Isnin, 3 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Macam ni punya orang pun ada ... Lepas gian pada patung

Posted: 03 Feb 2014 09:18 PM PST

SUSPEK (tengah) enggan menjelaskan mengapa dia tergamak memuaskan nafsu pada patung.SUSPEK (tengah) enggan menjelaskan mengapa dia tergamak memuaskan nafsu pada patung.

BRASILIA: Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.
Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.
Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.
Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium 'payudara' dan melakukan aksi lucah.
Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.
Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.
Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.
Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.
Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu "terlalu pelik." "Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang," katanya dalam satu kenyataan.
Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana "tiada kerja lain." Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. -Agensi- MD

Salahkah Anwar terus mengejar cita-cita jadi PM?

Posted: 03 Feb 2014 08:14 PM PST

FEBRUARY 04, 2014
Kejutan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan kemungkinan besar menjadi menteri besar Selangor selepas itu, membuatkan orang ramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi perdana menteri. Dalam PRU13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.
Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51%, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU14.
Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan ketua pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU13 lalu.
Jika Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikatakan sebagai sumber berita yang menarik bagi akhbar dan media baru, Anwar mungkin berada di kedudukan kedua dalam perkara ini.
Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi perhatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi menteri besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula.
Dr Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Dr Mahathir, jawatan menteri besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi perdana menteri.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin juga mengakui hakikat sama dengan membayangkan melalui jawatan menteri besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar hebat untuk merampas kerusi perdana menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, menyedari bahawa jawatan menteri besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan.
Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik menteri besar. Semua memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar dengan memberi bayangan sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda.
Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi menteri besar dengan harapan sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri.
Terlihat ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya.
Menghalang Anwar daripada menjadi menteri besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri.
Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah atau menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukan. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja.
Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelengunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara.
Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang.
Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentu lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihan raya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan.
Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini.
Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi perdana menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada.
Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, menjanjikan pelbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa.
Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun sekiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima.
Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 4 Februari, 2014.- TMI

PAS sokong Anwar di Kajang, soal MB Selangor tidak timbul, kata presiden

Posted: 03 Feb 2014 07:13 PM PST

FEBRUARY 04, 2014
PAS akan bantu PKR di DUN Kajang, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gambar fail.PAS akan bantu PKR di DUN Kajang, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gambar fail.Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS malam tadi memutuskan akan membantu PKR dalam pilihan raya kecil di Kajang, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dilantik mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam pilihan raya kecil kali ini.
Bagaimanapun, katanya, isu kedudukan jawatan menteri besar Selangor tidak berbangkit.
Kenyataan Abdul Hadi melenyapkan semua desas desus dan kenyataan pemimpin muda PAS sebelum ini yang menimbulkan ura-ura parti Islam itu akan memboikot pilihan raya kecil itu.
Selain itu, ia turut mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa beliau tidak bersetuju Anwar menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pilihan raya kecil ini akan diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh baru-baru ini.
Abdul Khalid, pada satu sidang media minggu lalu memaklumkan PKR akan memilih ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka.
Keputusan Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS adalah antara korum mesyuarat yang berpengaruh dalam parti itu kerana ia disertai oleh hampir semua pimpinan utama dan dipengerusikan oleh Abdul Hadi sendiri.
Mesyuarat itu diadakan jam 9.00 malam tadi di Pejabat Agung PAS.
"Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini," kata Abdul Hadi dalam kenyataannya.
Selain itu, mesyuarat itu juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.
Beliau dikatakan dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan.
Abdul Hadi berkata, PAS turut mendesak tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa. - 4 Febuari, 2014.-TMI

PRK Kajang: Nallakaruppan Pula Nak Lawan Anwar

Posted: 03 Feb 2014 09:07 AM PST


Datuk S. Nallakaruppan
PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu.
Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti.
Pengumuman rasmi mengenai hasratnya itu akan dibuat pada sidang media khas di pejabat MUIP petang Selasa.
"Ya benar (mahu bertanding). Tunggu pengumuman esok (Selasa)," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini.
Sebelum ini bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay turut menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari lepas.
Pakatan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan. [mStar 4/2/14]

Ahmad Maslan Hanya Menghodohkan Lagi Wajah UMNO

Posted: 03 Feb 2014 05:39 AM PST

Satu-satunya pemimpin dalam dunia, dari zaman kuno hingga dunia moden, yang mengaku dirinya seorang yang pandai sambil membanggakan pencapaian CGPA 3.85 ketika di universiti, Ahmad Maslan yang kini menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, hari ini tampil dengan satu lagi "kecerdikannya" menjelang kempen pilihanraya kecil DUN Kajang yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selepas mengadakan taklimat tertutup anjuran UMNO Hulu Langat, beliau memberitahu, kes liwat Anwar Ibrahim yang masih belum selesai di mahkamah dan video seks yang menyerupai Ketua Pembangkang itu akan menjadi bahan kempen utama sepanjang pilihanraya itu nanti.



Menurut beliau, pengundi DUN Kajang perlu diingatkan bahawa pembangkang menawarkan seorang calon yang masih mempunyai beban kes di mahkamah dan tidak menjadi kesalahan untuk UMNO bercerita tentang peribadi calon pembangkang itu kerana kita mahu pengundi memilih calon yang benar-benar sesuai sebagai wakil rakyat mereka.

Dengan awal-awal lagi sudah memberi signal akan membangkitkan dan menjaja cerita seks dan liwat mengenai Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang, ia tidak lain memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah kekeringan modal untuk menghadapi pilihanraya ini.

Ini kerana isu seks dan liwat bukanlah lagi modal yang mendatangkan untung kepada UMNO, BN dan kerajaan memandangkan dalam kempen PRU 13 itu, isu tersebut sudah pun dimainkan semahu-mahunya dan hasilnya kemenangan BN berkurangan daripada 140 kerusi pada 2008 menjadi hanya 133 kerusi saja. Dalam masa yang sama, undi popular BN pula hanyalah 47 peratus berbanding pembangkang 5i peratus.

Ini bermakna isu seks dan liwat yang melibatkan Anwar telah gagal mempengaruhi pengundi dan langsung tidak mendatangkan kesan untuk melemahkan kekuatan Anwar serta Pakatan Rakyat.

Tambahan pula, dengan faktor pengundi Kajang yang sebahagiannya merupakan penduduk bandar, separa bandar dan terdedah kepada maklumat dunia baru, isu tersebut tidak lebih umpama lauk basi yang tidak akan dijamah oleh sesiapa, malah tercium baunya saja sudah dicampakkan ke dalam tong sampah. Dengan memainkan isu itu, bukan saja peluang BN untuk menang bertambah tipis, malah akan menyebabkan jumlah undi yang diperolehi juga terus merudum.

Melalui CGPA 3.85 yang dimilikinya, Ahmad Maslan sepatutnya juga harus sedar bahawa kemenangan BN di banyak kerusi dalam pilihanraya umum lalu adalah atas sumbangan pengundi luar bandar dan kampung yang tidak terdedah kepada maklumat internet dan ia berbeza sama-sekali dengan pengundi Kajang.

Bagi kebanyakan pengundi Kajang dan rakyat ketika ini, isu yang membelenggu mereka ialah berkenaan kenaikan harga barang dan beban kos hidup serta beberapa isu lain seperti kerajaan yang baik, pentadbiran yang telus, pemimpin yang berjiwa rakyat dan seumpamanya. Cerita lucah, seks dan liwat bukan makanan orang Kajang. Jika isu sebenar yang menjadi keperluan rakyat tidak ditangani dan dijelaskan dengan baik dan asyik bercakap soal seks dan liwat saja, rakyat akhirnya akan lebih membenci serta menjauhi UMNO, BN serta kerajaan.

Dengan awal-awal sudah memberitahu bahawa cerita seks dan liwat akan menjadi modal kempen BN, maka sudah tentulah dapat dijangkakan bahawa kempen BN nanti akan meriah dengan suara-suara daripada NGO seperti TIBAI dan Umi Hafilda yang memang sejak dulu amat pakar bercerita tentang perkara-perkara lucah dan porno mengenai Anwar Ibrahim sedangkan sumbangan mereka juga dianggap gagal selama ini.

Blogger dan pengendali laman sosial pro BN yang turut stim dengan cerita seks ini pastinya juga akan memainkan isu tersebut semahu-mahunya sepanjang kempen pilihanraya DUN Kajang nanti.

Tidak mustahil juga, atas nama kempen pilihanraya akan diadakan tayangan terbuka video seks yang didakwa menyerupai Anwar itu. Di rumah-rumah pengundi pula, mungkin akan diposkan video yang sama untuk meracuni pemikiran pengundi.

Akhirnya apa yang berlaku ialah semua orang hanya bercakap dan bercerita soal seks dan liwat sepanjang kempen itu. Orang yang menonton video seks juga jadi bertambah. Tidak akan ada lagi yang bercakap soal perjuangan UMNO, kebaikan kerajaan dan sebagainya. Yang difokuskan oleh jentera penerangan yang diketuai oleh Ahmad Maslan hanyalah seks dan liwat sedangkan pembangkang atau Pakatan Rakyat terus berkempen dengan menawarkan agenda perubahan, mendedahkan pembaziran dan keborosan pemimpin, kenaikan harga barang dan seumpamanya yang kelihatan relevan dengan keperluan rakyat serta pengundi.

Bukan saja peluang kempen tidak digunakan untuk menerangkan asas perjuangan UMNO dan dasar-dasar kerajaan serta menangkis pelbagai tuduhan, malah dengan menjaja cerita seks dan lucah sendirinya menjadikan wajah UMNO dan kerajaan semakin kotor dan hodoh. UMNO dan kerajaan dianggap seolah-olah hanya tahu menjaja cerita berunsur seks dan lucah untuk menutup pelbagai kelemahan dan kepincangannya dan bukan menerangkan keadaan yang sebenarnya.

Lagi pula kes liwat Anwar dalam proses mahkamah lagi dan biarlah mahkamah menentukan keadilannya manakala kes video seks pula sudah dinafikan melalui laporan polis.

Berterusan menjajanya hanya akan menjadikan wajah UMNO dan kerajaan terus hodoh di mata pengundi. Daripada bertanding di DUN Kajang semata-mata bermodalkan cerita seks, lucah dan liwat sedangkan Pakatan Rakyat menawarkan Anwar Ibrahim bertanding di situ dengan cita-cita yang lebih membara, bukan saja untuk mengekalkan penguasaan di Selangor, bahkan untuk menawan Putrajaya dalam PRU 14, adalah lebih wajar BN memutuskan tidak meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil ini.

Sekurang-kurangnya wajah hodoh UMNO dan kerajaan kerana "terlebih cerdiknya" Ahmad Maslan dapat dielakkan. (sH 02/02/2014)

dollah yankee

dollah yankee


Pak Menteri yang bodoh dan malas!

Posted: 03 Feb 2014 04:25 AM PST



Mat Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh dan yang tidak menyenangkan kita mengenai sesuatu isu sekali lagi membuat kenyataan bodohnya bila dia telah meletakan punca angka pengangguran yang naik disebabkan olih rakyat Malaysia yang pemalas.

MALASSSSS?....DAH LAMA DAH DENGAR AYAT2 INI, ini saja lah modal mereka!...sepatutnya sebagai menteri...mamat ni kena turun kebawah perhatikan sendiri apa yang sedang diusahakan oleh pelabur2 yang amat dimanjakan oleh kerajaan kita ini...apa yang sedang kita semua tidak perasan dan terlepas pandang ialah...kebanyakkan majikkan dari pelabur2 tanah air sendiri mahupun pelabur2 luar negeri...mereka ini bukannya hendak menggajikan pekerja dengan memberikan hak2 mereka...tetapi kebanyakkan mereka semacam hendak membina semula sistem perhambaan...maknanya para majikan kini lebih memerlukan hamba dari pekerja...tak percaya?...mengapa begitu ramai pekerja luar termasuk PATI berlambakkan tanpa kawalan dinegara ini???...berbeza diawal pembangunan negara dahulu...hak2 pekerja diberikan walaupun gaji mereka rendah nilainya..tetapi tinggi berkatnya...kini walau pun gaji tinggi...kos sara hidup pula tinggi...macam mana majikan dan pekerja akan dapat menyesuaikan keadaan dengan suasana ketua2 eksekutif bertaraf menteri pun macam kangkong taraf pemikiran nya...

Fahamilah dulu permasalahan apa yg dihadapi oleh rakyat baru boleh dituduh malas..ADA FAHAMMMM??!!...

dollah yankee -
Mat Maslan hanya akan turun bawah bila ada pilihanraya...Kah..Kah..Kah.. 
tak percaya? tunggu PRK Kajang...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PKR desak kuasa pertuduhan diberikan kepada SPRM

Posted: 03 Feb 2014 09:24 PM PST


Kuasa membuat pertuduhan perlu diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Kuasa membuat pertuduhan perlu diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR hari ini mendesak kuasa pertuduhan dalam kes rasuah diberikan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pendakwaan terpilih tidak berlaku sekaligus mampu mengheret pihak yang didapati bersalah ke muka pengadilan, kata Rafizi Ramli.
Pengarah strategi PKR itu merujuk kepada pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang masih gagal dibawa ke mahkamah meskipun SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa pihak berkenaan.
"Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM.
"Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan kes siasatannya sehingga mereka membuat pengumuman terus dua suspek ini akan didakwa di mahkamah pada keesokan harinya tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan peguam negara, perkara sama berulang," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak iktiraf CEC: DAP heret RoS ke mahkamah

Posted: 03 Feb 2014 09:23 PM PST


DAP akan heret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ke mahkamah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng. Gambar fail.DAP akan heret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ke mahkamah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng. Gambar fail.DAP hari ini mendedahkan akan mengheret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan( RoS) ke mahkamah berikutan keengganan badan itu mengiktiraf pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam kongres khas September tahun lalu.
Parti itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dua minggu lalu dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mac bagi sesi pendengaran permohonan parti untuk mendapatkan kebenaran.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang dinamakan sebagai pemohon mahu mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan keputusan RoS dan mengisytiharkan pelaksanaan badan itu adalah tidak sah serta tidak mempunyai kesan undang-undang ke atas parti berkenaan.
Lim dalam afidavit bagi sokongan semakan kehakiman menyatakan keputusan untuk tidak mengiktiraf CEC merupakan di luar kuasa undang-undang malah ia juga perbuatan yang  tidak masuk akal dan dilakukan dengan niat jahat.
Beliau mendakwa RoS bertindak di luar bidang kuasa mengikut Akta Pertubuhan 1966 apabila nekad untuk tidak mengiktiraf CEC.
"Keputusan RoS itu tidak sah dan tiada kesan undang-undang kerana tidak tertakluk dalam mana-mana perundangan bagi menahan pengiktirafan," katanya.
Afidavit itu juga ditunjukkan oleh Lim kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, RoS juga tidak pernah memaklumkan kepada DAP mengenai sebarang pertikaian yang timbul daripada kongres khas itu.
Read More / Baca Lagi >>

BTN didakwa burukkan pemimpin TURUN

Posted: 03 Feb 2014 09:22 PM PST

Aktivis Mohd Azan Safar mendakwa diburuk-burukkan oleh Biro Tata Negara (BTN) ekoran penglibatnanya dalam Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).

Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mendakwa, pegawai BTN memaparkan gambarnya dalam sesi taklimat kepada pemegang biasiswa MARA sejak Disember lalu.

Azan, 25, juga berkata, kumpulan itu juga dimaklumkan supaya tidak terlibat dalam protes terhadap kerajaan.

"Mereka beritahu (pelajar) bahawa saya menyertai demonstrasi dan saya tidak berterima kasih terhadap kerajaan sama sekali," katanya.

"Ini cerita yang tidak masuk akal... kita semua tahun kursus BTN sebenarnya tentang membasuh otak dan kandungannya selalu pelik..."

PRK Dun Kajang; Kenyataan Abdul Hadi, kebijaksanaan seorang presiden

Posted: 03 Feb 2014 09:18 PM PST

Kebimbangan akan ada pemboikotan oleh sesetengah pihak dari rakan PKR terhadap piliihan raya kecil Kajang tidak berbangkit dan perlu dibimbangi lagi, apabila PAS rakan kongsi PKR malam tadi telah memutuskan akan menyokong pilihan raya tersebut. Kenyataan ini memberi terjemahan jelas, bahawa PAS akan sokong Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihan raya berkenaan dan juga sokong kalau dilantik menjadi MB Selangor.

Perkara ini dijelaskan oleh presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas bermesyuarat. Dr Mohd Hatta Ramli akan dihantar oleh PAS untuk menjadi kepala menggerakkan pilihan raya itu dan menjamin kemenangan Anwar.

Bagaimana pun penjelasan Abdul Hadi itu tentu tidak akan memuaskan hati sesetengah pihak khasnya dari kalangan PKR apabila beliau menyebut, soal perlantikan MB tidak berbangkit. Ertinya PAS tidak menyatakan persetujuan secara langsung mereka kalau Aanwar diangkat menjadi MB.

 Sebenarnya hal ini tidak menjadi masalah. Sememanglah bagi Abdul Hadi beliau tidak perlu membincangkan soal menteri besar. Pertamanya, kerana yang penting ditumpukan kepada pilihan raya itu dulu, sebab kerusi Dun Kajang sudah dikosongkan ertinya pilihan raya pasti diadakan.

Adapun soal MB Selangor memang tidak berbangkit. Kedua, Khalid Ibrahim pun masih belum melepaskan jawatan itu. Khalid masih lagi menjadi MB. Sebagai presiden dan seorang berhemat adalah tidak wajar kalau Abdul Hadi bercakap soal pesakara (MB) sedangkan penjawatnya masih hidup. Mana boleh hendak kebumnyikan orang yang sedang koma?

Read More / Baca Lagi >>

Anwar ‘mengaku kalah’ jika lawan Lee Chong Wei....!!

Posted: 03 Feb 2014 09:16 PM PST

KAJANG, 4 FEB: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mengaku kalah' jika jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertanding dalam pertandingan badminton menentang beliau.
Anwar menegaskan tidak akan menarik diri atau mengaku kalah dalam pertembungan pilihan raya sebagai menjawab tomahan dan cadangan dikemukakan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya jaguh badminton itu diletakkan sebagai calon menentang beliau.
Ketua Pembangkang itu berkata, beliau adalah antara peminat Chong Wei dalam sukan badminton dan percaya pemain nombor satu dunia itu akan membuat pertimbangan bijak.
"Saya kebetulan minat Chong Wei dan mengaku kalah dalam badminton. Dalam politik beliau ada keyakinan dan saya yakin Chong Wei akan mendoakan kalau saya bertanding," katanya ketika berucap di Taman Mesra, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: PAS ikrar bantu PKR, jawatan MB tak berbangkit

Posted: 03 Feb 2014 09:10 PM PST

Khas PRK Dun Kajang

Posted: 03 Feb 2014 09:09 PM PST

PRK Dun Kajang: BN tidak akan beri laluan mudah kepada Pakatan Rakyat

Posted: 03 Feb 2014 08:57 PM PST

Analisis AWANI: Masa depan politik Sarawak

Posted: 03 Feb 2014 08:55 PM PST

Umno@BN Perintah: Sampai Kiamat Pun Sistem Pilihanraya Tidak Akan Berubah

Posted: 03 Feb 2014 07:06 PM PST

GST Cukai Zalim Dikutip 24 Jam sehari 7 Hari Seminggu

Posted: 03 Feb 2014 07:05 PM PST



Majlis bersama pemimpin masyarakat Hulu Langat

Posted: 03 Feb 2014 07:02 PM PST

Anwar: I can never take voters for granted

Posted: 03 Feb 2014 07:01 PM PST

HARAM TAYANGAN: FILEM BANGLASIA JADI KETAKUTAN MELAMPAU!!

Posted: 03 Feb 2014 06:46 PM PST




Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia" yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari lalu telah diharamkan tayanganya di Malaysia selepas dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia", filem banglasia diharamkan di malaysia, filem Namewee, kontroversi,

"Filem "Banglasia" dikecam hebat oleh LPS dan KDN, malah kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula.

"Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh LPF adalah 90% dari filem tersebut," ujar Namewee dalam satu kenyataanya di laman Facebook miliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen Lucah: Ahmad Maslan Kena Tibai Setiap Penjuru, Dalam Islam Beliau Perlu Dikenakan Hukuman Sebat!

Posted: 03 Feb 2014 06:44 PM PST


SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

"Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

"Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.

"Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah," katanya dilapor Malaysiakini.

Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar," katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

Zalim manipulasi harga barangan

Posted: 03 Feb 2014 06:38 PM PST

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
KENAIKAN harga bahan api, kadar tol (belum berkuat kuasa) dan sebagainya yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak.
Bukan sahaja golongan berpendapatan rendah, malah golongan berada juga terasa kesannya kerana ia membabitkan kecelaruan perancangan ekonomi jangka panjang dan apa yang lebih memeranjatkan PM 'terpana' dengan penurunan harga kangkung.

Islam amat pandang serius tindakan menaikkan harga barangan keperluan asas seperti minyak (bahan api), elektrik dan air. Ini kerana ia dianggap menzalimi dan membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kenaikan itu mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa dengan laporan media sejak akhir-akhir ini yang sering dan cenderung untuk menguar-uarkan kononnya perbezaan harga pasaran minyak dunia melibatkan negara yang dikatakan jauh lebih murah daripada negara-negara lain.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga dilaporkan menaikkan tarif elektrik dan mungkin disusuli dengan kenaikan barangan lain. Masalah di sini ialah rakyat dihimpit dengan pelbagai kesukaran bagaikan mereka hidup dalam sebuah negara kapitalis yang banyak bergantung kepada bantuan subsidi kerajaan yang memerintah.
Kerajaan juga memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak dapat diterima umum terutama dalam kalangan pakar ekonomi negara hingga mengheret Profesor Diraja, Pak Ungku Aziz untuk bercakap mengenainya. Ini menunjukkan betapa kritikalnya kerajaan sedia ada pada hari ini, justeru yang berkuasa beriaia mempertahankan kuasa dengan cara yang tidak bersifat kejantanan dalam pilihan raya lalu.
Cuba kita imbas kembali sekali lalu peristiwa 'black out' pada malam kiraan undi tibatiba berlaku, sedangkan lima tahun sebelum itu tidak pernah pula berlaku elektrik terputus walau sekali, apakah makna semua itu?
Dan mengapa ahli-ahli Parlimen berbangsa Cina enggan untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan walaupun ada yang menang, sebab mereka beranggapan kemenangan mereka tidak bermaruah. Ia sekadar tambahan maklumat yang mungkin tiada kaitan dengan kenaikan harga barangan.
Apakah semua rakyat bersetuju dengan GST yang diperkenalkan kerajaan BN?
Penulis berjiran dengan individuindividu yang berkiblatkan Umno sejak sekian lama, mereka mula bersuara dan menampakkan bantahan cara mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Cara fikir Mukhriz lingkupkan Kedah

Posted: 03 Feb 2014 06:37 PM PST

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memandang serius laporan kes pembalakan di sepanjang Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih) dan penyelesaian luar mahkamah kes saman syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan.

Pengarahnya Raja Ahmad Raja Khan mengesahkan menerima laporan daripada Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah dan terus melakukan siasatan. Ia menampakkan perkembangan positif SPRM di Kedah kerana sebelum ini membuat laporan SPRM lebih kurang sama saja dengan mencampakkan dokumen ke dalam tong sampah. Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang diajukan soalan mengapa mesti melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan membayar RM2.5 juta kepada syarikat pembalakan yang menyaman BDB, berkata, kes tersebut berlarutan sekian lama.
Jadi, ia langkah terbaik untuk mempercepatkan prosiding mahkamah dengan menutup kes yang sudah lama dibicarakan di mahkamah.
Boleh lingkup negeri Kedah dapat menteri besar macam Mukhriz. Seorang pemimpin kerajaan sepatutnya fikir kepentingan negeri dan rakyat.
Jangan wang rakyat dirugikan sesen pun. Kes yang dibicarakan terang lagi bersuluh memihak kepada BDB. Kelihatannya cuma tunggu masa daripada hakim sahaja untuk umumkan keputusan tersebut yang memihak kepada BDB.
Mahkamah pun tidak merungut perihal panjangnya prosiding kes tersebut, tiba-tiba Mukhriz pula yang lebih prihatin daripada seorang hakim untuk kononnya meringankan kerja mahkamah. Rakyat tertanyatanya apa muslihat Mukhriz mengaku kalah di mahkamah?
Cerita kontroversi balak ini bermula apabila pada 6 Jun 2006 BDB mendapat konsesi mengeluarkan balak sepanjang laluan Tekih dari Kupang ke Durian Burong dengan keluasan 714 hektar. Bayaran premium cuma RM535,500 (RM303.52 per ekar) bermula 6 Jun 2006 selama enam bulan.
Berikutnya Pengarah Urusan BDB, Rozhan A Rahim menawarkan subkontrak keluarkan balak kepada Izdihar Timber dengan syarat Izdihar Timber membayar premium RM535,500 kepada Jabatan Hutan serta membayar 'guarantee deposit' RM10,000 bagi setiap lesen dan bayaran pengurusan kepada BDB sebanyak RM300,000.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: BN buntu cari calon tanding

Posted: 03 Feb 2014 06:22 PM PST

Anwar Ibrahim  
ALOR SETAR - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan BN tenggelam punca sehingga ada cadangan supaya meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada PRK Dun Kajang.

Berseloroh dengan cadangan itu, Anwar berkata, beliau akan angkat tangan dan menyerah kalah sekiranya perlu bertanding dengan Chong Wei.

"Saya tak mahu lawan dia (Chong Wei), kalau saya lawan dia...kalahlah saya. Tapi itu kalau lawan badminton. Badminton dia menanglah, pilihan raya lain.

"Badminton biar saya kalah, pilihan raya biar saya menanglah. Tapi saya tak fikir dia akan bertanding."

Beliau berkata demikian apabila menyentuh isu PRK Dun Kajang ketika menyampaikan ceramah di Kampung Alor Ibus, di sini, malam kelmarin.

Beliau yang mengakui turut mengagumi kehebatan jaguh badminton negara itu berkata, PRK bukan lagi melibatkan isu 'smash' di gelanggang badminton. Sebaliknya ia adalah soal pentadbiran dan pengurusan sebuah kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi pendirian bahawa keputusan yang diambil beliau untuk bertanding di kerusi Dun Kajang adalah demi kepentingan dan kemantapan Kerajaan Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

Salahkah Anwar Terus Mengejar Cita-Cita Jadi PM?

Posted: 03 Feb 2014 06:19 PM PST

Kejutan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan bertanding di DUN Kajang dan kemungkinan besar menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu, membuatkan orangramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri. Dalam PRU 13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.

Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51 peratus, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU 14.

Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan Ketua Pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan sebagainya dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki negara Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita yang menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU 13 lalu.

Jika Mahathir sering dikatakan sebagai sumber berita yang menarik bagi akhbar dan media baru, Anwar mungkin berada di kedudukan kedua dalam perkara ini.

Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi pehatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi Menteri Besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula.

Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Mahathir, jawatan Menteri Besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi Perdana Menteri.

Read More / Baca Lagi >>

Isu pencalonan Anwar: Jangan heret pihak istana - Rafizi

Posted: 03 Feb 2014 06:18 PM PST

Rafizi Ramli SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengingatkan semua pihak agar tidak mengheret pihak istana Selangor dalam isu pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR untuk merebut kerusi Dun Kajang pada pilihan raya kecil kawasan tersebut akan datang.

Beliau menegaskan mana-mana pihak juga perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang cuba mengaitkan pihak istana akan cenderung kepada Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan khususnya pelantikan jawatan menteri besar.

"Mana-mana pihak termasuk Prof Dr Chandra Muzaffar sendiri perlu berhati-hati, jangan beri gambaran seolah-olah istana itu berat sebelah dalam membuat keputusan atau cuba berteka-teki keputusan yang akan dibuat oleh istana.
"Sepanjang rekod pihak istana Selangor, Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan Allahyarham ayahanda Baginda sebelum itu mempunyai rekod demokratik berpelembagaan yang cukup baik," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (Just), Prof Dr Chandra Muzaffar semalam yang mendakwa Ketua Umum PKR itu mempunyai matlamat lain termasuk 'mudah mendekatkan diri dengan sultan dan raja' jika menjadi menteri besar Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

Pembalasan atau dejavu, Najib rasakan bahang serangan orang lama Umno

Posted: 03 Feb 2014 05:55 PM PST

Dunia ibarat roda.
Sejurus selepas pilihan raya umum pada 2008, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai calon perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan daripada keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu dan kempen menyingkirkan Abdullah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Akibat desakan berterusan itu, Abdullah akhirnya memberi laluan kepada Najib pada Mac 2009. Sehingga ke hari ini, penyokong Abdullah percaya gelombang penentangan terhadap mantan perdana menteri itu tidak seperti yang dicanangkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun Abdullah tidak berminat untuk bertahan dan melawan kerana bimbang perang dengan musuhnya itu akan mencederakan Umno.
Kebenaran tersingkap, beliau masih belum sembuh sejak hari-hari terakhirnya pada Mac menyaksikan BN hilang lima negeri dan tidak berjaya mempertahankan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.
Jadi beliau pun menyerahkan kedudukannya kepada Najib meskipun diberitahu orangnya bahawa ahli Parlimen Pekan inilah antara pihak yang cuba menjatuhkannya. Namun Abdullah dilihat seperti tidak mempercayai berita itu atau hanya mengambil pendekatan berbeza.
Terluka dan marah. Sebahagian penyokong Abdullah percaya Najib akan menerima pembalasan suatu hari nanti dan nampaknya hari itu sudah tiba.
Dunia ibarat roda. Ia mengambil masa selama lima tahun tetapi Najib kini memahami bagaimana rasanya berada dalam kepungan Dr Mahathir dan penyokongnya.
Beliau bimbang. Itu yang sepatutnya. Oleh kerana melihat ketabahan dan kemusnahan dilakukan Dr Mahathir; gaya mantan perdana menteri itu dilihat semakin membesarkan jurang kelemahan musuh dan kebolehannya sebagai seorang doktor melukis sekeping gambar mengerikan untuk parti dan negara jika sasarannya kekal dipacu.
Jentera Dr Mahathir mula bergerak dengan mantan perdana menteri itu bertemu kumpulan kecil dan mengulangi mantera kelemahan kepimpinan Najib serta hakikat BN akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang jika orang nombor satu kerajaan itu terus berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah alu-alukan Khalid dilantik Pengarah PRK Kajang

Posted: 03 Feb 2014 05:53 PM PST

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu gandingan erat bagi melicinkan jentera PRK Kajang nanti.

"Tan Sri Abdul Khalid dengan rekod cemerlangnya menguruskan ekonomi negeri Selangor membabitkan pelbagai program untuk rakyat dan Datuk Seri Anwar selain rekod cemerlang ketika menjawat Menteri Kewangan juga cukup dikenali sebagai ahli politik tegar memperjuangkan kepentingan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Muhammad Taib: Rakyat Selangor untung Anwar jadi Adun Kajang

Posted: 03 Feb 2014 05:52 PM PST

Muhammad_TaibKAJANG 4 FEB: Rakyat Selangor secara umum dan pengundi DUN Kajang secara khusus sangat beruntung sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili mereka dan berada dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Anwar merupakan tokoh besar tanahair mempunyai peranan untuk menerajui perubahan politik di negara ini.
"Saya pernah berada dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
"Beliau merupakan seorang tokoh besar, kepimpinannya begitu efektif dan beliau masih banyak idea dan ruang yang belum diterokai.
"Saya rasa orang Kajang sangat beruntung kalau mempunyai wakil rakyat seperti Anwar," kata Muhammad, yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997.
Tambahnya, tidak wujud isu 'turun pangkat' dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ke jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Kalau Chong Wei saya mengaku kalah...!!

Posted: 03 Feb 2014 05:51 PM PST

Walaupun tarikh pilihan raya kecil Kajang belum diketahui, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula mengorak langkah mendekati pengundi-pengundi Kajang susulan kekosongan kerusi DUN tersebut yang disandang PKR.

Bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang, Anwar berceramah di hadapan ratusan penduduk setempat yang memenuhi dewan itu bagi mendengar penjelasan 'Langkah Kajang' seperti dijanjikannya sebelum ini.

Dalam ceramah ringkas selama kira-kira 20 minit itu, Anwar mengambil kesempatan berjenaka tentang cadangan agar jaguh bulu tangkis negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri), dicalonkan BN di Kajang untuk menyaingi popularitinya.

Menurut Anwar, beliau peminat tegar personaliti sukan itu dan sentiasa mendoakan kejayaannya dalam setiap perlawanan, tetapi beliau akan 'mengaku kalah' seandainya perlu berhadapan dengan Chong Wei.

"Kalau dia nak datang sini saya mengaku kalah... (tetapi) mengaku kalah dalam badminton.

"Setiap kali dia bertanding, saya akan doakan kemenangan dia. Saya yakin jika saya bertanding (di Kajang), dia pun akan doakan kejayaan saya," kata Anwar mengundang ketawa sebahagian hadirin.

Khalid pengarah p'raya PKR

Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaannya kepada bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh yang menurutnya mengosongkan kerusinya secara sukarela untuk memberi laluan kepada beliau.
Read More / Baca Lagi >>

‘Langkah Kajang’ jadikan Selangor negeri contoh Pakatan, kata Anwar

Posted: 03 Feb 2014 05:50 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa tiada rundingan antara dirinya dan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa tiada rundingan antara dirinya dan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2014.Pilihan raya kecil di Kajang adalah untuk membenarkan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dengan pembangunan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Tetapi ketua pembangkang itu terus menafikan tujuan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Disebabkan serangan berterusan, kami fikir sudah sampai masanya pemimpin tertinggi PR bersatu untuk selesaikan isu ini," kata Anwar pada majlis pelancaran jentera PKR dalam dewan yang dipenuhi penyokong parti tersebut merujuk kepada krisis umat Islam dan bukan Islam berhubung isu kalimah Allah.
"Juga menjadikan Selangor yang sudah menjadi negeri contoh dengan pembangunan ekonomi sebagai model yang mepertahankan hak setiap warga Selangor," katanya.
Ketua umum PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara dirinya dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh untuk mengosongkan kerusi berkenaan bagi membolehkan beliau bertanding di kawasan tersebut.
Anwar berkata, tiada rundingan berlaku antara dirinya dan Lee memandangkan beliau hanya berjumpanya dalam tempoh yang singkat sebelum penyerahan surat peletakan jawatan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.
"Tiada langsung rundingan antara saya dan Lee, saya berjumpa dengan beliau dua tiga jam sebelum surat sampai ke Speaker Hannah Yeoh," katanya ketika menjelaskan rasional beliau bertanding kerusi DUN Kajang.
Read More / Baca Lagi >>