Rabu, 5 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sekat Pakatan di RTM: Shabery penjenayah nombor 1, - PKR

Posted: 05 Feb 2014 08:55 PM PST

Naib Presiden PKR, N Surendran dakwa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek penjenayah nombor satu. Gambar fail.Naib Presiden PKR, N Surendran dakwa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek penjenayah nombor satu. Gambar fail.Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan jenayah apabila menggunakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk kepentingan mereka kerana stesyen milik kerajaan itu dibiayai melalui wang pembayar cukai yang seharusnya turut memberikan liputan adil kepada Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek adalah penjenayah nombor satu kerana keengganan memberikan slot siaran yang adil kepada pembangkang.
"Ini merupakan satu jenayah yang amat serius dilakukan oleh pemimpin Umno dan BN. RTM dimiliki oleh rakyat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
"Namun apa yang berlaku kini apabila pemimpin Umno menguasai RTM biarpun ia mengetahui segala perbelanjaan datangnya dari duit rakyat maka ini adalah kes pecah amanah," katanya. - 6 Febuari, 2014.- TMI

Masalah jika Anwar dilantik MB

Posted: 05 Feb 2014 07:11 PM PST

SHAH ALAM - Walaupun menguasai PKR, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan pemimpin yang sesuai untuk diangkat menjadi menteri besar Selangor.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana kontroversi yang melibatkan Anwar terlalu banyak dan boleh menjadi liabiliti bagi kerajaan negeri jika beliau dilantik sebagai menteri besar.

"Banyak kontroversi yang melibatkan peribadi beliau disentuh sebelum ini, selain itu, beliau juga bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. Ini berisiko tinggi jika beliau dilantik jadi menteri besar Selangor.

"Ini juga boleh jadi bola tanggung untuk BN serang kerajaan negeri," katanya.


Azmi berkata, itu mungkin antara faktor Pas seakan-akan tidak bersetuju apabila nama Anwar disebut menggantikan kerusi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

"Selain itu, jika Anwar memegang kerusi menteri besar,  masalah dalaman parti akan terpalit dalam pentadbiran negeri. Itu yang mahu dielak oleh Pas," katanya.

Menurut Azmi, dari segi pengamalan Anwar memang layak untuk menggantikan Abdul Khalid,  bagaimanapun akibat liabiliti yang ada, rakan PR berhati-hati dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.

Pendapat sama turut diutarakan oleh pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian bahawa Pas tidak mahu terpaut bersama dengan masalah dalaman PKR.

"Pas juga merasakan yang calon mereka lebih layak mengisi kerusi menteri besar jika Abdul Khalid berundur," katanya.
Sivamurugan turut berpandangan bahawa peranan Anwar lebih kepada menjadi penyatu antara Pas, PKR dan DAP dalam PR.

Menurut Sivamurugan,  kemenangan Anwar di  Dun Kajang, tidak bermakna kemelut yang berlaku dalam PKR akan berakhir.

Kelmarin, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat  berkata, sayap Pas itu akan menyokong Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dun Kajang.
Bagaimanapun, tidak sesekali menyokong jika Ketua Pembangkang itu berhasrat mahu menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kenyataan dua ahli akademik itu seakan berbeza dengan percaturan yang dibuat oleh PKR yang dilihat mahu meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

[SANTAI] Georgetown pusat makanan terbaik 2014 mengalahkan Victoria (Australia) Pugila (Itali)

Posted: 05 Feb 2014 07:43 AM PST

alt
KUALA LUMPUR 5 Feb - Pulau Pinang di senaraikan sebagai tempat makan terbaik bagi tahun 2014.
Buku panduan pelancongan global, Lonely Planet menyenaraikan Pulau Mutiara itu sebagai tempat terbaik sekaligus menewaskan pesaing utamanya.
Antara tempat makan yang menjadi pesaing kepada Pulau Pinang ialah Victoria di Australia, Lake District di United Kingdom, Puglia di Itali serta Georgia dan Oaxaca di Mexico.
Menurut laporan editor Lonely Planet,Robin Barton, Pulau Pinang terkenal dengan makanan gerai terutamanya char kueh teow, mi hokkien dan laksa.
Tambahnya, makanan yang terdapat di negeri itu melambangkan kepelbagaian budaya Melayu, India, Cina, Sian dan Acheh yang wujud hasil daripada aktiviti perdagangan pada 1786.
Selain itu, Lonely Planet, turut mengiktiraf Bandaraya Georgetown sebagai pusat makanan paling terkenal dan terbaik.
Lonely Planet sebelum ini telah menyenaraikan Malaysia dalam kalangan 10 destinasi pelancongan terbaik bagi 2014.

PRK Kajang peluang pengundi hukum Umno/BN

Posted: 05 Feb 2014 05:58 AM PST

PRK Kajang peluang pengundi HUKUM Umno-BN
KUALA LUMPUR - Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno BN yang gagal menunaikan janji-janji Pilihan raya Umum ke-13 lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa," kata beliau dipetik KeadilanDaily.
Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata beliau kepada Keadilandaily.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
"Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac. - Harakahdaily

Kami bukan binatang

Posted: 05 Feb 2014 02:53 AM PST


Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan tindakan menamatkan kontrak mereka sebagai tidak adil dan menganiaya golongan profesional yang diambil bagi menaikkan taraf professionalisme Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Siapa bertanggungjawab kepada kami? Adakah ini cara kamu melayan kami?


"kita semua bukan binatang! kita manusia lagipun kami semua orang Islam. Itu syarikat-syarikat kafir pun tidak akan buat begini," kata Dr Aliff (kanan) dengan wajah yang amat kecewa.

Beliau berkata demikian di hadapan media selepas mengadakan pertemuan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC dan Kementerian Sumber Manusia bagi mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap PKNS.

Semalam PHSB dilapor memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.

Kesemua kakitangan PHSB - anak syarikat PKNS - menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, ketika dihubungi, bekas Ketua bahagian sumber manusia kumpulan PKNS, Rina Sarif yang turut ditamatkan kontrak berkata, 19 pekerja PHSB telah menerima notis semalam manakala baki 19 yang lain bakal menerima nasib sama tidak lama lagi.

Rina berkata kesemua mereka masih mempunyai kontrak antara enam bulan hingga dua tahun yang ditamatkan begitu sahaja.

"Saya jadi HR (Sumber Manusia) selama 18 tahun. Mana ada kontrak yang ditamatkan macam ni. Ini bukan notis pemecatan (termination) 24 jam. Ini serta-merta.

"Kontrak sepatutnya jaga hidup (livelihood) pekerja. Mana ada kontrak begini," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid ketika ditemui semalam menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan tersebut dan berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB.

Sementara itu, Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan menamatkan kontrak pekerja terbabit sebagai tindakan zalim ibarat negara 'kunta-kinte'.

Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melanggar Akta Pekerja kerana tidak memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kontrak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja.

"Saya difahamkan ada perjanjian kontrak bersamaan seksyen 10 (Akta Pekerja) yang wajib diikuti tak kira siapa pun.

"Pihak PKNS telah melanggari Seksyen 12 iaitu pelanggaran kontrak," katanya yang juga MP Kuala Langat.

"Ini bukan negara 'kunta-kinte'. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu," kata beliau lagi di hadapan pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor di Shah Alam hari ini.

Sementara itu PKNS dalam kenyataan hari ini menafikan memecat sebaliknya hanya 'memulangkan' semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu.

Ia hanya satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan  tugas  selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap. - malaysiakini 5/2/2014

Tiada ulasan: