Tukar Tiub |
- AL-FATIHAH
- SATU CARA KAYAKAN KRONI
- HASAN MALEK MAKAN DEDAK
- MUHYIDDIN KENA HENTAK
- IMIGRESEN DAN RASUAH
- SATU PANDANGAN TAIK
- APA MAKNA PERHIMPUNAN GEROMBOLAN
- SEMUA AGAMA SAMA
Posted: 02 Dec 2014 06:59 PM PST AL-FATIHAH Tugce Albayrak bakal seorang guru tetiba mendengar jeritan dua anak gadis sedang dibuli tugce datang membantu pembuli ini berdendam pembuli menunggu diluar kedai satu jam kemudian tugce keluar dari kedai lalu diserang ganas gugurlah tugce albayrak yang baru berumur 23 tahun ini Germany mourns trainee teacher who dared to defy the bullies------------- |
Posted: 02 Dec 2014 06:11 PM PST KOMENTAR apa maknanya ini? ini maknanya ialah cara untu menyalurkan duit orang ramai kepada kroni bukan duit kerajaasn ke? duit kerajaan ialah duit orang ramai bagaiamana caranya? senang sahaja caranya: sama saperti baucar buku sama saperti baucar talipon bimbit hanya kedai kedai terpilih saja yang boleh menerima baucar ini kedai-kedai siapa ini? ini adalah kedai-kedai kroni yang boleh 'mark up' harga macam berlaku apabila anak muda dapat baucar talipon bimbit dulu kenapa tak boleh bagi wang tunai? kerana kerajaan dah habis duit kenapa habis duit? kerana hutang berbilion bilion rosmah mansor yang bukan menteri dapat 700 juta ringgit ulangi: 7 juta bukan 7 ratus rosmah dapat 700 juta riggit bukan fitnah ini fakta sila baca laporan bujet tahun ini Kaedah baharu pemberian BR1M dipertimbang KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menukar kaedah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bentuk baucar atau kad di masa depan bagi menggantikan pemberian dalam bentuk wang tunai. Timbalan Menteri Kewangan, Chua Tee Yong berkata kerajaan hanya akan melaksanakan kaedah baharu itu setelah mengambil kira keutamaan keperluan rakyat serta kemudahan infrastruktur setempat dalam menggunakan kaedah itu. "Kerajaan akan mempertimbangkan kaedah pemberian BR1M dalam bentuk baucar atau kad pada masa hadapan, yang hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian yang telah dikenal pasti," katanya menjawab soalan Senator Roslin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Tee Yong berkata, kerajaan akan membuat kajian terperinci dan membuat penambahbaikan ke atas program bantuan tahunan yang bermula pada 2012 itu, agar objektif kerajaan ke arah peralihan subsidi bersasar tercapai. KAH KAH KAH woit gamin dah tak ada fulus semua sudah bungkus untang makin banyak KAH KAH KAH |
Posted: 02 Dec 2014 05:38 PM PST 'BN satu-satunya kerajaan yang ambil berat'BN "satu-satunya kerajaan dalam dunia" yang mengambil berat soal kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek (gambar).Dalam ucapannya dalam kempen "kembali ke sekolah" hari ini, beliau justeru meminta orang dewasa dan pelajar supaya sama-sama mengundi BN. KAH KAH KAH woit nak tuduh bodoh memang bangang inilah akibat makan dedak inilah hasil ijazah pengajian melayu UM si tongong ni tak tahu belajar di german percuma belajar di belgium percuma dari sekolah rendah sampai universiti di UK ada biasiswa di FINLAND ada biasiswa APA PUNYA BANGANG ----------- |
Posted: 02 Dec 2014 05:00 PM PST Muhyiddin bertemu Menteri Pendidikan China2 days ago - Muhyiddin dalam rangka lawatan rasmi enam hari di Beijing, Shanghai dan Chongqing. ... Lawatan Muhyiddin ke China pertingkat kerjasama strategik ... mesyuarat MB, Ketua Menteri · Muhyiddin melawat Jepun, Australia. Muhyiddin tiba di Beijing untuk lawatan rasmi 6 hari - Yahoo ...https://my.news.yahoo.com/muhyiddin-tiba-di-beijing... 2 days ago - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini malam ini untuk lawatan rasmi enam hari ke China bertujuan untuk ...Translate this page PETALING JAYA: Wartawan veteran i Zainuddin Maidin menegaskan orang yang menyertai komunis sepatutnya dilayan seperti binatang dan demikian juga golongan yang terpengaruh dengan fahaman chauvenisme Cina yang dipelopori DAP. Katanya, walaupun ramai orang Cina tidak bersama anasir-anasir komunis yang masih bergerak dalam masyarakat negara ini, tetapi tanpa sedar ramai orang Cina bersama dalam perjuangan chauvenisme DAP. Menurut beliau, anasir-anasir komunis di negara ini masih mahukan pengiktirafan ke atas perjuangan nenek-moyang mereka suatu dulu sebagai suatu jasa membawa kepada kemerdekaan negara. Muhyiddin bertemu Menteri Pendidikan ChinaDaripada Junita Mat Rasid BEIJING: Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan China, Yuan Guiren. Beliau yang juga Menteri Pendidikan mengadakan pertemuan hampir sejam bagi membincangkan pelbagai isu pendidikan membabitkan kedua-dua negara. Petang ini beliau dijadual bertemu dengan rakan sejawatnya, Zhang Gaoli di Dewan Bankuet, The Great Hall of the People sini dan dijangka membincangkan mengenai usaha memperkukuhkan lagi hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan China dalam pelbagai bidang. KAH KAH KAH woit keeling ini cakap apa ni? keeling ni tibai sapa? ini macam kutuk muhyiddin yang sekarang ada di komunis china KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 02 Dec 2014 05:30 AM PST KOMENTAR tahniah! ini kjali pertama saorang menteri mengakui wujudnya rasuah dalam jabatan kerajaan bila telah diketahui bila telah dikenali maka persoalannya ialah apa yang wajib dilakukan? PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen merupakan agensi kerajaan yang berada di kedudukan teratas bagi kes rasuah yang dibentangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet, baru-baru ini. Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada 10 agensi dan jabatan kerajaan yang disenaraikan SPRM, Jabatan Imigresen menunjukkan kadar tertinggi rasuah. "Ia sesuatu yang memalukan saya. Kerana dengan hanya dua tiga kerat (pegawai) buat salah, kita yang tidak terlibat juga terkena imej buruk itu. "Kedudukan tersebut berdasarkan laporan yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini termasuk laporan telah disahkan dan kes pertuduhan di mahkamah," katanya. Ditanya sama ada 10 jabatan lain melibatkan jabatan penguatkuasaan, Ahmad Zahid berkata, beliau hanya menumpukan kepada dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen. KAH KAH KAH patutlah ramai gagak afrika masuk ramai pulak pendatang haram dapat kad pengenalan orang ramai dah tahu ini semua kerja orang dalam APA PUNYA TUUUUR ------------- |
Posted: 02 Dec 2014 04:00 AM PST Akta Hasutan 1948: Pemuda UMNO Johor cadang hukuman lebih berat Ketua Penerangannya, Sahrihan Jani (gambar) berkata, hukuman sedia ada iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi kesalahan pertama adalah terlalu ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. "Hal ini demikian kerana jenis kesalahan yang dilakukan boleh meruntuhkan keharmonian dan perpaduan negara. Hukuman denda juga tidak lagi relevan dan sepatutnya diganti dengan hukuman penjara lebih lama agar memberi pengajaran kepada mereka. "Sejajar dengan pindaan yang akan dilakukan nanti, Pemuda UMNO negeri menuntut ketegasan dan penguatkuasaan dapat dilakukan dengan cepat terhadap pihak yang menghasut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. KAH KAH KAH kah kah kah kah kah kah kah kah kah ----------- |
APA MAKNA PERHIMPUNAN GEROMBOLAN Posted: 01 Dec 2014 08:30 PM PST MEMAHAMI MAKNA PERHIMPUANAN Perhimpunan tahunan United Malays National Organisation baru selesai. Tidak banyak konsep dan dasar arah tuju negara yang dibicangkan. Gerombolan Ketuanan Melayu tidak membincangkan cukai GST. Tidak membincangkan berbilion ringgit yang dibawa lari keluar negara melalui projek 1MDB.Tidak membincangkan barah rasuah yang semakin parah. Tidak membicangkan melorohnya masuk pendatang haram yang semakin membawa mudarat. Tidak ada seorang pun ahli parti Ketuanan Melayu yang menimbulkan agenda pemerentahan adil. Apa yang didengari hanya garis perkauman yang semakin terbuka disebarkan. Politik membodohkan Orang Melayu. Ucapan-ucapan bangang untuk menakut-nakutkan Orang Melayu. Tetapi dalam tulisan ini bukan pekara-pekara ini yang ingin saya garap. Ada satu pekara yang lebih mustahak. Satu agenda terpendam yang wajib saya gali dan bogelkan untuk diketahui umum. Agenda ini wujud dalam perhimpunan bani Ketuanan Melayu ini – tapi jika TIDAK digali dan cungkil agenda ini tidak dapat dilihat. Sebelum gerombolan Ketuanan Melayu ini berhimpun orang ramai ada membaca dalam laman, blog dan portal internet tentang parti United Malays National Organisation ini sudah nyawa-nyawa ikan. Ada blogger penting, ada blogger bekas menteri dari parti gerombolan ini sendiri secara terbuka mengkritik Najib. Bekas Presiden parti ini sendiri mempertikaikan keupayaan Najib untuk memimpin. Pimpinan Najib yang manai dan tak tentu hala menjadikan parti ini nyawa-nyawa ikan – hujah mereka. Najib dikatakan lembik dan takut pada bini. Kritikan ini menyeru agar parti ini berubah. Menilai diri dan membuat perubahan agar disayangi kembali. Malah ada suara yang memberi cadangan jika Najib ditendang keluar dan ketua baru dinobat maka United Malays National Organisation akan cermerlang, gemilang dan terbilang. Saya menolak fakta-fakta ini. Saya menolak fakta yang mengatakan parti bani Ketuanan Melayu ini sedang nyawa-nyawa ikan. Untuk saya United Malays National Organisation ini telah lama terkubur. Parti ini telah ditolak oleh rakyat Malaysia. Batu nisan pertama muncul tahun 2008. Batu nisan kedua sampai 2013. Pada PRU12 tahun 2008 – kita melihat bani Ketuanan Melayu ini hilang undi popular di Tanah Semenajung. Pada PRU13 United Malays National Organisation terus lungkup. Parti ini dan kuncu-kucunya hanya mendapat 47% sokongan pengundi. Undi popular dan undi majoriti di seluruh Malaysia dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Ini fakta bukan propaganda. Apa hubungan fakta ini dengan perhimpunan gerombolan Ketuanan Melayu yang baru selesai? Biar saya rungkai apa makna terpendam yang saya maksudkan itu. Memang betul ucapan yang mengatakan bahawa parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak, dikeji dan dihina. Presiden dan Timbalan Presiden United Malays National Organisation telah berkata bahawa jika parti ini TIDAK berubah maka mereka akan diubah. Tetapi semua ini kenyataan bohong. Ini propaganda bohong. Ini kenyataan decoy. Ini otek-otek. Ini satu umpan politik yang sedang ditabur. Biar saya terangkan disini bahawa dalam PRU14 yang akan datang ini parti Ketuanan Melayu ini akan TETAP menang. Bukan sahaja akan menang malah akan menang besar. Bukan sahaja menang besar malah akan kembali mendapat majoriti dua par tiga. Saya cukup yakin dengan apa yang saya nyatakan diatas. Malah saya berani mengatakan bahawa dalam PRU15, PRU16...PRU70 – parti United Malays National Organsiation ini tidak akan dapat dikalahkan dalam pilihan raya. Dalam sejarah Dunia Ketiga TIDAK ada kerajaan zalim dapat digulingkan melalui pilihanraya. Malah saya amat yakin jika pilihan raya boleh mengubah apa apa di Malaysia ini maka pilinan raya itu telah lama diharamkan. Pasti para pembaca akan bertanya – awal tadi saya katakan United Malays National Organisation telah ditalkinkan. Jika sudah mati bagaimana parti ini terus dapat berkuasa? Parti Ketuanan Melayu sebagai parti politik telah lama mati. Apa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12/13 bukan parti United Malays National Organisation. Tetapi jentera daulah – state machinery. Pakatan Rakyat telah melawan satu sistem dan struktur pilihan raya yang telah diwujudkan oleh SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya. Sistem ini diwujudkan untuk memastikan parti bani Ketuanan Melayu ini akan terus menang. Justeru, suara-suara sedih dalam perhimpunan yang baru selesai memang benar ditujukan kepada ahli parti. Itu saranan tersurat yang terbuka. Tetapi paling penting ucapan Najib dan ucapan Muhyiddin ditujukan khusus kepada SPR dan juga kepada jentera daulah yang lain. Malah ucapan ini secara tersirat ditujukan kepada kumpulan-kumpulan Daulah Terpendam untuk sedia merancang langkah-langkah saterusnya jika Pakatan Rakyat berjaya membawa satu lagi ombak kemenangan yang baru. Kesedihan Najib dan Muhyiddin ini sedang disambut baik. Langkah pertama yang akan diambil oleh SPR ialah melakukan persempadan semula. Langkah ini akan memastikan kemenangan besar bani Ketuanan Melayu. Dari segi perlembagaan memang persempadanan semula ini boleh dilakukan. Tetapi hakikatnya persempadan semula yang sedang dirancang ini bukan dilakukan dengan bebas dan demokratik. Persempadanan semula ini dilakukan oleh ajen-ajen dan kaki tangan United Malays National Organisation yang menyamar sebagai ahli SPR. Tujuan persempadan semua ini adalah untuk memastikan United Malays National Organisation akan menang besar dalam PRU14 yang akan datang. Kenapa saya bagitu yakin? Apakah Pakatan Rakyat dapat dikalahkan? Jawapan saya cukup senang. Sila baca apa kata Tan Sri Rashid Abdul Rahman bekas pengurusi SPR. Saya petik berita ini dari laporan Malaysian Insider 25 November 2013. Tan Sri Rashid telah menguruskan 6 dari 12 PRU yang telah dijalankan. (Tan Sri Rashid Abdul Rahman).... berkata selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu. Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu. "Kami lakukan secara sah dan teliti.... Mulut bekas Pengerusi SPR sendiri telah menyokong hujah saya dengan jelas. Saheh - tujuan persempadan semula diadakan ialah untuk memastikan bani Ketuanan Melayu terus berkuasa. Persempadan semula terakhir telah dilakukan pada tahun 2003. Kerusi Parlimen telah ditambah dari 198 untuk menjadi 222 - jumlah ahli parlimen hari ini. Ada penambahan 23 kerusi. Dari segi sejarah - 22 dari 23 kerusi baru dimenangi oleh United Malays National Organisation. Dua pimimpin Pas – Mat Sabu dan Mahfuz - menjadi mangsa. Hanya Karpal Singh saorang yang menang dengan persempadan baru ini kerana yang dipecahkan ialah kawasan Bukit Jelutong. Hari ini kita telah diberitahu bahawa Sarawak telah melulukan penambahan kerusi DUN – dari 71 ke 82 kerusi. Hakikatnya sampai kiamat pun Sarawak akan terus dimiliki oleh kuncu dan kroni Taib Mahmud. Justeru, saya melihat ucapan-ucapan sedih tentang parti Ketuanan Melayu dalam perhimpunan yang berlalu hanya sebagai umpan. Ini umpan untuk melekakan Haji Hadi. Ini umpan untuk melalaikan Lim Kit Siang. Ini umpan untuk melenakan Anwar Ibrahim. Dari laporan media tentang perhimpunan gerombolan yang baru berlangsung, para pemimpin Pakatan Rakyat akan berpendapat bahawa parti Ketuanan Melayu ini sedang nazak. Parti ini tidak lagi mendapat sokongan orang ramai. Malah Muhyiddin sendiri telah berkata mungkin sesudah PRU14 Najib tidak lagi menjadi PM Malaysia. Ini semua hampeh. Semua ini bohong. Pada ketika ini SPR sedang merancang untuk menambah antara 30 ke 40 kerusi parlimen yang baru. Pasti air liur Hadi, air liur Guan Eng dan air liur Anwar meleleh. Ucapan sedih Najib dan Muhyiddin adalah viagra yang akan mendorong tegak nafsu DAP, PAS dan PKR untuk bersetuju menerima persempadan semula. Air mata Najib dan Muhyiddin sedang berlinang-linang mengenangkan nasib Orang Melayu. Linangan air mata Melayu ini pasti akan menjerut hati Haji Hadi.Parti PAS pasti melompat suka apabila terdengar penambhan kerusi. Apatah lagi kalau kerusi ini dijenamakan sebagai kerusi Melayu. Bagitu juga DAP akan 'ngang' bila dapat tahu akan ada penambahan kerusi Cina. Manakala PKR tidak dapat tidak akan teriku-ikut sama. Hasilnya – PRU14 yang akan dimenangi dengan jumlah besar oleh United Malays National Organisation. Maka akan diberitakan bahawa yang memenangkan parti ini dalam PRU14 ialah kesedaran ahli parti. Mereka telah berubah satelah mendengar nasehat para pemimpin. Ahli parti Ketuanan Melayu membanting tulang bekerja keras mencari sokongan pengundi. Ada berita bagaimana pengundi Cina telah bertaubat satelah mendengar ucapan Najib yang memberi ingatan bahawa 'pengundi Cina' penting. Berita akan disebar bagaimana parti ini telah berjaya memenangi hati anak anak muda. Lihatlah betapa licik dan bijak perancanga ini telah diatur dan disusun. Semua ini dilakukan oleh Daulah Terpendam yang merancang dan memberi nasehat kepada Najib dan Muhyiddin untuk bersandiwara. Kepada penyokong Pakatan Rakyat saya berharap mereka akan sedar tentang sandiwara ini. Saya berharap mereka akan bersuara agar parti mereka akan menolak projek persempadan semula. Untuk ahli-ahli PKR – jika ada yang kurang yakin dengan hujah saya maka saya jawap dengan satu pertanyan. Akhbar saya menulis ini namanya Suara Keadilan. Jualan akhbar ini telah melintasi 100 ribu naskah saminggu. Tetapi hingga ke hari ini kerajaan Ketuanan Melayu ini TIDAK membenarkan Suara Keadilan mendapat lesen cetak. Jika akhbar ini TIDAK dibenarkan mendapat lesen cetak apakah gerombolan Ketuanan Melayu akan membenarkan Pakatan Rakyat menang untuk memerentah di Putra Jaya? (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melaggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03-92-21-30-45 ------------- |
Posted: 01 Dec 2014 08:00 PM PST TIGA PEJUANG ISLAM Bacaan al-Quran diperdengar semasa pertabalan Putera Charles? LONDON 30 Nov. – Seorang biskop kanan Gereja England, mencadangkan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada majlis pertabalan Putera Charles, sekiranya beliau diangkat sebagai pemerintah negara ini. Bekas Biskop Oxford, Harries of Pentregarth berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk Islam 'rasa diterima' di Britain, sekali gus membuatkan lebih banyak lapisan masyarakat termasuk bukan Islam menerima Putera Charles sebagai pemerintah baharu monarki di negara ini. KAH KAH KAH woit mana ngo melayu mana ngo islam mana ngo malayu islam ini konsep pluralisma ini konsep semua agama sama rata ini hina melayu ini hina islam ini gocang akidah melayu ini tak sensitif nanti ramai melayu masuk kristian KAH KAH KAH ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan