Isnin, 15 Disember 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Betulkah PAS tidak rugi

Posted: 15 Dec 2014 03:56 PM PST



Muktamar tahunan PAS di PUTIK, pengkalan Cepa Kota Bahru Kelantan sebelum PRU 13 Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar ada berkata, PAS tidak rugi bersama Pakatan Rakyat.

Inilah perasaan Presiden PAS dan kebanyakan perwakilan bersetuju bahawa PAS tidak rugi bersama dengan Pakatan rakyat.Bukan setakat itu sahaja malah sudah ada puak AJK dalam PAS mahu jatuhkan presiden dan kedudukan nisbah 12 dipihak presiden dan 26 di pihak timbalan presiden.

Penulis tidak sokong dengan perasaan tersebut. Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana DAP tetap dengan pendirian asal menentang perlaksanaan hudud bukan saja di Malaysia, malah di Kelantan pun di tentang habis habisan.

Penulis rasa sangat sedih dengan kenyataan seumpama itu. Mengapa? Kerana perasaan itu  muncul secara terburu buru tanpa lihat fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan.
Perkara ini pernah berlaku pada Ikhwan Muslimin Mesir dan parti Islam Indonesia. 

Kedua dua parti ini pernah bersama dengan parti bukan Islam di negera masing masing punca sokongan rakyat merosot dalam PRU demi PRU.

Demikian juga  apa yang berlaku pada PAS musim PRU 13 lepas. Sokongan rakyat merosot sebanyak 13.18 peratus  dalam PRK Pengkalan Kubur. DAP turut berdepan dengan menurunan sebagai 27.3 peratus dalam PRK parlimen Teluk Intan. PKR juga merosot sebanyak 33 peratus dalam PRK Balingian.

Yang peliknya masih ada orang PAS yang mengatakan PAS tidak rugi meskipun undi rakyat pada PRK selepas PRU  13 merosot.

Penulis tidak faham mengapa masih ada orang PAS setuju dengan perasaan yang bercanggah dengan fakta sebenar sebagai penanda aras kedudukan sokongan rakyat terhadap PAS sudah merosot sebanyak 13.18 peratus itu.

Parti Keadilan rakyat juga merosot sebanyak 33 peratsus.  DAP yang dikatakan tetap teguh juga merosot sebanyak 27.3 peratus.

DAP dengan pendirian bahawa undang undang Islam muslim sendiri belum bersedia dengan kata lain DAP tidak setuju hudud di laksanakan di Kelantan setelah menteri di jabatan perdana mengatakan hudud boleh dilaksanakan di Negara tersebut.

Penulis awal awal lagi mengatakan Kelantan boleh laksanakan hudud, akan tetapi di tentang hebat oleh Mat Sabu ketika beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian.

Hudud boleh dilaksanakan diKelantan secara perpilih iaitu kes kes tertentu sahaja seperti kesalahan zina yang tidak ada kaitan langsung dengan undang undang sivil.Kesalahan meminum minuman yang memabukkan dikhlayak ramai atas nama menjaga  akal.

Persoalannya usah hendak laksanakan hudud dalam kesalahan zina undang undang kecil berkaitan pengasingan gender yang dilaksanakan di Kelantan sejak sekian lama itu pun ditentang habis habis oleh DAP dan tangguhkan buat semantara waktu.

Apakah betul PAS tidak rugi apabila bersama dengan pakatan rakyat. Pada penulis ia sangat rugi. Rugi tidak boleh melaksanakan hudud disamping status parti berada didalam sokongan rakyat yang merosot selepas PRU 13.

Dan tidak mustahil ia akan merosot teruk pada PRU 14 nanti dengan jatuhnya pengaruh Anwar Ibrahim atas nama perangai aslinya diketahui umum semasa kemelut menteri besar Selangor tidak lama dahulu.  




Tiada ulasan: