Kelab Greenboc |
[VIDEO & GAMBAR] Banjir Terburuk, Mana Tentera Amerika Yang Datang Dulu? Posted: 27 Dec 2014 01:07 AM PST N Sembilan pula dilanda banjir Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas. Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini. Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik. Di Kelantan, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam. Cuaca di Kota Bharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat negeri itu hari ini bagi meninjau sendiri keadaan banjir yang semakin merebak. Keadaan di TERENGGANU juga dilapor semakin buruk dengan angka mangsa banjir meningkat kepada 35,028 orang berbanding 33,269 orang malam tadi. Kemaman dan Dungun paling teruk terjejas apabila masing-masing merekodkan 24,912 dan 8,678 orang mangsa yang masih berada di tempat pemindahan, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu. Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,258 mangsa dan Hulu Terengganu 180 orang. Mangsa banjir di semua kawasan terjejas ditempatkan di 95 pusat pemindahan. Banjir di Terengganu kini sudah meragut empat nyawa. Di Johor, jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 1,104 orang daripada 896 malam tadi dengan Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu terjejas, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor. Lima lagi daerah yang terjejas ialah Muar, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Kluang. -BERNAMA
PELBAGAI VIDEO BANJIR LANDA NEGERI SEMBILAN Di Kuala Senaling, Kuala Pilah VIDEO KEADAAN BANJIR SELURUH NEGARA ULASAN GB Beberapa bulan lalu, negara digemparkan dengan kehadiran tentera Amerika di pantai timur Malaysia. Pelbagai spekulasi timbul, ada pihak yang mengkaitkannya dengan kehilangan MH370 sewaktu itu. Pemuda UMNO Terenggan sendiri terpinga-ppinga dengan kehadiran tentera Amerika itu di negerinya. Namun Kementerian Pertahanan pantas menafikan dan mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran tentera Amerika itu untuk latihan gabungan yang beroorientasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan Dalam Senario Banjir. Kini negara sedang dan bakal menghadapi banjir terburuk di dalam sejarah, mana dia anggota tentera yang dikatakan telah melalui "latihan gabungan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan Dalam Senario Banjir" tersebut?. |
[VIDEO & GAMBAR] Jerebu Dulu Boleh Darurat, Banjir Dah 119,000 Orang Tak Isytihar Darurat Posted: 26 Dec 2014 06:01 PM PST Jumlah mangsa cecah 119,000, Kota Baru makin kritikal Jumlah mangsa banjir di 7 negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini. Di Kelantan, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Baru naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa. Semua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya 7 pagi tadi, katanya. Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang). Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari. Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu. Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang). Bagaimanapun menurut portal itu, bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat. "Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan Jalan Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun. "Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu. MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil dibuka semula kepada semua kenderaan. Keadaan di Pahang pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 pada tengah hari. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang). Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu Pahat, Kulaijaya Segamat dan Muar. Katanya 6 pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar. Di Kedah, jumlah mangsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi. Di Perlis, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini. Di Perak, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut jurucakap MKN Negeri Perak. – Bernama KEADAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN YANG MENGHARUKAN Dengan berkaki ayam, Sultan kelantan turun mencemar duli tidak bermain golf... ULASAN GB Cukup-cukup pelik. Jerebu dulu yang tidak sampai meliputi satu negeri dan tidak melibatkan ramai rakyat boleh diisytiharkan darurat, sedangkan banjir kali ini melibatkan beberapa buah negeri dan melibatkan lebih 100,000 orang tidak diisytiharkan darurat. Sudah seminggu puluhan ribu rakyat tak balik ke rumah, tersadai di pusat pemulihan banjir. Segala-galanya musnah ditenggelami air... rumah - barangan - kelengkapan - kenderaan (kereta, motorsikal, basikal dan lain-lain) ditinggalkan malah banyak yang musnah dianyutkan oleh banjir, pun tidak diisytiharkan darurat. Ahl-ahli Keluarga, anak-anak, suami dan isteri bersepah dan ramai juga yang terpisah.... Bukankah bencana tersebut lebih jauh hebatnya dari jerebu yang rakyat masih boleh duduk bersama di dalam satu rumah? Apakah jenis mentaliti yang ada di kalangan pak menteri kita di negara ini? Please lah wahai Najib, wahai Muhyiddin, wahai Mustapa Mohd, wahai menteri-menteri UMNO-BN... hentikanlah berpolitiking demi mengelakkan kezaliman dilakukan ke atas rakyat. Jangan kerana yang ramai terlibat itu rakyat Kelantan maka mereka dipinggirkan dan dizalimi... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan