Khamis, 13 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Wanita mengamuk selepas kekasih enggan lakukan sex

Posted: 13 Feb 2014 06:03 PM PST

PRENOVOST


GLENDALE, Arizona - Seorang wanita, Ashley Marie Prenovost mengamuk selepas kekasihnya enggan berasmara dengannya, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Prenovost yang berusia 24 tahun itu menumbuk dinding dan cermin selepas kekasihnya enggan menjalin hubungan seks dengannya.
Dia juga dituduh membawa anak perempuannya yang berusia empat bulan keluar dari rumahnya di sini dan menjerit-jerit dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Polis Glendale berkata, ketika tiba di tempat kejadian, wanita itu kelihatan berbogel dan tubuhnya berlumuran darah.
Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan mabuk.
Prenovost ditangkap di sebuah kedai pakaian dan didakwa melakukan penderaan ke atas kanak-kanak dan menyerang seorang budak di bawah umur. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2tG1koY6o 

TGNA terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahi

Posted: 13 Feb 2014 04:40 PM PST


  • Nik Aziz terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahifoto ihsan FB Zahiruddin Zabidi
 1 / 1 
SHAH ALAM – Anak syarikat Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari menyerahkan royalti hasil buku bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul Bicara Cinta Demi Ilahi, hari ini.

Selain itu, Nik Aziz turut menerima hadiah Al-Quran Karya Bestari dan buku yang mula mencipta fenomena, Cerita Cinta Ahmad Ammar.

Editor Kanan Buku Karya Bestari, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi memberitahu, Nik Aziz segera meminta agar royalti itu diserahkan kepada Maahad Darul Anwar.

"Hajat kami bagi hadiah al-Quran dan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar serta serahkan cek royalti bernilai belasan ribu ringgit (tiga bulan sebelumnya puluhan ribu).

"Kemudian segera beliau minta serahkan kepada Maahad Darul Anwar yang ditadbir oleh anak-anak beliau. Subhana-ALLAH," katanya yang dipetik menerusi laman Facebook miliknya.

Berkongsi keadaan Nik Aziz yang terkini, beliau akui Musryidul Am Pas itu semakin uzur namun tidak berkompromi dalam menunaikan solat berjemaah.

"Beliau uzur sangat namun solat jemaah tidak di kompromi," katanya.

Beberapa pengisian menarik dalam buku tersebut ialah Izinkan Aku Berbicara, Bicara Ini Demi DIA, Bicara, Ini Demi Nurani, Bicara Ini Demi Akhlak, Bicara Ini Demi Anak Kita, Bicara Ini Demi Hari Pengadilan dan Andai Mampu Lagi Aku Bicara.

Buku ini sudah diterbitkan sejak 31 Mac tahun lalu.-  SH  14/2/2014

EDISI MLM JUMAAT - Untuk suami-suami yang teringin nak menikah 2 di Thailand . . . ini caranya

Posted: 13 Feb 2014 04:34 AM PST

Mudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniMudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniBERITA baik buat para suami yang ingin berpoligami! Jika permohonan anda untuk berkahwin lagi ditolak bulat-bulat oleh si isteri anda tidak perlu risau.
Dengan kemajuan teknologi maklumat, para suami kini boleh membuat carian di Internet untuk mendapatkan khidmat syarikat tempatan dalam membantu mereka menguruskan perkahwinan di selatan Thailand.
Mungkin situasi sebegini bernada agak melucukan dan kurang enak didengar oleh isteri pertama. Namun hakikatnya, fenomena ini memang kerap berlaku di seantero pelusuk negara.
Fenomena berkahwin di Thailand amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Kita juga kerap diberitakan dengan perkahwinan artis-artis tempatan di Thailand.
Namun, ramai yang tidak sedar betapa senangnya untuk menguruskan perkahwinan di Negara jiran itu.
Gambar hiasan.Gambar hiasan.Siasatan Malaysian Digest mendapati terdapat lebih 10 laman web yang menawarkan khidmat pengurusan berkahwin di selatan Thailand dan syarikat-syarikat ini aktif beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.
Antara pakej yang diiklankan di laman sesawang mereka dinamakan sebagai 'Urusan Khidmat Pernikahan', 'Nikah Siam', 'Kahwin Lari' dan'Pakej Poligami dengan menggunakan Kadi Wali Hakim Di Thailand'.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan syarikat-syarikat ini, penulis bersama teman sekerja lelaki yang berlakon sebagai pasangan yang mahu berkahwin, cuba menelefon beberapa nombor yang tertera di Internet. Apabila dihubungi, kebanyakan laman web yang menawarkan pakej berkahwin di Thailand itu mendakwa operasi mereka adalah sah.
Namun tidak ada satu pun laman web yang mendedahkan nombor pendaftaran syarikat mereka. Kredibiliti mereka hanya disahkan melalui slogan 'Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia' yang dipaparkan di muka web mereka.
Malah ada juga yang mempromosikan khidmat mereka menerusi laman sosial Facebook tanpa berselindung.
Pakej Murah
Sebanyak lima laman web cuba dihubungi penulis. Penulis terpaksa menunggu agak lama untuk panggilan penulis dijawab 'pegawai' syarikat-syarikat tersebut. Setelah membuat cubaan berkali-kali, hanya satu panggilan sahaja yang mendapat respon.
Panggilan tersebut dijawab oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Ridwan. Dengan bersahaja, beliau menerangkan segala prosedur dalam pakej tawarannya tanpa teragak agak dan dalam nada yang bersemangat. Beliau kedengaran seperti seorang yang amat berpengalaman dalam pengurusan khidmat ini.
Malah katanya harga yang ditawarkan beliau amat rendah berbanding dengan agen nikah lain. Malahan beliau cuba meyakinkan penulis bahawa perkhidmatan yang disediakannya adalah serba lengkap sehingga syarikatnya mendapat surat pengesahan daripada Konsulat Malaysia. Reputasi yang diraih ini digunakan sebagai justifikasi populariti syarikatnya di kalangan pasangan Malaysia.
"Kami tidak meminta apa-apa deposit. Semua bayaran boleh dibuat pada hari akad nikah.
"Anda cuma perlu bayar RM1,700 apabila tiba di Bukit Kayu Hitam, Kedah (bandar di sempadan Malaysia-Thailand). Bila encik sampai disana kami akan uruskan semuanya, termasuk hal-hal visa dan dokumen lain," jelasnya kepada penulis dan 'pasangan'.
Ditanya mengenai mengapa kami perlu berkumpul di Kedah, Ridwan memberi jawapan ini adalah kerana ramai pelanggannya dari seluruh Malaysia yang memang menggunakan Bukit Kayu Hitam sebagai lokasi untuk berkumpul.
"Semalam ada tiga pasangan dan bilangan ini akan meningkat apabila tiba hujung minggu nanti," katanya dengan penuh yakin.Salah satu laman web yang menyediakan khidmat pakej perkahwinan di Thailand.Salah satu laman web yang menyediakan khidmat pakej perkahwinan di Thailand.
Tidak berakhir disitu, penulis membuat panggilan seterusnya dengan harapan dapat menyelongkar isu ini dengan lebih lanjut lagi. Kali ini penulis menghubungi laman web yang berbeza.
Pada mulanya, penulis gagal untuk mendapat sebarang jawapan daripada agen tersebut sebaliknya telah menerima sebuah khidmat pesanan ringkas (SMS). Si agen memberitahu yang beliau berada di dalam sebuah seminar dan memohon maklum balas melalui SMS sahaja.
Tanpa membuang masa penulis terus menyatakan hasrat untuk menggunakan pakej yang ditawarkan oleh 'syarikat' tersebut dan berhasrat untuk bercakap secara langsung dengan agen tersebut.
Apa yang berlaku selepas itu amat mengejutkan. Agen tersebut rupa-rupanya adalah individu yang sama dihubungi sebelum ini. Setelah diteliti,individu ini menggunakan modus operandi menggunakan laman sesawang yang berbeza untuk mengiklankan pakej perkahwinan yang sama.
Dengan menggunakan gelaran yang sama, Ridwan pada awalnya teragak-agak untuk menjawab pertanyaan penulis. Di saat ini, beliau sudah mula mengesyaki sesuatu yang agak janggal, mungkin kerana beliau mengenali nombor telefon penulis.
Namun setelah dijelasnya niat untuk menyertai pakej yang ditawarkan, beliau terus rancak bercerita mengenai pakej syarikatnya.
Pakej kali ini merangkumi pengangkutan dari Bukit Kayu Hitam, melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, khidmat nasihat mengenai dokumen penting, paspot, penginapan hotel dan penyediaan makan dan minum sehingga ke lokasi di Narathiwat, Songkhla.
Jelasnya, dari Songkhla, pasangan akan dibawa untuk berkahwin di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau di Majlis Agama Islam Phatthalung, Thailand. Ridwan berkata, kedua-dua majlis agama ini diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Lebih menarik, Ridwan turut berkata sijil nikah yang dikeluarkan oleh MAIS akan disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkla.
"Konsulat Malaysia di Songkla adalah satu-satunya konsulat di Selatan Thai. Konsulat inilah yang bertanggungjawab untuk mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kahwin lari dan bernikah di Siam," jelasnya.
Rakan Kongsi
Jika ada jodoh tidak ke mana.Jika ada jodoh tidak ke mana.Setelah ditanya dengan lebih mendalam, Ridwan mula kedengaran seperti tidak mahu meneruskan perbualan. Beliau seterusnya mempelawa penulis untuk berkunjung ke pejabatnya yang terletak di Subang bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Beliau juga menyatakan segala maklumat boleh didapati di laman sesawangnya.
Menurutnya, selepas semua persetujuan dilakukan, pasangan yang ingin berkahwin di Thailand dikehendaki untuk bergerak ke Bukit Kayu Hitam tanpa membawa mana-mana individu atau pihak lain untuk menemani mereka.
"Pasangan boleh pergi menggunakan bas terus ke Bukit Kayu Hitam ataupun memandu sendiri ke sana kerana kemudahan untuk memakir kereta memang terdapat di situ.
"Namun, pasangan yang terlibat akan diuruskan oleh individu lain di sana dan namanya Salleh. Saya tidak akan ke sana," katanya yang mendakwa segala masalah di sana akan dapat diselesaikan 'Salleh'.
Tambahnya, segala persiapan dan urusan di sana akan diatur dan dikendalikan oleh Salleh termasuklah membawa pasangan yang ingin berkahwin ke MAIS.
Khidmat untuk semua
Setelah difikirkan, penulis cuba meletakkan diri sebagai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendirikan rumahtangga di sini. Mungkin pasangan yang terlibat terpaksa berkahwin di Thailand ekoran tentangan daripada ahli keluarga dan pakej sebegini adalah jawapan terbaik buat mereka dalam mencari jalan penyelesaian.
Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah pakej perkahwinan yang ditawarkan untuk pasangan yang masih menuntut.
Menurut laman web Ridwan, Thailand ialah lokasi untuk menjalankan nikah gantung atau nikah khitbah bagi pasangan pelajar. Kebanyakan pasangan begini adalah mereka yang sudah bercinta lama tetapi mendapat tentangan keluarga untuk berkahwin.
Pasangan juga dinasihatkan untuk membawa video kamera untuk merakamkan akad nikah mereka di Thailand. Video yang terhasil boleh ditunjukkan kepada hakim mahkamah syariah semasa pengesahan nikah di Malaysia kelak.
Penulis cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tentang kesahihan pakej-pakej perkahwinan di Thailand ini namun tidak ada pegawai yang membalas panggilan penulis.
Namun, menurut JAKIM, hukum nikah di luar negara adalah sah dengan syarat pernikahan itu mengikut rukun nikah dan melebihi dua marhalah (89km)
Malah ianya juga sah sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim -. MD

Pelobi Swiss mahu 'RM56j aset Taib' dibeku

Posted: 13 Feb 2014 01:00 AM PST


Kumpulan pendesak yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya membekukan AS$16.94 juta (RM56.32 juta) yang dipercayainya dana haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak yang akan bersara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Ia berkata AS$16.94 juta itu adalah hasil daripada jualan sebuah bangunan di San Fransisco pada tahun 2012 oleh syarikat Sakti International Corporation, yang didakwanya separuh dimiliki oleh Taib dan ini melanggar perlembagaan Sarawak.

Perlembagaan negeri itu melarang ketua menteri daripada melibatkan diri secara aktif dalam entiti komersial.

Ia mendakwa bahawa penjualan Sakti itu merupakan satu contoh jelas pengubahan wang haram.


"Seorang ahli politik asing yang bertindak dengan cara yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan tidak harus dibenarkan untuk beroperasi secara bebas di Amerika Syarikat," katanya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia perlu bertindak dengan tegas dan merampas semua aset Taib yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.

Menurut BMF, dokumen didedahkan oleh pemberi maklumat Ross Boyert (kiri) pada 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus daripada saham Sakti itu dipegang sebagai amanah bagi pihak Taib oleh saudaranya dan anak-anaknya.

Boyert telah menguruskan hartanah keluarga Taib di Amerika Syarikat selama 12 tahun sehingga dia dipecat. Beliau memfailkan saman terhadap Sakti pada tahun 2007 berkaitan pemecatannya itu.

Bagaimanapun, Boyert ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles pada 2010, selepas dokumen itu bocor. - malaysiakini

dollah yankee

dollah yankee


Terima Kasih Kajang!

Posted: 13 Feb 2014 05:26 AM PST

Terima Kasih banyak-banyak Kajang! Kalau tak disebabkan olih pilihanraya kecil Kajang nanti, sudah tentu kadar tol untuk 15 lebuhraya-lebuhraya yang telah dicadangkan kenaikan nya itu akan tetap dinaikan, tapi sebab 'PRK Kajang' pihak kerajaan BN/umno sanggup tekan 'brake' sekejab dan sanggup keluarkan 400 juta untuk bayar ganti rugi dan pampasan kepada operator-operator lebuhraya-lebuhraya yang berkenaan.

Ini lah politik karung guni Malaysia. Kalau sebelum ini dikatakan yang ekonomi negara kita akan teruk dan terkesan jika kadar tol tidak dinaikan, tetapi selepas adun Kajang hantar surat berhenti kerja semuanya sudah bertukar. Bila dengar pula Anwar Ibrahim yang akan jadi calun, lagi banyak cerita mereka sudah tukar.

Pilihanraya Kajang ini amat penting bagi umno, jadi mereka akan lakukan apa saja untuk mematikan langkah-langkah Anwar Ibrahim sebab helah-helah politik Anwar Ibrahim tiada tandingan. Dan bila Anwar dah duduk dalam pejabat MB Selangor nanti, dia akan menjadi ancaman yang teramat besar buat umno.

dollah yankee -
Tun Mahathir boleh kena sakit jantung kalau Anwar berjaya angkat sumpah jadi MB Selangor!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mahathir Sokong PAS Jadi MB di Selangor Untuk UMNO Senang Rampas

Posted: 13 Feb 2014 06:18 AM PST

Mahathir Sokong PAS Jadi MB di Selangor Untuk UMNO Senang Rampas

Adapun Dr Mahathir telah bersuara.

Dia meminta PAS mengembalikan kerusi MB Selangor kepada PAS.

Diberitkan Dr Mahathir berkata:


Kalo Mahathir dah sokong PAS jadi MB di Selangor maka konfirm la idea tu menguntungkan UMNO.

Bukankah anak Dr Mahathir berjaya menjadi MB Kedah dengan merampas kerusi tersebut dari PAS.

Jawatan MB Kedah itu tidak dirampas dari DAP mahupun PKR tetapi dari PAS.

Dr Mahathir ni penipu kelas satu.

Penipuan terbesar beliau adalah berjaya menyakinkan jutaan ahli UMNO bahawa beliau adalah berbangsa Melayu.

Sehingga hari ini jutaan orang Melayu menganggap beliau berbangsa Melayu.

Maka, "skill" silap mata Dr Mahathir ini adalah terbaik di Malaysia. 

Rasanya tiada orang dalam sejarah Malaya dan Malaysia yang mampu melakukan silap mata macam Dr Mahathir.

Namun bukan semua Melayu boleh berjaya ditipu Mahathir.

Bagi Tulang Besi, kenyataan ini adalah bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Mahathir takut Anwar menjadi MB Selangor memandangkan ia mampu mengagalkan perancangan untuk menjatuhkan Najib (mengikut maklumat yang TUlang Besi dapat)

Harap2 tiada lah dalam PAS yang akan termakan umpan Dr Mahathir ni.

Khabarnya sudah ada rombongan dari PAS (suspek puak2 UG) yang berjumpa Tan Sri Khalid dan menjemput beliau masuk PAS.

Punyalah beriye-iye puak UG dalam PAS untuk menghalang Anwar menjadi MB. 

Dari luar, UMNO hentam. Dari dalam kita ada puak2 UG buat sabotaj.

Semuanya satu geng yakni geng UMNO.

Takut sangat hilang kerja kat Perangsang sampai sanggup buat kerja kotor untuk UMNO.

Rekod PAS menyerahkan 3 negeri pada UMNO tidak terkejutlah Mahathir beriye-iye mahukan PAS menjadi MB Selangor.

Maksudnya lagi cepat Selangor akan dirampas oleh UMNO.

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Posted: 13 Feb 2014 06:14 AM PST

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)


negara terkaya dunia
Negara Terkaya Di Dunia 2014 : Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.
Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh "dunia" tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

Senarai Negara Terkaya Di Dunia 2014

  1. #Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
  2. #Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
  3. #Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
  4. #Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
  5. #Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014 :

  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  2. Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
  • Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.
  • Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama "merasainya" tanpa merompak untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.
Harapan Berita Semasa pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah Berita Semasa mahu melihat :
  • Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian "sentiasa mencukupi". Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
  • Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.
Kami terus ternanti-nanti saat ini. Apa pandangan & harapan anda pula anda pula?



Rafizi: PKR akan keluarkan bukti baru salah laku keluarga Taib Mahmud

Posted: 13 Feb 2014 03:32 AM PST

Rafizi: PKR akan keluarkan bukti baru salah laku keluarga Taib Mahmud

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
February 13, 2014
Rafizi mengatakan dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar fail.Rafizi mengatakan dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar fail.PKR akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaitkan anggota keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan syarikat yang terlibat dalam salah laku berkaitan konsesi balak.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dokumen berkaitan seperti didedahkan laman sesawang pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di Ibu Pejabat SPRM.

"Pendedahan terbaru Sarawak Report mengenai syarikat yang mengundang kontroversi iaitu Regent Star Company Limited menguatkan lagi tuduhan-tuduhan mengenai salah laku melibatkan konsesi balak di Sarawak," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

"Pehin Seri Taib Mahmud pernah membuat kenyataan di Dewan Undangan Negeri Sarawak menafikan beliau tahu atau kena mengena dengan Regent Star. Kenyataan itu digunakan sebagai alasan untuk menutup skandal yang panas ketika itu."
 
Sementara itu, Rafizi mendakwa syarikat milik adik Taib juga pernah disiasat di Jepun atas dakwaan mengelak cukai atas komisen yang dianggapnya rasuah – bernilai ¥1 bilion (RM32.6 juta).

"Dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, jelas bahawa tuduhan rasuah terhadap Taib Mahmud akan terus berlegar. Malah, saya mengambil keputusan untuk membuat satu laporan SPRM baru terhadap Taib Mahmud supaya perkara-perkara ini digunakan di dalam siasatan yang dibuat.

"Oleh itu, saya menggesa supaya Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri yang bertanggungjawab menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlulah diisytiharkan SPRM bahawa tiada siasatan yang masih belum ditutup terhadap calon itu," katanya.


Menurut Rafizi, beliau akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari ini untuk mengesahkan masih ada siasatan yang dibuka terhadap Taib  dan selagi beliau tidak diisytiharkan tiada sebarang siasatan terbuka, beliau tidak boleh dipertimbangkan sebagai TYT. – 13 Februari, 2014.

Konsensus Nasional: Reaksi BN lembab

Posted: 13 Feb 2014 03:28 AM PST

Konsensus Nasional: Reaksi BN lembab

saifuddinPETALING JAYA 13 FEB: Dalam keadaan rakyat dihidangkan dengan sentimen politik perkauman yang membimbangkan, reaksi kerajaan terlalu perlahan untuk menyambut cadangan Konsensus Nasional yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

"Proses menyambut gesaan untuk mencapai Konsensus Nasional berlangung amat perlahan.
"Reaksinya lembab di pihak BN ketika diluar sana rakyat terus dihidangkan dengan sentimen politik perrkauman yang semakin membimbangkan," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini, sekurang-kurangnya, tiga gesaan secara rasmi melalui kenyataan media dibuat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Majlis Presiden.
Kata Saifuddin, pelawaan Pakatan Rakyat dibalas kerajaan melalui kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi 27 Januari lalu

Manakala yang terbaru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pada 2 Februari yang bercadang membawa cadangan tersebut ke jemaah Menteri.

Tambah Saifuddin, tema politik perkauman dan sentimen agama melampau pernah berlaku di negara ini dengan yang terakhir pada 1997 di Kg Rawa, Pulau Pinang.

Namun, ketika ini lebih serius apabila insiden berbaur perkauman berlaku hampir setiap minggu dengan seperti himpunan di depan gereja, aksi provokasi memotong ayam dan melumur darah di poster terpapar imej pemimpin Pakatan Rakyat.


"Kami meneliti perkembangan dan menggesa pemimpin BN melajukan (proses) supaya rakyat betul-betul dapat melihat kita serius dalam menangani isu-isu yang menggugat perpaduan," kata Saifuddin.

KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib

Posted: 13 Feb 2014 03:27 AM PST

PETALING JAYA 13 FEB: KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah terbaru membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pendedahan terbaru laman Sarawak Report mengenai syarikat Regent Star Company Limited melibatkan konsesi balak di Sarawak.
Katanya, Regent Star adalah syarikat dikawal Onn Mahmud, iaitu adik kepada Taib dan pernah disiasat di Jepun atas tuduhan mengelak cukai mencecah 1 bilion yen.

Semalam, kata Rafizi Sarawak Report menunjukkan dengan jelas kaitan di antara Regent Star dengan Jamilah Taib, anak kepada Taib Mahmud sendiri.

Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud (seperti juga Regent Star) kepada Sakto Development Corporation yang dimiliki oleh Jemilah Taib dan suaminya telah ditampilkan.

"Saya difahamkan bahawa bukti-bukti terbaru dalam bentuk dokumen yang mengaitkan Pehin Seri Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat pelaburan luar negara yang disiasat oleh pihak berkuasa di sana akan dikemukakan untuk membantu siasatan.

KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib

"Ini bermakna siasatan di Jepun mengenai tuduhan mengelak cukai sudah tentu akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak," katanya dalam kenyataan media.

Menurut Rafizi, dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, beliau akan membuat satu laporan SPRM terhadap Taib Mahmud di Putrajaya, esok.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong agar membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan bebas daripada siasatan SPRM.
"Ini untuk mengelakkan salah guna jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan dari pendakwaan," katanya yang akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari


Sehubungan itu, Rafizi berkata, selagi siasatan masih berjalan, Taib tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru selepas bersara sebagai ketua menteri.

ASTRO TIPU PENGUNA?

Posted: 13 Feb 2014 03:22 AM PST

Sejak sebulan lepas ramai pengguna astro merungut kerana tidak dapat menikmati siaran dan seringkali tergendala.Walau pun bantuan teknikal dilakukan, namun masih gagal mendapat siaran.Apa yang memuskilkan pelangan astro ialah jika pembayaran lewat dibayar, pihak astro akan segera memotong, namun jika pihak astro gagal menyiarkan siaran sedangkan pelangan berhak mendapatkan siaran 24 ja, tindakan segera dan bantuan teknikal dari vendo lambat sampai, malahan mengambil masa semingu.Jika inilah servis yang semakin bercelaru, pelangan berhak menuntut gantirugi dari pihak astro.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MAS perjelas isu 'nasi lemak telanjang'

Posted: 13 Feb 2014 07:37 PM PST

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menjelaskan masalah teknikal ketika penyediaan nasi lemak sewaktu penerbangan ke Bangkok baru-baru ini sehingga terpaksa menarik bahan utama iaitu kacang dan ikan iblis.

Hal demikian mengundang kritikan apabila digelar 'nasi lemak telanjang' oleh chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan dalam penerbangan ke Bangkok ketika itu.

Pengurus (Makanan dan Minuman) Operasi Penerbangannya Chef Zahiddin Dris berkata peket ikan bilis dan kacang tidak dapat dihidangkan bersama nasi lemak ketika itu kerana terdapat kerosakan pada bahan tersebut, lapor Utusan Malaysia.

"Kami mendapati salah satu peket ikan bilis dan kacang rosak sehingga terpaksa menariknya daripada hidangan untuk menjaga kualiti.

"Prosedur itu merupakan standard biasa MAS, bertujuan untuk menjaga kebersihan dan kualiti makanan para penumpang," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

Beliau mengulas kritikan Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya kerana menu itu tidak dilengkapi ikan bilis dan kacang serta timun ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bangkok.
Read More / Baca Lagi >>

Konsensus Nasional 5 tahun di belakang UG kata NASRUDIN HASSAN

Posted: 13 Feb 2014 07:35 PM PST


Memacu peradaban negara seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kematangan berpolitik adalah satu tuntutan kontemporari ke arah pembentukan sebuah negara maju bertaraf dunia.

Pacuannya pula selari dengan anjakan pemikiran penghuninya yang terdiri daripada pemimpin dan anggota masyarakat awam.

Tanpa pacuan yang seiring dan selari antara empat elemen ini (peradaban negara, pertumbuhan ekonomi, kematangan berpolitik dan anjakan pemikiran), hasrat untuk merajah peta negara sebagai satu blok negara maju bertaraf dunia tidak akan kesampaian.

Sementara empat elemen tersebut hanya benar-benar efektif untuk diselarikan apabila terdapat faktor lonjakan yang didokong oleh seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bendera politik, warna kulit, bahasa lidah dan sijil akademik.

Faktor lonjakan yang saya maksudkan di sini ialah persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau dengan istilah yang dipopularkan mutakhir ini iaitu konsensus.

Faktor lonjakan ini (persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus) pula tidak mungkin dapat dicerna tanpa adanya konsep damai dalam politik dan hubungan sosial.

Meskipun tidak mampu dicapai dalam semua aspek, sekurang-kurangnya dapat dihasilkan dalam perkara-perkara utama yang menjadi kepentingan umum seperti aspek keselamatan, kestabilan ekonomi, kepentingan politik, keadilan sosial dan pemulangan hak.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas kapasiti presiden kepada gerakan Islam kontemporari di negara ini telah mengemukakan satu idea yang sungguh brilliant sekitar tahun 2008 bagi menghadapi kemelut negara yang tiada kesudahan pada waktu itu apabila melihat kekuatan parti-parti politik daripada blok pemerintah dan pembangkang mulai seimbang.

Persepsi UG sertai Umno
Read More / Baca Lagi >>

Pas perlu berani rebut kerusi MB Selangor kata Kangkung UMNO..!!!

Posted: 13 Feb 2014 07:28 PM PST

Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat  
SHAH ALAM - Pas perlu bersuara dengan lebih lantang bagi menuntut hak mereka dalam merebut kembali kerusi menteri besar Selangor yang kini dipegang PKR.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berhak untuk meletakkan calon mereka berdasarkan majoriti yang dimiliki dalam barisan exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Walaupun sudah ada suara yang kedengaran, namun desakan itu perlu dibuat dengan lebih hebat bagi membolehkan satu jaminan diberikan.

"Dalam politik bukan hanya untuk menjadikan seseorang itu berjaya jadi wakil rakyat atau Adun sahaja, lebih daripada itu. Dengan kelebihan yang ada, Pas boleh memimpin Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Kalau polis nak siasat, siasatlah - Anwar

Posted: 13 Feb 2014 07:25 PM PST


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan kempen di DUN Kajang walaupun polis sedang melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Anwar yang juga ketua pembangkang bertegas penganjuran kempen itu kerana tidak menyalahi sebarang Akta Pilihan Raya, lapor Sinar Harian hari ini.

"Kalau polis nak siasat pun siasatlah, lagipun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof cakap tidak salah dari segi akta pilihan raya.

"Saya ucap terima kasih kepada polis kerana program ini tidak diganggu," katanya seperti dalam dilapor akhbar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri besar atau tidak, Anwar mampu bantu padam isu di Selangor

Posted: 13 Feb 2014 07:23 PM PST


Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) untuk bertanding di DUN Kajang mendapat sokongan rakan daripada Pakatan Rakyat. Gambar fail.Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) untuk bertanding di DUN Kajang mendapat sokongan rakan daripada Pakatan Rakyat. Gambar fail.Walaupun pelbagai alasan didengar daripada ketua mereka, masih ada percanggahan pendapat di kalangan ahli parti Pakatan Rakyat terhadap kewajaran mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Bagaimanapun, pemimpin gagasan itu di Selangor percaya calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu dalam usaha meredakan ketegangan kaum dan agama yang semakin membara di negeri paling kaya itu.
Sekiranya Anwar dimasukkan ke dalam pentadbiran Selangor jika menang dalam pilihan raya kecil itu, Pakatan akan dapat menggunakan kemahirannya dalam berunding dan berkomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian pelbagai isu politik.
Isunya termasuk kemelut penggunaan kalimah Allah, hubungan komuniti berlainan agama dan bagi menjawab asakan berbentuk perkauman.
Pemimpin Pakatan Selangor berpendapat walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang mampu mengurus ekonomi dan pentadbiran dengan cekap dan amat baik, tetapi kerajaan negeri kurang mahir menangani isu politik yang berasaskan perkauman dan agama.
Ini dapat dilihat apabila pentadbiran Abdul Khalid dikritik oleh masyarakat awam menerusi isu rampasan Kitab Injil berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2 Januari lalu.
Bagi memberi impak yang berkesan kepada masyarakat, Anwar tidak boleh hanya bergerak sebagai ahli Parlimen atau ketua pembangkang persekutuan yang memberi ceramah di sana sini.
Sekiranya Anwar berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), beliau akan dapat berjumpa dengan pegawai kerajaan negeri dan membantu membentuk dasar yang benar-benar menjiwai prinsip kesamarataan dan inklusif sosial yang dibawa Pakatan.
Pemipin PAS dan DAP percaya ketegangan perkauman dan agama semakin meruncing pada penggal kedua pentadbiran Pakatan Selangor.
Ini kerana Umno, yang mengetuai Barisan Nasional sudah menunjukkan bahawa ia tidak peduli terhadap perasaan dan sokongan komuniti lain selain daripada masyarakat Melayu.
Ketua DAP Selangor, Tony Pua, berkata ini dapat dilihat apabila setiap isu diputarbelitkan supaya menjadi isu perkauman.
Yang terkini adalah protes terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok oleh kumpulan pendesak ketuanan Melayu yang menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar pemimpin DAP itu.
Pada protes 7 Februari itu, ahli kumpulan tersebut menyembelih dua ekor ayam dan melumuri darah binatang tersebut ke atas sebuah kain rentang yang memaparkan muka Kok, dua lagi pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, dan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR, Lee Khai Loon.
"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Umno menjuarai konsep 1Malaysia. Mereka cuba imbangkan keperluan untuk mendapat sokongan Melayu dengan dasar yang toleran terhadap bukan Melayu.
"Tetapi selepas pilihan raya, mereka sudah buang konsep itu," kata Pua.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar sah bertanding presiden PKR, kerusi timbalan dijangka panas

Posted: 13 Feb 2014 07:21 PM PST


Datuk Saifuddin Nasution Ismail sahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR. Gambar fail.Datuk Saifuddin Nasution Ismail sahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR. Gambar fail.Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.
"Ya, Anwar akan bertanding jawatan itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider mengulas bayangan yang diberikan Anwar sebelum ini, beliau akan bertanding jawatan yang kini dipegang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu.
Dalam wawancaranya dengan The Ant Daily baru-baru ini, Anwar berkata, sejak setahun lalu isterinya menyebut kepadanya beliau mahu menumpukan masanya bersama cucu dan datuk kepada cucunya (Anwar).
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan bertanding jawatan presiden PKR bagi menentang Dr Wan Azizah.
Namun dengan keputusan Anwar ini bermakna Azmin akan berdepan dengan Anwar sendiri jika beliau masih berniat mencuba kerusi presiden PKR itu.
Dalam pada itu, The Malaysian Insider difahamkan, seorang pemimpin kanan PKR akan mencabar Azmin untuk kerusi timbalan presiden dalam pemilihan kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan, penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Read More / Baca Lagi >>

Kejatuhan Ringgit Yang Parah Dalam Tempoh 24 Tahun..Terima Kasih Najib & Rosmah

Posted: 13 Feb 2014 06:47 PM PST


Kangkung Price Falls Further

Posted: 13 Feb 2014 06:42 PM PST

 A Kadir Jasin

IF our life is all about ipomoea aquatica, we can all look forward to a significant improvement in our welfare and well-being.
Since we last discussed ipomoea aquatica aka the humble kangkung in the Jan. 16 posting, its price has fallen further. (Read here)
To reflect its cheaper price, our economist updated our ipomoea aquatica index. See below.


The index shows that the price of kangkung had fallen by 4.2% during th Jan-Feb period.
Since early 2013, the price of kangkung in Kuala Lumpur fell from RM5 a kilo to RM2.40 or a decline of 52%.
Unfortunately, the reduction in kangkung price will not improve our quality of life significantly because it accounts for only a tiny fraction of our consumption and, therefore, the consumer price index (CPI).
Life will be better only if costs associated with housing, transportation, healthcare and food also decline. These are the major cost elements in the CPI.

Please be wise, thoughtful and measured when discussing kangkung as the subject could offend some people's sense and sensibility.

Malaysia Kita: Guru belasah empat pelajar

Posted: 13 Feb 2014 06:40 PM PST

Guru belasah empat pelajar 
 Seorang daripada mangsa menunjukkan bagaimana guru lelaki terbabit mencederakannya.
SITIAWAN - Empat pelajar tingkatan satu, termasuk dua pepelajar perempuan sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC), di sini, mendakwa dipukul seorang guru lelaki sehingga cedera, Rabu lalu.
Seorang mangsa mendakwa tidak mengetahui punca guru terbabit bertindak sedemikian.
Katanya, ketika itu dia berada di luar makmal komputer dan guru terbabit datang secara tiba-tiba dan menumbuknya, lima kali di muka.
"Cermin mata saya patah, mata dan hidung saya bengkak selain bibir berdarah akibat tumbukan guru itu," katanya.
Pelajar perempuan itu berkata, selepas dipukul, dia segera ke bilik guru dan melaporkan kejadian tersebut.

"Keluarga saya datang ke sekolah selepas diberitahu mengenai insiden itu dan turut membuat laporan polis mengenainya," katanya.
Seorang lagi mangsa memberitahu, dia ditendang guru terbabit kerana tidak membawa buku latihan.
Menurutnya, kesalahannya hanya tidak membawa buku latihan, namun guru terbabit berang dan menendangnya hingga dagunya berdarah.
"Saya turut melaporkan tindakan tersebut kepada guru lain dan selepas itu keluarga datang seterusnya membuat laporan polis," katanya.
Difahamkan, guru berkenaan turut memukul dua lagi pelajar hingga cedera.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan berkata, laporan polis berhubung kejadian tersebut sudah dibuat dan dua anggota polis dibawa ke sekolah terbabit bagi tujuan keselamatan.
Read More / Baca Lagi >>

Perlu tegas cegah umat Islam sambut Hari Kekasih

Posted: 13 Feb 2014 06:37 PM PST

Dr Abd Basit Abd Rahman 
SHAH ALAM – Umat Islam di negara ini diminta agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut hari ini kerana ia jelas salah di sisi agama serta akidah Islam.

Penceramah bebas, Dr Abd Basit Abd Rahman berkata, sambutan itu dilarang kerana ada kaitan dengan agama penganut Kristian yang bertentangan dengan agama Islam.

"Sering kali sambutan tidak berfaedah ini disambut dengan adegan berdua-duaan dan membuat maksiat sehingga sanggup menggadaikan maruah demi bukti kasih-sayang.

"Sebenarnya kasih-sayang dalam Islam disarankan disambut setiap hari, bukannya pada hari-hari tertentu. Tetapi perlulah mengikut landasan agama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kerajaan harus mainkan peranan lebih tegas akan gejala ini agar ia tidak menjadi seakan satu kewajiban untuk diraikan.

"Ibu bapa juga pihak paling penting membuat pantauan terhadap anak masing-masing demi mengelak mereka terikut dengan sambutan agama lain.

Read More / Baca Lagi >>

Hari Kekasih rosakkan Islam

Posted: 13 Feb 2014 06:36 PM PST

Mohd Radzi Mohd Zin

Masyarakat Yahudi adalah satu golongan yang dilaknat oleh Allah kerana kesesatannya dan kezalimannya menderhakai Allah dan para rasul serta menzalimi umat Islam sejak dahulu sehinggalah kini.
Sebab itu, kita dilarang menjadikan mereka teman rapat atau rakan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan agama.
Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin kamu kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Maidah: 51)
Bagaimanapun, dalam dunia tanpa sempadan kini, penjajahan dalam bentuk fizikal melalui kuasa tentera tidak lagi berlaku. Sebaliknya, lebih bahaya adalah penjajahan daripada segi minda. Inilah yang dilakukan oleh puak Yahudi. Tidak dinafikan strategi mereka melalui Protokol 5S memang berjaya. Antaranya mempengaruhi muda-mudi Islam menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari setiap tahun.
Malangnya, ada muda-mudi Islam yang termakan dengan pujuk rayu syaitan sehingga menjadikan 14 Februari, tarikh yang amat ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama pasangan masing-masing.
Walhal, fatwa mengharamkan menyambut Hari Kekasih sudah pun ada. (Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang dari 22 hingga 24 November 2005).
Antara sebab utama larangan itu, amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda sehinggakan ramai umat Islam dicengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur.
Lantaran jiwa yang kosong dengan tarbiah agama, golongan muda ini gagal membezakan yang baik dan buruk walaupun ada peringatan Allah tentang kaum Yahudi ini.
Firman Allah yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). (al-Baqarah: 120).
Di antara perkara yang menggempur pemikiran umat Islam adalah pelaksanaan Protokol 5S iaitu screen, smoke, sports, sing & song dan sex.
Jika diperhalusi, empat daripada lima protokol itu kecuali sports terangkum di dalam sambutan Hari Kekasih.
Read More / Baca Lagi >>

Seniman pertahan karya dikeluarkan dari Balai Seni Visual Negara

Posted: 13 Feb 2014 06:33 PM PST

Seniman yang lukisannya dikeluarkan daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN) pada Rabu mempertahankan karyanya itu sebagai lebih daripada bahan anti-Umno.

Karya berjudul "alksnaabknuaunmo" karya Cheng Yengpheng itu dikeluarkan daripada pertandingan untuk Anugerah Bakat Muda Sezaman 2013.

Bagi seniman itu, karyanya itu sebenarnya mewakili hak-hak warganegara.

"Karya seni ini tidak bercakap tentang (gerakan) Asalkan Bukan Umno (ABU), tetapi ikon kuasa rakyat.

"Saya bermain-main dengan idea ruang lukisan, ruang pameran dan pendirian politik dalam ruang institusi.

"ABU sendiri (gerakan) masyarakat sivil yang sangat kuat, jadi mungkin boleh saya katakan bahawa saya pinjam ikon ini tanpa kebenaran," katanya kepada Malaysiakini.

Lukisannya itu disembur cat dengan perkataan "ABU=ASHES", dan terpilih ke peringkat akhir pertandingan itu.

Perkataan ABU sebelum ini menjadi grafiti popular di seluruh negara bagi membantah pentadbiran Umno.

Media Malaysia Lebih Bebas: Larangan wawancara BFM Anwar tidak membantu BN, kata penganalisis

Posted: 13 Feb 2014 06:30 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat berkempen, menyampaikan ceramah dan bertemu penduduk sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil di Kajang. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat berkempen, menyampaikan ceramah dan bertemu penduduk sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil di Kajang. Gambar fail.Langkah terbaru Putrajaya menghalang stesen radio perniagaan tempatan BFM daripada menyiarkan wawancara bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah tidak produktif dan mungkin akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi di kerusi itu, kata penganalisis.
Ia juga menyebabkan penafian Putrajaya mengatakan media di Malaysia lebih bebas selepas Indeks Kebebasan Media Dunia 2014 dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan yang menunjukkan kedudukan negara jatuh pada tahap terendah dalam sejarah pada kedudukan ke-147 daripada 180 negara disenaraikan menjadi bahan lawak.
Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan, berkata sekarang sudah banyak cara lain bagi rakyat Malaysia untuk mengakses wawancara bersama Anwar itu dan rakaman wawancara tersebut sudah pun dimuat turun serta tersebar di media sosial.
"Rakyat rasa marah dan terhina, mereka dilayan seolah-olah mereka tidak boleh menapis apa yang Anwar katakan. Orang ramai akan menilai sama ada beliau memberikan fakta atau mengarut.
"Ia tidak membantu BN jika mereka mahu memenangi PRK," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

KDN, Najib, Zahid kekal bebal dan primitif

Posted: 13 Feb 2014 06:28 PM PST

AHMAD LUTFI OTHMAN
Mingguan The Heat yang digantung permit penerbitannya pertengahan Disember 2013 kembali di pasaran minggu lalu, edisi 8 Februari 2014. Saya tercari-cari juga akhbar sensasi itu; mahu melihat kemungkinan penampilannya berbewda.

Agak sukar mendapatkannya. Di kedai biasa saya melanggan akhbar, ia laris. Ya, KDN dan rakan-rakan pejuang kebebasan akhbar, khususnya GERAMM telah berjaya mempopularkan The Heat. Demonstrasi di tengah bandaraya semasa hujan lebat, kempen melalui laman sosial, majlis forum serta bantahan tokoh media dalam dan luar negara, juga ahli politik kerajaan mahupun oposisi, tentu saja membuatkan pentadbiran Najib Razak sedikit terusik.

The Heat kini menjadi lebih dikenali dan ditunggu "kepulangannya". Saya terpaksa meminta bantuan seorang teman mendapatkan naskhah isu ke-16 tabloid tersebut. Berdasarkan tatapan sepintas lalu, saya kira, persembahan dan kandungannya tidak banyak berubah. Masih menyimpan bahang! Sekalung tahniah buat rakan-rakan di sana.

Fokus muka depannya juga menarik. Mengimbau gelombang baru "student power', juga tema kegemaran saya sejak menulis pada awal 1980-an. Sosok ikon mahasiswa, Adam Adli, yang masih digantung pengajian oleh UPSI, disorot.

Sudah pasti ada cerita tentang kebebasan media, penghargaan buat mereka yang membantah penggantungan The Heat, selain episod Anwar Ibrahim dan pilihan raya kecil Kajang, peningkatan kos sara hidup, impak GST terhadap kos perubatan, langkah penjimatan kerajaan, PTPTN serta eksklusif bersama Ani Arope, bekas Pengerusi Eksekutif TNB, yang tidak dapat daripada kontroversi IPP (independent power producer).

Ani menyifatkan rundingan mengenai IPP sangat berat sebelah dan kerajaan meluluskan penjana kuasa bebas itu tanpa memikirkan keperluannya, dengan terma-terma yang merugikan wang rakyat apabila TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga lebih tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Habis manis sepah dibuang: Beratus keluarga bekas pengakap sempadan bakal diusir

Posted: 13 Feb 2014 04:40 PM PST

Penempatan pejuang gagasan Malaysia menentang konfrontasi Indonesia pada tahun 1962 di Keningau, Sabah hendak diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia.

KENINGAU : Habis manis sepah dibuang. Beratus keluarga bekas anggota pengakap sempadan yang ditubuhkan untuk mempertahankan gagasan Malaysia menentang konfrontasi Indonesia pada 1962 kini berhadapan dengan ancaman diusir dari petempatan mereka kerana kawasan hendak diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Wakil mereka Saidi Jaimin berkata,  pesara pengakap sempadan dan keluarga kini makin risau penempatan mereka sekarang di atas tanah  Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) Keningau dikatakan sedang diambil alih oleh pihak PDRM.
Saidi, 64, selaku Presiden Penaja Persatuan Bekas Anggota Polis Pengakap Sempadan Sabah (PPPSS) merayu  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya mengiktiraf sumbangan pengakap sempadan yang telah turut bermandi darah berjuang untuk negara.
"Kami berterima kasih kepada apa jua bantuan kerajaan kepada anggota kami sebelum ini, namun tapak tanah untuk keluarga pesara-pesara pengakap sempadan dan balu-balu  serta anak mereka amatlah penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga kami," katanya ketika dihubungi selepas FMT melihat keluhan-keluhan anggota pengakap sempadan termasuk di satu blog pro-mereka.
Saidi menyertai pasukan pengakap sempadan  pada tahun 1966 sehingga 1976 dan kemudian menyertai PDRM. Beliau pernah terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh di Kalabakan sepanjang konfrontasi (1962-1966) dan pernah dipanggil bertugas di Kuala Lumpur ketika berlaku kekacauan Peristiwa 13 Mei 1969.
Saidi yang juga pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ranau, kini berada di ibu negara bersama beberapa rakannya dalam PPPSS dalam usaha mereka  mendapat sokongan mendapatkan tapak tanah kerajaan seluar 46 ekar terletak kira-kira empat kilometer dari bandar Keningau.
Menurut Saidi pada satu masa terdapat lebih 650 anggota pengakap sempadan tetapi kini hanya kira-kira 300 yang masih hidup, sementara yang lain tinggal balu dan anak-anak mereka.
Katanya yang masih tinggal di bekas kuarters polis hutan yang sudah terlalu usang dengan tandas rosak sekarang ada lebih 300 orang dari 102 keluarga.
Read More / Baca Lagi >>

Zaman Najib Dan Rosmah: Harga getah merudum, penoreh jadi mangsa

Posted: 13 Feb 2014 04:10 PM PST

Penganalisis ekonomi berpandangan bahawa penurunan harga getah sememangnya tidak boleh dielakkan kerana ia berasaskan kepada pasaran terbuka, namun kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk mengelak rakyat (penoreh getah) daripada terus tertekan dengan kesempitan hidup yang kian menghimpit kini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, untuk mengelak penoreh getah daripada terus terhimpit dek kerana penurunan harga getah tersebut, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme khusus untuk membantu mereka.

"Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu mereka pada saya untuk tempoh ini... mungkin kerajaan boleh membantu dengan memberi bantuan khusus kepada mereka.

"Mungkin model BR1M boleh dijadikan contoh," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini.

Laporan Sinar Harian baru-baru ini menyiarkan kisah mengenai nasib penoreh getah kini boleh dikatakan seperti pada era 80-an kerana walaupun harga getah sekarang sekitar RM2.60 sekilogram (kg) tetapi kos kehidupan yang tinggi nyata membebankan mereka.

PKR: Azmin tidak terlibat peletakan jawatan Adun Kajang

Posted: 13 Feb 2014 04:03 PM PST


Peletakan jawatan oleh Adun Kajang diusahakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail.Peletakan jawatan oleh Adun Kajang diusahakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail.Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang diusahakan sepenuhnya oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan tidak melibatkan pihak lain sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media sebelum ini, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha agung PKR itu menafikan laporan sesetengah media yang mendakwa Timbalan Presiden Mohamed, Azmin Ali yang menjadi punca kepada peletakan jawatan Lee yang dikritik ramai pihak.
"110% kredit perlu diberikan kepada Rafizi berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
"Kerana dia yang usahakannya daripada memujuk, menyediakan surat peletakan jawatan sehinggalah membawanya bertemu Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," kata Saifudin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Sebelum ini media melaporkan kononnya peletakan jawatan Lee diuruskan oleh Azmin bagi memintas cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar timbalan presiden PKR itu mengosongkan kerusinya di DUN Bukit Antarabangsa bagi membolehkan Datuk Sri Anwar Ibrahim bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 10 bulan PRU13, Najib harus bertindak cepat sebelum tersungkur atau ditendang keluar..!!

Posted: 13 Feb 2014 03:59 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan bersama beberapa orang awam di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, tadi. Gambar di akaun twitter @barisannasional.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan bersama beberapa orang awam di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, tadi. Gambar di akaun twitter @barisannasional.Bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertahan 10 bulan lalu?
Satu demi satu "malapetaka" menimpa selepas beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan keputusan terburuk gabungan pemerintah itu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.
Ini dapat dilihat dalam isu seperti politik, agama kaum dan ekonomi selepas PRU13.
Kajian terbaru menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia berputus asa dengan kenaikan kos kehidupan dan mula yakin pemimpin negara tidak pandai menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai rancangan untuk negara.
Lebih buruk lagi, apabila Najib perlu membuat keputusan tegas untuk kebaikan majoriti rakyat, beliau selalu membuat pilihan yang salah.
Contohnya keputusan untuk "mengkaji semula" skim Permit Import (AP) kenderaan merupakan keputusan politik dilakukan pada saat akhir oleh pemimpin yang lebih risaukan kemarahan 98 pemegang AP berbanding menamatkan skim cepat kaya yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.
Di sebalik menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah, perdana menteri tidak menunjukkan kepimpinannya, pada masa sama membenarkan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk menyuntik ketakutan dan ancaman dalam perdebatan itu.
Keputusan akhir: Penganut Kristian tidak gembira. Penganut Islam tidak gembira. Dan seluruh negara tertanya-tanya sejak bila Malaysia tidak mempunyai kepimpinan?
Bukti menunjukkan pengkritik bukan lagi dari kelas menengah atau kelas penerima BR1M (mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah).
Keluarga Diraja, ahli perniagaan dan ahli politik turut tertanya-tanya apa yang sudah jadi kepada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie bidas tindakan Anwar kempen awal PRK Dun Kajang..!!

Posted: 13 Feb 2014 03:56 PM PST


Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) hari ini membidas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen awal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Beliau menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang itu sebagai bukti yang parti pembangkang tidak menghormati peraturan pilihan raya dan undang-undang negara yang seharusnya dipatuhi semua pihak.
"Saya amat kesal dengan tindakan Anwar yang sudah berkempen di Kajang walaupun (pada masa itu) SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil (PRK)," katanya ketika mengulas tindakan Anwar yang sudah mula berkempen bagi DUN Kajang walaupun pemilihan hanya akan berlangsung bulan depan.
Shafie berkata demikian selepas melancarkan program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (Kospen) peringkat kebangsaan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam di Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, Buloh Kasap dekat Segamat.
Ketika ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil itu, beliau berkata BN sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRK seumpama itu.
Mengulas mengenai pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Adenan Satem, Shafie berkata pengganti Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mampu menggalas tanggungjawab itu sekali gus meneruskan kesinambungan kepimpinan BN di negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Forum : Legasi Tunku Abdul Rahman (Full)

Posted: 13 Feb 2014 03:27 PM PST

‘SPR buatlah kerja kamu, jangan campuri urusan politik’ - Dr Hatta

Posted: 13 Feb 2014 06:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya lebih menumpukan kepada tanggungjawab sebagai pengendali pilihanraya dan tidak mencampuri urusan politik.

Beliau mengulas berkenaan cadangan SPR yang akan mengkaji undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Katanya, urusan peletakan jawatan seseorang wakil rakyat itu merupakan satu strategi politik dalam menentukan kekuatan sesebuah pasti dan SPR tidak perlu menggangap sebagai satu masalah kerana ia tidak melanggari proses demokrasi negara ini.

"Saya harap SPR lebih faham apa tanggungjawab mereka yang sebenarnya, tidak perlu mencampuri urusan politik dalam sesebuah parti politik.

"Tugas mereka adalah laksanakan pilihan raya yang lebih teratur dan telus, sebaliknya sebuah parti politik itu mempunyai strategi mereka dan jika ada peletakan jawatan wakil rakyat ia merupakan satu usaha untuk memperkuatkan parti.

"Lagipun proses ini tidak bertentangan dengan amalan demokrasi negara ini, parti mempunyai hak dan selagi ia tidak bertentangan dengan sistem perundangan serta perlembagaan," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Fahami larangan sambut Hari Memperingati Kekasih Pada 14 Feb

Posted: 13 Feb 2014 06:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Budaya berkasih sayang antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah berlaku sejak zaman-berzaman sehingga tidak menimbulkan rasa bersalah terhadap larangan yang ditentukan Allah SWT.

Atas sebab itu, usaha kesedaran harus dipupuk di kalangan anak-anak remaja hari ini agar memahami mengapa larangan itu dibuat, khususnya ketika menjelang Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day yang diagungkan sesetengah pihak pada setiap 14 Feb.

Pegawai Hal Ehwal Islam (Bahagian Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais Kamos, menegaskan usaha memupuk kesedaran itu perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua pihak memahami tentang larangan tersebut.

"Biarpun masalah sosial ini tidak mengira hari tertentu, biasanya pada hari-hari seperti hari ingati kekasih ini lebih ramai pihak yang teruja meraikannya dan akan menjerumuskan kepada perkara yang tidak baik," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdily, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

BN Selangor bawa usul isu PKNS ke sidang DUN

Posted: 13 Feb 2014 06:41 AM PST


Barisan Nasional (BN) Selangor akan membawa usul mengenai isu membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sering menimbulkan kontroversi ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata usul itu adalah bagi mendesak Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menjalankan siasatan terhadap urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.
"BN Selangor melalui Datuk Mohd Shamsuddin Lias (ketua pembangkang) akan membawa usul itu ke sidang DUN untuk dibahaskan. Isu membabitkan PKNS membuktikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat apa sahaja untuk kepentingan politik dan peribadi mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-42 dan penyampaian bantuan awal persekolahan tahun 2014 di Tanjong Karang, hari ini.
Noh berkata demikian ketika mengulas isu membabitkan PKNS seperti penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah PKNS dan terbaru penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Read More / Baca Lagi >>

MCA sah tanding di PRK Dun Kajang

Posted: 13 Feb 2014 05:58 AM PST

Liow Tiong Lai 
SHAH ALAM - MCA mengesahkan akan bertanding pada PRK Dun Kajang pada 23 Mac depan.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengesahkan tiga calon disenarai pendek untuk dipertimbangkan kepemimpinan tertinggi BN hujung bulan ini.

Pada sidang media di ibu pejabat MCA, Tiong Lai berkata, tiga calon itu termasuk seorang wanita dan dua calon muda.

Media tidak bebas selagi akta zalim tidak dimansuh

Posted: 13 Feb 2014 05:57 AM PST

SHAH ALAM 13 FEB : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung media di negara ini lebih adil dan bebas daripada sebelum ini adalah palsu malah kenyataan itu 'menggelikan'.
heatjpgNaib Presiden PKR, N Surendaran berkata sebaliknya, tindakan kawalan media daripada Barisan Nasional (BN) melanggar demokrasi dan kebebasan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 10 yang menjamin kebebasan bersuara.
Katanya, ia terbukti dengan penggantungan akhbar The Heat, penarikan permit akhbar FZ Daily dan pengharaman BFM menyiarkan temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang.
"Tindakan ini menggambarkan sikap tidak bertoleransi yang melampau akibat daripada pandangan yang menentang Najib dan kerajaan BN," katanya dalam kenyataan media.
Surendran berkata media di negara ini tidak akan bebas melainkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimansuhkan sepenuhnya.
Katanya, ia kerana Akta itu memberikan kuasa untuk memberikan dan menamatkan permit mana-mana akhbar.
Read More / Baca Lagi >>