RAKYAT MARHAEN |
- Pemuda PAS Sarawak desak kemuka hasil siasatan video Global Witness
- 'Bersihkan' Taib Mahmud sebelum dilantik TYT
- Taib pun letak jawatan, SPR terkejut tak? Membazir tak kalau buat PRK Dun Balingian..!!!
- Lemah sangatkah politik Tan Sri Khalid Ibrahim?
- Muafakat ahli, pimpinan tunjang kekuatan Pas
- Orang Kajang mesti tolak politik samseng – Anwar
- Anwar: Bukan senang nak menang di kajang
- Imej Najib terjejas teruk, Waytha letak jawatan akibat janji tidak ditepati
- Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak
- Anwar Ibrahim: New Direction For Selangor & What's In Store For The People?
- Wacana Nasional : Belia
- Kenapa tiada Hisbah di Kelantan
- Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (2/2)
- Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (1/2)
- Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (2/2)
- Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (1/2)
- Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (2/2)
- Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (1/2)
- Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH USTAZ ZAHARUDIN MUHAMMAD
- ''Parti Ajaran Songsang Itu PAS'' - Tengku Adnan
- Wangsa Maju: Wakil Rakyat PKR Hanya Serpihan - Tengku Adnan
- Pandangan UAI Tentang 'VILLA NABILA'
- Agenda Awani: Tragedi Rohingya
- STAM - Pangkat Mumtaz Meningkat Di Kelantan
- Mandi Wajib Dengan Badan Bersabun/Bersyampu - Ustaz Azhar Idrus
Pemuda PAS Sarawak desak kemuka hasil siasatan video Global Witness Posted: 09 Feb 2014 07:15 PM PST Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo, berkata mereka ingin tahu perkembangan siasatan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh SPRM pada pertengahan 2013 lalu. "Sekiranya hasil siasatan tersebut boleh membuktikan Taib tidak terlibat maka ini akan membuktikan beliau "bersih" daripada pelbagai tuduhan pecah amanah dan menyakinkan semua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pelbagai pihak mengecamnya berhubung video itu dan SPRM menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat segala pendedahan itu. Namun sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan dibuat berhubung hasil siasatan itu. Arifiriazul berkata, prinsip demokrasi perlu dilaksanakan di Sarawak iaitu tidak mengenepikan suara rakyat yang inginkan keadilan dan bukan hanya bersetuju untuk melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri seperti mana dicadangkan oleh partinya. Taib bakal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua menteri Sarawak tidak lama lagi. Berikutan itu, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) yang dipimpinnya mencadangkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru selepas melepaskan jawatan sebagai ketua menteri. Bagi Pemuda PAS Sarawak, jika nama Taib tidak dibersihkan terlebih dahulu, ia hanya akan memberikan imej buruk terhadap integriti kepimpinan negeri Sarawak. Read More / Baca Lagi >> |
'Bersihkan' Taib Mahmud sebelum dilantik TYT Posted: 09 Feb 2014 07:14 PM PST Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak agar hasrat untuk melantik Abdul Taib sebagai Yang Dipertua Negeri ditangguhkan sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diselesaikan. Sambil menyambut baik pengumuman pengunduran Abdul Taib, Arif mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan jasa pembangunan yang dibawa beliau sepanjang menjawat Ketua Menteri. "Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak ingin meminta penjelasan perkembangan siasatan oleh badan petugas khas berkenaan pertuduhan di dalam rakaman video 'Global Witness' yang telah ditubuhkan oleh pihak SPRM pada pertengahan tahun 2013. "Sekiranya hasil siasatan tersebut boleh membuktikan Pehin Sri (Abdul Taib Mahmud) tidak terlibat maka ini akan membuktikan beliau bersih dari pelbagai tuduhan pecah amanah dan menyakinkan semua pihak," ujarnya. Menurut Arif, prinsip demokrasi politik Sarawak menuntut agar suara rakyat tidak dipinggirkan dan keputusan untuk melantik Yang Dipertua Negeri bukan hak eksklusif parti pemerintah, Parti Bumiputera Bersatu (PBB). "Saya sebagai anak jati Sarawak yang telah dilahirkan di Limbang, yang lahir pada era pemerintahan Pehin Sri sebagai Ketua Menteri Sarawak ingin melihat Negeri Sarawak yang saya cintai ini dipelihara dan dibebaskan daripada pemerintahan yang dipenuhi dengan pelbagai skandal rasuah serta salah guna kuasa. "Saya dan seluruh rakyat Sarawak sayang kepada negeri Sarawak," ujar Arif. |
Taib pun letak jawatan, SPR terkejut tak? Membazir tak kalau buat PRK Dun Balingian..!!! Posted: 09 Feb 2014 07:13 PM PST KUALA LUMPUR: Perletakaan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dibayangkan hujung bulan ini bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlaku. Perletakan jawatan itu bermakna Taib akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001. Mengulas hal itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata beliau ingin bertanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terkejut dengan pemgumuman Taib ini. Ini kerana dalam kes Kajang, SPR mendakwa PRK yang akan ditandingi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, telah menganggu tugas mereka melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula pilihan raya. "Kita mahu bertanya kepada SPR, apa sikap dan alasan mereka dalam kes Taib ini. Adakah mereka tidak terkejut? "Adakah yang ini tidak mengganggu SPR?," soal Ahli Parlimen Tumpat itu. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebelum ini berkata, PRK Kajang yang berlaku akibat perletakan jawatan bekas Adun PKR Lee Chin Cheh telah mengganggu urusan-urusan yang lain yang sedang diberi fokus oleh SPR. Ekoran itu juga kata beliau, SPR terpaksa mengubah gear, malah mengubah semua sekali perancangan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Lemah sangatkah politik Tan Sri Khalid Ibrahim? Posted: 09 Feb 2014 06:59 PM PST Sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disengajakan, ramai di kalangan ahli PKR yang menyokong dengan hujah bahawa langkah tersebut terpaksa dilakukan kerana kelemahan berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor. Mereka memuji Khalid hebat dalam pentadbiran, tetapi pada masa yang sama, mengeji beliau tidak mahir berpolitik. Menaikkan rizab Selangor Mari kita bermula dari 2008. Khalid dilantik menjadi menteri besar Selangor dan mendapati kerajaan Selangor yang kaya sebenarnya miskin. Duit kerajaan entah ke mana meskipun Datuk Seri Dr Khir Toyo boleh memiliki mahligai di Shah Alam. Tiada jalan lain bagi Khalid. Sama ada beliau mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Selangor ataupun beliau merayu dan membiarkan diri diperas ugut daripada segi kewangan oleh kerajaan persekutuan yang masih di bawah Umno. Bagi Khalid, untuk melawan kemaraan dan kacauan Umno di Selangor, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat mesti mempunyai dana yang bukan sekadar cukup, malah menggerunkan lawan. Oleh itu, tidak susah untuk memahami mengapa Khalid sentiasa mewar-warkan jumlah rizab kerajaan Selangor kepada umum. Ia adalah strategi politik serampang dua mata, pertama mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa Selangor sedang ditadbir dengan baik, dan kedua ditujukan untuk Umno, bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai dana yang cukup untuk berperang dengannya sekiranya mereka melakukan apa-apa. Meningkatkan rizab kerajaan negeri Selangor adalah satu langkah politik untuk menyekat sebarang peluang Umno untuk merampas kembali Selangor. Hanya dengan rizab yang menggerunkan, Putrajaya tidak berani melakukan sabotaj berbentuk kewangan pada kerajaan negeri Selangor kerana ia tahu kerajaan Selangor mampu menyelesaikannya. Ia dilakukan dengan baik oleh Khalid apabila beliau melawan sabotaj Umno menggunakan isu kutipan sampah melalui pembelian sendiri jentera pengurusan sampah. Untuk membolehkan rakyat melupakan Umno di Selangor dan hanya teringat kepada Pakatan Rakyat, Khalid memberikan air percuma 20m3 setiap bulan kepada rakyatnya. Pemberian air percuma ini menjadi satu mercu tanda kecemerlangan pentadbiran Khalid, kerana rakyat tidak pernah menikmati kemewahan ini semasa Umno-BN mentadbir. Kerana air percuma ini, rakyat juga merasakan Selangor ditadbir dengan baik kerana rizab semakin meningkat sehingga mampu memberikan air percuma yang selama ini tidak mampu diberikan oleh kerajaan Umno-BN. Air percuma ini pada kulitnya dilihat sebagai satu usaha berkebajikan Khalid, tetapi di sebaliknya, ia sebenarnya dicatur dengan penuh teliti yang merangkumi kehebatan ilmu strategik politik Khalid. Lantikan Khusrin, gaji, istana Sebagai seorang bekas CEO satu syarikat yang besar, setiap tindakan Khalid akan dilakukan dengan penghujungnya "apakah kesudahan yang diinginkan." Khalid perlu memastikan setiap langkah taktikalnya menguntungkan kerajaan negeri dan juga rakyatnya meskipun berdepan dengan keadaan yang amat sukar. Situasinya mesti win-win, atau win-lose, tapi lose untuk pihak lain. Selain itu, Khalid juga dilihat sentiasa mengelakkan diri dan kerajaan negeri daripada bertembung dengan pihak istana. Khalid belajar daripada episod bantahannya terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor. Ketika itu, walaupun Khalid membantah pelantikan Khusrin yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa merujuknya terlebih dahulu, tetapi beliau tetap menghadirkan diri ke majlis angkat sumpat Khusrin atas alasan menghormati Sultan Selangor. Daripada segi politik, Khalid memahami sekiranya beliau memulau majlis angkat sumpah tersebut, ia akan dilihat sebagai mengisytihar perang dengan istana. Apakah kebaikan atau keuntungan yang boleh dicapai dengan berperang dengan istana? Tiada, malah ia merugikan kerana langkah itu akan memberi laluan untuk Umno mempertingkat serangan dan menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu, Khalid akur dengan lantikan Khusrin meskipun dalam protes kerana menjaga hubungan baiknya dengan istana perlu diutamakan bagi mengelak gangguan tidak perlu terhadap kerja beliau sebagai MB Selangor. Langkah sedemikian juga mengelakkan beliau dan seluruh kerajaan negeri daripada terperangkap dalam permainan Umno. Berbalik ke waktu ini, ramai yang mengecam tindakan Khalid menaikkan gaji exco, speaker, timbalan speaker dan beliau sendiri sebagai menteri besar pada skala yang besar. Walaupun panas pada awal isu ini terletus, tetapi akhirnya, isu gaji tinggi di Selangor sebenarnya berpihak kepada kebijaksanaan politik Khalid. Gaji yang tinggi melambangkan kemakmuran pentadbiran Selangor. Gaji MB lebih tinggi daripada PM sebenarnya satu kemenangan untuk Pakatan Rakyat, kerana ia menunjukkan Selangor ditadbir jauh lebih baik daripada Putrajaya sehingga membolehkan keadaan itu berlaku. Meskipun Umno-BN mentadbir untuk 5 dekad lamanya, mereka masih tidak mampu berbuat demikian. Khalid juga tidak mahu apa yang berlaku semasa pentadbiran Umno-BN berlaku di zaman Pakatan Rakyat iaitu ahli politik termasuk exco merekacipta projek dan menceburkan diri dalam aktiviti untuk menambah sumber pendapatan diri dan keluarga kerana kesempitan wang. Situasi inilah menjadi baja kepada suburnya masalah kronisme, salah guna kuasa, projek rundingan terus dan rasuah di dalam pentadbiran Umno-BN. Apakah jalan keluar untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Bagi Khalid, memberikan gaji yang setimpal kepada mereka adalah jalan keluar paling mudah dan logik. Walaupun dari luar kenaikan gaji yang dicadangnya kelihatan lumayan, sebenarnya gaji itu adalah setimpal dengan kecemerlangan kerajaan negeri Selangor. Jais, isu Allah dan PKNS Read More / Baca Lagi >> |
Muafakat ahli, pimpinan tunjang kekuatan Pas Posted: 09 Feb 2014 06:03 PM PST SHAH ALAM - Tindakan Pas menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang membuktikan ahlinya akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu jelas dilihat menerusi kenyataan Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang. "Hadi, melalui ucapannya, menggesa seluruh penyokong Pas menyokong Anwar sebagai calon di Dun Kajang," katanya. Menurutnya, permuafakatan antara pimpinan atasan dan bawahan dalam Pas juga merupakan tunjang kekuatan dalam mengukuhkan parti itu. "Pas mempunyai tradisi tersendiri dalam menentukan sebarang keputusan yang bakal dilakukan dalam PR bagi menjamin kestabilan parti mereka. Jadi keputusan dari bawah ke atas merupakan keputusan yang adil dan berjaya memuaskan hati semua pihak," katanya. Justeru, Pas merupakan parti yang sentiasa berpegang pendirian, bukan yang tunduk serta tidak bersuara. Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan menganggap tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai Adun Kajang sebagai mengkhianati amanah rakyat Selangor kepada PR. |
Orang Kajang mesti tolak politik samseng – Anwar Posted: 09 Feb 2014 05:59 PM PST Anwar menegaskan, pencanggahan pendapat tidak akan dapat diselesaikan dengan provokasi dan ugutan politik "Negara ini ada undang-undang. Jangan sombong. Kalau pemimpin tidak hormat rakyat, macam mana rakyat nak hormat pemimpin? "Apa yang dilakukan sesetengah orang Islam tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam di negara ini. Saya harap masyarakat Cina faham perkara ini. "Saya orang Islam. Orang Islam mesti menjamin keadilan untuk semua, mesti lakukan (tindakan) yang adil kepada semua," kata Anwar. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kolej New Era Kajang, hari ini. Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, ahli parlimen Selayang, Willis, Leong , ahli parlimen Wangsa Maju, Dr tan Kwee Kwong dan dan Pengerusi Kolej New Era Dr Yap Sin Tian. Anwar turut memetik pandangan ahli falsafah Cina Kung Fu Tze (Confucius) mengenai konsep 'principle of reciprocity' atau memberi dan menerima. "Ketua kena hormat rakyat, barulah rakyat hormat ketua," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. "Kalau ada percanggahan pendapat, kita boleh selesaikan dengan baik, bukannya mengugut dan bawa permusuhan antara kaum. "Saya seru masyarakat ntuk kerja bersama-sama. Tunjukkan masa depan Malaysia yang lebih baik," kata Anwar. |
Anwar: Bukan senang nak menang di kajang Posted: 09 Feb 2014 05:58 PM PST Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bercakap sempena program syarahan "Kebangkitan Asia oleh Anwar Ibrahim & Merdeka Rakyat oleh Dr Syed Husin Ali" semalam. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki PUCHONG - Walaupun dianggap calon pilihan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meletakkan dirinya sebagai 'underdog'.Katanya, beliau sesekali tidak percaya akan dapat laluan tanpa perlu bekerja keras pada pilihan raya ini. "Saya tak pernah anggap jadi calon ni senang. Siapa pun calon parti lawan, tetap saya ambil kira dan akan kerja kuat untuk tawan hati rakyat," katanya. Menurutnya, beliau tidak anggap mana-mana pilihan raya disertai sebagai mudah kerana yang dilawan bukan hanya calon. "Kita lawan parti, lawan kerajaan, lawan seluruh Umno. Jadi nak menang bukan senang. Kita tak ada media dan jentera, jadi kena kerja kuat," katanya selepas menyampaikan ucapan 'Asian Renaissance Part 2' pada kursus Merdeka Rakyat di sini, semalam. Selain berdepan parti lawan, kata Anwar, baginya cabaran lain yang perlu dilalui ialah serangan fitnah. |
Imej Najib terjejas teruk, Waytha letak jawatan akibat janji tidak ditepati Posted: 09 Feb 2014 05:57 PM PST Kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin goyah dengan peletakan jawatan P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri kerana janji tidak ditepati yang dibuat dengan masyarakat India sebelum Pilihan Raya Umum 2013. Mereka yang rapat dengan ketua Hindraf itu berkata, beliau berasa perdana menteri tidak boleh dipercayai sama seperti yang berlaku dengan isu penyelesaian 10 perkara berkenaan Bible berbahasa Melayu yang Najib kini mengatakan ia tertakluk kepada undang-undang Islam negeri. Kedua-dua perjanjian dengan Hindraf dan Kristian yang dibuat sebelum pilihan raya oleh perdana menteri yang pengkritik katakan sebagai tidak komited atau mampu untuk ditepati. Malah kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu, Perkasa juga tidak gembira dengan Najib kerana kurangnya ketegasan pendirian beliau dalam menangani penganut Kristian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam ibadah mereka. Pentadbiran Najib juga sedang bergolak selepas pemotongan subsidi yang menyebabkan peningkatan harga dan inflasi tahun ini, lapan bulan selepas kempen pilihan raya di mana perdana menteri berjanji tiada pemotongan atau penarikan subsidi dan memastikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2010. Kedudukan Najib juga menyusut kepada penurunan paling rendah sejak memegang jawatan pada 2009, menurun kepada 52% pada Disember 2013, daripada 62% pada Ogos 2013, hasil tinjauan Merdeka Center. Read More / Baca Lagi >> |
Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak Posted: 09 Feb 2014 05:54 PM PST Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu. Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak. Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963. Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura. Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik. Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim: New Direction For Selangor & What's In Store For The People? Posted: 09 Feb 2014 05:44 PM PST |
Posted: 09 Feb 2014 05:44 PM PST |
Kenapa tiada Hisbah di Kelantan Posted: 09 Feb 2014 05:42 PM PST |
Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (2/2) Posted: 09 Feb 2014 05:42 PM PST |
Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (1/2) Posted: 09 Feb 2014 05:41 PM PST |
Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (2/2) Posted: 09 Feb 2014 05:41 PM PST |
Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (1/2) Posted: 09 Feb 2014 05:40 PM PST |
Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (2/2) Posted: 09 Feb 2014 05:40 PM PST |
Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (1/2) Posted: 09 Feb 2014 05:40 PM PST |
Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH USTAZ ZAHARUDIN MUHAMMAD Posted: 09 Feb 2014 05:39 PM PST |
''Parti Ajaran Songsang Itu PAS'' - Tengku Adnan Posted: 09 Feb 2014 05:37 PM PST |
Wangsa Maju: Wakil Rakyat PKR Hanya Serpihan - Tengku Adnan Posted: 09 Feb 2014 05:36 PM PST |
Pandangan UAI Tentang 'VILLA NABILA' Posted: 09 Feb 2014 07:05 AM PST |
Agenda Awani: Tragedi Rohingya Posted: 09 Feb 2014 06:57 AM PST |
STAM - Pangkat Mumtaz Meningkat Di Kelantan Posted: 09 Feb 2014 06:54 AM PST |
Mandi Wajib Dengan Badan Bersabun/Bersyampu - Ustaz Azhar Idrus Posted: 09 Feb 2014 06:45 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan