Selasa, 9 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Empat Nama Calon Ketua Pembangkang Selangor Yang Baharu?

Posted: 09 Dec 2014 06:14 AM PST


 MYKMU.NET


Mengenali secara sepintas lalu Ahli Dewan Undangan Sungai Burong, Dato Shamsudin Lias, perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor semalam bukanlah satu kejutan besar.

Bekas Pegawai Daerah yang bertanggungjawab membantu Barisan Nasional merampas DUN Sungai Burong dari tangan Pas pada 2004, Shamsuddin terkenal dengan kelembutan dan kemesraan tetapi tegas sikapnya.

Justeru apabila beliau mengumumkan menolak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor kerana merasakan ditipu oleh Kerajaan Negeri persoalan perletakan jawatan sudah boleh dijangka. Apabila Speaker Dun Selangor, Hanna Yeoh mencabar beliau melepaskan jawatan tersebut, maka beliau tiada masalah melepaskannya.

Bagi Shamsudin, tindakan kerajaan negeri mengubah peruntukan dengan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC, namun mengekalkan majoriti besar ADUN Kerajaan Negeri dalam jawatankuasa tersebut adalah tidak masuk akal dan cuba menjadikan beliau sebagai boneka mengesahkan apa sahaja perbelanjaan kerajaan negeri.

PAC Negeri bakal mengandungi 2 ADUN BN dan 5 ADUN Pakatan tidak akan memberi apa-apa erti dengan perlantikan beliau sebagai Pnegerusi.

Namun persoalan lebih menarik ialah siapakah bakal Ketua Pembangkang yang baharu akan dicadangkan oleh Barisan Nasional menggantikan Shamsudin Lias?

Empat nama yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Pembangkang yang baharu ialah ADUN Jeram, Amiruddin Sutero, ADUN Kuang (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor), Shukor Idrus, ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zuhdi dan ADUN Hulu Bernam, Rosni Sohar.

Apakah BN Selangor bakal membuat kejutan memilih wanita sebagai Ketua Pembangkang yang baharu sebagai satu langkah menawan semula Selangor atau memberi peluang kepada muka baharu, Budiman Mohd Zuhdi.

Rosni terkenal sebagai seorang penggerak jentera yang cekap dalam Wanita UMNO Malaysia, manakala Budiman pula semakin dikenali dengan kekuatan pidato dan kemampuan intelektual.

budimanBudiman merupakan wakil rakyat yang menempelak calon Menteri Besar Selangor, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang DUN yang lalu kerana berucap tidak mengikut peraturan Dewan.

Bagaimanapun, Budiman dan Rosni merupakan wakil rakyat penggal pertama yang belum biasa dengan sepak terajang politik Pakatan yang telah berpengalaman.

Jika ini diambil kira Shukor Idrus atau Amirudin harus dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu dengan Budiman atau Rosni dilantik sebagai Timbalan secara tidak rasmi bagi memberi pengalaman dan pengetahuan yang lebih.

Namun BN akan membuat kejutan lebih besar jika mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang tersebut selagi peruntukan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC secara otomatik tidak dimansuhkan atau ditukar korum PAC kepada 5 BN dan 2 PR.

Orang layak tak diberi peluang jadi pemimpin

Posted: 09 Dec 2014 04:16 AM PST


Dr Mahathir Dr Mahathir
 
 
TIADA siapa dapat menafikan, selepas 11 tahun meninggalkan kerajaan, pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kalangan pemimpin dan rakyat di negara ini masih kuat. Nasihat beliau masih dialu-alukan banyak pihak, dan pandangannya dalam pelbagai isu sering menjadi rujukan.

Baru-baru ini, Dr Mahathir, dalam satu lagi wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, berkongsi pendapatnya mengenai pelbagai isu, termasuk kesan kelemahan orang Islam dalam bidang sains dan teknologi, kebebasan rakyat, ekonomi, politik dan perkara yang tidak kurang menarik, ialah bagaimana beliau melihat Malaysia hari ini dan meramal masa depannya.

Ikutilah wawancara beliau bersama Editor Edisi Nasional Sinar Harian, Badruldin Zakaria, Ketua Wartawan Meja Am Sinar Harian, Farah Zamira Farush Khan, ketua jurugambar, Mizan Mat Tamin serta jurukamera kanan, Muhamad Fauzi Mohamed. Wawancara ini juga boleh ditonton di laman web Sinar Harian Online.


SINAR HARIAN: Tun banyak beri pandangan yang dianggap luar biasa berkaitan Islam, contohnya baru-baru ini Tun ada menyebut bahawa ada fatwa yang perlu disemak semula. Secara peribadi apa pendekatan yang Tun guna untuk pembelajaran agama?

DR MAHATHIR: Saya dapati ada fatwa yg sebenarnya tidak boleh dilaksanakan. Masa saya kecil dulu, (ada) fatwa tak boleh guna elektrik dalam masjid, tak boleh guna kereta bermotor, tak boleh ada gambar, lukisan dalam atau di luar rumah. Jadi perkara ini sekarang didapati tak praktikal, tak boleh nak elak. Gambar mesti ada, kita ambil fotografi, (gambar) dah bergerak pun, boleh bercakap pun (iaitu televisyen). Jadi larangan ini (ditujukan) kepada (masyarakat) Arab jahiliah dahulu supaya mereka tak sembah (gambar).

Kerana Arab jahiliah ini daripada sejarah kita tahu, dia nampak batu yang pelik bentuk saja, dia sembah. Tetapi sekarang ini, kita tahu kita tak sembah gambar. Orang Islam tak sembah gambar kalau iman dia kuat, (kalau) dia belajar agama (dengan) betul dia tak akan sembah gambar.

Jadi nampak yang ditafsirkan dahulu itu sekarang ini tak kena, macam tak boleh pakai elektrik dalam masjid. Sekarang ini kita ketawa. Ini semua fatwa pada masa dulu. Sekarang ini kita tahu tak betul. Jadi berapa banyak lagi fatwa yang tak betul? (Ada orang) kata kita tak boleh lagi soal apa yang telah dijelaskan dulu, tak boleh dibuka lagi pintu ijtihad, sudah ditutup. (Ini) keputusan siapa? Bukan keputusan Nabi (Muhammad SAW atau ALLAH SWT).

Ini keputusan manusia. Walaupun dia terpelajar dalam bidang agama, manusia sering membuat kesalahan. Jadi apabila kita dapati keadaan fatwa yang tidak lagi sesuai, kita harus kaji semula.


SINAR HARIAN: Sekarang ini, macam mana Tun lihat pendekatan orang Islam terhadap agama? Adakah mereka terlalu berfikiran sempit kerana terikat dengan fatwa dahulu kala?

DR MAHATHIR: Kebanyakan mereka tidak menyoal dan terima bulat-bulat fatwa yang lama ini (walaupun) kadang tidak lagi boleh kita amalkan pada waktu ini. Tetapi yang jadi masalah dalam kalangan orang Islam sekarang ini, tumpuan ialah kepada fardhu ain, iaitu menyediakan diri untuk akhirat.

Tapi dalam Islam dia kata bukan sahaja akhirat, dunia ini pun penting bahkan (ayat 201, Surah al-Baqarah menyebut) 'rabbana atina fid-dunya hasanah, wa-fil akhiratai hasanah' (bermaksud 'Aku memohon daripada Engkau (ALLAH) kebaikan di dunia, dan aku memohon kepada Engkau kebaikan di akhirat).

Dunia dulu baru akhirat. Jadi kita kena ambil bahagian kita di dunia ini. Kalau kita tak ambil bahagian kita di dunia, kita jadi orang yang lemah, orang yang tak boleh pertahankan diri, kita sebenarnya tidak boleh amal ajaran al-Quran. Al-Quran kata orang Islam perlu mempertahankan diri.

Keupayaan mempertahankan diri itu penting, tetapi pasal dia (orang Islam) tak ada pengetahuan pasal nak buat senjata apa semua, (sekarang) ini dia bergantung kepada orang. Orang bagi senjata kepada dia, dia bunuh orang dia (sendiri).


SINAR HARIAN: Itu ada kaitan dengan soalan ketiga. Mengenai pencapaian orang Islam dalam bidang sains teknologi, sangat rendah berbanding Barat sedangkan Islam agama progresif. Adakah sebab ulama kita terlalu fokus mengenai hukum hakam berbanding bincang isu ekonomi, politik, sains dan teknologi?

DR MAHATHIR: Saya belajar sejarah Islam, pada mulanya orang Islam ini sangat maju dalam bidang sains, matematik, pelayaran, pergerakan bintang-bintang, semua dia tahu. Tapi pada abad ke-15 Masihi, datang fatwa bahawa semua pelajaran yang bukan berkenaan dengan agama Islam tidak memberi pahala, tidak memberi merit kepada kita untuk akhirat.

Dengan itu, maka saintis-saintis (Islam) beralih daripada sains kepada agama. Tumpuan kepada pelajaran agama, menulis kitab berkenaan agama. Malangnya terdapat percanggahan antara mereka yang menyebabkan ada kekeliruan sekarang ini antara kita. Kita dapati bahawa orang yang menulis buku-buku ini, pendapat mereka tak sama.

Jadi kerana tak sama kita jadi pengikut kuat (kepada pendapat ulama yang berbeza) dan kita berpecah. Sebab itu kita perlu ingat bahawa iqra adalah ayat yang pertama disampaikan kepada Nabi (Muhammad SAW). Kerana baca itu penting. Waktu itu tak ada agama Islam lagi, baru ada wahyu daripada Tuhan suruh baca.

Dia (orang Islam) nak baca apa? Tak ada apa pun tertulis. Dia baca apa yang ditulis oleh orang-orang Greek, Roman, China, India dan dengan itu (orang Islam) menjadi bangsa yang terpelajar, dapat mendirikan tamadun Islam yang canggih, yang lebih maju daripada Eropah yang pada masa itu ada di zaman gelap, The Dark Ages.

Jadi sebab itu kita kena baca, bukan sahaja baca al-Quran, baca kitab (agama). Kita baca yang itu pun tetapi kita kena baca dalam bidang lain, termasuk sains, kerana sains ini boleh menyumbang kepada ketahanan kita.

Kalau kita tak ada pengetahuan dalam sains, kita ketinggalan seperti sekarang ini. Sebab itulah kita jangan kata mempelajari sains itu tidak mendatangkan pahala kerana daripada sains itu kita akan berupaya mengamalkan ajaran Islam, iaitu mempertahankan umat Islam dan agama Islam.

Sekarang ini orang menghina Islam, kita tak boleh buat apa-apa pasal kita lemah. Pasal apa kita lemah? Pasal kita tak ada ilmu. Pasal apa kita tak ada ilmu?

Pasal kita cuma baca berkenaan dengan agama saja. Amalan daripada ajaran itu kita tak buat.


SINAR HARIAN: Apabila orang terlalu terikat dengan fatwa, ia mewujudkan kumpulan pelampau agama. Sekarang ini kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa konsep wasatiyyah (kesederhanaan). Adakah konsep ini boleh kekang pelampau agama sebab kita galakkan Islam sederhana atau sebaliknya menyebabkan lebih banyak pula kewujudan golongan liberal?

DR MAHATHIR: Sebenarnya agama Islam ini sudah pun sederhana. Kalau kita baca al-Quran, dia suruh kita tadbir dengan baik, terima adanya orang bukan Islam, tidak ada paksaan dalam Islam. Semua ini menunjukkan bahawa agama Islam itu adalah agama yang sederhana, tak ada paksaan.

Tetapi yang berlaku sekarang ini ialah penganut agama Islam ini keterlaluan, lebih daripada yang disuruh oleh agama. Dan benda yang dilarang oleh agama pun mereka buat dengan nama agama. Umpamanya, dia bunuh orang Islam atas nama Islam.

Itu tak kena. Itu bukan ajaran Islam. Jadi ini penyelewengan. Bukan agama itu tidak sederhana. Agama itu sudah pun sederhana, tak payah disederhanakan.

Tetapi kita keterlaluan, yang perlu kita asingkan, (yang perlu kita) tolak ialah keterlaluan membuat tafsiran yang tidak tepat kepada ajaran Islam. Kita buat apa pun, kita kata 'Bismillahirrahmanirrahim'. ALLAH maha pengasih, maha penyayang.

(Tetapi) kita gambarkan ALLAH itu sebagai ALLAH yang maha kejam, bengis, nak bunuh orang saja. Itu gambaran yang kita suka nak bagi. Sebenarnya agama Islam menunjukkan 99 nama Tuhan, kebanyakannya sederhana.

Tak payah nak sederhana lagi lah. Tuhan dah tunjuk kepada kita dalam al-Quran, dalam hadis, kita adalah agama yang sederhana.

Pelantikan orang luar bukti kegagalan BN

Posted: 09 Dec 2014 04:04 AM PST


Mahfuz Omar Mahfuz Omar
 
 
 
SHAH ALAM - Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS didakwa bukti kegagalan kerajaan BN dalam merealisasikan slogan Malaysia Boleh.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemilihan warga asing itu juga membuktikan rakyat Malaysia tidak layak menerajui syarikat penerbangan itu walaupun dibantah banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini.

"Dengan pelantikan warga asing sebagai peneraju baru MAS membuktikan kegagalan Malaysia dalam melahirkan tokoh pengurusan korporat tempatan.

"Ini menjadikan slogan Malaysia boleh adalah slogan palsu," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Mueller sebagai CEO MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Mueller yang kini CEO Aer Lingus, iaitu syarikat penerbangan kebangsaan Ireland juga dinamakan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.

Pelantikan Mueller dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Christoph Mueller CEO baharu MAS]

Dalam pada itu, Mahfuz berkata lagi, pelantikan itu juga membentuk sikap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar untuk masa depan negara.

"Adakah ini bermakna kerajaan bercadang untuk menyerahkan jawatan menteri kewangan yang disandang oleh Datuk Seri Najib juga warga asing yang lebih berkeupayaan untuk pemulihan ekonomi negara yang lebih baik?

"Adakah orang luar ini lebih berkeupayaan untuk memulihkan ekonomi negara susulan beban hutang negara yang begitu besar serta kejatuhan nilai ringgit Malaysia?" soalnya.

Ambil tindakan tegas individu cederakan penyokong

Posted: 09 Dec 2014 03:56 AM PST

SINAR HARIAN

Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
KUALA LUMPUR - Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014, Ahad lepas.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang kesal dengan insiden itu berkata tindakan harus diambil sebelum skuad Harimau Malaya bertemu semula dengan pasukan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua, di Hanoi Khamis ini.

"Saya sendiri telah memohon maaf kepada penyokong Vietnam dan juga telah hubungi Duta Vietnam, kita kena mengakui kita salah, dan tindakan pantas perlu diambil," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Yahaya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil kementerian untuk memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

Pada perlawanan di Stadium Shah Alam itu, skuad Harimau Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam. - Bernama

Azmin kesal Shamsudin letak jawatan ketua pembangkang

Posted: 09 Dec 2014 03:53 AM PST

 
Jawatan Ketua Pembangkang merupakan jawatan penting dalam pengurusan negeri sebagai penyemak imbang(check and balance) kepada Kerajaan Negeri


azmin ali01KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmi Ali kesal dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kira–kira Wang Awam (PAC) Negeri.

Menurutnya, jawatan Ketua Pembangkang merupakan jawatan penting dalam pengurusan negeri sebagai penyemak imbang kepada Kerajaan Negeri dan ia seharusnya dimanfaatkan bagi memberi keadilan kepada rakyat.

"Langkah Kerajaan Negeri memberikan pengiktirafan terhadap jawatan Ketua Pembangkang adalah usaha untuk memantapkan demokrasi matang di Malaysia yang mengambil sistem ala 'Westminster' di mana peranan pembangkang dalam pentadbiran tidak dipandang serong atau dianaktirikan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan kemudahan bagi mereka menjalankan tugas.

Justeru, pentadbiran Kerajaan Negeri berpendirian Ketua Pembangkang Selangor sewajarnya mempengerusikan PAC Negeri dan menerima kemudahan yang setimpal dengan tanggungjawab yang digalas. Tujuannya, tambah belau adalah untuk meningkatkan lagi keberkesanan sistem demokrasi di negeri tersebut.

"Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada penglibatan ADUN–ADUN Pembangkang lain yang aktif dalam jawatankuasa–jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Selangor yang lain dan memainkan tanggungjawab mereka.

Semalam, ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuatnya kerana beliau enggan menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor.

Mohd Shamsudin berkata, keputusan itu adalah atas pilihannya sendiri, atas prinsip integriti dan tidak mahu menjadi boneka.

Beliau berbuat demikian kerana mendakwa sikap berat sebelah pentadbiran kerajaan negeri yang meletakkan komposisi anggota jawatankuasa PAC, yang dimonopoli oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Jelasnya, langkah kerajaan negeri yang meletak seorang ADUN BN berbanding empat ADUN Pakatan dalam PAC, sekali gus memperlihatkan tiadanya keseimbangan.

Mohd Shamsudin berkata, memandangkan Pindaan Peraturan Tetap 68 (1) DUN Selangor mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC, maka beliau tiada pilihan selain melepaskan jawatan berkenaan.

Susulan itu, semua kemudahan pentadbiran termasuk sebuah kereta rasmi bagi kegunaannya sebagai Ketua Pembangkang, dipulangkan semula.

Surat peletakan jawatan Mohd Shamsudin diserahkan kepada Pejabat Speaker DUN.

Mohd Shamsudin turut memberitahu keputusan itu telah dimaklumkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Senarai calon baru Ketua Pembangkang DUN belum dibincangkan masa ini.

Royalti: PAS sokong Terengganu tuntut 20 peratus

Posted: 09 Dec 2014 03:45 AM PST

HARAKAHDAILY

 
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu diingatkan supaya jangan hanya mengharapkan bantuan ehsan daripada Pusat sahaja untuk mendapatkan hasil negeri
.
Justeru, Ketua Pembangkang, Ustaz Satiful Bahari Mamat menggesa kerajaan negeri supaya mengambil kira istilah royalti kerana ia menjadi hak negeri ini.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan Bajet 2015 negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Semasa membentangkan bajet itu semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk terlibat dalam polemik sama ada sumber pendapatan negeri adalah royalti ataupun bukan royalti.

Katanya, daripada jumlah anggaran hasil negeri yang dianggarkan RM2.4 bilion tahun hadapan, 88.6 peratus bakal diperolehi daripada sumber Persekutuan khususnya melalui dana khas serta pemberian tahunan sementara baki 11.4 peratus sumber negeri.

"Perkataan perlu diambil kira, istilah penting, royalti hak kita dalam hal ini," ujar Satiful Bahari yang juga Adun Paka.

Menurutnya, negeri-negeri yang mempunyai hasil petroleum dan menerima royalti tidak pernah menyebut pemberian itu adalah dana khas.

Justeru, beliau menegaskan semua Adun daripada PAS akan menyokong untuk menuntut royalti sebanyak 20 peratus sebagaimana usul yang pernah diterima sebulat suara pada persidangan Dun Sarawak.

Pada 6 Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan usul untuk memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada negeri itu daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

"Kami akan sokong untuk dapat royalti 20 peratus, hak negeri dan hak rakyat negeri ini," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau juga mendesak kerajaan negeri supaya mempertahankan kawasan medan minyak yang baru di Blok PM307 Bertam.

Sehubungan itu, beliau memuji sikap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini yang mempertahankan kawasan medan minyak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik negeri ini.

Bekas menteri besar itu pernah memberitahu bahawa kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan.

"Kalau hak kita, kita perlu pertahankan," tegas Satiful.

Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) yang turut membahaskan bajet itu juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan negeri berhubung royalti petroleum itu.

Katanya, kerajaan mesti mempertahankan royalti kerana ia penting untuk rakyat negeri ini. - HARAKAHDAILY

Chegubard, keluarlah dari PKR dan masuk UMNO

Posted: 09 Dec 2014 03:42 AM PST

Zafril berkata di dalam PKR tidak memerlukan parasit seperti Chegubard dan kerja memecahbelahkan PKR ini adalah kerja UMNO



AMK-baruPETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin digesa berhenti menjadi duri dalam daging kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau keluar dan menyertai UMNO, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zafril Eusoff.

Katanya, tindak-tanduk Badrul Hisham yang lebih dikenali Chegubard lebih banyak merosakkan parti dan hubungan baik antara pimpinan tertinggi PKR.

Beliau berkata, "kerja memecahbelahkan PKR ini adalah kerja UMNO. Jika Badrul Hisham mahu jadi perosak PKR, maka kami menyeru beliau agar keluar dari PKR dan menyertai UMNO, sambil menambah, "PKR tidak memerlukan parasit seperti beliau."

Menurutnya dalam satu kenyataan, AMK kesal dengan dakwaan Chegubard yang menuduh wakil rakyat PKR dan DAP menarik semula sokongan kepada Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku calon Menteri Besar Selangor.

Chegubard juga mendakwa kononnya Mohamed Azmin Ali berperanan dalam keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melucutkan darjah kebesaran 'Datuk' Seri' terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zafril berkata, dakwaan Chegubard adalah tidak berasas serta telah dinafikan oleh wakil-wakil rakyat PKR serta DAP semalam.

"Dakwaan beliau ini dikitar semula dari kenyataan beliau sebelum ini yang bertujuan memecahbelah serta memalukan parti.

"Manakala serangan berterusan beliau terhadap Azmin pula adalah susulan dari dendam peribadi beliau yang gagal dalam percaturan politiknya untuk menyekat Azmin dari memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti baru-baru ini," ujarnya.

Sebelum ini ahli PKR yang digantung itu telah mendedahkan empat nama ADUN yang menarik balik surat akuan sokongan kepada Dr Wan Azizah.

Empat ADUN tersebut ialah Amiruddin Shari (Batu Caves), Mat Shuahaimi Shafiee (Sri Muda), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Ng Sze Han (Kinrara).

Semua ADUN tersebut menandatangani surat akuan bersumpah pada 11 September 2014 lalu, dan mereka mengesahkan akan mematuhi apa sahaja keputusan yang diambil oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mahfuz : Senaraikan calon pengganti Najib

Posted: 09 Dec 2014 03:39 AM PST


Tindakan Tun M menyatakan ramai yang layak ganti Najib bukti beliau seorang yang berani.
mahfuz-omar


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menyenaraikan nama calon yang layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tambah beliau, mantan Perdana Menteri itu seharusnya menamakan siapakah calon-calon tersebut untuk dilihat oleh rakyat sama ada mereka memenuhi kriteria dan kelayakan yang cukup.

"Jika calon tersebut lebih dari satu Tun boleh mengaturkan perbahasan dalam kalangan mereka yang layak berserta visi dan misi hala tuju masa depan negara," katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz seterusnya menjelaskan, pengumuman tersebut perlu dilakukan bagi memberi mereka peluang untuk berbahas dan berdebat sebelum UMNO dan Barisan Nasional (BN) memuktamadkan pengganti Najib.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa ramai ahli dalam parti BN dan pemimpin berkebolehan layak menggantikan Najib.

"Kenyataan Tun itu adalah satu penegasan terhadap partinya sendiri yang pernah diterajuinya selama 20 tahun lebih," ujar beliau.

Mahfuz menyifatkan kenyataan Dr Mahathir menunjukkan beliau berani bagi memastikan hala tuju negara berada dalam landasan yang betul.

Kilang Perwaja Steel tutup 1,500 pekerja diberhentikan

Posted: 09 Dec 2014 03:31 AM PST

HARAKAHDAILY


KUALA TERENGGANU: Kilang Perwaja Steel Sdn Bhd (PSSB) telahpun tutup operasinya pada 19 November lalu dan seramai 1,500 pekerjanya diberhentikan setelah tidak dibayar gaji secara tetap dalam tempoh sekian lama.

"Apabila keadaan ini berlaku, maka terdapat lambakan 1,500 tenaha kerja mahir dalam sektor perkilangan industri berat yang terpaksa bersaing dengan tenaga kerja baru untuk mendapatkan pekerjaan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat ketika membahaskan Bajet 2015 negeri pada persidangan Dun, petang ini.

Katanya, jumlah mereka yang terjejas sebenarnya adalah 5,000 orang setelah dikira jumlah pekerja, pasangan masing-masing atau tanggungan serta keluarga mereka.

Ini, ujar beliau akan memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat serta kesan kepada setiap keluarga yang terlibat.

Justeru, katanya negeri amnya dan daerah Kemaman khasnya juga akan kehilangan putaran ekonomi pada kadar gaji pekerja Perwaja sebanyak RM3.5 juta hingga RM4 juta sebulan.

"Ini memberi kesan langsung kepada sektor perniagaan runct dan sektor perbankan di Kemaman," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri.

Setelah mengambil kira implikasi penutupan kilang Perwaja di Kemaman, beliau mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk menamatkan krisis itu atau mengurangkan kesannya kapada yang terlibat khasnya dan daerah Kemaman amnya.

Bagi pihak 1,500 pekerja yang diberhentikan, beliau mensyorkan agar kerajaan negeri menggunakan saluran-salurannya untuk mempengaruhi kerajaan Pusat supaya dapat mengiktiraf agar PSSB dapat beroperasi semula dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

"Kerajaan negeri mesti membantu pekerja yang telah diberhentikan dengan menyediakan satu pelan atau skim yang membolehkan bekas pekerja Perwaja diasimilasi ke dalam masyarakat dengan lebih cepat dan berkesan," ujarnya.

Menurutnya, mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila sebelum ini imbuhan yang mereka dapat tidak dibayar mengikut jadual dan mengalami kesulitan dalam menguruskan kehidupan peribadi dan rumahtangga mereka.

Sekarang, ujar Ketua PAS Kawasan Kemaman itu bulan Disember dan dalam masa tidak sampai sebulan, penggal persekolahan baru akan dibuka.

"Bayangkanlah betapa pilunya hati mereka melihat pakaian sekolah anak-anak yang telah lusuh tidak dapat diganti baharu kerana kini digelar sebagai penganggur.

"Cuba pula kita duduk dalam keadaan mereka, betapa aibnya menjadi ibu bapa yang tidak dapat membayar yuran-yuran persekolahan anak dan membeli buku-buku anak yang bukan sedikit jumlahnya," katanya lagi.

Mereka kini, kata Hanafiah bukan sahaja tidak mampu untuk membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan, bahkan memikirkan untuk mencari rezeki bagi menyuap makanan kepada anak-anak juga sudah menjadikan mereka sakit kepala.

Kata beliau lagi, sememangnya penutupan kilang PSSB dan pemberhentian pekerjanya di Kemaman secara total merupakan satu titik hitam dalam sejarah perindustrian negara dan negeri ini.

"Sekiranya ia benar-benar menjadi kenyataan dan kita gagal untuk membendungnya atau mengurangkan impak kepada rakyat, maka kita sebagai kerajaan adalah bertanggungjawab," katanya lagi.

Justeru, ujarnya adalah menjadi harapan agar usaha-usaha dapat digembleng oleh kerajaan untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku dan setidak-tidaknya mengambil langah yang dikira wajar untuk meminimumkan impak dan kesan kepada rakyat negeri ini. - HARAKAHDAILY

Akta Hasutan jadi kepentingan politik BN

Posted: 09 Dec 2014 03:08 AM PST

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM: Tindakan siasatan terhadap ADUN Taman Medan, Haniza Talha di bawah Akta Hasutan berhubung isu dana Permata menunjukkan ketidakadilan Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli MPP PKR, N Surendran, berkata tindakan itu membuktikan Kerajaan BN menyalahgunakan Akta Hasutan untuk kepentingan politik mereka.

surendran speech mic 02Katanya, hal itu bertentangan dengan kenyataan Najib yang mahu mengekalkan Akta Hasutan dalam usaha mengekalkan keharmonian antara kaum.

"Bagaimana ADUN yang dipilih rakyat dianggap melakukan jenayah apabila mempersoalkan peruntukan Permata, apa kena mengena peruntukan itu dengan keharmonian kaum," kata Surendran dalam kenyataan media.

Beliau berkata, Najib dan pemimpin Umno harus berhenti menipu rakyat dengan menyatakan Akta Hasutan digunakan untuk mengekalkan keharmonian kaum.

"Ia adalah tindakan melampau apabila Akta Hasutan digunakan terhadap wakil rakyat seperti Haniza Talha yang hanya mempersoalkan peruntukan bagi pihak rakyat," katanya.

Rafizi pertahan ucapan ‘cincin mahal’ Rosmah di mahkamah

Posted: 09 Dec 2014 03:06 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli tetap mempertahankan ucapan beliau berkaitan 'cincin mahal' Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah kelak.

Katanya, jawapan kepada surat tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya itu dihantar melalui peguamnya, N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

najibrosmah_400_289_100_270_195_100"Ucapan saya tuturkan itu sememangnya berkepentingan awam kerana ia bersabit dengan dasar negara.

"Ia berdasarkan tindakan Najib menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan saya akan pertahankan ucapan itu di mahkamah kelak," jelas Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Disember lalu, Najib dan Rosmah menghantar surat guaman menyaman Rafizi ekoran kenyataannya berkaitan 'cincin mahal' Rosmah dalam program di Kuala Lumpur yang disiarkan di Youtube.EZY

Kerajaan cadang denda individu hilang pasport

Posted: 09 Dec 2014 03:00 AM PST

 
KDN akan meneliti Akta Bayaran sekiranya terdapat klausa tertentu yang membenarkan denda
zahid hamidi300


PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya bercadang untuk mengenakan denda kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pasport disebabkan kecuaian.

Beliau berkata berikutan itu, kementeriannya akan meneliti Akta Bayaran sekiranya terdapat klausa tertentu yang membenarkan tindakan tersebut dilakukan.

"Sekiranya tiada klausa terbabit kita akan membawa cadangan ini ke Parlimen untuk pindaan akta. Perkara ini adalah bagi memperketatkan peraturan untuk memastikan pasport itu tidak hilang," katanya pada sidang medianya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu Pembantu Setiausaha Jabatan Keselamatan Luar dan Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat, Alan Bersin di pejabatnya.

Zahid mengingatkan suapaya rakyat Malaysia lebih berhati-hati agar tidak kehilangan pasport mereka.

Beliau berkata, sekiranya kehilangan pasport, individu terbabit harus melaporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam.

"Kita akan gunakan pendekatan, kehilangan pasport mesti dilaporkan kepada polis secara wajib," katanya.

Wakil rakyat BN lembab bantu mangsa banjir Manjoi

Posted: 08 Dec 2014 11:28 PM PST

 Oleh Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Ketua KEADILAN Cabang Tambun, Muhamad Arafat Mahamad kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menangani tragedi banjir di Manjoi, Perak.
Jelasnya, kerajaan hanya menyediakan pusat pemindahan banjir kepada penduduk sementara menunggu ribut reda.

Bagaimanapun, beliau memahami tindakan penduduk yang tetap tinggal di rumah masing-masing kerana khuatir kehilangan harta benda.

"Saya amat kesal dengan Adun Manjoi dan Ahli Parlimen Tambun kerana walaupun sudah lebih sehari berlaku ribut melibatkan hampir 60 rumah, tetapi tiada tindakan yang mengutamakan rakyat.

"Padahal kebanyakan rumah mangsa hanya perlu ganti atap dan memperbaiki bahagian atap sahaja kerana sebahagiannya diterbangkan ribut.

"Sekiranya Adun berkenaan bertindak pantas untuk ganti dan memperbaiki bahagian atap, saya yakin 80 peratus masalah mangsa telah selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.

lawat banjirBerikutan kegagalan Umno BN, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Tambun baru-baru ini telah bertindak menggantikan bumbung mangsa dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa.

"Ada beberapa mangsa menukarkan atap mereka sendiri, tapi kami minta Adun supaya jumlah kos perbelanjaan atap yang telah ditukar dibayar semula kepada mangsa tersebut.

"Hanya kerana kelemahan wakil rakyat Umno BN menangani masalah, mangsa-mangsa tersebut terpaksa hidup berbanjir dalam rumah ekoran hujan lebat dari semalam," ujarnya lagi.

Lebih 300 penduduk di kawasan Chemor dan Manjoi dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir setakat 8 pagi tadi apabila kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

Hanya pembodek Umno yang mahu ISA hidup semula – Tian

Posted: 08 Dec 2014 11:23 PM PST

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Saranan beberapa penganalisis politik yang mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dikembalikan sebagai tidak masuk akal.

Jelas Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, cadangan tersebut tidak akan diterima oleh individu yang arif perihal politik kecuali si
pembodek kerajaan.

anti-isa"Saya yakin tiada siapa pun yang mahu akta berat sebelah itu dikembalikan, ia tidak relevan langsung.

"Yang kemukakan cadangan ini bukan penganalisis atau orang yang arif dengan politik, tetapi cuma pembodek Umno," tegas Ahli Parlimen Batu itu ketika dihubungi.

Sebuah portal melaporkan beberapa penganalisis politik tanah air berpendapat ISA, yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011,
sebenarnya masih relevan.

Malah kerajaan turut disaran mempertimbang saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan pihak tertentu mengganggu-gugat
keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.

"Kita menentang akta ini bukan kerana ia dikenakan kepada pemimpin pembangkang, tetapi prinsip akta itu sendiri yang tidak adil.

"Kita tidak boleh melaksanakan undang-undang yang tidak ikut hak asasi dan proses perundangan yang betul," jelas Tian lagi.

Sambung beliau, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang diluluskan Dewan Rakyat pada 2012 bagi

menggantikan ISA tidak memberi sebarang makna kerana ia masih dibayangi ISA.

"Sosma masih mempunyai ciri-ciri ISA iaitu tidak memberi hak pengadilan kepada tahanan.

"Sama seperti ISA ia bukan sahaja melanggar hak asasi manusia tetapi melanggar klausa perundangan," ujar Tian yang pernah ditahan tanpa bicara di bawah ISA selama dua tahun.

"Saya Tak Mahu Jadi Boneka," - Ketua Pembangkang Selangor

Posted: 08 Dec 2014 04:19 PM PST


 MSTAR ONLINE

 
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Datuk Shamsuddin Mohd Lias dari Barisan Nasional (BN) mengumumkan peletakkan jawatannya berkuatkuasa pada Isnin dengan alasan beliau enggan memikul tanggungjawab sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri.

Di Dewan Undangan Negeri Selangor kini, jawatan ketua pembangkang adalah juga memikul tanggungjawab sebagai pengerusi PAC.

Menurut Shamsuddin, beliau enggan menjadi boneka kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kerana jawatan ketua pembangkang itu mewajibkannya menjadi pengerusi PAC.

"Saya tiada pilihan...saya harus mempertahankaan prinsip yang menjadi asas integriti saya atau saya terima tawaran (PAC) di mana kuasa hanya ada pada nama sahaja. Tangan saya terikat dan saya terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC nanti," ujarnya lagi.

Katanya, jawatan dalam PAC itu tidak berkonsepkan demokrasi dan tidak adil seperti mana yang digembar-gemburkan oleh kerajaan PR Selangor.

Ini kerana kata Shamsuddin, komposisi tujuh ahli jawatankuasa itu memperlihatkan nisbah yang berat sebelah iaitu lima Adun dari PR, satu Adun BN (Jeram) dan dirinya sendiri.

Jelasnya, apa makna jawatan sekiranya jawatan itu tidak memberi kuasa kerana kuasa yang sebenar tetap berada di pihak PR dengan jumlah perwakilan yang majoriti.

Oleh hal yang demikian beliau melihat kedudukan pengerusi hanyalah boneka semata-mata.

Lima ahli jawatankuasa PAC PR ialah Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kajang), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Ng Tien Chee (Balakong) dan Dr Abdul Rani Osman (Meru).

Malah katanya, pemberian jawatan pengerusi PAC kepada BN hanyalah muslihat kerana PR ingin menuntut hak yang sama di peringkat pusat.

Pada 4 Disember baru-baru ini, DUN Selangor yang bersidang telah meluluskan pindaan peraturan tetap 68(1) yang mewajibkan ketua pembangkang turut menjadi pengerusi PAC.

Sehubungan dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan ketua pembangkang, Adun Sungai Burong itu turut memulangkan kereta rasmi negeri, Toyota Camry kepada kerajaan negeri.
Beliau hanya mula menggunakan kereta rasmi itu bulan lalu.

Menurut Shamsuddin, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali cuba meraih keuntungan politik dengan memberi kemudahan kereta itu semasa di bawah pentadbirannya.

Sebaliknya jelas Shamsuddin, peruntukkan kereta itu untuk kegunaan ketua pembangkang adalah atas daya usaha Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam perkembangan yang berlainan, beliau juga mendesak Azmin supaya menamatkan khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran "Datuk Seri" kepadanya.

"Sekiranya sungguh Azmin mahu mempertahankan prinsip integriti, beliau hendaklah terlebih dahulu berani menamatkan khidmat ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor, itu baru betul," ujarnya.

Ancaman Siber Meningkat Mendadak Sembilan Bulan Pertama Tahun Ini

Posted: 08 Dec 2014 04:14 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Abu Bakar (kiri) beramah mesra dengan peserta WCIT luar negara.
 
 
MELAKA: Ancaman siber di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak setiap bulan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8,140 kes.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 717 kes ancaman siber direkodkan pada Januari, Februari (498), Mac (707), April (773), Mei (645), Jun (777), Julai (943), Ogos (1,258) dan September (1,822).

Beliau berkata, penipuan siber merupakan salah laku tertinggi daripada sembilan ancaman siber yang direkodkan dalam tempoh tersebut iaitu 3,326 kes, diikuti spam (1,710), cubaan pencerobohan (1,244), pencerobohan (708), kod fitnah (645), gangguan siber (430), berkaitan gangguan (29), laporan yang mudah terdedah (25) dan penipuan perkhidmatan (23).

"Peningkatan kes ini serius dan perlu ditangani secara proaktif dengan kerjasama pelbagai pihak terutama CyberSecurity Malaysia yang bertindak sebagai agensi penguatkuasaan dan pemantauan kes ancaman siber selain penglibatan pakar teknologi maklumat dan komunikasi serta penyelidik di negara ini.

"Ia penting bagi melindungi bukan sahaja sistem teknologi maklumat negara malah pengguna daripada menjadi mangsa ancaman keselamatan siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Komunikasi Maklumat (WCIT) 2014 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, Isnin.

Turut hadir, Naib Presiden Penyelidikan CyberSecurity Malaysia Lt Kol (B) Sazali Sukardi dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Dalam perkembangan lain, Abu Bakar berkata Mosti sentiasa menggalakkan penyelidikan atau penghasilan produk berkaitan teknologi komunikasi maklumat (ICT) bagi mempertingkatkan kecekapan sistem ICT di negara ini.

"Mosti mempunyai peruntukan mencukupi untuk bidang ICT dan kami sentiasa mengalu-alukan sekiranya mereka berminat mendapatkan dana bagi menjalankan penyelidikan," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, sebelas daripada 65 produk yang dikomersialkan sempena Tahun Pengkomersialan Mosti 2014 merupakan produk ICT berimpak tinggi dan berpotensi untuk pasaran di peringkat antarabangsa.

Terdahulu, Abu Bakar menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama dalam bidang ICT antara UTeM yang diwakili Shahrin dan Sazali bagi pihak CyberSecurity Malaysia.

Tiga maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Posted: 08 Dec 2014 04:08 PM PST


 Rempuhan secara berhadapan antara treler membawa muatan kayu dan bas ekpress dari laluan bertentangan di Kilometer 264 Lebuhraya Plus (arah utara), berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, petang tadi. Rempuhan secara berhadapan antara treler membawa muatan kayu dan bas ekpress dari laluan bertentangan di Kilometer 264 Lebuhraya Plus (arah utara), berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, petang tadi.
 
 
SEREMBAN – [DIKEMASKINI] Tiga maut, 10 cedera termasuk dua parah dan lapan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu, pemandu treler, S.Surej 28; pemandu bas, Nor Zaili Nordin 55 dan penumpang bas wanita yang masih tidak diketahui identiti.

Dalam kejadian berkenaan, treler yang membawa muatan kayu dari arah utara ke selatan dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua kendeaan berkenaan turut melanggar sebuah lori membawa muatan tanah yang diletakkan ditepi jalan yang sedang dalam urusan membuat kerja-kerja pembinaan jalan.

Sinar Harian difahamkan, bas itu dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur manakala pemandu treler dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur ke Seremban.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusoff berkata, sejurus menerima panggilan pada 3.04 petang, tiga jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta Nilai segera ke lokasi.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

10 isu terbesar ekonomi Malaysia 2015

Posted: 08 Dec 2014 03:58 PM PST



Oleh Dr Nazri Khan


Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.

Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi 10 cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan.

1. Kenaikan kos sara hidup rakyat


Langkah kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat.

 Paras inflasi rasmi terkini meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.

Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST.

2. Paras hutang kerajaan yang tinggi

Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang kerajaan persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.

Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3. Paras hutang isi rumah rakyat yang membahayakan

Hutang isirumah rakyat Malaysia berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%.

Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.

Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk membayar hutang terkumpul.

4. Pertumbuhan ekonomi dekad yang lebih perlahan

Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.

Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7% selama lebih daripada 53 tahun. Bagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. Kos pengurusan kerajaan yang tinggi

Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan.
Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.

6. Beban subsidi kerajaan yang tinggi

Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013.

Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.

Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.

7. Produktiviti pekerja yang kurang cemerlang

Hanya 80% dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun.
Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. Belanjawan Malaysia defisit setiap tahun sejak 1998

Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014.

Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013.

Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.

9. Ketirisan dan ketelusan negara

Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011.

Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. Kelemahan ringgit dan peningkatan gaji yang perlahan

Dengan ringgit terus lemah dibandingkan dengan dolar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan dolar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia.

Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan.

Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin 10 isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin. – bm.selangorku.com, 7 Disember, 2014.

* Dr. Nazri Khan adalah Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst dan exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

“Saya mahu Ulama tadbir PAS”

Posted: 08 Dec 2014 03:53 PM PST

DETIK DAILY




Jauh di sudut hatinya beliau mahukan ulama yang mentadbir PAS. Sebabnya golongan ulama lebih memahami. Biarpun beliau dikatakan melawan arus dengan golongan ulama, Ahli Parlimen, Sepang, Hanipa Maidin yang juga AJK PAS Pusat menzahirkan hasratnya kepada Wartawan, ROY RASUL, semasa berbicara di Parlimen, 19 November lalu.


WARTAWAN: Saudara dilabel sebagai orang yang tidak selesa dengan ulama, apa respon saudara?
 
HANIPA: Saya tidak selesa dengan ulama? Sebenarnya itu satu tuduhan yang tidak betul. Malahan saya memang hendak golongan ulama tadbir PAS. Mungkin dia orang lebih memahami tetapi yang saya hendak ulama diperkasakan. Ulama juga perlu ke hadapan dalam apa-apa isu.

Sebab itu bagi saya ulama dalam PAS memang sudah ada kekuatan. Tetapi saya rasa ulama perlu dilihat lebih ke hadapan dalam sesuatu isu contohnya isuisu rakyat.

Mereka juga harus menunjukkan mereka ini adalah pemimpin nasional dan juga pemimpin yang boleh memimpin kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Ini mungkin kerana ramai ulama atau ustaz mungkin hebat dalam aspek memberi kuliah-kuliah dan sebagainya, tetapi tidak dilihat boleh memimpin masyarakat berbilang kaum.

Contoh, apabila timbul isu-isu Islam, hudud, bible atau nama Allah, bagi saya mereka perlu ke hadapan dan memberikan hujah dan pandangan.Pandangan pandangan itu juga mesti mengambil kira bahawa orang tidak nampak Islam itu agama yang dilihat sebagai agama yang hanya menghukum orang.Namun dalam masa sama agama juga boleh menawar formula penyelesaian yang rea listik kepada masyarakat dalam keadaan semasa.

Maksudnya dalam PAS ini ulama tidak ke hadapan untuk menyelesaikan isuisu berkaitan?

Saya tidak kata begitu, cuma bagi saya masih ba nyak lagi yang perlu dilakukan untuk pertingkatkan peranan ulama. Ulama tidak boleh selesa setakat mem baca kitab, kemudian me ngajar di masjid-masjid, tetapi ulama harus dilihat mampu untuk menjadi pemimpin nasionalis, nasional dan pemimpin yang boleh semua kaum.

Ini yang kita nampak ada kelemahannya. Ini yang perlu diperkasa dan bagi saya ulama tidak ada masalah menerima kritikkan.

Sebabnya setengah ulama mereka terlampau sayang ulama sampai ke peringkat seolah-olah ulama tidak boleh ditegur. Bagi saya itu satu yang tidak betul. Lebih baik kita tegur perbaiki atau perkasakan ulama daripada menyokong tetapi merebah isu-isu ulama.

Saudara juga didakwa kononnya cenderung kepada kem yang tidak sehaluan dengan presiden, betul ke?

Dalam PAS tidak ada kem yang tidak sehaluan dengan presiden.

Kita semua satu kumpulan. Dalam muktamarlah perwakilan memilih kepimpinan di peringkat pusat itu, ada yang memilih dari golongan ulama dan ada juga daripada profesional.

Semua golongan itu bersatu dalam Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Bagi saya AJK PAS Pusat tidak ada kem. Semuanya mewakili kepimpinan parti.

Cuma apabila timbul beberapa isu yang kita lihat adanya kelemahan dari segi pengurusan sesuatu isu menyebabkan apabila ada te guran-teguran tertentu orang melihat PAS ada kem.

Itu tidak betul. Kalau kita ada kem tetapi kita langsung tidak mahu bekerjasama dalam apa-apa perkara, kita tidak hadir mesyuarat.

Kita tidak pergi dalam program- program anjuran PAS dan kerana itu saya sendiri atau YB Khalid (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad mungkin digelar orang yang tidak sehaluan dengan presiden. Sedangkan kita sentiasa memberi sokongan kepada program-program parti, 'retreat' kita pergi, mesyuarat PAS Pusat kita pergi.

Jadi tuduhan itu tidak berasas.

Khazanah berhak lantik Mueller

Posted: 08 Dec 2014 03:48 PM PST

SINAR HARIAN


Datuk Seri Abdul Wahid Omar Datuk Seri Abdul Wahid Omar
 
 
KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd mempunyai hak untuk melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui Malaysia Airlines (MAS) kerana ia yang menyuntik pelaburan RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan nasional itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelan 12 perkara pemulihan MAS yang digariskan cabang pemegang pelaburan kerajaan itu secara jelas menunjukkan keperluan tokoh yang mempunyai kemahiran diperlukan bagi membantu MAS mencatat keuntungan.

"Kami serahkan kepada Khazanah memilih tokoh terbaik yang mereka fikir mampu menerajui pemulihan MAS.

"Lagi pun di segi akauntabiliti, tanggungjawab untuk menjadikan ia berjaya telah diberikan kepada Khazanah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Latihan 1Malaysia Celcom di sini.

Jumaat lepas Khazanah menamakan Mueller sebagai CEO syarikat MAS baharu serta sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah MAS berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Pengumuman itu tidak diterima baik sesetengah pihak yang meluahkan kekecewaan mereka berhubungan keputusan Khazanah itu.

Abdul Wahid berkata, Khazanah perlu diberi peluang memilih calon yang boleh menjadikan pelan penstrukturan semula itu berjaya, termasuk pengurusannya.

Mueller kini CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland.

Kontraknya dengan Aer Lingus tamat 1 Mei tahun depan.

Datuk Seri Shazalli Ramly, CEO dan Pengarah Celcom Axiata Bhd juga akan dilantik menganggotai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa 1 Januari 2015.- Bernama

Speaker gesa BN segera namakan Ketua Pembangkang

Posted: 08 Dec 2014 03:46 PM PST


Hannah Yeoh Hannah Yeoh
 
 
SHAH ALAM - Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh menggesa BN segera menamakan Ketua Pembangkang  bagi meneruskan tanggungjawab semak dan imbang dalam pentadbiran negeri.

Hannah berkata, BN perlu memilih salah seorang daripada 12 Adunnya yang layak dan sudi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang sekaligus Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Kerajaan (PAC).

"Sekiranya BN berkeras enggan menamakan salah seorang Adunnya, mereka perlu jawab kepada rakyat kerana tugas semak dan imbang ialah tanggungjawab pembangkang di setiap negeri.

"Kita tukar Peraturan Tetap 68 (1) supaya Pengerusi PAC dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang bukan untuk main-main tetapi diselaraskan dengan negara Komanwel lain seperti Australia, United Kingdom, India dan New Zealand," katanya ketika sidang media di pejabatnya, semalam.

Adun Subang Jaya itu memaklumkan  bahawa bekas Ketua Pembangkang,  Datuk Mohd Shamsudin Lias membangkitkan  isu komposisi dalam Jawatankuasa PAC yang didakwa berat sebelah dan tidak mencerminkan semangat demokrasi sebenar.

"Saya ingin menyatakan bahawa Peraturan Tetap 72(1) bagi Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa komposisi ahli bagi tiap-tiap Jawatankuasa Pilihan hendaklah membayangkan kadar parti masing- masing di dalam dewan.

" Kita tidak mahu pentadbiran negeri mempraktikkan budaya atas budi bicara...kerana untuk menjadi kerajaan yang efektif jawatan yang dipertanggungjawabkan bukanlah opsyen itu adalah tugas dan kerja kepada rakyat," katanya.

Hannah memaklumkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Mohd Shamsudin sebagai Ketua Pembangkang dan kunci kereta rasmi.

"Saya menghormati keputusan beliau dan terima kasih atas perkhidmatan serta kerjasama yang diberikan sejak memegang jawatan itu bermula  Jun 2013 lalu.

" Shamsudin menolak tawaran Pengerusi PAC ini sejak 2010. Selangor ingin jadi perintis kepada praktis semak dan imbang dengan melantik Ketua Pembangkang menjadi pengerusi jawatankuasa membabitkan kewangan dan laporan audit negeri," katanya.

Hannah menjelaskan tujuan melantik minoriti Adun Pembangkang menganggotai PAC kerana bimbang sekiranya mereka menjadi majoriti nanti akan wujud tindakan boikot, tidak hadir yang membuatkan jawatankuasa ini gagal berfungsi.

"Jawatan Pengerusi PAC ini besar peranannya kerana berkuasa memanggil ahli jawatankuasa bermesyuarat sekiranya Laporan Audit mendedahkan wujud salah guna kuasa dalam kewangan kerajaan negeri," katanya.

Web diceroboh, FAM minta maaf pada Vietnam

Posted: 08 Dec 2014 03:43 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas insiden keganasan terhadap penyokong Vietnam, laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digodam dan terpaksa ditutup hari ini.

Perkara itu diumumkan FAM dalam Facebook rasminya petang ini.

Di samping itu, FAM juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakyat negara itu atas insiden yang berlaku semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014, di Stadium Shah Alam malam tadi.

"Pihak FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara tersebut, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

"FAM mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak," menurut kenyataan itu lagi.

Dilaporkan penyokong Malaysia mencederakan penyokong negara itu selepas Harimau Malaya kalah 2-1.

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dilaporkan sudah menghantar notis tunjuk sebab kepada FAM berhubung tindakan liar segelintir penyokong Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga terpaksa meminta maaf atas tindakan itu yang disaksikannya sendiri itu.

Tragedi Sungai Kerian: Setelah 42 tahun berlalu...

Posted: 08 Dec 2014 03:38 PM PST

WARTA UTARA


Sungai Kerian yang memisahkan bandar Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah terus mengalir lesu membawa bersama kenangan tragedi yang berlaku 42 tahun lalu.Namun bagi keluarga 27 mangsa yang nyawa mereka diragut dalam tragedi itu, berapa lama sekali pun masa yang diambil, kesedihan yang dibendung, tidak mungkin hilang. Kisah itu akan terus diwarisi kepada generasi akan datang.

Tanggal 13 September 1972, tidak mungkin dapat dilupakan mereka yang terbabit, sama ada mangsa atau keluarga mereka. Malah seluruh penduduk di kedua-dua bandar sempadan ini akan terkenang peristiwa sebuah feri yang muatannya termasuk bas sekolah yang dinaiki pelajar SMJK (Cina) Kerian, karam.

Akibatnya, 27 jiwa, kebanyakannya pelajar sekolah berkenaan, terkorban. Mereka tenggelam bersama feri dan muatannya ke dasar sungai.

Insiden ngeri itu menyebabkan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta-merta. Ia kemudian digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya.

Selain kisah sedih hilangnya 27 nyawa dalam kejadian itu, tragedi tersebut turut menyingkap kisah keberanian seorang wira yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan pengorbanan pemandu feri, mendiang S Annamalai yang turut menghembuskan nafas terakhir akibat terlalu penat setelah berhempas pulas menyelamatkan tujuh pelajar berbangsa Cina adalah contoh terbaik kisah keberanian rakyat negara ini.

Semangat keberanian

Mujahid berpendapat, pengorbanan mendiang Annamalai sebagai wira, wajar diabadikan dalam kisah sejarah negara yang menekankan aspek perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama.

"Begitu juga dengan kisah keberanian seorang remaja Tionghua pada waktu kejadian yang turut membantu menyelamatkan mangsa sehingga dikurniakan Pingat Hang Tuah. Seharusnya kisah sejarah yang menaikkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda diabadikan melalui pembinaan satu monumen batu peringatan bagi memperingati peristiwa bersejarah itu.

"Selain itu, saya percaya kisah keberanian dua wira setempat itu mampu dijadikan pendedahan berguna kepada golongan muda supaya mereka merasai semangat keberanian dan cintakan rakyat Malaysia tanpa mengenal agama, bangsa dan fahaman politik," katanya.

Beliau merancang memohon surat secara peribadi kepada Majlis Daerah Kerian (MDK) untuk meminta tapak membina monumen bagi memperingati tragedi feri karam itu. Malah pihaknya bersedia untuk melakukan kutipan derma melibatkan seluruh penduduk Parlimen Parit Buntar sekiranya tiada peruntukan disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Perkara ini perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana pembinaan monumen itu mampu jadi tarikan pengunjung terutama mereka yang ada kaitan dengan tragedi ini termasuk ahli keluarga mereka. Apa yang lebih penting, ia mampu jadi simbol perpaduan kaum dalam menghadapi sesuatu musibah," katanya.

Cucu mendiang Annamalai, R Kumaran, 27, sama sekali tidak menyangka majlis memperingati tragedi kejadian feri karam di Sungai Kerian yang berlaku 40 tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Murid-Murid Tua SMJK (C) Kerian turut meraikan jasa dan pengorbanan datuknya.

Menurutnya, walaupun mereka sekeluarga masih bersedih atas pemergian mendiang namun masing-masing berbangga dengan semangat pengorbanan yang ada pada dirinya.

"Majlis ini saat yang membanggakan kami memandangkan generasi baru kini sudah melupakan peristiwa bersejarah dan nilai positif yang dapat diteladani daripada tragedi itu.

"Bagi saya, pembinaan monumen memperingati sejarah tragedi feri karam adalah sesuatu yang perlu memandangkan dahulunya pernah ada satu monumen kecil yang kemudian dirobohkan pihak berkuasa tempatan bagi memberi laluan kepada pembinaan Taman Pinggiran Sungai Kerian," katanya.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Murid-murid Tua SMJK (C) Kerian, Beh Swee Chaik berharap majlis sebegini dilaksanakan pada skala lebih besar pada masa hadapan memandangkan tragedi feri karam itu merupakan salah satu sejarah penting penduduk Parit Buntar.

"Bagi saya, peristiwa itu penting kerana ia penuh dengan nilai-nilai perpaduan, setia kawan dan keberanian yang sewajarnya dijadikan pedoman seluruh rakyat negara ini untuk memastikan masyarakat Malaysia bersatu-padu dan hidup harmoni.

Tiada ulasan: