Jumaat, 5 Disember 2014

Biaqpila

Biaqpila


PADAH TIDURI SUAMI ORANG

Posted: 04 Dec 2014 10:43 PM PST


Puyang (China): Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.

Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.
Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang.

Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.
Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.

Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya.
Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya.

Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.
"Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu."

Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.-Agensi



AZAB NERAKA YANG PALING RINGAN

Posted: 04 Dec 2014 08:00 PM PST



Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".

- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim


313. Hadis An-Nu'man bin Basyir r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling ringan azabnya pada Hari Kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan pada tapak kakinya dua biji batu dari Neraka, ianya akan menyebabkan otaknya mendidih iaitu lelaki yang tidak pernah kena tanah semasa berjalan.

Khabarnya orang itu adalah Bapa Saudara Nabi sendiri iaitu Abu Talib yang mempertahankan Nabi namun meninggal sebagai orang kafir. Kalau begitu, bagaimana dengan orang yang tiada sebarang penyumbangan, berbuat dosa sepanjang masa, membuka aurat sini sana, tentunya berkali ganda lebih perih.

Wallahualam

mr-tazkirah
berita-harian-online


ANDA DIBAYAR UNTUK MENGAJAK ORANG BERJIMAT, KLIK DISINI

ANWAR MASIH DATUK SERI

Posted: 04 Dec 2014 06:13 PM PST

Gelaran 'Datuk Seri' dianugerah kepada saya tanpa permintaan - Anwar



KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) pada 1992 tanpa membuat sebarang permintaan atau permohonan.

Anwar berkata, Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepada beliau oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Darjah Kebesaran S.S.S.A ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar membuat kenyataan tersebut bagi mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Darjah Kebesaran S.S.S.A yang membawa gelaran "Datuk Seri" itu ditarik balik berkuatkuasa 3 November.

Katanya, beliau akan terus menjunjung perlembagaan, raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen serta perjuangan meningkatkan martabat rakyat.

"Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai penasihat ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya," katanya lagi.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, istana Selangor memaklumkan bahawa gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada Anwar ditarik balik atas alasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempersoal kewibawaan dan kuasa Sultan dan Institusi Raja ketika krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Biarpun Darjah Kebesaran S.S.S.A itu ditarik balik, Anwar masih boleh menggunakan "Datuk Seri" kerana mempunyai tiga lagi Darjah Kebesaran yang membawa gelaran yang sama.

Antaranya Darjah Seri Utama Negri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

awani

Tiada ulasan: