Sabtu, 13 Disember 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TANDA TANDA NAK KIAMAT

Posted: 13 Dec 2014 07:00 PM PST






Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB
Kamles Kumar | 4:16PM Dec 12
Khairuddin Abu Hassan akan buat laporan ke atas Najib jika tiada tindakan susulan diambil ke atas laporannya.


Pahang MB Adnan sues Utusan for RM15 mil

Hafiz Yatim | 8:15AM Dec 13
It is rare for a top Umno leader to sue a newspaper owned by his own party.


KAH KAH KAH
woit
ini tanda tanda
bukan tanda hari kiamat
ini tanda tanda
parti ketuanan melayu
sedang nazak
sedang nyawa nyawa ikan
perang sudah bermula
tunggu dan lihat
siapa yang akan mati
 
KAH KAH KAH
 



---------

PROJEK NAJIB LAGI

Posted: 13 Dec 2014 06:00 PM PST



 
 
 
 



Barah 1MDB menunggu Pecah

1MDB sebagai satu skandal terbesar era Najib dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.

Laporan polis oleh salah seorang pemimpin UMNO bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.

Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang, Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai;

a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 billion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)

b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International Ltd.

c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 million

d. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tingi dari kadar pasaran

e. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihan

f. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran

g. Pelaburan misteri di Pulau Cayman

Rabu lalu, ketika kabinet bersidang tanpa PM yang berada di luar negara, seorang Menteri dilaporkan membangkitkan isu 1MDB . Kabinet yang dipengerusikan oleh Muhyidin selaku TPM, telah mengambil kesempatan membincangkan isu ini.

Ia sudah tentu akan diminitkan dan sekembalinya Najib nanti, beliau pasti akan membaca minit tersebut untuk pengesahan mesyuarat kabinet akan datang. Apa reaksi beliau dalam mesyuarat akan datang?

Mengapa menteri berkenaan berani membangkitkan atau berani mengambil kesempatan ketika ketiadaan PM?

Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media?

Tentulah dengan niat yang tertentu.

Tidakkah Najib mula terasa panasnya bahang 1MDB dengan tindakan-tindakan baru ini?

Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin UMNO Bahagian. Bukankah menjelang PAU baru-baru ini, Presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB?

Tidakkah dua perkembangan ini - laporan polis oleh pemimpin UMNO Bahagian dan perbincangan kabinet terjadi serentak?

Terlepas dari apa jua pertimbagan politik pihak-pihak yang terlibat, rakyat negara ini secara keseluruhannya mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan yang terang tidak lain dari PM sendiri mengenai isu ini.

Samada polis berani menyiasat bos tertinggi negara ini atau tidak adalah isu yang lain. Ini adalah ujian terbesar  Zahid selaku Menteri Dalam Negeri.

Beranikah beliau membenarkan polis bertindak profesional dalam isu ini?

Namun, dari dua perkembangan terbaru ini, Najib mestilah berani memberikan penjelasan terbuka.

Siapa pemilik tanah di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga (95% lebih mahal?) oleh 1MDB, misalnya.

Isu 1MDB melibatkan jumlah kewangan yang sangat besar. Mewajarkan PM bersikap telus.

Misalnya, bagi tahun kewangan sehingga Mac tahun ini, 1MDB mencatat kerugian sebesar RM 665.3 juta dengan hutang sebesar RM 49.1 billion. Sekalipun 1MDB dikatakan mempunyai aset sebesar RM 51.4 billion, tetapi jumlah aset di atas kertas ini kelihatan lebih besar dengan menggunakan penilaian yang lebih tinggi.

Apa lagi, seperti ditulis oleh A Kadir Jasin dalam blognya bahawa 1MDB telah pun memohon dan mendapat kelulusan dari Bank Negara untuk memanjangkan tempoh bagi hutang tak berbayar (non performing loan) dari tiga bulan kepada enam bulan.

Jika ini benar, memang 1MDB sudah mengerang kesakitan walaupun usianya sangat muda.

Najib bukan sahaja perlu memberikan penjelasan terbuka terhadap semua isu yang dibangkitkan berkait dengan 1MDB, tetapi juga bersedia memberikan penjelasan dalam siri-siri berikutnya apabila pertanyaan lanjutan dikemukakan nanti.

Lazimnya, sebuah Kertas Putih perlu dibentangkan kepada Kabinet dan seterusnya kepada Parlimen.

Sepanjang menuju penjelasan terbuka itu, saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Mahathir, sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang.

Husam Musa 

Naib Presiden Pas
13 Disember 2014



-----------

KEMALUAN YANG BESAR

Posted: 13 Dec 2014 06:09 AM PST



Lapor polis, perkataan 'kemaluan' dalam surat kementerian 12:16PM Dec 12 

 

Ia mendakwa pihak ketiga sengaja pinda

perkataan 'kemajuan' jadi 'kemaluan'.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membuat laporan polis berhubung sepucuk surat rasmi kementerian itu di mana pihak ketiga didakwa sengaja meminda perkataan 'kemajuan' menjadi 'kemaluan'.
 
Laporan itu dibuat di balai polis Seremban 2 semalam.
 
Kementerian itu juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pengedaran keratan surat itu.

KAH KAH KAH










KAH KAH KAH












KAH KAH KAH


woit
patutnya berbanggga
kah kah kah
ni mesti kerja
penyokong pakatan rakyat
kalau tidak ini mesti
kerja anwar Ibrahim

KAH KAH KAH



-----------

ONLINE YANG DISERANG

Posted: 13 Dec 2014 04:33 AM PST




Kalau berani seranglah Islam, kata bekas 

pengerusi SPR 

Perkasa hari ini memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu di negara ini agar tidak menyerang Islam jika tidak mahu berdepan dengan mereka, kata bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Rashid Abdul Rahman.
Rashid, yang juga naib presiden Perkasa, berkata mereka serius mempertahankan Islam dan tidak takut seperti parti-parti politik yang mempunyai kepentingan untuk mendapatkan undi.
"Jangan serang Islam. Ini perjuangan kami. Siapa berani seranglah. Kita akan perjuangkan. Perkasa makin kuat. Kita berdaya dalam negara ini jangan main-main. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-berani-seranglah-islam-kata-bekas-pengerusi-spr#sthash.rNWStv5n.dpuf

KAH KAH KAH

woit
malaon ini ngook
pontengong
bangang
tak ada siapa serang islam
islam satu agama
islam satu anutan
islam satu kepercayaan

yang diserang 
ialah malaon malaoan
yang mengaku ONLINE
dengan tuhan
yang mengaku 
mewakili tuhan

APA PUNYA TUUUR



--------

NATANG GAPO NI?

Posted: 13 Dec 2014 12:39 AM PST







SATU



NOTA
apa dia
satu sembilan puluh?



-------------

PEROGOL AMAH BODEK LAGI

Posted: 12 Dec 2014 09:05 PM PST







KOMENTAR
sebelum malaon ini merapu
sebelum malaon ini meroyan
minta malaon ini selesaikan
kes rogol amah dahulu





Rais: Beri peluang, Najib ada 3 tahun lagi

Rais Yatim berkata,  Najib Razak harus diberi peluang menghabiskan mandat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang sebelum dinilai semula.

"Kita harus beri peluang kepada perdana menteri untuk teruskan tugasan beliau dan juga mandat beliau.



KAH KAH KAH

woit
ini satu suara bodek
ini kenyataan bodek
selamatkan diri
kalau tidak kes rogol
muncul kembali

KAH KAH KAH


-----------

LAWAK PAGI SABTU

Posted: 12 Dec 2014 08:08 PM PST






KASUT BATA

Betamax dan Betacam , semuanya dah jadi bahan bahan muzium. Lagi cepat jadi bahan sejarah, lagi baik untok negara. Yang maseh ada lagi ialah kasut Bata. on VHS ATAU BETA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/12/14








-----------

JADIKAN DUA JUTA

Posted: 12 Dec 2014 07:33 PM PST




CULT CLASSIC
kang kong remix
sudah 1 juta pendengar
mari kita jadikan 2 juta
sebelum najib diundurkan



Tiada ulasan: