Isnin, 15 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

Harga minyak jatuh, jadikan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara, kata konsultan.

Posted: 15 Dec 2014 10:45 PM PST

 Malaysia muncul sebagai tempat paling lemah dalam Asia Tenggara berikutan penurunan semasa harga minyak mentah dunia dan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang melemahkan ringgit berbanding dolar AS, kata konsultan kredit antarabangsa.

Menulis dalam ruangan Macroscope di akhbar Hong Kong, South China Morning Post, Nicholas Spiro berkata pengeksport minyak itu juga lebih sensitif kepada kenaikan pengeluaran Perbendaharaan AS kerana ia mempunyai salah satu saham terbesar pegangan asing dalam bon matawang tempatan di pasaran berkembang (Ems).

Beliau berkata negara Asia yang berkembang sudah membuktikan ia secara relatifnya mampu bertahan terhadap sentimen kemerosotan, sebahagiannya disebabkan pelabur lebih positif terhadap rantau itu berbanding negara Eropah berkembang dan Amerika Latin, dan juga ekonomi utama Asia adalah pengimport minyak dan akan mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak.

"Tetapi satu negara dalam rantau itu terkeluar daripada aspek kelemahannya: Malaysia," katanya dalam kolum akhbar itu.

Pengarah urusan firma perunding berpangkalan di London Spiro Sovereign Strategy yang khusus dalam dana dijamin kerajaan di Eropah berkata saham Malaysia jatuh 12% dalam tempoh 3 bulan, digambarkan sebagai "penurunan tercuram" di kalangan Ems utama, sementara ekuiti Indonesia dan Thailand hanya jatuh 0.8% dan 2.5% masing-masing bagi tempoh yang sama.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Rahsia Lakonan Mamat Syiah di Lindt Cafe di Sydney ?? Dicatat oleh ustazcyber

Posted: 15 Dec 2014 10:00 PM PST

Al-Mustaqbal Orang yang menyandera lebih dari sedozen orang di Lindt Cafe ternyata sudah tidak asing lagi bagi polis setempat atau peradilan. 

Menyatakan diri sebagai ulama, adalah Man Haron Monis, 50, pertama kali mencuri perhatian polis ketika ia menulis surat beracun tujuh tahun yang lalu kepada keluarga tentera Australia yang tewas, sebagai bentuk penolakan kehadiran tentara Australia di Afghanistan. Terungkap! Penyandera Haron Monis 

Adalah Seorang Syiah! Tahun lalu ia didakwa sebagai pelaku sekunder atas pembunuhan mantan isterinya. 

Dan tahun ini, pada bulan April, didakwa atas tuduhan kejahatan seksual terhadap seorang perempuan di Sydney, dan bulan Oktober ini ia mendapatkan 50 lebih pengaduan atas tuduhan perlakuan tidak senonoh dan kekerasan seksual saat ia bekerja sebagai "penyembuh spiritual" bagi yang mengalami gangguan makhluk ghaib, yang pejabatnya terletak di bahagian barat Sydney. 

Dalam iklannya ia mengaku sebagai orang yang faham astrologi, numerologi, meditasi, dan ilmu hitam. Monis, yang juga memiliki nama alias Sheikh Haron dan nama asli Mohammad Hassan Manteghi, lahir di Iran dan tinggal di Bexley Utara, selatan Sydney. 

Dalam Situs pribadinya ia menulis sebuah kutipan, diposting awal bulan Disember ini yang menyatakan: "Saya dulu Rafidi, tapi tidak lagi. Sekarang saya seorang Muslim, Alhamdu Lillah." 

Motif Man Haron Monis hingga saat ini tidak diketahui dengan jelas. 

Terlebih dengan meminta bendera Daulah Khilafah membuat orang banyak bertanya-tanya mengenai apa yang ingin dilakukannya dengan bendera tersebut.
 
ustazcyber.com

Seramai Seramai 23 orang didakwa di bawah Akta Hasutan sejak 2009 ??

Posted: 15 Dec 2014 09:15 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata mereka yang didakwa dengan Akta Hasutan melibatkan isu agama, perkauman, kerajaan, mahkamah dan Raja-raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata mereka yang didakwa dengan Akta Hasutan melibatkan isu agama, perkauman, kerajaan, mahkamah dan Raja-raja.

Seramai 23 individu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sejak 2009, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata mereka didakwa atas pertuduhan menghasut melibatkan isu agama, perkauman, kerajaan, mahkamah dan Raja-raja.

"Daripada 23 didakwa, seramai lima orang didakwa (atas) kesalahan menghasut melibatkan penghinaan terhadap Raja-raja," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di persidangan itu hari ini.

Beliau juga berkata kerajaan akan meneliti dan mengkaji secara terperinci pindaan yang sesuai terhadap akta itu susulan pengumuman kerajaan untuk mengekal dan memperkukuhkan lagi akta berkenaan.

Kerajaan, katanya, menghargai setiap sokongan dan akan mengambil maklum setiap saranan bagi tujuan memperkukuh akta berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar memberitahu persidangan itu bahawa Malaysia Airlines (MAS) tidak terkecuali daripada membayar satu kadar yang kompetitif sebagai usaha untuk menarik minat bakat yang berkemampuan menerajui syarikat penerbangan itu.
Tanpa mendedahkan jumlah gaji bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS, Christoph R Mueller, Wahid yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) memberi gambaran bahawa berdasarkan keadaan semasa, CEO di negara ini menerima ganjaran lebih daripada RM1 juta setahun.

"Untuk menarik bakat berkemampuan, syarikat boleh bayar ganjaran yang berpatutan bersesuaian dengan tanggungjawab serta taraf mereka (CEO) di syarikat besar," katanya.

Pemilihan Mueller dibuat berdasarkan kecemerlangan dan pengalaman beliau dalam bidang penerbangan selama 25 tahun.

Mueller juga dikatakan mempunyai rekod baik sehingga berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dalam tempoh singkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula berkata sehingga 30 Jun tahun ini terdapat seramai 47,717 orang pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam di seluruh negara.

Katanya daripada jumlah itu 89.6% atau 42,759 adalah pegawai kontrak yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran serta badan-badan berkanun.

"Baki 4,958 atau 10.4% lagi merupakan pegawai lantikan kontrak yang diluluskan Kementerian Kewangan seperti pakar penasihat, pegawai khas dan pegawai pemantau harga barang," katanya.

Shahidan menjelaskan pegawai lantikan kontrak dalam sektor kerajaan tidak akan diserap secara automatik ke jawatan tetap, sebaliknya mereka perlu mengikut prosedur ditetapkan iaitu mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa melantik berdasarkan kelayakan akademik serta pengalaman yang dimiliki. – Bernama, 15 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com/.

Hudud musnahkan harapan Pakatan ke Putrajaya, kata NGO - OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 15 Dec 2014 08:30 PM PST

Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab berkata beliau risau akan kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. 

Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab berkata beliau risau akan kelam kabut jika hudud dibuat sekarang.

Cadangan PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen hanya akan meranapkan harapan parti pembangkang itu menawan Putrajaya, kata badan bukan kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).

Lensa yang pro Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, ketika majoriti rakyat memberikan undi popular kepada PR semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS seharusnya menumpukan kepada usaha memulihkan hubungan dalam gabungan parti pembangkang itu.

"Kita risau (akan) kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. Impaknya lagi besar. Kita boleh kehilangan masa emas ketika PR berada pada ambang kemenangan di mana 52% rakyat memberi undi popular.

"Lebih 52% beri kepercayaan kerana agenda di bawah PR sebelum ini ialah agenda kebajikan dan agenda yang jelas dapat diterima rakyat," kata Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab ketika ditemui The Malaysian Insider.

Beliau berkata, sebelum PRU13, hudud tidak diperkenalkan PR dalam Buku Jingga, sekali gus berjaya mendapat kepercayaan rakyat.

Katanya, pemimpin PAS perlu serius berbincang bagi memastikan sama ada sekarang masa yang sesuai membentangkan rang undang-undang hudud atau tidak.

"Selepas PRU13, agenda hudud diperjuangkan PAS boleh menutup kembali kepercayaan yang rakyat berikan kepada Buku Jingga," katanya sambil mendakwa sesuatu yang mustahil sekiranya PAS mahu semua rakyat Malaysia memahami hudud. 

"Garis perdana pada pandangan Lensa hari ini ialah garis yang boleh menyatukan semua rakyat bagi mencapai perubahan utama. Bukan isu yang menyebabkan perpecahan," katanya. 

Syukri berkata, parti dalam PR perlu segera menghentikan pendedahan buruk kepada umum yang secara jelas menampakkan kelemahan dalam hubungan mereka.

Katanya, kelemahan dalam PR itu perlu segera diatasi sebelum rakyat memalingkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

"Cukup-cukuplah dedah masalah rumah tangga itu kepada awam," katanya.

Katanya, sebagai 'gabungan harapan rakyat', PR tidak sepatutnya mendedahkan isu dalamannya kepada umum.

"Apa yang mereka lihat ialah kegagalan mengurus konflik antara parti. Ini satu mesej sangat tidak sihat pada rakyat.

"Tidak bermesyuarat selama enam bulan, perkara ini memalukan bila rakyat tahu. Bagaimana sebuah gabungan dalam Malaysia tidak mesyuarat selama enam bulan? Bagaimana mereka hendak perintah Putrajaya nanti?" soalnya.

Katanya, beliau khuatir sekiranya PR tidak memulakan satu "kesegaran" pada 2015 dan ia berterusan hingga 2018.

"Itu trend yang kita lihat kini," katanya kepada The Malaysian Insider. 

Mengulas dakwaan Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai CheguBard, Syukri berkata apa yang didedahkan bekas ketua cabang PKR Rembau itu ialah sesuatu yang serius.

Katanya, Lensa akan mendapatkan penjelasan Badrul bagi memahami keadaan sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal berkenaan. 

"Kita kenal CheguBard. Kita tidak rasa dia buat sembarangan. Mungkin dia ada hujah mengapa dia buat macam itu," katanya sambil menambah yang Lensa akan menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu sebelum tahun depan. 

Beliau merujuk kenyataan CheguBard mengenai 5 ahli Dewan Undangan Negeri PR Selangor yang menarik balik sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. – 15 Disember, 2015.
 
http://www.themalaysianinsider.com

Hudud musnahkan harapan Pakatan ke Putrajaya, kata NGO

Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab berkata beliau risau akan kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider,15 Disember, 2015.Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab berkata beliau risau akan kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider,15 Disember, 2015.Cadangan PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen hanya akan meranapkan harapan parti pembangkang itu menawan Putrajaya, kata badan bukan kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).
Lensa yang pro Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, ketika majoriti rakyat memberikan undi popular kepada PR semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS seharusnya menumpukan kepada usaha memulihkan hubungan dalam gabungan parti pembangkang itu.
"Kita risau (akan) kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. Impaknya lagi besar. Kita boleh kehilangan masa emas ketika PR berada pada ambang kemenangan di mana 52% rakyat memberi undi popular.

"Lebih 52% beri kepercayaan kerana agenda di bawah PR sebelum ini ialah agenda kebajikan dan agenda yang jelas dapat diterima rakyat," kata Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab ketika ditemui The Malaysian Insider. Beliau berkata, sebelum PRU13, hudud tidak diperkenalkan PR dalam Buku Jingga, sekali gus berjaya mendapat kepercayaan rakyat.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-musnahkan-harapan-pakatan-ke-putrajaya-kata-ngo#sthash.7V9uFLbw.dpuf

Pas Tidak Akan Berganjak, Kata Mustafa Ali kepada Utusan

Posted: 15 Dec 2014 08:00 PM PST

Persoalan berapa lama lagi pakatan pembangkang mampu bertahan berikutan pelbagai siri perbalahan terbuka antara DAP dengan Pas dilihat makin menghampiri penghujungnya apabila Pas mula memberi bayangan tidak pasti tentang hayat pakatan tersebut.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas tidak mampu menjangka apakah kesudahannya kerjasama politik antara parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hanya masa yang dapat memutuskan sama ada akan berlaku perpecahan atau sebaliknya.

Pada masa yang sama beliau menegaskan, Pas tidak akan sesekali berganjak daripada prinsip perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang keras oleh DAP kerana asas tersebut sudah menjadi pegangan parti berkenaan sejak sebelum pakatan ditubuhkan lagi.

"Kita tengok masa depan macam mana, kita tak tahu (tidak boleh menjangka) tapi ketika ini kita masih lagi bersama, masalah keluar atau kekal, kita tengok macam mana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini masa depan Pas dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP semalam.

Guan Eng dalam nada kerasnya semalam mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP itu bagaimanapun 'dijawab' oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan menegaskan Kerajaan Pas Negeri Kelantan tetap akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas pada 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).

Langkah itu bagi melayakkan Kelantan membawa usul rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat dan seterusnya mendapat kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Dalam pada itu, Mustafa secara tegas berkata, pemimpin DAP perlu berhenti membuat kenyataan terbuka ke atas kepemimpinan Pas jika mahu suasana sihat dalam pakatan pembangkang dikekalkan kerana sikap tidak bertanggungjawab tersebut hanya memburukkan lagi keadaan.

Katanya, segala permasalahan yang timbul dalam pakatan sekarang ini berpunca daripada tindakan DAP sendiri yang menukar pendirian kerana pada tahun 2001, semua komponen parti pembangkang sudah bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing.

"Kita sudah putuskan pada 2001 iaitu setuju untuk tidak setuju dengan menghormati dasar parti masing-masing. Sebab itu, Pas tidak membangkitkan secara terbuka soal Malaysian Malaysia. Jadi mengapa DAP mahu mempersoal isu hudud yang merupakan dasar perjuangan Pas?

"Hudud ini kita buat dalam rangka demokrasi kerana wujud jawatankuasa serta dibentangkan di DUN, jadi apa masalahnya? Jangan cuba paksa parti lain gugurkan dasarnya kerana takkan ada parti yang mahu tinggalkan asas perjuangannya," jelasnya.
 
Panglima Ludah libas Ketua Wira Perkasa kerana mem'bangsat'kan pemimpin UMNO..

Posted: 15 Dec 2014 07:30 PM PST

Tuesday, December 16, 2014.  Panglima Ludah libas Ketua Wira Perkasa kerana mem'bangsat'kan pemimpin UMNO..  Exco Pemuda Umno Malaysia Arman Azha Abu Hanifah mengingatkan 'junior' dalam sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak mencela mana-mana pemimpin Umno dengan kata-kata kesat termasuk mencera dengan gelaran 'bangsat'.  Justeru Arman Azha membidas keceluparan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang mensasarkan beberapa pemimpin Umno dengan melabelkan mereka sebagai "bangsat" di pentas persidangan tahunan NGO itu baru-baru ini.  "Yang pertama nak cakap adakah perjuangan Perkasa yang utama sejak awal ditubuhkan dulu apakah ia terus memperjuangkan untuk menyatukan orang Melayu?  "Kalau asas penubuhan Perkasa untuk menyatukan orang Melayu, jadi kenyataan bangsat itu tidak sepatutnya keluar atau adakah kepimpinan Wira Perkasa ini telah lupa bahawa perjuangan utama adalah untuk menyatukan orang Melayu," katanya.  Tegas beliau yang pernah mengetuai Wira Perkasa sehingga 2011, tiada pemimpin Umno yang sempurna dan teguran boleh dibuat mengikut cara yang betul tetapi bukan dengan melemparkan kata-kata kesat.  "Untuk menegur pemimpin Umno tidak salah tapi tegurlah secara berhemah memandangkan Perkasa merupakan NGO yang memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu.  "Kalau kepimpinan tertinggi Perkasa selepas saya iaitu saudara Irwan Fahmi yang mengeluarkan kenyataan begitu, adakah beliau telah lupa Perkasa ini ditubuhkan atas landasan untuk mempertahankan dan menyatukan orang Melayu.  "Tapi kenyataan beliau jelas menunjukkan tidak ke arah itu," katanya.  Irwan Fahmi ketika berucap dalam sesi penggulungannya persidangan tahunan NGO itu mensasarkan mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".  Pemimpin yang menjadi sasaran beliau termasuk Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.  Selain itu Irwan Fahmi turut menyifatkan Khairy Jamaluddin seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.  Sambil mengulangi peringatan kepada NGO itu, Arman Azha menganggap ia sebagai sikap 'tidak matang' Irwan Fahmi namun menasihatkan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.  "Jadi sepatutnya mereka nak menegur kepimpinan Umno harus mempunyai alasan dan menghormati dengan menggunakan bahasa yang baik, bukan mengeluarkan bahasa yang tidak enak didengar seperti perkataan bangsat itu.  "Jadi bagi saya mungkin ketidakmatangan Ketua Wira Perkasa baru ini terkeluar perkataan tersebut.  "Bagi saya sebagai kepimpinan Umno dan merupakan bekas Ketua Wira Perkasa, beliau seharusnya tidak kenyataan seperti itulah," katanya lapor AntaraPos
Exco Pemuda Umno Malaysia Arman Azha Abu Hanifah mengingatkan 'junior' dalam sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak mencela mana-mana pemimpin Umno dengan kata-kata kesat termasuk mencera dengan gelaran 'bangsat'.

Justeru Arman Azha membidas keceluparan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang mensasarkan beberapa pemimpin Umno dengan melabelkan mereka sebagai "bangsat" di pentas persidangan tahunan NGO itu baru-baru ini.

"Yang pertama nak cakap adakah perjuangan Perkasa yang utama sejak awal ditubuhkan dulu apakah ia terus memperjuangkan untuk menyatukan orang Melayu?

"Kalau asas penubuhan Perkasa untuk menyatukan orang Melayu, jadi kenyataan bangsat itu tidak sepatutnya keluar atau adakah kepimpinan Wira Perkasa ini telah lupa bahawa perjuangan utama adalah untuk menyatukan orang Melayu," katanya.

Tegas beliau yang pernah mengetuai Wira Perkasa sehingga 2011, tiada pemimpin Umno yang sempurna dan teguran boleh dibuat mengikut cara yang betul tetapi bukan dengan melemparkan kata-kata kesat.

"Untuk menegur pemimpin Umno tidak salah tapi tegurlah secara berhemah memandangkan Perkasa merupakan NGO yang memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu.

"Kalau kepimpinan tertinggi Perkasa selepas saya iaitu saudara Irwan Fahmi yang mengeluarkan kenyataan begitu, adakah beliau telah lupa Perkasa ini ditubuhkan atas landasan untuk mempertahankan dan menyatukan orang Melayu.

"Tapi kenyataan beliau jelas menunjukkan tidak ke arah itu," katanya.

Irwan Fahmi ketika berucap dalam sesi penggulungannya persidangan tahunan NGO itu mensasarkan mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".

Pemimpin yang menjadi sasaran beliau termasuk Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.

Selain itu Irwan Fahmi turut menyifatkan Khairy Jamaluddin seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.

Sambil mengulangi peringatan kepada NGO itu, Arman Azha menganggap ia sebagai sikap 'tidak matang' Irwan Fahmi namun menasihatkan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

"Jadi sepatutnya mereka nak menegur kepimpinan Umno harus mempunyai alasan dan menghormati dengan menggunakan bahasa yang baik, bukan mengeluarkan bahasa yang tidak enak didengar seperti perkataan bangsat itu.

"Jadi bagi saya mungkin ketidakmatangan Ketua Wira Perkasa baru ini terkeluar perkataan tersebut.
"Bagi saya sebagai kepimpinan Umno dan merupakan bekas Ketua Wira Perkasa, beliau seharusnya tidak kenyataan seperti itulah," katanya lapor AntaraPos

Anak Sungai Derhaka

Video ini wajib Anda tonton!!! Apa Kata Kitab Hindu tentang Nabi Muhammad? Written By canang

Posted: 15 Dec 2014 07:00 PM PST

Ternyata Kitab-Kitab Hindu Telah Mengabarkan Kedatangan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam!

Video ini wajib Anda tonton! Luar biasa, ternyata di kitab-kitab Hindu sudah ada berita tentang kedatangan seorang Nabi dan utusan agung yang terpuji, yaitu Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam.

Yukk share dan bagikan berita gembira ini 

Mahkamah tolak saman fitnah bekas calon PKR

Posted: 15 Dec 2014 06:30 PM PST

Hakim: Kenyataan Hadi Memang Berunsur Fitnah Tetapi Saman Ditolak

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif ... pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif," katanya.

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Kira-kira 100 penyokong Abdul Hadi memenuhi bilik mahkamah hinggakan ada yang terpaksa duduk bersila atas lantai manakala kira-kira 100 lagi penyokongnya berada di perkarangan mahkamah.

Pada 23 Februari lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember tahun lalu.

Pada 27 Februari lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama

ULASAN GB

Ulasan GB ringkas saja iaitu Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.
Sekalipun bebas daripada tuduhan memfitnah seseorang secara spesifik, tetapi wajarkah seorang Presiden Parti ISLAM SeMalaysia mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah? Dalam kitab apa yang mengizinkan / membolehkan seseorang Islam mengeluarkan perkataan berunsur fitnah?

Bagaimana pula pendapat tuan-tuan? 

Kelab Greenboc

Pelajar bakar patung timbalan VC UM

Posted: 15 Dec 2014 06:00 PM PST

15 Dec 2014.  Pelajar bakar patung timbalan VC UM   Kerana kecewa, pelajar hari ini bertindak membakar patung Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Rohana Yusof selepas beliau gagal memberi respons terhadap tuntutan mereka supaya tuduhan terhadap "UM8" digugurkan.   Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam (PMI), Khairul Najib, pelajar juga membawa plakad, yang antara lain berbunyi, 'See you in court'.   Beliau memberi amaran jika pihak universiti tidak menggugurkan tuduhan tersebut, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.   Kumpulan pelajar itu berkhemah di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu dan kemudian berpindah ke bangunan Canselori apabila mendapat tahu yang Rohana (kiri) kini di Johor.   Pelajar itu juga menampal plakad pada tingkap bangunan itu, tetapi ia kemudiannya dibuang oleh pengawal keselamatan.   Bagi pihak pentadbiran, Timbalan VC (Akademik dan Antarabangsa), Mohd Hamdi Abd Shukor, keluar menerima memorandum daripada pelajar.   Naib Canselor UM, Mohd Amin Jalaludin akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelajar Universiti Malaya jam 8 malam ini untuk "membincangkan tentang UM8", kata Khairul Najib ketika dihubungi Malaysiakini. Kerana kecewa, pelajar hari ini bertindak membakar patung Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Rohana Yusof selepas beliau gagal memberi respons terhadap tuntutan mereka supaya tuduhan terhadap "UM8" digugurkan.

Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam (PMI), Khairul Najib, pelajar juga membawa plakad, yang antara lain berbunyi, 'See you in court'.

Beliau memberi amaran jika pihak universiti tidak menggugurkan tuduhan tersebut, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Kumpulan pelajar itu berkhemah di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu dan kemudian berpindah ke bangunan Canselori apabila mendapat tahu yang Rohana (kiri) kini di Johor.

Pelajar itu juga menampal plakad pada tingkap bangunan itu, tetapi ia kemudiannya dibuang oleh pengawal keselamatan.

Bagi pihak pentadbiran, Timbalan VC (Akademik dan Antarabangsa), Mohd Hamdi Abd Shukor, keluar menerima memorandum daripada pelajar.

Naib Canselor UM, Mohd Amin Jalaludin akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelajar Universiti Malaya jam 8 malam ini untuk "membincangkan tentang UM8", kata Khairul Najib ketika dihubungi Malaysiakini.

'3 naib Umno belum layak ganti Najib'

Posted: 15 Dec 2014 05:30 PM PST

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan ramai tokoh dalam Umno layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, penganalisis politik melihat perkara itu sebaliknya.

"Belum ada yang menonjol sangat, Najib sangat diterima.

"Mungkin orang Melayu menolak dia, (tetapi) bukan Melayu melihat dia alternatif terbaik yang ada," kata ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan (bawah).

Mahathir dalam wawancara disiarkan Sinar Harian sebelum ini berkata ramai lagi pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, kata bekas perdana menteri, Umno tidak memberikan peluang kepada mereka.

Mahathir tidak menamakan individu itu.

Sementara itu, Timbalan ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) itu juga berkata, kepimpinan Najib masih boleh diterima oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum yang berfikiran moderat.

"Moderat Melayu, Cina, India, Sabah dan Serawak masih boleh menerima Najib," katanya kepada pemberita.

Terlalu cepat ulas

Sementara itu, beliau juga berkata, naib-naib presiden Umno – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk seri Hishammuddin Hussein – masih belum mencapai standard sebagai pengganti Najib.

"Barisan kedua perlu dibina, tiga naib presiden yang belum mencapai standard kerana terlalu cepat berdialog, dan beraksi.

"Orang yang ada wisdom (kebijaksanaan) harus jadi orang yang terakhir mengulas.

"Kadang-kadang tak bermalam (belum seharian) mereka sudah respons (sesuatu isu)," ujarnya. 

Malaysiakini

'Saya Melayu ke-26' jawab PERKASA

Posted: 15 Dec 2014 05:00 PM PST

Rakyat Malaysia mengecam kembali kenyataan PERKASA berhubung "ratusan lagi" anggotanya yang lebih hebat daripada kumpulan "25 orang Melayu ternama" dengan memulakan petisyen atas talian.

Semalam, berucap di Persidangan Agung PERKASA, presidennya Datuk Ibrahim Ali (bawah) memperkecilkan kumpulan itu dengan berkata ratusan lagi anggota PERKASA lebih hebat berbandingnya.

Golongan 25 Melayu itu sebelum ini tampil dengan seruan kesederhanaan di samping mengkritik NGO lantang Melayu seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Petisyen bertajuk "I am#26" (Saya yang ke-26) itu boleh didapati di laman web Change.org.

"I am#26" atau bermaksud "saya di nombor ke-26" itu sebagai menyatakan setiakawan dengan 25 Melayu ternama itu.

Ia dibuat untuk semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan lapisan masyarakat.

Petisyen mensasarkan kutipan 500 tanda tangan dan kemudian akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang daripada penandatangan, Lyana Khairuddin dari Kuala Lumpur berkata, sebagai seorang warganegara Malaysia Melayu-Islam, beliau mahu Najib mengkaji semula undang-undang syariah kerana ia menyebabkan kekeliruan dalam bidang perundangan.

Malaysiakini

September 16 Bukan Khayalan Saudara Anwar Ibrahim !!

Posted: 15 Dec 2014 04:00 PM PST

MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat. 

Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka. 

Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.

"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah. 

"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi. 

"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN.
Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Malaysiakini.
  
Mana dia mulut2 SUNDAL yang mengatakan September 16 hanya khayalan Saudara Anwar Ibrahim 
 
Mana Mana ??? Mari sini nak ku cabai mulut tu..... sudah beberapa tahun baru nak mengaku - sengaja melarikan 40 Ahli Ahli Parlimen BN ke Taiwan bagi mengelak mereka melompat - jika tidak....BN sudah mampos sekarang ini.

Anwar seorang megalomania, kata Zahrain

Posted: 15 Dec 2014 03:15 PM PST

Bekas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sifat "megalomania" (berasa diri hebat dan berkuasa) dan hanya mementingkan agenda peribadinya.
  
Zahrain berkata beliau juga secara peribadi berpendapat Anwar bukan seorang yang berwibawa dan tidak boleh dipercayai selepas berkesempatan untuk bekerjasama dengan Anwar dalam PKR.
  
"Saya percaya beliau seorang megalomania. Saya percaya bahawa Anwar cuma mementingkan agenda peribadinya iaitu menawan Putrajaya 'dengan apa cara sekalipun" dan menganggap dirinya sebagai bakal perdana menteri," kata beliau semasa pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
  
Zahrain, Duta Besar Malaysia ke Indonesia memberi keterangan pada perbicaraan kes saman RM100 juta dikemukakan oleh Anwar terhadap Anifah berhubung kenyataan Menteri Luar itu pada sidang media di Washington pada Mei 2009.
  
Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee apakah pengertiannya mengenai kata-kata plaintif (Anwar) "dengan apa cara sekalipun', beliau menjawab "mungkin dia menawarkan wang atau jawatan".
  
Zahrain dalam  kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah berkata beliau percaya apa yang plaintif maksudkan dengan perkataan "dengan apa cara sekalipun'ialah beliau (Anwar) akan menggunakan apa cara yang ada untuk memastikan parti gabungan PKR akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru melalui tindakan menarik anggota kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti.
  
"Ini termasuk dan tidak terhad kepada habuan kewangan untuk menarik anggota Parlimen BN untuk berbuat demikian," katanya.
  
Zahrain berkata beliau mengenali Anwar sejak 2008 semasa pilihan raya umum apabila beliau (Zahrain) menjadi anggota Parlimen dan oleh kerana gabungan BN telah memenangi pilihan raya, Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa partinya telah tewas.
  
"Anwar secara konsisten membuat kenyataan dalam media massa bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat akan tumbang kerana ramai anggota Parlimen daripada BN telah mengambil keputusan untuk melompat parti dan menyertai PKR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.
  
Zahrain berkata, pada atau sekitar tahun 2008 selepas BN memenangi pilihan raya umum, beliau tidak yakin mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menerajui negara yang kemudian mendorong beliau untuk menjadi anggota Parlimen Bebas.
  
"Pada masa itu, ada cakap-cakap mengenai tawaran yang dibuat kepada anggota Parlimen daripada BN untuk melompat parti dan PKR yang plaintif (Anwar) dakwa akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru kerana beliau telah memperoleh sokongan daripada sekurang-kurangnya 32 lagi anggota Parlimen untuk tujuan itu.
  
"Saya tahu bahawa Anwar telah menjanjikan habuan kewangan kepada beberapa anggota Parlimen BN dan kepada yang lain beliau menjanjikan jawatan tertentu jika parti pimpinan Anwar membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.
  
Zahrain juga berkata beliau secara peribadi tidak tahu bahawa plaintif mahu anggota Parlimen Kimanis (Anifah) untuk menyertai PKR dan Anwar telah bercakap mengenai perkara itu dengan beberapa pemimpin PKR.
  
"Yang saya ingat ialah Wee Choo Keong, Datuk Zulkifli Nordin. Turut hadir pada masa itu ialah Chua Tian Chang, Datuk Johari Abdul, Datuk Rashid Din dan beberapa yang lain," katanya.
  
Terdahulu, anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberitahu mahkamah bahawa seseorang telah menawarkannya RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai PKR.
  
"Saya menerima panggilan di rumah saya dengan pemanggil menawarkan kepada saya RM5 juta untuk melompat parti ke PKR. Pemanggil berkata dia dari PKR. saya tidak ingat namanya tetapi dia bertutur seperti loghat orang Sabah.
  
"Saya ada memberitahu pegawai Cawangan Khas (SB) mengenai panggilan telefon ini dan memberikan nombor telefon pemanggil yang tercatat dalam log telefon saya kepada SB. Saya tidak ingat secara khusus tentang tarikh panggilan tetapi panggilan dibuat sebelum 16 Sept, 2008," kata Kiandee.

Katanya beliau tidak ambil kisah tentang panggilan itu kerana tahu bahawa beliau tidak akan melompat parti.
  
Ketika disoal oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar sama ada beliau telah membuat laporan polis mengenai tawaran itu, saksi itu berkata "tidak".

Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia pada 27 Mei, 2009, kerana mendakwa kenyataan Anifah pada sidang media di Washington, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton telah mencemarkan nama baiknya.
  
Anwar mendakwa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan media asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.
  
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid bersambung esok.
  
- Bernama
 
Malaysiakini 
 
Kuasai Putrajaya Atau Ucapkan 'Selamat Tinggal'

Posted: 15 Dec 2014 08:00 AM PST

Kuasai Putrajaya Atau Ucapkan 'Selamat Tinggal' PRU13 raihan undi popular PR 51% akan hilang pada PRU14 nanti.  Hanya totok PAS, totok DAP dan totok PKR saja yang akan undi mereka,  Yang jenis berkecuali/atas pagar yang dulunya condong kepada PR akan lari atau pun tidak akan mengundi kerana mereka akan rasa kecewa.....   DAP-PKR-PAS diminta menilai diri sendiri Adam Abu Bakar | December 15, 2014 Hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia pas dap pkr  KUALA LUMPUR: Gabungan DAP-PKR-PAS harus menilai diri sendiri sama ada ia mahu menguasai Putrajaya atau berterusan memperjuangkan agenda masing-masing.   Profesor Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ketiga-tiganya hanya kuat dan boleh ke depan sekirannya bergabung berbanding berjuang secara sendirian.   Menurutnya, pilihan raya umum ke-14 merupakan peluang terbaik kepada pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya atau ia harus mengucapkan PRU13 raihan undi popular PR 51% akan hilang pada PRU14 nanti.

Hanya totok PAS, totok DAP dan totok PKR saja yang akan undi mereka, Yang jenis berkecuali/atas pagar yang dulunya condong kepada PR akan lari atau pun tidak akan mengundi kerana mereka akan rasa kecewa.....
DAP-PKR-PAS diminta menilai diri sendiri Adam Abu Bakar | December 15, 2014 Hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia pas dap pkr

KUALA LUMPUR: Gabungan DAP-PKR-PAS harus menilai diri sendiri sama ada ia mahu menguasai Putrajaya atau berterusan memperjuangkan agenda masing-masing. 

Profesor Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ketiga-tiganya hanya kuat dan boleh ke depan sekirannya bergabung berbanding berjuang secara sendirian. 

Menurutnya, pilihan raya umum ke-14 merupakan peluang terbaik kepada pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya atau ia harus mengucapkan "selamat tinggal."

Beliau menjelaskan, hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia. 

"PAS sememangnya akan memperjuangkan Hudud kerana PAS sendiri berasaskan kepada Islam," tambahnya yang merupakan Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN). 

Profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan itu berkata: "PAS tidak boleh melepas perkara itu (Hudud) walaupun sedar ia tidak boleh diimplementasikan." 

Sewaktu diaju soalan mengenai adakah Hudud hanya retorik politik, Dr Jayum menjawab: "Boleh dikatakan begitu, kerana ia hampir dengan retorik." "PAS dan DAP harus bekerjasama, dari sejarahnya juga, PAS dan DAP tidak kemana jika bersendiri. 

Memang nampak DAP dan PAS semacam hebat, tetapi mereka hebat apabila bersatu," katanya sebagai mengulas kontroversi berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Hudud perlu ditolak jika Pakatan Rakyat ingin memenangi PRU-14.

Posted by mountdweller
Kuasai Putrajaya Atau Ucapkan 'Selamat Tinggal' PRU13 raihan undi popular PR 51% akan hilang pada PRU14 nanti Hanya totok PAS, totok DAP dan totok PKR saja yang akan undi mereka Yang jenis berkecuali/atas pagar yang dulunya condong kepada PR akan lari atau pun tidak akan mengundi kerana mereka akan rasa kecewa..... DAP-PKR-PAS diminta menilai diri sendiri Adam Abu Bakar | December 15, 2014 Hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia pas dap pkrKUALA LUMPUR: Gabungan DAP-PKR-PAS harus menilai diri sendiri sama ada ia mahu menguasai Putrajaya atau berterusan memperjuangkan agenda masing-masing. Profesor Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ketiga-tiganya hanya kuat dan boleh ke depan sekirannya bergabung berbanding berjuang secara sendirian. Menurutnya, pilihan raya umum ke-14 merupakan peluang terbaik kepada pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya atau ia harus mengucapkan "selamat tinggal." Beliau menjelaskan, hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia. "PAS sememangnya akan memperjuangkan Hudud kerana PAS sendiri berasaskan kepada Islam," tambahnya yang merupakan Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN). Profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan itu berkata: "PAS tidak boleh melepas perkara itu (Hudud) walaupun sedar ia tidak boleh diimplementasikan." Sewaktu diaju soalan mengenai adakah Hudud hanya retorik politik, Dr Jayum menjawab: "Boleh dikatakan begitu, kerana ia hampir dengan retorik." "PAS dan DAP harus bekerjasama, dari sejarahnya juga, PAS dan DAP tidak kemana jika bersendiri. Memang nampak DAP dan PAS semacam hebat, tetapi mereka hebat apabila bersatu," katanya sebagai mengulas kontroversi berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Hudud perlu ditolak jika Pakatan Rakyat ingin memenangi PRU-14. Posted by mountdweller

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Lembu2 Penabur Fitnah Blogger2 Umno Tak Habis2

Posted: 15 Dec 2014 07:15 AM PST

Lembu2 Penabur Fitnah Blogger2 Umno Tak Habis2 Dgn Amalan Menjliat Tahi Fitnah Semata2 Nak Rosakkan Hubungan Dan Kerjasama Dlm PR..Ini Kerana Umnobn Skrg Ini Berada Dlm Keadaan Cukup Tenat Dgn Berbagai2 Isu Yg Akn Menjahanamkan Umno Sdn..BLOG NEGARAPAKATANRAKYAT ADALAH BLOG CIPTAAN PNCACAI BLOGGER2 TERNAKAN UMNO YG DITUGASKAN UTK MELAKUKAN BERBAGAI CERITA SEMATA2 UTK MERENGGANGKAN DAN MEROSAKKAN HUBUNGAN YG BAIK DLM PR..SEBARKAN DAN SHARE SEBANYAK MNGKIN SUPAYA ORG RAMAI TAHU KEWUJUDAN BLOG PENABUR FITNAH INI..Lembu2 Penabur Fitnah Blogger2 Umno Tak Habis2 Dgn Amalan Menjliat Tahi Fitnah Semata2 Nak Rosakkan Hubungan Dan Kerjasama Dlm PR..

Ini Kerana Umnobn Skrg Ini Berada Dlm Keadaan Cukup Tenat Dgn Berbagai2 Isu Yg Akn Menjahanamkan Umno Sdn..

BLOG NEGARAPAKATANRAKYAT ADALAH BLOG CIPTAAN PNCACAI BLOGGER2 TERNAKAN UMNO YG DITUGASKAN UTK MELAKUKAN BERBAGAI CERITA SEMATA2 UTK MERENGGANGKAN DAN MEROSAKKAN HUBUNGAN YG BAIK DLM PR..

SEBARKAN DAN SHARE SEBANYAK MNGKIN SUPAYA ORG RAMAI TAHU KEWUJUDAN BLOG PENABUR FITNAH INI..
 
Pembinaan loji najis Danga Bay ni, Penghinaan atau Penghargaan buat Melayu Johor?

Posted: 15 Dec 2014 06:45 AM PST

Yang dipersoalkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas ialah "Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek, mengapa mereka memilih untuk menempatkan loji najis itu di kawasan orang Melayu dan menghina dengan istilah seperti 'state-of-the-art' dan 'taman'," 

Persoalannya disini ialah..Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek mengapa Pihak Berkuasa Tempatan meluluskan pelan pembangunan yang sudah pasti menunjukkan kedudukan loji najis itu?

Adakah Ahli-ahli Majilis dalam PBT tersebut diwakili oleh wakil-wakil dari PKR, PAS ataupun DAP?.. sudah tentu tidak jawapannya..

Johor tu dikuasai UMNO jadi sudah tentu Ahli-ahli Majlisnya datang dari UMNO..

Mereka boleh untuk tidak bersetuju pelan pembangunan tidak diluluskan tetapi mengapa mereka memilih untuk meluluskan?

Lainlah kalau pembangunan projek ini tak perlu mendapat kelulusan PBT...

Atau mungkin ini satu penghargaan buat penyokong-penyokong UMNO di kawasan itu..

Pembinaan loji najis Danga Bay penghinaan terhadap Melayu Johor

Pembinaan loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay di perkampungan Melayu di Pengkalan Rinting, Johor Bahru disifatkan sebagai satu penghinaan yang amat besar terhadap orang Melayu di negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat mempersoalkan mengapa loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay itu tidak ditempatkan di kawasan elit tersebut.

Beliau yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam isu loji najis itu mempertikaikan keputusan untuk menempatkan loji najis itu di kawasan yang diduduki 100 peratus oleh orang Melayu.

"Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek, mengapa mereka memilih untuk menempatkan loji najis itu di kawasan orang Melayu dan menghina dengan istilah seperti 'state-of-the-art' dan 'taman'," kata ADUNKempas itu.

Sukar untuk beliau menerima, orang-orang Melayu di Johor yang 99 peratus diperintah oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah dihina dengan sebegitu rupa oleh pemimpin Melayu yang mereka sendiri pilih.

"Menteri Besar yang lebih banyak berhubung dengan rakyat berbanding dengan yang lepas juga adalah Melayu, begitu juga dengan exco perumahan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar Johor Bahru, dari awal sehingga kini, Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan adalah orang Melayu.

"Wai'mah Raja kita juga adalah seorang Melayu yang dianggap Ketua Agama dan adat istiadat Melayu. DYMM (Duli Yang Maha Mulia) juga adalah lambang dan payung kepada orang Melayu.

"Oleh itu, sukar bagi saya untuk memahami dan saya tidak dapat terima hakikat bahawa bangsa Melayu lebih-lebih mereka yang telah menyokong kita pada setiap pilihanr raya daripada Merdeka sehingga kini, menerima layanan sebegini," kata Tengku Putra hari ini.

Penempatan orang Melayu itu kata beliau, mempunyai enam buah surau dan sebuah masjid yang membuktikan kawasan yang terjejas itu memiliki 100 peratus penduduk Melayu.

Tidak ada seorang pun daripada 600 penduduk Melayu yang tinggal di perkampungan itu bersetuju dengan pembinaan loji najis tersebut di kampung mereka dan ini dibuktikan dengan petisyen yang dijalankan oleh mereka baru-baru ini.

"Tidak ada seorang pun yang bersetuju dengan pembinaan loji najis itu," katanya sambil mencadangkan supaya satu lagi kajian 'door-to-door' dijalankan untuk mengetahui pilihan penduduk Melayu di Pengkalan Rinting sama ada mereka bersetuju dengan pembinaan loji najis itu atau tidak.

Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang lebih teliti dan prihatin dalam hal-hal penindasan terhadap orang Melayu di Johor.

Dalam sesi dialog di antara pemaju projek loji najis itu dengan penduduk Melayu baru-baru ini tentang pembinaan loji najis itu berakhir dengan kekecohan apabila mereka yang terjejas dengan projek terbabit meninggalkan majlis tersebut lebih awal. - MalaysiaGazette

VIDEO - Harus Ada "THIRD FORCE"

Posted: 15 Dec 2014 06:00 AM PST

Kui,,Kui, Kenapa saya tinggalkan PKR ...

Aku dok sangka hanya aku sorang saja yang tak berapa nak berkenan dengan suasana politik PKR bila bermula episod Langkah Kajang,,, rupa-rupanya tersalah anggap....

Ada lagi, malah lebih hebat, sanggup keluar dari parti PKR, kerana anggapannya Pkr sama seperti umno... Lihat video dibawah..

Apa pun, rakan Pkr iaitu Pas kena ambik iktibar sama,,,.. pakat-pakat pikiaq, kenapa budak yang terpelajar, tidak berminat menyertai parti Islam,,,, mereka lebih condong kepada kuasa ketiga, iaitu fahaman sosialis... 

Bagi pendapat aku, pimpinan pemuda Pas terdahulu banyak buat kesilapan,,, sedangkan Tuan Guru Mursyidul Am Pas Dato Nik Aziz telah menunjukkan sikap paling terbaik untuk dicontohi, tapi apakan daya, anak Nik Aziz sendiri yang sekarang Ahli Parlimen Pasir Mas pun tak dapat mencontohi ayahndanya, jadi apatah lagi pimpinan pemuda yang lain,, malah ada yang baru sahaja jadi AP, terus bertukar kereta mewah,, berbanding dgn pemimpin Parti Sosialis Ahli Parlimen Sungai Siput, hanya berkenderaan Volvo cabuk, mereka ini betul-betul menjadi wakil rakyat,,

Adik-adik kita diluar sana,,, mereka membenci umno,,, namun bila ada pimpinan parti politik hanya sanggup mempergunakan mereka, melanggar pintu gerbang universiti, bila pelajar kena tindakan tatatertib,,, apa pembelaan yang dilakukan oleh pemimpin parti tersebut.. terpaksa sendiri tanggung... sedih dan pilu hati ibu bapa pelajar tersebut...

Ada yang lebih menyedih, pelajar wanita berpurdah, anak orang Pas,, apa parti politik yang ia pilih,,, parti Dap,,, kenapa jadi begini... apakah Pas selepas ini hanya akan didokongi oleh puak ustaz-ustaz sahaja.... selepas dengan tertubuhnya Geng Ustaz.. yang sekarang ini pun cuba nak monopoli didalam Pas... masing-masing pakat muhasabahlah,, apa akan jadi masa depan kita di bumi Malaysia... mahukah kita bertuankan dengan umno yang sekarang sudah pun lebih dari setengah abad.... 

96 orang hilang tempat tinggal kebakaran di Kampung Baru Kita Bantai

Posted: 15 Dec 2014 05:15 AM PST

kebakaran di Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Seramai 96 orang dilaporkan hilang tempat tinggal dalam satu kebakaran di penempatan setinggan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu memusnahkan dua buah rumah, namun tiada kemalangan jiwa mahu pun kecederaan dilaporkan.

kebakaran di Kampung Baru

Jurucakap Bomba dan Penyelamat, berkata sebanyak 10 jentera dengan kekuatan anggota seramai 41 orang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 4.32 pagi.

kebakaran di Kampung Baru

Katanya, ketika tiba api sedang marak bagaimanapun, dapat dikawal kira-kira sejam kemudian. - BH Online

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/96-orang-hilang-tempat-tinggal.html#ixzz3Lw4KuBur

Bencana bakal menimpa....

Posted: 15 Dec 2014 04:45 AM PST

PERKASA puji DAP, sindir Umno mudah 'nangis'

Posted: 15 Dec 2014 04:00 AM PST

Jarang-jarang berlaku, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini memuji pemimpin DAP yang menurutnya bersikap tegas dalam kepimpinan berbanding Umno.

"(Seperti pemimpin kanannya) Lim Kit siang dan Lim Guan Eng, pemimpin DAP bukan sahaja tegas, tetapi berani walaupun bangsa mereka tak ramai.

"Walaupun baru memerintah satu negeri (mereka) sesudah dapat inspirasi daripada Singapura,"katanya ketika ucapan penggulungan Persidangan Tahunan PERKASA di Kuala Lumpur.

Malah, Ibrahim (kiri) berkata Umno pula terlalu apologetik dan mudah emosi sekiranya menerima teguran pihak lain.

"Tetapi kita ini terlalu apologetik, mudah emosi, mudah menangis dan sedih. Sebab itu kadang-kadang teguran itu tidak berkesan," ujarnya.

Ibrahim dalam ucapannya turut membangkitkan kepimpinan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang sanggup meletakkan jawatan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah kaum India.

"Tengok pemimpin Hindraf, ahli Hindraf berapa kerat (ramai).

"Bukan main lagi pemimpin (kita) nak pujuk (sebelum itu), hingga dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

"Tetapi sesudah dilantik, dan tengok tuntutan kaum dia tidak dipenuhi beliau boleh meletak jawatan timbalan menteri.

"Mana ada pemimpin bangsa kita yang bersikap demikian," katanya.

'Mungkin jadi parti politik...'

Sementara itu, PERKASA juga berkata belum berhasrat membentuk sebuah parti politik baru tetapi menyerahkannya kepada anggotanya untuk membuat keputusan, jika dibangkitkan.

"Perkasa masih lagi NGO, NGO politik.

"Tetapi akan nanti sampai satu masa ada usul dari kawasan yang bersorak, desak PERKASA dalam mesyuarat nanti, mahu PERKASA jadi parti politik, ia akan jadi parti politik," katanya. 

Malaysiakini

HISHAMUDDIN HUSSEIN MARAH PENENTANG UG?

Posted: 15 Dec 2014 03:26 AM PST

Diam jika tidak setuju kerajaan perpaduan- AL HUSSEYN

Hj Hadi sedang menyantuni seorang pemberita?

Nak tahu pasal apa aku selalu bangkitkan isu Haji Hadi bersama Kerajaan Perpaduan? Sebabnya adalah supaya ahli PAS senantiasa ingat perancangan jahat Hj Hadi ini! 

 Masih ramai yang didalam PAS itu tidak percaya adanya usaha-usaha kearah perpaduang itu semata-mata buta kerana wala membuta tuli. 

 Ramai yang marah dan suruh aku berhenti tulis mengenai Kerajaang Perduang ini kerana menurut mereka itu adalah fitnah belaka.

Apakah orang-orang PAS UG in mahu aku wala' kepada Naib Presiden Umno, Hishamuddin Auw Auw yang suruh  diam jika tidak setuju Kerajaang Perpaduang?

Diam jika tidak setuju kerajaan perpaduan

 Semua pihak yang tidak bersetuju dengan agenda menjayakan kerajaan perpaduan seperti yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini diminta mendiamkan diri.
 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut perlu bagi memberi ruang kepada mereka yang sudah bersedia untuk melaksanakan hasrat murni itu. 
 ''Mana-mana pihak yang sudah bersedia, teruskan. Yang tidak bersedia, jangan tuduh pihak lain macam-macam," katanya.
 Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.  SUMBER 
Sorilah, aku akan teruskan penentangan terhadap agenda jahat Kerajaan Perpaduan anjuran Hj Hadi itu. Wala' kepada Hj Hadi, bermakna wala' kepada Umno!

Besalin dalam semak.... baru nak lari tinggal baby dah kena serbu dgn org awam....

Posted: 15 Dec 2014 02:30 AM PST

Gambar gadis beranak dalam semak, dicekup tak sempat lari - Tranungkite

Besalin dalam semak.... baru nak lari tinggal baby dah kena serbu dgn org awam....

Temerloh Pahang Smber: Naluri Rakyat

Kerengga.

Sekali lagi bumi Pahang dikunjungi oleh tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim.

Posted: 15 Dec 2014 01:45 AM PST

"SAYA TIDAK MINTA ANUGERAH, JIKA DIBERI SAYA MENJUNJUNG KASIH - KATA ANWAR DI KUANTAN.

Mengapa aku sebut 'Saudara"?

Bukan disebabkan pingatnya ditarik balik oleh istana Selangor, bahkan beliau ada lapan lagi pingat yang langsung tidak menjejaskan gelaran Dato' Seri.

Aku sebut 'Saudara' sebab bagi aku Anwar terkenal dan hebat bukan kerana sebarang anugerah.

Sejak dulu insan bernama Anwar ini memang terkenal. Gelaran "Pak Syeikh" dan gelaran "Brother" selain gelaran "Saudara" memang sinonim dengan tokog reformasi ini.

Sehubungan itu, aku cuba biasakan diri untuk menyebut nama Anwar sebagai Saudara Anwar. Di Pahang, sebelum beliau berkunjung di Beserah, Kuantan malam tadi, beliau telah pun berkunjung di Maran. 

Ertikata lain, Sdr Anwar tidak memilih untuk kerap berkunjung di negeri-negeri yang kita telah kuasai saja. Samada ramai orang hadir atau tidak di negeri bawah rejim Bn ini, Sdr Anwar tetap hadir kerana dia yakin rakyat kini perlukan maklumat sebenar darihal isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negara ini.

Malam tadi, selain dari membicarakan tentang isu rasuah, hak bersuara buat Mahasiswa, isu kepentingan Islam dan kedaulatan Raja, paling aku tertarik apabila Sdr Anwar dengan tegas menyatakan bahawa rakyat di negara ini tiada pilihan lain kecuali untuk terus komited bersama PR. 

Beliau juga sebut, kekuatan PR adalah terletak di antara tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Tiada parti boleh menewaskan Umno/Bn jika bersendirian, maka Sdr Anwar tetap yakin PR akan terus bersatu menentang rejim sekarang.

Sdr Anwar juga lantang menyebut, beliau akan terus mendokong perjuangan rakyat menegakkan keadilan dan menentang kezaliman biarpun habis luruh segala pingat dan gelaran yang ada padanya.

"Mati nanti, saya tetap bernama Anwar, tanpa gelaran hebat itu". Itu ucapan Sdr Anwar yang disambut dengan tepukan orang ramai yang hadir. "Saya tidak pernah minta anugerah, tetapi jika diberi saya menjunjung kasih dan jika ditarik pun saya tetap menjunjung kasih".

"Saya sudah tidak fikirkan apa yang akan terjadi kepada saya samada terus dipenjarakan atau tidak, kerana saya yakin rakyat yang bangkit dan berjuang bukan kerana susuk tubuh saya tetapi mereka bangkit untuk menentukan hala tuju masa hadapan anak-anak dan cucu mereka".

Dicatat oleh WFAUZDIN NS 
Get your own Poll! Ahad, 14 Disember 2014 "SAYA TIDAK MINTA ANUGERAH, JIKA DIBERI SAYA MENJUNJUNG KASIH - KATA ANWAR DI KUANTAN MALAM TADI MALAM tadi sekali lagi bumi Pahang dikunjungi oleh tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim. Mengapa aku sebut 'Saudara"? Bukan disebabkan pingatnya ditarik balik oleh istana Selangor, bahkan beliau ada lapan lagi pingat yang langsung tidak menjejaskan gelaran Dato' Seri. Aku sebut 'Saudara' sebab bagi aku Anwar terkenal dan hebat bukan kerana sebarang anugerah. Sejak dulu insan bernama Anwar ini memang terkenal. Gelaran "Pak Syeikh" dan gelaran "Brother" selain gelaran "Saudara" memang sinonim dengan tokog reformasi ini. Sehubungan itu, aku cuba biasakan diri untuk menyebut nama Anwar sebagai Saudara Anwar. Di Pahang, sebelum beliau berkunjung di Beserah, Kuantan malam tadi, beliau telah pun berkunjung di Maran. Ertikata lain, Sdr Anwar tidak memilih untuk kerap berkunjung di negeri-negeri yang kita telah kuasai saja. Samada ramai orang hadir atau tidak di negeri bawah rejim Bn ini, Sdr Anwar tetap hadir kerana dia yakin rakyat kini perlukan maklumat sebenar darihal isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negara ini. Malam tadi, selain dari membicarakan tentang isu rasuah, hak bersuara buat Mahasiswa, isu kepentingan Islam dan kedaulatan Raja, paling aku tertarik apabila Sdr Anwar dengan tegas menyatakan bahawa rakyat di negara ini tiada pilihan lain kecuali untuk terus komited bersama PR. Beliau juga sebut, kekuatan PR adalah terletak di antara tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Tiada parti boleh menewaskan Umno/Bn jika bersendirian, maka Sdr Anwar tetap yakin PR akan terus bersatu menentang rejim sekarang. Sdr Anwar juga lantang menyebut, beliau akan terus mendokong perjuangan rakyat menegakkan keadilan dan menentang kezaliman biarpun habis luruh segala pingat dan gelaran yang ada padanya. "Mati nanti, saya tetap bernama Anwar, tanpa gelaran hebat itu". Itu ucapan Sdr Anwar yang disambut dengan tepukan orang ramai yang hadir. "Saya tidak pernah minta anugerah, tetapi jika diberi saya menjunjung kasih dan jika ditarik pun saya tetap menjunjung kasih". "Saya sudah tidak fikirkan apa yang akan terjadi kepada saya samada terus dipenjarakan atau tidak, kerana saya yakin rakyat yang bangkit dan berjuang bukan kerana susuk tubuh saya tetapi mereka bangkit untuk menentukan hala tuju masa hadapan anak-anak dan cucu mereka". Dicatat oleh WFAUZDIN NS Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

VIDEO - Nasihat Ibrahim PERKASA Kepada PM Najib....???

Posted: 15 Dec 2014 01:00 AM PST

Nouri Ramli Disyaki Bunuh Suami Sendiri

Posted: 15 Dec 2014 12:15 AM PST

Foto penyanyi Nouri Ramli bunuh suami sendiri - Seorang penyanyi terkenal era 90-an, Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, beliau melalui akhbar mstar mengesahkan Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: