want to give him a chance to prove his mettle as he is the newly elected MCA leader.
None the less, it is highly likely that although Liow may garner some Chinese votes, PKR's Anwar Ibrahim can win by a bigger majority than the previous PKR man if Pakatan Rakyat knows which issues to focus on during the election campaign.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Aura Mat Taib bantu kempen Pakatan

Posted: 14 Feb 2014 04:49 PM PST

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu kempen Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memenangi PRK Kajang.

Beliau yang pernah menerajui negeri ini dan mempunyai ilmu dalam selok-belok pentadbiran dilihat sebagai satu kelebihan dalam usaha menarik pengundi.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, dengan pengalaman luas  menerajui Selangor, Muhammad mampu membantu pentadbiran kerajaan negeri jika diperlukan.

"Saya yakin dengan penyertaannya dalam Pas tahun lalu, beliau mampu membawa pengaruh dengan lebih signifikan atas dasar 'orang lama.

"Selain itu, beliau juga mampu mempengaruhi orang muda," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Anwar kelmarin menyatakan akan membawa masuk bekas veteran Umno berkenaan ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya memenangi PRK Kajang.

Menurutnya, Muhammad mempunyai kepakaran dalam program desa dan luar bandar selain dapat membantu dalam pentadbiran Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Kempen Anwar berterusan, Syed Mokhtar diserang monopoli gula

Posted: 14 Feb 2014 04:46 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menyebabkan rakyat sengsara. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menyebabkan rakyat sengsara. Gambar fail.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.
Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.
"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi.
"Harga gula naik sebab monopoli Syed Mokhtar. Saya lawan Umno, Barisan Nasional (BN) termasuk tokoh-tokoh besar," katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun mengakui tidak semua harga barangan mampu dikawal kerajaan memerintah.
"Masalah kita di Kajang apa, masalah ekonomi, kehidupan.
"Saya akui, ada kerajaan mana-mana pun tidak boleh kawal. Harga minyak, gula contohnya, tidak boleh naik," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat Tidak Kekal: Mejar Zaidi, terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar dan jujur

Posted: 14 Feb 2014 04:45 PM PST


Penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 menjadi pertikaian apabila dakwat itu mudah dicuci. Gambar fail.Penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 menjadi pertikaian apabila dakwat itu mudah dicuci. Gambar fail.Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.
Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.
Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya. dipertanggungjawabkan. ‎
"Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya," kata Zaidi (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.
Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.
Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa  bertugas di jabatan am.
Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu.
"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.
"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.‎
"Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran."
Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.
"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.
"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Who was PM during Ops Lalang?

Posted: 14 Feb 2014 04:38 PM PST

Bantah TPPA mulls boycott of talks

Posted: 14 Feb 2014 04:37 PM PST

TGHA: PERANAN MUSLIMAT DALAM PERJUANGAN

Posted: 14 Feb 2014 04:35 PM PST

Benarkah perpaduan negara hari ini semakin rapuh?

Posted: 14 Feb 2014 04:35 PM PST

KALAU TAK MENIPU & MEMBELIT Bukan UMNO Namanya!!!

Posted: 14 Feb 2014 05:24 AM PST

 

10 SEBAB KENAPA PBS PERLU DIMANSUHKAN

Posted: 14 Feb 2014 04:30 AM PST

Oleh: Cikgu Veteran
Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.
Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.
Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.

KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.

KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.

KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.

KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.

Read More / Baca Lagi >>

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bestari Kualiti Teruk & Lembap! Apa Respon Guru Kepada KPM?

Posted: 14 Feb 2014 04:25 AM PST

SPS
Masalah Sistem pengurusan Sekolah (SPS) Login : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan sekitar 100,000 sekolah di seluruh Malaysia untuk siapkan data pada 15 Februari 2014.
Hari ini sudah menginjak hari Jumaat bersamaan 14 Februari 2014, masalah Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) tidak berkesudahan. Akibatnya…..
Akibat tidak tahan dengan server Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang disediakan kepada kalangan guru melahirkan rasa marah dan kecewa. Seperti di bawah ini….

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) :  Aduan Guru?

SPS login
Bagi Berita Semasa sendiri, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) tiada salahnya. Tetapi, kalangan yang menyediakan prasarana & jariangan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) inilah yang harus bertanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

Myanmar Hina Suara Umat Islam Bantah Kekejaman Rohingya

Posted: 14 Feb 2014 04:16 AM PST