Jumaat, 26 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ibrahim Ali saman akhbar The Star ??

Posted: 26 Dec 2014 11:00 PM PST

 
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman fitnah terhadap akhbar The Star dan seorang lagi berhubung penerbitan sebuah artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya, pada 2 November lepas.
 
Ibrahim, 63, memfailkan saman itu melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates menggunakan proses "e-filing" di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur, bagaimanapun kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
 
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publications (M) Berhad Datuk Seri Wong Chun Wai sebagai defendan pertama dan Star Publications (M) Berhad sebagai defendan kedua.
 
Dalam pernyataan tuntutan, Ibrahim mendakwa pada 2 November lepas, Wong telah menulis dan menerbitkan artikel berjudul "A  mind-boggling spin" di blognya "On the Beat" dan artikel itu kemudian diterbitkan semula di 'The Star Online' dan akhbar The Star.
 
Beliau mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu membawa maksud antaranya ialah plaintif seorang pelampau agama, memperlekeh agama Kristian dan telah melakukan kesalahan besar serta tidak sepatutnya dilepaskan.
 
Selain itu, Ibrahim berkata artikel itu mendakwa beliau adalah pelampau yang sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang, sepatutnya ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.
 
Artikel itu juga mendakwa plaintif mengeluarkan kenyataan yang menyerang dan menghina penganut agama Kristian serta menimbulkan perbalahan dan permusuhan di antara kaum dan penganut agama di negara ini.
 
Ibrahim mendakwa bahawa disebabkan perkataan fitnah itu, reputasi beliau terjejas teruk, mengalami kerugian teruk dan dipandang rendah oleh masyarakat.
 
Sehubungan itu, Ibrahim memohon defendan membayar ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan memfitnah terhadapnya sama ada secara maya atau bercetak.
 
Selain itu, beliau juga memohon faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun, kos tindakan dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
 
- Bernama

Kota Tinggi daerah keenam banjir di Johor JOHOR BAHRU -

Posted: 26 Dec 2014 10:00 PM PST

 
Sabtu, 27 Disember 2014   Kota Tinggi daerah keenam banjir di Johor JOHOR BAHRU -   Keadaan banjir di Johor menunjukan peningkatan apabila Kota Tinggi menjadi daerah terkini dilaporkan banjir.   Keadaan itu menjadikan ia daerah keenam terjejas banjir selepas Kluang, Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kulaijaya.   Laporan Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor merekodkan seramai 1104 keseluruhan mangsa terlibat membabitkan 268 keluarga di enam daerah ini sehingga jam 4 pagi tadi.   Berikut pecahan mangsa di pusat pemindahan yang dibuka. Enam pusat pemindahan banjir masih dibuka di Kluang sejak semalam iaitu di Balairaya Kg Paya Palembang yang menempatkan 89 mangsa dari Mukim Ulu Benut; Balairaya Kg Melayu Mardi (75);   Balairaya Kg Mengkibol(109) dan SK Sri Kencana (234); Balairaya Kg Kolam Air (67); Balairaya Kg Bentong (38).   Manakala di Muar 18 mangsa dipindahkan melibatkan lima keluarga ke Balairaya Kg Sawah Laku; diikuti Segamat (192) di SK BT Anam dan SK Spang Loi (11) di Kulaijaya di pusat pemindahan Surau Kg Sg Siam (54).   Dua pusat di Batu Pahat dibuka di SK Kota Dalam (36) dan SMK Suria Perdana (52); dan terkini di Kota Tinggi melibatkan penempatan di Mukim Penggerang seramai 77 orang dipindahkan ke Dewan Al Zubir Kg Jawa, di sini.   Dilaporkan jalan terputus hubungan di Jalan Bukit Tempurung, Segamat dan tiada rekod kemalangan jiwa dilaporkan.   Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Keadaan banjir di Johor menunjukan peningkatan apabila Kota Tinggi menjadi daerah terkini dilaporkan banjir. 

Keadaan itu menjadikan ia daerah keenam terjejas banjir selepas Kluang, Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kulaijaya. 

Laporan Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor merekodkan seramai 1104 keseluruhan mangsa terlibat membabitkan 268 keluarga di enam daerah ini sehingga jam 4 pagi tadi. 

Berikut pecahan mangsa di pusat pemindahan yang dibuka. Enam pusat pemindahan banjir masih dibuka di Kluang sejak semalam iaitu di Balairaya Kg Paya Palembang yang menempatkan 89 mangsa dari Mukim Ulu Benut; Balairaya Kg Melayu Mardi (75); 

Balairaya Kg Mengkibol(109) dan SK Sri Kencana (234); Balairaya Kg Kolam Air (67); Balairaya Kg Bentong (38). 

Manakala di Muar 18 mangsa dipindahkan melibatkan lima keluarga ke Balairaya Kg Sawah Laku; diikuti Segamat (192) di SK BT Anam dan SK Spang Loi (11) di Kulaijaya di pusat pemindahan Surau Kg Sg Siam (54). 

Dua pusat di Batu Pahat dibuka di SK Kota Dalam (36) dan SMK Suria Perdana (52); dan terkini di Kota Tinggi melibatkan penempatan di Mukim Penggerang seramai 77 orang dipindahkan ke Dewan Al Zubir Kg Jawa, di sini. 

Dilaporkan jalan terputus hubungan di Jalan Bukit Tempurung, Segamat dan tiada rekod kemalangan jiwa dilaporkan. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Allah Swt menciptakan dunia in hidup dengan peredaran musim itu.

Posted: 26 Dec 2014 09:00 PM PST


Banjir bukanlah peristiwa baru bagi manusia kerana ianya dah menjadi tabiat alam yang sentiasa berulang sepanjang hayat manusia dan bumi. 

Sesunggohnya Allah Swt menerajui segala 'sunnatul 'alam' dan menguasai segalanya dan Dia telah mrmberitahu kita bahawa...

"Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah. "(Al-Hadid: 22)

Semuanya dalam Ilmullah dan berlaku di atas Al Qaadir dan Al Mutaqadir melalui Sifat Qudrat dan IradahNya. 

Namun azab itu datang dengan bersebab juga. Tak kiralah sebab itu berpunca dari putaran dan pusingan bulan yang berada paling hampir dengan garisan khatulistuwa yang menyebabkan air pasang lambat surut ataupun disebabkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan berleluasa, paya-paya ditambak, muara-muara menjadi sempit, sungai-sungai menjadi cetek merupakan sebab-sebab air dari hulu-hulu lambat ke laut. 

Pertembungan air pasang yang bertahan dengan saliran keluar air ke laut adalah dua faktor banjir besar berlaku atau campurtangan makhluk dan Al Khaliq berlaku. 

Aktiviti manusia seperti pembangunan sehingga lupa kepada ciri-ciri keselamatan saliran, dan keperluan kepada penambahan kuantiti manusia mengundang banjir menjebak begitu ramai mangsa. Dan fimanNya..
 
"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu." (Asy Syura: 30).
Dan Allah berfirman lagi...

"Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksaNya." (Al Anfal: 25)

Bencana alam ini tidak pernah memilih mangsanya. Fasiq, zalim, bertaubat dan alim semua disapu. Tindakan banyak pihak di negara ini dengan menunaikan solat hajat merupakan suatu perbuatan yang tepat kerana hanya kepadaNya kembali segala urusan di atas mukabumi ini. 

Ya Allah, redakanlah banjir ini dan pulihkanlah seperti sediakala. Selamatkanlah mereka dari terus menjadi mangsa. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukannya sepertimana berlaku pada era Nabi Nuh Ahs......

"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. 

Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". (Hud:44)

Aamiiin X3 .... Ya Rabbal'alamiiin.

Individu Ini Dedah Dalang Sebenar Tembak MH17? - Addin

Posted: 26 Dec 2014 08:15 PM PST

PETALING JAYA: Seorang pekerja pangkalan udara warga Ukraine mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine, lapor akhbar tabloid Rusia, Komsomolskaya Pravda.

Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, sebuah jet pejuang Ukraine jenis Su-25 (gambar) yang membawa peluru berpandu telah keluar dari pangkalan udara pada hari kejadian sebelum pulang tanpa peluru berkenaan.


Berdasarkan temubual yang diterbitkan pada Selasa, juruterbang pesawat pejuang itu didakwa kelihatan takut selepas tersilap menembak penerbangan awam milik Malaysia.

Sumber itu juga didakwa terdengar juruterbang berkenaan berkata, "tersilap pesawat" dan "pesawat itu berada di lokasi salah pada waktu yang tidak sepatutnya."

Dalang Sebenar Tembak MH17 Terbongkar?

Jelasnya, terdapat tiga pesawat pejuang Ukraine berlepas dari pangkalan udara itu pada 17 Julai untuk melakukan serangan mengejut sebelum sebuah daripadanya pulang dengan tanpa peluru.

Ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang mendakwa tiada operasi dibuat pada hari berkenaan.

Berikutan dakwaan terbaharu itu, pasukan siasatan Rusia mula mengumpul bukti daripada individu berkenaan untuk siasatan lanjut. 

Nik Abduh Dikecam Hebat Kerana Kenyataan Bodoh Ini..

Posted: 26 Dec 2014 07:30 PM PST

 
Nampaknya ada juga yang menghubungkaitkan isu hudud dengan musibah banjir yang melanda Kelantan ketika ini.

Sudahnya, individu tersebut dikecam hebat pelayar internet dan rata-rata melahirkan rasa kesal di atas kenyataan itu.

Individu itu adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh dalam posting di laman Facebooknya berkata 'banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hudud'.

"Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud," katanya dipetik laman Facebookny, pada Rabu.

Pelayar internet kemudiannya membalas status itu dengan menyalahkan kerajaan negeri PAS Kelantan yang rakus menggondolkan balak di kawasan tadahan air.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

"Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi," katanya.

Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.

Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.

"(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah," kata Anas.

Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.

"Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun... Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!" kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.

Dalam status Facebooknya semalam, Nik Abduh berkata kunci kepada isu banjir di Kelantan ialah doa dan menggesa supaya orang ramai terus meminta bantuan kepada Allah.

"Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu," tulisnya.

Kelantan sebelum ini nekad mahu melaksanakan hudud dan kesungguhan mereka dibuktikan dengan memanggil sidang khas DUN negeri itu untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah.

Pindaan itu adalah penyediaan PAS ke arah melaksanakan perundangan Islam tersebut, walaupun dibantah keras rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Sehingga berita ini ditulis, Menteri Besar Kelantan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya hanya akan membuat keputusan rasmi esok berhubung sidang Khas DUN yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember ini.


Menurut beliau, perkara itu akan diumumkan selepas diadakan perbincangan peringkat kerajaan negeri sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang khas itu kepada tarikh lain.



Bloglist Malaysia

Macai Kantoi.. dan Firefly tawar untuk terbangkan bantuan RM1.5 Juta Pulau Pinang ke Kelantan..

Posted: 26 Dec 2014 06:45 PM PST

 
  Imej yang memaparkan wajah Lim Kit Siang dengan tajuk 'DAP akan bantu Kelantan jika setuju batalkan hudud' di atas adalah apa yang telah disebarkan dalam beberapa Blog Macai..

Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya dikatakan telah menyatakan DAP bersedia membantu kerajaan Kelantan menghadapi banjir di negeri itu sekirana rancangannya untuk laksana hudud dibatalkan..

Entah mana dia dapat aku tak tahu.. tapi biasalah.. namapun macai kalau tak sebar fitnah serupa makan nasi tak minum air lah..

Ini apa yang DAP lakukan untuk membantu mangsa banjir, bukan saja di Kelantan tapi diseluruh negeri-negeri yang dilanda banjir..

KUALA LUMPUR, 26 DIS – DAP hari ini melancarkan Tabung Bencana Banjir bagi mengumpulkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa bencana tersebut di seluruh negara.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataannya berkata tabung tersebut adalah tanda solidariti DAP bersama ratusan ribu mangsa banjir.

"Sebagai permulaan, DAP Pusat telah memutuskan untuk memperuntukkan RM10,000 untuk tabung tersebut," ujarnya.

Menurutnya lagi, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP di seluruh negara telah diarahkan untuk melancarkan kutipan derma daripada orang ramai di kawasan masing-masing pada hujung minggu ini.

"Semua wang yang dikutip melalui tabung ini akan disalurkan kepada kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas mengikut keperluan,"

Selain itu, sebuah trak dengan muatan satu kontena air mineral dan roti akan dikerahkan ke Gua Musang dan Kuala Krai pada hari Isnin, 29 Disember untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa di kawasan tersebut.

"Saya sendiri akan mengetuai misi tersebut ke Kelantan," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban, sambil berkata bahawa usaha berterusan sedang dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak kontena untuk dihantar ke kawasan-kawasan yang terjejas serius, terutamanya di negeri Kelantan.

"Pucuk pimpinan DAP ingin menyeru semua rakyat Malaysia menghulurkan bantuan secara ikhlas dan menderma kepada "Tabung Bencana Banjir" kami untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas," katanya.

Semua kutipan derma akan dimasukkan ke dalam satu akaun khas iaitu "Tabung Dana Kecemasan" Ambank: 8881002244649 lapor Roketkini.com

Manakala berikut pula apa yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP sumbangkan untuk mangsa-mangsa banjir..

Penang State Government have allocated RM1.5 Million for Flood Relief Management.
From this, RM500,000.00 can Immediate be used for procurement of essential items like milk powder, sanitary towel and potable water.
This will be endorsed in the next EXCO meeting.
Meanwhile we are appealing for contribution in kind of this items and can be sent to Kompleks Masyarakat Penyayang (Puan Salbiah Bt Samsudin 04 2264531 / 042277413) during working hours from 8.00am to 5.00pm.
Please take note that we have enough used clothing for distribution.

Most of the road access leading to disaster area have cut off. Firefly have offer us relief by CSR transporting goods from Penang to Kota Baru.

The collected items for Kota Bharu flood victims will be flown into the state capital by Firefly Airlines.

Firefly is spearheading the effort to provide rescue and relief flights to and from Kota Baru, Kelantan and Kuala Terengganu, Terengganu as part of its contribution to channeling emergency assistance to those affected by the floods in the east coast of Malaysia.

Immediately, all available seats and cargo space aboard Firefly flights to and from these two airports will be donated and used for the cause.

We are now inspecting our preparations to handle the flooding.

Especially on the mainland, SPS, MPSP, JKM.KEH and MPSP are working together to ensure all preparation are as according the the SOP for Disaster Management ~ Buletin Mutiara

MB Selangor YAB Azmin Ali Serah Cek RM1 Juta Bagi Pihak Kerajaan Selangor.

Posted: 26 Dec 2014 06:00 PM PST

MB Selangor Azmin Ali Menyerahkan Bantuan Kewangan RM 1 Juta Dari Kerajaan Negeri Selangor Kepada Tim Menteri Besar Kelantan... Harap Kerajaan Pusat Hulurkan Bantuan Juga Terus Kepada Kerajaan Negeri... Baru Betul Salurannya Jika Tiada Kepentingan Politik... :)MB Selangor Azmin Ali Menyerahkan Bantuan Kewangan RM 1 Juta Dari Kerajaan Negeri Selangor Kepada Tim Menteri Besar Kelantan... 

Harap Kerajaan Pusat Hulurkan Bantuan Juga Terus Kepada Kerajaan Negeri... 

Baru Betul Salurannya Jika Tiada Kepentingan Politik...
 

Darurat - Nik Amar Bercakap Bagi Pihak Umno

Posted: 26 Dec 2014 05:06 PM PST

 
KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan, keadaan banjir di negeri ini masih terkawal apabila air di bahagian hulu beransur surut.

Menurutnya, air di Gua Musang dan Kuala Krai mulai surut dan kini memberi kesan kepada kawasan di bahagian bawah termasuk Machang, Kota Bharu serta Tumpat.

"Banjir 1967 lebih teruk, tapi kita tak isytihar darurat, sebab itu kali ini pun kita belum isytihar darurat, cuma yang menjadi kelam-kabut apabila ada setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami, ramai tidak jangka kerana ia datang secara mengejut, itu yang menjadi isu.

"Bagaimanapun air agak lambat surut di Kuala Krai berikutan kawasan yang terlalu besar, tetapi di Gua Musang sudah tidak banjir, perlahan-lahan berkurangan dan kini memenuhi daerah di bawahnya terutama Kota Bharu dan Tumpat yang berada di muka kuala," katanya kepada media,  semalam.

Mohd Amar berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada pembangunan yang giat dilakukan termasuk kegiatan menambak tanah untuk projek perumahan, sekolah dan bangunan sehingga menyebabkan air mengalir di luar saluran yang ada.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, gerakan menyelamat giat dijalankan dan terus ditingkatkan dengan bantuan tujuh helikopter selain tambahan petugas termasuk sukarelawan dari luar negeri ini.

"Peruntukan tambahan bekalan makanan sudah sampai, cuma di sesetengah lokasi, kita tak boleh masuk disebabkan  arus terlalu deras dan ini yang menjadi isu apabila bantuan lambat sampai, bagaimanapun bukan di seluruh negeri " katanya.

Mohd  Amar berkata, kawasan yang gagal untuk sampai, bekalan makanan dijatuhkan menggunakan helikopter.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, air dijangka surut dalam masa dua hari sekiranya tidak ada hujan dan air pasang.


 

PM Kita......

Posted: 26 Dec 2014 03:30 AM PST

 
BUKAN KITA DENGKI SEBAB DIA PERDANA MENTERI, BUKAN MC DAN TAK SIHAT DIA BOLEH PERGI BERCUTI, DIA BUKAN MISKIN, BILA-BILA MASA DIA BOLEH BERCUTI, DUIT DIA BANYAK, DIA BOLEH BERJANJI TAPI DIA TAK BOLEH TEPATI, DIA BOLEH TIPU, MEDIA BOLEH BANTU.

KUALA LUMPUR, 8 OKT: DAP hari ini sekali lagi mengecam tindakan kerajaan yang membisu dan ingin mendedahkan kos terperinci percutian misteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Belanda pada 1 hingga 15 ogos lalu selepas sidang media MH17.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab soalan tersebut tapi jawapan yang diberikan jelas menunjukkan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.

Shahidan dalam jawapannya kepada Anthony semalam menyatakan, pesawat VIP Airbus A319 CJ dengan pendaftaran 9M-NAA tersebut membawa Najib, isteri, serta delegasi atas lawatan rasmi dan kosnya dalam anggaran bersesuaian.

"Nampaknya, Shahidan sekali lagi meneruskan taktik merahsiakan maklumat butiran kos terhadap perbelanjaan awam melibatkan Najib daripada pengetahuan umum.

"Sejak bilakah kerajaan mengamalkan dasar 'rahsia' dalam semua isu?" soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP itu, berdasarkan rekod, lawatan rasmi Najib ke Belanda hanya berlangsung sehari, iaitu pada 1 Ogos 2014 dan bukannya dua minggu.

"Tidak ada sebarang rekod berkenaan jadual lawatan beliau secara rasmi dalam tempoh 2 minggu.
"Apakah percutian Najib dianggap sebagai urusan rasmi dan pesawat rasmi boleh digunakan untuk tujuan bercuti?

"Berapa banyak lagikah wang terpaksa dibiayai pembayar cukai untuk percutian peribadi Najib, isteri dan rombongannya?," tegasnya.

Tambah Anthony, selaku Perdana Menteri, Najib sepatutnya menggunakan MAS untuk ke luar negara terutama di saat syarikat penerbangan menghadapi krisis keyakinan akibat tragedi menimpa.
"Mengapa Najib tak guna MAS ke luar negara? 

Dia sepatutnya tunjukkan teladan dengan memberikan sokongan dan keyakinan terhadap kepada syarikat itu terutama di saat mereka menghadapi krisis akibat tragedi berkembar MH370 dan MH17," ujarnya. 


Roketkini.com
 

Lelaki mengamuk di SUK cuba serah ayam kepada MB Selangor OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 26 Dec 2014 02:45 AM PST

 
Lelaki mengamuk di SUK cuba serah ayam kepada MB Selangor  OLEH JAMILAH KAMARUDIN  Published: 26 December 2014  Lelaki yang mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi ini, ditenangkan oleh seorang pegawai polis. Dia memberi alasan ingin menyerahkan ayam yang dibawa kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.     Lelaki yang mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi ini, ditenangkan oleh seorang pegawai polis. Dia memberi alasan ingin menyerahkan ayam yang dibawa kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.   Seorang lelaki pertengahan umur secara tiba-tiba mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi ini ketika satu demonstrasi membantah projek ternakan ladang babi moden di Kuala Langat.  Berbaju oren sambil menutup muka dengan kain, lelaki itu cuba masuk ke Pintu 2 Bangunan SUK sambil memegang sangkar yang mengandungi dua ekor ayam.  Ketika dihalang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, beliau memberi alasan mahu menyerahkan ayam itu kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tetapi tidak dibenarkan.  "Mana MB?" katanya terketar-ketar menahan marah sambil melaungkan syahadah dan menggenggam bahu ketua Bahagian Gerakan IPD Shah Alam.  Beliau menyertai kira-kira 50 penduduk Tanjung Sepat, Sepang, berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum bantahan projek babi di Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat. – 26 Disember, 2014.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Lelaki yang mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi ini, ditenangkan oleh seorang pegawai polis. Dia memberi alasan ingin menyerahkan ayam yang dibawa kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. 

Lelaki yang mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi ini, ditenangkan oleh seorang pegawai polis. Dia memberi alasan ingin menyerahkan ayam yang dibawa kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. 

Seorang lelaki pertengahan umur secara tiba-tiba mencetuskan kekecohan di perkarangan luar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi ini ketika satu demonstrasi membantah projek ternakan ladang babi moden di Kuala Langat.

Berbaju oren sambil menutup muka dengan kain, lelaki itu cuba masuk ke Pintu 2 Bangunan SUK sambil memegang sangkar yang mengandungi dua ekor ayam.

Ketika dihalang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, beliau memberi alasan mahu menyerahkan ayam itu kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tetapi tidak dibenarkan.

"Mana MB?" katanya terketar-ketar menahan marah sambil melaungkan syahadah dan menggenggam bahu ketua Bahagian Gerakan IPD Shah Alam.

Beliau menyertai kira-kira 50 penduduk Tanjung Sepat, Sepang, berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum bantahan projek babi di Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat. – 26 Disember, 2014.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

TPM Muhyiddin arah tingkatkan aset air, udara dan darat di Kelantan

Posted: 26 Dec 2014 02:00 AM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi arahan untuk mempertingkatkan keperluan air, udara dan darat dalam usaha membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi arahan untuk mempertingkatkan keperluan air, udara dan darat dalam usaha membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang keadaan banjirnya disifatkan sebagai serius.

Beliau berkata arahan itu diputuskan setelah beliau mendapat taklimat terkini tentang bencana alam itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa hari ini untuk melihat sendiri situasi banjir di negeri ini.

"Daripada taklimat tadi, kita dapati ia masih tidak mencukupi kerana banjir ini luar jangkaan. Bot yang disediakan mungkin tidak cukup, helikopter, kita sediakan tujuh... bilangan masih tidak memadai.

"Sebab itu saya beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Bernama, 26 Disember, 2014.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ridhuan Tee dilarang masuk Sarawak

Posted: 26 Dec 2014 01:15 AM PST


Ridhuan Tee dilarang masuk Sarawak  Published: 26 December 2014  Ahli akademik Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.  Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Ridhuan memasuki Sarawak.  Bernama difahamkan Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.  Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.  Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."  Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini. – Bernama, 26 Disember, 2014.  http://www.themalaysianinsider.com Published: 26 December 2014

Ahli akademik Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Ridhuan memasuki Sarawak.

Bernama difahamkan Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.

Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.

Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini. – 

Bernama, 26 Disember, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com

Himpunan tuntut harga minyak RM1.90 ditangguh

Posted: 26 Dec 2014 12:30 AM PST


Jawatankuasa penganjur Himpunan Tuntut Harga Minyak RM1.90 memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan itu kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak ekoran bencana banjir yang sedang melanda negara.

"Bagaimanapun, kami menagih janji yang telah dibuat oleh timbalan menteri kewangan yang menyebut bahawa harga minyak akan turun di bawah RM2.00 pada 1 Januari 2015.

"Sekiranya harga RON95 tidak diturunkan sehingga RM1.90, kami tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan besar-besaran nanti," kata pengerusi TURUN, Azan Safar dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatankuasa penganjur sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka pada ambang Tahun Baru.

Azan juga menuntut supaya semua sambutan ambang tahun baru dibatalkan sebagai tanda solidariti kepada mangsa banjir.

Oleh itu beliau menggesa supaya program Malam Cinta Rasul yang dianjurkan di Dataran Merdeka serta sambutan-sambutan di peringkat kerajaan negeri dibatalkan.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya pada 31 Disember dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, program selawat yang akan diadakan di Masjid Putrajaya dan di Jalan Raja, akan diteruskan sebagaimana dirancang.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga meminta penganjur perhimpunan itu supaya membantu mangsa banjir, daripada mengadakan protes tersebut.

"Saya fikir mereka boleh turun padang dan membantu rakyat yang menderita. Itu lebih produktif dan berfaedah," Muhyiddin dilaporkan berkata.

Dalam kenyataannya hari ini, Azan berkata bencana banjir harus diinsafi semua pihak.

"kita semua harus lebih sensitif dengan nasib yang menimpa semua mangsa banjir.

"Perdana menteri dan seluruh anggota kabinet perlu turun padang bagi memastikan kebajikan seluruh mangsa banjir terbela," katanya.

Sehubungan itu, kata Azan, pihaknya menyeru semua pihak supaya menghentikan sentimen politik kepartian dan juga polemik politik yang tidak berkesudahan tatkala negara dilanda musibah.

"Kami peringkat NGO/aktivis/ parti politik yang terlibat di dalam penganjuran himpunan ini sudah pun menggerakkan operasi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

"Kami juga menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam menghadapi krisis banjir hari ini," tambahnya.
 
 
Malaysiakini

kerajaan S'gor digesa pindah projek ternak babi !

Posted: 25 Dec 2014 11:30 PM PST

 

 
 Kira-kira 100 penduduk kampung di Sepang hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bagi membantah projek ternakan babi di kawasan tersebut.

Salah seorang wakil penduduk, Hanapiah Mohamad berkata, beliau berharap agar kerajaan negeri dapat memindahkan projek ternakan itu memandangkan ia dibuat di kawasan yang majoritinya kaum Melayu.

Katanya, sebagai penduduk, dia tidak menghalang projek ternakan itu dibuat.

Bagaimanapun, katanya, dia mengharapkan supaya projek itu dibuat ditempat lain berikutan  bau busuk yang melanda kampung di kawasan sekitar projek ternakan itu.

"Kita minta supaya dialihkan penempatan itu ke tempat lain. Dan bukan di kawasan di situ. Kerajaan Negeri ada kuasa untuk alihkan projek itu.

"Jadi kita harap dipindahkanlah. Kita bukan menolak projek ini tetapi kita minta dipindahkan ke tempat yang jauh," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum memorandum di serahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Radzi Razak.

Ketua Kampung Tumbuk Darat, Tarmudi Tushran turut berpendapat bahawa kawasan projek ternakan babi itu tidak sesuai di kawasan hampir dengan penduduk kampung. 
 
Katanya, walaupun teknologi penternakan yang digunakan canggih, namun bau yang kurang enak tetap ada. 
 
"Teknologi itu kita setuju. Canggih. Tapi tempat tak sesuai sebab hampir dengan kampung. Babi ini ada bau kurang enak. 
 
"Tapi kalau dah kata canggih sangat teknologinya, kenapa tak buat di Shah Alam sahaja?" katanya. 
 
Sebelum itu, kesemua penduduk yang hadir di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam membawa sepanduk yang bertulis "Rumah babi diutamakan, rumah rakyat dipinggirkan" dan "Rakyat tolak projek babi". 
 
Selain itu, terdapat juga kain rentang yang mengecam ADUN Tanjung Sepat Mohd Haslin Hassan yang bertulis "YB Ir Haslin sokong penempatan babi, kami rakyat bantah". 
 
Selepas memorandum diserahkan, seorang lelaki daripada kumpulan tersebut dengan memakai kain di muka dan memegang sangkar burung yang berisi dua ekor ayam, tiba-tiba enggan berganjak dan berkeras mahu menyerahkan sangkar itu kepada Azmin. 
 
Lelaki tersebut yang tidak diketahui identitinya itu tiba-tiba meluru menuju ke bangunan SUK. Bagaimanapun, dia dihentikan oleh seorang anggota polis iaitu DSP Che Din Ali daripada IPD Shah Alam.  
 
Bagaimanapun, lelaki tersebut tiba-tiba menjerit dengan melafazkan dua kalimah syahadah dan 'lailahailallah'. 
 
Selepas itu, beliau berjaya ditenteramkan oleh seorang lagi anggota polis yang kemudiannya mengiringinya keluar dari kawasan bangunan SUK. 
 
 
Malaysiakini 

Tiada ulasan: