Khamis, 2 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


11 langkah - Najib syok sendiri, ditipu pegawai PMO

Posted: 02 Jan 2014 10:41 PM PST

Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.

Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib?

Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar.  Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini?

Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan.

"Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak kempen PRU13.

Saya yakin ada yang cuba sabotaj PM dari dalam agar rakyat semakin meluat dengan kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib Razak sepertimana yang berlaku kepada PM terdahulu Pak Lah. Tranformasi perlu segera dilakukan PM dalam pekara ini bermula daripada pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu. 

Remaja dakwa dirogol bapa tiri

Posted: 02 Jan 2014 06:32 PM PST



KUALA KRAI – Seorang penoreh getah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga merupakan anak tirinya.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Mengkebang kira-kira jam 1.15 petang 1 Januari 2013 selepas mangsa membuat laporan polis pada 31 Disember 2013.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sekitar jam 2.30 pagi November 2013 ketika mangsa berada di bilik tidurnya.

Menurutnya, kerana tidak tahan dengan suspek yang didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak mangsa masih berusia 10 tahun, remaja perempuan itu telah menyerahkan sepucuk surat kepada adiknya berusia 8 tahun pada kira-kira jam 8 pagi, 3 Disember lalu.


"Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik telah menyerahkan surat kepada ibunya melalui adiknya, ketika bapa tirinya keluar menoreh getah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya.

"Dalam surat tersebut, mangsa memaklumkan rasa takut sekiranya dirinya mengandung akibat perbuatan bapa tirinya. Mangsa juga meminta ibunya membuat pilihan sama ada masih ingin tinggal bersama bapa tirinya yang dipanggil papa dan dia pula mahu tinggal bersama datuknya jika ibunya tinggal bersama lelaki itu," katanya.

Ab Rahim berkata, ibu mangsa kemudiannya bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku ke atas diri mangsa.


Katanya, mengikut maklumat diterima, perlakuan suspek ke atas mangsa boleh dikatakan berlaku seminggu sekali setiap kali ibu dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur pada waktu tengah malam.

"Mengikut aduan mangsa, kali terakhir dia dirogol adalah pada dua minggu sebelum cuti penggal akhir persekolahan tahun 2013 pada waktu dan tempat yang sama.

"Berdasarkan aduan mangsa, layanan bapa tiri terhadapnya baik di depan keluarga dan orang lain termasuk tidak pernah dipukul, tetapi dimarahi sekiranya membuat salah kepada adiknya," katanya.

Tambah Ab Rahim, mangsa kurang berkomunikasi dengan bapa tirinya dan sering bersikap tidak endah apabila ditanya atau ketika bercakap dengan suspek.

Menurutnya, mangsa mendakwa jarang keluar bersama rakan-rakannya dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak pernah melakukan hubungan seks.

"Berdasarkan laporan pemeriksaan dari Hospital Kuala Krai, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, namun tiada kecederaan lain," katanya. - Sinar Harian

7 jenis isteri yang sering diceraikan

Posted: 02 Jan 2014 02:34 PM PST

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.


Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

Najib jimat RM600 ribu pun bising satu dunia, yang dia balun duit kita juta-juta tu tak bising pulak..!!

Posted: 02 Jan 2014 08:58 AM PST


Qalam Hazin
20 hours ago near Tokai

TALKIN KENAIKAN HARGA

wahai si kedana binti si papa
hari ini engkau telah ditentukan
dengar sini baik-baik
Ingat...!!

kenaikan harga minyak itu benar
kenaikan kadar tol itu benar
kenaikan tarif letrik itu benar
kelulusan GST itu benar
kenaikan cukai pintu itu benar
kenaikan tambang LRT itu benar
kenaikan kadar tambang bas itu benar
kenaikan bil yuran astro itu benar..


maka ingatlah,
jika datang kpd kamu & bertanya apa kamu nak buat..???
maka kamu jawablah dengan tenang..

kami akan sentiasa tenang
kami akan sentiasa syukur
kami akan sentiasa redha
kami akan sentiasa ikat perut
kami akan sentiasa pilih-pilih makan
kami akan tambah jam kerja kami
kami akan sentiasa hindar utk lalu lebuh raya
kami akan kayuh basikal supaya jimat minyak
kami akan cari pelita utk jimatkn letrik
kami akan tanam ubi kayu drpd makan ayam
kami akan tolak minuman tin

Dan berkatalah....
kami tak kacau sapa-sapa..
kami redha tanda syukur..
kami tak resah..
kami tenang..
kami tak risau..
kami akan cari alternatif —

sumber : kedahlanie

Lelaki tertinggal tunang bila diserbu

Posted: 02 Jan 2014 04:04 AM PST

Oleh Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang melarikan diri apabila dikejar anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) terpaksa berpatah balik kerana `tertinggal' tunangnya ketika rumah sewa mereka diserbu, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 29 tahun itu dikaDifahamkan, lelaki itu dikatakan berjaya meloloskan diri keluar dari pagar rumah berkenaan ketika anggota penguat kuasa baru hendak menyerbu rumah itu dengan hanya berkaki ayam. 

Tapi, dia sudah jauh meninggalkan rumah kira-kira 500 meter berpatah balik ke kediaman itu setengah jam kemudian.

Dia menyerah diri selepas dihubungi tunangnya berusia 19 tahun apabila penguat kuasa meminta memberi kerjasama untuk diambil keterangan.

Selain itu, pasangan itu turut menunjukkan sijil kursus perkahwinan dan bakal berkahwin tidak lama lagi malah mereka mengaku berkongsi membayar rumah sewa berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-undang Syariah JAIK Kedah Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata pihaknya hanya memberi amaran kepada pasangan itu supaya tidak tinggal bersama disebabkan ketika serbuan dilakukan lelaki itu sempat melarikan diri.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kelakuan sumbang pasangan itu yang dipercayai sering berada dalam rumah terbabit tanpa sebarang ikatan perkahwinan sah sejak hampir dua bulan lalu.

"Berikutan itu, anggota kami datang untuk membuat pemeriksaan dan ketika sampai di lokasi kita dapati pasangan itu berada di ruang tamu rumah berkenaan berdua-duaan dengan keadaan pintu jeriji besi terbuka.

"Anggota kami kemudian mengarahkan lelaki itu mengosongkan rumah berkenaan supaya mengelak mereka berdua-duaan di rumah berkenaan," katanya.
takan cemas apabila berdua-duaan dengan tunangnya dalam rumah sewa wanita itu di Jalan Kuala Kedah, menyebabkan dia bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran van pihak berkuasa, kira-kira 12.45 tengah malam.  - Metro

Bila mufti tiada ijazah panggil orang lain BUGHAH

Posted: 02 Jan 2014 01:36 AM PST


Jangan terkejut tindakan Harussani yang terbaru melabelkan peserta2 TURUN sebagai bughah dan halal darah dibunuh.

Sebelum ini Harussani yang sama telah menyeleweng agama Islam untuk menyokong pembunuhan beramai-ramai di Memali (baca di sini). Dia adalah manusia yang menyokong pembunuhan beramai2 Memali dengan menyeleweng agama. 


Jadi, apa nak heran Harussani yang sama menyalahguna agama Islam untuk menyokong UMNO.

Lupakah kita bagaimana Harussani memain peranan menjayakan penipuan UMNO kononnya orang Kristian sedang memurtadkan orang Islam sehingga penipuan itu turut sama dijayakan oleh Dr HAsan Ali serta Kamarulzaman Muhammad (YDP PAS Putraya)

Hakikatnya,Jabatan Statistik sendiri mengesahkan tiada orang Melayu yang menganut agama Kristian di Malaysia.

Harussani ni makan gaji untuk menjayakan propaganda serta penipuan UMNO. Bukan untuk memperjuangkan Islam.

MUFTI PERAK TIADA IJAZAH

Ramai yang tidak tahu bahawa Mufti Harussani Zakaria ni tidak pernah masuk universiti mahupun mendapat apa2 ijazah dalam agama Islam.

Dia tak pernah belajar di Al Azhar, di Jordan mahupun di Yaman.

Beliau hanya lulus Diploma Tinggi dari Kolej Islam Kelang.

Sejurus selepas lulus KIK, Harussani terus menjadi pegawai SB dalam Kementrian Dalam Negeri.

Sila rujuk kepada keratan dari Wiki Harussani Zakaria dalam gambar.

Dengan kata lain, Harussani TIADA KELAYAKAN untuk mengeluarkan fatwa mahupun pendapat dalam agama.

Maka, jangan takut dengan fatwa beliau kononnya peserta TURUN adalah Bughah. 

Saya cabar Harussani untuk mengecap Saidina Muawiyyah dan Saidatina Aisyah sebagai Bughah.

Kedua2 Saidina Muawiyyah dan Aisyah adalah sahabat/iah yang dicintai dan disayangi Nabi SAW.

Mereka bukan setakat mengadakan demonstrasi, tetapi mereka telah mengangkat senjata untuk menggulingkan Khalifah Saidina Ali.

Saya cabar Harussani untuk mengecap kedua2 sahabat/iah yang dicintai Nabi SAW sebagai bughah.

Pasal Harussani tiada kelayakan sebab tu dia tak belajar pasal Saidatina Aisyah mahupun Saidina Muawiyyah kot.

Ngaji dia tak habis

Janganlah kita takut untuk menolak fatwa2 songsang dari mufti yang tiada kelayakan seperti Harussani ni




."Fatwa" songsang Mufti Perak

Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum "bughah" dalam Islam. Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan.

Bughah atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam. Ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. Adakah peserta perhimpunan 31 dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah? Lagipun takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. Para demonstrator hanya turun dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah. Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Parti Islam Se-Malaysia 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Najib keluarkan kenyataan 'Syok Sendiri' di Facebook ...sambil bercuti dengan wang rakyat diluar negara...!!

Posted: 02 Jan 2014 08:25 PM PST


NGO, siswa isytihar sokong demo 'Pensel Merah'

Posted: 02 Jan 2014 08:24 PM PST

Kumpulan NGO dan mahasiswa mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap penganjuran perhimpunan sekumpulan wartawan bagi membantah membantah penggantungan The Heat dan menuntut kebebasan media pada Sabtu ini.

Mereka malah menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dijadual diadakan di depan Majlis Peguam di Leboh Pasar Besar Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

JINGGA 13 berkata, langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu tidak tidak demokratik dan antikebebasan media, selari dengan Indeks Kebebasan Media yang semakin menunjukkan kemerosotan.

Pemantauan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Perancis menunjukkan kemerosotan dalam ranking Indeks Kebebasan Media dari kedudukan 145 pada 2013, berbanding 123 (daripada 179 negara) pada 2012.

"Kerajaan Umno-BN terus menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media," kata ketua koordinatornya Fariz Musa (kanan) dalam kenyataan semalam.

"Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dijadikan sebagai 'senjata' dan 'bom' untuk mengawal segala tindak tanduk media yang dilihat tidak memenuhi selera pimpinan Umno-BN."

Beliau juga mendakwa, selain KDN , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) juga dijadikan alat oleh kerajaan untuk mengugut pengamal media dan mengawal kebebasan dan hak bersuara.

Dalam protes kumpulan wartawan esok, mereka merancang memakai baju merah dan membawa pensel dengan warna sama untuk dipatahkan sebagai lambang matinya kebebasan media di Malaysia.

GERAMM mengemukakan lapan tuntutan, antaranya membatalkan penggantungan The Heat dan menyiasat semula dengan rapi insiden keganasan polis terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Read More / Baca Lagi >>

Fatwa 'halal darah' Harussani bahaya pada keselamatan negara

Posted: 02 Jan 2014 08:22 PM PST

PAS mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik 'fatwa' yang dilapor menyifatkan peserta demonstrasi membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember lalu dianggap 'bughah' (penderhaka) dan 'halal darah mereka'.

Naib presiden PAS DatukTuan Ibrahim Tuan Man berkata 'fatwa' tokoh agama itu sangat bahaya kepada keselamatan negara dan bertentangan dengan maksudnya dalam Islam.

"Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak.

"Istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak.

"Kerana itu, ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir," tegas Tuan Ibrahim.

Read More / Baca Lagi >>

Apakah aqidah umat Islam sebegitu rapuh?

Posted: 02 Jan 2014 08:13 PM PST

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) dan merampas naskah Bible versi Bahasa Melayu tentu akan mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat Muslim dan Kristian di negara ini.

Tindakan ini tentunya telah dijangka oleh Jais sebelum tindakan itu dilakukan.

Serangan pelbagai pihak kepada para pegawai Jais tidak dapat dielak, dan yang terkena ialah pelaksana keputusan tetapi tidak pada mereka yang membuat keputusan.

Ternyata ia sangat tidak adil bagi pegawai Jais yang hanya melaksana keputusan yang telah diputuskan dan mereka yang membuat keputusan terus ghaib daripada kontroversi yang ditimbulkan, bahkah kerajaan Selangor sendiri pun tidak tahu mengenai serbuan tersebut sehingga dimaklumkan.

Kebimbangan pemerintah bagi mengawal umat Islam dari gejala murtad harus dipuji dan diberi penghargaan. Bahkan, memang ia adalah sebahagian tanggungjawab pemerintahan dalam Islam iaitu memelihara aqidah umat Islam.

Isu utama ialah larangan yang dikenakan kepada bukan Muslim untuk menggunakan beberapa istilah yang terpakai bagi orang Islam seperti kalimah Allah, Insya Allah, Masya Allah, zikir, sembahyang dan sebagainya lainnya.

Beberapa kalimah ini menjadi hak milik bagi orang Islam sahaja. Memang aneh dan pelik bahkan mungkin Malaysia satu-satunya negara yang melaksanakan peraturan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa pengaruhi pemikiran Harussani?

Posted: 02 Jan 2014 08:11 PM PST

ZULKIFLI YAHAYA
MUFTI Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dilaporkan sebuah akhbar harian membidas pemimpin pembangkang khususnya PAS kerana menyertai perhimpunan mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Katanya, PAS gagal memahami Al-Quran.
Perhimpunan aman yang difitnah oleh media talibarut BN sebagai Himpunan Mengguling Kerajaan diadakan di Dataran Merdeka tempat berlangsungnya sambutan tahun baru oleh kerajaan Malaysia. Di situ para artis terkinja-kinja di atas pentas, mendedahkan aurat, menari dan menyanyi lagu-lagu yang melalaikan.
Akibat himpunan aman yang diadakan itu, maka pihak penganjur kepada pesta maksiat terpaksa menghentikan persembahan mereka. Sepatutnya Harussani memilih untuk mengecam penganjuran program maksiat kerana gagal mengikut perintah Al-Quran serta mengucap tahniah kepada peserta himpunan kerana berjaya menggagalkan program maksiat. Pendirian Harussani nampaknya sudah terbalik dari ajaran Al-Quran.
Himpunan Gerakan Turun kos Sara Hidup (Turun) adalah anjuran empat buah NGO iaitu Turun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),  Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak terbabit, namun memberi sokongan terhadap himpunan aman tersebut. Para pemimpin Pakatan tidak berkempen mengerah rakyat turun ke Dataran Merdeka seperti yang dilakukan terhadap himpunan Bersih tetapi kehadiran orang ramai dianggarkan 50,000 orang.
Berkata Harussani, perhimpunan haram (mungkin maksudnya perhimpunan tanpa permit polis) bukan cara melahirkan cara tidak puas hati terhadap kerajaan sebaliknya parlimen adalah platform yang paling sesuai. Untuk pengetahuan Harussani ahli-ahli parlimen Pakatan sudah puas bercakap di parlimen perihal kenaikan kos sara hidup rakyat yang disebabkan oleh kepincangan pengurusan, keborosan kerajaan, ketirisan melalui rasuah dan penyelewengan serta sikap mengutamakan kroni daripada rakyat jelata.
Semuanya itu dilakukan oleh kerajaan BN. Namun suara Pakatan di Parlimen hanyalah sia-sia belaka. Mereka buat 'pekak badak' dan tidak ambil peduli suara pembangkang. Akibatnya rakyat biasa yang terpaksa menanggung akibat.
Read More / Baca Lagi >>

‘Halal darah’: Harussani perlu tarik balik ‘fatwa’

Posted: 02 Jan 2014 08:10 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria untuk menarik balik fatwa yang menganggap peserta demonstrasi sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka.

"Fatwa ini sangat bahaya kepada keselamatan negara dan jelas bertentangan dengan istilah Islam.

"Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak," ujar Ketua Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak.

Kerana itu, jelas beliau lagi ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir.

"Apakah rakyat yang keluar membantah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah serta berleluasanya kemungkaran dalam negara adalah 'bughah', yang halal darah mereka?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, sebarang fatwa yang ingin dikeluarkan oleh mana-mana mufti sepatutnya mendapat maklumat sebenar dengan membuat kajian, tinjauan dan memahami kes sebelum sesuatu fatwa dibuat.
Read More / Baca Lagi >>

Exco Agama: Tiada arahan serbuan dari k'jaan negeri

Posted: 02 Jan 2014 08:09 PM PST

Exco agama Selangor Sallehan Mukhyi berkata kerajaan negeri tidak mengarahkan Jabatan Agama Islam negeri itu (JAIS) melakukan serbuan terhadap Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) di Petaling Jaya hari ini.
 
Beliau juga berkata jabatan itu juga tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung serbuan tersebut dan ADUN Sabak itu hanya mengetahuinya selepas tindakan itu dibuat.
 
"Kami diberitahu baru saja tapi kami tak ada maklumat. JAIS tak memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai serbuan tersebut.
 
"Apa tindakan JAIS, (mereka) perlu mendapat arahan dari sama ada (daripada) kerajaan negeri atau MAIS (Majlis Agama Islam Selangor). 
 
"Perkara (serbuan) ini tak dibincangkan dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini
 
Beliau mengulas berhubung tindakan JAIS yang menyebu pejabat BSM di Petaling Jaya kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dalam 16 kotak dirampas.
 
Pengerusi BSM Lee Min Choon ketika dihubungi Malaysiakini berkata, sepuluh Bible berbahasa Iban juga dirampas dan mendakwa seramai 15 pegawai jabatan itu tampil dengan agresif.

Pengajaran daripada isu nama ‘Allah’

Posted: 02 Jan 2014 08:08 PM PST

Beberapa perkara yang kita pelajari daripada isu berkaitan nama Allah.
1) Pendamai sudah tiada
Berbahagialah orang yang menjadi pendamai, mereka bakal beroleh syurga.
Yang pasti, kerajaan Najib tidak ada pendamai. Tidak ada seorangpun di kalangan mereka.
Sedekad telah berlalu, sama ada ketua negara atau pemimpin politik berpengaruh yang berusaha untuk mengawal Jais atau berusaha untuk mendamaikan Putrajaya dan pemimpin bukan Islam diadakan.
Tidak ada lagi.
Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada terus berdiam diri atau menggalakkan kegiatan samseng di Jais dan Umno.
Bagi pemimpin politik dalam Umno, mereka yakin beroleh sokongan Melayu dengan cara bermain dengan isu "Allah". Pergi jahanam dengan jaminan Perlembagaan.
2) Umno perlu menukar penyebaran berita
Kajian terkini sebuah universiti tempatan menunjukkan sokongan Melayu untuk Umno jatuh 5% sejak PRU13.
Sebab utama kejatuhan sokongan ini adalah kenaikan kos sara hidup.
Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa Najib dan menterinya sedang menjadi fokus orang awam ekoran pemotongan subsidi dan meluluskan kenaikan harga.
Di Putrajaya, adalah dipercayai mereka fikir, satu isu emosi diperlukan untuk  mengalih perhatian daripada masalah kenaikan ini dan Umno memainkan peranan.
Tiada isu lain yang mampu membangkitkan emosi selain isu agama.
3) Di mana agamamu saudara?
Ini adalah pesanan khas untuk Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup dan lain-lain pemimpin Kristian dalam Barisan Nasional (BN).
Di mana pendirian anda, bersama kepercayaan anda atau bersama kerajaan BN dalam isu nama Allah.
Tidak ada pendirian di tengah-tengah di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Allah tunjukkan BN jaga kepentingan Melayu Umno berbanding negara, kata pengkritik

Posted: 02 Jan 2014 08:06 PM PST


Barisan Nasional (BN) hanya dilihat sebagai sebuah kerajaan berpaksikan Umno – yang hanya menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu semata-mata – khususnya di luar bandar, kata para penganalisis terhadap pendirian tidak jelas Putrajaya mengenai isu-isu pertikaian antara agama di Malaysia.
Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah pusat penyebaran bible semalam menyebabkan kemarahan di kalangan Kristian tetapi ia hanya membuatkan Putrajaya meminta semua pihak bertenang ekoran isu penggunaan perkataan Allah, dan biarlah kerajaan yang mengambil tindakan tegas untuk terus menghentikan keresahan dalam hubungan antara agama.
Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian (gambar) berkata kepimpinan negara terikat kepada senario politik semasa kerana kerajaan pusat pimpinan BN mempunyai perwakilan Umno yang lebih kukuh selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.
"Jadi bagi kepimpinan politik yang ada, kepentingan Melayu menjadi keutamaan.
"Pada masa yang sama, pemimpin Umno merasakan bahawa mereka mempunyai sokongan kuat dari luar bandar dan cara paling mudah untuk mengekalkan sokongan luar bandar adalah dengan mengekalkan dasar pro-Melayu dan pro-Islam," kata penyelidik itu kepada The Malaysian Insider.
Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi persekutuan, memberikan tambahan tujuh kerusi kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding Pilihan Raya 2008.
Mereka juga kehilangan undi popular, apabila mendapat hanya 47% berbanding pembangkang 51%.
Bagaimanapun, Umno, yang mengetuai BN, memenangi 88 kerusi, meningkat daripada 79 sebelum ini, kerana sokongan daripada Melayu luar bandar dan Bumiputera.
Ibrahim berkata dengan Putrajaya terpaksa membuat keputusan tidak popular untuk mengukuhkan ekonomi negara, keutamaan mereka telah bertukar menjadi menjaga kepentingan  parti serta kepimpinan negara dan bukan lagi kepentingan negara ini.
"Memandangkan politik perkauman begitu tertanam dalam masyarakat kita, adalah lebih mudah menolak  kepentingan negara dari kepentingan kaum atau kepentingan komunal,"kata beliau.
Penganalisis politik Dr Oh Ei Sun berkata, ahli-ahli politik sering terperangkap antara dua kepentingan utama kerana kenaikan mereka bergantung kepada "elemen supremacist" dalam parti masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Ayam : Tonton Maharaja Lawak Sambil Berjoget

Posted: 02 Jan 2014 06:55 PM PST





Pemecatan 300 Orang Guru KAFA; Para Pegawai Jangan ‘Pikul’ Dosa Pemimpin Umno

Posted: 02 Jan 2014 06:50 PM PST

Menghukum seseorang yang tidak bersalah adalah satu tindakan yang zalim dan berdosa, begitu juga tindakan memecat mana-mana pegawai atau kakitangan semata-mata kerana politik kepartian.

Kesalahan dilakukan pemimpin Umno yang menerajui kerajaan negeri Terengganu tidak wajar dipikul oleh para pegawai yang tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Merujuk kepada laporan akhbar, Pengarah Yayasan Islam (YIT) tidak harus menanggung dosa pemimpin Umno malah menambahkan 'dosa' peribadi dengan bercakap tidak benar dan menafikan tindakan memecat guru KAFA tersebut adalah kerana 'politik' semata-mata.

Seorang pegawai YIT telah mengakui, melalui catatan yang dibuatnya dalam laman sosial bahawa, seorang guru KAFA itu mesti menyokong Umno sekiranya mahu terus mengajar.

Beliau juga mendedahkan kebenaran dakwaan, bahawa setiap guru yang mahu disambung perkhidmatannya mestilah mendapat sokongan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Seorang lagi pegawai YIT telah mendedahkan bahawa, arahan pemecatan guru-guru KAFA itu adalah datang dari Menteri Besar sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Peguam Negara sangkal jabatannya lemah...!!!

Posted: 02 Jan 2014 06:46 PM PST

PUTRAJAYA: Dakwaan bahawa Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara adalah lemah dan tidak mampu terutama dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi adalah tidak berasas.
  
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata jabatan itu mengambil perhatian dan menghargai sepenuhnya kebimbangan orang ramai.
  
Beliau menegaskan bahawa pendakwaan terhadap orang tertentu bergantung semata-mata kepada sama ada wujud bukti yang cukup untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.
  
"Apabila didakwa, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kemudian mengemukakan keterangan yang ada dan yang boleh diterima bagi membuktikan kes pendakwaan.  Apa yang perlu ditekankan di sini adalah bahawa tidak ada keterangan yang perlu untuk membuktikan tuduhan diabaikan.
  
Kewajipan untuk mengemukakan semua keterangan juga termasuk memanggil semua saksi penting. Bagaimanapun ini bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan dan kerjasama saksi dalam memberi keterangan dalam mahkamah," tegas Abdul Gani dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata bahawa sama ada saksi memberi keterangan sebenarnya bagaimanapun bukan dalam kuasa pendakwa raya.

"Apa yang penting di sini ialah kita tidak pernah membumbui atau mereka-reka keterangan dan akhirnya apa yang kita lakukan sekiranya saksi belot, kita akan mencabar dan mendakwanya atas tuduhan sumpah bohong," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Harussani ambil nas mana ‘halal darah’ peserta Turun

Posted: 02 Jan 2014 06:45 PM PST

Saya melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak seperti yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian dan laman portal Malaysiakini hari ini (semalam). Beliau di dalam kenyataannya menyatakan bahawa peserta-peserta Himpunan TURUN pada 31 Disember 2013 yang lepas sebagai bughah (penderhaka) bahkan lebih jauh lagi menjatuhkan hukum 'halal darah' kepada peserta himpunan itu.

Saya menyifatkan kenyataan ini sebagai kenyataan yang sangat tersasar dan tidak syak lagi Mufti Perak telah bertindak sebagai seorang mufti yang sangat pro Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa perhimpunan aman ialah salah satu hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Mufti Perak  saya kira sengaja mengabaikan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan terang dan jelas bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman tanpa senjata dan ia dianggap sebagai hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini.

Mufti Perak dan kerajaan Barisan Nasional perlu faham Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi negara ini di mana semua undang undang dan tindakan pihak berkuasa adalah berasal dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang mengarah hala tuju undang undang dan perilaku pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman termasuk pihak polis.

Apabila Mufti Perak mengeluarkan kenyataan bahawa peserta himpunan adalah Bughah dan 'halal darah', saya ingin mengetahui dari nas mana hukum ini diambil? Para imam dari pelbagai mazhab dan para mujtahid majoritinya menyatakan bahawa keluar menentang pemerintah dengan senjata dan atau disebut memiliki kekuatan tempur (syaukah) sahaja  boleh dianggap sebagai penderhaka. Kaedah menangani golongan inipun masih dibincangkan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab Fiqh dan bukannya terus dibunuh atas asas 'halal darah'. Dari mana sumber nas yang digunakan oleh Mufti Perak yang tiba-tiba mengeluarkan kenyataan 'halal darah' ini? Atau dengan ayat yang lebih jelas, berapakah harga yang dibayar oleh Barisan Nasional untuk membeli 'fatwa murahan' sang mufti?

Read More / Baca Lagi >>

Bughah: Harussani didesak tarik balik 'fatwa' songsang

Posted: 02 Jan 2014 06:43 PM PST

MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik fatwa yang menyatakan bahawa peserta Himpunan Turun sebagai Bughah dan dihalalkan darah mereka.

Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata fatwa tersebut amat merbahaya kerana dibimbangi ianya akan digunapakai oleh pihak berkuasa untuk bertindak memerangi rakyat pada himpunan seumpama itu pada masa hadapan.

"Mana mungkin peserta Himpunan itu adalah penderhaka kerana mereka taat kepada undang-undang tidak melakukan kekacauan, tidak membawa senjata, hadir dengan niat untuk membantah kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang tinggi"
Read More / Baca Lagi >>

Dr Asri - Beza bughah, khawarij, demonstran

Posted: 02 Jan 2014 06:33 PM PST





Ketika kemarahan melata, Najib kata rakyat terima langkah kerajaan 47% BN..!!!

Posted: 02 Jan 2014 06:29 PM PST


Mengejutkan. Ketika rakyat dilaporkan terus marah akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersyukur kononnya langkah kerajaan diterima rakyat.
"Langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat," kata Najib dalam Facebooknya hari ini.
Namun, kenyataan Najib itu dibantah terus oleh pengikut beliau dalam Facebook itu sebaik ia disiarkan.
Ketika berita ini ditulis, 246 orang berkongsi penyataan itu manakala 2,433 membuat komen terhadapnya yang kebanyakannya adalah negatif dan menolak penyataan itu.
Azaraie Ghazi berkata, "Anda boleh berbuat lebih dari sekadar itu."
Choi Fock Cheong pula berkata, "Pergi selesaikan masalah sita al Kitab oleh Jais" manakala Azizul Hasan pula berkata, "Dah masanya tukar PM" yang membayangkan respons negatif ke atas penyataan Najib itu.
Dalam posting hari ini, Najib juga berkata, selepas ini, kerajaan akan mengurangkan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan.
Beliau juga mengulangi komitmen untuk mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis.
Selain itu, menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan.

LIDAH BIAWAK RASMI UMNO UTUSAN PUN MENGELUH DAN MERUNGUT !!!

Posted: 02 Jan 2014 06:23 PM PST


Rakaman gambar diatas di snap dari media lidah biawak rasmi UMNO, Utusan di muka surat 9 hari ini 3hb Januari 2014 .. atas tajuk .. Harga barang makan meningkat.

Cuba kaitkan Perayaan Tahun Baharu Cina sebagai alasan mengapa harga barang makan akan terus memuncak naik sampai rakyat terhimpit terseksa sukar untuk bernafas.

Rakyat berang dan naik angin, sebab semasa belum PRU 13 bukan main lunak dan enak UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak memberi jaminan bahawa harga bnarang akan sentiasa dikawal dan dipantau agar tiada berlaku kenaikkan.

Hakikatnya .. selepas saja tamat PRU 13 dengan mendapat mandat dari 47% rakyat maka bukan main bongkak, sombong dan angkuh lagi naikkan harga barangan.

Jadi jika rakyat turun berhimpun secara aman melahirkan rasa marah dan resah mereka agar kerajaan mendengar segala rintihan rakyat bawahan bahawa mereka kini nak hidup pun terlalu payah, adakah layak di labelkan sebagai "BUGHAH" sehingga halal darah mereka?

Malang sungguh rakyat Malaysia kini dapat kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang bergred Bangsat.

Rakyat jadi mangsa pikul biawak hidup Umno@BN

Budak betina ni dah terpengaruh dengan fatwa mufti Umno..!!!

Posted: 02 Jan 2014 06:15 PM PST

Embedded image permalink 

Naik Melampau...Bawa Bekal Dari Rumah Atau Puasa Aje...!!!

Posted: 02 Jan 2014 06:10 PM PST


Najib jimat RM600 ribu pun bising satu dunia, yang dia balun duit kita juta-juta tu tak bising pulak..!!

Posted: 02 Jan 2014 05:51 PM PST

TALKIN KENAIKAN HARGA
wahai si kedana binti si papa
hari ini engkau telah ditentukan
dengar sini baik-baik
Ingat...!!
kenaikan harga minyak itu benar
kenaikan kadar tol itu benar
kenaikan tarif letrik itu benar
kelulusan GST itu benar
kenaikan cukai pintu itu benar
kenaikan tambang LRT itu benar
kenaikan kadar tambang bas itu benar
kenaikan bil yuran astro itu benar..
Read More / Baca Lagi >>

Rupanya Ini Dia Wajah Islam Harussani

Posted: 02 Jan 2014 05:49 PM PST

Ini apa yang disebut Ustaz Ahmad Awang

Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa

Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:
"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."

Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).

Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
  • Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
  • Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
  • Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kos naik: Nak 'ubah gaya hidup' macam mana lagi?

Posted: 02 Jan 2014 05:46 PM PST

Ubah cara hidup! Jika ayam naik harga jangan makan ayam. Jika tidak mahu bayar tol yang mahal jangan guna tol.

Itulah saranan mudah pak menteri apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Malahan tahun 2014  yang baru membuka tirai hari ini bakal menjadi tahun rakyat mengikat perut.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Malaysia Anuar Tahir (gambar) menyelar tindakan kerajaan yang hanya tahu mengarahkan rakyatnya berjimat cermat sedangkan kerajaan sendiri tidak ada langkah konkrit mengatasi masalah kewangan negara. Ikuti temubual ringkas Harakahdaily bersama beliau.

Apakah dengan cara rakyat mengubah cara hidup sebagaimana disarankan kerajaan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang?

Seruan kerajaan tidak setimpal dengan perlakuan kerajaan selama ini. Kerajaan sendiri tidak mahu ubah pentadbiran dan pengurusan ke arah lebih telus dan teratur. Kerajaan tidak dilihat memberi kesan dalam krisis ekonomi hari ini apabila mereka hanya tahu menyuruh rakyat untuk berjimat cermat atau ubah gaya hidup mereka. Saya percaya separuh daripada rakyat negara ini yang sebahagian besarnya adalah golongan miskin dan sederhan sudah habis daya untuk berjimat-cermat. Selama ini saban tahun mereka sudah mengikat perut kerana kenaikan harga barang sekian lama berlaku. Rakyat sudah tidak ada ruang untuk berjoli atau berhibur semata-mata.

Saya juga melihat di pasar-pasar minggu sambil perhatikan sebahagian besar ibu-ibu membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak, mereka berkira-kira sebab mereka akan habis beratus-ratus ringgit untuk keperluan anak-anak sekolah. Tidak usah hendak nasihatkan rakyat? Mereka sudah lama berjimat. Hendak suruh mereka naik basikal ke? Kalau mereka tidak berjimat saya percaya rakyat bawahan ini sudah lama kebulur. Berbelanja RM7 untuk makan tengahari ianya cukup besar bagi rakyat bawahan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Antara bughah, lughah, lurah

Posted: 02 Jan 2014 05:39 PM PST

MUHAMAD MAT YAKIM
 
SEJAK semalam kita heboh dengan cerita 'bughah' yang mana puncanya dikatakan berasal usul daripada kenyataan seorang mufti yang dilaporkan berkata kumpulan demonstran pada malam tahun baru di Kuala Lumpur dua hari lalu sebagai 'bughah' dan 'bughah' mengikut hukum adalah halal darah mereka.

Keras. Memang sangat keras. Dan oleh kerana kerasnya kenyataan itu, saya tidak yakin bahawa apa yang dilaporkan adalah yang sebenar sebagaimana dikatakan oleh mufti berkenaan. Maka saya pun hubungi seorang rakan wartawan Sinar Harian dan minta disahihkan oleh mufti, apa benar begitu kenyataannya sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar.

Ya, saya tahu pendapat saya ini pastinya tidak disukai oleh ramai kawan-kawan wartawan. Akan tetapi sebagai orang Islam, saya tidak dapat terima sikap ambil mudah pada kenyataan seseorang ulama apa lagi yang bertaraf mufti.

Ini kerana apa yang juga yang diperkatakannya, adalah membawa imej, reputasi dan kredibiliti Islam, bukan hanya pada batang tubuhnya sahaja. Maka jika sesuatu kenyataan itu kontroversi sifatnya, biarlah apa yang disiarkan itu 100 peratus sebagaimana yang dikata dan yang 100 peratus itulah juga disiarkan dalam media.

Implikasi daripada hukum 'halal darah' adalah sangat berat. Saya berasa teramat sedih melihat kenyataan-kenyataan biadab, maki hamun yang bukan sahaja tidak seharusnya dituju kepada seorang mufti atau ulama malahan juga kepada orang biasa seperti saya yang kini sudah jadi mainan dalam media sosial.

Saya yakin, daripada yang memaki hamun mufti itu, termasuk juga yang baru pertama kali kenal perkataan 'bughah' ataupun yang merujuk kepada Google dahulu. Selepas itu, tanpa segan silu terus maki hamun orang lain seolah-olah sudah khatam 20 atau 30 kitab hal 'bughah'.

Begitulah hebatnya pahlawan-pahlawan papan kekunci kita!

Walau apa pun, saya akui bahawa saya sendiri terkejut melihat kenyataan itu tetapi saya ambil pendekatan tidak mahu terus percaya bulat-bulat. Saya bukan kata keseluruhan tetapi mungkin kenyataan 50 kilometer disingkat kepada 20 kilometer atau 30 kilometer sahaja. Maklumlah, sekarang minyak mahal, bukan?
Read More / Baca Lagi >>

Protes Pensel Merah suatu ‘keberanian baru’ – A Samad Said

Posted: 02 Jan 2014 05:36 PM PST

Copy of geram-posterSHAH ALAM  2 JAN: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan penganjuran Protes Pensel Merah membabitkan pengamal media portal berita utama di Malaysia sebagai suatu 'keberanian baru'.
Menyambut baik penganjuran program anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM) itu, beliau menganggap mereka yang terlibat sebagai wira baru yang menyuarakan hak pembaca marhaen.
Katanya, kelahiran wira baru khususnya dalam kalangan pengamal media anak muda perlu dalam memahami kepentingan kebebasan media demi masa depan.
"Ini keberanian baru oleh sebab selama ini kita hanya mendengar berita tentang tekanan sahaja. Amat jarang kita mendengar secara terbuka tentang perlawanan (bantahan).
"Saya fikir itu harus digalakkan dan saya sambut baik," katanya kepada Selangor Kini.
Read More / Baca Lagi >>

Kos meningkat: Anak muda jadi pendesak kerajaan 47% BN

Posted: 02 Jan 2014 05:35 PM PST


KUALA LUMPUR: Kehadiran ribuan anak muda ke himpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu membuktikan golongan ini mampu menjadi golongan pendesak yang kuat kepada kerajaan.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, isyarat yang ditunjukkan golongan muda pada malam tersebut jelas iaitu mereka berasa terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

"Isyarat yang mereka tunjukkan dengan memakai baju hitam sebagai satu gambaran setiakawan yang saya rasa kalau kita hidupkan lagi akan menjadi kuasa pendesak yang kuat.

"Saya anggap himpunan tersebut sangat berjaya dan saya yakin isyarat sudah sampai ke Putrajaya bahawa rakyat menentang kenaikan kos sara hidup," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat berkata, tidak mustahil anak muda bersama parti politik dan NGO akan mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak bertindak secara serius bagi menurunkan kenaikan kos sara hidup.

"Kerajaan BN tak faham suara rakyat selain himpunan.
Read More / Baca Lagi >>