Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Sekat Pakatan di RTM: Shabery penjenayah nombor 1, - PKR

Posted: 05 Feb 2014 08:55 PM PST

Naib Presiden PKR, N Surendran dakwa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek penjenayah nombor satu. Gambar fail.Naib Presiden PKR, N Surendran dakwa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek penjenayah nombor satu. Gambar fail.Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan jenayah apabila menggunakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk kepentingan mereka kerana stesyen milik kerajaan itu dibiayai melalui wang pembayar cukai yang seharusnya turut memberikan liputan adil kepada Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek adalah penjenayah nombor satu kerana keengganan memberikan slot siaran yang adil kepada pembangkang.
"Ini merupakan satu jenayah yang amat serius dilakukan oleh pemimpin Umno dan BN. RTM dimiliki oleh rakyat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
"Namun apa yang berlaku kini apabila pemimpin Umno menguasai RTM biarpun ia mengetahui segala perbelanjaan datangnya dari duit rakyat maka ini adalah kes pecah amanah," katanya. - 6 Febuari, 2014.- TMI

Masalah jika Anwar dilantik MB

Posted: 05 Feb 2014 07:11 PM PST

SHAH ALAM - Walaupun menguasai PKR, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan pemimpin yang sesuai untuk diangkat menjadi menteri besar Selangor.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana kontroversi yang melibatkan Anwar terlalu banyak dan boleh menjadi liabiliti bagi kerajaan negeri jika beliau dilantik sebagai menteri besar.

"Banyak kontroversi yang melibatkan peribadi beliau disentuh sebelum ini, selain itu, beliau juga bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. Ini berisiko tinggi jika beliau dilantik jadi menteri besar Selangor.

"Ini juga boleh jadi bola tanggung untuk BN serang kerajaan negeri," katanya.


Azmi berkata, itu mungkin antara faktor Pas seakan-akan tidak bersetuju apabila nama Anwar disebut menggantikan kerusi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

"Selain itu, jika Anwar memegang kerusi menteri besar,  masalah dalaman parti akan terpalit dalam pentadbiran negeri. Itu yang mahu dielak oleh Pas," katanya.

Menurut Azmi, dari segi pengamalan Anwar memang layak untuk menggantikan Abdul Khalid,  bagaimanapun akibat liabiliti yang ada, rakan PR berhati-hati dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.

Pendapat sama turut diutarakan oleh pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian bahawa Pas tidak mahu terpaut bersama dengan masalah dalaman PKR.

"Pas juga merasakan yang calon mereka lebih layak mengisi kerusi menteri besar jika Abdul Khalid berundur," katanya.
Sivamurugan turut berpandangan bahawa peranan Anwar lebih kepada menjadi penyatu antara Pas, PKR dan DAP dalam PR.

Menurut Sivamurugan,  kemenangan Anwar di  Dun Kajang, tidak bermakna kemelut yang berlaku dalam PKR akan berakhir.

Kelmarin, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat  berkata, sayap Pas itu akan menyokong Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dun Kajang.
Bagaimanapun, tidak sesekali menyokong jika Ketua Pembangkang itu berhasrat mahu menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kenyataan dua ahli akademik itu seakan berbeza dengan percaturan yang dibuat oleh PKR yang dilihat mahu meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

[SANTAI] Georgetown pusat makanan terbaik 2014 mengalahkan Victoria (Australia) Pugila (Itali)

Posted: 05 Feb 2014 07:43 AM PST

alt
KUALA LUMPUR 5 Feb - Pulau Pinang di senaraikan sebagai tempat makan terbaik bagi tahun 2014.
Buku panduan pelancongan global, Lonely Planet menyenaraikan Pulau Mutiara itu sebagai tempat terbaik sekaligus menewaskan pesaing utamanya.
Antara tempat makan yang menjadi pesaing kepada Pulau Pinang ialah Victoria di Australia, Lake District di United Kingdom, Puglia di Itali serta Georgia dan Oaxaca di Mexico.
Menurut laporan editor Lonely Planet,Robin Barton, Pulau Pinang terkenal dengan makanan gerai terutamanya char kueh teow, mi hokkien dan laksa.
Tambahnya, makanan yang terdapat di negeri itu melambangkan kepelbagaian budaya Melayu, India, Cina, Sian dan Acheh yang wujud hasil daripada aktiviti perdagangan pada 1786.
Selain itu, Lonely Planet, turut mengiktiraf Bandaraya Georgetown sebagai pusat makanan paling terkenal dan terbaik.
Lonely Planet sebelum ini telah menyenaraikan Malaysia dalam kalangan 10 destinasi pelancongan terbaik bagi 2014.

PRK Kajang peluang pengundi hukum Umno/BN

Posted: 05 Feb 2014 05:58 AM PST

PRK Kajang peluang pengundi HUKUM Umno-BN
KUALA LUMPUR - Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno BN yang gagal menunaikan janji-janji Pilihan raya Umum ke-13 lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa," kata beliau dipetik KeadilanDaily.
Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata beliau kepada Keadilandaily.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
"Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac. - Harakahdaily

Kami bukan binatang

Posted: 05 Feb 2014 02:53 AM PST


Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan tindakan menamatkan kontrak mereka sebagai tidak adil dan menganiaya golongan profesional yang diambil bagi menaikkan taraf professionalisme Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Siapa bertanggungjawab kepada kami? Adakah ini cara kamu melayan kami?


"kita semua bukan binatang! kita manusia lagipun kami semua orang Islam. Itu syarikat-syarikat kafir pun tidak akan buat begini," kata Dr Aliff (kanan) dengan wajah yang amat kecewa.

Beliau berkata demikian di hadapan media selepas mengadakan pertemuan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC dan Kementerian Sumber Manusia bagi mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap PKNS.

Semalam PHSB dilapor memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.

Kesemua kakitangan PHSB - anak syarikat PKNS - menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, ketika dihubungi, bekas Ketua bahagian sumber manusia kumpulan PKNS, Rina Sarif yang turut ditamatkan kontrak berkata, 19 pekerja PHSB telah menerima notis semalam manakala baki 19 yang lain bakal menerima nasib sama tidak lama lagi.

Rina berkata kesemua mereka masih mempunyai kontrak antara enam bulan hingga dua tahun yang ditamatkan begitu sahaja.

"Saya jadi HR (Sumber Manusia) selama 18 tahun. Mana ada kontrak yang ditamatkan macam ni. Ini bukan notis pemecatan (termination) 24 jam. Ini serta-merta.

"Kontrak sepatutnya jaga hidup (livelihood) pekerja. Mana ada kontrak begini," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid ketika ditemui semalam menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan tersebut dan berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB.

Sementara itu, Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan menamatkan kontrak pekerja terbabit sebagai tindakan zalim ibarat negara 'kunta-kinte'.

Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melanggar Akta Pekerja kerana tidak memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kontrak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja.

"Saya difahamkan ada perjanjian kontrak bersamaan seksyen 10 (Akta Pekerja) yang wajib diikuti tak kira siapa pun.

"Pihak PKNS telah melanggari Seksyen 12 iaitu pelanggaran kontrak," katanya yang juga MP Kuala Langat.

"Ini bukan negara 'kunta-kinte'. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu," kata beliau lagi di hadapan pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor di Shah Alam hari ini.

Sementara itu PKNS dalam kenyataan hari ini menafikan memecat sebaliknya hanya 'memulangkan' semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu.

Ia hanya satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan  tugas  selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap. - malaysiakini 5/2/2014

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar akan bertemu MB, bincang isu pemecatan 23 kakitangan kontrak PKNS

Posted: 05 Feb 2014 07:44 PM PST

DSC_9803KAJANG, 6 FEB: Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta penjelasan berhubung pemecatan 23 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, pertemuan itu berkemungkinan akan diadakan malam ini bagi mendapatkan gambaran sebenar.
"Saya sudah minta Abdul Khalid bincang dan beri penjelasan kepada saya kerana tidak dapat maklumat teliti.
"Mungkin Abdul Khalid akan bawa malam ini," katanya kepada media selepas majlis Hi-Tea di Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, di sini, semalam.
Media sebelum ini melaporkan 23 kakitangan perbadanan itu diberhentikan tanpa sebab dan tidak diberikan notis lebih awal.
Namun, PKNS dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dibuat terhadap pekerja berstatus kontrak bagi mengelakkan pertindihan tugas.
Read More / Baca Lagi >>

Hukuman Penjara: Rayuan terakhir Khir Toyo ditangguh, tarikh belum ditetapkan

Posted: 05 Feb 2014 07:42 PM PST

 
 Rayuan terakhir bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, yang dijadual didengar hari ini di mahkamah tertinggi di negara ini, telah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Ketua komunikasi korporat Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply berkata penangguhan itu disebabkan oleh sebab-sebab yang "tidak dapat dielakkan dengan pihak mahkamah".

Berikutan itu, katanya, tarikh untuk mendengar rayuan tersebut akan diputuskan kemudian.

Rayuan itu dijadualkan didengar hari ini selepas Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan hartanya dirampas. Bagaimanapun, ia membenar penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan.

Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu tahun lepas.

Kerajaan pusat beku kenaikan tol kerana PRK Dun Kajang - DAP

Posted: 05 Feb 2014 07:27 PM PST

 Tindakan kerajaan membekukan kenaikan tol bagi 2014 semalam merupakan satu taktik oportunis dan sebagai usaha untuk memenangi hati pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac ini walaupun terpaksa membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha agung DAP itu berkata, Barisan Nasional (BN) hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol di antara bandar dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Pengumuman yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol pada 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac 2014.
"Walaupun mereka berjanji dalam manifesto PRU13 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, kerajaan persekutuan BN mengumumkan akan terdapat banyak kenaikan kadar tol pada tahun ini.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar malah memberitahu bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol boleh menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol, meskipun tidak ada sebarang jalan alternatif untuk sesetengah laluan," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: PAS Selangor sudah buka bilik gerakan

Posted: 05 Feb 2014 07:22 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah membuka bilik gerakan pilihan raya bagi  mempersiapkan jentera pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac nanti.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sekaligus telah melantik Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Negeri Kajang.

Sehubungan itu, bilik Gerakan Utama PAS Selangor beroperasi di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang.

"Petugas-petugas PAS dari dalam dan luar Selangor yang akan bertugas di Kajang bolehlah menghubungi Mohd Shariff Din, Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dewan Negeri Kajang di 013 3883700 untuk penyelarasan," katanya dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS lancar Kempen Jomturun esok

Posted: 05 Feb 2014 07:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dengan kerjasama PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu pelancaran roadshow kempen Jomturun peringkat pusat.

"Kempen ini dilancarkan bertujuan untuk menggerakkan kesedaran rakyat berkaitan kenaikan kos sarahidup yang semakin membebankan rakyat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Katanya, kempen yang digerakkan oleh PAS ini selari dengan agenda rakyat yang ingin melihat negara ini bebas dari korupsi yang menjadi punca utama kenaikan kos sara hidup.

Selain itu, ujarnya PAS juga menuntut supaya ditangguhkan perlaksanaan GST yang masih belum sesuai dilaksanakan dalam negara ini. PAS juga meminta supaya didedahkan perjanjian konsesi tol yang dilihat menyebelahi syarikat konsesi tol dan dalam masa yang sama terus menjerut leher rakyat.

Pelancaran roadshow itu, kata Mahfuz akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut disertai oleh timbalannya, Mohamad Sabu dan beliau sendiri.

Selain itu, jelasnya wakil-wakil dari Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat Pusat juga akan turut hadir bagi menjayakan program besar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Sampai bila KLIA2 terus ditangguh - Mahfuz

Posted: 05 Feb 2014 07:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Kegagalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) akibat daripada 65 peratus daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran adalah membuktikan kegagalan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Pemangku Menteri Pengangkutan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata Hishammuddin dilihat gagal memastikan KLIA2 yang telah tertangguh sebanyak lima kali sebelum ini memenuhi piawaian yang telah ditetapkan walaupun menyatakan KLIA2 akan dibuka pada Mei 2014.

Menurutnya, Hishammuddin seharusnya memberi penekanan khusus kepada Kontraktor utama UEMC - Bina Puri Joint Venture bagi memastikan projek tersebut tidak lagi tertangguh.

"65 peratus daripada terminal KLIA2 gagal memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dan ini bermakna lebih separuh dari projek membabitkan keselamatan kebakaran perlu diperbaiki dan menyebabkan akan tertangguh untuk kali keenam.
Read More / Baca Lagi >>

Tol tidak naik untuk senangkan pengundi BN Kajang - LGE

Posted: 05 Feb 2014 07:16 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol dalam tahun 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun dan membuat bayaran RM400 juta kepada syarikat konsesi tol.

"Walaupun mereka berjanji dalam manifesto pilihanraya pada tahun 2013 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, Kerajaan Persekutuan BN telah mengumumkan bahawa akan terdapat banyak kenaikan kadar tol pada tahun ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pernah memberitahu bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol boleh menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol, meskipun tidak ada sebarang jalan alternatif untuk sesetengah laluan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan BN Kedah: Camry yang baru berusia tiga tahun dah ditukar Perdana? Kalau kerajaan PR mesti membazir.....

Posted: 05 Feb 2014 07:07 PM PST

Kalau tak silap pada bulan Ogos 2010 kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan PAS telah membelanjakan RM1.2 juta bagi pembelian lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner.

Pembelian kenderaan baru itu bagi menggantikan kereta lama, iaitu Proton Perdana V6 Eksekutif yang sudah tidak lagi ekonomik digunakan berikutan kerap rosak dan kos membaikinya agak tinggi.

Malah ada di antara kereta terbabit sudah berusia 10 tahun pada tahun itu dan patut dilupuskan, tetapi ia masih digunakan kerana tiada ganti.

Keputusan membeli kereta import itu berikutan peratusan susut nilai harganya lebih rendah, berbanding model Proton Perdana V6 Eksekutif, selain penyelenggaraannya lebih mudah dan murah.

Itu adalah antara alasan Kerajaan PAS/PR Kedah untuk menggantikan Perdana dengan Camry.


Ianya dijadikan isu oleh kebanyakkan media tunggangan UMNO kerana dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2008, Menteri Besar Kedah ketika itu , Allahyarham Datuk Seri Azizan dilaporkan berkata, pihaknya bercadang mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.

Tapi setelah UMNO/BN merampas kembali Kedah, Camry yang berusia tidak sampai empat tahun itu telah dijual  pula oleh Kerajaan UMNO/BN.

Alasannya selain lebih murah berbanding kereta jenama lain, kerajaan negeri juga bernasib baik kerana mendapat kereta Proton Perdana berkenaan dalam tempoh singkat.

Apa punya alasan entahlah...
Read More / Baca Lagi >>

Serampang Kajang: 'Anda boleh bersetuju untuk tidak bersetuju' - Rafizi

Posted: 05 Feb 2014 07:03 PM PST


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau berharap tidak perlu lagi menjelaskan isu di belakang 'Serampang Kajang'  PKR.

Menurut beliau pihak yang masih tidak yakin dengan kenyataan beliau boleh bersetuju untuk tidak bersetuju kerana semua jawapan dari beliau selaku perancang perkara itu sudah diberikan.

"Jika saya tak mampu yakinkan anda selepas seminggu dan forum yang panjang ini, saya gagal yakinkan anda.

"Apa-apa soalan yang anda tanya hanya untuk 'serang' saya, jadi kita biarkan hal itu. Anda sudah ada jawapannya, anda tidak yakin, biar kami buat apa yang patut dilakukan," katanya dalam forum 'Serampang Kajang' di Subang semalam.

Rafizi memberi respons kepada soalan pengerusi Islamic Rennaisance Front (IRF) Dr Farouk Musa dalam sesi soal jawab forum tersebut yang mendakwa beliau sering 'menukar' jawapan berkaitan rancangan meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Pesan Datuk Ujang Bagong kepada calon PRK Dun Kajang

Posted: 05 Feb 2014 07:02 PM PST

Datuk Ujang BagongMukadimah

Nama Datuk Ujang Bagong bukan nama asing bagi orang Kajang.

Pada tahun-tahun 1990an, berita mengenai sosok yang berkarakter dan berimej unik itu sering mengisi dada akhbar  sama ada sebagai tokoh korporat ataupun sebagai aktivis masyarakat.

Umum juga mengenali Ujang sebagai seorang dermawan yang banyak menyumbang untuk masyarakat Kajang.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Ujang @ Bujang Buyong @ Jislen Bagong tidak lagi diberi publisiti hingga ramai yang tertanya-tanya mengenai 'kehilangannya'. Ada juga yang menyangka beliau sudah meninggal dunia.

"Tidak! Saya masih ada...," katanya sambil tertawa ketika diajukan perkara itu.

Menurut Ujang, beliau bukan sengaja memencilkan diri tetapi agak terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya sejak isterinya, Datin Faridah Abdul Manan meninggal dunia sembilan tahun lalu.

"Sejak dia 'pergi' saya banyak mengisi masa untuknya, menziarahi pusaranya," katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Pekan Kajang.

Menurut Ujang, sudah jadi rutin hariannya selepas menziarah pusara isteri di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, beliau ke masjid itu sehingga Zohor.

Walaupun sudah lama tidak jadi berita, tidak banyak yang berubah pada diri tokoh masyarakat berusia 82 tahun itu. Seperti dahulu, di lehernya masih tergantung dua kalung manik daripada kayu kokka manakala kepalanya pula ditutupi kopiah berlilit tulisan jawi.

Bagi mereka yang tidak pernah melihatnya, mungkin akan terasa sedikit janggal namun bagi penduduk Kajang malah seluruh daerah Hulu Langat, Datuk Ujang Bagong bukan sahaja cukup dikenali malah amat dihormati.
Read More / Baca Lagi >>

Surat palsu: Speaker Perak teliti imej CCTV

Posted: 05 Feb 2014 06:42 PM PST

Surat palsu: Speaker Perak teliti imej CCTV  
Kesavan (tiga, kiri) bersama rakan-rakan pimpinan PKR Perak ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri SK Devamany memberi jaminan akan menjalankan siasatan berhubung penyerahan surat palsu peletakan jawatan Adun Hutan Melintang, S Kesavan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan kerani pejabat, pihaknya dimaklumkan 'surat peletakan jawatan' Kesavan itu diserahkan individu tidak dikenali sekitar 2.30 petang kelmarin.

"Apa pun kita harap perkara ini tidak menjadi isu. Kita pun tak tahu apa niat dia (pemberi surat) itu.

"Kita akan teliti kamera litar tertutup (CCTV) seluruh bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Kemudian, biar polis siasat.

"Saya tidak dapat nak ulas lanjut, apa-apa pun biar polis mengenal pasti pihak bertanggung jawab dalam isu berkenaan," katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berharap ia tidak diperbesar kerana dikhuatiri memberi kesan kepada amalan demokrasi di negeri ini.

"Isu seperti ini boleh  rosakkan hubungan kerjasama baik antara kerajaan negeri dengan PR ketika ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Konsensus nasional bukan 'bunga-bunga' k'jaan perpaduan' - Anwar

Posted: 05 Feb 2014 06:40 PM PST

Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional yang dihadapi negara bukan merupakan "bunga-bunga" kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, tegas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika tidak, katanya, beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor -  merujuk kepada pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandinginya.

"Parameter (dialog itu) sangat jelas - jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat... berdasarkan kepada jaminan ini.

"(Ia akan membabitkan) isu-isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah - tidak lebih dari itu ," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Anwar, ini telah menjadi matlamat akhirnya sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu, pertama kali dibuat Ogos lalu.

Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution telah bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, menang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan (isu-isu) ini... kerana (BN) bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik," kata Anwar.

Read More / Baca Lagi >>

Apa kata Dr Mahathir yang lawan Anwar di Kajang?

Posted: 05 Feb 2014 06:38 PM PST

Haji Subky Abdul Latif

Barisan Nasional (BN) sedang tercari-cari calon untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Kebiasaannya, BN meletakkan MCA di situ dan MCA juga merasa ia patut diberi penghormatan lagi.
Bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri berpendapat, berilah kepada MCA.
Kebanyakan pandangan umum, MCA tidak akan menang. Katakanlah mendiang Tun Tan Siew Sin hidup semula untuk menentang Anwar di Kajang, dia pun boleh mati semula dengan keputusan PRK itu nanti.
Itulah pandangan kebanyakan orang termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, harapan bagi mengalahkan Anwar hanya dengan calon Melayu, tentunya daripada Umno.
Bahkan calon terbaik daripada Umno pun belum dijamin menang.
Calon yang terbaik bagi mengalahkan Anwar pada masa ini ialah Dr Mahathir sendiri.
Kalau Dr Mahathir dirasakan akan kalah juga, maka itu satu kemenangan moral bagi Anwar.
Dr Mahathir sendiri sudah mencadangkan supaya beri saja kepada MCA. Mungkin dia juga mahu mengelak daripada berlawan dengan Anwar di situ.
Maka dia mencadangkan MCA diberi lagi supaya tiada siapa akan mencalonkannya.
Tiada orang lain ada harapan mengalahkan Anwar, melainkan Dr Mahathir. Maka eloklah Dr Mahathir diberi cabaran bagi menghadapi gergasi PKR yang disokong oleh Pakatan Rakyat itu.
Dr Mahathir ada kelebihan berbanding dengan Anwar kerana isterinya, Tun Dr Hasmah adalah orang Selangor.
Kalau beliau dibesarkan dan pendidikan awalnya di Kuala Lumpur, tetapi sebelum Kuala Lumpur jadi Wilayah Persekutuan, asalnya sebahagian daripada Selangor.
Maka Kedah bagi Dr Mahathir tidak berbangkit kerana isterinya dekat dengan Selangor.
Anwar dan isterinya pula tiada kelebihan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Konflik Azmin-Khalid boleh selesai melalui pemilihan parti, bukan PRK

Posted: 05 Feb 2014 06:34 PM PST


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berucap di forum `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berucap di forum `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.PKR dilihat terus mempertahankan tindakan meletakkan ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan menafikan pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan untuk meredakan ketegangan di antara Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sekiranya PKR ingin menyelesaikan kemelut dalaman di antara Azmin dan Abdul Khalid ia boleh dilakukan dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung pada April.
"Kalau hendak selesaikan kemelut dua pemimpin itu tidak perlu PRK kerana semasa pemilihan kita boleh biar mereka bertanding dan bergaduh sesama sendiri," katanya dalam forum bertajuk `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi,
"Menuduh bahawa ini sebahagian daripada rancangan menyelesaikan konflik dalaman adalah tidak betul sama sekali, kita hendak tipu siapa?
"Semua orang tahu Azmin dan Abdul Khalid tidak pernah sebulu dalam mengeluarkan pandangan dari hari pertama lagi," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: PRK lambat bagus untuk Pakatan

Posted: 05 Feb 2014 06:33 PM PST

Pengarah Strategi PKR dan perancang utama 'Serampang Kajang', Rafizi Ramli melihat tempoh yang panjang menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN  Kajang dapat memulih semula imej mereka di Kajang.

Beliau bagaimanapun mengaku pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memerlukan 44 hari untuk membuat persediaan, boleh memberi pelbagai kesan tetapi mengambilnya secara positif.

"Saya fikir, (jika PRK lambat) itu lebih bagus untuk kita (PR) rakyat sudah tidak marah sangat,ada lebih banyak masa untuk dekati rakyat.

"Saya mengambil positif perkara ini," katanya selepas forum 'Serampang Kajang' di Subang semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan perlu jelaskan isu MB Selangor, kata Ambiga

Posted: 05 Feb 2014 06:33 PM PST


Ahli Panel dalam Forum Langkah Kajang semalam (dua dari kiri) Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenavasan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Tony Pua. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014. Ahli Panel dalam Forum Langkah Kajang semalam (dua dari kiri) Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenavasan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Tony Pua. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014. Datuk Ambiga Sreenavasan berkata Pakatan Rakyat (PR) perlu menjelaskan kepada rakyat dan pengundi  adakah mereka berhasrat untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.
Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu berkata dalam satu forum bertajuk "Serampang Kajang" di Subang Jaya malam tadi, PR perlu menjelaskan rancangan mereka jika memenangi kerusi tersebut kerana ramai yang mengadu kepadanya tidak suka misteri berhubung isu menteri besar Selangor itu.
"Berhubung isu MB, mungkin Anwar akan menjadi MB, mungkin tidak. Saya dapati isu ini tergantung dan perlu diberikan penjelasan," katanya.
Beliau berkata, ucapannya itu dilakukan atas kapisiti peribadi dan menegaskan adalah tidak adil sekiranya PR terus membiarkan rakyat dan pengundi berteka-teki mengenai perkara ini.
Anwar dinamakan sebagai calon PR di Kajang selepas peletakan jawatan secara mengejut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Lee Chin Cheh.
Read More / Baca Lagi >>

Tempoh kempen PRK Kajang ‘khas’ untuk Anwar?

Posted: 05 Feb 2014 06:32 PM PST

DSC_5312KAJANG 6 FEB: Kempen 13 hari untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berikutan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding, menimbulkan persoalan, malah kecurigaan.
Hal itu mendapat perhatian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memberi reaksi dalam ucapannya pada ceramah di Taman Kajang Baru, malam tadi.
Secara berseloroh, beliau 'memuji' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi tempoh berkempen antara yang terpanjang dalam sejarah PRK yang sekian lama didesak pimpinan Pakatan Rakyat.

EMY_5936
"Apa bagus betul bagi masa lama kat Anwar. Inilah PRK yang panjang masanya diberikan. Sebulan setengah kat Anwar," katanya depan hampir 300 penduduk tempatan.
SPR semalam memaklumkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian awal pada 19 Mac dan pembuangan undi berlangsung 23 Mac.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Bersih menuntut tempoh kempen sehingga 21 hari tetapi tidak diendah sebaliknya hanya memberi masa kempen sekitar tujuh hari sahaja.

E04E6106Keputusan itu secara tidak langsung menimbulkan kecurigaan apatah lagi penyertaan Anwar dalam PRK itu dibuat secara mengejut ketika parti pemerintah tidak bersedia.
Dalam ucapan sama, Anwar juga menyatakan keazaman untuk sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah setempat antaranya kesesakan trafik dan kemudahan asas.

Beliau juga menyifatkan PRK itu sebagai peluang untuk rakyat mengegarkan isu nasional termasuk isu kenaikan pelbagai harga barang, kebelakangan ini.

ROS: Press Conference by YB Gobind Singh Deo

Posted: 05 Feb 2014 06:28 PM PST

PAS Kedah tidak gusar ugutan Mukhriz

Posted: 05 Feb 2014 06:27 PM PST

Pecat k'tangan PHSB: Syarikat kafir pun tak buat begini, kata Dr Alif

Posted: 05 Feb 2014 06:24 PM PST

Memang tiada Bangla Mengundi kerana Bangla sudah jadi Rakyat Malaysia!

Posted: 05 Feb 2014 06:21 PM PST

Mat Taib ketepikan kepentingan peribadi sokong Anwar di Kajang

Posted: 05 Feb 2014 04:09 PM PST

Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba jadikan PRK Kajang sebagai tempat menyerang isu peribadi. 

PETALING JAYA: Biarpun Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengenakan Tan Sri Muhammad Muhd Taib tetapi bekas Menteri Besar Selangor itu tetap menyeru pengundi PRK Kajang menghukum BN pada 23 Mac ini.
Menurut beliau, PRK Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Barisan Nasional (BN) yang gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Ketika beliau menjadi menteri besar, beliau ditangkap di Australia membawa masuk wang tunai sebanyak RM2.5 juta yang dikatakan dilapor oleh para pegawai Anwar kepada Imigresen Australia.
Muhammad yang merupakan dari pasukan wawasan selain dari Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diketuai Anwar telah menyingkirkan Ghafar Baba dalam pertandingan Umno pada tahun 1993.
Sejak penangkapan beliau, beliau menyalahkan Anwar yang mahu menjatuhkannya dan apabila keluar dari Umno, beliau menyertai PAS dan bukannya PKR milik Anwar Ibrahim.
Memetik laporan Keadilan Daily, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang berang terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Logik ke jawapan SPR atau lawak jenaka?

Posted: 05 Feb 2014 04:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Logik ke jawapan SPR atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam ekoran SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi PRK Dun Kajang pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula 11 Mac.

"Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian," tulisnya.

Menurutnya, penamaan calon bagi pilihan raya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu Dun Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.

"Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil Dun Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya," tulisnya lagi.

Tarikh PRK DUN Kajang beri lebih masa kepada PR, kata Hattai

Posted: 05 Feb 2014 04:01 PM PST

Amaran keras Macai Umno kepada Kit Siang dlm isu khutbah Jumaat Jakim

Posted: 05 Feb 2014 04:00 PM PST


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SIARAN LANGSUNG MALAM INI

Posted: 05 Feb 2014 05:29 AM PST

http://tv.selangorku.com




Siaran langsung 'Forum Serampang Kajang' 8.30 malam ini

Forum_Serampang_Kajang SUBANG JAYA: 5 FEB: 'Forum Serampang Kajang' yang diadakan di Ballroom, Hotel Empire, Subang jam 8.30 malam ini akan disiarkan secara langsung oleh TV Selangor.
Antara panelis yang hadir ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Forum dikendalikan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Antara isu yang bakal disentuh dalam forum kali ini ialah rasional pengosongan kerusi N25 Dewan Undangan Negeri Kajang dan peletakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di kerusi tersebut.



Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


BUKTI SAHEH JALAN RAYA

Posted: 05 Feb 2014 07:00 PM PST




SIANG MALAM KE JALAN RAYA

Kadar tol tetap kekal tahun ini - Muhyiddin
PUTRAJAYA 5 Feb. - Kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, keputusan tersebut...


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... APA MAKNA BERITA INI?... kah kah kah..

kah kah kah..MAKNA NYA  GEROMBOLAN TAKUT ... kah kah kah..

kah kah kah..ITU SAJE?... kah kah kah..

kah kah kah..MAKNA YG LEBIH HAKIKI.....kah kah kah....

kah kah kah..KERANA RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah..

kah kah kah..KALAU TAK TURUN KE JALAN RAYA... kah kah kah...

kah kah kah...HARGA AKAN TERUS NAIK... kah kah kah..

kah kah kah..INI BUKTI JALAN RAYA BUDAYA KITA.... kah kah kah
'
SIANG MALAM KE JALAN RAYA




--------

BETUL KE BERITA INI?

Posted: 05 Feb 2014 06:30 PM PST




 SAMSENG BERLELUASA


Siasatan kes T-Team-JDT telus - KPN

KUALA TERENGGANU: Siasatan berhubung insiden kekecohan perlawanan bola sepak di antara pasukan JDT dan T-Team akan dibuat secara profesional tanpa mengira individu yang berada di belakang kedua-dua pasukan berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.»


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit  ....KITA TUNGGU DAN LIHAT.... kah kah kah..

ATAU

1- peguam negara kata tak ada kes
2 - saksi tak jumpai
3 - masih dalam siasatan
4- tukang buat  laporan polis hilang
5- tukang buat laporan polis balik kampong 
6- kes selesai
7 - kah kah kah

INGAT APA JADI KES INI



-----------

PIKUL BIAWAK HIDUP

Posted: 05 Feb 2014 05:30 PM PST





KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno disaran supaya tidak lagi menyimpan 'biawak hidup' yang hanya berperanan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin dalam entri di laman Facebooknya semalam.
Menurut Zaharin, salah satu kesilapan yang dilakukan para pemimpin Umno adalah "banyak sangat menyimpan 'biawak hidup'"


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..ADA MACAM MACAM JENIS BIAWAK.... kah kah kah..

kah kah kah..ADA BIAWAK BESAR ADA BIAWAK KECIL.... kah kah kah..

kah kah kah..ADA TODI DFENGAN KARI BIAWAK... kah kah kah..

kah kah...PALING BANGANG IALAH MEMIKUL BIAWAK HIDUP....kah kah..

kah  kah kah... BERAT BAHAYA KENA CAKAR.... kah kah kah


---------

JURU JUAL AGAMA RASUAH

Posted: 05 Feb 2014 04:56 PM PST








Kerani JAIP mengaku tidak bersalah minta rasuah RM6,000

Cetak
KUANTAN: Seorang kerani di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah atas dua pertuduhan rasuah pada April tahun lalu.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad kemudian membenarkan Syed Firman Mohsen Syed Affendy, 30, diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... TAK SANGKA.... kah kah ka

kah kah kah...PROMOTER JUAL AGAMA JUGA RASUAH.... kah kah kah..

kah kah..SEPATUTNYA MEREKALAH YANG TAHU HAHAL HARAM... kah..

kah kah kah...APA MAKNA NYA?.... kah kah kah..

kah kah kah..MAKNANYA  MAMAT INI DISAUK BUDAYA RASUAH... kah kah kah                                                                                                                                                              
kah kah..BUDAYA KOMSUMER WUJUD KERANA SISTEM EKONOMI... kah  kah.

kah kah kah..ISLAM ATAU TIDAK ISLAM.. kah kah kah

kah kah ... BERAGAMA ATAU TAK BERAGAMA... TAK PENTING...kah kah..

kah kah kah...API NERAKA ATAU BIDADARI TAK  DAPAT BANTU... kah kah kah...

kah kah kah.. RINGGIT DAN DOLAR LEBIH HAKIKI ...kah kah kah..


----------

PENJUAL AGAMA TAK DIPERLUKAN

Posted: 05 Feb 2014 06:00 AM PST








PENJUAL AGAMA TAK DIPERLUKAN
Sekarang zaman Internet. Kita tak perlu tukang jual agama lagi. Tak tahu soal agama kita boleh tanya Tok lebai Google. Tukang jual agama ni kebanyakannya makan free berak cangkung. Oleh sebab itu wang cukai yang dibazirkan untuk membayar gaji tukang jual agama patut digunakan untuk membantu orang miskin. 

Utusan Meloya menggesa Anwar belajar daripada Maria Ozawa, pelakon porno Jepun yang tidak dibenarkan masuk ke Indonesia. Mengapa tak menggesa tukang jual agama, rajah gopal dan free loaders belajar daripada Maria Ozawa? 

Maria Ozawa menjual tubuh gebu dia untuk menjadi kaya. Untuk mencari nafkah, dia tidak menipu orang ramai, tidak macam tukang jual agama yang mengajar suami menipu isteri dengan menjanjikan pinggan mangkuk jika isteri merestui suami kahwin lagi satu. Tak macam free loaders yang tamak dan menghabiskan wang rakyat. Kesimpulan: Tukang Jual Tubuh macam Maria Ozawa dan China Dolls jauh lebih mulia daripada Tukang Jual Agama. on MENJUAL DAN PENJUAL AGAMA
Publish | Delete | Spam
Tukang Jual Tubuh Maria Ozawa

at 6:29 PM

MALAM ESOK

----------

SALUT KAWAN

Posted: 05 Feb 2014 05:00 AM PST





 SALUT UNTUK

 KAWAN



DARI FACE BOOK 



Serikandi Rejimen Ke-10, bekas Ketua Awas Pahang, Siti Norkiah Mahmood Baginda telah meninggal dunia pada 4.45 pm di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12). Jenazahnya akan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Sungai Golok, Narathiwat, Selatan Thailand.
Serikandi Rejimen Ke-10, bekas Ketua Awas Pahang, Siti Norkiah Mahmood Baginda telah meninggal dunia pada 4.45 pm di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12). Jenazahnya akan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Sungai Golok, Narathiwat, Selatan Thailand.
Like ·  ·  · 20 hours ago · 


Like ·  ·  · 20 hours ago · 


-------

APA DIA KAJANG?

Posted: 04 Feb 2014 09:00 PM PST







 MEMAHAMI KAJANG


 YANG KAJANG DAN YANG DIKAJANGKAN


Menurut satu riwayat lisan dari kajian Universiti Kebangsaan – perkataan 'kajang' untuk orang Melayu bermakna berteduh. Manakala untuk Orang Asal  perkataan 'kajang' bermakna bertikam.  Berteduh dan bertikam dua makna perkataan yang amat jauh bezanya. Pada bulan Febuari 2014 ini Kajang menjadi heboh-heboh politik. Jika dihalusi kelihatan perkataan 'kajang' sedang memberi makna yang amat tepat untuk DUN N25.  Tulisan  saya  bertujuan untuk memperlihatkan siapa yang akan 'berteduh' dan siapa yang akan 'ditikam'.

Justeru adalah satu jenayah kepada diri  saya jika saya tidak terangkan kepada pembaca apakah makna Pilihan Raya Kecil DUN25 Kajang. Wajib diakui PRK Kajang ini memberi makna yang amat mendalam bukan hanya untuk PKR dan Pakatan Rakyat. PRK DUN25 Kajang ini wajib dilihat sebagai strateji mara maju ke Putrajaya.

Awal sekali saya ingin menerangkan kepada 'kaki bising' yang membuat bising apabila DUN Kajang dikosongkan.  Kaki bising ini dikenali sebagai ' chattering class' atau Kelas Berleter. Dalam kes Kajang merekalah yang mula membuat andaian diawan-awan. Adaian tanpa memahami realpolitik. Tanpa berlatarkan  pemahaman politik berasaskan kelas dan ekonomi.

Biar saya terangkan apa itu 'Kelas Berleter' dan siapakah mereka ini. Kelas Berleter  dalam konteks Malaysia adalah sosok-sosok yang  bahasa pengucapn leteran harian mereka adalah Bahasa Inggeris. Mereka memiliki tahap ekonomi dan pendapatan yang lumayan berbanding dengan pemandu teksi atau Pak Cik Felda. Mereka kaum profesional. Wilayah kediaman mereka adalah di Bangsar, Taman Tun, Bukit Damansara atau wilayah yang semasa denganya.

Kelas Berleter menentang rasuah. Mereka mahu pilihanraya bersih. Tetapi apabila diajak bersama berusaha menjatuhkan United Malays National Organisation  mereka dengan pantas akan mendabik dada sambil berkata bahawa mereka ' non partisan'. Bermakna mereka tidak menyebelahi  Pakatan atau Barisan. Secara tetiba ilmu pelajaran dan fikrah mereka menjadi  kontot apabila  orang ramai  terutama anak muda ingin menggulingkan United Malays National Organisation. Mereka menjadi takut dan kecut melihat ombak ribuan anak muda ke jalan raya. Kelas Berleter ini gagal memahami punca  utama  yang menyebabkan Malaysia menjadi saperti Malaysia hari ini.

Ramai sosok Kelas Berleter ini terdiri dari kaum opurtunis kerana mereka mencari makan dari  tong yang disediakan oleh United Malays National Organisation. Menggulingkan United Malays National  Organisation akan  memporak perandakan  kehidupan  selesa mereka. Ini berbeza dengan anak muda, para setinggan, warga tak bertanah, orang kampong dan kaum buruh dan kaum imigran – yang akan sentiasa sedia  bangun mendobark sistem yang ada. Orang ramai tanpa berselindung ingin menjatuhkan United Malays National Organisation  kerana mereka membanting tulang menjadi hamba – walhal Kelas Berleter ini hidup senang lenang.

Dalam sejarah perjuangan untuk menuntut keadilan dan melawan kezaliman Kelas Berleter ini boleh dijadikan kawan perjalanan. Tetapi kerana kepentingan  ekonomi mereka terikat rapat dengan kepentingan kelas memerentah – kemungkinan mereka belot adalah besar.  

Pada hemat saya dalam usaha kita untuk menjatuhkan kerajaan Ketuanan Melayu hari – kita  akan sampai ke satu tahap dimana Kelas Berleter ini akan membawa masalah. Dalam konteks politik moden mereka ini adalah  sebahagian dari jalan penyelesaian dan sebahagian dari  masalah. The chattering class are part of the problem and part of the solution.

Kelas Berleter  ini apabila diajak untuk bersama ke dalam kacah politik akan menolak. Penglibatan maksimum mereka hanya aktif dalam NGO yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan. Justeru Mak Cik dan Pak Cik Felda tidak ambil pot terhadap mereka. Bila ini berlaku Kelas Berleter ini menjadi pelik dan hairan kenapa Mak Cik Felda masih lagi  menganggap mereka  'kaum pendatang' yang ' cari makan' di Tanah Melayu.

Saya mengkajangkan Kelas Berleter ini kerana mereka cuba duduk dilantai selamat yang suci murni tanpa mendalami dan apa yang berlaku. Mereka melihat MB Selangor tanpa memahami apa dan siapa sebenarnya Khalid Ibrahim ini.


Harus kita semua akui bahawa Khalid Ibrahim adalah satu-satu MB Selangor yang tidak makan rasuah. MB Khalid berkhidmat secara jujur untuk rakyat Selangor. MB Khalid mentabir dengan telus. Semua ini adalah dan tanda-tanda positif seorang pemimpin. Tetapi dalam politik berparti , dalam real politik – semua ini TIDAK mencukupi.

Khalid Ibrahim MB Selangor TIDAK memiliki kefahaman politik. Keilmuan  yang cemerlang dalam bidang ekonomi TIDAK menjamin si Polan itu menjadi bijak berpolitik. Politik adalah satu seni - seni pengurusan, seni pentabiran dan seni mengumpul sokongan dan membina kekuatan. Khalid jelas  tidak memiliki kefahaman seni berpolitik. Ini bukan satu jenayah. Cuma dalam pertempuran politik di Selangor MB Khalid akan tewas. Bukan sahaja tewas  ditangan Azmin Ali – malah ditangan Mak Cik Felda pun  Khalid akan tewas.

Biar saya terangkan apa yang terjadi di Kelantan pada tahun 1977/78.  MB Kelantan pada ketika itu ialah Mohamed Nasir dari PAS.  Sosok ini sama saperti Khalid Ibrahim dilihat baik, jujur, ikhlas dan bersih. Sayangnya  Mohamed Nasir sama saperti Khalid Ibrahim enggan mengikut garis parti.  Si MB ini membadak seorang diri membuat apa yang difikirkan baik tanpa menjamin kepentingan parti.  Seharusnya dalam sistem parti berparlimen – parti mengemudikan kerajaan – bukan individu menjadi jurumudi. MB hanya menjalankan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh parti.

Parti Pas akhirnya meluluskan undi tidak percaya kepada  Mohamed Nasir. Ini menimbulkan krisis hingga Darurat diistiharkan dan  Dewan Negeri Kelantan digantung  pada November 1977.  Pada ketika itu Mahathir, Ku Li dan kuncu-kuncu mahu menggulingkan kerajaan Kelantan. Ini tidak jauh berbeza dari apa yang sedang berlaku di Selangor. Huru hara politik Kelantan 1977/78 dibantu oleh  sikap Mohamaed Nasir yang buta politik yang akhirnya menjayakan projek United Malays National Organisation. Kerajaan Pas digulingkan. Justeru,   PRK Kajang  pada asasnya ialah untuk  mengelakkan perulangan agenda Ketuanan Melayu ini.

Orang ramai juga mendengar  leteran  gerombolan NGO.  Ada yang mengatakan ini bukan demokrasi. Ada yang mengatakan PRK di Kajang ini membazir duit.  Untuk pekara ini biar saya tanyakan kepada Kelas Berleter ini.  Apabila Najib membeli Scorpene kenapa tidak bising dan heboh. Bukankah ini membazir kerana setiap tahun Malaysia perlu menbayar hampir 500 juta ringgit untuk mengendalikan kapal selam ini.

Ketika berita  anak Rosmah Mansor membeli kondo di New York  tersebar luas kenapa Kelas Berleter ini menikus  TIDAK bersuara. Kenapa tidak ditanya dari mana datangnya duit anak Rosmah ini. Kenapa tidak ada yang menulis surat di Face Book atau di laman-laman web mempertikaikan Rosmah dan anaknya. Yang bising dan heboh  menibai Rosmah hanyalah anak-anak muda dalam Face Book. Anak muda terus ujur dan ikhlas tanpa kepentingan  untuk menjadi Peguam atau menjadi Akountan atau menjadi talibarut mendapat kontrek dari jaringan syarikat United Malays National Organisation. Hakikatnya, Kelas Berleter dan para NGO  ini senyap menikus.

Ada juga gerombolan NGO yang mengatakan  langkah PKR ini bukan  demokrasi. Bila saya terbaca yang ini saya tersedak dan hampir muntah. Ini kerana ramai yang tidak faham apa itu politik dan apa itu demokrasi. Ada pula yang cuba menayangkan Phd mereka dengan harapan hujah mereka menjadi lebih masin. Mereka ini juga adalah hampeh. Tersorok dalam hati mereka – sebenarnya  mereka SUKA United Malays National Oreganiastion terus berkuasa.

Betul ke ini? Betul. Kelas Berleter ini hanya berleter secara luaran sahaja.  Parti Ketuanan Merlayu ini telah berjaya bersama kaum feudal Melayu membodohkan Bani Melayu. Dengan bonsainya fikrah Bani Melayu maka dengan senang  Kelas Berleter ini merasuah Politikus Melayu dan merembat harta kekayaan negara ini. Kerana itu  mereka akan terus enak bermastautin di Bangsar dan tidak di Kampong Kerinchi.

Dan yang penting sekali ialah kita memahami  tahap dan sifat politik bumi Malaysia ini. Jangan kita jadi bebal. Ada pilihan raya bukan bermakna ada demokrasi. Ada Parlimen bukan bemakna ada demokrasi. Ada RTM dan The Star  bukan bermakna ada  demokrasi.  Apa yang wujud dalam politik kenegaraan  di Malaysia ini adalah 'prosedure democracy – prosedur demokrasi'. Kelihatan wujud prosedur tetapi tanpa pengisian dan roh demokrasi yang membawa kebebasan.

Malaysia yang satengah feudal dan satengah kolonial ini TIDAK difahami secara tuntas oleh Kelas Berleter. Ini kerana mereka tidak  berupa berfikir lebih jauh dari  niat  dan cita-cita untuk terus membosaikan Bani Melayu. Leteran mereka itu adalah leteran  kepentingan diri untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Mereka takut akan ombak perubahan yang akan dibawa oleh anak muda melalui jalan raya. Maka leteran mereka wajib dibaca sebagai membeli saham dan megada-ngada.  Ini saham untuk  memperlihatkan bahawa mereka  juga ingin tahu hal negara ini.

Jelas dalam tulisan ini  saya telah mengkajang  dengan pisau tajam Kelas Berleter tanpa berlapik. Ini wajib dilakukan kerana  dari pengalamam sejarah Kelas Berleter ini akan memberatkan dan membaling sepana ketika orang ramai dan anak muda turun ke jalan raya. Kelas Berleter yang menyamar dibelakang  NGO ini wajib dibogelkan  dahulu. Sosok saperti Vincent Tan atau Ananda Krishana itu jelas dapat dilihat sebagai musuh berbanding dengan Kelas Berleter yang sedang menyamar. Bagaimana pula dengan pergolakan dalaman PKR? Dikatakan PKR menggunakan PRK DUN25 Kajang  sebagai jalan keluar. Itu minggu hadapan. (TT)


 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dl;am SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45




-----------

KELAS FALSAFAH BERMULA ESOK

Posted: 04 Feb 2014 08:30 PM PST




 PERTANYAN DARI PEMBACA
nak tanya jer: mengapa falsafah perlu gambar yunani? tak bolehkah guna gambar hasan malek yg cool? on PENGUMUMAN DARI TUKAR TIUB
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 2/4/14
JAWAPAN
akan terjawab apabila
mengikuti kulih falsafah
dan pemikiran kritikal

NOTA
ada penambahan 3 lagi
dari 58 kini menjadi 61

PENGUMUMAN
kelas falsafah telah menerima 58  email 
dengan niat keinginan untuk bersama

ada email dijawab 
ada yang tidak berjawab

walau apa pun
semua yang menghantar email
dan yang tidak menghantar email
di jemput datang

DIMANA UBU
ubu bertempat
di 52C jalan kemuja
bangsar utama
di hadapan sekolah tamil
di sebelah pejabat malysiakini
di atas kedai dobo mimi

5 minit menapak
ialah lrt bangsar



KELAS BERMULA KHAMIS INI
jam 9:30 malam


RADIO BANGSAR UTAMA
kepada sesiapa sahaja
dimana saja berada
kelas ini boleh  diikuti 
dengan melayari
radio bangsar utama

DETIK AKHIR PEMULA FIKRAH

----------

INI DASAR BUKAN LUAHAN HATI

Posted: 04 Feb 2014 07:30 PM PST






KUALA LUMPUR:Menurut Hatta, beliau akan membentuk satu jawatankuasa pilihan raya di peringkat pusat, selain satu jawatankuasa di peringkat negeri yang akan dikendalikan dari kalangan PAS Selangor.


HU WAK 
HU WAK WEK
BUNG KAK
BUNG KAK KEK
.....      ..... 
  .....            ......

kah kah kah




--------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT