RAKYAT MARHAEN |
- MAS perjelas isu 'nasi lemak telanjang'
- Konsensus Nasional 5 tahun di belakang UG kata NASRUDIN HASSAN
- Pas perlu berani rebut kerusi MB Selangor kata Kangkung UMNO..!!!
- PRK Dun Kajang: Kalau polis nak siasat, siasatlah - Anwar
- Menteri besar atau tidak, Anwar mampu bantu padam isu di Selangor
- Anwar sah bertanding presiden PKR, kerusi timbalan dijangka panas
- Kejatuhan Ringgit Yang Parah Dalam Tempoh 24 Tahun..Terima Kasih Najib & Rosmah
- Kangkung Price Falls Further
- Malaysia Kita: Guru belasah empat pelajar
- Perlu tegas cegah umat Islam sambut Hari Kekasih
- Hari Kekasih rosakkan Islam
- Seniman pertahan karya dikeluarkan dari Balai Seni Visual Negara
- Media Malaysia Lebih Bebas: Larangan wawancara BFM Anwar tidak membantu BN, kata penganalisis
- KDN, Najib, Zahid kekal bebal dan primitif
- Habis manis sepah dibuang: Beratus keluarga bekas pengakap sempadan bakal diusir
- Zaman Najib Dan Rosmah: Harga getah merudum, penoreh jadi mangsa
- PKR: Azmin tidak terlibat peletakan jawatan Adun Kajang
- Selepas 10 bulan PRU13, Najib harus bertindak cepat sebelum tersungkur atau ditendang keluar..!!
- Shafie bidas tindakan Anwar kempen awal PRK Dun Kajang..!!
- Forum : Legasi Tunku Abdul Rahman (Full)
- ‘SPR buatlah kerja kamu, jangan campuri urusan politik’ - Dr Hatta
- Fahami larangan sambut Hari Memperingati Kekasih Pada 14 Feb
- BN Selangor bawa usul isu PKNS ke sidang DUN
- MCA sah tanding di PRK Dun Kajang
- Media tidak bebas selagi akta zalim tidak dimansuh
MAS perjelas isu 'nasi lemak telanjang' Posted: 13 Feb 2014 07:37 PM PST Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menjelaskan masalah teknikal ketika penyediaan nasi lemak sewaktu penerbangan ke Bangkok baru-baru ini sehingga terpaksa menarik bahan utama iaitu kacang dan ikan iblis. Read More / Baca Lagi >>Hal demikian mengundang kritikan apabila digelar 'nasi lemak telanjang' oleh chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan dalam penerbangan ke Bangkok ketika itu. Pengurus (Makanan dan Minuman) Operasi Penerbangannya Chef Zahiddin Dris berkata peket ikan bilis dan kacang tidak dapat dihidangkan bersama nasi lemak ketika itu kerana terdapat kerosakan pada bahan tersebut, lapor Utusan Malaysia. "Kami mendapati salah satu peket ikan bilis dan kacang rosak sehingga terpaksa menariknya daripada hidangan untuk menjaga kualiti. "Prosedur itu merupakan standard biasa MAS, bertujuan untuk menjaga kebersihan dan kualiti makanan para penumpang," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu. Beliau mengulas kritikan Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya kerana menu itu tidak dilengkapi ikan bilis dan kacang serta timun ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bangkok. |
Konsensus Nasional 5 tahun di belakang UG kata NASRUDIN HASSAN Posted: 13 Feb 2014 07:35 PM PST Memacu peradaban negara seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kematangan berpolitik adalah satu tuntutan kontemporari ke arah pembentukan sebuah negara maju bertaraf dunia. Read More / Baca Lagi >>Pacuannya pula selari dengan anjakan pemikiran penghuninya yang terdiri daripada pemimpin dan anggota masyarakat awam. Tanpa pacuan yang seiring dan selari antara empat elemen ini (peradaban negara, pertumbuhan ekonomi, kematangan berpolitik dan anjakan pemikiran), hasrat untuk merajah peta negara sebagai satu blok negara maju bertaraf dunia tidak akan kesampaian. Sementara empat elemen tersebut hanya benar-benar efektif untuk diselarikan apabila terdapat faktor lonjakan yang didokong oleh seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bendera politik, warna kulit, bahasa lidah dan sijil akademik. Faktor lonjakan yang saya maksudkan di sini ialah persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau dengan istilah yang dipopularkan mutakhir ini iaitu konsensus. Faktor lonjakan ini (persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus) pula tidak mungkin dapat dicerna tanpa adanya konsep damai dalam politik dan hubungan sosial. Meskipun tidak mampu dicapai dalam semua aspek, sekurang-kurangnya dapat dihasilkan dalam perkara-perkara utama yang menjadi kepentingan umum seperti aspek keselamatan, kestabilan ekonomi, kepentingan politik, keadilan sosial dan pemulangan hak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas kapasiti presiden kepada gerakan Islam kontemporari di negara ini telah mengemukakan satu idea yang sungguh brilliant sekitar tahun 2008 bagi menghadapi kemelut negara yang tiada kesudahan pada waktu itu apabila melihat kekuatan parti-parti politik daripada blok pemerintah dan pembangkang mulai seimbang. Persepsi UG sertai Umno |
Pas perlu berani rebut kerusi MB Selangor kata Kangkung UMNO..!!! Posted: 13 Feb 2014 07:28 PM PST Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berhak untuk meletakkan calon mereka berdasarkan majoriti yang dimiliki dalam barisan exco Kerajaan Negeri Selangor. "Walaupun sudah ada suara yang kedengaran, namun desakan itu perlu dibuat dengan lebih hebat bagi membolehkan satu jaminan diberikan. "Dalam politik bukan hanya untuk menjadikan seseorang itu berjaya jadi wakil rakyat atau Adun sahaja, lebih daripada itu. Dengan kelebihan yang ada, Pas boleh memimpin Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
PRK Dun Kajang: Kalau polis nak siasat, siasatlah - Anwar Posted: 13 Feb 2014 07:25 PM PST Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan kempen di DUN Kajang walaupun polis sedang melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Read More / Baca Lagi >>Anwar yang juga ketua pembangkang bertegas penganjuran kempen itu kerana tidak menyalahi sebarang Akta Pilihan Raya, lapor Sinar Harian hari ini. "Kalau polis nak siasat pun siasatlah, lagipun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof cakap tidak salah dari segi akta pilihan raya. "Saya ucap terima kasih kepada polis kerana program ini tidak diganggu," katanya seperti dalam dilapor akhbar itu. |
Menteri besar atau tidak, Anwar mampu bantu padam isu di Selangor Posted: 13 Feb 2014 07:23 PM PST Walaupun pelbagai alasan didengar daripada ketua mereka, masih ada percanggahan pendapat di kalangan ahli parti Pakatan Rakyat terhadap kewajaran mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Bagaimanapun, pemimpin gagasan itu di Selangor percaya calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu dalam usaha meredakan ketegangan kaum dan agama yang semakin membara di negeri paling kaya itu. Sekiranya Anwar dimasukkan ke dalam pentadbiran Selangor jika menang dalam pilihan raya kecil itu, Pakatan akan dapat menggunakan kemahirannya dalam berunding dan berkomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian pelbagai isu politik. Pemimpin Pakatan Selangor berpendapat walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang mampu mengurus ekonomi dan pentadbiran dengan cekap dan amat baik, tetapi kerajaan negeri kurang mahir menangani isu politik yang berasaskan perkauman dan agama. Ini dapat dilihat apabila pentadbiran Abdul Khalid dikritik oleh masyarakat awam menerusi isu rampasan Kitab Injil berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2 Januari lalu. Bagi memberi impak yang berkesan kepada masyarakat, Anwar tidak boleh hanya bergerak sebagai ahli Parlimen atau ketua pembangkang persekutuan yang memberi ceramah di sana sini. Sekiranya Anwar berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), beliau akan dapat berjumpa dengan pegawai kerajaan negeri dan membantu membentuk dasar yang benar-benar menjiwai prinsip kesamarataan dan inklusif sosial yang dibawa Pakatan. Pemipin PAS dan DAP percaya ketegangan perkauman dan agama semakin meruncing pada penggal kedua pentadbiran Pakatan Selangor. Ini kerana Umno, yang mengetuai Barisan Nasional sudah menunjukkan bahawa ia tidak peduli terhadap perasaan dan sokongan komuniti lain selain daripada masyarakat Melayu. Ketua DAP Selangor, Tony Pua, berkata ini dapat dilihat apabila setiap isu diputarbelitkan supaya menjadi isu perkauman. Yang terkini adalah protes terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok oleh kumpulan pendesak ketuanan Melayu yang menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar pemimpin DAP itu. Pada protes 7 Februari itu, ahli kumpulan tersebut menyembelih dua ekor ayam dan melumuri darah binatang tersebut ke atas sebuah kain rentang yang memaparkan muka Kok, dua lagi pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, dan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR, Lee Khai Loon. "Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Umno menjuarai konsep 1Malaysia. Mereka cuba imbangkan keperluan untuk mendapat sokongan Melayu dengan dasar yang toleran terhadap bukan Melayu. "Tetapi selepas pilihan raya, mereka sudah buang konsep itu," kata Pua. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar sah bertanding presiden PKR, kerusi timbalan dijangka panas Posted: 13 Feb 2014 07:21 PM PST Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. "Ya, Anwar akan bertanding jawatan itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider mengulas bayangan yang diberikan Anwar sebelum ini, beliau akan bertanding jawatan yang kini dipegang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu. Dalam wawancaranya dengan The Ant Daily baru-baru ini, Anwar berkata, sejak setahun lalu isterinya menyebut kepadanya beliau mahu menumpukan masanya bersama cucu dan datuk kepada cucunya (Anwar). Namun dengan keputusan Anwar ini bermakna Azmin akan berdepan dengan Anwar sendiri jika beliau masih berniat mencuba kerusi presiden PKR itu. Dalam pada itu, The Malaysian Insider difahamkan, seorang pemimpin kanan PKR akan mencabar Azmin untuk kerusi timbalan presiden dalam pemilihan kali ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan, penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac. Read More / Baca Lagi >> |
Kejatuhan Ringgit Yang Parah Dalam Tempoh 24 Tahun..Terima Kasih Najib & Rosmah Posted: 13 Feb 2014 06:47 PM PST |
Posted: 13 Feb 2014 06:42 PM PST A Kadir Jasin IF our life is all about ipomoea aquatica, we can all look forward to a significant improvement in our welfare and well-being. Since we last discussed ipomoea aquatica aka the humble kangkung in the Jan. 16 posting, its price has fallen further. (Read here) To reflect its cheaper price, our economist updated our ipomoea aquatica index. See below.The index shows that the price of kangkung had fallen by 4.2% during th Jan-Feb period. Since early 2013, the price of kangkung in Kuala Lumpur fell from RM5 a kilo to RM2.40 or a decline of 52%. Unfortunately, the reduction in kangkung price will not improve our quality of life significantly because it accounts for only a tiny fraction of our consumption and, therefore, the consumer price index (CPI). Life will be better only if costs associated with housing, transportation, healthcare and food also decline. These are the major cost elements in the CPI. Please be wise, thoughtful and measured when discussing kangkung as the subject could offend some people's sense and sensibility. |
Malaysia Kita: Guru belasah empat pelajar Posted: 13 Feb 2014 06:40 PM PST Seorang mangsa mendakwa tidak mengetahui punca guru terbabit bertindak sedemikian. Katanya, ketika itu dia berada di luar makmal komputer dan guru terbabit datang secara tiba-tiba dan menumbuknya, lima kali di muka. "Cermin mata saya patah, mata dan hidung saya bengkak selain bibir berdarah akibat tumbukan guru itu," katanya. Pelajar perempuan itu berkata, selepas dipukul, dia segera ke bilik guru dan melaporkan kejadian tersebut. "Keluarga saya datang ke sekolah selepas diberitahu mengenai insiden itu dan turut membuat laporan polis mengenainya," katanya. Seorang lagi mangsa memberitahu, dia ditendang guru terbabit kerana tidak membawa buku latihan. Menurutnya, kesalahannya hanya tidak membawa buku latihan, namun guru terbabit berang dan menendangnya hingga dagunya berdarah. "Saya turut melaporkan tindakan tersebut kepada guru lain dan selepas itu keluarga datang seterusnya membuat laporan polis," katanya. Difahamkan, guru berkenaan turut memukul dua lagi pelajar hingga cedera. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan berkata, laporan polis berhubung kejadian tersebut sudah dibuat dan dua anggota polis dibawa ke sekolah terbabit bagi tujuan keselamatan. |
Perlu tegas cegah umat Islam sambut Hari Kekasih Posted: 13 Feb 2014 06:37 PM PST Penceramah bebas, Dr Abd Basit Abd Rahman berkata, sambutan itu dilarang kerana ada kaitan dengan agama penganut Kristian yang bertentangan dengan agama Islam. "Sering kali sambutan tidak berfaedah ini disambut dengan adegan berdua-duaan dan membuat maksiat sehingga sanggup menggadaikan maruah demi bukti kasih-sayang. "Sebenarnya kasih-sayang dalam Islam disarankan disambut setiap hari, bukannya pada hari-hari tertentu. Tetapi perlulah mengikut landasan agama," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, kerajaan harus mainkan peranan lebih tegas akan gejala ini agar ia tidak menjadi seakan satu kewajiban untuk diraikan. "Ibu bapa juga pihak paling penting membuat pantauan terhadap anak masing-masing demi mengelak mereka terikut dengan sambutan agama lain. |
Posted: 13 Feb 2014 06:36 PM PST Mohd Radzi Mohd ZinSebab itu, kita dilarang menjadikan mereka teman rapat atau rakan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan agama. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin kamu kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Maidah: 51) Malangnya, ada muda-mudi Islam yang termakan dengan pujuk rayu syaitan sehingga menjadikan 14 Februari, tarikh yang amat ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama pasangan masing-masing. Walhal, fatwa mengharamkan menyambut Hari Kekasih sudah pun ada. (Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang dari 22 hingga 24 November 2005). Antara sebab utama larangan itu, amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda sehinggakan ramai umat Islam dicengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur. Lantaran jiwa yang kosong dengan tarbiah agama, golongan muda ini gagal membezakan yang baik dan buruk walaupun ada peringatan Allah tentang kaum Yahudi ini. Firman Allah yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). (al-Baqarah: 120). Di antara perkara yang menggempur pemikiran umat Islam adalah pelaksanaan Protokol 5S iaitu screen, smoke, sports, sing & song dan sex. Jika diperhalusi, empat daripada lima protokol itu kecuali sports terangkum di dalam sambutan Hari Kekasih. Read More / Baca Lagi >> |
Seniman pertahan karya dikeluarkan dari Balai Seni Visual Negara Posted: 13 Feb 2014 06:33 PM PST Seniman yang lukisannya dikeluarkan daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN) pada Rabu mempertahankan karyanya itu sebagai lebih daripada bahan anti-Umno. Karya berjudul "alksnaabknuaunmo" karya Cheng Yengpheng itu dikeluarkan daripada pertandingan untuk Anugerah Bakat Muda Sezaman 2013. Bagi seniman itu, karyanya itu sebenarnya mewakili hak-hak warganegara. "Karya seni ini tidak bercakap tentang (gerakan) Asalkan Bukan Umno (ABU), tetapi ikon kuasa rakyat. "Saya bermain-main dengan idea ruang lukisan, ruang pameran dan pendirian politik dalam ruang institusi. "ABU sendiri (gerakan) masyarakat sivil yang sangat kuat, jadi mungkin boleh saya katakan bahawa saya pinjam ikon ini tanpa kebenaran," katanya kepada Malaysiakini. Lukisannya itu disembur cat dengan perkataan "ABU=ASHES", dan terpilih ke peringkat akhir pertandingan itu. Perkataan ABU sebelum ini menjadi grafiti popular di seluruh negara bagi membantah pentadbiran Umno. |
Media Malaysia Lebih Bebas: Larangan wawancara BFM Anwar tidak membantu BN, kata penganalisis Posted: 13 Feb 2014 06:30 PM PST Langkah terbaru Putrajaya menghalang stesen radio perniagaan tempatan BFM daripada menyiarkan wawancara bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah tidak produktif dan mungkin akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi di kerusi itu, kata penganalisis. Ia juga menyebabkan penafian Putrajaya mengatakan media di Malaysia lebih bebas selepas Indeks Kebebasan Media Dunia 2014 dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan yang menunjukkan kedudukan negara jatuh pada tahap terendah dalam sejarah pada kedudukan ke-147 daripada 180 negara disenaraikan menjadi bahan lawak. Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan, berkata sekarang sudah banyak cara lain bagi rakyat Malaysia untuk mengakses wawancara bersama Anwar itu dan rakaman wawancara tersebut sudah pun dimuat turun serta tersebar di media sosial. "Ia tidak membantu BN jika mereka mahu memenangi PRK," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. Read More / Baca Lagi >> |
KDN, Najib, Zahid kekal bebal dan primitif Posted: 13 Feb 2014 06:28 PM PST AHMAD LUTFI OTHMAN Agak sukar mendapatkannya. Di kedai biasa saya melanggan akhbar, ia laris. Ya, KDN dan rakan-rakan pejuang kebebasan akhbar, khususnya GERAMM telah berjaya mempopularkan The Heat. Demonstrasi di tengah bandaraya semasa hujan lebat, kempen melalui laman sosial, majlis forum serta bantahan tokoh media dalam dan luar negara, juga ahli politik kerajaan mahupun oposisi, tentu saja membuatkan pentadbiran Najib Razak sedikit terusik. The Heat kini menjadi lebih dikenali dan ditunggu "kepulangannya". Saya terpaksa meminta bantuan seorang teman mendapatkan naskhah isu ke-16 tabloid tersebut. Berdasarkan tatapan sepintas lalu, saya kira, persembahan dan kandungannya tidak banyak berubah. Masih menyimpan bahang! Sekalung tahniah buat rakan-rakan di sana. Fokus muka depannya juga menarik. Mengimbau gelombang baru "student power', juga tema kegemaran saya sejak menulis pada awal 1980-an. Sosok ikon mahasiswa, Adam Adli, yang masih digantung pengajian oleh UPSI, disorot. Sudah pasti ada cerita tentang kebebasan media, penghargaan buat mereka yang membantah penggantungan The Heat, selain episod Anwar Ibrahim dan pilihan raya kecil Kajang, peningkatan kos sara hidup, impak GST terhadap kos perubatan, langkah penjimatan kerajaan, PTPTN serta eksklusif bersama Ani Arope, bekas Pengerusi Eksekutif TNB, yang tidak dapat daripada kontroversi IPP (independent power producer). Ani menyifatkan rundingan mengenai IPP sangat berat sebelah dan kerajaan meluluskan penjana kuasa bebas itu tanpa memikirkan keperluannya, dengan terma-terma yang merugikan wang rakyat apabila TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga lebih tinggi. Read More / Baca Lagi >> |
Habis manis sepah dibuang: Beratus keluarga bekas pengakap sempadan bakal diusir Posted: 13 Feb 2014 04:40 PM PST Penempatan pejuang gagasan Malaysia menentang konfrontasi Indonesia pada tahun 1962 di Keningau, Sabah hendak diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia. Wakil mereka Saidi Jaimin berkata, pesara pengakap sempadan dan keluarga kini makin risau penempatan mereka sekarang di atas tanah Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) Keningau dikatakan sedang diambil alih oleh pihak PDRM. Saidi, 64, selaku Presiden Penaja Persatuan Bekas Anggota Polis Pengakap Sempadan Sabah (PPPSS) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya mengiktiraf sumbangan pengakap sempadan yang telah turut bermandi darah berjuang untuk negara. "Kami berterima kasih kepada apa jua bantuan kerajaan kepada anggota kami sebelum ini, namun tapak tanah untuk keluarga pesara-pesara pengakap sempadan dan balu-balu serta anak mereka amatlah penting untuk kami meneruskan kehidupan keluarga kami," katanya ketika dihubungi selepas FMT melihat keluhan-keluhan anggota pengakap sempadan termasuk di satu blog pro-mereka. Saidi menyertai pasukan pengakap sempadan pada tahun 1966 sehingga 1976 dan kemudian menyertai PDRM. Beliau pernah terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh di Kalabakan sepanjang konfrontasi (1962-1966) dan pernah dipanggil bertugas di Kuala Lumpur ketika berlaku kekacauan Peristiwa 13 Mei 1969. Saidi yang juga pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ranau, kini berada di ibu negara bersama beberapa rakannya dalam PPPSS dalam usaha mereka mendapat sokongan mendapatkan tapak tanah kerajaan seluar 46 ekar terletak kira-kira empat kilometer dari bandar Keningau. Menurut Saidi pada satu masa terdapat lebih 650 anggota pengakap sempadan tetapi kini hanya kira-kira 300 yang masih hidup, sementara yang lain tinggal balu dan anak-anak mereka. Katanya yang masih tinggal di bekas kuarters polis hutan yang sudah terlalu usang dengan tandas rosak sekarang ada lebih 300 orang dari 102 keluarga. |
Zaman Najib Dan Rosmah: Harga getah merudum, penoreh jadi mangsa Posted: 13 Feb 2014 04:10 PM PST Penganalisis ekonomi berpandangan bahawa penurunan harga getah sememangnya tidak boleh dielakkan kerana ia berasaskan kepada pasaran terbuka, namun kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk mengelak rakyat (penoreh getah) daripada terus tertekan dengan kesempitan hidup yang kian menghimpit kini. Menurut Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, untuk mengelak penoreh getah daripada terus terhimpit dek kerana penurunan harga getah tersebut, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme khusus untuk membantu mereka. "Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu mereka pada saya untuk tempoh ini... mungkin kerajaan boleh membantu dengan memberi bantuan khusus kepada mereka. "Mungkin model BR1M boleh dijadikan contoh," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini. Laporan Sinar Harian baru-baru ini menyiarkan kisah mengenai nasib penoreh getah kini boleh dikatakan seperti pada era 80-an kerana walaupun harga getah sekarang sekitar RM2.60 sekilogram (kg) tetapi kos kehidupan yang tinggi nyata membebankan mereka. |
PKR: Azmin tidak terlibat peletakan jawatan Adun Kajang Posted: 13 Feb 2014 04:03 PM PST Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang diusahakan sepenuhnya oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan tidak melibatkan pihak lain sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media sebelum ini, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Setiausaha agung PKR itu menafikan laporan sesetengah media yang mendakwa Timbalan Presiden Mohamed, Azmin Ali yang menjadi punca kepada peletakan jawatan Lee yang dikritik ramai pihak. "110% kredit perlu diberikan kepada Rafizi berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh. Sebelum ini media melaporkan kononnya peletakan jawatan Lee diuruskan oleh Azmin bagi memintas cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar timbalan presiden PKR itu mengosongkan kerusinya di DUN Bukit Antarabangsa bagi membolehkan Datuk Sri Anwar Ibrahim bertanding. Read More / Baca Lagi >> |
Selepas 10 bulan PRU13, Najib harus bertindak cepat sebelum tersungkur atau ditendang keluar..!! Posted: 13 Feb 2014 03:59 PM PST Bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertahan 10 bulan lalu? Satu demi satu "malapetaka" menimpa selepas beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan keputusan terburuk gabungan pemerintah itu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Ini dapat dilihat dalam isu seperti politik, agama kaum dan ekonomi selepas PRU13. Lebih buruk lagi, apabila Najib perlu membuat keputusan tegas untuk kebaikan majoriti rakyat, beliau selalu membuat pilihan yang salah. Contohnya keputusan untuk "mengkaji semula" skim Permit Import (AP) kenderaan merupakan keputusan politik dilakukan pada saat akhir oleh pemimpin yang lebih risaukan kemarahan 98 pemegang AP berbanding menamatkan skim cepat kaya yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit. Di sebalik menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah, perdana menteri tidak menunjukkan kepimpinannya, pada masa sama membenarkan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk menyuntik ketakutan dan ancaman dalam perdebatan itu. Keputusan akhir: Penganut Kristian tidak gembira. Penganut Islam tidak gembira. Dan seluruh negara tertanya-tanya sejak bila Malaysia tidak mempunyai kepimpinan? Bukti menunjukkan pengkritik bukan lagi dari kelas menengah atau kelas penerima BR1M (mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah). Keluarga Diraja, ahli perniagaan dan ahli politik turut tertanya-tanya apa yang sudah jadi kepada Najib. Read More / Baca Lagi >> |
Shafie bidas tindakan Anwar kempen awal PRK Dun Kajang..!! Posted: 13 Feb 2014 03:56 PM PST Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) hari ini membidas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen awal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Beliau menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang itu sebagai bukti yang parti pembangkang tidak menghormati peraturan pilihan raya dan undang-undang negara yang seharusnya dipatuhi semua pihak. "Saya amat kesal dengan tindakan Anwar yang sudah berkempen di Kajang walaupun (pada masa itu) SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil (PRK)," katanya ketika mengulas tindakan Anwar yang sudah mula berkempen bagi DUN Kajang walaupun pemilihan hanya akan berlangsung bulan depan. Ketika ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil itu, beliau berkata BN sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRK seumpama itu. Mengulas mengenai pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Adenan Satem, Shafie berkata pengganti Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mampu menggalas tanggungjawab itu sekali gus meneruskan kesinambungan kepimpinan BN di negeri itu. Read More / Baca Lagi >> |
Forum : Legasi Tunku Abdul Rahman (Full) Posted: 13 Feb 2014 03:27 PM PST |
‘SPR buatlah kerja kamu, jangan campuri urusan politik’ - Dr Hatta Posted: 13 Feb 2014 06:44 AM PST Beliau mengulas berkenaan cadangan SPR yang akan mengkaji undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah. Katanya, urusan peletakan jawatan seseorang wakil rakyat itu merupakan satu strategi politik dalam menentukan kekuatan sesebuah pasti dan SPR tidak perlu menggangap sebagai satu masalah kerana ia tidak melanggari proses demokrasi negara ini. "Saya harap SPR lebih faham apa tanggungjawab mereka yang sebenarnya, tidak perlu mencampuri urusan politik dalam sesebuah parti politik. "Tugas mereka adalah laksanakan pilihan raya yang lebih teratur dan telus, sebaliknya sebuah parti politik itu mempunyai strategi mereka dan jika ada peletakan jawatan wakil rakyat ia merupakan satu usaha untuk memperkuatkan parti. "Lagipun proses ini tidak bertentangan dengan amalan demokrasi negara ini, parti mempunyai hak dan selagi ia tidak bertentangan dengan sistem perundangan serta perlembagaan," kata beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Fahami larangan sambut Hari Memperingati Kekasih Pada 14 Feb Posted: 13 Feb 2014 06:43 AM PST Atas sebab itu, usaha kesedaran harus dipupuk di kalangan anak-anak remaja hari ini agar memahami mengapa larangan itu dibuat, khususnya ketika menjelang Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day yang diagungkan sesetengah pihak pada setiap 14 Feb. Pegawai Hal Ehwal Islam (Bahagian Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais Kamos, menegaskan usaha memupuk kesedaran itu perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua pihak memahami tentang larangan tersebut. "Biarpun masalah sosial ini tidak mengira hari tertentu, biasanya pada hari-hari seperti hari ingati kekasih ini lebih ramai pihak yang teruja meraikannya dan akan menjerumuskan kepada perkara yang tidak baik," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdily, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
BN Selangor bawa usul isu PKNS ke sidang DUN Posted: 13 Feb 2014 06:41 AM PST Barisan Nasional (BN) Selangor akan membawa usul mengenai isu membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sering menimbulkan kontroversi ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac ini. Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata usul itu adalah bagi mendesak Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menjalankan siasatan terhadap urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri. "BN Selangor melalui Datuk Mohd Shamsuddin Lias (ketua pembangkang) akan membawa usul itu ke sidang DUN untuk dibahaskan. Isu membabitkan PKNS membuktikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat apa sahaja untuk kepentingan politik dan peribadi mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-42 dan penyampaian bantuan awal persekolahan tahun 2014 di Tanjong Karang, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
MCA sah tanding di PRK Dun Kajang Posted: 13 Feb 2014 05:58 AM PST Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengesahkan tiga calon disenarai pendek untuk dipertimbangkan kepemimpinan tertinggi BN hujung bulan ini. Pada sidang media di ibu pejabat MCA, Tiong Lai berkata, tiga calon itu termasuk seorang wanita dan dua calon muda. |
Media tidak bebas selagi akta zalim tidak dimansuh Posted: 13 Feb 2014 05:57 AM PST SHAH ALAM 13 FEB : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung media di negara ini lebih adil dan bebas daripada sebelum ini adalah palsu malah kenyataan itu 'menggelikan'. Naib Presiden PKR, N Surendaran berkata sebaliknya, tindakan kawalan media daripada Barisan Nasional (BN) melanggar demokrasi dan kebebasan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 10 yang menjamin kebebasan bersuara. Katanya, ia terbukti dengan penggantungan akhbar The Heat, penarikan permit akhbar FZ Daily dan pengharaman BFM menyiarkan temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang. "Tindakan ini menggambarkan sikap tidak bertoleransi yang melampau akibat daripada pandangan yang menentang Najib dan kerajaan BN," katanya dalam kenyataan media. Surendran berkata media di negara ini tidak akan bebas melainkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimansuhkan sepenuhnya. Katanya, ia kerana Akta itu memberikan kuasa untuk memberikan dan menamatkan permit mana-mana akhbar. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan