Roslan SMS Corner |
Daulat Tuanku Sultan Perak (25/12/14) Posted: 24 Dec 2014 09:48 PM PST Terbaru: Astro Awani melaporkan yang Tuanku Sultan Perak ketika melawat mangsa banjir di Lenggong menitahkan agar semua majlis sambutan Tahun Baru 2015 di Negeri Perak dibatalkan dan sebaliknya diadakan majlis solat hajat. Harian Metro online melaporkan: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah menitahkan setiap masjid di negeri itu untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon pertolongan daripada Allah agar melindungi rakyat daripada musibah berikutan kejadian banjir yang melanda beberapa negeri. Dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada media hari ini, baginda turut menitahkan agar semua acara sambutan Tahun Baru 2015 anjuran kerajaan negeri atau mana-mana agensi di negeri itu dibatalkan. Sultan Nazrin turut bertitah agar Yayasan Sultan Azlan Shah mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar yang menjadi mangsa banjir di negeri itu. Disaat rakyat dirundung malang ditimpa bencana, begitulah sepatutnya sikap pemimpin kita. Di Perak sahaja setakat ini 4,335 orang penduduk telah dipindahkan. Daulat Tuanku dan mohon agar istana negeri-negeri lain turut mencontohi langkah Tuanku apalagi pimpinan diperingkat lain. |
Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami (25/12/14) Posted: 24 Dec 2014 08:50 PM PST Menurut angka terkini dari The Staronline jumlah mereka yang telah dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan banjir setakat jam 9 pagi ini telah mencecah 90,250 orang iaitu 32,343, di Kelantan Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265). Angka ini disahkan sebagai bilangan terbesar dalam sejarah banjir di Negara ini dan malangnya ia dijangka terus meningkat apabila Kota Bharu dijangka terus diasak dengan air yang dijangka terus meningkat setelah Sungai Kelantan melimpahi tebingnya sejak semalam. Mengambil kira bencana yang malang ini yang melumpuhkan sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia, saya bersetuju dengan gesaan Ahli MT Umno yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, agar Putrajaya membatalkan sambutan ambang Tahun Baru 2015 dan sebaliknya menggantikannya dengan majlis-majlis keagamaan dan solat hajat.Memang disaat gawat seumpama ini seluruh rakyat Malaysia perlulah bersatu bersimpati dan menghulurkan bantuan pada warga kita yang ditimpa malang itu. Saya turut mengesyorkan agar kerajaan Negeri Selangor juga membatalkan Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 yang dicadangkan di Shah Alam dan turut digantikan dengan majlis keagamaan dan solat hajat. Begitu juga diharapkan dengan negeri-negeri lain seluruh Malaysia.Dalam pada itu berita dari Washington Post yang melaporkan PM Najib Tun Razak sedang bersantai bermain golf dengan Presiden Obama di Hawaii sangatlah dikesali. http://www.washingtonpost.com/blogs/post-politics/wp/2014/12/24/in-hawaii-obama-golfs-with-malaysian-prime-minister-najib-razak/ Disaat Negara dirundung malang dan ratusan ribu rakyat malah mungkin telah mencecah jutaan keresahan, kebimbangan, ketakutan dilanda bencana banjir terbesar dalam sejarah Negara ini, Perdana Menteri tergamak bersantai-santai di padang golf ribuan batu jauh dari tanahair. Lebih malang lagi rakyat pengundinya di Parlimen Pekan turut terjejas! Mungkin Datuk Irmohizam boleh membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat MT Umno akan datang. Sementara itu teruslah menghulurkan bantuan dan berdoa semoga penderitaan saudara-saudara dan sahabat-sahabat kita di sana segera diringankan dan selesai. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan