. |
- Jangan tunggu Kota Bharu hanyut baru bertindak
- Najib anak bangsawan tak memahami penderitaan marhaen
- Husam hubungi Azmin minta bantuan untuk Kelantan
- Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang perlu bantu Kelantan
Jangan tunggu Kota Bharu hanyut baru bertindak Posted: 24 Dec 2014 09:56 PM PST MERINTIH BANJIR Marilah kita berbicara lagi soal bencana banjir yang melanda negara pada masa ini. Saya ingin fokuskan lagi kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darulnaim. Dengan air masih naik dan semua bandar utama sudah dijamahi air, dan kini paling teruk di Kota Bharu, masyarakat umum sudah majmuk mengatakan banjir kali ini adalah teruk, parah dan tragis.
Mustapa Mohamed satu-satu menteri dari Kelantan pula mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan kerana keadaan masih terkawal.
Soalnya kenapakah susah sangat untuk mendarutkan Kelantan. Saya membuka protal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan membaca definiasi darurat. Kata definasi itu darurat ialah; "Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. (Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana - Semakan 2012). Dengan memahami definasi berkenaan apa yang berlaku di Kelantan ini sudah lebih daripada cukup dalil-dalilnya dan pantas untuk diistyharkan darurat. Keadaan di Kelantan kini memerlukan gembelangan tenaga ekstensif. Nah, apa lagi yang ditunggu dan apa lagi yang dinanti-nantikan. Semua jalan utama menerusi darat ke negeri itu sudah terputus. Hanya jalan udara sahaja satu-satu yang dapat digunakan. Pendudik negeri Kelantan kini seperti berada dalam sebuah pulau di keliling lautan kesukaran dan kepedihan.
Kemudahan lain juga eleterik, air paip dan telefon juga terganggu dan sesetengah kawasan bergelap sejak beberapa malam lalu. Mereka yang dikepong oleh banjir hidup persis dalam gua baru yang tidak mendapat apa-apa akses daripada luar.
Apabila semua bandar tenggelam banyak rumah hanyut musnah, dan mangsa tidak dapat menyelamatkan harta benda, bukankah itu sudah menjelaskan akan berlaku kehilangan harta benda awam. Keadaan air yang deras, naik mendadak dan melimpahi ke segenap ruang yang tidak disangka-sangka menyebabkan manusia tidak berkupayaan lagi untuk menanganinya dengan kudrat yang ada. Dengan kapasiti kemudahan yang dimiliki oleh kerajaan Kelantan tidak mungkin ia dapat menanagni musibah itu yang melanda di semua jajahan. Kepentingan apabila darurat diistyharkan, membolehkan semua agensi kerajaan akan tertumpu kepada banjir di Kelantan. Ia memberi sokongan padu daripada semua pihak. Sudah pastilah apabila semua agensi membantu masalah-masalah ketidakcukupan bekalan makanan dan peralatan harian untuk mangsa tidak akan berlaku. Dengan adanya pengistyharan darurat peruntukan khasnya dapat disalurkan ke Kelantan. Saya benar-benar tidak memahami sikap dua pemimpin politik Kelantan itu, Mustapa Mohamed dan Ahmad Yaakob. Apakah mereka jenis "gong". Masih berdegil untuk mengatakan keadan banjir di Kelantan masih terkawal. Apakah dengan jumlah kematian (setakat 16 Disember 2014) hanya tiga mangsa sahaja maka ia menghalalkan untuk mengatakan banjir masih terkawal? Ukuran dari segi mangsa (kematian) itu tidak tepat dan relevan pada masa ini. Mungkin musibah kematian berkurangan atau tidak berlaku sama sekali kerana cara berfikir orang ramai kini tidak seperti dahulu. Mereka pantas menyelamat diri dengan mengutamakan nyawa dari segala-galanya. Tetapi kelemahan dan kesusahan lain dihadapi mangsa banjir perlu dilihat sebagai kritikalnya keadaan bencana itu. Kehilangan dan kemusnahan harta benda mereka harus diodit dengan akal waras. Pandangan Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam melihat banijir di kelantan pada masa ini adalah tepat. Menurutnya banjir di Kelantan kritikal. Beliau tidak menyatakan perlunya pengsytiharan darurat tetapi "kritikal" yang disebut itu menuju ke arah itu. Ertinya Ahmad Yaakob tidak perlu berfikir panjang untuk bertindak ke arah itu demi kesenangan rakyat. Bukan bermakna apabila rumah MB itu sendiri tenggelam maka ia boleh dijadikan sandaran memaafkan tindakan lembab pentadbirannya. Apakah Ahamd Yaakob dan Mustapa Mohamed berkeras kerana hendak menunjukkan keupayaan mereka mampu menangani masalah banjir di Kelantan. Jika darurat diistharykan maka ia memberi pukulan dan maruah mereka sebagai pemimpin utama tercabar kerana tidak dapat menguruskan bencana secara sendirian? Kalau itu pandangan dan cara berfikir adalah salah. Dalam situasi sekarang bukan masa untuk bermain politik. Ahmad (Pas) dan Mustapa (Umno) tidak perlu menujukkan kekuatan masing-masing. Kedua pihak perlu pasrah untuk menerima takdir Allah dan biarlah urusan dan usaha mengatasi banjir itu dilakukan secara kolektif dengan bantuan Pusat sepenuhnya. Banjir atau bencana alam mana-mana sekalipun pun tidak wajar diwajahkah dengan warna politik. Gambar keadaan Kota Bharu Sekejap tadi saya memantau gambar-gambar yang dipostkan oleh facebooker dalam wall masing-masing mengenai kedudukan dan suasana banjir di bandar Kota Bharu. Melihat kepada gambar-gambar itu memberi gambaran Kota Bharu kini adalah kota tenat dilanda banjir. Semua institusi awam, hispotal, balai polis, klinik, hotel, stadium, sekolah sudah dimasuki air. Tidak ada ruang di Kota Bharu yang tanpa air. Apa yang berlaku disifatkan ramai sebagai paling teruk dan paling buruk. Dengan lumpuhnya Kota Bharu ini bermakna aktiviti seharian masyarakat, pergerakan ekonomi, sosial dan sebagainya sudah mati. Bukankah suasana ini telah menenuhi syarat untuk diistyharkan darurat seperti didefinasikan dalam pernyataan di atas? Berikut saya postkan gambar susana di Kota Bharu yang saya ambil dari facebook sdr Zuridi Mohamed Zain dengan izinnya dan sekeping gambar dari facebook Hashim Omar. Saksi dan tafsirlah sendiri menerusi gambar-gambar ini apakah banjir di Kota Bharu masih terkawal dan darurat tidak perlu diistyharkan kerana hendak menjaga maruah politik yang tidak sepatutnya dijaga. Kita semua jangan jadi "gong" sangat. [wm.kl.1:24 pm 25/12/14]
| ||||||||||||
Najib anak bangsawan tak memahami penderitaan marhaen Posted: 24 Dec 2014 08:18 PM PST SUARASA Pagi-pagi saya dikirimkan foto print skrin daripada facebook oleh seorang temanita menunjukkan Perdana Menteri yang kita kasihi Mohd Najib Razak sedang bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii.
Mulanya saya tidak mempercayai gambar yang dikirimkan itu. Mungkin sahaja ia satu perbuatan jahat untuk memburuk-burukan perdana menteri yang kita sayangi. Ia hendak memberi gambaran Najib kurang peka kepada masalah dalam negara waktu ini terutamanya bencana banjir yang melanda negeri Pantai Timur dan teruknya negeri "pembangkang" iaitu Kelantan. Tetapi setelah mengskrol wall facebook banyak pula ditemui gambar-gambar perdana menteri yang kita kasihi bersama Obama. Berbagai versii menyakinkan. Ternyata gambar itu benar ianya disiarkan dalam Washington Post. Gambar Najib sedang bermain golf dengan Obama sudah menjadi viral di facebook. Makanya apa yang berlaku dan dilaporkan itu tidak memelikkan. Seorang pemimpin berada di luar negara sewaktu negaranya diancam bencana adalah perkara biasa bagi pemimpin seperti Najib. Najib anak seorang bangsawan yang tidak memahami penderitaan rakyat bawahan. Najib tidak pernah menghadam kesusahan dan kepayahan rakyat melainkan setakat mengunyah kemudian mengehek (luah) semula. Dia tidak pernah telan. Kalau dia menelan sudah pasti dia tidak tergamak untuk berada di Hawaii, tetapi dia sewajarnya berada di Kuala Terengganu atau Kuantan kalaupun alergik untuk singgah di Kota Bharu. Lama sebelum beliau menjadi PM saya telah menulis dan menganlisa mengenai keupayaan Najib untuk menjadi pemimpin nombor satu negara ini. Malaysia sebuah negara sedang membangun dimana rata-rata rakyatnya miskin dan kurang berpengetahuan memerlukan seorang pemimpin dari rahim mereka yang benar-benar bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi bertelinga rakyat, berhidung rakyat, bermata rakyat dan juga berkepala rakyat. Kerana pemimpin dari rahim mereka sahajalah yang mampu untuk menghadam kemiskinan dan pernah mengunyah pendeirtaan rakyat, memahami suka duka rakyat. Saya percaya seumur hidup Najib beliau tidak pernah bermain banjir dan tertelan air selut. Dia tidak pernah digigit nyamuk dan betisnya dihisap lintah. Atau pun kalau dia ditakdir menyeberang air selut dia akan didokong oleh pembantu ayahnya. Telapak kaki Najib tidak pernah terkena duri jauh sekali tahi ayam moner. Dia tidak pernah tidur di bawah khemah berunggunkan api, memakan ubi kayu bakar. Yang dia makan roti bubuh kaya dan keju bersama "Ovealtine" atau "Milo" panas berasap. Jauh sekali untuk dia memakan ubi gadung, ubi keladi dan juga ikan haruan dan puyu panggang dibara api. Jadi kalau seorang pemimpin tidak pernah merasai itu semua, apa dia peduli dengan nasib rakyat. Kesusahan mangsa banjir yang bertarung nyawa kini tidak pernah tersentuh oleh hati nuraninya. Sebab itu kalau hendak memilih pemimpin pilihlah dari kalangan kita, rakyat marhaen yang memahami denyut nadi rakyat. Yang tahu kepedihan dan keperitan rakyat. Yang sanggup tidur dan bersama rakyat dalam keadaan apa sekalipun. Seorang pemimpn tidak lengkap dan ideal kehidupan dirinya sebagai pemimpin kalau setakat merasa atau mengetahui penderitaan rakyat itu menerusi audio video atau foto sahaja. Tidak cukup setakat membawa novel "Ranjau Sepanjang Jalan" untuk mengetahui pneritaan rakyat miskin, betapa sakitnya kaki dicucuk duri nibong, susahnya menghalau burung ciak atau bertarung dengan ulat memakan padi. Tidak cukup. Penderitaan bukan dapat dihayati menerusi sebuah lukisan bagai mana realistik sekalipun. Makanya kalau hari ini disaat rakyat berdepan dengan kesusahan melawan arus banjir tetapi Najib bersedap-sedap bermain golf di Hawai dan berdakap dengan isteri di pulau itu, jangan salahkan dia, sebaliknya salahkan diri kita sediri kerana kitalah mengangkat dia menjadi perdana menteri negara kita. Saya tidak bersubahat kerana sudah lama tidak mempercayai orang bangsawan untuk jadi pemimpin. Mereka hanya memikir tembolok mereka sahaja dan menjadikan rakyat sebagai kaldai kurus untuk ditunggani memunggah harta pesataka mereka ke bukit kekuasaan. [wm.kl.12:01 pm 25/12/14] | ||||||||||||
Husam hubungi Azmin minta bantuan untuk Kelantan Posted: 24 Dec 2014 05:49 PM PST SUARA PAGI Malam tadi entah jam berapa saya tertidur. Mata jadi sangat berat untuk tidur kerana mengenangkan nasib negeri Kelantan yang ditenggelami air. Terkenang dan teringatkan kepada mangsa banjir terutamanya yang terperangkap di Manek Urai. Saya tidak mempunyai apa-apa kuasa dan kekuatan untuk membantu mereka. Jauh sekali sebagai Superman.
Saya percaya hampir semua pemimpin yang bertanggungjawab tidak dapat melelapkan mata mengenangkan banjir. Cuma kerana malam pergerakan dan pemantauan mereka terbatas, mungkin operasi terhenti seketika. Apa yang saya banyangkan benar, apabila pagi ini saya menerima beberapa kiriman SMS dan email menceritakan bagaimana pemimpin politik dan Ketua-ketua Jabatan dan Pasukan Keselamatan di Kelantan terus berusaha membantu mangsa banjir tanpa mengira waktu dan keselamatan diri sendiri. Dalam satu kirim print skrin Facebook Mustapa Mohamad beliau mencatat malam tadi dia bersama Ketua Polis Kelantan, Ketua 8 Briged, Pegawai Jajahan telah menijau keadaan banjir di Kuala Krai dan cuba untuk memasuki ke pusat pemindahan dimana rausan mangsa terperangkap.
Mereka kini berlindung di tingkat empat bangunan sekolah berkenaan. Menurut Mustapa pagi ini pihak tentera akan cuba memasuki ke kawasan berkenaan. Masih tertanya-tanya mengenai nasib mangsa banjir yang melarikan diri ke atas bukit juga di Manek Urai. Mustapa tidak menceritakan dalam catatan berkenaan. Sementara itu malam tadi, Naib Presiden Pas Husam Musa juga tidak tidur, telah membuat lawatan ke Pusat Gerakan Banjir di Kota Darunaim yang dikelolakan oleh kerajaan Kelantan. Menurutnya paras air di beberapa sungai utama di negeri Kelantan meningkat dengan ketara keadaan ini akan menambahkan keadaan kritikal di Jajahan Kuala Krai yang sudah kritikal. Bagaimana pun hujan pada ketika ini sudah agak reda, katanya. Sebaliknya cadang Husam kalau hujan berterusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bagi membantu mamngsa-mangsa banjir. Keperluan bot-bot yang lebih besar dan juga helikepotor kerana Kelantan kini terputus hubungan dengan semua kawasan luar. Semua jalan darat ditutup kepada lalu lintas satu-satu jalan hanya di udara sahaja. Sesuatu yang membanggakan bekas Exco Kelantan itu begitu mengambil berat untuk merengan mangsa banjir di Kelantan dan juga kerajaan sendiri. Beliau tidak mengira apakah beliau mempunyai kuasa dan jawatan, tetapi yang perlu diutamakan keselamatan rakyat. Menurut kenyataannya yang dikeluarkan yang dikirimkan kepada saya jam 12:25 tengah malam, Adun Salor itu telah menghubungi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali agar menghulurkan bantuan kepada Kelantan.
Menurut Husam beliau juga telah menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendapat bantuan sama untuk Kelantan. Sehingga ini belum ada jawaban daripada Guan Eng kerana beliau masih berada di luar negara. Usaha dan inisitiaf Husam itu sesuatu yang patut dipuji dan pihak kerajaan Kelantan sendiri perlu berterima kasih. Apakah sebelum ini mana-mana Exco atau Timbalan Menteri Besar atau Menteri Besar sendiri tidak terfikir untuk memohon bantuan luar? Apakah bekalan dan kemudahan yang ada di Kelantan kini mencukupi. Atau pun tidak terbuka ilham? Bencana banjir yang merempuh Kelantan pada masa kini nampaknya mendapat perhatian baik semua pihak. Apa yang berlaku menunjukkan sikap prihatin para pemimpin dan ahli politik Kelantan. Kesatuan dan gandingan bahu itu pasti merengankan beban mangsa banjir. Mustapa Mohamed berusaha menerusi instrument yang dimiliknya sebagai menteri pusat, manakala Husam pula walaupun tidak ada jawatan di Kelantan, tetapi terus menggerakkan minda kreatifnya untuk membantu negerinya. Pemimpin seperti inilah yang didambakan oleh rakyat sebenarnya. Cuma di sini sedikit terkilan kenapa rombongan peninajau banjir ke Kuala Krai yang diketuai Mustapa itu tidak ikut sama menjemput MB Kelantan Ahmad Yaakob. Sepatutnya tinajauan dan lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir haruslah dibuat secara bersama sebagai menggabungkan solidariti kepada rakyat. Kalau pemimpin dapat menijau bersama sudah tentu keadaan itu tambah melegakan perasaan mangsa banjir. Dalam pada itu elok kalau Ahmad Yaakoub menubuhkan Jawatankuasa khas, Operasi Menyelamat dan Membantu mangsa banjir dan kalau boleh serahkan jawatankuasa itu kepada Husam sebagai ketua operasi. Saya jamin dengan kebolehan dan hubungan luas beliau sebagai Exco sebelum ini jawatankuasa itu dapat berfungsi lebih baik dan bermakna lagi daripada jawatankuasa-jawatankuasa yang ada sekarang. [wm.kl.9:42 am 25/12/14] | ||||||||||||
Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang perlu bantu Kelantan Posted: 24 Dec 2014 07:03 AM PST SUSUPAN MALAM Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk merengankan beban kerajaan Kelantan yang kini berhadapan dengan bencana banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.
Paling mencemaskan katanya terdapat lebih 1,000 mangsa banjir terperangkap di pusat pemindahan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh petugas banjir kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan air deras tidak dapat dimasuki dengan bot maupun helikopter. Jumlah mereka yang yang berada di pusat pemindahan di beberapa Jajahan itu tidak termasuk mereka yang terlibat dengan banjir dan memerlukan bantuan keperluan seharian terutamanya makanan kerana sukar untuk mendapat bekalan. Berpuluh-puluh dapur banjir telah dibuka oleh kerajaan Kelantan. Dalam masa sama juga berbagai agensi kerajaan Pusat dan badan sukarelawan, NGO serta kumpulan bersendirian turut sama membantu mangsa banjir, memindah dan juga menghantar bantuan makanan, pakaian dan peralatan tidur. Pos-pos punggutan derama dan bekalan makanan dan pakaian dibuka diserata tempat termasuk di Kuala Lumpur. Adalah lebih manis sekiranya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang turut menghantar bantun ke Kelantan bagi merengankan bebanan yang dipikul oleh kerajaan Kelantan. Baik Azmin atau pun Lim Guan Eng tidak perlu mengambil hati sangat kepada sikap dan telatah sesetengah pemimpin Pas yang terus berpolitik dengan PKR dan DAP dalam isu hudud dan perlantikan MB Selangor baru-baru ini. Dalam pada itu saya mendapat maklumat sudah ada pemimpin Pas menghubungi Azmin untuk memohon bantuan banjir di Kelantan dan Azmin khabarnya telah bersetuju untuk menghantar bantuan. Pemimpin itu juga sedang berusaha untuk mendapat bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dimana sedang berhubung dengan Lim Guan Eng. Inisiatif pemimpin berkenaan perlulah disambut dengan baik dan jangan pula dilempar dengan tuduhan-tuduhan yang buruk. Dalam situasi gawat semua pihak di Kelantan baik Pas sesama Pas dan Pas dengan Umno atau PKR dan DAP harus bersatu. Bantuan daripada Selangor dan Pulau Pinang itu dijangka akan tiba ke Kelantan selewat-lewatnya Jumaat. [wm.kl.11:02 pm 24/12/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan