Jumaat, 5 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


UMNO sebar kebencian kaum, Zahid Hamidi tunggu apa lagi?

Posted: 05 Dec 2014 07:33 AM PST

03.06.13-LKS-ceramah kluang-perjuangandi teruskan (10)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini sekali lagi mengecam tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang 'membatu' daripada mengarahkan pihak polis memulakan siasatan segera terhadap tindakan menghasut kebencian kaum pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung mereka, baru-baru ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sikap membisu Zahid jelas menunjukkan bahawa UMNO memang bersedia bersekongkol memecahbelah keharmonian kaum dalam negara.

"Berapa lama lagi Zahid perlukan sebelum pihak polis akan bertindak terhadap demikian banyak laporan yang telah dibuat ke atas bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said?

"48 jam? 96 jam? 240 jam? atau 480 jam?

"Saya memberi tempoh 480 jam atau 20 hari sehingga 18 Disember kepada Zahid sebelum meminta untuk mengadakan pertemuan dengannya bagi mengenalpasti apa sebabnya beliau gagal menunaikan janji?, tegasnya dalam satu kenyataan.

Mashitah yang juga Ketua Umno Baling dalam ucapan PAU telah mendakwa kononnya orang bukan Islam di Kedah membakar helaian Al-Quran pada waktu sembahyang.

Namun, pada 24 November lalu, dakwaan mengarutnya itu telah disanggah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan tidak ada insiden orang Cina membakar Al-Quran 'helai demi helai dalam satu upacaya sembahyang'.

Mukhriz berkata, insiden tersebut dilakukan oleh seorang lelaki Melayu tidak siuman yang telah mengoyak-ngoyakkan Al-Quran dan beliau kini dirawat di wad psikiatrik.

Kit Siang menegaskan, semalam beliau sendiri telah melawat medan selera Taman Anggerik di Alor Setar tempat disebut Mashitah kononnya perbuatan membakar Al-Quran dilakukan.

"Dalam perbualan bersama pemilik gerai dan orang ramai di tempat tersebut, telah disahkan bahawa Mashitah benar-benar bersalah kerana mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dan penipuan.

"Sekiranya Zahid tidak senang hati dengan kenyataan Mukhriz dan penemuan kami dalam misi mencari kebenaran semalam, saya cadangkan beliau melawat sendiri medan selera Taman Anggerik," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Zahid sebelum ini pernah bersumpah dengan nama Allah (wallahi billahi tallahii) bahawa polis akan menyiasat dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan Akta Hasutan terhadap sesiapa saja yang menyentuh isu-isu sensitif. -Roketkini.com

Antara Datuk Seri, Datuk Berseri-Seri Dan Datuk Tak Berseri

Posted: 05 Dec 2014 07:28 AM PST

shahbudindotcom


Berikutan penarikan gelaran Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor, dunia politik Malaysia bagai nak runtuh seketika. Walaupun pemberian atau penarikan gelaran kepada mana-mana individu adalah hak dan kuasa istana, tetapi oleh kerana ia melibatkan Anwar, ramai musuh-musuh politiknya gembira dengan keputusan Istana Selangor itu.

Pada peringkat awal berita itu tersebar, ramai pemimpin dan pengendali media sosial pro UMNO menyambutnya dengan gembira. Masa depan politik Anwar seolah-olah telah musnah dan mati dengan penarikan gelaran itu.

Ada yang berkata Anwar hanya akan dipanggil "Saudara Anwar" atau "Brother Anwar"  saja selepas ini. Ada pula yang berkata cukup dengan Anwar saja. Yang memperlekeh pula meminta dipanggil "Datin Seri Anwar"  berikutan isterinya, Dr Wan Azizah bergelar Datuk Seri.

Hanya setelah didedahkan bahawa Anwar masih mempunyai sekurang-kurangnya tujuh lagi gelaran Datuk termasuk tiga Datuk Seri, barulah mereka yang riuh-rendah pada awalnya tadi mula berdiam diri. Ditarik cuma satu, ada banyak lagi yang berbaki.

Tetapi serangan mereka tidak berakhir setakat itu saja. Ada pula yang meminta Anwar memulangkan semula semua gelarannya dan ada juga yang terlebih daulat meminta supaya Sultan dan Yang Dipertuan Negeri yang pernah menganugerahkan gelaran kepada  Anwar agar menarik balik semua gelaran itu.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Shamsudin Lias pula meminta Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berikutan dakwanya, penarikan gelaran itu menyebabkan Anwar telah hilang intergeritinya.

Sebenarnya penarikan gelaran Anwar itu adalah kuasa dan pertimbangan Sultan yang tidak perlu kita kaitkan dengan politik atau perkara lain. Baginda berhak memberi dan menarik balik atas apa juga alasan. Dan Anwar sendiri menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka serta mengambil maklum mengenainya dan menyatakan tidak pernah meminta atau memohon gelaran itu.

Sebelum ini ramai yang sudah pernah ditarik gelaran termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Ibrahim Ali. Sebagaimana Ku Li dan Ibrahim Ali tidak terkesan atau mati hayat politiknya dengan penarikan gelaran oleh istana, Anwar juga demikian.

Beliau akan meneruskan perjuangan politiknya selagi mampu dan selagi diberi sokongan oleh rakyat. Tidak perlu diminta menyerahkan gelaran yang lain atau meminta semua gelarannya ditarik balik. Tidak perlu juga diminta melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana itu adalah hak Menteri Besar dan tiada kena-mengena sama ada bergelar atau pun tidak. Juga tidak perlu dikaitkan dengan apa-apa yang lain kerana semuanya tidak berkaitan.

Sama ada bergelar atau tidak, tidak mengubah apa-apa kepada Anwar. Kadangkala panggilan tanpa gelaran lebih menyerlahkan kemesraan. Ghafar Baba tetap dihormati dan disanjung walau tidak bergelar apa-apa ketika memegang jawatan dalam kerajaan. Beliau hanya menerima gelaran Tun setelah bersara dan meninggalkan kerajaan.

Memang ada orang yang bangga dan memburu gelaran Datuk atau Datuk Seri ini. Ia bagaikan aksesori paling mahal yang menghiasai kehidupan mereka. Ada pula yang tidak peduli dengannya dan walaupun mempunyai gelaran tertentu tetapi tidak kisah dipanggil apa pun. Yang menolak gelaran pun ramai juga.

Mereka yang ada jasa dan sumbangan kepada bangsa dan negara mungkin berhak berbangga dengan gelaran ini kerana tanda adanya pengiktirafan. Gelaran Datuk atau Datuk Seri tentunya menjadikan mereka lebih dihormati dan berseri-seri. Begitu juga dengan mereka yang dikenali dalam masyarakat, gelaran Datuk atau Datuk Seri seringkali menambah aura dan seri kepada penampilan seharian. 

Tetapi ada juga mereka yang kita tidak tahu jasa dan sumbangannya, tiba-tiba diketahui telah menerima gelaran Datuk atau Datuk Seri. Kadang-kadang kawan lama yang berpuluh tahun tidak berjumpa, tiba-tiba sekarang sudah bergelar Datuk atau Datuk Seri juga. Mungkin ia rezeki dan pilihan mereka sendiri yang tidak perlu kita gundah-gulana dengannya.

Tambahan pula, selain ada sembilan Sultan atau Raja, negeri tidak beraja melalui Yang Dipertuan Negeri juga berhak memberikan gelaran Datuk atau Datuk Seri ini. Belum termasuk lagi Sultan Sulu, Mindanao, Naning dan Sultan Melaka yang tidak diiktiraf. Untuk itu, saban tahun mereka yang bergelar ini berganda jumlahnya sehingga kadangkala di keliling kita lebih ramai yang bergelar Datuk atau Datuk Seri daripada yang tidak mempunyai sebarang gelaran apa-apa.

Bahkan, pelakon Hindi, Shah Rukh Khan dan ada individu daripada Bangladesh serta Indonesia juga turut bergelar Datuk dan Datuk Seri sekarang ini.

Kerap kali juga mereka yang bergelar ini bila berbual membahasakan diri mereka sendiri sebagai Datuk atau Datuk Seri. Itu maknanya mereka ingin memberitahu gelaran yang ada padanya dan mahu kita memanggilnya dengan Datuk atau Datuk Seri juga.  Kalau ringan mulut, panggillah mereka dengan penghormatan itu.

Kadangkala wajah mereka yang masam dan tak berseri, terus berubah jadi berseri-seri bila kita memanggilnya dengan gelaran Datuk atau Datuk Seri itu. Sekurang-kurangnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang diberi oleh istana itu berjaya menambahkan lagi keceriaan dunia ini. Oleh itu, jika ada tanda-tanda kawan kita yang bergelar mahu dipanggil dengan gelaran yang diterimanya, lakukanlah dengan senang hati kerana ia juga menunjukkan budi bahasa kita.

Namun demikian, ada juga mereka yang bergelar Datuk atau Datuk Seri ini yang  tampil tidak berseri atau tanpa berseri langsung. Kita pula kadangkala tidak percaya mereka itu sudah bergelar Datuk atau Datuk Seri jika dinilai daripada penampilannya. 

Apa pun, meski ada yang menganggap gelaran Datuk atau Datuk Seri sebagai aksesori paling mahal dalam kehidupan, perhiasan paling bernilai tetaplah budi bahasa sejak dulu, kini dan selamanya. Jika bergelar Datuk atau Datuk Seri tetapi tinggi budi bahasannya, pujian melangit akan selalu diberikan tetapi jika buruk budi bahasa, kelakuan dan perangai, walau ada 17 gelaran Datuk atau Datuk Seri sekalipun, tetap juga dipandang rendah oleh manusia lain.

Sekadar contoh, kiranya bergelar Datuk atau Datuk Seri tetapi sesuka hati memanggil orang lain dengan gelaran "haramjadah" atau "bangang", lama-kelamaan penghormatan akan hilang dan mungkin dibalas dengan cacian atau makian pula. Gelaran Datuk atau Datuk Seri tidak memberi kelebihan kalau tidak disertai dengan budi bahasa dan peri laku yang baik. 

Sebagaimana Anwar lebih dikenali kerana perjuangannya dan bukan kerana gelaran Datuk atau Datuk Seri yang dimilikinya, kita juga seharusnya tidak terlalu risau sama ada bergelar atau pun tidak. Yang perlu kita bimbang ialah jika kita sudah hilang akhlak, budi bahasa dan keceriaan dalam hidup ini.

Parasit: Tidak perlu tunduk ugutan orang dalam

Posted: 05 Dec 2014 07:21 AM PST


Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU), Mohd Azli Mohd Saad (kiri) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU), Mohd Azli Mohd Saad (kiri) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
SHAH ALAM - Kepimpinan Umno Selangor digesa mengambil tindakan tegas dan tidak berlembut lagi terhadap mana-mana ahli parti itu yang didapati menjadi 'musuh dalam selimut'.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU), Mohd Azli Mohd Saad menegaskan Umno tidak perlu tunduk lagi kepada ugutan 'orang dalam' yang berebut jawatan berbanding mengutamakan perjuangan parti itu.

"Kita sarankan kepimpinan parti Umno Selangor supaya bertindak tegas, kita tak mahu mereka yang mengugut kerana jawatan dan kepentingan peribadi.

"Kalau sesiapa yang mengugut parti, menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, keluarlah kamu," katanya kepada pemberita di pejabat Umno Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir ahli Umno Cawangan Damansara Dalam yang didakwa mengugut mahu keluar dari parti dengan menaikkan kain rentang kononnya tindakan keluar parti itu dibuat secara besar-besaran.

Sebanyak lapan kawasan dikesan di mana kain rentang itu dinaikkan antaranya Bangunan Umno Shah Alam, Kelana Jaya dan PJU.

Mengulas lanjut, Mohd Azli juga menafikan dakwaan mengatakan beberapa cawangan Umno dalam PJU akan keluar parti sedangkan hanya dua individu tanpa nama disebut sahaja yang sudah menghantar notis pemberhentian itu.

"Saya menafikan dakwaan yang terkandung dalam kain rentang itu bahawa kesemua 10,000 ahli kami akan keluar parti sedangkan tidak sampai 10 individu yang mahu berbuat demikian," ujarnya.

Beliau berkata lagi, tindakan segelintir pengkhianat itu didakwa hanya mahu memalukan Umno Selangor sahaja.

"Walaupun Umno sudah beri mereka pelbagai kebaikan (manfaat), bila satu permintaannya tidak dipenuhi, mereka ugut kita dengan cara itu dan hanya mahu memalukan parti," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian PJU, Mohd Fakhzan Md Noor berkata sekumpulan ahli Umno yang kecewa itu mahu menyatakan tujuh sebab mereka keluar parti namun sehingga kini ia tidak kelihatan.

"Kalau hendak keluar parti, mereka tak perlu datang dan jejakkan kaki mereka di Bangunan Umno Selangor lagi.

"Isu ini sebenarnya kes terpencil untuk memalukan parti dan mereka yang terbabit ini tidak berjawatan tinggi pun dalam Umno cawangan PJU.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian PJU, Amir Syukor pula mendedahkan mereka yang terbabit dalam lingkungan 40-an ke atas dan tindakan itu mahu menunjukkan seolah-olah Umno itu lemah di mata rakyat.

"Dia cuba tunjuk seolah-olah Umno itu lemah, sedang Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita masih bersama dengan kita.

"Kita tak mahu pengkhianat bangsa, sudah dapat segala kemewahan, kemudian keluar dan tentang parti pula untuk buka pekung parti.

"Umno tidak hadap orang-orang macam ini, kita mahu orang yang mempunyai jati diri tinggi dan tidak mahu mereka yang merajuk," katanya.

Mangsa Toreh Sedia Timbang Rawatan Luar Negara Jika Ada Penaja

Posted: 05 Dec 2014 07:19 AM PST

MSTAR ONLINE

Wajah Nur Shafiqa sebelum (kiri) dan selepas disamun.
 
 
PASIR PUTEH: Gadis mangsa samun dan toreh di bahagian muka, Nur Shafiqa Lah, 22, bersedia menimbang mendapatkan rawatan di luar negara sekiranya ada mana-mana pihak yang sanggup menajanya.

Beliau berkata, sehingga ini tiada mana-mana pihak yang menawar pembiayaan itu selepas kejadian yang berlaku terhadapnya pada Ahad lepas.

"Bagaimanapun saya akan berunding dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran jika ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Aman 3 di sini Jumaat semasa kunjungan rombongan Pergerakan Wanita Umno Kelantan yang diketuai ketuanya, Datin Rahimah Muhammad.

Pada kejadian itu beliau mengalami kecederaan pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri oleh dua lelaki bertopi keledar yang menceroboh rumahnya dan turut mencederakan ibunya Hat Tema Mat Zin, 58.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Krian untuk rawatan lanjut.

Nur Shafiqa berkata, pada masa ini beliau merasa kesihatannya semakin pulih hanya sekali sekala merasa trauma dengan kejadian itu terutama apabila melihat lelaki yang memakai topi keledar.

"Pihak Hospital USM memberi jaminan kesihatan saya akan pulih dalam tempoh enam bulan lagi," katanya.

Sementara itu, Rahimah ketika bercakap kepada pemberita selepas itu berkata, pihaknya bersedia membantu dan menaja perbelanjaan termasuk kos perubatan Nur Shafiqa ke luar negara sekiranya keadaan memerlukan bagi memulih kesihatannya seperti sediakala.

"Saya akan kemukakan masalah yang dihadapi oleh Nur Shafiqa ke pihak atasan untuk mendapatkan dana bagi tujuan itu," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin pihak USM mampu memulihkan kesihatan remaja itu memandangkan keadaannya kini semakin pulih dan mula bercakap dengan sesiapa yang mengunjunginya.

Pada kunjungan itu beliau menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM500 di samping hamper yang berupa bekalan makanan bagi membantu keluarga terbabit.

MH370: Sampel DNA Keluarga Mangsa Atas Permintaan Polis - MAS

Posted: 05 Dec 2014 07:11 AM PST

MALAYASIA KINI


 
 
 
PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan laporan mengenai keluarga mangsa MH370 diminta untuk memberikan sampel DNA mereka semasa taklimat yang diadakan pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, ia berkata, permintaan itu dibuat oleh pasukan forensik polis.

"Merujuk kepada laporan mengenai sampel DNA bagi ante-mortem yang dinyatakan pada taklimat keluarga MH370 baru-baru ini di Akademi MAS di Kelana Jaya, taklimat itu dibuat oleh pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia.

"Oleh itu, prosedur ante-mortem itu akan dikendalikan oleh polis atau pihak berkuasa berkaitan," kata perhubungan media MAS pada Jumaat.

Menurut MAS, keutamaan mereka ialah memberikan bantuan dan perhatian kepada keluarga para penumpang dan kru dalam tragedi MH370.

Pesawat MH370 hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Ia membawa seramai 239 orang, terdiri daripada 227 penumpang dan 12 kru.

Warga asing di Sarawak suatu kebimbangan!

Posted: 05 Dec 2014 07:04 AM PST

Oleh Fabian William

Kerisauan yang utama pada setiap rakyat tempatan adalah keselamatan kerana banyak jenayah yang berlaku hari ini adalah berkaitan dengan warga asing.


Bangladeshi

Kemasukan rakyat Bangladesh sebanyak 12,000 orang ke negeri Sarawak telah mendapat kejutan yang sangat hebat kepada setiap rakyat Sarawak yang prihatin, kejutan ini dapat dilihat melalui luahan perasaan di media sosial khusunya Facebook.

Ada yang berpendapat bahawa tindakan kerajaan untuk membawa masuk rakyat Bangladesh ini adalah tidak wajar kerana banyak rakyat Sarawak yang masih menganggur, selain itu juga kemungkinan terjadi persaingan yang sengit diantara rakyat tempatan dan juga rakyat Bangladesh berkenaan dengan bayaran kerana seperti yang sedia maklum bayaran mereka (rakyat Bangladesh) dapat adalah lebih murah.

Tetapi kerisauan yang utama pada setiap rakyat tempatan adalah keselamatan kerana banyak jenayah yang berlaku hari ini adalah berkaitan dengan warga asing.

Memetik penerangan yang diberi oleh Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia, di Utusan Borneo berkenaan dengan isu ini, beliau memberi jaminan kepada rakyat Sarawak untuk tidak berasa bimbang kerana pekerja asing ini akan ditempatkan di sektor peladangan kerana kurangnya sambutan daripada rakyat tempatan di pekerjaan kategori 3D ini (Kotor, Sukar dan Bahaya).

Beliau juga menerangkan tentang polisi kerajaan dimana rakyat tempatan akan diberi keutamaan, selain itu juga beliau memberitahu bahawa permintaan kemasukan ini adalah hanya untuk sektor perladangan sahaja.

Pengambilan pekerja warga asing ini menurutnya lagi adalah berdasarkan standard yang telah ditetapkan supaya mereka bebas daripada aktiviti jenayah, penyakit dan sihat.

Beliau juga menjelaskan bahawa kadar pengangguran di Sarawak adalah pada tahap yang rendah jika mengikut standard pengangguran antarabangsa iaitu jika dibawah empat peratus, maka rakyat dinegara itu dianggap semua bekerja.

Penerangan daripada Richard sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada kerisauan yang dialami oleh rakyat tempatan.

Namun begitu, ada sesetengah pihak juga yang kurang berpuas hati dengan penerangan yang diberi kerana kelemahan dalam sistem implementasi perkara tersebut.

Isu kemasukan rakyat Bangladesh ini akan pasti menjadi isu yang akan dimanipulasikan oleh parti-parti politik yang akan bertanding di pilihanraya negeri Sarawak nanti. Jika isu ini dimanipulasikan untuk kepentingan politik, ini akan terus meningkatkan kebimbangan kepada rakyat tempatan dan ini juga akan menjejaskan keharmonian di Sarawak.

Selain itu juga akan meningkat sikap prejudis kepada warga asing dan ini mampu mengugat keamanan di Sarawak.

Saranan kepada kerajaan dalam mengurangkan kebimbangan rakyat tempatan akan isu ini adalah dengan memberi penerangan yang teliti, ringkas dan mudah difahami.

Penerangan ini adalah dari segi jaminan kerajaan kepada rakyat tempatan, berkenaan isu keselamatan, undang-undang yang terlibat jika terjadinya penindasan kepada pekerja tempatan atau jenayah yang dilakukan oleh warga asing, syarikat yang terlibat dalam pengambilan pekerja ini dan maklumat lain yang berkaitan.

Ini akan sedikit sebanyak membantu mengurangkan kebimbangan yang membelenggu rakyat tempatan, penerangan ini juga akan dilihat sebagai keikhlasan kerajaan dalam memberi jaminan kepada rakyat

tempatan supaya mereka tidak tertindas dengan kedatangan warga asing dalam sektor pekerjaan di Malaysia.

Bahang pilihanraya negeri Sarawak semakin dirasai dan pastinya setiap jentera parti politik dari pihak kerajaan dan pihak pembangkang sudah bersedia untuk memenangi hati rakyat supaya mereka diberikan mandat untuk memerintah dan yang pasti isu ini akan digunakan oleh pihak pembangkang dalam meraih sokongan pengundi.

Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dalam kemasukan warga Bangladesh secara berperingkat ini sentiasa telus dalam pelaksanaan dan untuk parti-parti politik supaya tidak memanipulasikan isu ini yang dapat mengugat keaman dan keharmonian Sarawak.

(*)  Fabian William adalah pelajar Sarjana Sains Politik dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia

Najib jamin ringan beban rakyat jika harga minyak naik

Posted: 05 Dec 2014 06:59 AM PST

 
Mekanisme apungan terkawal ini akan membawa penjimatan yang besar kepada kerajaan dan penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada rakyat Malaysia.

najib 300


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, langkah apungan terkawal harga minyak yang diambil oleh kerajaan
adalah kerana harga minyak mentah dunia telah turun, yang mana paras subsidi tidak lagi perlu.

Jelasnya, sistem ini lebih memberi manfaat kepada rakyat, kerana harga minyak dalam negara akan turun mengikut harga pasaran minyak dunia.

"Namun, sekiranya harga minyak dunia meningkat dengan mendadak, kerajaan akan mengambil langkah bagi meringankan beban rakyat," ujarnya di dalam blog miliknya www.najibrazak.com

Tambah Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan turut menjelaskan, pemansuhan subsidi pukal ini akan mengelakkan negara kerugian berbillion ringgit akibat daripada aktiviti penyeludupan dan pembelian minyak oleh warga asing yang tidak layak menerima subsidi yang ditanggung oleh pembayar cukai.

"Mekanisme apungan terkawal ini akan membawa penjimatan yang besar kepada kerajaan dan penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada rakyat Malaysia," jelas beliau.

Pada 21 Nov lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis.

Bermula dari tarikh berkenaan, tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Pada Isnin lepas, harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala harga runcit diesel dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Pengguna Keretapi Nikmati Kemudahan Internet lebih Stabil

Posted: 05 Dec 2014 06:56 AM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR - Pengguna keretapi antara bandar dijangka mendapat kemudahan akses internet yang lebih stabil dengan kelajuan sekurang-kurangnya 3G dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ini selaras dengan penambaikan yang dilakukan kerajaan termasuk membina 1,000 pencawang telekomunikasi di seluruh negara yang dijangka siap menjelang 2018.

"Keretapi banyak melalui kawasan pedalaman di mana kawasan berkenaan tidak mendapat isyarat yang kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Kembara Malaysia dan mesyuarat agung pertama kelab itu di sini, hari ini.

Beliau berkata perkara itu akan dikaji oleh kementerian dengan lebih teliti terutamanya bagi memperluas capaian internet di kawasan berpenduduk.

Ahmad Shabery berkata, selain menambah pencawang telekomunikasi, kementerian juga dalam usaha membangunkan infrastruktur televisyen digital yang dijangka siap sepenuhnya pada 2017, sebelum menghentikan terus perkhidmatan analog pada 2020.

Katanya, ini akan memberi faedah kepada pengguna antara lain dari segi kandungan siaran kerana lebih banyak saluran televisyen bebas untuk disiarkan bakal diwujud.

Beliau berkata, perancangan juga sedang dibuat bagi menjalin kerjasama dengan pengendali pengangkutan awam termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad, Prasarana yang mengendalikan bas Rapid, Aliran Transit Ringan dan monorel untuk memberi kemudahan siaran televisyen yang stabil dalam pengangkutan mereka, sebaik usaha pendigitalan itu selesai.

Kerajaan cari kaedah terbaik isu harga getah

Posted: 05 Dec 2014 06:52 AM PST

SINAR HARIAN


Shafie Afdal
 
 
PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mencari kaedah terbaik bagi membantu kira-kira 400,000 pekebun kecil yang merosot pendapatan mereka ekoran kejatuhan harga komoditi itu sekarang, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan terdapat pekebun kecil getah yang hidup dalam kesusahan akibat penurunan harga komoditi itu sehingga tidak mampu membayar bil elektrik bulanan.

"Mekanisme bantuan untuk jangka masa pendek atau panjang akan dibincangkan dalam mesyuarat pada 15 Disember ini yang akan turut melibatkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan nasib pekebun kecil telah meminta supaya diperincikan cara-cara dan kaedah bantuan walaupun harga getah ditentukan pasaran antarabangsa.

"Tindakan segera perlu diambil untuk membantu mereka," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, hari ini.  

Pada perhimpunan itu, Mohd Shafie mengingatkan warga kementerian dan agensi di bawahnya supaya meningkatkan prestasi kerja masing-masing dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di luar bandar.

Beliau turut mengingatkan warga kementerian supaya berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

"Kita perlu bersedia lebih awal dalam keadaan yang ada pada hari ini. Ini kerana kita perlu banyak memberi perkhidmatan kepada masyarakat bukan sahaja bantuan prasarana tetapi tajaan biasiswa untuk pelajar di luar negara," katanya. - Bernama

Christoph Mueller CEO baharu MAS

Posted: 05 Dec 2014 06:50 AM PST

SINAR HARIAN

MAS  
MAS


KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
 
Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Bhd (MAS) sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.
 
Dana pelaburan strategik kerajaan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.
 
Pada masa yang sama, Mohammed Shazalli akan kekal sebagai CEO dan Pengarah Celcom Axiata Bhd.
 
Pencalonan Mueller dan Mohammed Shazalli menyertai Lembaga Pengarah MAS adalah susulan pelantikan Mohd Izani Ashari sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 12 September, 2014.
 
Lembaga Pengarah MAS, berkuatkuasa 1 Januari, 2015, akan dianggotai:
 
1. Tan Sri Md Nor Yusof (Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
 
2. Ahmad Jauhari Yahya (Pengarah Urusan/CEO Kumpulan);
 
3. Christoph R. Mueller (bakal CEO/Pengarah Bukan Eksekutif);
 
4. David Lau Nai Pek (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan);
 
5. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
 
6. Mohd Shahazwan Mohd Harris (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
 
7. Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
 
8. Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
 
9. Tan Sri Sukarti Wakiman (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
 
10. Dr Mohamadon Abdullah (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
 
11. Mohd Izani Ashari (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
 
12. Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Bukan Eksekutif); dan,
 
13. Datuk Fauziah Yaacob (Pengarah Gantian kepada Mohd Irwan Serigar/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif).
 
Mengenai perkembangan lain, Khazanah Nasional juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai Pengerusi Pusat Kemahiran Semula Korporat (CRC) yang dijadual dilancarkan pada 1 April tahun depan.
 
Shahryn Azmi dinamakan sebagai CEO CRC, manakala Datuk Boonler Somchit dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Penasihat CRC.
 
Pelantikan Bashir, Shahryn dan Boonler akan berkuat kuasa 1 Januari 2015. - Bernama

Polis temui 'pusat sembelih' warga Myanmar

Posted: 05 Dec 2014 06:43 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Polis menemui "tempat penyembelihan" di Pulau Pinang dipercayai sebagai tempat pembunuhan warga Myanmar melibatkan siri kejadian kes yang berlaku sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pasukan itu menahan 17 individu di Bukit Mertajam.

Menurutnya, dua daripadanya ditahan di rumah mereka di sebuah kampung di Bukit Mertajam pada malam tadi.

Katanya, dua suspek itu menyewa dua buah rumah di kampung tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Abdul Rahim berkata, beliau turut mengunjungi satu kawasan di Cherok Tok Kun dan menemui sebuah rumah, dipercayai sebagai tempat pembunuhan ngeri itu.

"Penyembelihan dilakukan di sini dan bahagian badan yang dipotong dibuang di tempat lain. Contohnya, satu kepala manusia ditemui di hadapan sebuah balai polis dan satu lagi ditemui di Permai (di Bukit Mertajam)," katanya.

Abdul Rahim berkata polis berjaya menyelesaikan lapan daripada kes tersebut setakat ini, dan menambah lebih banyak penahanan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkana sama ada tahanan berkenaan terdiri daripada pendatang asing tanpa izin.

Katanya, dokumen yang digunakan itu mungkin merupakan dokumen palsu.

"Setakat ini kita hanya menemui satu kumpulan yang telribat dengan pembunuhan ini. Ini merupakan masalah yang dibawa daripada negara asal mereka.

"Mereka mengenali satu sama lain di Myanmar, sebelum kedatangan mereka ke negara ini," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau turut menggesa agar warga Myanmar di negara ini tidak mengambil tindakan sendiri.

PAS Mahu Tahu Siapa Blogger Yang Bangang Itu & Berapa UMNO Upah Mereka?

Posted: 05 Dec 2014 06:39 AM PST


KELAB GREENBOC

 
PAS: Siapa 'blogger' bangang itu, Najib?

PAS hari ini mahu tahu jika tokoh wartawan negara, Abdul Kadir Jasin dimaksudkan perdana menteri sebagai penulis blog "bangang" yang menyerang Najib?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengajukan persoalan itu sewaktu mengulas teguran Datuk Seri Najib Razak terhadap penulis-penulis blog pro-Umno yang mengkritik Umno.

Najib berkata tiada istilah "tembakan mesra" dan penulis blog yang digajikan Umno seharusnya sedar siapa majikan mereka dan jangan terus bersikap "bangang".

Mahfuz secara sinis mahu tahu jika Najib yang turut memiliki blognya sendiri termasuk dalam kategori penulis blog itu.

"Adakah perdana menteri (sendiri) dan Kadir Jasin juga dianggap sebagai blogger yang 'bangang'?" kata Mahfuz pada sidang media hari ini.

Kadir Jasin merupakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times dan kini menulis di blognya tentang politik dalaman Umno.

Tulisannya mengandungi pandangannya tentang pentadbiran negara dan ada ketikanya turut mengandungi beberapa kritikan dan teguran terhadap pentadbiran.

Menurut Mahfuz, Najib kini perlu mendedahkan jumlah penulis blog yang diupah oleh Umno.

"Jadi saya minta Umno jelaskan berapa ramai blogger Umno yang cari makan dengan Umno?

"Berapa pembayaran yang telah dibuat oleh Umno dan berapa jumlah blogger Umno yang cari makan? Dan berapa blogger Umno yang dianggap 'bangang'?
-mk



Mohd Najib Kecam Blogger Upahan Umno

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.

Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.

Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.

Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.

Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: "Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."

Tambah Mohd Najib lagi: "Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang." Beliau berucap dalam sesi penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.

Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.

Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger.

Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger "goblok", Khairy Jamaluddin menanggil mereka "beruk" dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah "bangang" yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.

Wallahuaklam.
-akadirjasin
LIHAT VIDEO DI SINI


ULASAN GB

Tun Dr Mahathir juga kini seorang blogger dan mutakhir ini beliau juga banyak menyerang kepimpinan dan pentadbiran Najib. Salah satu serangannya ialah BR1M yang dianggapnya sebagai satu rasuah terang-terangan untuk membeli undi. Apakah Najib ingin memberi implikasi bahawa TDM juga seorang yang bangang kerana menyerang kepimpinannya?

Kadar Tukaran Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.45. Ringgit Jatuh Bawa Banyak Kebaikan (Pelancongan, Cukai, Gaji, Eksport Bonus Naik)

Posted: 05 Dec 2014 12:40 AM PST




ringgit malaysia



Kadar Tukaran Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.45). Ringgit Jatuh Bawa Banyak Kebaikan (Pelancongan, Cukai, Gaji, Eskport Bonus Naik) ; Sebelum itu, mari kita semak ironi apa yang berlaku hari ini. Hari ini, dilihat pelabur dan pedagang matawang mula tidak berminat lalu menjual ringgit Malaysia.

Ya…betul Berita Semasa setuju, dengan keadaan kadar eksport negara yang sudah mulai perlahan, ia adalah kedaan yang baik untuk kadar Ringgit Malaysia berada pada paras yang rendah seketika bagi menjadikan pasaran eksport kita kembali kompetitif dan mampu merangsang ekonomi melalui industri pelancongan dengan kehadiran ramai pelancong asing dengan syaratnya tidak terus rendah dan jatuh nilai Ringgit malaysia kita. Hanya bersandarkan kepada nilai ringgit yang rendah untuk meningkatkan nilai eksport tidak baik untuk kemampanan ekonomi negara

Yang menjadi masalahnya, apabila harga barang terus melambung tinggi. Ekonomi Jepun sedang meleset ketika ini, yang pastinya memberikan kesan besar kepada banyak negara termasuk Malaysia, dek kerana Jepun merupakan kuasa besar Ekonomi ketiga terbesar dunia.

KLIK SINI : Nilai Eksport Malaysia Jatuh & Pelaburan Asing Lembap. 
Ringgit Malaysia Semakin Mengecil Dibandingkan Dollar Singapura & Amerika

Hakikatnya duit Malaysia semakin mengecil. Jikalau anda bandingkan antara Ringgit malaysia dengan Baht.
RM1 = 9.58 baht
Jikalau anda pergi di Golok contohnya, mahu makan nasi goreng Pattaya, mereka akan caj anda dengan 50 baht. Ini bermakna anda perlu bayar tambahan RM5.20, ekstra 2 kupang untuk makan Nasii Goreng Pattaya di sana.

Bagaimana pula dengan nilai wang kita dengan US? Kuwait? Euro?
  • 1994 – $1 sing dollar = RM1
  • 2004 – $1 sing dollar = RM2.2
  • 2014 – $1 sing dollar = RM2.57
  • 2024 – ???

Kadar Tukaran Ringgit Malaysia Jatuh. Baik Untuk Malaysia?

Tindakan baru-baru ini Federal Reserve yang sebenarnya syarikat swasta yang dikawalselia oleh kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan beberapa pelan tindakan termasuklah mengurangkan bekalan wang USD di pasaran bagi membolehkan ia kembali lebih bernilai daripada biasa.


tukaran ringgit malaysia
kadar tukaran ringgit

Ini bermakna kerajaan Malaysia contohnya yang ada membuat menerbitkan bon luar bersandarkan wang USD, perlu lebih daripada biasa. Ditambah pula, kalangan pelabur yang melabur dalam matawang asing seperti Ringgit Malaysia melalui pinjaman kadar faedah yang dikenakan ke atas mereka turut meningkat, menyebabkan ramai pelabur mengambil keputusan drastik menarik keluar duit Ringgit Malaysia mereka dan akhirnya menukarkannya kepada USD

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Bajet defisit berterusan kepada negara sejak tahun 1998 tetapi mampu diimbangi dengan lebihan akaun semasa yang masih kukuh. Malangnya, lebih akaun semasa disemak mula merosot sejak tahun 2008 dan terus menguncup dalam tempoh beberapa tahun akan datang
  • Apa yang jadi sekarang ini? Berlaku lambakan duit ringgit Malaysia di pasaran sekarang ini yang "tidak diendahkan" kalangan pelabur. Akhirnya nilai ringgit kita kembali turun dan turun menyebabkan kita memerlukan lebih banyak ringgit untuk membeli 1 USD
  • Apabila yang berlaku sekarang ini pasaran global mempunyai keyakinan yang rendah terhadap keupayaan kerajaan Malaysia membayar balik pinjaman menyebabkan mereka akan minta lebih banyak duit ringgit malaysia kita untuk membayar setiap 1 USD mereka semula.
  • Tidak ramai yang perlukan Ringgit Malaysia sekarang ini selain daripada minyak, getah, CPO, komponen elektronik
  • Harga minyak jatuh memberikan tamparan hebat kepada Malaysia, apabila pelabur yang melabur dalam industri oil & gas contohnya di malaysia semakin ramai menarik kmebeli duit mereka dari negara kita. Ringgit Malaysia terus jatuh…
Sebenarnya kitaran ekonomi sudah berada di sekitar jam 1-2, kadar faedah naik, harga komoditi turun, USD semakin mengukuh. Saham semakin hilang taring dan biasa sehingga dilihat sukar untuk naik kembali. Semuanya berkaitan antara satu sama lain. Nantikan akan ada satu lagi kitaran ekonomi apabila ia mula menuju ke jam 6.
  1. Setiap satu ada pasangnya. Harga petroleum turun, maka harga getah asli juga akan turun dek kerana getah sintetik daripada petroleum semakin murah
  2. Wang semakin berlambak di pasaran. Maka ahirnya kelak BNM tidak akan ada pilihan lain untuk menarik kembali wang masuk dalam pasaran. Nantikan….
  3. Daripada bawah iaitu 6 pada tahun 2008 dan kembali ke puncak mengambil masa 6 tahun. Oleh itu, sama-sama kita bersdia dan lihat berapa lama masa yang diambil untuk bertahan, daripada puncak jam 12 untuk jatuh kembali ke bawah jam 6.
Jikalau Tun Mahathir & laporan akhbar berita Bernama contohnya seperti di bawah ini mengambil pendekatakan mengatakan apabila nilai ringgit Malaysia semakin tinggi adalah lebih baik dan menjadikan ekonomi malaysia lebih berdaya saing, lain pula pendapat, pemerhatian dan hasil kajian yang dilakukan oleh Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan menasihatkan rakyat Malaysia semua jangan risau dengan trend Ringgit Malaysia jatuh kerana :
  1. Asas ekonomi negara sentiasa kukuh
  2. Nilai eksport negara semakin baik
  3. bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur
  4. Hasil kerajaan daripada sumber petroleum termasuk Petronas juga tidak akan terjejas dengan penyusutan ringgit, kata Ahmad, barangan import akan meningkat harganya, namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Malaysia seterusnya mengembangkan sektor pembuatan dalam negara
  5. Barangan eksport Malaysia ke luar negara pula akan lebih murah, justeru mengembangkan sektor export
  6. Akhirnya, keuntungan syarikat akan menyebabkan akan ada kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kepada kerajaan dan bilangan kilang juga berkembang
  7. Sektor pelancongan pula akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yamg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit.
  8. Sektor perkhidmatan yang diberi kepada pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dengan peratus penurunan mata wang
Setuju? Itu pendapat Ahmad Maslan, apa respon anda dengan situasi Ringgit Malaysia yang semkain mengecil nilainya yang memberikan kesan kepada anda?

Kerajaan Malaysia Bakal Hilang Pendapatan Sekitar RM25 Bilion (37%) Cukai, Dividen & Royalti Petronas. Masa Untuk Malaysia Berjimat Cermat, Tidak Boros!

Posted: 05 Dec 2014 12:27 AM PST




cukai petronas



Kerajaan Malaysia Bakal Hilang Pendapatan Sekitar RM25 Bilion (37%) Cukai, Dividen & Royalti Petronas. Masa Untuk Malaysia Berjimat Cermat, Tidak Boros! ; Semalam bersamaan hari isnin 1 Disember 2014 Indeks Bursa Saham Malaysia jatuh teruk untuk tempoh 23 bulan terakhir, apabila Petronas merancang untuk memotong perbelanjaan modal sejumlah 15%-20% daripada seumlah RM60 bilion yang bakal digunakan untuk tujuan projek-projek baru tahun 2015 kelak selepas OPEC terus berkeras tidak mahu menyekat…..lambakan minyak dunia pada ketika ini.

Ia sekaligus bakal menjejaskan pendapatan pendapatan syarikat-syarikat seperti Sapura Kencana, UMW Oil & Gas Corporation yang mana saham mereka turut jatuh disebalik pengumuman Petronas tersebut.

Selain syarikat-syarikat minyak yang cukup takut dengan pengumuman seperti ini, pastinya kerajaan Malaysia turut resah disebalik harga minyak dunia jatuh sekarang ini.
  1. CEO Petronas sendiri mengatakan setiap satu kenaikan 1 dolar setong harga minyak dunia, Petronas sejumlah RM1 bilion bagi keuntungan sebelum cukai
  2. Begitulah sebaliknya apabila harga minyak dunia jatuh 1 dolar ke satu dolar sekarang ini
  3. Kerajaan Malaysia cukup bergantung harap dengan keuntungan lumayan yang dinikmati syarikat Petronas.
Sejarah telah membuktikan, hasil usaha keras seluruh kakitangan dan keluarga besar Petronas cukup berjasa dalam membantu dalam jatuh bangun pembangunan negara.
  • Projek-projek mega, Petronas bantu salurkan dana
  • Jikalau ada syarikat yang berkepentingan rugi besar, Petronas tolong "bailout"
  • Petronas untung besar, kerajaan Malaysia dapat meringankan sedikit beban untuk tujuan pengurusan negara
Hakikatnya, lebih separuh daripada pendapatan negara datangnya daripada Petronas.

KLIK SINI : Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia 
(MITI) & Petronas Bantu Syarikat Proton? Anda Setuju?
 

Peringatan Petronas Kepada Kerajaan malaysia : Cukai, Royalti & Dividen Bakal Dipotong!


Pasti disebalik harga minyak jatuh ini, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak pasti resah dan gelisah melihatkan situasi sekarang ini. Apatah lagi, Ketua pengawai Eksekutif (CEO) Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas mengingatkan kepada kerajaan Malaysia yang mana jikalau trend harga minyak dunia terus kekal sekitar antara US$70-US$75 setong pada tahun 2015 Petronas akan potong sehingga 37% pemberian sumbangan kepada kerajaan Malaysia….
  • Petronas akan mengurangkan pemberian dividen kepada RM17 bilion
  • Petronas akan mengurangkan pemberian cukai kepada RM17 bilion
  • Petronas akan mengurangkan pemberian royalti minyak dan gas kepada hanya RM9 bilion
Berbanding RM29 bilion (sumbangan dividen), RM26 bilion (cukai), RM13 bilion (royalti minyak dan gas) untuk tahun 2014 ini daripada Petronas.

Sudah tiba masanya bukan sahaja rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan ikat perut bagi menghadapi gelombang ketidaktentuan ekonomi pada tahun 2015 kelak, kerajaan Malaysia juga perlu bersama-sama muhasabah diri dalam menguruskan dana dan wang negara.

Jangan biarkan rakyat Malaysia berkorban sendirian yang berisiko untuk terkorban dalam mengharungi beban kos sara hidup pada tahun hadapan. Apa kata dan pendapat anda pula?

Isu kepemimpinan: Cakap benar mengenai ekonomi

Posted: 05 Dec 2014 12:19 AM PST

A KADIR JASIN 


DALAM siri isu kepemimpinan kali ini, marilah kita berbincang sedikit mengenai ekonomi semasa. Tajuk ini mungkin berat tetapi sangat afdal kepada kelangsungan (survival) negara kita.

Saya tidak menyalahkan pemerintah dan media massa kawalannya kerana menghebahkan berita baik dan menguar-uarkan prestasi ekonomi yang dikatakan baik sehingga mendapat pujian pemimpin dunia.

Saya akui bahawa angka kasar menunjukkan ekonomi kita sihat. Pertumbuhannya jika diukur daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK/GDP) adalah memuaskan.

Tetapi angka kasar boleh memesongkan. Misalnya, banyak rumah, kedai dan ruang pejabat didirikan. Pembinaan rumah, kedai dan pejabat yang banyak itu menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.

Tauke simen, pasir dan keluli buat duit. Perunding dalam dan luar negara buat duit. Pekerja binaan Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar buat duit. Penjaja nasi lemak Melayu di bahu jalan pun buat duit.

Tetapi kita juga tahu dan lihat banyak rumah, kedai dan pejabat tidak dijual atau disewakan, tidak didiami dan digunakan. Ada yang ditenggelami lalang, ditumbuhi pokok jejawi atau roboh terus. Iklan untuk dijual dan disewa menyakitkan mata.

Inilah yang ahli ekonomi sebut sebagai pertumbuhan yang tidak berkualiti atau penyalahuntukan sumber (misallocation of resources). Bila rumah, kedai dan ruang pejabat tidak digunakan maka tidak berlakulah penokokan nilai (value added) dan kesan serapan (trickle down effect).

Kalau rumah dijual dan didiami, kedai disewa dan perniagaan dijalankan, pejabat dibuka dan kakitangan diambil barulah berlaku penokokan nilai dan kesan serapan.

Tidak salah Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hazadlah, menyatakan keyakinan yang matlamat mengurangkan defisit belanjawan 2014 kepada 3.5% KDNK masih boleh dicapai walaupun harga minyak jatuh teruk. Begitu jugalah kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Zafrul Aziz bahawa asas ekonomi (economic fundamentals) negara terus kukuh dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid melihat prospeks ekonomi sebagai bercampur (mixed).

Malangnya, bukan harga minyak mentah saja jatuh. Harga minyak kelapa sawit dan getah sudah lama merudum. Permintaan ke atas komponen elektronik masih kukuh. Tetapi dengan ekonomi dunia diramalkan beku tahun hadapan, permintaan mungkin tidak kekal.

Petronas telah pun mengurangkan perbelanjaan modal (capex) dan memberi amaran mungkin tidak boleh membayar dividen yang tinggi kepada kerajaan. Tetapi kalau dipaksa, Petronas akan tambah dividen dan  kurangkan lagi capex.

Kredibiliti Maklumat Rasmi

Soalnya, bolehkah kita percaya kepada dakwaan bahawa fundamental ekonomi kita kukuh apabila bukan saja harga komoditi utama kita jatuh malah kadar tukaran mata wang kita pun jatuh juga?

Sangat mengelirukan apabila Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, berkata bagus apabila nilai ringgit naik dan bagus juga apabila ia jatuh.

Harga saham dan jumlah dagangan di Bursa Malaysia semakin menurun. Prestasi syarikat-syarikat yang disenaraikan dengannya lebih banyak yang negatif daripada positif. Boleh kata majoriti melaporkan penurunan keuntungan.

Pada 1 Disember, kadar tukaran ringgit jatuh paling banyak dalam sehari sejak Krisis Kewangan Asia 1997-98 kepada RM3.4320 bagi satu dolar Amerika.

Pada 3 Disember, akhbar The Star (milik MCA dan mewakili sentimen masyarakat perniagaan Cina) menyiarkan analisis pendapatan suku ketiga tahun ini (Julai-September) bagi syarikat-syarikat Bursa Malaysia.

Ia mendapati hanya dua daripada lima sektor utama ekonomi meningkat. Automotif naik 18.2% dan perbankan 1.6%, tetapi perkhidmatan jatuh 58.5%, komoditi jatuh 37.7% dan minyak & Gas jatuh 29.3%. Perkhidmatan menyumbang lebih daripada 50% kepada kegiatan ekonomi negara.

Pada 4 Disember, akhbar yang sama menyiarkan analisis prestasi mata wang ringgit. Ia mendapati ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang rakan perdagangan utama kita.

Ringgit jatuh 5.61% berbanding dolar Amerika, 5.58% berbanding dolar Hong Kong, 3.93% berbanding Baht, 2.93% berbanding Rupee, 2.44% berbanding dolar Taiwan dan 0.95% berbanding dolar Singapura. Duit kita naik berbanding Yen (9.40%), Euro (5.91%), dolar Australia (4.32%), pound Inggeris (2.31%) dan Rupiah (0.73%).

The Star juga meramalkan yang kelembapan eksport mungkin mengakibatkan Malaysia mengalami defisit kembar (twin deficit), iaitu defisit akaun semasa dan defisit perdagangan. Ia memetik ketua ahli ekonomi AllianceDBS (bank), Manokaran Mottain.

Lebih Baik Terus Terang

Banyak lagi fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar bagi ekonomi negara tahun ini dan tahun hadapan. Ekonomi Eropah diramalkan menguncup tahun hadapan. Ekonomi Australia sudah mula menurun. Hatta ekonomi China yang perkasa itu pun sudah mula dingin.

Jadi, bukankah lebih elok bagi kerajaan mengakui realiti semasa dan berterus terang kepada rakyat jelata. Lebih baik membuatkan mereka kurang gembira dengan menyatakan kebenaran daripada membuatkan mereka marah apabila malapetaka ekonomi melanda mereka.

Sama ada ekonomi kita akan mengalami krisis atau tidak tahun hadapan, satu hal. Itulah yang sedang diramalkan oleh pembangkang pusat.

Yang utama sekarang adalah berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat jelata. Bukan berdolak-dalik dengan mereka apatah lagi memesongkan mereka dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.

Rakyat tidak "bangang". Mereka tahu "practical economy." Mereka sudah rasa kenaikan harga akibat pemansuhan subsidi. Mereka tahu harga petrol turun, tapi harga diesel naik. Mereka rasa pelik. GST belum dilaksanakan, tetapi sudah ada barang yang naik harga kononnya kerana cukai baru itu.

Mereka tahu harga getah dan kelapa sawit merudum kerana mereka yang mengeluarkannya. Mereka tahu ringgit Malaysia tidak bernilai seperti dulu lagi kerana hari-hari mereka beli-belah sendiri. Jangan tunggu mereka marah. Terus teranglah dengan mereka. Jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul.

Wallahuaklam.

http://kadirjasin.blogspot.com/2014/12/isu-kepemimpinan-cakap-benar-mengenai.html

Dua lelaki menyamar anggota polis dicekup

Posted: 05 Dec 2014 12:13 AM PST

MALAYSIAKINI


Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan terbabit dalam kes samun, gagal melarikan diri apabila ditahan di Kampung Kurnia, Sungai Raya dekat Simpang Pulai di Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, polis melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu selepas mereka bertindak melanggar kereta peronda polis (MPV) ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Simpang Pulai.
  
Katanya sebelum itu polis berjaya mengesan kenderaan jenis Toyota Camry yang dinaiki suspek di kawasan sekitar Ipoh selepas menerima maklumat dan mengejar kenderaan tersebut hingga ke Simpang Pulai.
  
"Sebanyak lapan buah MPV mengejar kenderaan suspek. Semasa berhenti di lampu isyarat di Simpang Pulai, kenderaan suspek cuba melanggar kenderaan polis selain turut melanggar dua buah kenderaan awam," katanya kepada pemberita di Ipoh semalam.

Polis kemudian mengejar hingga ke Kampung Kurnia sebelum kenderaan suspek terbabas di gelanggang sukan serbaguna di kampung tersebut, katanya.
  
Sum berkata kedua-dua suspek cuba melarikan diri di ladang kelapa sawitberhampiran kampung itu namun gagal selepas ditahan polis.

Katanya kedua-dua suspek itu melakukan tujuh kes samun termasuk dua kes menyamar sebagai anggota polis di sekitar kawasan Menglembu di Ipoh sejak awal pagi semalam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kereta yang digunakan suspek milik kedutaan Turki yang dilaporkan hilang di sebuah stesen minyak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Oktober lepas.
  
"Hasil pemeriksaan polis turut menemui dua bilah parang dalam kenderaan tersebut," katanya. - Bernama

Pro M pertahan kemenangan di UM

Posted: 05 Dec 2014 12:11 AM PST

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pro-Mahasiswa di atas kejayaan meraih kemenangan di tiga kampus utama iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terkini di Universiti Malaya (UM).

Kejayaan ini pada pengamatan Pemuda PAS Malaysia sebagai simbol penolakan generasi muda kepada politik tidak matang dan berat sebelah, politik mengongkong suara mahasiswa serta penolakan kepada jalur politik yang condong kepada dasar kerajaan persekutuan yang tidak menghormati kehendak Gen Y.

Menurut Setiausahanya Abang Ahmad Kardee Abang Masagus, kebangkitan kelompok anak-anak muda yang kritikal ini sekali gus memberi gambaran bahawa mereka bersetuju atau boleh menerima dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat atau memilih untuk bersikap bebas.

"Pemuda PAS Malaysia berharap agar kelompok yang bakal menjadi pemimpin besar di universiti-universiti ini bersedia untuk terus berjuang dan membela nasib rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Malaysia melahirkan kekecewaan penggunaan nombor siri pada kertas undi sewaktu pemilihan di UKM sebagaimana yang dilaporkan oleh Pengerusi Majlis Politik Nasional, GAMIS.

Tegasnya, penggunaan nombor siri ini sama ada disedari mahupun tidak telah merosakkan nilai kerahsiaan dan ketelusan dalam pemilihan yang sepatutnya bersih dan adil.

Pada masa yang sama, pihak Pemuda PAS Malaysia juga menghargai perjuangan serius yang telah digerakkan oleh pendokong-pendokong Persatuan Mahasiswa Islam terutamanya dari Universiti Malaya dan rakan-rakan mahasiswa lain dalam isu rampasan tanah penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Sementara itu, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya Safwan Shamsuddin berkata, kemenangan hari ini adalah menunjukkan proses perjalanan universiti selari dengan Falsafah Pendidikan Tinggi Negara memandangkan matlamat sebenar universiti sekarang ini seolah-olah telah terpesong jauh dengan falsafah tersebut.

Katanya, universiti ini perlu dipimpin dan digerakkan bersama Mahasiswa, kakitangan akademik serta kakitangan bukan akademik.

"Barulah objektif sebenar penubuhan Universiti itu mampu terlaksana. Berikan kebebasan tiga kuasa ini untuk membuat keputusan ke arah mana sepatutnya universiti ini bergerak," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, fungsi MPP yang dinyatakan di dalam AUKU cukup kecil tetapi yakin dengan kemenangan Pro Mahasiswa kali ini mereka mampu untuk mengfungsikan MPP dengan  lebih besar bagi mencapai matlamat sebenar universiti tersebut.

Keputusan rasmi pilihan raya kampus Universiti Malaya menyaksikan kemenangan di pihak Pro Mahasiswa dengan mendapat 21 kerusi, diikuti Penggerak Mahasiswa dengan 16 kerusi manakala bebas mendapat tiga kerusi. HARAKAHDAILY

Berjudi bukan cara kerajaan cari dana - Tun M

Posted: 05 Dec 2014 12:08 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah melabuhkan tirai seminggu lalu, namun bagi bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih banyak perkara yang tertinggal daripada dibahaskan.

"Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian Umno dan Kerajaan," tulisnya dalam blog beliau Chedet.

Antara yang mendapat perhatian beliau ialah berkenaan termasuklah TPPA yang dianggapnya merbahaya kepada masa depan negara.

"Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara," tulisnya lagi.

Selain itu, Tun Mahathir turut menegur tentang 1MDB yang dianggapnya sebagai suatu tindakan yang merugikan kerajaan. Bagi beliau belian, bunga yang dikenakan terhadap kerajaan dan komisyen amat tinggi.

Tun Mahathir turut mempertikaikan kenapa pelaburan atau wang disimpan dibuat di Cayman Islands. Menurut beliau  Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan mata wang. Orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi.

Namun Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.

"Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan garanti pulangan 30 peratus. Tetapi ia ditolak," tulisnya lagi.

Sejak menarik balik sokongan terhadap kepimpnan Datuk Seri Najib, Tun Mahathir terus-terusan mengkritik kerana berpendapat banyak tindakan Najib yang merugikan negara dan rakyat.

Namun, segala kritikan itu, tidak pernah dibalas oleh Najib secara terbuka. – HARAKAHDAILY

Naib presiden AS tweet kebimbangannya

Posted: 04 Dec 2014 11:57 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang didakwanya sebagai tekanan terhadap pembangkang di Malaysia dengan penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.

Beliau juga menyentuh tentang kes rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan kes liwat terhadapnya.

Menuis di Twitter hari ini, Biden mendakwa bahawa di tengah-tengah pertumbuhan hubungan AS-Malaysia, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang, menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan Malaysia akan membetulkan keadaan melalui kes Anwar.

"Rayuan Anwar memberi Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakimannya," kata Biden.

Tiada gaji, staf Bernama TV terpaksa cuti

Posted: 04 Dec 2014 11:52 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan kira-kira 20 orang pekerja Bernama TV (BTV) kini terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masih belum dibayar gaji oleh majikan mereka sejak lebih sebulan lalu.

Seorang daripada kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau terpaksa mengambil cuti sejak Isnin lalu kerana tidak mampu menanggung kos untuk ke tempat kerja.

Pembayaran gaji terakhir yang diterima adalah pada 20 Oktober dan mereka masih belum menerima bayaran gaji untuk bulan November.

"Duit untuk anak bini dan keperluan ada, (tetapi tiada wang untuk) pergi kerja," kata seorang kakitangan yang tidak mahu nama beliau disiarkan kepada Malaysiakini.

Kakitangan terlibat termasuk para warawawan, penolong penerbit, dan pekerja studio BTV, yang masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar pembayaran gaji mereka.

"Mula-mula janji minggu ini, lepas itu dengar minggu depan," kata seorang lagi kakitangan yang terjejas.

Sementara itu, pihak pengurusan BTV mengakui bahawa berlaku "kelewatan" dalam pembayaran gaji dan berjanji untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

"Kami dah masukkan bayaran pendahuluan, dan gaji penuh akan dimasukkan minggu depan," kata ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Salleh.

Namun, sumber di BTV menyatakan bahawa bayaran wang pendahuluan itu hanya diterima oleh segelintir kakitangan terlibat.

Sebahagian besar daripada 180 pekerja BTV merupakan pekerja kontrak dengan firma Bernama TV Synergy Sdn Bhd yang merupakan pemilik stesen TV itu.

Selebihnya, seramai 25 orang merupakan penjawat awam yang bekerja bawah agensi berita Bernama, dan telahpun menerima bayaran gaji masing-masing.

Sultan: Pastikan ajaran sesat dibanteras, salurkan maklumat

Posted: 04 Dec 2014 11:48 PM PST

Oleh: Naeem Raffi


KUALA SELANGOR: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar setiap penceramah dan tenaga pengajar di masjid dan surau memiliki tauliah diiktiraf.

Baginda Sultan bertitah demikian bagi memastikan aktiviti di institusi agama bebas daripada penyebaran dan penularan ajaran sesat.

Sultan"Beta menegaskan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan garis panduan ditetapkan dipatuhi," Titah Baginda pada majlis perasmian masjid Ar- Ridhuan, Pekan Jeram di sini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-69.

Turut mengiringi Baginda Sultan, Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Selangor, Mohamed Khusrin Munawi, Exco Hal Ehwal Agama, Dr Ahmad Yunus Khairi, Mufti, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid serta Pengerusi MAIS, Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd Isa.

Pada majlis sama, Baginda Sultan juga diraikan dengan majlis bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Baginda Sultan.

Baginda Sultan juga berkenan menghadiri majlis santapan bersama jemaah di perkarangan masjid seusai menunaikan Fardu Jumaat.

Dalam pada itu, Baginda Sultan turut menggesa masyarakat peka dan tidak memandang ringan kegiatan ajaran sesat dengan memberi maklumat mengenai pergerakan ajaran itu kepada JAIS.

"Dikhuatiri pengaruh ajaran sesat pada mulanya bergerak secara kecil-kecilan akan berkembang dan sukar dibendung.

"Akibatnya umat Islam berpecah belah, hidup dalam suasana persengketaan dan tidak dihormati oleh masyarakat lain," titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan menyeru seluruh umat Islam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat dan menggunakan masjid dan surau untuk mencari ilmu.

"Beta menyeru umat Islam lebih bersemangat mengukuhkan persefahaman dan bersatu-padu menangani mempertahankan kesucian agama Islam, bangsa dan negara," titah Baginda Sultan.EZY

Pelajar Kolej Dipenjara 18 Bulan Sembunyi Kelahiran Bayi

Posted: 04 Dec 2014 11:40 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis kerana menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya, Oktober lepas.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan berkata, mahkamah menjatuhi hukuman itu selepas mengambil kira faktor kepentingan awam dan rayuan tertuduh, Norhidayah Yon, 19, serta laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 4 November lepas, Norhidayah, pelajar semester tiga Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan hukuman terhadapnya ditangguhkan ke hari ini sementara menunggu laporan akhlak.

Dalam keputusan itu, Ashraf Rezal turut berpuas hati dengan laporan JKM yang menyatakan latar belakang ekonomi keluarga tertuduh adalah sederhana manakala latar belakang sosial dan pendidikannya adalah baik.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Oktober lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling sebelum itu memohon hukuman penjara setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak bertanggungjawab.

"Tidak ada hukuman yang lebih sesuai dengan kesalahan ini kecuali hukuman penjara memandangkan kesalahan sedemikian berleluasa sekarang," kata Ooi.

Selepas mahkamah membacakan laporan akhlak itu, pegawai JKM Wan Hanafiah Wan Hanafi berkata, pihaknya memohon satu hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dengan seorang penjamin selain sabitan terhadap tertuduh tidak direkodkan.

Ketika rayuan, Norhidayah yang tidak diwakili peguam memohon hukuman paling ringan dan meminta peluang untuk berubah selain telah insaf atas perbuatannya.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu didakwa atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam tong sampah selepas ia dilahirkan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Block C, Kondominium PV6 Platinum Hill Park, Jalan Setapak di sini, pada 4 pagi, 28 Oktober lepas.

Norhidayah didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rakyat Malaysia Dipenjara Di Melbourne Kerana 'Rogol Guna Jari'

Posted: 04 Dec 2014 11:37 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Seorang ahli farmasi yang berasal dari Malaysia, menghadapi pertuduhan 'merogol seorang wanita menggunakan jari' (digital rape) , ditangkap ketika cuba melarikan diri dari Australia, menurut Herald Sun.

Suspek, Kuang King Tan telah menempah tiket sehala selepas ditemubual oleh polis tetapi ditahan di Lapangan Terbang Melbourne dan kemudian mengaku bersalah atas kesalahan itu.

King Tan telah didakwa menyerang mangsa berusia 22 tahun apabila wanita itu sedang mengambil preskripsi dari Union Pharmacy di pusat bandar Melbourne.

King Tan menjemputnya ke pejabat dan meminta untuk melihat ruam di atas perut, belakang dan bahagian sulitnya.

Dia didakwa merogol selepas wanita perempuan melaporkan kejadian itu kepada doktor.

King Tan yang pernah bekerja di sebuah hospital di Malaysia, memberitahu polis dia percaya doktor sering menetapkan ubat yang salah dan sebagai seorang ahli farmasi dia perlu memeriksa pesakit.

Dia mendakwa bahawa dia telah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan bahagian payudara, punggung dan kemaluan pesakit perempuan.

Dia kemudiannya telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, 300 jam kerja-kerja kemasyarakatan yang belum dilaksanakannya dan arahan pemulihan komuniti selama tiga tahun.

"Adalah jelas bahawa wanita itu sudah tertekan dengan ruam di badan yang memalukan dirinya dan kemudian mengalami trauma apabila anda 'secara digital' merogolnya," kata Hakim Frances Hogan kepada King Tan.

Hogan berkata hukuman itu boleh dianggap sebagai "salah satu yang luar biasa dan ringan oleh sesetengah orang bagi sesuatu kesalahan serius seperti rogol", tetapi beberapa faktor telah diambil kira.
Hakim menjelaskan bahawa ini adalah kerana King Tan mengalami Gangguan Penyesuaian dengan kebimbangan dan kemurungan, mempunyai ketidakmatangan sosial yang luar biasa dan tidak mempunyai pengetahuan seksual.

Turun sedia kerjasama jayakan Himpunan 31 Dis

Posted: 04 Dec 2014 03:54 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) sedia berbincang dengan Pakatan Rakyat bagi menjayakan himpunan pada 31 Disember nanti.

Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Turun telah mengadakan bantahan besar-besaran sejak tahun lepas dan kemuncaknya adalah himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013.

"Susulan pengumuman Pakatan Rakyat untuk mengadakan himpunan pada tarikh tersebut, Turun sangat mengalu-alukan dan sedia bekerjasama bagi menjayakannya.

"Tiga siri protes telah diadakan di Kuala Lumpur iaitu di Sogo, Puduraya dan terakhir di KLCC 7 November lalu, termasuk di tujuh lokasi di Negeri Sembilan dan Melaka pada Oktober lalu," kata beliau.

Menurut beliau walaupun tidak mendapat respons daripada kerajaan, Turun tetap meneruskan siri penerangan kepada rakyat.

"Oktober lalu kita telah mengumumkan himpunan malam tahun baru pada 31 Disember ini yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara khususnya di Kuala Lumpur.

"Walaupun bantahan ini tidak didengari, kerajaan tidak boleh melepaskan diri mereka yang mendera rakyat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY

Adun PR lapor SPRM mangsa banjir belum dapat bantuan

Posted: 04 Dec 2014 03:50 PM PST

KHAIRIL ABDUL RAHIM



 


KUANTAN: Dua Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam Parlimen Indera Mahkota hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kegagalan melunaskan janji bantuan banjir tahun lalu.

Adun Beserah, Andansura Rabu dalam sidang medianya berkata, laporan tersebut adalah susulan kenyataan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin yang menyatakan kekesalan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan yang dijanjikan.

"Pagi ini saya bersama Adun Semambu, Lee Chean Chung menghantar laporan dan memohon SPRM menyiasat kenapa sudah menjangkau setahun terdapat ramai mangsa banjir tahun lalu yang belum menerima bantuan dijanjikan.

"Kami juga menggesa disiasat ke manakah melencongnya wang yang dijanjikan kerana terdapat dua bantuan sepatutnya. Pertama mangsa sepatutnya menerima sebanyak RM750 dari Kerajaan Negeri Pahang dan kedua RM1,000 dari pihak UAE," katanya.

Andan berkata, selain itu kerajaan negeri juga berjanji memberi peti ais dan televisyen kepada mangsa banjir namun ada mangsa yang dapat dan ramai yang belum menerimanya.

Awal Disember tahun lalu kira-kira 30,000 mangsa banjir di Kuantan terpaksa berpindah dalam malapetaka paling buruk di daerah ini.

Kelmarin Tengku Abdullah dalam satu sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persediaan banjir negeri Pahang di Kuantan, telah membidas tindakan pihak yang tidak menunaikan janji kepada mangsa banjir di Pahang walaupun kejadian banjir besar itu telah setahun berlalu, di mana 4,000 mangsa mendakwa belum menerima sumbangan yang dijanjikan.

Baginda turut meminta penjelasan segera daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut hadir di majlis taklimat berkenaan.

Sementara itu Andan berkata, beliau turut meminta mangsa-mangsa banjir tahun lalu dalam Dun Beserah yang belum menerima bantuan dijanjikan agar segera membuat laporan SPRM agar siasatan dapat dipercepatkan.

Pada 24 Disember 2013, Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed al Nahyan mengarahkan supaya AS$10 juta (RM32.5 juta) diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Pahang.

Sementara, pada 27 Jun lalu dilaporkan bantuan kepada mangsa banjir itu mula disalurkan kepada penerima terlibat.

Dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuantan itu, seramai 100 orang menjadi penerima pertama yang merupakan simbolik kepada bermulanya proses penyaluran bantuan berkenaan. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: