Nuffnang

Pengikut

dollah yankee

sumber :-

dollah yankee


Mat Sembab menyerang,Mat Monggol bertahan

Posted: 13 Dec 2014 05:07 AM PST


Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat telah tampil membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah pelbagai teguran terhadap syarikat milik kerajaan itu 'tidak dipedulikan'.


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang Ketua Bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya, lapor Malaysiakini.
Khalid dalam satu kenyataan, berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).
"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabat Peguam Negara untuk arahan," katanya.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendesak Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polisnya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Selain itu, Tengku Adnan turut memaklumkan beliau bercadang untuk bertemu dengan Khairuddin bagi menasihati beliau dan memintanya menarik balik laporan polis yang telah dibuat. 
dollah yankee - "Kita akan bincang kes tersebut dengan pejabat peguam negara untuk arahan,"... Kah..Kah..Kah.. ini yang tak boleh tahan ni...

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT