WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Najib di padang golf dengan Obama di Hawaii
- Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya
- Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam
- Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu
- Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....
Najib di padang golf dengan Obama di Hawaii Posted: 24 Dec 2014 09:11 PM PST Nampaknya beruntung rakyat Malaysia terutamanya yang sedang menerima musibah akibat bencana banjir yang telah ditakdirkan Tuhan ke atas rakyat Malaysia. namun PM 1 Malaysia kita telah bermain golf dengan Presiden Obama di Hawaii... Ditengah rakyat sedang menderita dan bertarung dengn berbagai masaalah harga barang, minyak , dan bakal berhadapan dengan GST tahun hadapan yang tak berapa hari....keadaan yang tidak menguntungkan para penjawat awam dengan gaji yang kecil dan kejatuhan nilai ringgit,Najib sedang bermain golf? Haiiii macai Umno..hangpa tak dak akai ka nak pikiaq?????Betul apa yang ditulis oleh Shahbudin Hussein dalam tulisan beliau di bawah.Najib kini sedang bercuti di Hawaii, lapor Washington Post semalam, dengan memetik Rumah Putih. Semakan di laman web FlightRadar24 menunjukkan jet rasmi, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, tiba di Honolulu dari Kuala Lumpur pada 20 Disember. Najib telah dilaporkan bercuti hujung tahun. [Baca berita penuh/asal] |
Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya Posted: 24 Dec 2014 03:09 PM PST Shabudin hussein Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah. Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain. Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti. Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah. Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini. Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan. Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini? Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama. Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang. Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir itu menggila. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah. Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir? Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat? Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin. Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama? Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. (SH 24/12/2014) |
Posted: 24 Dec 2014 05:28 AM PST Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan AwamCuepacs, Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam : Mahu melihat majoriti daripada 1.4 juta kakitangan awam terjaga kebajikannya dan tidak terus terhimpit dengan gelombang kenaikan harga rumah naik di Malaysia apatah lagi kerisauan Cuepacs Malaysia yang tidak mahu kakitangan awam menjadi gelandangan di Malaysia (SEPERTI DI SINI), Cuepacs tampil dengan saranan kepada kerajaan Malaysia. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan Malaysia bertindak segera bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai bank tanah sekaligus membantu penyediaan untuk 1.4 juta kakitangan awam yang memerlukan rumah yang benar-benar mampu milik untuk mereka. Bukannya rumah mampu tengok yang lebih banyak dibina sekarang ini. Cuepacs : Kawal Harga Rumah Mahal Dengan Bank Tanah Penjawat AwamCuepacs mahukan kerajaan Malaysia menyediakan sekurang-kurangnya rizab 1.5 juta lot tanah sebanyak simpanan dalam bank tanah penjawat awam. Apa kata 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dengan cadangan dan saranan terbaru Cuepacs? |
Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu Posted: 24 Dec 2014 05:16 AM PST Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu(Ermizi Muhamad)KUALA LUMPUR 24 Disember : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam negeri Kelantan dan Terengganu bagi meringankan beban yang dialami rakyat di negeri itu. Ia berikutan kegagalan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada kedua-dua negeri itu yang menyebabkan hampir 30,00 rakyatnya terkesan dan terpaksa dipindahkan akibat banjir baru-baru ini. "Saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri ini mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini," tegasnya dalam satu kenyataan. Sehingga kini, banjir yang melanda di kedua-kedua negeri itu khususnya di Kelantan semakin buruk sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai, Gua Musang dan beberapa kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air. Pada masa yang sama, bahagian utara negeri itu terutamanya di kawasan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok pula diancam fenomena air pasang besar. Anwar menambah, beliau turut bersimpati terhadap musibah yang berlaku di kedua-dua negeri itu. "Sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini. "Justeru, saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini," ujarnya lagi. |
Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO ..... Posted: 24 Dec 2014 04:32 AM PST Wednesday, December 24, 2014Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....kredit al husseynAssalamu'alaikum Warahmatullah Sekitar sembang santai bersama Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, bekas vateran UMNO yg sejak 1956, yg lebih 30+ tahun aktif dlm kabinet pelbagai peringkat, sebelum tinggalkan UMNO sebelum PRU13 lepas. Selepas taaruf & tanya khabar, Tan Sri menitipkan beberapa nasihat dan pesanan utk PAS berdasar pemerhatian Tan Sri sendiri sbg pihak luar PAS dlm isu survival politik Islam & Melayu, dan PR di M'sia. Kelihatan wajah Tan Sri cukup bertenaga, dan nampak ikhlasan pandangan2 tegas di bawah, walau agak keras. [Ringkasan...] 1. Tan Sri sedang gerakkan parti baru beliau yg akan dilancarkan secara rasmi hujung Jan-2015 melibatkan seluruh jentera2 negeri. 2. Matlamat beliau utk betulkan kerosakan politik dlm negara skrg yg sgt parah. Kerajaan dan BN telah totally gagal berfungsi utk membela rakyat. 3. Parti baru tak bergabung dgn PR walau sama2 lawan BN, sbb isunya utamanya PR skrg dah semakin parah dan berpecah teruk. 4. PR asalnya dah elok2 di atas landasan utk tumbangkan BN, sikit sahaja lagi kena tingkat usaha lepas PRU13 lepas, tapi PR ambil keputusan patah balik ke blkg. Dah jadi Sama mcm UMNO yg mmg dah lama undur ke blkg. Sebab itulah PR blh memang besar dlm PRU13 lepas. 5. Sepatutnya PR bcg bagaimana betulkan kelemahan kerana gagal menang PRU13. Tapi terperangkap dlm isu hudud mainan UMNO yg PAS nak bawa. 6. Masalah PR plg utama mmg pada PAS. Mulut sebut nak ganti UMNO sejak dulu. Rupanya yg diganti tu perangai2 buruk UMNO diambilnya. 7. PAS yg diharapkan boleh jadi tempat utk org2 Melayu Islam yg sokong UMNO dulu utk datang pada PAS. Tapi sekarang hakikatnya org2 Melayu termasuk bekas2 pimpinan UMNO dlm PAS itu pun dah makin menyampah pada PAS, dan pakat lari dari PAS. 8. Faktanya semua org tahu, termasuk PAS sendiri, bahawa UMNO tak akan sesekali benarkan laksanakan hudud di Kelantan atau M'sia. Semua Presiden UMNO dah cakap mcm benda yg sama. Tak akan UMNO benarkan Islam perintah. Sebab kalau Islam kuat mmg UMNO pun hancur. Tapi sekali UMNO berlakon hulur tangan pada PAS, sekali itulah PAS terus sambut dan tak kisah dah janji2 PAS pada parti2 lain dlm PR. Siap serang balik parti2 PR lain itu. 9. Sedangkan saya cukup yakin sekalipun PAS bawa EJSK itu dibawa ke Parliment lepas sidang khas DUN Kelantan luluskan nanti, ia akan ditolak awal2 lagi. Yakinlah dgn saya. Saya kenal sgt perangai jahat UMNO. 10. Masa itulah, masa EJSK itu kena tolak nanti, parti yg paling seronok adalah UMNO dan BN, sbb PR dah berkubur sebab dah habis pecah. Saya sebut sebab saya mmg kenal semua kerja2 jahat UMNO dan strategi jahat UMNO nak jatuhkan PR melalui umpan PAS. 11. Bukan sahaja saya yg tak masuk PAS dah jadi benci pada PAS, kawan2 saya yg asal UMNO dan dah masuk PAS pun, awak tanyalah, semua mereka dah menyampah kat PAS. Semua mereka hilang kepercayaan pada PAS dan PR. Dan semua mereka nampak PAS mmg gagal berperanan sbg rakan dlm PR. 12. Bagitahu pada budak2 baru dalam PAS mcm Ahli Parlimen xxx dan Ahli Parlimen yyy tu, mereka tu tak pernah kenal lagi UMNO, elok janganlah bercakap hal2 UMNO dan strategi nak selamatkan Melayu. Langsung tak betul apa yg mereka cakap tu. Merapu sahaja bagi org makin benci PAS sebenarnya. 13. Mereka tu dok ingat makin banyak mereka bercakap pasal hudud dan undang2 Islam, ia akan menarik org2 Melayu sokong PAS. Mereka silap besar. Mereka ingat org2 Melayu bodoh mcm zaman dulu. 14. Bagitahu mereka, lagi banyak mereka cakap hal hudud dan cari sokongan Melayu dgn politikkan isu hudud, makin berlambaklah org2 Melayu lari dari sokongan pada PAS. 15. Hanya org2 bodoh tak reti politik mcm mereka tu sahajalah akan kata org Melayu akan jadi makin sokong PAS bila PAS cakap hal hudud itu. 16. Satu lagi, org yg plg ramai akan lari dari PAS adalah org muda. Budak2 muda skrg menyampah sgt pada PAS dgn sebab mereka dok cakap hal2 yg tak akan dapat dilaksanakan selagi UMNO masih ada. Bukan bercakap hal2 keperluan org muda. 17. Sedangkan kalau PAS terus cakap hal2 kebajikan, ekonomi, rasuah, pekerjaan org2 muda, pendidikan, dan sistem keadilan negara, masa itulah org akan makin dekat dgn Islam dan sokong PAS. 18. Bagitahu kat org PAS, ingat betul2 pesanan saya ini sebab saya kenal sgt darah daging UMNO, dan saya faham apa sebab org Melayu nak sokong PAS. Bagitahu mereka hanya org2 mcm Ahli Parlimen Shah Alam dan kawan2 dia itu sahajalah yg boleh bawa balik PAS utk tarik sokongan Melayu dan untungkan Islam. 19. Ini tidak, kamu hentam Khalid Samad dan kutuk dia larikan sokongan Melayu sebab konon dia buat mcm tu sebab nak tarik undi Cina India. Walhal org2 Melayu atas pagar dan UMNO yg dah cerdik skrg mereka cukup hargai tindakan Khalid Samad dan kawan2 dia yg berani itu. 20. Nanti kalau ada kesempatan jumpa saya lagi, saya nak bagitahu kamu mcmana nak lawan UMNO tanpa sesekali masuk perangkap UMNO itu. W'alam. Catatan bual santai siyasah..; Ahmad Sayuti Bin Bashiron Jumaat 19 Dec 2014 Shah Alam |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan