Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[TERBONGKAR] Kisah 40 MP Dilarikan ke Taiwan Itu BENAR!

Posted: 16 Dec 2014 01:01 AM PST


MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat.

Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.

Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.

"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah.

"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi.

"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN.

Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

ULASAN GB

Jika berjaya dulu, Pakatan Rakyat sudahpun memerintah. Tetapi Allah belum mengzinkannya, dan mungkin Allah tidak mengizinkan PR untuk mencapai kemenangan melalui kaedah yang sedemikian, maka ditangguhkan dahulu kemenangan.

Seperti yang selalu GB ungkapkan hukum kkebenaran dan keadilan tetap berjalan. Kini kebenaran terdedah juga. Memang rombongan ke Taiwan itu untuk "melarikan" MP-MP berkenaan daripada melompat parti.

Dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus nberjalan. PR akan pasti ke Putrajaya satu hari nanti - pada masa dan kaedah yang Dia kehendaki.

Hakim: Kenyataan Hadi Memang Berunsur Fitnah Tetapi Saman Ditolak

Posted: 15 Dec 2014 10:55 PM PST


Mahkamah tolak saman fitnah bekas calon PKR

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif ... pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif," katanya.

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Kira-kira 100 penyokong Abdul Hadi memenuhi bilik mahkamah hinggakan ada yang terpaksa duduk bersila atas lantai manakala kira-kira 100 lagi penyokongnya berada di perkarangan mahkamah.

Pada 23 Februari lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember tahun lalu.

Pada 27 Februari lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama

ULASAN GB

Ulasan GB ringkas saja iaitu Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.


Sekalipun bebas daripada tuduhan memfitnah seseorang secara spesifik, tetapi wajarkah seorang Presiden Parti ISLAM SeMalaysia mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah? Dalam kitab apa yang mengizinkan / membolehkan seseorang Islam mengeluarkan perkataan berunsur fitnah?

Bagaimana pula pendapat tuan-tuan?

PERKASA Hentam Najib, Kritikan Rashid Bukti Najib Kuat Tipu Rakyat

Posted: 15 Dec 2014 05:10 AM PST


.Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul". -TMI

'Henti ke luar negara sebelum hilang jawatan'

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi 'nasihat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.

"Kepada perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.

"Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara," katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.
-mk


ULASAN GB

Kritikan Rashid di atas menjelaskan bahawa Najib amat kuat menipu rakyat selama ini.

Jika tidak masakan Rashid dengan berani meminta Najib berhenti daripada menipu rakyat.

Kedua, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali meminta Najib supaya kurangkan lawatan ke luarnegara.

Ia mengesahkan kritikan-kritikan dari pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Najib selama ini adalah benar.

Sekarang orang yang selama ini paling kuat menyokongnya dan kuat membodek UMNO sendiri menyuarakan kritikan terhadap Najib... demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Apakah Najib mahu terus berdegil dan buat tak tahu terhadap teguran-teguran rakyat ke atasnya selama ini?

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT