Selasa, 9 Disember 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PEMBELAAN UNTUK ABU KASSIM ABDULLAH

Posted: 09 Dec 2014 06:06 AM PST

SETAHU SAYA, Abu Kassim Abdullah (Datuk Ust) hanya sekali sahaja menyertai dialog Pasma iaitu bersama saya di Pendang, Kedah pada 23 Nov yang lalu.

 Beliau tidak bercakap perkara buruk walau pun sedikit berkaitan Pas atau pemimpin Pas. Bahkan nada suaranya ketika berucap pun tidaklah selantang panelis lain kerana faktor usia barangkali.

 Atas kapasitinya sebagai veteran Pas, beliau bercerita mengenai pengalaman Pas berhadapan dengan krisis, sikap pemimpin Pas terdahulu apabila berhadapan dengan kritikan ahli, keterbukaan al-Marhum Fadhil Noor terhadap kerenah ahli juga kewajaran pemimpin Pas lebih terbuka dalam situasi krisis.

 Beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan beberapa tindak-tinduk sebahagian pemimpin Pas yang dilihatnya tidak menguntungkan Pas dalam konteks tahaluf siyasi dan peluang untuk pas mendapat undi orang bukan Islam.

  Ketika menjawab soalan hadirin berkaitan dengan wala', beliau menjawabnya dengan bersandarkan kepada beberapa potong hadis mengenai kriteria orang yang patut ditumpahkan wala'.

 Tidak ada langsung perkataan buruk, cercaan kepada mana-mana individu, tohmahan kepada mana-mana pemimpin yang terpacul daripada mulut beliau.

Cuma ucapan beliau kerap diselangi dengan gurauan sederhana yang membuatkan hadirin rasa relaks untuk mendengarnya. Sesekali mereka bertepuk tangan kerana kenyataannya berkaitan dengan pendiriannya dalam beberapa isu terutama isu pemilihan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

 Dengan sekali kehadiran itu (dan beliau rasanya akan hadir kali kedua bersama saya di Kulim pada 13 Dis akan datang) beliau telah dilabel dengan pelbagai label buruk yang di luar daripada batas-batas adab dan susila Islam apatah lagi lagi labelan itu tercetus daripada mulut golongan yang kononnya membela ulama dan gerakan Islam.

Saya percaya, tindakan jahat beberapa individu yang menyamar di sebalik akaun FB yang memburukkan beliau adalah didalangi oleh musuh Pas iaitu Umno/BN.

 Saya percaya juga tindakan jahat itu tidak akan melunturkan azam beliau dan sesiapa sahaja untuk terus membanteras golongan yang sedang memperkukuh jambatan untuk berselingkuh dengan Umno demi habuan dunia yang sedikit yang mereka dambakan.

 Untuk Abu Kassim Abdullah, teruskan. Rakyat bersamamu. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Jom Kenali Sultan Palembang yang sangat pemurah....

Posted: 08 Dec 2014 04:06 PM PST

KDYMM SULTAN MAHMUD BADARUDDIN III
KOMBES POL (PURN) Drs. H.RMS. PRABU DIRAJA AL-HAJ, SH ( D.K.T., D.K., D.K.II., S.S.M.S., S.P.M.S., S.S.S.M., S.S.P.M., S.P.T.M., S.J.N. ) GRAND COLLAR OF MALTA (ITALY), GRAND ORDER OF WHITE SWAN (AUSTRALIA) SULTAN NEGERI PALEMBANG DARUSSALAM

Prabu Diradja ini merupakan seorang yang agak sibuk dengan urusan di luar negara dan merupakan sultan yang sangat pemurah dalam hal penganugerahan pingat kebesaran kepada rakyat jelata sejak ditabal sebagai DYMM Sultan pada 3 Mac 2014 - 

28 - 29 Mac 2014 - DYMM berkenan berangkat ke Sarawak (M'sia)
13 Apr 2014 - DYMM Sultan berangkat ke London
24 & 25 Apr - Anugerah Gelar di Istana KPD
2 & 3 Mei 2014 - Anugerah Gelar di Balairung Aryaduta Palembang
28 Jun 2014 - Majlis Pelantikan Anggota Dewan Diraja Gabungan (Pengelola, Temenggong, Penjawat Dan Pegawai Istana)
11 September 2014 - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Mahkota Palembang

Antara anugerah kebesaran yang pernah diberikan kepada rakyat Malaysia ialah Darjah Paduka Seri Mahkota Palembang – (D.S.M.P) – Dato' Paduka.

 Penerangan :

 Darjah ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan yang aktif dalam pelbagai kegiatan antara Negara atau pun dalam peringkat Negeri, mereka-mereka yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh menerima darjah ini manakala darjah ini dihadkan kepada (200) penerima sahaja dan sesuai digelarkan sebagai Yang Berbahagia (YBhg.)

Gelaran Suami : Dato' Paduka
Gelaran Isteri : Datin Paduka
Gelaran Perempuan : Dato' Paduka
Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YBhg. Dato' Paduka Muhammad bin Ali, D.S.M.P., (dan disambung dengan pingat lain yang diterima)

 Berikut adalah Medal dan Selempang yang diterima : –



Darjah dilengkapi dengan :

1. Selempang
2. Medal di paras Poket
3. Medal di selempang
4. Medal kecil untuk No 1 Dress atau pakaian adat
5. Medal mini untuk dinner dress atau pakaian waktu malam
6. Medal untuk Isteri
7. Coler Pin untuk pakaian harian
8. Bantal penyampaian adat (jika perlu)

 Senarai penerima pingat terakhir pada 7 Jan 2014 boleh lihat di sini

Ramai kalangan rakyat Malaysia mendapat anugerah kebesaran dari sana. Antara yang mendapat Dato' ialah bekas Adun Titi Serong, Ust Drs Idham Lim. 

Kalau lihat pada gambar yg saya ambil dari blg rasmi Kerajaan Palembang, sepatutnya namanya sepertimana yang tertera. Tapi peliknya, dia dah rasa lebih glamour dgn taitel Dato' dan kini taitel 'Ustaz' dah campak entah kemana. Tanyalah dia.... kenapa namanya sekarang dah jadi macam ini?


Kalau nak lihat kalangan mana yang ramai menerima darjah kebesaran Soltan Melayu Palembang ini, sila klik di sini.

Walau apa pun, Kesultanan Palembang, menurut akuannya, telah mendapat pengiktirafan dari 14 negara buah negera dan seluruh wilayah kesultanan di tanah air .....



Walaupun 'Datuk' Palembang ini tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia mau pun lain-lain negara, yang menghairankan kenapa ada yang begitu kemaruk dengan gelaran tersebut sehingga kan ada sindikit yang buat gelar palsu?

Sultan Palembang sudah murka .....ini tentunya kerja-kerja penderhaka Sultan Melayu. Perlu diingat dan jangan memperkecilkannya kerana ia sebuah kerajaan yang berdaulat dan bergelar sebagai Palembang Darusalam!




Hanya sebagai bahan untuk kajian, ada orang Malaysia kononnya dapat bintang kebesaran DSMP yang membawa gelaran Dato' Paduka , tetapi mungkin kerana mahu zuhud kecil-kecilan, dia pakai gelaran Dato' sahaja pada pangkal namanya. Atau mungkin dapat dari soltan selain Palembang kerana medal dan selempangnya adalah berlainan ...... Allahu a'lam bissawab.



Tiada ulasan: