Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Najib kena penampar

Posted: 09 Feb 2014 11:27 PM PST


FEBRUARY 10, 2014
Sementara ramai tertunggu-tunggu siapakah yang berani menyahut cabaran untuk menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok demi mendapatkan ganjaran wang tunai RM1,200 yang ditawarkan oleh sebuah NGO, secara tiba-tiba keluar berita mengenai peletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 10 Februari.
Meletak jawatan dalam suasana politik tidak menentu sambil menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Putrajaya sebagai pemungkir janji, pedihnya lebih memeritkan berbanding tamparan yang singgah di pipi.
Sebagaimana yang dipetik daripada kenyataan Setiausaha Hindraf, P Ramesh bahawa peletakan jawatan itu adalah kerana kegagalan Putrajaya menunaikan janjinya kepada masyarakat India seperti yang dimeterai antara Najib dengan Waytha, beberapa hari sebelum pilihan raya umum lalu.
Dengan adanya perjanjian itu yang didapati menyaksikan beralihnya sebahagian sokongan pengundi India kepada Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dibuktikan melalui kemenangan MIC yang lebih baik berbanding pilihan raya umum pada 2008 dan juga melalui peti undi di kawasan yang didiami mereka, Waytha kemudian dilantik sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun hanya kira-kira lapan bulan berada dalam kerajaan dan menunggu janji kepada kaum India masih seperti menunggu buah yang tidak gugur, Hindraf akhirnya memutuskan Waytha perlu "mencampakkan" semua jawatan yang diberikan Najib itu berikutan tiada tanda ia akan ditunaikan oleh kerajaan.
Menurut Ramesh lagi, pihaknya melakukan segala yang boleh, menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata untuk kepentingan masyarakat India serta dengan kepercayaan segala janji yang ditandatangani akan menjadi kenyataan.
Malangnya, tambah Ramesh, setelah lapan bulan menanti dan bersabar, Hindraf sudah putus asa dengannya.
Di ketika kepimpinan Najib begitu dipertikaikan sebagai lemah, tidak tegas, gagal menunaikan janji, tidak mengutamakan rakyat sebagaimana yang dijanjikan sebelum pilihan raya, melupakan beberapa akujanjinya sendiri serta banyak lagi, peletakan jawatan pemimpin Hindraf itu bermakna mereka sudah menarik balik sokongan yang pernah diberi sebelum ini, keadaan ini tentunya merupakan tamparan menyakitkan bagi perdana menteri.
Ditambah dalam suasana BN perlu menghadapi pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan, putusnya ikatan kasih antara kerajaan dengan Hindraf ini pastinya juga bakal menyaksikan sebahagian lagi daripada jumlah 10% pengundi India di DUN Kajang tidak akan memberikan undinya kepada BN.
Jika Teresa Kok sedang kerisauan kiranya cabaran menamparnya disambut oleh mana-mana pihak yang pendek akal, lebih-lebih lagi setelah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa ganjaran yang ditawarkan oleh sebuah NGO mengenainya tidak boleh dikira sebagai ugutan serta tidak perlu disiasat polis, tamparan yang dilakukan oleh Hindraf ini jauh lebih menyakitkan Najib.
Dengan adanya serangan terbuka terhadap Najib daripada dalam Umno sendiri, sokongan rakyat secara keseluruhan tidak bertambah baik, pengundi Cina kekal menolak BN, Pakatan Rakyat makin meningkatkan tekanan menghadapi PRU14, dan kini Hindraf pula memutuskan ikatannya lantaran kecewa kerana janji tidak ditunaikan, kedudukan BN atau kerajaan bukan saja dilihat sukar di Kajang, bahkan juga untuk mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya akan datang.
Hindraf pula, melakukan tamparan kepada Najib ini bukannya kerana ada ganjaran terbuka yang ditawarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat tetapi barangkali dengan berbuat demikian, faedah untuk kaum India sudah boleh dibayangkan untuk diperolehi melalui Selangor yang bakal mendapat ketua kerajaan baharu selepas ini, sebelum manfaat selebihnya akan dikutip selepas PRU14 nanti. – shahbudindotcom.blogspot.com, 10 Februari, 2014. - TMI

2 PRK serentak pada Mac depan?

Posted: 09 Feb 2014 09:03 PM PST


PETALING JAYA: Perubahan landskap politik di Sarawak yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat berkemungkinan menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serentak pada Mac depan.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan yang bakal berlaku selepas penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan perletakan jawatan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Ketua Menteri Sarawak itu dijadual membuat pengumuman penting itu pada Isnin.
Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 23 Mac depan sebagai hari pembuangan undi bagi PRK DUN Kajang manakala proses penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
Ini bermakna SPR mempunyai tempoh selama sebulan untuk membuat pesediaan bagi PRK DUN Kajang.
Justeru jika Abdul Taib mengisytiharkan untuk mengosongkan kerusi DUN Balingan yang disandangnya sejak 2001 hari ini (Isnin), SPR mempunyai masa yang cukup untuk mengadakan persediaan bagi melaksanakan kedua-dua PRK itu serentak.
Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Sarawak, sebarang kekosongan kerusi DUN sebelum 20 Jun tahun ini perlu diisi menerusi PRK.
Untuk rekod SPR sebelum ini pernah mengadakan beberapa PRK serentak pada penggal Parlimen ke-12 iaitu PRK Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Ai (Sarawak) pada 7 April 2009.
Pada 4 Novemver 2010 turut menyaksikan dua PRK diadakan secara bersama iaitu di DUN Galas (Kelantan) dan Parlimen Batu Sapi di Sabah.
Selain itu satu lagi PRK serentak berlaku pada 6 Mac 2011 membabitkan DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang. 10/2/14

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pemuda PAS Sarawak desak kemuka hasil siasatan video Global Witness

Posted: 09 Feb 2014 07:15 PM PST

Sebelum Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, Pemuda PAS negeri mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan mereka mengenai rakaman video Global Witness.
Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo, berkata mereka ingin tahu perkembangan siasatan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh SPRM pada pertengahan 2013 lalu.
"Sekiranya hasil siasatan tersebut boleh membuktikan Taib tidak terlibat maka ini akan membuktikan beliau "bersih" daripada pelbagai tuduhan pecah amanah dan menyakinkan semua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Global Witnes dalam videonya menggemparkan negara apabila membuat pendedahan bagaimana Taib dan keluarganya menjadi kaya raya di atas kesusahan yang ditanggung rakyat Sarawak.
Pelbagai pihak mengecamnya berhubung video itu dan SPRM menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat segala pendedahan itu.
Namun sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan dibuat berhubung hasil siasatan itu.
Arifiriazul berkata, prinsip demokrasi perlu dilaksanakan di Sarawak iaitu tidak mengenepikan suara rakyat yang inginkan keadilan dan bukan hanya bersetuju untuk melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri seperti mana dicadangkan oleh partinya.
Taib bakal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua menteri Sarawak tidak lama lagi.
Berikutan itu, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) yang dipimpinnya mencadangkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru selepas melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.
Bagi Pemuda PAS Sarawak, jika nama Taib tidak dibersihkan terlebih dahulu, ia hanya akan memberikan imej buruk terhadap integriti kepimpinan negeri Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

'Bersihkan' Taib Mahmud sebelum dilantik TYT

Posted: 09 Feb 2014 07:14 PM PST


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak menggesa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dibersihkan daripada segala dakwaan pecah amanah sebelum dicadangkan sebagai Yang Dipertua Negeri.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini,  Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Ketua
Pemuda PAS Malaysia dan Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak agar hasrat untuk melantik Abdul Taib sebagai Yang Dipertua Negeri ditangguhkan sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diselesaikan.
Sambil menyambut baik pengumuman pengunduran Abdul Taib, Arif mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan jasa pembangunan yang dibawa beliau sepanjang menjawat Ketua Menteri.
"Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak ingin meminta penjelasan perkembangan  siasatan oleh badan petugas khas berkenaan pertuduhan di dalam rakaman video 'Global Witness' yang telah ditubuhkan oleh pihak SPRM pada pertengahan tahun 2013.
"Sekiranya hasil siasatan tersebut boleh membuktikan Pehin Sri (Abdul Taib Mahmud) tidak terlibat maka ini akan membuktikan beliau bersih dari pelbagai tuduhan pecah amanah dan menyakinkan semua pihak," ujarnya.
Menurut Arif, prinsip demokrasi politik Sarawak menuntut agar suara rakyat tidak dipinggirkan dan keputusan untuk melantik Yang Dipertua Negeri bukan hak eksklusif parti pemerintah, Parti Bumiputera Bersatu (PBB).
"Saya sebagai anak jati Sarawak yang telah dilahirkan di Limbang, yang lahir pada era pemerintahan Pehin Sri sebagai Ketua Menteri Sarawak ingin melihat Negeri Sarawak yang saya cintai ini dipelihara dan dibebaskan daripada pemerintahan yang dipenuhi dengan pelbagai skandal rasuah serta salah guna kuasa.
"Saya dan seluruh rakyat Sarawak sayang kepada negeri Sarawak," ujar Arif.

Taib pun letak jawatan, SPR terkejut tak? Membazir tak kalau buat PRK Dun Balingian..!!!

Posted: 09 Feb 2014 07:13 PM PST

KUALA LUMPUR: Perletakaan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dibayangkan hujung bulan ini bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlaku.

Perletakan jawatan itu bermakna Taib akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001.

Mengulas hal itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata beliau ingin bertanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terkejut dengan pemgumuman Taib ini.

Ini kerana dalam kes Kajang, SPR mendakwa PRK yang akan ditandingi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, telah menganggu tugas mereka melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula pilihan raya.

"Kita mahu bertanya kepada SPR, apa sikap dan alasan mereka dalam kes Taib ini. Adakah mereka tidak terkejut?

"Adakah yang ini tidak mengganggu SPR?," soal Ahli Parlimen Tumpat itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebelum ini berkata, PRK Kajang yang berlaku akibat perletakan jawatan bekas Adun PKR Lee Chin Cheh telah mengganggu urusan-urusan yang lain yang sedang diberi fokus oleh SPR.

Ekoran itu juga kata beliau, SPR terpaksa mengubah gear, malah mengubah semua sekali perancangan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Lemah sangatkah politik Tan Sri Khalid Ibrahim?

Posted: 09 Feb 2014 06:59 PM PST


Sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disengajakan, ramai di kalangan ahli PKR yang menyokong dengan hujah bahawa langkah tersebut terpaksa dilakukan kerana kelemahan berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor.
Mereka memuji Khalid hebat dalam pentadbiran, tetapi pada masa yang sama, mengeji beliau tidak mahir berpolitik.
Apakah betul dakwaan mereka?
Menaikkan rizab Selangor
Mari kita bermula dari 2008. Khalid dilantik menjadi menteri besar Selangor dan mendapati kerajaan Selangor yang kaya sebenarnya miskin. Duit kerajaan entah ke mana meskipun Datuk Seri Dr Khir Toyo boleh memiliki mahligai di Shah Alam.
Tiada jalan lain bagi Khalid. Sama ada beliau mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Selangor ataupun beliau merayu dan membiarkan diri diperas ugut daripada segi kewangan oleh kerajaan persekutuan yang masih di bawah Umno.
Bagi Khalid, untuk melawan kemaraan dan kacauan Umno di Selangor, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat mesti mempunyai dana yang bukan sekadar cukup, malah menggerunkan lawan.
Oleh itu, tidak susah untuk memahami mengapa Khalid sentiasa mewar-warkan jumlah rizab kerajaan Selangor kepada umum. Ia adalah strategi politik serampang dua mata, pertama mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa Selangor sedang ditadbir dengan baik, dan kedua ditujukan untuk Umno, bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai dana yang cukup untuk berperang dengannya sekiranya mereka melakukan apa-apa.
Meningkatkan rizab kerajaan negeri Selangor adalah satu langkah politik untuk menyekat sebarang peluang Umno untuk merampas kembali Selangor.
Hanya dengan rizab yang menggerunkan, Putrajaya tidak berani melakukan sabotaj berbentuk kewangan pada kerajaan negeri Selangor kerana ia tahu kerajaan Selangor mampu menyelesaikannya.
Ia dilakukan dengan baik oleh Khalid apabila beliau melawan sabotaj Umno menggunakan isu kutipan sampah melalui pembelian sendiri jentera pengurusan sampah.
Untuk membolehkan rakyat melupakan Umno di Selangor dan hanya teringat kepada Pakatan Rakyat, Khalid memberikan air percuma 20m3 setiap bulan kepada rakyatnya.
Pemberian air percuma ini menjadi satu mercu tanda kecemerlangan pentadbiran Khalid, kerana rakyat tidak pernah menikmati kemewahan ini semasa Umno-BN mentadbir.
Kerana air percuma ini, rakyat juga merasakan Selangor ditadbir dengan baik kerana rizab semakin meningkat sehingga mampu memberikan air percuma yang selama ini tidak mampu diberikan oleh kerajaan Umno-BN.
Air percuma ini pada kulitnya dilihat sebagai satu usaha berkebajikan Khalid, tetapi di sebaliknya, ia sebenarnya dicatur dengan penuh teliti yang merangkumi kehebatan ilmu strategik politik Khalid.
Lantikan Khusrin, gaji, istana
Sebagai seorang bekas CEO satu syarikat yang besar, setiap tindakan Khalid akan dilakukan dengan penghujungnya "apakah kesudahan yang diinginkan."
Khalid perlu memastikan setiap langkah taktikalnya menguntungkan kerajaan negeri dan juga rakyatnya meskipun berdepan dengan keadaan yang amat sukar. Situasinya mesti win-win, atau win-lose, tapi lose untuk pihak lain.
Selain itu, Khalid juga dilihat sentiasa mengelakkan diri dan kerajaan negeri daripada bertembung dengan pihak istana.
Khalid belajar daripada episod bantahannya terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor.
Ketika itu, walaupun Khalid membantah pelantikan Khusrin yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa merujuknya terlebih dahulu, tetapi beliau tetap menghadirkan diri ke majlis angkat sumpat Khusrin atas alasan menghormati Sultan Selangor.
Daripada segi politik, Khalid memahami sekiranya beliau memulau majlis angkat sumpah tersebut, ia akan dilihat sebagai mengisytihar perang dengan istana.
Apakah kebaikan atau keuntungan yang boleh dicapai dengan berperang dengan istana? Tiada, malah ia merugikan kerana langkah itu akan memberi laluan untuk Umno mempertingkat serangan dan menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, Khalid akur dengan lantikan Khusrin meskipun dalam protes kerana menjaga hubungan baiknya dengan istana perlu diutamakan bagi mengelak gangguan tidak perlu terhadap kerja beliau sebagai MB Selangor. Langkah sedemikian juga mengelakkan beliau dan seluruh kerajaan negeri daripada terperangkap dalam permainan Umno.
Berbalik ke waktu ini, ramai yang mengecam tindakan Khalid menaikkan gaji exco, speaker, timbalan speaker dan beliau sendiri sebagai menteri besar pada skala yang besar.
Walaupun panas pada awal isu ini terletus, tetapi akhirnya, isu gaji tinggi di Selangor sebenarnya berpihak kepada kebijaksanaan politik Khalid.
Gaji yang tinggi melambangkan kemakmuran pentadbiran Selangor. Gaji MB lebih tinggi daripada PM sebenarnya satu kemenangan untuk Pakatan Rakyat, kerana ia menunjukkan Selangor ditadbir jauh lebih baik daripada Putrajaya sehingga membolehkan keadaan itu berlaku. Meskipun Umno-BN mentadbir untuk 5 dekad lamanya, mereka masih tidak mampu berbuat demikian.
Khalid juga tidak mahu apa yang berlaku semasa pentadbiran Umno-BN berlaku di zaman Pakatan Rakyat iaitu ahli politik termasuk exco merekacipta projek dan menceburkan diri dalam aktiviti untuk menambah sumber pendapatan diri dan keluarga kerana kesempitan wang. Situasi inilah menjadi baja kepada suburnya masalah kronisme, salah guna kuasa, projek rundingan terus dan rasuah di dalam pentadbiran Umno-BN.
Apakah jalan keluar untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Bagi Khalid, memberikan gaji yang setimpal kepada mereka adalah jalan keluar paling mudah dan logik. Walaupun dari luar kenaikan gaji yang dicadangnya kelihatan lumayan, sebenarnya gaji itu adalah setimpal dengan kecemerlangan kerajaan negeri Selangor.
Jais, isu Allah dan PKNS
Read More / Baca Lagi >>

Muafakat ahli, pimpinan tunjang kekuatan Pas

Posted: 09 Feb 2014 06:03 PM PST

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
SHAH ALAM - Tindakan Pas menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang membuktikan ahlinya akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu jelas dilihat menerusi kenyataan Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang.

"Hadi, melalui ucapannya, menggesa seluruh penyokong Pas menyokong Anwar sebagai calon di Dun Kajang," katanya.

Menurutnya, permuafakatan antara pimpinan atasan dan bawahan dalam Pas juga merupakan tunjang kekuatan dalam mengukuhkan parti itu.

"Pas mempunyai tradisi tersendiri dalam menentukan sebarang keputusan yang bakal dilakukan dalam PR bagi menjamin kestabilan parti mereka. Jadi keputusan dari bawah ke atas merupakan keputusan yang adil dan berjaya memuaskan hati semua pihak," katanya.

Justeru, Pas merupakan parti yang sentiasa berpegang pendirian, bukan yang tunduk serta tidak bersuara.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan menganggap tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai Adun Kajang sebagai mengkhianati amanah rakyat Selangor kepada PR.

Orang Kajang mesti tolak politik samseng – Anwar

Posted: 09 Feb 2014 05:59 PM PST

DSAI_CNY_NEC
KAJANG 9 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi di DUN Kajang untuk menolak politik samseng dan bersifat kebencian.
Anwar menegaskan, pencanggahan pendapat tidak akan dapat diselesaikan dengan provokasi dan ugutan politik
"Negara ini ada undang-undang. Jangan sombong. Kalau pemimpin tidak hormat rakyat, macam mana rakyat nak hormat pemimpin?
"Apa yang dilakukan sesetengah orang Islam tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam di negara ini. Saya harap masyarakat Cina faham perkara ini.
"Saya orang Islam. Orang Islam mesti menjamin keadilan untuk semua, mesti lakukan (tindakan) yang adil kepada semua," kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kolej New Era Kajang, hari ini.
Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, ahli parlimen Selayang, Willis, Leong , ahli parlimen Wangsa Maju, Dr tan Kwee Kwong dan dan Pengerusi Kolej New Era Dr Yap Sin Tian.
Anwar turut memetik pandangan ahli falsafah Cina Kung Fu Tze (Confucius) mengenai konsep 'principle of reciprocity' atau memberi dan menerima.
"Ketua kena hormat rakyat, barulah rakyat hormat ketua," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
"Kalau ada percanggahan pendapat, kita boleh selesaikan dengan baik, bukannya mengugut dan bawa permusuhan antara kaum.
"Saya seru masyarakat ntuk kerja bersama-sama. Tunjukkan masa depan Malaysia yang lebih baik," kata Anwar.

Anwar: Bukan senang nak menang di kajang

Posted: 09 Feb 2014 05:58 PM PST

 Anwar Ibrahim  
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bercakap sempena program syarahan "Kebangkitan Asia oleh Anwar Ibrahim & Merdeka Rakyat oleh Dr Syed Husin Ali" semalam. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
PUCHONG - Walaupun dianggap calon pilihan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meletakkan dirinya sebagai 'underdog'.

Katanya, beliau sesekali tidak percaya akan dapat laluan tanpa perlu bekerja keras pada pilihan raya ini.
 
"Saya tak pernah anggap jadi calon ni senang. Siapa pun calon parti lawan, tetap saya ambil kira dan akan kerja kuat untuk tawan hati rakyat," katanya.
 
Menurutnya, beliau tidak anggap mana-mana pilihan raya disertai sebagai mudah kerana yang dilawan bukan hanya calon.
 
"Kita lawan parti, lawan kerajaan, lawan seluruh Umno. Jadi nak menang bukan senang. Kita tak ada media dan jentera, jadi kena kerja kuat," katanya selepas menyampaikan ucapan 'Asian Renaissance Part 2' pada kursus Merdeka Rakyat di sini, semalam.
  
Selain berdepan parti lawan, kata Anwar, baginya cabaran lain yang perlu dilalui ialah serangan fitnah.
Read More / Baca Lagi >>

Imej Najib terjejas teruk, Waytha letak jawatan akibat janji tidak ditepati

Posted: 09 Feb 2014 05:57 PM PST

Kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin goyah dengan peletakan jawatan P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri kerana janji tidak ditepati yang dibuat dengan masyarakat India sebelum Pilihan Raya Umum 2013.
Mereka yang rapat dengan ketua Hindraf itu berkata, beliau berasa perdana menteri tidak boleh dipercayai  sama seperti yang berlaku dengan isu penyelesaian 10 perkara berkenaan Bible berbahasa Melayu yang Najib kini mengatakan ia tertakluk kepada undang-undang Islam negeri.
Kedua-dua perjanjian dengan Hindraf dan Kristian yang dibuat sebelum pilihan raya oleh perdana menteri yang pengkritik katakan sebagai tidak komited atau mampu untuk ditepati.
Persoalannya,  adakah mana-mana individu atau kumpulan yang akan mempercayai kata-kata Najib selepas ini?
Malah kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu, Perkasa juga tidak gembira dengan Najib kerana kurangnya ketegasan pendirian beliau dalam menangani penganut Kristian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam ibadah mereka.
Pentadbiran Najib juga sedang bergolak selepas pemotongan subsidi yang menyebabkan peningkatan harga dan inflasi tahun ini, lapan bulan selepas kempen pilihan raya di mana perdana menteri berjanji tiada pemotongan atau penarikan subsidi dan memastikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2010.
Kedudukan Najib juga menyusut kepada penurunan paling rendah sejak memegang jawatan pada 2009, menurun kepada 52% pada Disember 2013, daripada 62% pada Ogos 2013, hasil tinjauan Merdeka Center.
Read More / Baca Lagi >>

Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak

Posted: 09 Feb 2014 05:54 PM PST



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) bersara selepas 33 tahun berkhidmat dan penggantinya dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi. Gambar fail.Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) bersara selepas 33 tahun berkhidmat dan penggantinya dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi. Gambar fail.Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.
Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya  perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.
Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.
Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik.
Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: New Direction For Selangor & What's In Store For The People?

Posted: 09 Feb 2014 05:44 PM PST

Wacana Nasional : Belia

Posted: 09 Feb 2014 05:44 PM PST

Kenapa tiada Hisbah di Kelantan

Posted: 09 Feb 2014 05:42 PM PST

Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (2/2)

Posted: 09 Feb 2014 05:42 PM PST

Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (1/2)

Posted: 09 Feb 2014 05:41 PM PST

Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (2/2)

Posted: 09 Feb 2014 05:41 PM PST

Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (1/2)

Posted: 09 Feb 2014 05:40 PM PST

Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (2/2)

Posted: 09 Feb 2014 05:40 PM PST

Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (1/2)

Posted: 09 Feb 2014 05:40 PM PST

Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH USTAZ ZAHARUDIN MUHAMMAD

Posted: 09 Feb 2014 05:39 PM PST

''Parti Ajaran Songsang Itu PAS'' - Tengku Adnan

Posted: 09 Feb 2014 05:37 PM PST

Wangsa Maju: Wakil Rakyat PKR Hanya Serpihan - Tengku Adnan

Posted: 09 Feb 2014 05:36 PM PST

Pandangan UAI Tentang 'VILLA NABILA'

Posted: 09 Feb 2014 07:05 AM PST

Agenda Awani: Tragedi Rohingya

Posted: 09 Feb 2014 06:57 AM PST

STAM - Pangkat Mumtaz Meningkat Di Kelantan

Posted: 09 Feb 2014 06:54 AM PST

Mandi Wajib Dengan Badan Bersabun/Bersyampu - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Feb 2014 06:45 AM PST


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

Posted: 09 Feb 2014 05:02 AM PST

Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

(Lyn Nasir)
n25_kajangPUCHONG 9 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor, selain menangkis isu perkauman yang kini menjadi agenda Umno BN.

"Jika ditanyakan kepada saya adakah saya sanggup untuk hadapi risiko dalam politik, ya kerana saya tidak mahu mengorbankan rakyat.

"Saya juga nak jadikan Kajang sebagai landasan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi, ada jaminan untuk setiap anak Selangor dan hak dapat dipertahankan.

"Takkan izinkan sesiapa pertikaikan hak sama ada dia Melayu, Cina, India atau orang Asli serta bangsa lain seperti Kristian yakin bahawa kita takkan khianati amanah dan hak mereka," jelasnya dalam syarahan bertajuk "The Asian Renaissance Courses di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong hari ini.

Merujuk kepada pemerintahan di zaman Saidina Umar Al Khatab, Anwar berkata tiada makna demokrasi sekiranya pemerintah tidak  berlaku adil kepada semua rakyat.

Beliau merujuk kejadian di mana Saidina Umar melepaskan seorang pencuri daripada hukuman potong tangan, sebaliknya mencari keadilan atas kesalahan tersebut.

"Saidina Umar berkata, kalau kamu (pencuri) mencuri lagi, saya akan memotong tangan orang kaya kerana membiarkan rakyat susah sehingga terpaksa mencuri," kata Anwar.

Beliau dalam pada itu membidas tindakan kerajaan menaikkan harga barang keperluan harian, sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat, termasuk harga padi bagi golongan pesawah.

"Kita tengok sekarang ni harga barang naik, gula naik, minyak naik, ikan naik, sayur naik kecuali kangkung.
"Mungkin anak muda di KL tidak pernah terfikir akan perkara ini, tapi kalau kita di tempat mereka (pesawah), apa yang kita akan rasa?," soalnya menambah BN hanya mengkayakan kroni seperti jutawan beras, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

"Sebab itu demokrasi tidak bermakna kalau negara tidak mengamalkan keadilan dan keadilan itu tidak mungkin berlaku jika tidak mengaitkan dengan semua kaum," ujarnya.


"Tapi apa yang berlaku hari ini, curi balak RM1 juta, kes PKFZ, semuanya dinaikkan pangkat. Yang menjadi mangsa secara berterusan adalah rakyat dan di mana keadilannya?," soalnya.

Anwar Ibrahim: Mahu Orang Cina Hormat Bahasa & Islam, Tapi Saya Pun Kena Hormat Orang Cina

Posted: 09 Feb 2014 01:58 AM PST



Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


TUKAR TIUB MEMECAH BERITA

Posted: 09 Feb 2014 06:58 PM PST








BERKUMPUL SEMULA
kumpulan yang memanggil diri mereka
parti semangat 46
akan mengadakan himpuna semula
pada  24 febuari ini
di pak daro cafe
jam 11:00 pagi

apakah ini
untuk menobatkan ku li
pemimpin agong parti semangat 46
sebagai bakal pm yang akan menggantikan najib?

ini kerana najib semakin ditekan
dan
ini membuka peluang untuk ku li


SIAPA MALAON INI



------

TERIMA KASEH

Posted: 09 Feb 2014 06:50 PM PST





  KEPADA SEMUA
TERIMA KASEH
takziah bro.. Alfatihah..semoga berjumpa lagi.. on AL-FATIHAH
Anonymous
on 2/8/14

Takziah kerana kucing anda mati tapi tak perlu baca surah al-fatihah untuk kucing. Baca untuk manusia sahaja. Bersabarlah atas apa yang berlaku kerana yang hidup pasti mati ini adalah Allah SWT. Satu hari nanti kita semua akan menyusul. on AL-FATIHAH
Anonymous
on 2/8/14

Salam tuan TT, sorry to hear ur loss tuan, 3 weeks ago saya ada slmt satu kitten kt kl sentral, sana byk stray cats , since u in brickfields, buleh try usha2... on AL-FATIHAH
Publish | Delete | Spam
firdaus m
on 2/8/14

Kesedihan dan kegembiran Kehadiran dan pemergian Semua mainan dunia... Bersabarlah brader jelebu.... on AL-FATIHAH
febhi

on 2/8/14


AL-FATIHAH UNTUK CURVEY
2005- 7-2-2014
semoga rohnya
bersama kawan kawan
dialam firdausi


http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/al-fatihah_8.html
Like ·  · Stop Notifications · Share · Edit

----------

HIDUP SUSAH MATI PUN SUSAH

Posted: 09 Feb 2014 06:31 PM PST



HIDUP SUSAH
MATI PUN LAGI SUSAH


Enam lelaki gali kubur dicekup
ROMPIN - Percubaan enam lelaki untuk menggali kubur di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin, di sini, gagal apabila dicekup sekumpulan Orang Asli, malam kelmarin.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... KAH KAH KAH... kah kah kah..

kah kah kah..MALAYSIA NEGARA HEBAT... kah kah kah.

kah kah kah..MASA HIDUP SUSAH TAK SELAMAT.. kah kah kah

kah kah kah..DAH MATI PUN MASIH TAK SELAMAT.... kah kah kah..

kah kah kah...HIDUP KETUANAN MELAYU..OPPS...kah kah kah..

kah kah kah..TANAMKAN KETUANAN MELAYU.... kah kah kah

KESAH SATU MALAM
DI PORT DICKSON

----------

PERCUBAAN SIA SIA

Posted: 09 Feb 2014 06:06 PM PST



PENGUMUMAN 
senarai gagalis 
akan keluar
lagi 4 hari
masih ada masa
untuk berusaha

The Mamu™
Wahai aku tengah dating ni.. Moga2 aku terkeluar dari senarai gagalis. Amen.

acino панк
ni ada dua gagalis kau jgn lupa masuk dan


AMARAN
mengubah gambar di fb
dengan awek
dengan balak
tak samestinya
akan tersingkir
keputusan juri bukan berdasarkan
  hanya dari gambar

--------

SIAPA DIA TAIB MAHMUD

Posted: 09 Feb 2014 05:36 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
tuduhlah apa sahaja terhadap taib
tain rasuah
taib zalim
taib makan duit haram
semua  ini betul

tetapi

paling penting
taib ilah nasionalis sarawak tulen

jika bukan taib di sarawak
telah lama united malays national organisation
masuk dan buat huru hara di sarawak
sama saperti apa yang sedang berlaku di sabah

rakyat akan mengingati taib
sebagai nasionalis sarawak
yang berjaya menghalng
yang berjaya menggagalkan
united malalays national organisation
untuk membuka cawangan di sarawak



Pesan terakhir Taib: S'wak untuk orang S'wak

Nigel Aw | 6:51PM Feb 9
Pesan terakhir Ketua Menteri Sarawak  Abdul Taib Mahmud sebelum bersara adalah memastikan pemimpin negeri menjaga hak Sarawak dan memastikannya terus dipimpin oleh orang Sarawak sendiri.


------------

INI BENGALI MANA?

Posted: 09 Feb 2014 05:00 PM PST







DARI FACE BOOK




CC: @[1453723815:2048:Tukar Tiub], @[317598415257:274:Hishamuddin Rais]
Like ·  ·  · 4 hours ago · 



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


INI LEBONG SING
------------

TEMBIKAI BUSUK

Posted: 09 Feb 2014 06:30 AM PST






DARI FACE BOOK


Kalau seseorang itu mempercayai kata janji Umno kemudian ditipu Umno, itu bukan kesalahan Umno, itu kesalahan orang tersebut, sebab semua orang tahu yang Umno tidak pernah ikhlas.   Perjanjian Hindraf-Umno itu ibarat perjanjian ayam dengan musang, kalau musang makan ayam, itu bukan salah musang sebab ayam itu sememangnya makanan musang.  p/s: Ini bukan Umno tipu masy India, ini @[478946188787731:274:Waytha Moorthy Ponnusamy] tipu masy India.
Kalau seseorang itu mempercayai kata janji Umno kemudian ditipu Umno, itu 

KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH


----------

TAIB AKAN TERUS SELAMAT

Posted: 09 Feb 2014 06:00 AM PST




Saya perlu bergerak beberapa langkah lagi sebelum berundur, kata Taib Mahmud

Ketua Menteri Sarawak  Abdul Taib Mahmud (gambar) berkata hari ini beliau perlu bergerak "beberapa langkah...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit..SELANGKAH SEBULAN KE....kah kah kah..

kah kah kah..SELANGKAH SETAHUN KE?... kah kah kah


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



-------

SEORANG LAGI CALON GAGALIS

Posted: 08 Feb 2014 10:20 PM PST



DARI FACE BOOK

Follow · February 1 


Saya suka sajak 'INSAN PENCERAH'...

Insan Pencerah

Ini tugas akaliahku untuk mencerahkan
Menyentak lena bangsaku yang jauh dari buku
Dan malas mengulit aksara
Yang jauh dari kemulian fikrah
Dan tidak biasa menyantuni kepandaian
Ilmu itu laut tempat aku belayar
Kitab itu pandang tempat aku bermain.

Kucairkan bayang-bayang yang menakutkan tetanggaku
Dan retorik yang menghantui seribu tahun
Bangsa yang menjauhi buku akan menjadi penakut.

Kucerahkan negeri demi kemanusiaan
Kuhalau prasangka dan curiga
Ke atas anak-anak dan wanita
Aku tak akan berundur dari fikir
Dan berkata tentang kebenaran
Kulajukan langkah dan kuhalau dolak-dalik.

Kita berbeza faham
Maksud diolah mengikut sudut pandang
Manusia itu lemah terbatas kudrat
Ilmu mencerah dan menyelamat.

Puisi Sidang Kultus
Raihani Mohd Saaid.






BUKU WAJIB DI CARI
----------

USTAZ COOL TELAH BERSUARA

Posted: 08 Feb 2014 08:38 PM PST





NOTA
ustaz wan ji
telah di nobatkan
oleh tukar tiub 
dan pembaca tukar tiub
sebagai watak cool yang menjadi ikutan anak muda

Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata ustaz PAS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan membawa mereka kepada murtad.
Ini menyebabkan pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak beragama mereka.
Wan Ji mengecam sekatan tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.


YA AMPOOOON

Terdahulu, Wan Ji menarik perhatian kontroversi selepas membuat kenyataan menghasut tentang keluarga diraja.
Beliau mendedahkan beliau sudahpun disoal polis sebanyak enam kali kerana kenyataan tersebut.
Bagaimanapun beliau tetap dengan kritikan beliau terhadap monarki Malaysia, bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.
"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama.
"Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa sahaja yang dilakukan oleh ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam.
"Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," tegasnya.
baca dsini:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/murtad-berlaku-kerana-kelemahan-agensi-islam-bukan-dakwah-kristian-kata-ust

------------

EMPAT DARA PUSPITA

Posted: 08 Feb 2014 07:38 PM PST



EMPAT DARA PUSPITA


PBB sahkan Taib dicadangkan jadi TYT S'wak

Nigel Aw | 4:21PM Feb 8
Mesyuarat majlis tertinggi PBB yang ditungu-tunggu hari ini mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud akan dicadangkan menjadi yang dipertua negeri

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TAK MATI MATI.... kah kah kah..

kah kah kah...MAKIN KEBAL.... kah kah kah..

kah kah kah...HEBAT BOMOH DARA PUSPITA... kah kah kah

BOMOH UNTUK

 DISEWA

---------

LAGI NAK MASUK FRAME

Posted: 08 Feb 2014 07:14 PM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB
pembelotan yang gagal
disana tidak disini tidak
itu pasal susah nak percaya

Waythamoorthy letak semua jawatan kerajaan

Putrajaya: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy meletakkan semua jawatan yang dipegangnya dalam kerajaan termasuk Senator, berkuat kuasa esok.

Peletakan jawatannya itu disahkan Setiausaha Sulitnya, Rejena Mary ketika dihubungi petang semalam. 


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... NAK BERTANDING DI KAJANG KE?.... kah kah kah..

kah kah kah...KAH KAH KAH.... kah kah kah


----------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT