Isnin, 15 Disember 2014

dollah yankee

dollah yankee


Eko no money

Posted: 15 Dec 2014 05:55 AM PST


Gurkah-gurkah politik di'port' turut sama tertekan dengan keadaan semasa ekonomi negara pada masa ini. Setelah dianalisis, setelah bercakap dengan kawan2 mereka yang terdiri dari manager2 bank,setelah bersembang dengan kawan2 mereka yang bekerja dengan pasaran2 saham, setelah duduk sama2 minum kopi dengan sales eksekutif beberapa kilang di Bayan lepas, gurkah-gurkah ini telah merumuskan kedudukan nya berada pada tahap yang kritikal.

Gurkah-gurkah ini juga teringat dimana sebelum ini pun Anwar Ibrahim pada Ogos tahu lalu ada memberi amaran bahawa krisis kewangan bakal melanda di Malaysia akibat daripada pengurusan ekonomi negara yang bengkang-bengkok.
Namun, tindakan Najib untuk membenamkan permasalahan dengan mengambus segala masalah kewangan hari ini membebankan rakyat, sekaligus baru lah kita semua tahu bahawa kerajaan telah gagal untuk mempraktikkan kewangan berhemah, kebertanggungjawab serta ketelusan.
Di dalam keadaan ini, kita sedang menuju ke suatu krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dan juga penyusutan nilai ringgit kepada paras yang belum pernah dilihat semenjak Krisis Kewangan Asia 1997.
Dengan penyusutan nilai ringgit berbanding USD kepada hampir 3.5000 (1 USD : RM 3.50), rakyat akan menghadapi masa hadapan yang bukan lagi samar tetapi kelam akibat kenaikan harga barang makanan terutama sekali yang diimport.
Di mana pak menteri kita? Tidak pernah satu pun kenyataan daripada Najib merangkap Menteri Kewangan mengenai ekonomi negara dan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat,
Sampai hari ini gurkah-gurkah ini tidak nampak tindakan yang dilakukan kerajaan umno berikutan permasalah yang berlaku, sebaliknya hanya terus membuat penafian tanpa sebarang jalan penyelesaian.
Dengan pendapatan yang semakin berkurangan dan bebanan hutang yang terus membengkak, adakah kita akan terus membuat satu lagi 1MDB? Ini sudah menjadi ibu segala skandal dan rakyat sudah muak dengan semua ini.
Negara pastinya akan menghadpai risiko penurunan taraf, pertumbuhan ekonomi akan terjejas dengan penguncupan aktiviti ekonomi domestik.
Apa yang lebih menakutkan adalah ekonomi kita tidak dikemudi dengan baik dan menteri 1 serta menteri 2 juga tidak kelihatan.
dollah yankee - Nasi,ikan tamban kering 2 ekor,bendi 2 batang,telur rebus 1, air sejuk ... RM10.00

Tiada ulasan: