Selasa, 2 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Chong Wei saman malu Razif

Posted: 02 Dec 2014 06:23 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei mengesahkan menyaman malu bekas pemain badminton negara, Razif Sidek kerana mendakwa beliau sudah lama menggunakan bahan terlarang, lapor The Malay Mail.

Pada 11 November lalu, Razif memberitahu Kosmo, beberapa pegawai Persatuan Badminton Malaysia mengetahui Chong Wei menggunakan bahan terlarang tetapi tidak menyuarakannya kerana beliau pemain utama dunia.

Razif juga mendakwa Chong Wei menggunakan doctor asing untuk merawatnya.

"Peguam saya sudah menghantar surat beberapa hari lalu dan kami akan menyelesaikan perkara ini di mahkamah. Beliau (Razif) sudah menelefon saya untuk meminta maaf selepas menerima surat berkenaan tetapi segalanya sudah berlaku," kata Chong Wei.

"Saya tidak boleh melupakan perkara ini kerana beliau sudah memburukkan nama saya," tambahnya.
Chong Wei menghadapi hukuman larangan bermain selama dua tahun kerana gagal ujian dadah tetapi boleh menerima hukuman lebih ringan kerana beliau sudah lulus lebih 100 ujian anti-dadah dalam 15 tahun.
 

Formula pengiraan harga minyak akan diumumkan nanti - Hasan Malek

Posted: 02 Dec 2014 06:18 AM PST

Formula pengiraan harga minyak akan diumumkan nanti - Hasan Malek

HASAN: Pengiraannya agak rumit tetapi saya faham bahawa orang ramai perlu tahu bagaimana 

harga tersebut diperolehi. 



KUALA LUMPUR: Formula yang digunakan untuk mengira harga diesel dan RON95 akan diumumkan tidak lama lagi dalam versi yang telah dipermudahkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, versi pengiraan formula tersebut akan dimuat naik di laman web kementerian itu bagi membuat pengiraan harga petrol RON95 dan diesel untuk orang ramai.

Katanya, pengiraannya agak rumit tetapi beliau faham bahawa orang ramai perlu tahu bagaimana harga tersebut diperolehi.

"Saya sudah arahkan KSU (Ketua Setiausaha) saya. Kalau perlu, esok, KSU akan membuat satu siding media untuk menerangkan bagaimana pengurusannya untuk mendapatkan jumlah turun dan naik.

"Penerangan ini melibatkan teknikal dan kita tidak perlu risau tentang teknikal ini. Yang penting, rakyat tahu ini sesuatu yang kita buat yang terbaik untuk rakyat… kalau ada kenaikan pun ia kerana 'production cost' (kos pengeluaran) itu begitu tinggi," kata Hasan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa pelancaran kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan kempen Kembali Ke Sekolah yang diadakan di AEON AU2 di Setiawangsa, Selasa.

Hasan berkata, beliau akan mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu dan kemudian akan memasukkan versi pengiraan yang telah dipermudahkan itu di laman web kementerian.

Beliau juga berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan minyak setakat ini mencukupi dan tiada kes yang melibatkan pemilik petrol pam menyorok stok minyak.

Sebelum ini, Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Dis lalu menunjukkan perbezaan yang begitu ketara dengan harga pasaran.

Katanya, keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak.

ADUN PAS, Umno tolak tuntutan timb speaker 2

Posted: 02 Dec 2014 03:10 AM PST

MALAYSIAKINI


 


ADUN PAS dan Umno menolak tuntutan yang dikemukakan oleh DAP untuk mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua bagi DUN Selangor.

ADUN Sabak Sallehen Mukhyi berkata tiada keperluan melantik seorang lagi timbalan speaker kerana jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS, sudah memadai.

"Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada cukup efektif dah. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tak perlu.

"Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN bagi sesi pagi tamat.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias pula berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Beliau yang juga ADUN Sungai Burong turut mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan itu memandangkan terdapat ahli DAP - Hannah Yeoh - yang telah menjadi speaker sekaligus membazir wang rakyat.

"Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

"Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat," katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Tony berkata, pihaknya menuntut jawatan itu berdasarkan kesetiaan DAP kepada Pakatan Rakyat semasa krisis menteri besar berlaku.

Sementara itu Exco Pendidikan Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata perkara berhubung pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata buat masa ini, beliau menyokong jika mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang lagi timbalan speaker.

"Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua)  diadakan. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker sahaja.

"Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah," kata ketua AMK PKR

NGO lapor polis kes Zaidi sebut 'keling'

Posted: 02 Dec 2014 03:03 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Satu NGO akan membuat siri laporan polis ke atas ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said atas ucapannya yang didakwa menghina masyarakat India semasa perhimpunan Agung parti berkenaan minggu lalu.

NGO Tamilar Action Force (TAF) memulakan kempen itu dengan satu laporan polis di Klang pada petang ini.

"Ini bukan hanya demi masyarakat India, tetapi buat semua," kata jururcakapnya, S Barathidasan kepada Malaysiakini.

Setiausaha agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) itu berkata, istilah "keling" yang digunakan oleh Zaidi dalam ucapan tersebut "menyakiti dan menghina" seluruh masyarakat India di Malaysia.

"Zaidi bukan hanya menghina masyarakat India tetapi juga (menjejaskan) keharmonian di negara," kata Barathidasan.

Beliau mendesak agar polis menyiasat Zaidi mengikut Akta Hasutan dan juga Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana "sengaja menghina dengan niat untuk menjejaskan keamanan".

Katanya lagi, kenyataan Zaidi itu juga menunjukkan bahawa perwakilan Umno tidak menghormati komponen BN lain dan juga seruan pemimpin parti untuk tidak membangkitkan isu sensitif semasa perhimpunan itu.

Dalam ucapan kontroversi itu, Zaidi antaranya berkata:

"Kita amat tidak bernasib baik kerana kita kalah dengan amat teruk di kawasan kerusi parlimen... yang kerusi, DUN, kerusi, peti undi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

"Jadi ini menunjukkan bahawa Melayu Pulau Pinang tak kiralah mamak ke, keling ke, menyokong Umno di Pulau Pinang."

Kepala Dan Badan Bertemu Semula

Posted: 02 Dec 2014 02:52 AM PST

MSTAR ONLINE


Mazlan (kiri) bersama Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk A.Thaiveegan pada sidang media, Isnin.
 
 
 
BUKIT MERTAJAM: Kepala yang ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria di sini dan mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat di dalam guni di Sungai Bakap, Nibong Tebal didapati sepadan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, ini berdasarkan laporan awal bedah siasat, namun pihaknya masih menunggu laporan DNA kepala dan anggota badan berkenaan.

"Polis percaya mangsa adalah orang yang sama, cuma kami masih menunggu laporan penuh DNA. Setakat ini identiti lelaki itu masih belum diketahui tetapi polis percaya mangsa adalah warga asing," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, tiga lelaki warga asing berusia 20 hingga 30 tahun telah ditahan di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mengetahui kes itu membuat laporan.

Kebakaran: 9 Rumah Di Perkampungan Atas Air Kurnia Jaya Musnah

Posted: 02 Dec 2014 02:50 AM PST

MSTAR ONLINE


Sembilan buah rumah musnah dalam kebakaran sekitar pukul 4 pagi Selasa di tepi laut Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas mengakibatkan 12 keluarga tinggal sehelai sepinggan. Terdapat kira-kira 480 buah rumah setinggan di kawasan berkenaan. -fotoBERNAMA
 
 
 
TAWAU: Sembilan rumah di perkampungan atas air Kurnia Jaya, Batu 4, di sini musnah dalam kebakaran awal hari Selasa.

Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat mengawal api daripada merebak menyelamatkan 471 rumah lain daripada turut musnah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Sejumlah 23 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.03 pagi. Kami turut dibantu sembilan anggota polis, tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan tiga pekerja dari Sabah Electricity Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rudy berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, seorang mangsa, Norianah Rahul, 28, berkata ketika kejadian dia sedang tidur bersama sembilan lagi anggota keluarganya.

"Saya hanya menyedari kebakaran itu setelah mendengar jeritan seorang penduduk di sini dan kami sekeluarga terus menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah sampan yang ada di bawah rumah," katanya yang menetap di situ sejak 20 tahun lepas.

Polis Tumpas Sindiket Dadah, Rampas Dadah RM750,000

Posted: 02 Dec 2014 02:41 AM PST


- Gambar hiasan
 
Oleh: WINNIE YEOH   
 
 
GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah makmal dadah di Sungai Ara di sini dan menumpaskan sindiket dadah tempatan yang aktif di Pulau Pinang dan Kedah sejak setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah merampas sejumlah 6.5kg dadah bernilai RM750,000.

Beliau berkata, polis turut menahan 12 penduduk tempatan termasuk dua wanita semasa operasi pada 28 November di sebuah rumah di Sungai Ara dan sebuah kondominium di George Town.

"Selain dadah, kita juga merampas sembilan buah kereta dan empat buah motosikal berkuasa tinggi," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Penang Road, Selasa.

Beliau berkata polis juga menemui wang tunai berjumlah RM70,264 dan barang kemas.

Noor Rashid berkata polis percaya dadah itu adalah untuk pengedaran di pasaran tempatan di Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu aktif untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun manakala suspek yang berusia di antara 26-47 tahun telah disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Banjir kilat landa Lebuhraya Plus malam tadi

Posted: 01 Dec 2014 09:11 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Banjir kilat di kedua-dua arah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Behrang ke Tanjung Malim sejak 7 malam tadi, menyebabkan keadaan trafik sesak di kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan.

Jurucakap PLUS berkata jalan tersebut tidak dapat dilalui sejak 7 hingga 9 malam tadi.

"Sejak 9 malam tadi, hanya lorong kanan di kedua-dua laluan dibuka kerana air masih bertakung akibat banjir kilat," katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata kenderaan di kedua-dua laluan, kini bergerak perlahan.

PLUS menerusi akaun Twitternya turut melaporkan kira-kira 7.50 petang tadi, kesemua laluan di KM 395.3 - 395.4 (Behrang - Tanjung Malim), ditutup.

Sementara, maklumat twitternya pada 9.18 malam tadi, memaklumkan 'median opening' di KM 394.4 dibuka untuk trafik arah selatan. - Bernama

Tahan pelampau dulu, kata Kitingan pada PM

Posted: 01 Dec 2014 09:09 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebelum menahan pihak lain, kerajaan patut mengambil tindakan itu kepada 'pengkhianat dan dalang' di belakang isu 'Projek IC' di Sabah terlebih dahulu, kata Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah.

Presidennya Jeffrey Kitingan mendakwa perkara itu masih berlaku, termasuk usaha memasukkan pendatang haram ke dalam daftar pemilih.

Katanya, kerajaan juga patut menahan kumpulan Melayu ultra, pelampau dan pentaksub kaum yang mahu merampas dan menindas hak oleh lain.

Katanya pihak itu lebih berbahaya daripada permintaan Malaysia Timur untuk mengembalikan hak mereka dan menilai semua Perjanjian Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini sebagai reaksi kepada amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu menggunakan peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 bagi menangani ancaman pemisahan.

ADUN mahu tambah peruntukan, MB kata 'tak'

Posted: 01 Dec 2014 09:07 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Selangor setakat ini tidak bercadang untuk menaikkan jumlah peruntukan pejabat ADUN yang kini berjumlah RM10,000 sebulan, kata Menteri Besar Mohamed Azmin.

Katanya, selain ditetapkan dalam pekeliling perbendaharaan, ia juga diputuskan dalam mesyuarat exco pada September 2013 untuk pengurusan dan menyelaras gaji pembantu-pembantu ADUN.

"Perbelanjaan (pejabat DUN) tidak melebihi RM20,000. Oleh itu, kerajaan negeri tidak ada cadangan untuk menaikkan peruntukan pengurusan seperti yang dicadangkan," katanya.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata peruntukan kerajaan negeri itu sepatutnya sampai kepada kumpulan sasaran dan pengurusan efisien dapat mengurangkan kos operasi.

Azmin yang juga ADUN PKR Bukit Antarabangsa berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Noor Hanim Ismail (PAS-Seri Serdang) sama ada kerajaan negeri akan menaikkan peruntukan pejabat ADUN.

Gan Pei Nei (PKR-Rawang) pula mengemukakan soalan tambahan yang berkata jumlah itu tidak cukup untuk menggajikan pembantu ADUN berdasarkan kelulusan mereka.

Azmin bagaimanapun menjawab, kerajaan negeri tidak bercadang mengemukakan bajet tambahan bagi penggal ini.

"Tetapi ia boleh dikira dan dibajet untuk tahun hadapan," katanya.

Menjawab soalan tambahan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) yang mencadangkan mahu kerajaan menyemak jumlah RM10,000 yang ditetapkan itu, Azmin berkata:

"Soalan ini sering diberikan berulang kali, saya tidak berhasrat untuk meningkatkan peruntukan tersebut," katanya yang juga timbalan presiden PKR.

Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42). Malaysia, Negara Membangun Paling Terjejas di Asia.

Posted: 01 Dec 2014 09:00 PM PST




hutang kerajaan



Hutang Kerajaan Malaysia Sehingga Disember 2014 (RM763.158 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42) : Jikalau sesiapa yang ada beli barang di Siam, peniaga Siam pun sudah tidak mahu menerima duit Ringgit Malaysia (RM). Masakan tidak, jikalau dahulu Ringgit Malaysia dilihat "lebih mewah" di mata peniaga Siam. Sekarang ini tidak lagi….

Ini kerana nilai matawang Baht lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM). Jikalau bekeras juga mahu membayar dalam RM, harga barang yang dijual terpaksa dinaikkan sedikit nilainya bagi mengimbangi kadar tukaran asing kepada mereka.

Nilai matawang Asia termasuklah di negara Malaysia terus menjunam untuk bulan yang ketiga.Kajian yang dilakukan oleh Merrill Lynch, Bank of Amerika melalui pakar ekonomi mereka, Dr. Chua Hak Bin yang berpengkalan di negara Singapura memberitahu disebalik trend harga minyak dunia turun sekarang ini, negara seperti Korea Selatan, Thailand begitu juga dengan negara Filipina cukup beruntung apabila perkembangan ekonomi di negara-negara ini cukup memberangsangkan.

KLIK SINI : Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara Terendah di Asia Tenggara. 
Indonesia, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia? Brunei Termurah!

 

Harga Minyak Dunia Jatuh : Malaysia VS Filipina VS Korea Selatan VS Singapura


Lagi Hasil Laporan Bank Of America
  • Harga minyak dunia turun 10% contohnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara Thailand dan Korea Selatan telah naik 45 mata asas
  • Harga minyak dunia turun 10% contohnya, Filipina pula berjaya mencatatkan kenaikan 30 mata asas
    Ekonomi Korea Selatan akan catat kadar kenaikan terpantas sejak tahun 2011 iaitu 3.5% (2014) dan 3.6% (2015)
  • KDNK Thailand dijangka naik 4% pada tahun 2015
  • Malaysia? Malaysia yang memegang status sebagai negara pengeksport minyak merupakan satu-satunya negara membangun di Asia dan negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk disebalik harga minyak dunia turun
Di bawah ini Berita Semasa telah sertakan sebagai rujukan untuk anda bagi tukaran matawang asing melibatkan kadar tukaran matawang asing bagi negara Singapura, Thaialnd, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan.
KLIK setiap gambar di atas : Paparan tukaran matawang asing
 
Mengapa negara seperti Thailand, Korea Selatan dan Filipina yang beruntung disebalik harga minyak dunia turun?

Banyak negara-negara di Asia yang merupakan pengimport bersih minyak pada skala yang besar. Sudah pastinya harga minyak dunia turun memberikan manfaat yang cukup besar untuk negara mereka.

hutang negara

Berdasarkan semakan Berita Semasa kadar tukaran asing matawang Malaysia kepada USD begitu membimbangkan. Ini kerana dalam tempoh sekitar 4 tahun terakhir kadar tukarang matawang ringgit Malaysia telah mencatat trend penurunan terbesar sejak 15 Februari 2010.

Ini semua ada kaitan dengan pendapatan minyak yang semakin berkurang semenjak penurunan harga minyak dunia yang begitu mendadak sehingga telah mencecah ke paras trendah US$70 setong sekaligus kebolehmampuan kerajaan Malaysia mengurangkan hutang negara yang terus melonjak tinggi sekarang ini menyebabkan kebimbangan yang berterusan terhadap pasaran sediaada.

hutang malaysia

Keputusan OPEC yang terus berdegil untuk mengurangkan bekalan minyak mentah dunia menyebabkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan Malaysia "pening kepala" sekarang ini.

P/S : Nasihat Berita Semasa kepada diri kami sendiri dan juga anda semua rakyat Malaysia "sediakan payung sebelum hujan"

Elit Umno lembik percepat Melayu jadi ‘Red Indian’

Posted: 01 Dec 2014 08:55 PM PST

WARTA UTARA


KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu dilihat lebih cepat menjadi "Red Indian" merujuk pada ancam an kepupusan jika Umno dibiarkan terus memerintah negara ini, tegas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.

Bercakap pada forum "Apakah Melayu dan Islam Diancam?" di Hotel Mandarin Court, beliau berkata, realiti kemunduran umat Melayu dan Islam pada masa ini bukti kegagalan Umno walaupun memerintah selama 68 tahun. "Adakah kita mahu biarkan mereka berterusan memerintah selama 100 tahun lagi?" tempelaknya dalam forum anjuran Roketkini itu, 24 November lalu.

Mengulas tentang uraura kerjasama PAS dengan Umno, Husam menolak sa ma sekali kemungkinan tersebut dengan menekan kan perbezaan asas perjuangan parti Islam itu yang berbeza dengan semangat perkauman diamalkan Umno.

'Segera heret yang terlibat ke muka pengadilan' dijalankan atas alasan setiap kelulusan lot lombong tidak melebihi 500 ekar.

"CAA Resources sendiri mengakui oleh sebab setiap dari dua lombongnya diluluskan kurang dari pada 500 ekar, dia di kecualikan dari EIA walau pun kerajaan tahu peng usaha yang sama me lakukan lebih dari 500 ekar," jelasnya pada sidang media di Parlimen, 24 November lalu.

Pembongkaran beliau di Parlimen sejak tahun lalu, ujarnya, mengenai diskriminasi tenaga pekerja tempatan juga disahkan Li Yang yang megah mendakwa hampir 100 peratus gaji pekerja asing dibayar keluar dari negara ini.

Menurut Raja Kamarul, diskriminasi pekerja tempatan yang disifatkannya sebagai pengkhianatan be sar kepada Malaysia ter bukti berlaku apabila ada yang meletak jawatan kerana gaji jurutera dan pegawai keselamatan tem patan dibayar rendah berbanding rakan sejawat warganegara China.

Selain itu, manfaat operasi lombong di Bukit Besi ke atas ekonomi tempatan juga dipertikai apabila dalam lawatan beliau ke lokasi tersebut tahun lalu mendapati hampir 90 peratus peralatan dibawa dari republik itu antaranya lori, traktor, mesin penghancur (crusher), mesin tali pengangkut (conveyer belt machine) dan pelbagai peralatan berat lain.

Beliau juga mengingatkan kerajaan Umno-BN tentang ancaman bencana alam yang akan tercetus apabila kilang besi milik negara China, Eastern Steel di Teluk Kalong mulai beroperasi termasuk pen cemaran sungai di arah utara dan selatan kilang berkenaan yang berisiko mengalir terus ke Laut China Selatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Per sekutuan dan keraja an negeri serta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera mengheret mereka yang dilihat mencemar ma ruah negara ke muka pengadilan.

Pada masa, ujar Raja Kamarul lagi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Kementerian Alam Sekitar serta Kementerian Sumber Manusia perlu memperhalusi tanggungjawab masing-masing dalam menangani skandal antarabangsa tersebut.

Raja Kamarul Bah rin Shah "Islam agama universal tetapi Umno semata-mata untuk Melayu. Nama mereka sendiri sudah menggambarkan siapa mereka United Malay," ujarnya lagi.

Sementara itu, pakar per lembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, masyarakat Melayu tidak perlu bimbang dengan momok an an caman yang kerap diputar Umno kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan dan hak Melayu.

"Bila isu ini timbul? Tiada sesiapa pun yang pernah bangkitkannya. Yang menjadi isu adalah adakah hak yang dijamin itu benarbenar sampai ke sasaran.

"Lebih 50 tahun hak (dijamin Perlembagaan), orang Melayu masih miskin, lapar. Apa sudah jadi dengan hak ini?" soal Aziz lagi ketika menjawab soalan hadirin berhubung isu tersebut.

Dalam forum sama, Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mempersoal peranan golongan elit Melayu yang menyaksikan pemerintahan tertinggi serta jawatan penting dalam pen tadbiran negara dikuasai bangsawan Melayu dari Umno sejak merdeka.

"Apakah mereka yang ramai di puncak (kuasa) ini begitu 'lembik,' hingga menyebabkan orang Melayu terancam?" bidasnya lagi.

Malangnya dikau Najib...

Posted: 01 Dec 2014 08:44 PM PST

MSO


Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-68 sudah pun berakhir dan seperti biasa setiap kali PAU ia akan meninggalkan berbagai kenangan dan peristiwa. Yang menjadikan PAU sebagai ruang dan medan untuk bertemu dengan sahabat lama, mereka akan datang ke ibu kota Kuala Lumpur lagi pada tahun depan, sekiranya masih sihat dan ada hayat.

PAU melakar ilusi ahli Umno. 
Pertemuan sempena PAU adalah rutin bagi sesetengah ahli veteran Umno. Kenapa tidak, pada hari itulah segenap lapisan ahli dari seluruh negara datang bertandang ke Kuala Lumpur. Apa lagi mereka diberi kemudahan tambang, penginapan, makan dan wang saku.

Seperti juga perhimpunan-perhimpunan sebelum ini, ahli parti Melayu itu berharap forum itu akan memberi manfaat dan berjaya mengekalkan kejayaan kepada parti itu. Mereka semua sudah tentu pulang dengan membawa harapan besar agar Umno tidak akan berkubur dan kerajaan yang digenggamnya selama lebih 59 tahun akan kekal setidak-tidaknya untuk lima tahun lagi.

Mengimbau kembali kepada PAU kali ini apa yang penting, ahli Umno perlu mengambil perhatian besar kepada beberapa perkara dibangkit dan resolusi diputuskan di sepanjang perhimpunan berkenaan. Ada berbagai ilusi harapan yang tercetus dalam perhimpunan kali ini. Bagaimana pun ada dua perkara yang saya kira sangat menyentuh hati nurani dan perasaan ahli Umno khasnya dan orang Melayu seluruhnya.

Bagi ahli Umno dan perwakilan pulang melenggang punggung, penuh kegembiraan dan puas hati apabila tuntutan dan desakan (sebenarnya), agar Akta Hasutan 1948 dikekalkan. Apabila Najib Razak mengumumkan akan memgekalkan akta berkenaan, perwakilan merasakan suara mereka didengari, dan menjadikan cadangan dan pandangan mereka tidak disia-siakan. Keputusan Najib mengumumkan akta itu dikekalkan dibuat pada ucapan dasar dan bukan pada penggulungan, satu sandiwara yang anti klimek sekaligus menjelaskan Najib sangat tertekan dengan isu berkenaan.

Bagi saya tindakan ini ia tidak menggambarkan kebijaksanaan Najib untuk meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin tegas. Sebaliknya beliau perlu mendengar perbahasan, teguran dan pandangan berhubungan akta itu (pro dan kontra) terlebih dahulu, sebelum beliau mengambil pendirian untuk mengumumkan ia kekal. Tidakkah Najib menghitung akan implikasi kepada reputasinya apabila beliau memungkiri janji?

Tidak mengapalah, Akta Hasutan 1948 yang dianggap sebagai zalim dan lapok itu sudah pun dimukatamdkan oleh ahli Umno dikekalkan. Ahli Umno sudah mendapat kemenangan kerana apa yang diperjuangkan telah diperolehinya. Hanya Najib berdepan dengan risiko politik disebalik tindakannya itu yang boleh menjejaskan popularitinya di mata umum khasnya jenerasi muda yang bersikap liberal dan berfikiran fleksibel.

Itu juga bukan perkara penting untuk dibahas. Tetapi apa yang menarik untuk dianalisa semula disebalik pengekalan akta berkenaan, apakah atau sejauh manakah ia memberi keuntungan kepada Umno dan politiknya. Apakah pengekalan itu menjamin kelangsungan kekuasaan Umno? Tidak ada guna kalau kalau ia hanya indah pada mata tetapi tanpa memberi kesan lumayan diharapkan.

Hakikinya pengekalkan akta itu bukan bermakna ia memberi kemenangan mutlak kepada ahli Umno. Kalau ahli Umno mengira akta itu akan menjadi benteng kepada kemerosotannya kemudian akan membawa Umno menang ia adalah satu kesilapan. Pengekalan akta itu ia tidak menjamin Umno akan abadi memerintah Malaysia. Pengundi pada PRU ke-14 tidak hanya akan mengundi berdasarkan kepada akta berkenaan tetapi banyak aspek dan juzu-juzu lain diperhitungkan.

Saya bersetuju dengan pandangan Najib, yang BN (Umno) memerlukan undi bukan Melayu untuk menang. Ertinya nasib dan masa depan kerajaan BN yang ditunggaki oleh Umno bukan sahaja terletak ditangan orang Melayu tetapi orang bukan Melayu juga. Apa lagi dengan menerima konsep negara ini bermasyarakat dan politik (idealogi) majmuk, maka penglibatan semua bangsa dan kaum bagi kejayaan sesuatu parti politik sangat diperlukan.

Pandangan insaf Najib itu sejalur dengan apa yang diucapkan oleh bekas Presiden Umno dan juga bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi; Umno tidak akan menang dengan akta dan peguatkuasaan undang-undang, sebaliknya Umno akan menang apabila rakyat menyokong parti itu. Pandangan Pak Lah itu boleh disifatkan beliau juga tidak seronok dengan emosi lebih ahli Umno yang mahukan akta itu dikekalkan. Kerana di era Pak Lah sebagai PM banyak perubahan dan liberalisasi dilakukan.

Apa maksud Pak Lah?  Ertinya, desakan kepada Najib agar mengekalkan akta berkenaan tidak memberi impak besar kepada Umno, serta tidak menggambarkan dinamika politik Umno, bahkan boleh dianggap Umno gembira dalam duka apabila dinilai kata-kata Pak Lah itu yang Umno menang apabila rakyat mendokongnya. Mungkin juga Pak Lah tahu kenapa Najib dijadikan "mangsa tekanan" dengan akta itu?

Umum tahu yang suka dan cintakan Akta Hasutan 1948 adalah orang Melayu manakala kaum lain atau mereka yang bersikap liberal tidak menyukainya. Mereka menganggap akta berkenaan sebagai zalim dan mengokong serta sudah tidak mengikut peredaran zaman lagi. Akta berkenaan bagi mereka menyekat gerak geri dan kata-kata mereka.

Justeru, mentafsir agenda (membatalkan niat memansuhkan Akta Hasutan 1948) Najib sebenarnya telah kalah dalam pertarungan dan asakan daripada mereka yang tidak senang dengannya. Secara sedar atau tidak PAU kali ini telah memberi isyarat jelas kepada Najib bahawa kepimpinannya gagal dan beliau lemah untuk berdiri atas prisipnya sendiri.

Keputusan awal Najib untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebagai merealisasikan transformasi hendak dilakukan dilihat sudah tepat dan hebat. Tetapi apabila beliau tarik balik menyebabkan, maruah dan kredibiliti Najib sebagai PM, terjatuh beberapa mata. Saya yakin kalau ada badan kaji selidik seperti UMcedel buat bancian baru populariti Najib, angkanya akan merudum teruk.

Semantara itu ahli Umno bagi saya dalam hal ini terlebih emosi dalam soal mendesak Najib agar menarik balik nawaitunya. Mereka terpesona kepada suara-suara dengki Dr Mahathir Mohamad yang ingin menyalin Najib dengan orang yang menjadi pelantar kepada anaknya.

Ahli Umno mungkin tidak melihat kepada data (simulasi) kemampuan BN pada pilihan raya akan datang yang dibentangkan oleh Muhyiddin Yassin. Data yang dikemukakan oleh Muhyddin, sekiranya Umno kehilangan 2% sahaja pada pilihan raya umum akan datang, parti yang dianggap keramat itu akan kehilangan Kerajaan.

Sekiranya simulasi itu difahami benar-benar, saya kira ahli Umno tidak mendesak Najib menarik balik Akta Hasutan 1948 itu kerana penarikan balik boleh memberi peluang sokongan kepada Najib dan Umno. BN suka atau tidak akan berhadapan dengan kekuncupan sokongan apabila akta yang dianggap sebagai "tirani" kepada kebebasan itu dikekalkan. Pengekalannya membawa naas kepada Umno - BN.

Siapakah penasihat politik Najib? Para penasihat itu gagal untuk memahami makrifat Najib dengan desakan dan asakan yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin itu. Mereka patut faham dan sedar kenapakan Muhyiddin beriya-iya mempengaruhi Pemuda, Wanita dan Puteri semasa ucapan perasmian serentak sayap-sayap Umno itu agar bersetuju dengan saranananya agar Akta Hasutan 1948 itu dikekalkan? Saya percaya Muhyddin juga fleksible dalam menilai keperluan akta berkenaan dalam zaman langit terbuka ini, tetapi kerana beliau mahu menjadikan modal untuk singkirkan Najib digunakan juga.

Dalam hal ini Muhyddin berniaga, bermin politik dengan Akta Haustan. Beliau mahu menjadikan desakan itu sebagai aset untuk menguji sejauh mana ahli Umno bersamanya dan menerima dendangan kononnya akta itu boleh menguatkan Umno. Toh, apabila Najib kemudian akur ternyata beliau merasakan pengaruhnya dalam Umno berakar umbi dan ini tentu menyeronokkannya.

Kenyataan Najib, yang BN memerlukan undi bukan Melayu untuk menang sepatutnya disuarakan sebelum perhimpunan. Najib sepatutnya telah menjelaskan implikasi dan impaknya semasa taaruf persidangan sehari sebelum itu. Di situlah Najib boleh memberi penjelasan dan mempengaruhi kepada perwakilan dimana perlu dan resionalnya akta itu dimansuhkan atau tidak. Najib khasnya para penasihat politiknya kena memberi tafsiran yang jelas dan konkrit berhubung tindakan itu. Tetapi sayang ia tidak dibuat dan ini satau kekhilafan besar.

Najib dan penasihat politiknya terlupa, dan kelapaan itu diambil kesempatan cepat oleh Muhyddin untuk meratah Najib Razak secara hidup-hidup dan sekali gus meletakkan dirinya atas "par" untuk disanjung dan dikatakan sedar Melayu oleh ahli Umno.

Kesimpulannya pengekalan akta dianggap belantara itu ia tidak memberi banyak laba kepada politik Najib. Sebaliknya kalau beliau berkeras untuk memansuhkan mungkin generasi muda atau mereka yang berada atas pagar yang menilai politik dengan seksama akal yang waras masih berpihak kepada Perdana Menteri itu. Pemansuhannya juga dikira Najib berbuat mengikut apa yang diucapkan. Malang dikau Najib...

Turun 2% undi, Muhyiddin tanya ahli Umno atau Najib?

Posted: 01 Dec 2014 08:39 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Jika Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menanyakan ahli parti itu mampukah mereka mengelakkan penurunan 2 peratus undi itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak seharusnya lebih utama ditanya.

Bagi penulis Shahbudin Husin yang berpandangan daripada semua masalah yang dikaitkan berpunca daripada Najib, berapa peratus pula yang boleh diperbaikinya dalam tempoh 39 bulan menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Kiranya Najib tiada jawapan mengenai persoalan ini, adalah sia-sia meminta ahli dan pimpinan Umno bawahan berusaha mengelakkan penurunan 2 peratus yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu?" tulis beliau dalam blognya, semalam.

Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu telah melontarkan cabaran yang kritikal kepada ahli parti itu iaitu hanya dengan penurunan 2 peratus undi saja lagi akan menyebabkan Umno dan BN kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau menggambarkan bahawa berdasarkan trend sokongan yang kian merosot sejak Pilihan raya Umum 2008, penurunan hanya 2 peratus saja lagi akan menyebabkan BN hanya mampu menang 103 kerusi Parlimen saja dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Bagi Shahbudin, apa yang ditimbulkan oleh Muhyiddin itu bukan saja cabaran kepada seluruh ahli, pemimpin dan jentera Umno seluruh negara tetapi juga merupakan hentakan yang barangkali ditujukan secara khusus kepada Najib selaku pemimpin utama parti dan kerajaan.

Ini kerana, menurutnya mahu tidak mahu, harus disedari bahawa masalah dan persepsi negatif kepada Umno dan kerajaan sekarang sebahagian besar berpunca daripada Najib sendiri.

Beliau berpanangan beban yang ditanggung oleh Umno dan kerajaan sekarang sekurang-kurangnya 60 peratus adalah berpunca daripada Najib dan segala kelemahan dalam dirinya.

Selebihnya, kata beliau mungkin berkaitan kelemahan beberapa pemimpin lain termasuk Muhyiddin sendiri, cara bekerja, budaya buruk parti, hal berkaitan kerajaan dan juga persepsi terhadap Umno itu sendiri.

Beliau berpendapat pelbagai kelemahan Najib yang lain seperti gagal meningkatkan ekonomi negara, pengurusan kewangan yang lemah, peningkatan hutang, pentadbiran kerajaan yang dipertikai, hubungan kaum yang merenggang, melantik pemimpin yang dipertikai sebagai menteri, gagal bertindak pantas menyelesaikan isu-isu dengan banyak berdiam daripada bertindak dan sebagainya lagi adalah antara deretan masalah yang menjadikan Umno dan kerajaan terus dipertikaikan oleh rakyat.

"Ditambah dengan pelaksanaan GST bermula April 2015 yang akan terus menjadikan kos hidup rakyat meningkat, setelah pelbagai kenaikan kos berlaku sebelum ini, sentimen rakyat lebih mudah membenci daripada menyokong Umno dan BN," ulasnya lagi. - HARAKAHDAILY

3 Peserta RFC 2014 Cedera, Kenderaan Terbalik dalam Hutan

Posted: 01 Dec 2014 08:35 PM PST

RAKYATNEWS


RFC 2014
 


KUALA PILAH - Tiga peserta Rainforest Challenge (RFC) 2014 dilaporkan tercedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa terbalik di dalam hutan berhampiran Kampung Mertang di sini, sekitar jam 9:30 malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pasukan penyelamat bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa warga Singapura itu sejam kemudian dan dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Laporan turut mendapati, seorang peserta wanita mengalami patah tulang rusuk manakala dua lelaki cedera ringan.
 
RFC 2014
 
Seramai 70 peserta dari 25 negara menyertai cabaran selama 10 hari di Negeri Sembilan bermula Sabtu lalu.

Peserta program sukan lasak itu perlu merentasi laluan hutan sejauh kira-kira 1,000 kilometer di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu.

Banjir di Hulu Bernam, 70 Keluarga Dipindah

Posted: 01 Dec 2014 08:32 PM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR- Sebanyak 70 buah keluarga di tiga kawasan di Hulu Bernam, Selangor terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan banjir kilat yang melanda sejak 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harun berkata kawasan yang terlibat ialah Kampung Hassan, Kampung Seri Geriang dan Kampung Lalang.

"Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 8.55 malam dan ketika tiba di lokasi, didapati air setinggi 0.6 meter.

"Kesemua mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam dan Masjid Kampung Gesir Tengah," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Sani berkata mangsa dari Kampung Hassan dan Kampung Seri Geriang melibatkan 50 buah keluarga ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam manakala 20 buah keluarga dari Kampung Lalang ditempatkan di Masjid Kampung Gesir Tengah.

Kediaman 15 keluarga terbakar

Posted: 01 Dec 2014 08:30 PM PST


Kebakaran membabitkan 15 buah rumah petang semalam. Kebakaran membabitkan 15 buah rumah petang semalam.
 
 
JOHOR BAHRU - Dianggarkan kira-kira 15 keluarga di Kampung Sungai Rinting, Pasir Gudang hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran, petang semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Wan Farezudin Wan Husain berkata, pihaknya menggerakkan seramai 10 anggota bersama lima jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kebakaran pada jam 3.53 petang.

"Operasi memadam kebakaran turut dibantu oleh 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru beserta dua jentera termasuk satu water tanker.

"Sehingga jam 5 petang operasi menyelamat masih dijalankan. Anggaran awal seramai 15 rumah terlibat yang membabitkan kawasan seluas 300 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan.

Runtuhan tanah semakin serius

Posted: 01 Dec 2014 08:25 PM PST


Runtuhan tanah di laluan A117 dekat Kampung Meranti Lapan, Jalan Lahat semakin serius. Runtuhan tanah di laluan A117 dekat Kampung Meranti Lapan, Jalan Lahat semakin serius.
 
 
BATU GAJAH – Pengguna jalan raya yang melalui jalan utama dari Batu Gajah ke Changkat Larang di laluan A117 bimbang dengan kejadian tanah runtuh berhampiran Kampung Meranti Lapan, Jalan Lahat dekat sini.

Seorang pengguna jalan raya, Muhd Zulfiqar Abd Kudus, 25, berkata, runtuhan itu semakin serius sejak seminggu lalu sehingga membentuk sebuah lubang besar di bawah jalan.
"Kejadian ini sudah seminggu lalu dan kebelakangan ini runtuhan tanah tersebut semakin besar dan lebar hingga membimbangkan pengguna.

"Kejadian itu berlaku ketika hujan lebat pada 26 November lalu di Batu Gajah menyebabkan air menyerap permukaan tanah lalu berlaku hakisan di laluan ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Menurutnya, lebih membimbangkan, runtuhan tersebut sudah menghampiri permukaan jalan utama dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Katanya, runtuhan tanah sudah menghampiri tepi jalan raya dan sekiranya hujan lebat berterusan minggu ini, berkemungkinan akan berlaku keretakan serta hakisan tanah hingga ke permukaan jalan raya di situ.

Muhd Zulfiqar berkata, keadaan jalan terbabit yang gelap menambahkan kebimbangan pengguna yang melalui jalan terbabit waktu malam.

"Walaupun pihak berwajib ada meletakkan tanda amaran dan kon di tepi jalan yang runtuh namun ketiadaan lampu jalan di kawasan terbabit mampu menyumbangkan kepada kemalangan.

"Kita minta pihak berwajib segera membaik pulih permukaan tanah runtuh itu untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berulang terutama dalam musim tengkujuh ini," katanya.

Tak kekok jadi tok mudim

Posted: 01 Dec 2014 08:20 PM PST



Yahya (kiri) mengkhatankan seorang kanak-kanak dengan dibantu Wan Ismail. Yahya (kiri) mengkhatankan seorang kanak-kanak dengan dibantu Wan Ismail.


TUMPAT - Melakar sejarah tersendiri apabila Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Wakaf Bharu 1 menjadi tok mudim mengkhatankan kanak-kanak di rukun tetangganya.

Yahya Mamat selaku pengerusi KRT di sini, tidak kekok mengkhatankan kanak-kanak kerana dia berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang itu.

Yahya berkata, selepas bersara sebagai pembantu perubatan tiga tahun lalu, dia menglibatkan diri dalam KRT tersebut.

Menurutnya, pengalaman yang ada padanya dimanfaatkan untuk berbakti kepada Rukun Tetangga Wakaf Bharu 1.

"Ilmu dan kepakaran yang ada pada saya ini saya manfaatkan pada rukun tetangga ini bagi meringankan bebanan ibu bapa untuk khatankan anak masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada  majlis khatan anjuran KRT Wakaf Bharu 1 di Dewan Kada di Kampung Mulong, di sini.

Pada majlis itu, seramai 20 kanak-kanak dikhatankan Yahya dan dibantu seorang pesara pembantu perubatan, Wan Ismail Wan Daud.

Yahya juga memiliki sijil khas berkhatan daripada Kementerian Kesihatan dan pernah ke Kemboja untuk program khatan anak yatim di negara itu pada 2001 semasa dia memegang jawatan Timbalan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.

Ada cukai petrol senyap-senyap?

Posted: 01 Dec 2014 04:36 PM PST

MALAYSIAKINI


 


ULASAN Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh BN dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang.

Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan BN adalah terlalu ketara.

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong.

Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini.

Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent jatuh antara 27 hingga 35 peratus, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

Malangnya, pengumuman BN menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7 peratus, RON97 hanya turun 3.5 peratus malah diesel pula naik 1 peratus.

Pemantau PKR

Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan BN di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Bagi setiap liter RON95 contohnya, BN menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.

Oleh yang demikian, PKR mendesak supaya kerajaan persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel.

Hanya dengan ketelusan sebegini BN boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia jatuh menjunam.

Pada masa yang sama, PKR juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia.

PKR akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh kerajaan persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.

Sebelum demo 31 Dis

Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2 peratus di Malaysia berbanding kejatuhan 28 hingga 35 peratus) juga menimbulkan tanda tanya sama ada BN akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.

Kenyataan Datuk Ahmad Maslan, timbalan menteri kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan Bernama secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter.

Menurut beliau, pada ketika itu kerajaan persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.

Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong.

Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong.

Mengikut kenyataan Ahmad sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.

Oleh yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak.

Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, PKR akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan BN mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sejak sebulan lalu.



(*)  RAFIZI RAMLI naib presiden, setiausaha agung PKR dan anggota Parlimen Pandan.

Akta hasutan boleh disalahguna sekat demokrasi

Posted: 01 Dec 2014 04:34 PM PST

HARAKAHDAILY


NATIONAL Oversight and Whistleblowers (NOW) melalui pengarahnya Akmal Nasir mendesak Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia agar menunaikan janji pilihan rayanya yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948.

NOW berpendapat pengekalan akta tersebut sering disalah guna dan dijadikan alat oleh pihak pemerintah untuk menafikan hak demokrasi.

Berikut kenyataan NOW;

National Oversight and Whistleblowers (NOW) kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan Y.A.B. Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang memungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 seperti yang dilaporkan media. Malah, kenyataan beliau bahawa penggunaan Akta tersebut akan diperketatkan dan diperhebatkan bukan sahaja bakal menyekat kebebasan bersuara tetapi juga penyaluran dan penyebaran maklumat terutamanya berkenaan rasuah dan salah guna kuasa.

NOW bersependapat dengan pendirian Badan Peguam Malaysia (The Malaysian BAR) bahawa alasan penguatkuasaan Akta Hasutan demi menjaga keamanan dan keharmonian adalah tidak boleh digunapakai kerana Akta ini sering dijadikan alat untuk mengukuhkan kuasa pemerintah dengan menafikan hak demokrasi melalui penindasan dan kekerasan hukuman.

Tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengkritik atau menyuarakan pendapat atas alasan menghasut boleh disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa untuk menyekat rakyat daripada mempersoalkan isu-isu berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ini akan menakutkan rakyat dan menghalang pemberi maklumat (whistleblowers) daripada tampil kehadapan untuk menyalurkan maklumat demi melindungi kepentingan awam dan kekayaan negara.

NOW juga amat khuatir bahawa Akta ini berkemungkinan akan terus digunakan untuk melindungi individu-individu berkepentingan politik yang disyaki terlibat dengan kes-kes rasuah dan sebagainya. Sedangkan mereka yang berani dedahkan fakta dan bukti penyelewengan kepada orang ramai bakal dihukum atas kesalahan menghasut.

Sejarah membuktikan bahawa pelaksanaan Akta Hasutan 1948 akan mendedahkan pemberi maklumat kepada penyalahgunaan tindakan undang-undang oleh kerajaan dan membantutkan usaha memerangi rasuah. Sebagai contoh, Yang Berhormat Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan telah disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 pada Julai 2014 selepas beliau mendedahkan surat Menteri kepada Bank Rakyat iaitu bukti dokumen utama yang menunjukkan campur tangan Menteri berkenaan dan salah guna kedudukan beliau dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Jika kerajaan benar-benar serius untuk membanteras rasuah dan mewujudkan pentadbiran yang telus dan transparensi, kerajaan perlulah berani memberi ruang kepada rakyat untuk memberi pendapat bagi menilai kemajuan negara dan menyuarakan kritikan yang sewajarnya sekiranya berlaku penyelewengan atau ketirisan.

Oleh yang demikian, kami mendesak Perdana Menteri mempertahankan maruah dan janji beliau untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan beliau 2 tahun lepas. – HARAKAHDAILY

Masih kurang 30% beras bagi keperluan dalam negara

Posted: 01 Dec 2014 04:30 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya memberi tumpuan yang lebih dalam menghasilkan makanan yang secukupnya supaya tidak terlalu bergantung dengan negara-negara lain.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, pergantungan yang keterlaluan terutamanya untuk mengimport makanan adalah tidak baik untuk masa hadapan negara.

"Lebih banyak kawasan pertanian padi harus dibuka di negeri-negeri potensi tinggi menghasilkan sumber makanan ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan juga harus mendorong anak-anak muda tanpa mengira agama dan bangsa untuk menceburi bidang pertanian terutamanya dalam menghasilkan makanan ruji.

Tambahnya, dalam mengejar arus pembangunan ke arah teknologi dan perindustrian dengan niat mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, kita tidak boleh membelakangkan sektor pertanian yang menjadi tulang belakang negara kita sehingga hari ini.

Menurutnya, kalau dibandingkan dengan anggaran perbelanjaan tahun 2014, anggaran perbelanjaan mengurus untuk Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah berkurangan sedikit iaitu daripada RM4.36b kepada RM4.28b pada tahun 2015.

'Manakala perbelanjaan pembanguanan pula ditambahkan dari RM1.66b kepada RM1.78b pada tahun 2015. Ini merupakan satu trend yang baik dan perlu dikekalkan," ujarnya.

Katanya lagi, peruntukan untuk sektor ekonomi terutamanya untuk mengembangkan usaha-usaha pertanian dalam negara harus ditingkatkan lagi pada tahun-tahun hadapan kerana pertanian merupakan sektor utama pembekal makanan.

"Saya berpendapat Tahap Sara Diri (SSL) beras negara tidak patut dikekalkan pada 70%.
Kementerian harus mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk meningkatkan SSL lebih daripada 70%," kata beliau.

Untuk itu, beliau merasakan peruntukan harus ditambahkan untuk melaksanakan segala usaha dan tindakan yang diambil untuk meningkatkan produktiviti beras negara.

Ini juga, tamba beliau akan mengurangkan kadar pengantungan negara kita kepada beras yang diimport.

Pada hari ini, katanya 2.16b tan metrik beras dikeluarkan oleh negara kita setiap tahun.

Justeru beliau bertanya apakah rancangan-rancangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti padi dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Beliau telah membangkitkan isu itu dalam perbahasan Dewan Rakyat peringkat Jawatankuasa menimbangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2015 berhubung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Tani.

"Kerajaan patut memberi tumpuan yang lebih dalam menghasilkan makanan yang secukupnya supaya tidak terlalu bergantung dengan negara-negara lain," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY

Bekir nafi hubungan sulit dengan banyak wanita

Posted: 01 Dec 2014 04:27 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib menafikan dakwaan bekas isterinya bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan banyak wanita di seluruh dunia sebagai faktor keretakan rumah tangga mereka.

Ketika memberi keterangan di mahkamah pada 2 Sept tahun lepas, Shahnaz Abdul Majid turut mendakwa bekas suaminya itu mempunyai hubungan dengan beberapa wanita bukan muhrim termasuk dari Latvia dan Rusia.

"Saya hanya mengenali seorang gadis mualaf dari Australia yang menyertai kursus agama di Singapura pada 1999," kata Mahmud Abu Bekir ketika disoal balas peguam Akbardin Abdul Kadir yang mewakili Shahnaz.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa punca kegagalan rumah tangganya adalah disebabkan sikapnya yang dianggap 'playboy', curang dan panas baran.

Mahmud Abu Bekir turut menyifatkan keterangan bekas isterinya itu mengenai beberapa insiden termasuk pukul dan tidak bertanggungjawab dalam tempoh tahun 1994 sehingga 1999 adalah rekaan semata-mata.

Mahmud Abu Bakar berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes tuntutan mutaah yang difailkan Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, berjumlah RM100 juta.

Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian talak satu antara Mahmud Abu Bekir dengan Shahnaz yang berkahwin pada 9 Jan 1992 dan dikurnia seorang anak lelaki, Raden Murya, 21.

Pada 2 Sept tahun lepas, Shahnaz ketika memberi keterangan di mahkamah mendakwa bekas suaminya itu sering keluar dan menghilangkan diri tanpa memberitahu lokasi dirinya sehingga berminggu lamanya.

Shahnaz berkata bekas suaminya itu bukan sahaja bertindak sedemikian tetapi sering memukul, menendang dan menumbuknya tanpa sebab yang munasabah sehingga menyebabkan dirinya cedera.

Bekas isteri yang dikenali sejak Tingkatan 3 itu mendakwa Mahmud Abu Bekir mula berubah selepas kelahiran anak lelaki mereka, Raden Murya, pada akhir 1993.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung 21 Jan depan. Mahmud Abu Bekir akan menyambung keterangannya pada hari itu. - Bernama

Dun Selangor lulus potong gaji 4 jawatan penting

Posted: 01 Dec 2014 04:12 PM PST

SINAR HARIAN


Azmin Ali Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Persidangan Dun Selangor hari ini meluluskan cadangan pemotongan gaji bagi jawatan Menteri Besar, anggota exco, speaker dan timbalan speaker berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2014 memperuntukkan gaji menteri besar dikurangkan daripada RM29,500 kepada RM25,000.

Gaji anggota exco dari RM20,250 kepada RM15,000; gaji speaker daripada RM22,500 kepada RM15,000 dan gaji timbalan speaker daripada RM15,750 kepada RM10,000.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan rang undang-undang itu bagaimanapun berkata pemotongan gaji itu tidak melibatkan Adun Selangor.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat adalah pada November tahun lepas.

Mohamed Azmin berkata, pemotongan gaji bagi empat jawatan dibuat berdasarkan peratusan kenaikan gaji sebelum ini yang dikatakan agak tidak munasabah khususnya bagi jawatan speaker dan timbalan speaker.

"Kerajaan negeri menjangkakan penjimatan sebanyak RM1.029 juta setahun menerusi pindaan gaji ini  berbanding tahun 2014," katanya.

Terdahulu, Adun Hulu Kelang dari Pas, Saari Sungib, ketika membahaskan rang undang-undang itu, berkata pindaan gaji itu akan menjadi lebih adil sekiranya gaji Adun Selangor berjumlah RM11,250 turut  dikurangkan.

Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, gaji yang diterima Adun Selangor adalah memadai dengan mengambil kira beban tugas yang harus dipikul mereka.

Adun Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San dalam  perbahasan pula berkata, speaker sepatutnya menerima gaji lebih  tinggi berbanding anggota exco menerusi pindaan gaji itu dengan mengambil kira peranan dan tanggungjawab jawatan itu.

Persidangan Dun pada November tahun lepas meluluskan kenaikan gaji untuk empat jawatan berkenaan dengan timbalan speaker Dun mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Persidangan Dun bersambung esok. - Bernama

Tahap rasuah setiap negara tidak boleh diukur

Posted: 01 Dec 2014 04:10 PM PST


Abu Kassim  
Abu Kassim
KUALA LUMPUR - [VIDEO] Tahap rasuah di negara-negara Anggota Asia Tenggara tidak dapat diukur kerana belum ada mekanisme yang sesuai, demikian menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata, persoalan tahap itu begitu subjektif memandangkan kesemua negara Asia Tenggara sedang mengumpul maklumat bagi mencari mekanisme terbaik membantu untuk mengurangkan kadar rasuah di setiap negara.

"Menerusi mesyuarat sebegini, kita akan dapat membantu setiap negara di Asia Tenggara apabila empat negara asas iaitu Malaysia, Brunei, Sinapura dan Indonesia akan membentangkan senarai kes-kes yang berjaya diselesaikan fi setiap negara.

"Dengan perkongsian itu, enam lagi negara baru akan turut sama meneliti seterusnya boleh diaplikasikan di negara sendiri," katanya dalam sidang media mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (Sea-Pac), di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, kerjasama multilateral ini berdasarkan pada Artikel 48 Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang Konvesyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC).

"Semua negara Asia Tenggara perlu bersatu dan bekerja dengan lebih rapat antara satu sama lain, secara konsisten bagi meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi memerangi kesalahan yang terkandung dalam UNCAC.

"SPRM sendiri akan membentangkan mekanisme penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (CIG) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan di bawah pemantauan SPRM dan Jabatan Perdana Menteri serta penubuhan Unit Integriti yang akan diletakkan secara pentadbiran sebagai langkah untuk memerangi rasuah di agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan," katanya.

Tiada ulasan: